BERTUKAR-TUKAR HADIAH MELALUI UNDIAN MENURUT MAZHAB AL-SYAFIE

dokumen-dokumen yang mirip
buatwasiat.com WASIAT DAN PELAKSANAANNYA KE ATAS SAUDARA BARU SEMINAR PERANCANGAN HARTA SECARA SYARIAH

AMALAN WASIAT KEPADA WARIS DI MALAYSIA. Noor Lizza Mohamed Said

JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM, KUIS PRINSIP-PRINSIP SYARIAH DALAM OPERASI KAD KREDIT ISLAM: ANALISIS DARI PERSPEKTIF FIQH AL-SYAFI I

Wasiat Manfaat Harta Dalam Islam 1. Noor Lizza Mohamed Said. Universiti Kebangsaan Malaysia

BAB 5 : PENUTUP. Al-Khatib al-shirbini adalah seorang yang faqih dalam mazhab al-shafi i dan

IRSYAD AL-HADITH SIRI KE-222: DAGING UNTA MEMBATALKAN WUDHUK

Kandungan. Apakah perbankan Islam? Perbankan Islam di Malaysia. Pematuhan prinsip Syariah Konsep Syariah dalam perbankan Islam. Soalan Lazim.

JENIS HAJI DAN PERMASALAHANNYA

DIPLOMA PENGAJIAN ISLAM. WD4043 Fiqh Mu'amalat (Minggu 1)

BAB 5 PENUTUP. telah dibincangkan secara terperinci merangkumi latar belakang produk berstruktur,

PARAMETER PELABURAN EMAS

Hukum Puasa Tetapi Tidak Solat

IRSYAD AL-FATWA SIRI KE-208: HUKUM WANITA MEMBUKA SYARIKAT SENDIRI

Zakat ke atas Hartanah: Kajian Tekstual Terhadap Fatawa Jami'ah fi Zakah al- Iqar 1

IKHTILAF (PERBEZAAN PENDAPAT) ULAMA DALAM MASALAH BABI ; HIKMAH DAN APLIKASINYA

BAB IV TINJAUAN HUKUM ISLAM TENTANG PENARIKAN KEMBALI HIBAH OLEH AHLI WARIS DI DESA SUMOKEMBANGSRI KECAMATAN BALONGBENDO KABUPATEN SIDOARJO

ENAKMEN WAKAF (NEGERI SELANGOR) /1999. BETA PERKENANKAN, TENGKU IDRIS SHAH IBNI SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH AL-HAJ, Pemangku Raja Selangor

Pengenalan Takaful 45 BAB A3 PENGENALAN TAKAFUL

Permasalahan Zakat Fitrah dan Pengelolaannya. Ahmad Muntaha AM aswajamuda.com

Hak Cipta Terpelihara :

85. Swap Kadar Keuntungan (Profit Rate Swap) secara Islam Berasaskan Bai` `Inah

BAB 5 PENUTUP. objektif kajian yang telah dikemukakan dalam Bab 1 pada awal kajian. Pertama;

LMCK PEMIKIRAN KRITIKAL & PENYELESAIAN MASALAH

pusaka), namun keduanya tidak jumpa orang yang mampu menyelesaikan perselisihan mereka. Keutamaan Hak harta Simati

DIPLOMA PENGAJIAN ISLAM. WD4013 USUL FIQH (Minggu 1)

KEJOHANAN PIALA MENTERI PENDIDIKAN 1MURID 1SUKAN 2017 BOLA JARING 3 ON 3 BAHAGIAN SUKAN, KPM PERINGKAT KEBANGSAAN

BAB LIMA KESIMPULAN. perbahasan dan laporan analisis kajian yang telah dijalankan daripada bab-bab sebelum ini.

