KOPERASI KAKITANGAN MAKTAB KERJASAMA MALAYSIA BERHAD D/A MAKTAB KERJASAMA MALAYSIA, 103, JALAN TEMPLER, PETALING JAYA, SELANGOR DARUL EHSAN.

dokumen-dokumen yang mirip
KOPERASI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN MELAYU PAHANG TIMUR BERHAD

KOPERASI KKGLM MALAYSIA BERHAD ATURAN AKTIVITI PINJAMAN

KOPERASI PEGAWAI-PEGAWAI KERAJAAN NEGERI PAHANG DARUL MAKMUR BERHAD ATURAN-ATURAN PINJAMAN PERIBADI (AL-BAI AINAH)

ATURAN-ATURAN PEMBIAYAAN IHSAN QARDHUL HASSAN. Aturan-aturan ini adalah dinamakan Aturan-aturan Pembiayaan Ihsan Qardhul Hassan Koperasi.

KOPERASI GURU-GURU LEPASAN MAKTAB/ PUSAT LATIHAN HARIAN PAHANG (KOGURU) BERHAD. Peraturan-peraturan AKTIVITI KREDIT

KOPERASI PEGAWAI-PEGAWAI KERAJAAN NEGERI PAHANG DARUL MAKMUR BERHAD ATURAN-ATURAN PINJAMAN/KEMUDAHAN BARANGAN PENGGUNA (AL BAI ' U BITHAMAN AAJIL)

ATURAN-ATURAN MENJALANKAN AKTIVITI JIMAT CERMAT DAN PINJAMAN WANG

ATURAN-ATURAN MODAL SYER. Aturan-aturan ini adalah dinamakan Aturan-aturan Modal Syer Koperasi.

KOPERASI KAKITANGAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA BERHAD ATURAN-ATURAN MENJALANKAN AKTIVITI JIMAT CERMAT DAN PEMBIAYAAN WANG

KOPERASI PEGAWAI-PEGAWAI KERAJAAN BALING KEDAH BERHAD. Aturan-Aturan Pinjaman Peribadi

KOPERASI PEGAWAI-PEGAWAI KERAJAAN BALING KEDAH BERHAD. Aturan-Aturan Pinjaman Yuran

KOPERASI PEGAWAI-PEGAWAI KERAJAAN BALING KEDAH BERHAD. Aturan-Aturan Pinjaman Khas

BORANG PERMOHONAN PEMBIAYAAN PERIBADI - i

BORANG PERMOHONAN PEMBIAYAAN AL BAI BITHAMAN AJIL. Nama Penuh: No.KP: Alamat Rumah: No. Tel: Alamat Pejabat: No. Tel: Nama Barang: Harga:RM

KOPERASI PEGAWAI-PEGAWAI KERAJAAN BALING KEDAH BERHAD. Aturan-Aturan Pinjaman Pelancongan

Pengambilan balik pinjaman yang melampaui tempoh

Rekod permohonan, siasatan, tindakan, dan keputusan Lembaga berhubung dengan kumpulan wang hendaklah disenggara oleh setiausaha.

BAHAGIAN I PERMULAAN. (1) Undang-undang Kecil ini boleh dinamakan Undang-undang Kecil Koperasi Tenaga Nasional Berhad.

KOPERASI KAKITANGAN FELCRA (M) BERHAD ATURAN BAGI MENJALANKAN AKTIVITI PEMBIAYAAN

Tiap-tiap anggota hendaklah diberi dengan percuma satu naskhah Undangundang Kecil ini. Naskhah tambahan akan dikenakan bayaran.

KOPERASI KAKITANGAN BANK PERTANIAN MALAYSIA BERHAD

KOPERASI WARGA USM KELANTAN BERHAD PEMBIAYAAN PEMBELIAN BARANG ELETRIK ATAU PERABUT MENGGUNAKAN KAEDAH AL-BITHAMAN AJIL SYARAT-SYARAT PEMBIAYAAN

PERLEMBAGAAN BADAN KHAIRAT KELANA JAYA, SELANGOR

PERATURAN-PERATURAN TABUNG KEBAJIKAN BERSAMA KOPERASI KAKITANGAN UiTM BERHAD

Rekod permohonan, siasatan, tindakan dan keputusan Lembaga berhubung dengan kumpulan wang hendaklah disenggara oleh setiausaha.

