SMKA Segamat, 10 Mac : Mesyuarat Agung PIBG bagi kali ke-25 berlangsung sebaik sahaja majlis ucapan perasmian dan penyampaian hadiah yang disempurnakan oleh Puan Hajah Kamariah Binti Isa, Timbalan Pengarah Pengurusan Dakwah & Syiar Islam, Bahagian Pendidikan Islam KPM. Saya mewakili pihak BPI mengucapkan tahniah atas penganjuran majlis yang sangat baik ini, tahniah kepada para pelajar yang menerima anugerah, selamat bermesyuarat kepada semua ibu bapa serta guru-guru dan saya doakan agar semua keputusan mesyuarat akan memberikan impak yang baik kepada semua pihak, ujar beliau dalam sesi ucapan perasmiannya sebelum menyampaikan hadiah kepada 54 orang pelajar cemerlang dalam PT3, SPM dan STPM tahun 2015. Beliau kemudiannya diiringi oleh Tuan Pengetua, Ust. Mohd. Fauzan Bin Mohamed Mokhtar, YDP PIBG, Profesor Madya Hj. Ahmad Nawawi Bin Yaakob serta guru-guru Pendidikan Islam & Bahasa Arab menuju ke Taman SUMUR bagi merasmikan Taman SUMUR yang siap pembinaan dan hiasan lanskapnya pada akhir tahun lalu.
UST. MOHD. FAUZAN BIN MOHAMED MOKHTAR PUJANGGA MENGATAKAN, MATA ADALAH CERMIN JIWA. DENGAN HANYA MELIHAT MATA DAN PANDANGAN SESEORANG, IA BOLEH MENGGAMBARKAN SIFAT-SIFAT UTAMA SI PEMILIK MATA. IA BOLEH MENILAI MATA YANG CULAS, MATA YANG JUJUR, MATA YANG PERAGU, MATA YANG PENAKUT, MATA YANG ANGKUH, MATA YANG TULUS, MATA YANG TAK BERPENDIRIAN, MATA YANG BERANI, MATA YANG GAGAH, MATA YANG TAMAK, MATA YANG DENGKI, MATA PENIPU, MATA YANG KEHILANGAN JIWA, MATA YANG PENUH KERINDUAN DAN SEBAGAINYA BULETIN INSPIRASI SEMANGAT 2016 Penasihat Ust. Mohd. Fauzan Bin Mohamed Mokhtar Editor Ust. Rumaja Bin Sarmin Penolong Editor Uzh. Arifah Binti Ayub Fotografi Ust. Abd. Rauf Bin Abd.Rahim Promosi Ust. Mohsen Bin Miskam Terbitan Pusat Sumber Sekolah (PSS) Smka Segamat, Johor Penaja Tabung Kebajikan Guru Jumlah Sumbangan 10 Mac 2016 RM 130.00
Lawatan Badan Amal Guru & Staf ke Sabah (12-15 Mac 2016) Anugerah Kecemerlangan Akademik (10 Mac 2016) Lawatan BAGUS ke SMKA Ranau (13 Mac 2016) Ceramah Kesihatan oleh Dr.M.Alimin (22 Mac 2016) Kejohanan Sukan MSSD Segamat (8-10 Mac 2016) Kursus Seni Khat Atas Kanvas (9 Mac 2016) Kejohanan Sukan MSSD Segamat (8-10 Mac 2016) Sumbangan Tabung Kebajikan Guru (10 Mac 2016) Tilawah & Hafazan Karnival Pendidikan Islam (21 Mac 2016) Khat Karnival Pendidikan Islam (21 Mac 2016)
Program Pinjaman Buku Berkelompok (Bulk Loan) : Jawatankuasa Kerja PSS telah menjalankan program ini bermula pada tahun 2014 untuk mencapai sasaran Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM) yang menetapkan setiap pelajar wajib meminjam sekurang-kurangnya 10 buah buku setahun. Pengawas PSS akan membantu guru-guru PSS untuk memilih dan mendaftar buku pinjaman mengikut jumlah pelajar dalam setiap kelas. Pengawas PSS akan menghantar buku-buku tersebut ke setiap kelas dan mengutip semula pada akhir bulan.
Kata banyak makna ialah kata yang mempunyai lebih daripada satu makna atau erti. Makna kata yang berbagai-bagai itu dapat dibezakan mengikut konteks dan penggunaannya dalam ayat. Contoh : A) Lembut (i) Puan Aina menguli tepung itu dengan mentega sehingga lembut. (ii) Gadis yang berbaju kebaya itu sungguh lembut orangnya. (iii) Langsir itu sungguh lembut warnanya. B) Melepaskan (i) Datuk saya melepaskan burung itu dari sangkarnya. (ii) Rahim dan isterinya berehat di pondok itu bagi melepaskan lelah. (iii) Abang melepaskan perasaan marahnya kepada kami. SUMBER : MAJALAH MAHIR ARAS MEGA SDN.BHD.
Taman Sumur sebelum dinaiktaraf pada awal tahun 2014 merupakan satu kawasan yang mempunyai lanskap sebuah kolam ikan dan air terjun buatan. Ust. M. Nazom Bin Mohd.Yusof selaku Guru Kelab Lanskap pada masa itu telah menyediakan bentuk lanskap yang menarik bagi Taman SUMUR seperti yang terdapat pada hari ini.
(حفص عن عاصم ( A SIM ) MENGIKUT RIWAYAT HAFS AN غريب ( GHARIB BACAAN ( تسهيل ) TASHIL ( مد فرق ) FARQU MAD Tashil pada bahasa asalnya bermaksud memudahkan atau menyenangkan ; iaitu menyebut huruf hamzah di antara sebutan huruf hamzah dan alif, seolah-olah menyebut huruf hamzah dan alif sekaligus, tidak terhenti-henti dan tidak memanjangkan sebutannya. Hanya satu kalimah yang wajib dibaca dengan Tashil iaitu ayat 44 dalam Surah Fussilat seperti di atas. Mad Farqu : Mad (bacaan panjang) yang terhasil daripada pertemuan Mad Badal dengan huruf yang bertasydid. Dinamakan Mad Farqu kerana untuk membezakan bahawa huruf hamzah tersebut bermaksud pertanyaan Apakah. Juga dikenali dengan nama Mad Istifham (pertanyaan). Cara membacanya : 6 harakat Mad Farqu / Mad Istifham ini boleh dibaca dengan 2 wajah iaitu : Kaedah Bacaan Tashil Ini Dibimbing Oleh Ust. Hj. Ismail Bin Rosli Al-Hafiz (Guru KKQ SMKA Segamat) 1. Bacaan Ibdal 2. Bacaan Tashil
TERJEMAHAN (93) Sehingga apabila ia sampai di antara dua gunung, ia dapati di sisinya satu kaum yang hampir-hampir mereka tidak dapat memahami perkataan. (94) Mereka berkata : Wahai Zulkarnain, sesungguhnya kaum Yakjuj dan Makjuj sentiasa melakukan kerosakan di bumi; oleh itu, setujukah kiranya kami menentukan sejumlah bayaran kepadamu (daripada hasil pendapatan kami) dengan syarat engkau membina sebuah tembok di antara kami dengan mereka?