BAB V KESIMPULA DA SARA A. harta antara pasangan suami isteri. Mengikut amalan di rantau ini, ia boleh dituntut

UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA GARIS PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGURUSAN MEL ELEKTRONIK

FARAID ILMU YANG DILUPAKAN

DIPLOMA PENGAJIAN ISLAM. WD3013 MUSTHOLAH AL-HADITH (Minggu 4)

FATWA MAJELIS ULAMA INDONESIA Nomor: 14 Tahun 2011 Tentang PENARIKAN, PEMELIHARAAN, DAN PENYALURAN HARTA ZAKAT

BAB PERTAMA PEMELUKAN AGAMA ISLAM MENURUT PERSPEKTIF FIQH DAN UNDANG- UNDANG PENTADBIRAN ISLAM DI MALAYSIA

Syariah (930) Pencapaian calon bagi mata pelajaran ini mengikut gred adalah seperti yang berikut:

BAB II LANDASAN TEORI. Secara etimologi, al mal berasal dari kata mala yang berarti condong atau

KEJOHANAN PIALA MENTERI PENDIDIKAN 1MURID 1SUKAN 2016 BOLA JARING 3 ON 3 BAHAGIAN SUKAN, KPM

Perihal Sujud Syahwi Yang Benar

(Logo Kelab) Kelab Catur UNISEL. Kertas kerja Perlembagaan Kelab Catur UNISEL (KECAS UNISEL) Kampus Shah Alam. Disediakan Oleh:

UNDANG-UNDANG TUBUH BADAN KHAIRAT KEMATIAN MASJID AL-FAIZIN DESA JAYA-TAMAN EHSAN BAGI

KEJOHANAN PIALA MENTERI PENDIDIKAN 1MURID 1SUKAN 2014 BOLA JARING 3 ON 3 BAHAGIAN SUKAN, KPM

BAB I PENDAHULUAN. melampaui batasan Allah, berdakwah kepada Allah, serta melakukan amar makruf dan

Terma-terma dan Syarat-syarat 0% Easy Pay CIMB

KEJOHANAN PIALA MENTERI PENDIDIKAN 1MURID 1SUKAN 2017 FUTSAL BAHAGIAN SUKAN, KPM PERINGKAT KEBANGSAAN

KONSEP SYARIKAT DALAM ISLAM: SATU TINJAUAN

DIPLOMA PENGAJIAN ISLAM. WD3013 MUSTHOLAH AL-HADITH (Minggu 2)

PERJANJIAN BIASISWA SELANGORKU TAHUN 2017

PEMAKAIAN KONSEP WASIAT WAJIBAH DI MALAYSIA

(TUGASAN INDIVIDU: PENYALAHGUNAAN LORONG KECEMASAN DI MALAYSIA)

PENGURUSAN HARTA FARAID SECARA BERSAMA OLEH AHLI-AHLI WARIS MELALUI PEMBENTUKAN SYARIKAH: SATU PANDANGAN DARI SEGI FIQAH MUAMALAT

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

AKTA KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 1997 (AKTA 561)

BAB IV ANALISIS JUAL BELI MESIN RUSAK DENGAN SISTEM BORONGAN DI PASAR LOAK DALAM PERSPEKTIF HUKUM ISLAM

1- Metode qawl qadim sedikit sebanyak masih dipengaruhi oleh metode ahli Hijaz

TERMA & SYARAT PERADUAN

BAB V PENUTUP. Kajian ini merupakan satu analisis tentang aplikasi pelaksanaan murébaíah dalam

PENDIDIKAN SYARIAH ISLAMIAH TINGKATAN 4 FOLIO HAJI NAMA : RAJA NUR HANISAH BT RAJA SULAIMAN KELAS : 4 SITI FATIMAH NO. IC :

Soalan-Soalan Lazim Mengenai Yuran Majlis Peguam

Insurans dan Takaful: Suatu Perbandingan dan Perbahasan Hukum

WANITA DAN PEMBUBARAN Perkahwinan dalam Islam Oleh : Abd. Muhsin Ahmad Majalah Sinar Rohani Disember 2001

UNSUR KESANTUNAN DALAM TAFSIR PIMPINAN AR-RAHMAN

BAB V PENUTUP. pertolongan sehingga berjaya menyelesaikan disertasi ini. Disertasi ini akan ditutup

BAB SATU PENGENALAN. topik perbincangan dalam kajian morfologi ( ) perlu diketengahkan. fonologi yang berlaku dalam pembentukan kata bahasa Arab.

BAB 5 KESIMPULAN. kesimpulan akan dibuat terhadap kajian kitab Tafsir Quran Marbawi beserta ketokohan

BAB IV ANALISIS HUKUM ISLAM TERHADAP TRADISI TUKAR-MENUKAR RAMBUT DENGAN KERUPUK DI DESA SENDANGREJO LAMONGAN

BAB LIMA: KESIMPULAN DAN PENUTUP. Bagi memanfaatkan hasil kajian ini, penulis dapat simpulkan beberapa perkara.