TABUNG KEBAJIKAN KESATUAN KEBANGSAAN WARTAWAN SEMENANJUNG MALAYSIA

MAKLUMAT PEMOHON. Tempuh Hutang MAKLUMAT PEKERJAAN PEMOHON. Emel MAKLUMAT PENDAPATAN MAKLUMAT TANGGUNGAN KEWANGAN. Bayaran Bulanan

mesyuarat agung perwakilan diadakan. Sebarang usul tergempar tidak dibenarkan.

BORANG PERMOHONAN BAI AL- INAH. Tarikh Hantar :... Tarikh Terima :...

KOPERASI KAKITANGAN BANK PERTANIAN MALAYSIA BERHAD

(2) Tugas pengerusi menurut perenggan (a) dan (b) fasal (1), boleh diamanahkan kepada naib pengerusi atau mana-mana anggota Lembaga, jika perlu.

UNDANG-UNDANG KECIL KOPERASI PKNS 2013

KOPERASI TELEKOM MALAYSIA BERHAD KBM 2.1/2007 (KOTA MAS) No.Pendaftaran 1/1922

UNDANG-UNDANG KECIL KOPERASI PKNS 2013

KOPERASI TELEKOM MALAYSIA BERHAD KBM 2.1/2007 (KOTA MAS) No.Pendaftaran 1/1922

1.1 Nama penuh : No. anggota : No. K/P :. 1.4 Alamat rumah : No. tel rumah : 1.6 No. H/P :.

UNDANG-UNDANG TUBUH BADAN KHAIRAT KEMATIAN MASJID AL-FAIZIN DESA JAYA-TAMAN EHSAN BAGI

JUMLAH DIPOHON : RM TEMPOH BAYAR BALIK : BULAN

ATURAN PAJAKGADAI (AR-RAHN) KOPERASI KAKITANGAN UiTM BERHAD

BORANG PERMOHONAN RASMI PEMBIAYAAN KOPERASI (Aturan-Aturan Jimat Cermat 11 (1) ) BAHAGIAN A

BORANG PERMOHONAN PEMBIAYAAN BAI BITHAMAN AJIL

PERTUBUHAN PERKUBURAN ORANG RAMAI, KUALA LUMPUR DAN SELANGOR. PERTUBUHAN PERKUBURAN ORANG RAMAI, KUALA LUMPUR DAN SELANGOR.

KOPERASI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN MELAYU PAHANG TIMUR BERHAD

BAHAGIAN I PERMULAAN

PERATURAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN, MESYUARAT AGUNG KHAS DAN MESYUARAT JAWATANKUASA

UNDANG-UNDANG KECIL KOPERASI PKNS 2013

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA GP2: GARIS PANDUAN PERMOHONAN PEMBAYARAN DIVIDEN OLEH KOPERASI (PINDAAN) 2012 BAHAGIAN A: PENGENALAN

96, JALAN BANGSAR, KUALA LUMPUR Tel : / 4399 / 4736 Fax : SENARAI SEMAKAN DOKUMEN PEMBIAYAAN

BORANG PERMOHONAN PEMBIAYAAN BAI BITHAMAN AJIL

BORANG PERMOHONAN SKIM PEMBIAYAAN

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA GP22: GARIS PANDUAN PERMOHONAN PEMBAYARAN HONORARIUM KEPADA ANGGOTA LEMBAGA KOPERASI BAHAGIAN A : PENGENALAN

KOPERASI PEGAWAI-PEGAWAI KERAJAAN NEGERI PAHANG DARUL MAKMUR BERHAD

DOKUMEN DIPERLUKAN BAGI PEMBIAYAAN BAI AL INAH BERJAMIN

KOPERASI PERKHIDMATAN PERGURUAN KEBANGSAAN BERHAD UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN PINJAMAN INSENTIF ANGGOTA BAHARU / PENCADANG

MEMORANDUM PENERIMAAN

BORANG PERMOHONAN RASMI PEMBIAYAAN KOPERASI

BORANG PERMOHONAN PEMBIAYAAN ASBi-KOP. No. Ahli No. Kad Kuasa (PDRM) No. Kad Pengenalan Awam. Tarikh Lahir No. Gaji Pejabat Pembayar Gaji

PERLEMBAGAAN Persatuan Penduduk Taman Anggerik Emas... Pertubuhan ini dikenali dengan nama Persatuan Penduduk Taman Anggerik Emas

Koperasi Polis Diraja Malaysia Berhad No.1, Jalan Sulaiman, Kuala Lumpur Tel : / 8888 / 8878 Faks :

ATURAN-ATURAN TETAP MESYUARAT AGUNG KAWASAN. mercantile

BIL PERKARA SEMAKAN ANGGOTA DOKUMEN DIPERLUKAN BAGI PEMBIAYAAN BAI AL INAH BERJAMIN

KOPERASI PERKHIDMATAN PERGURUAN KEBANGSAAN BERHAD UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN PINJAMAN INSENTIF MENGEKALKAN KEANGGOTAAN

KOPERASI KAKITANGAN BANK PERTANIAN MALAYSIA BERHAD BORANG PERMOHONAN KEMUDAHAN PEMBIAYAAN BAI' AL-'INAH

Koperasi Polis Diraja Malaysia Berhad No.1, Jalan Sulaiman, Kuala Lumpur Tel : / 8888 / 8878 Faks :

PERLEMBAGAAN PERSATUAN ALUMNI KOLEJ MATRIKULASI YAYASAN SAAD, LEMBAH BERINGIN, SELANGOR, MALAYSIA (AKMATYS)

Koperasi Polis Diraja Malaysia Berhad No.1, Jalan Sulaiman, Kuala Lumpur Tel : / 8888 / 8878 Faks :

BAB 11 PINJAMAN Berikut adalah pihak berkuasa melulus mengikut kategori: 2) Pinjaman Komputer Bendahari

VERSI-1/04/01/2017/CIP/T&C/BM. Terma dan Syarat Pelan Ansuran Tunai Melalui Panggilan Telefon ( CIP ) AFFINBANK

UNDANG-UNDANG KECIL KOPERASI KAKITANGAN MAKTAB KOPERASI MALAYSIA BERHAD SUSUNAN UNDANG-UNDANG KECIL BAHAGIAN 1 PERMULAAN BAHAGIAN II

GARIS PANDUAN PENYELIAAN KOPERASI KANDUNGAN

UNDANG-UNDANG KECIL KOPERASI PKNS 2013

BORANG PERMOHONAN RASMI PEMBIAYAAN KOPERASI (Aturan-Aturan Jimat Cermat 11 (1) ) BAHAGIAN A

Nama Anggota:. ( nama penuh ) No.Anggota : No.K/P Baru : No.K/P Lama : Tarikh Lahir : Umur : Gaji Pokok : Alamat Sekolah :...No.Tel(Sek) :..

UNDANG-UNDANG MALAYSIA. Akta 502 AKTA KOPERASI 1993

PERLEMBAGAAN BAGI PERTUBUHAN INDUK PERSATUAN PESARA UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA, BANGI, SELANGOR

(Logo Kelab) Kelab Catur UNISEL. Kertas kerja Perlembagaan Kelab Catur UNISEL (KECAS UNISEL) Kampus Shah Alam. Disediakan Oleh:

ATURAN-ATURAN BAGI KUMPULAN WANG KEBAJIKAN AM KOPERASI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN MELAYU PAHANG TIMUR BERHAD

MEMORANDUM PENERIMAAN

BIL PERKARA SEMAKAN ANGGOTA DOKUMEN DIPERLUKAN BAGI PEMBIAYAAN BAI AL INAH BERJAMIN

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA

40 Undang-Undang Malaysia AKTA 502

KOPERASI PERKHIDMATAN PERGURUAN KEBANGSAAN BERHAD UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN PEMBIAYAAN INSENTIF ANGGOTA BAHARU / PENCADANG

BADAN KHAIRAT KEMATIAN KARIAH SURAU AT-TAQWA BUKIT BANDARAYA, SEKSYEN U11, SHAH ALAM, SELANGOR

BORANG PERMOHONAN RASMI PEMBIAYAAN KOPERASI (Aturan-Aturan Jimat Cermat 11 (1) ) BAHAGIAN A

UNDANG-UNDANG KECIL KOPERASI KAKITANGAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA BERHAD

FELKOP KOPERASI KAKITANGAN FELDA MALAYSIA BERHAD

Garis panduan ini merangkumi semua jenis pinjaman / pembiayaan kenderaan bagi staf UPM yang bertaraf tetap dan kontrak.