KEJOHANAN BOLA JARING KSS USM 2010

KELAS BIMBINGAN MENENGAH PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2015 FIQH ISLAMI KBM 2 NAMA:

PERUNTUKAN MASA PEMBELAJARAN

PERJANJIAN PROGRAM SANGKUTAN DI ANTARA

DAFTAR PUSTAKA. Al Quran dan Terjemahnya. Jakarta: Departemen Agama Republik Indonesia. t.t.

FATWA MAJELIS ULAMA INDONESIA Nomor: 15 Tahun 2011 Tentang PENYALURAN HARTA ZAKAT DALAM BENTUK ASET KELOLAAN

"SABAR ANUGERAH TERINDAH"

DIPLOMA PENGAJIAN ISLAM. WD4013 USUL FIQH (Minggu 2)

KELAB SUKAN DAN REKREASI VETERINAR FAKULTI PERUBATAN VETERINAR BUKU PANDUAN UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

Hadis Sahih. Kamarul Azmi Jasmi

0C2B F A4?OpenDocument

TERMA DAN SYARAT Kempen Rebat Tunai CIMB-Sunshine (16hb Mei hb Jun 2018)

BAB IV ANALISIS HUKUM ISLAM TERHADAP JUAL BELI BUNGA KAMBOJA KERING MILIK TANAH WAKAF DI DESA PORONG KECAMATAN PORONG KABUPATEN SIDOARJO

ISTIBDAL HARTA WAKAF (STUDI KOMPERATIF ANTARA PENDAPAT IMAM AL-SARKHASI DAN IMAM AL-NAWAWI S K R I P S I

DALIL2 SYARA TENTANG KECINTAAN HAMBA KEPADA ALLAH TA ALA. Umumnya kenal itu pelajaran tauhid, cinta itu pelajaran tasawuf.

CERAMAH MUAMALAT ISLAM

i) HARTA SEPENCARIAN ii) MUTAAH iii) PENGUATKUASAAN PERINTAH NAFKAH ORANG ISLAM Macam mana nak tentukan sesuatu harta itu adalah Harta Sepencarian?

BAB V PENUTUP. Kajian ini merupakan satu analisis tentang aplikasi akad mudarabah dalam operasi

Hadiah 1 : Arca Saduran Emas 24K Anjing Mini RM60,000 4 bulan. Hadiah 2 : Arca Saduran Emas 24K Keluarga Anjing RM80,000 4 bulan

BAB EMPAT KESIMPULAN DAN CADANGAN. tradisi dalam kalangan masyarakat Islam pada umumnya. Oleh kerana itu, amalan

PEPERIKSAAN PERTENGAHAN SEMESTER KURSUS : TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA

E٤٢ J٣٣ W F : :

BAB 5 PENUTUP. Mahar merupakan harta berharga dan bermanfaat yang wajib diberikan oleh suami

Kempen Faedah Bonus Savings Plus UOBM Terma dan Syarat

HIBAH, FUNGSI DAN KORELASINYA DENGAN KEWARISAN. O l e h : Drs. Dede Ibin, SH. (Wkl. Ketua PA Rangkasbitung)

Kajian Ringkas Berkenaan Isu Kad Diskaun Berbayar

FIQH KEUTAMAAN FIQH AWLAWIYYAT (KARANGAN PROF. DR. YUSUF ABDULLAH AL-QARADAWI. Disediakan Oleh : Irny Suzila Ishak PENGENALAN PENGERTIAN FIQH

HUKUM JUAL BELI DENGAN BARANG-BARANG TERLARANG. Djamila Usup ABSTRAK

PERLEMBAGAAN BADAN KHAIRAT KELANA JAYA, SELANGOR

npengenalan SISTEM PUSAKA ISLAM 1. Islam Mengambil Berat Mengenai Dengan Ilmu Pusaka.