PERLEMBAGAAN BAGI PERSATUAN ALUMNI PELATIH JABATAN PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA(JPSM) NEGERI SABAH

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA GP14 : GARIS PANDUAN PENGURUSAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KOPERASI

BORANG PINJAMAN PELAJARAN. 1.1 Nama :. (seperti dalam kad pengenalan) 1.2 No. K/P Baru :. 1.3 Tarikh Lahir :. 1.4 Umur :.

UNDANG-UNDANG KECIL KOPERASI KREDIT DAN PELABURAN KAKITANGAN BANK NEGARA MALAYSIA BERHAD BAHAGIAN I PERMULAAN

78 Undang-Undang Malaysia AKTA 502

Nama Anggota:. ( nama penuh ) No.Anggota : No.K/P Baru : No.K/P Lama : Tarikh Lahir : Umur : Gaji Pokok : Alamat Sekolah :...No.Tel(Sek) :..

BORANG PERMOHONAN HIBAH AMANAH

KOPERASI PERKHIDMATAN PERGURUAN KEBANGSAAN BERHAD

TERMA DAN SYARAT PROGRAM PINDAHAN BAKI

BAB 12 BIASISWA & AKAUN PELAJAR

BORANG PERMOHONAN PENGISYTIHARAN AMANAH

MEMORANDUM PENERIMAAN

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA GP7B: GARIS PANDUAN PEMBERIAN IBRA (REBAT) BAGI PEMBIAYAAN ISLAM BERASASKAN JUAL BELI BAHAGIAN A: PENGENALAN

Transkripsi:

KOPERASI KAKITANGAN MAKTAB KERJASAMA MALAYSIA BERHAD D/A MAKTAB KERJASAMA MALAYSIA, 103, JALAN TEMPLER, 46700 PETALING JAYA, SELANGOR DARUL EHSAN. ATURAN SKIM AL-BAI BITHAMAN AJIL A. TAJUK 1. Aturan ini hendaklah dinamakan ATURAN SKIM PINJAMAN AL-BAI BITHAMAN AJIL Koperasi Kakitangan Maktab Kerjasama Malaysia Berhad atau ringkasnya Aturan Skim Al-Bai Bithaman Ajil. 2. Aturan ini diwujudkan di bawah undang-undang kecil 9(3) Koperasi ini dan dikuatkuasakan selepas persetujuan mesyuarat agung Koperasi ini pada. dan dikemukakan kepada Suruhanjaya. B. TAFSIRAN Dalam aturan ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain - a) Pelaburan ertinya menggunakan wang atau modal untuk membeli aset, syer atau sekuriti, dsb dengan harapan untuk mendapatkan keuntungan pada masa hadapan. b) Wang berlebihan ertinya wang yang melebihi amaun yang diperlukan oleh sesuatu Koperasi berdaftar bagi kegunaan segera sebagai modal kerja bagi perniagaannya, yang boleh didepositkan atau dilaburkan di luar koperasi itu tanpa menjejaskan pengendalian perniagaan. C. TAFSIRAN Dalam aturan ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain - a) Barang bermaksud aset atau perkhidmatan yang dipersetujui untuk dijual beli atau diusahakan b) Penghutang bermaksud seseorang anggota yang membeli barang secara bayaran tangguh dengan pembiayaan skim ini. c) Al-Bai Bithaman Ajil (BBA) bermaksud satu jenis jual beli yang dihalalkan oleh syariah dimana koperasi bersetuju untuk membeli aset yang dicadangkan oleh anggota dan kemudian dijual kepada anggota dengan kaedah kredit BBA dengan dibayar balik secara ansuran. Persetujuan diperlukan dari kedua belah pihak (koperasi dan anggota) akan harga jualan dan tempoh masa bayaran balik secara ansuran. Harga jualan tidak boleh dipinda sesudah dipersetujui bersama. d) Ibra bermaksud rebet terhadap kadar keuntungan yang dibenarkan terhadap pembiayaan pembelian kepada penghutang ke atas pembayaran balik lebih awal daripada tempoh yang ditetapkan. 1