Perdagangan Perantara

5 Prinsip Asas Muamalat Islam dan Kaitannya dengan Kelansungan dan Kemakmuran Perniagaan Koperasi

BAB IV ANALISIS APLIKASI PEMBERIAN UPAH TANPA KONTRAK DI UD. SAMUDERA PRATAMA SURABAYA

BAB IV ANALISIS HUKUM ISLAM TERHADAP KENAIKAN DENGAN SISTEM BON DI WARKOP CAHYO JAGIR SURABAYA

Tambahan pula, bagi pemegang polisi yang bukan beragama Islam, suatu amanah akan diwujudkan untuk penama di bawah keadaan-keadaan berikut:

Transkripsi:

BERTUKAR-TUKAR HADIAH MELALUI UNDIAN MENURUT MAZHAB AL-SYAFIE Mohd Rofaizal Ibhraim 1,Dr Mohamed Yusef Niteh 2 Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) ABSTRAK Bertukar-tukar hadiah atau memberi hadiah dengan niat untuk mendapat balasan daripada penerima di kenali dalam Fiqh Islami sebagai ذات الثواب.الهبة Bertukar-tukar hadiah di kalangan peserta sesebuah program seperti program hari keluarga, re-union, sukaneka dan sebagainya sudah menjadi popular di kalangan masyarakat Malaysia. Sebagai sebuah acara yang melibatkan harta atau barang-barang bernilai sudah tentu penelitian dari sudut Syariah perlu dilakukan agar tidak termasuk dalam perbuatan mengambil harta orang lain secara batil. Setiap peserta program perlu membawa hadiah sebagaimana yang di syaratkan oleh penganjur dan kemudian menyerahkan hadiah tersebut kepada penganjur serta membuat undian dan nama siapa yang tertera di kertas undian, orang itulah yang akan menerima hadiah tersebut. Para ulamak silam dari pelbagai mazhab telah membincangkan perkara ini dalam penulisan mereka dan memberikan pandangan masing-masing. Penelitian penulis dari pelbagai sumber mengenai isu ini menemui bahawa program bertukar hadiah antara pesertapeserta program dengan cara undian mengandungi elemen pelanggaran Syarak yang serius sebagaimana pandangan yang di utarakan oleh beberapa ulamak timur tengah di laman-laman web mereka. Penulisan ini akan mengenengahkan pandangan ulamak dalam isu BERTUKAR HADIAH MELALUI UNDIAN. Pendahuluan Pemeliharaan harta merupakan suatu tuntutan dalam Islam yang wajib di patuhi. Mematuhi arahan Syara dalam memelihara harta bermaksud setiap orang Islam perlu memastikan bahawa harta miliknya tidak diserahkan kepada pihak yang tidak sepatutnya atau membelanjakan wang kearah perkara yang boleh membinasakan hartanya atau harta orang lain. Sebarang bentuk pemberian harta kepada phak kedua atau ke tiga perlu di pastikan dengan jelas prinsip dan aturan Syarak yang berkaitan dengan perkara yang hendak di lakukan. Kajian ini merupakan kajian diskriptif yang bertujuan untuk mengkaji dan menerangkan sesuatu fenomena yang sedang berlaku iaitu bertukar-tukar hadiah melalui undian yang sering diadakan dalam program-program santai yang bertujuan suka-suka. Kajian ini merupakan penyelidikkan kepustakaan (library research) untuk mendapatkan datadata yang releven sebagai pembuka gambaran tentang isi tajuk dan sebagai hipotesis tulisan ini. 1 Pensyarah Pusat Pengajian Teras,KUIS. 2 Pensyarah Pusat Pengajian Teras,KUIS. 34

Hadiah dan Hibah Penulis kitab al-fiqh al-manhaji menyatakan bahawa hibah ialah akad yang memberi faedah pemilikan ain tanpa mengharapkan balasan dari penerima semasa hidup, secara sukarela. 3 Imam al-syafie membahagikan pemberian kepada (العطايا) beberapa bahagian: 1. Pemberian yang berkait dengan kematian iaitu wasiat 2. Pemberian yang berkuat kuasa serta merta dan terbahagi kepada dua: i. Semata-mata untuk memberi pemilikan kepada seseorang seperti hibah, sedekah dan hadiah. ii. Wakaf Dalam mazhab al-syafie memberi pemilikan kepada seseorang tanpa mengharapkan apa-apa balasan di namakan sebagai hibah dan hadiah ialah untuk memuliakan seseorang manakala sedekah pula ialah memberi milik suatu harta kepada seseorang yang memerlukan untuk mendekatkan diri kepada Allah. Perbezaan lain antara hibah dan hadiah ialah hibah berbeza dengan hadiah kerana hadiah perlu di pindahkan dari satu ke tempat yang lain atau di bawa kepada penerima maka oleh yang demikian menurut mazhab al-syafie pemberian harta tak alih seperti tanah tidak boleh di sebut dengan istilah hadiah. Secara umumnya perbezaan lafaz antara hibah, sedekah dan hadiah adalah sudut keumuman dan pengkhususan. Dari sudut pengumuman istilah, perkataan sedekah dan hadiah adalah hibah manakala dari sudut pengkhususannya pula hibah bukan hadiah dan sedekah 4. Menurut Ibnu Hajar hibah digunakan untuk menunjukkan makna umum bagi segala bentuk pemberian termasuklah ibra iaitu menggugurkan hutang dari penghutang, sedekah iaitu hibah atau pemberian semata-mata untuk mendapat ganjaran akhirat dan hadiah iaitu pemberian yang mengikat penerima untuk memberi balasan kepada pemberi. Hibah juga digunakan untuk memberikan makna yang lebih khusus iaitu pemberian daripada seseorang yang tidak mengharapkan apa-apa balasan dan hibah dengan makna yang khusus inilah yang telah di takrifkan oleh para ulamak sebagai pemberian yang memberi pemilikan kepada penerima tanpa apa-apa balasan. 5 Pada pengamatan penulis perbezaan istilah ini ialah untuk menentukan niat pemberi dan juga keadaan orang yang menerima. Jika pemberian tersebut di lakukan tanpa ada niat untuk mendapatkan balasan maka di lihat kepada penerima. Jika penerima seorang yang memerlukan maka pemberian tersebut adalah sedekah dan jika penerima bukan seorang yang berhajat maka dilihat samada pemberian tersebut sebagai menghargai seseorang atau menghormati kedudukannya samada pemberi dan penerima sama taraf atau berbeza taraf sebagaimana pandangan imam al-nawawi maka itu adalah hadiah dan jika sekiranya pemberian tersebut semata-mata pemberian maka itu adalah hibah. 3 Al-Fiqhul Manhaji Ala Mazhabil Imam al-syaafi iy Dr Mustafa al-khin, Dr Mustafa al- Bugha dan Ali al-syarbaji, jld 3, ms 101, cetakan keenam Darul Qalam, Damsyiq/ 2005. 4 Al-Nawawi, raudhatu al-thalibin wa umdatu al-muftiin,1991, al-maktab al-islami,beirut. 5 Al-takmilah al-thaniah, al-majmu syarh al-muhazzab, al-maktabah al-salafiyyah,madinah al-munawwarah, 35

Menurut pandangan dalam mazhab hibah atau sedekah atau hadiah adalah bergantung kepada niat seseorang. Pemberian yang diniatkan untuk mendapat pahala adalah sedekah walaupun penerimanya tidak mempunyai keperluan Menurut pandangan ini juga jika pemberi membawa dan menghantar pemberian tersebut untuk diserahkan ke tangan penerima dengan niat untuk mendapatkan pahala maka pemberian tersebut juga di anggap sedekah dan jika tanpa niat mendapatkan pahala maka pemberian tersebut adalah hadiah. 6 Pandangan ini juga bersandarkan kepada kebiasaan penggunaan lafaz hadiah dan hibah sebagaimana yang dibincangkan dalam mazhab yang mengkhususkan perkataan hadiah kepada harta alih manakala hibah kepada harta alih dan tak alih. Namun mengkhususkan lafaz hadiah kepada pemberian harta alih tidak lain hanyalah suatu bentuk kelaziman untuk memuliakan penerima sehingga hadiah di bawakan kepadanya. Selain itu juga memperincikan perbezaan antara hadiah dan hibah juga tidak menampakan perbezaan yang jelas dalam mazhab kerana imam al-nawawi menukilkan beberapa pandangan dari ulamak mazhab yang menyamakan antara hibah dan sedekah sebagai pemberian yang bertujuan untuk berkasih sayang dan mendekatkan hubungan. Pandangan penulis juga bersandarkan kepada salah satu pandangan dalam mazhab yang tidak membezakan antara hibah, hadiah dan sedekah dari sudut lafaz. Menurut pandangan ini lafaz hibah, sedekah dan hadiah saling menempati satu sama lain iaitu lafaz hibah juga bermaksud sedekah dan hadiah, sedekah juga bermaksud hibah dan hadiah dan hibah juga bermaksud hadiah. 7 Namun begitu penggunaan lafaz atau istilah antara sedekah, hibah dan hadiah juga memberi implikasi hukum yang berbeza dalam beberapa situasi. Orang yang besumpah seperti Demi Allah aku tidak akan memberi hibah dan kemudian dia memberi sedekah atau hadiah maka orang bersumpah tersebut perlu membayar kafarah sumpah. Dalam situasi yang lain apabila seseorang bersumpah Demi Allah aku tidak akan memberi hadiah dan kemudian dia memberi hibah kepada seseorang maka orang yang bersumpah tersebut tidak perlu membayar kafarah sumpah. Begitu juga hadiah boleh bertukar menjadi sedekah atau sebaliknya sebagaimana dalam hadis Barirah r.a yang menghadiahkan daging yang disedekahkan kepada beliau kepada Rasulullah SAW. Perbezaan Antara Hibah, Hadiah Dan Sedekah Dari Sudut Hukum Hibah, hadiah dan sedekah adalah perkara sunat yang amat di tuntut oleh agama. Hibah, hadiah dan sedekah berbeza antara satu sama lain dari beberapa sudut hukum. Antaranya ialah menurut pandangan yang sahih dalam mazhab al-syafie hibah memerlukan ijab dan qabul sebagaimana akad jual-beli manakala hadiah hanya memerlukan al-qabd iaitu diserah dan diterima oleh penerima begitu juga dengan sedekah. 8 Menurut Ibnu Sabbagh hibah tidak memerlukan ijab dan qabul sebagaimana hadiah dan sedekah kerana tidak diriwayatkan bahawa nabi SAW melafazkan lafaz qabul atau ijab bahkan nabi SAW apabila di berikan 6 Zad al-muhtaj bi syarh al-minhaj,1982. 7 Al-bayan fi mazhab al-imam al-syafie, al-imrani al-syafie al-yamani, al-minhaj (tiada tahun) 8 Al-Nawawi, raudhatu al-thalibin wa umdatu al-muftiin,1991, al-maktab al-islami,beirut. Zad al-muhtaj bi syarh al-minhaj,1982. 36