D. TUJUAN. Al-Bai Bithaman Ajil (BBA) bermaksud satu jenis jual beli yang dihalalkan oleh syariah dimana koperasi bersetuju untuk membeli barang yang dicadangkan oleh anggota dan kemudian dijual kepada anggota dengan kaedah kredit BBA dengan dibayar balik secara ansuran. Persetujuan diperlukan dari kedua belah pihak (koperasi dan anggota) akan harga jualan dan tempoh masa bayaran balik secara ansuran. Harga jualan tidak boleh dipinda sesudah dipersetujui bersama. Walaubagaimanapun, pihak koperasi boleh memberi ibra atau diskaun kiranya pelanggan membayar hutang lebih cepat dari tempoh yang asal. Di bawah Skim ini Koperasi akan menyediakan pembiayaan bagi kemudahan anggota-anggota yang ingin membeli: i. kelengkapan rumah dan peralatan pengguna; ii. alat kenaikan atau kenderaan bermotor yang mempunyai surat hakmilik yang sah; iii. hartanah seperti tanah dan rumah yang mempunyai surat hakmilik yang sah; atau iv. lain-lain barang yang diperakukan oleh Lembaga Koperasi yang boleh diakad jual beli sesuai dengan peraturan Syariah. E. PELAKSANAAN a) Skim ini dilaksanakan dengan Kaedah Al-Bai Bithaman Ajil (BBA) di mana, Koperasi ini akan membeli barang-barang yang dipesan oleh anggota daripada koperasi lain atau pembekal-pembekal luar kemudian menjualkannya kepada anggota berkenaan dengan ditambah keuntungan di atas persetujuan kedua belah pihak. Anggota boleh juga mencadangkan kepada Koperasi nama pembekal. b) Kadar maksimum pembiayaan untuk seseorang anggota di bawah skim ini ialah sebanyak RM10,000.00 sebelum dicampur kadar keuntungan untuk koperasi. c) Tempoh pembayaran balik tidak melebihi 24 bulan bagi pembiayaan skim ini yang berjumlah RM 5,000 dan kebawah, dan 36 bulan bagi pembiayaan skim ini yang berjumlah RM 5,001 ke RM 10,000. d) Pembiayaan bertindih boleh dibenarkan tertakluk kepada persetujuan Lembaga. e) Barang yang telah dibeli tidak boleh ditukar dengan wang tunai. f) Barang yang dibeli tidak boleh dikembalikan/ditukar ganti kecuali atas jaminan atau waranti yang diberikan oleh pengeluar barang itu sendiri. g) Kadar pengambilan keuntungan adalah diantara 10% hingga 20% daripada harga kos/belian mengikut ketetapan Lembaga. 2

F KELAYAKAN. Pembiayaan ini boleh diberikan kepada anggota Koperasi ini tertakluk kepada syarat-syarat berikut : a) telah menjadi anggota Koperasi ini dan telah membayar Modal Syer sekurang kurangnya RM 100.00 dan telah mencarum dalam Modal Yuran tidak kurang daripada 6 bulan. b) berkemampuan, yakni bayaran ansuran bulanan tidak melebihi 1/3 daripada gaji bersih bulanan. c) dilengkapkan dengan 2 orang penjamin yang cukup syarat-syaratnya (pembiayaan yang bernilai kurang daripada RM 1,000.00 memadai dengan seorang penjamin sahaja.) G. SYARAT-SYARAT PENJAMIN a) Tiap-tiap penjamin akan bersama-sama atau berasingan bertanggungjawab di atas bayaran balik pembiayaaan ini sepenuhnya; b) Penjamin-penjamin itu hendaklah membiayai kesemua skim pembiayaan yang diberi kepada penghutang, jika penghutang tidak dapat membayar balik mengikut perjanjian yang telah dipersetujui dan setelah ditolak jumlah yang terjamin oleh 90% daripada jumlah Simpanan Khas atau Modal Yuran anggota itu; c) Penjamin hendaklah terdiri daripada kalangan anggota Koperasi ini; d) Penjamin tidak dibenarkan menjamin lebih daripada 3 orang anggota di dalam satu masa; e) Anggota Lembaga tidak dibenarkan menjamin semasa tempoh di dalam jawatan sebagai Anggota Lembaga; dan f) Gaji bersih penjamin-penjamin pada masa permohonan hendaklah mencukupi untuk membayar jumlah satu ansuran bulanan penghutang. H. SYARAT-SYARAT SAKSI Jumlah saksi yang diperlukan adalah seperti berikut: a) 2 lelaki; b) 1 lelaki dan 2 wanita; atau c) 4 wanita. 3