hadiah baginda menerimanya dan menggunakannya. 9 Oleh kerana hibah tertakluk kepada sighah ijab dan qabul sebagaimana pandangan yang sahih dalam mazhab maka hibah tidak boleh di sandarkan kepada syarat dan juga tempoh masa sebagaimana akad-jual beli kerana hibah ialah memberi pemilikan kepada seseorang yang berkuat kuasa serta-merta. Menurut mazhab juga barang yang dihibahkan mestilah diketahui dengan jelas kerana hibah ialah pemberian yang memberi pemilikan serta merta kepada penerima sebagaimana jual-beli. Menurut pandangan yang masyhur dalam mazhab hadiah dan hibah tidak menjadi milik penerima melainkan setelah di diterima oleh penerima 10. Oleh yang demikian pemberi hibah mempunyai hak khiyar iaitu memilih samada untuk meneruskan hibah atau sebaliknya selagi barang yang di hibahkan tidak diterima atau masih belum sampai kepada penerima begitu juga jika penerima hibah mengambil hibah sebelum mendapat keizinan pemberi. Jika pemberi hibah memberi keizinan untuk penerima mengambil hibah lalu kemudian menarik balik keizinan tersebut sebelum sempat penerima mengambilnya maka keizinan tersebut terbatal dengan sendirinya. 11 Walau terdapat perbezaan dari sudut hukum antara hibah, sedekah dan hadiah namun mazhab berpandangan bahawa hibah atau hadiah tidak berpindah milik kepada penerima melainkan setelah di serahkan dan diterima oleh penerima 12. Oleh itu penggunaan perkataan hibah atau sedekah tidak banyak bezanya dari sudut pemilikan barang yang di hibahkan atau di hadiahkan. Pemberi hadiah masih boleh menarik balik hadiahnya selagi belum di serahkan dan diterima oleh penerima. Pemberian hadiah juga tidak boleh diikat dengan syarat menurut pandangan fuqaha mazhab yang tidak membezakan hibah,hadiah dan sedekah begitu juga dari sudut barang yang di hadiahkan mestilah jelas dan diketahui. Hibah Dan I wadh al-hibah Dan Hibah dengan syarat balasan Jumhur ulamak bermazhab al-syafie berpandangan bahawa hibah yang di syaratkan ada 'iwadh adalah jual-beli dan hanya sah jika 'iwadh tersebut di ketahui dengan jelas. Sebagaimana pandangan dalam mazhab al-syafie imam Malik mempunyai pandangan yang serupa iaitu jika pemberian hibah disertai dengan syarat iwadh/balasan maka hibah mengambil hukum jual beli. 13 Hibah yang di syaratkan iwadh terbahagi kepada iwadh ma lum (yang diketahui) dan iwadh ghair ma lum (tidak diketahui). Menurut pandangan dalam mazhab al-syafie apabila iwadh di nyatakan dengan jelas dalam akad hibah maka akad menjadi sah dan jika sebaliknya maka menurut pandangan jumhur pemberi hibah tetap berhak menerima iwadh dan terbatal menurut imam al-ghazali kerana telah bertukar kepada akad jual-beli. 14 Manakala menurut satu pandangan dalam mazhab al-syafie hibah menjadi batal jika iwad tidak diketahui kerana pertukaran hadiah tersebut tidak sah diandaikan sebagai jual beli kerana 9 Hadis yang di riwayatkan oleh imam al-bukhari (2573) dari Sa b Bin Juthamah. Al-bayan fi mazhab al-imam al-syafie, al-imrani al-syafie al-yamani, al-minhaj (tiada tahun) 10 Al-Nawawi, raudhatu al-thalibin wa umdatu al-muftiin,1991, al-maktab al-islami,beirut. 11 Ibid 12 Ibid 13 Al-majmu syarh muhazzab j/15 m/s 375 14 Raudhat al-tholibin wa umdatu al-muftin j/5 m/s 387 37