I. PERMOHONAN a) Semua permohonan kepada Skim Pembiayaan Al-Bai Bithaman Ajil (BBA) hendaklah dibuat di atas borang rasmi Koperasi ini; b) Permohonan bagi Skim Al-Bai Bithaman Ajil (BBA) hendaklah disampaikan ke Pejabat Koperasi ini sekurang-kurangnya 7 hari sebelum lembaga mengadakan mesyuarat bagi menimbangkannya; c) Pemohon-pemohon hendaklah terlebih dahulu menentukan bahawa borang-borang permohonan mereka dan dokumen-dokumen sokongan diisi dengan sempurna dan ditandatangani mengenai tujuan permohonan. Kecuaian di segi ini akan menyebabkan permohonan itu ditolak dan anggota yang berkenaan akan diminta membuat permohonan semula yang mana ianya akan dipertimbangkan dalam mesyuarat Lembaga yang akan datang; d) Penerimaan atas permohonan-permohonan tersebut hendaklah didaftarkan di dalam Daftar Permohonan Skim Pembiayaan dan diberi angka pendaftaran dan kemudian diasingkan mengikut jenis-jenis pembiayaan dan diserahkan kepada sebuah jawatankuasa yang dilantik oleh Lembaga untuk memproses permohonan-permohonan itu. J. MEMPROSES BORANG PERMOHONAN a) Semua borang permohonan kepada Skim Pembiayaan Al-Bai Bithaman Ajil (BBA) akan diproses oleh Jawatankuasa Kecil Pinjaman yang dilantik oleh Lembaga di bawah Undang-undang Kecil 43 (2) (v) Koperasi ini. b) Di dalam menjalankan tugas memproses permohonan pinjaman, Jawatankuasa Kecil Pinjaman ini hendaklah menentukan : i) kesempurnaan borang-borang yang diisi dan ditandatangani bersekali dengan dokumen sampingan dan kenyataan yang menyokong permohonan; ii) kelayakan pemohon, penjamin-penjamin dan saksi-saksinya; iii) kesanggupan pemohon untuk memberi kuasa kepada majikannya supaya memotong gajinya untuk membuat bayaran pinjaman dan lainlain caruman-caruman kepada koperasi ini; vi) pengesahan dokumen bagi tujuan permohonan; v) Kedudukan baki pinjaman dan pembiayaan yang sedia ada dan tertunggak; vi) Berkemampuan membayar pinjaman iaitu bayaran ansuran bulanan bagi pinjaman ini tidak melebihi satu pertiga (1/3) daripada gaji bersih bulanan; dan vii) Menyediakan senarai permohonan mengikut format yang ditentukan untuk di bawa ke Mesyuarat Lembaga. 4

c) Permohonan yang terpaksa ditolak di sebabkan kurang penjamin, saksi atau permohonan mereka melebihi had yang mereka layak meminjam atau permohonan mereka tidak disertakan dengan kenyataan-kenyataan yang cukup bagi menyokong akan permohonannya atau borang-borang tidak dilengkapkan dengan sempurna, hendaklah diberitahu segera agar pembetulan-pembetulan dapat dibuat dan permohonan-permohonan itu dapat dipertimbangkan di dalam Mesyuarat Lembaga yang akan datang. d) Selesai kerja memproses permohonan pinjaman ini, perakuan terhadap permohonan yang boleh diluluskan dan yang tidak boleh diluluskan hendaklah dibentangkan di dalam satu senarai untuk dikemukakan kepada Mesyuarat Lembaga untuk kelulusan. K. MENIMBANGKAN PERMOHONAN DALAM MESYUARAT LEMBAGA a) Mesyuarat Lembaga hendaklah menimbangkan permohonan mengikut giliran pendaftaran yang dicatatkan pada borang permohonan. b) Di dalam mengambil keputusan untuk meluluskan sesuatu permohonan Skim Pembiayaan, Lembaga hendaklah berpegang kepada prinsip Yang mustahak dan yang kecil didahulukan. c) Lembaga bolehlah menimbangkan cadangan tempoh dan kaedah bayaran balik pinjaman atau mengenakan syarat-syarat tertentu bagi pembiayaan itu. d) Kelulusan atau penolakan sesuatu permohonan kepada Skim Pembiayaan ini hendaklah dicadang dan disokong oleh Anggota-anggota Lembaga dan mendapat suara terbanyak semasa pengundian, kelulusan atau penolakan itu hendaklah juga dicatatkan di dalam Buku Minit Mesyuarat Lembaga dan di catatkan dalam Daftar Permohonan Pinjaman. e) Pemohon-pemohon yang permohonan mereka diluluskan hendaklah diberitahu segera supaya Surat Perjanjian Skim Pembiayaan dapat dilengkapkan dengan sempurna oleh pemohon dan penjaminpenjaminnya. Tidaklah menjadi suatu kesalahan jika pihak koperasi ini dan pihak pemohon bersetuju agar Surat Perjanjian ini diisi dan ditandatangani terlebih dahulu iaitu semasa pemohon mengemukakan permohonan pinjaman. f) Adalah menjadi kuasa muktamad Lembaga untuk menolak sesuatu permohonan terhadap Skim Pembiayaan itu, menghadkan jumlah pembiayaan yang dipohon dan menolak mana-mana anggota daripada menjadi penjamin. g) Anggota-anggota tidaklah boleh menuntut bahawa kemudahan Skim Pembiayaan ini adalah sebagai satu daripada hak-haknya seperti mana yang tersebut di bawah Undang-undang Kecil 16 Koperasi ini. 5

L. KAEDAH PEMBAYARAN WANG KEPADA PEMOHON a) Kecuali dalam keadaan yang luar biasa yang dibenarkan oleh Lembaga, semua pembayaran wang untuk Skim Pembiayaan BBA ini hendaklah dilakukan seminggu selepas mesyuarat Lembaga meluluskannya b) Sebelum bayaran-bayaran dibuat, Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari Koperasi ini hendaklah mempastikan bahawa: i) surat-surat Perjanjian Skim Pembiayaan telah siap disempurnakan dan ditandatangani oleh semua pihak yang berkenaan; ii) baucer pinjaman telah disiapkan untuk ditandatangani; iii) jumlah pembiayaan yang diluluskan direkodkan di dalam Daftar Pinjaman; iv) daftar Penjamin telah sempurna diselenggarakan; dan v) pembayaran wang bagi urusniaga di bawah Skim Pembiayaan ini oleh Koperasi ini hendaklah dilakukan terus kepada pembekal hartanah, kenderaan atau barangan yang berkaitan. M. PENANGGUHAN PEMBAYARAN BALIK Di dalam keadaan-keadaan tertentu Lembaga boleh meluluskan penangguhan atau pengurangan sebarang ansuran pembayaran. Tidak ada penangguhan ke atas sebarang ansuran pinjaman boleh diberikan atas sebab sebarang perayaan. Di dalam sebarang tempoh di mana satu penangguhan ansuran pembiayaan diberikan, anggota hendaklah mengekalkan caruman bulanan modal yuran yang sama seperti terdahulu. N. MENDAPATKAN BALIK HUTANG ATAU PINJAMAN DENGAN SEGERA Keseluruhan jumlah pinjaman atau baki pinjaman hendaklah dibayar balik kepada koperasi tanpa bertangguh-tangguh dan tanpa sebarang alasan jika peminjam / penghutang didapati : i) berhenti atau diberhentikan daripada menjadi anggota. ii) pinjaman digunakan bagi sebarang tujuan selain daripada tujuan yang dinyatakan dalam borang permohonan. iii) jika kedudukan penghutang difikirkan meragukan. O. AKIBAT KEGAGALAN MEMBAYAR BALIK Dalam keadaan di mana seseorang anggota itu didapati gagal untuk membayar balik wang yang sepatutnya dibayar kepada koperasi ini melalui Skim Pembiayaan, Lembaga Koperasi ini berhak memutuskan dalam satu mesyuaratnya supaya jumlah wang yang masih belum dibayar itu ditolak daripada wang anggota berkaitan yang ada dalam Simpanan Khas atau Modal Yurannya kecuali wang daripada Modal Syernya yang masih ada di Koperasi ini. 6

P. KUASA LEMBAGA DAN MESYUARAT AGUNG i) Lembaga mempunyai kuasa untuk menggantung mana-mana atau semua aturan-aturan ini dan melaporkannya kepada Mesyuarat Agung yang berikutnya. ii) Mesyuarat Agung berkuasa untuk meminda, menambah, mengganti atau menarik balik aturan-aturan ini. S. PERTIKAIAN Jika berbangkit sebarang perselisihan faham atas tafsiran Aturan ini atau timbul apa-apa perbalahan mengenainya, maka pertikaian itu hendaklah dirujuk kepada Suruhanjaya menurut undang-undang kecil 81 Koperasi ini. Aturan ini telah dibentang dan diluluskan di dalam Mesyuarat Agung tahunan koperasi pada......... ( ) ( ) Pengerusi Setiausaha 7