ketidaktentuan tukaran dan tidak sah pula diandaikan sebagai hibah kerana disebutkan iwadh. 15 Pandangan lain dalam mazhab ialah hibah menjadi batal kerana berlawanan dengan maksud sebenar hibah dan menurut satu pandangan lain hibah tetap kekal sebagai hibah. Melihat kepada pandangan pertama dalam mazhab maka hukum pemberian hibah tersebut berubah menjadi jual-beli dan pendapat inilah yang terpakai dalam mazhab menurut pandangan jumhur ulamak. 16 Daripada pandangan-pandangan ulamak yang di nukilkan maka jelas menurut pandangan jumhur ulamak mazhab al-syafie hibah yang di sayaratkan tukaran dalam akad adalah jual beli. 17 Nilai balasan hibah Mengenai nilai balasan pula secara umumnya ulamak berbeza pandangan samada balasan tersebut mesti sama dengan hadiah yang di berikan, atau mengikut uruf atau cukup sekadar sesuatu yang berharga. Ulamak mazhab al-syafie juga bersetuju bahawa pemberi hadiah atau hibah berhak untuk menarik balik pemberiannya jika balasan yang di terimnya tidak setimpal dengan pemberiannya atau tidak dianggap sebagai balasan pemberian oleh uruf. 18 Program Bertukar Hadiah Dengan Undian Slot pertukaran hadiah kebiasannya di lakukan dalam program hari keluarga, hari perjumpaan semula dan hari sukaneka. Setiap peserta program perlu membawa hadiah sebagaimana yang di syaratkan oleh penganjur untuk slot program bertukar hadiah sesama mereka dan kemudian menyerahkan hadiah tersebut kepada penganjur serta membuat undian. Setiap hadiah akan di tagged dengan nombor dan nombor tersebut kemudiannya di masukkan ke dalam satu bekas. Setiap nombor yang di letakan dalam bekas undian mewakili hadiah-hadiah yang dikumpulkan dari setiap peserta. Peserta yang datang dengan hadiah akan di berikan hak untuk membuat cabutan dan nombor yang di cabut oleh peserta bermaksud beliau akan menerima hadiah dari peserta lain namun tidak diketahui isinya dan dari siapa. Kesimpulan: 1. Pemberian hadiah yang disyaratkan mendapat balasan telah berubah hukum menjadi jual-beli dan bukan lagi hibah seperti mana pandangan jumhur ulamak al-syafie. Namun menurut pandangan jumhur ulamak hibah hanya bertukar menjadi jual-beli jika disyaratkan iwadh dalam akad dan tidak menjadi jual beli jika tidak disebutkan atau dilafazkan dalam akad walaupun menjadi tradisi bahawa penerima hibah akan 15 Al-musuah al-fiqhiyyah, mughni al-muhtaj ila ma rifat al-faz al-minhaj j/2 m/s 522, almughni j/8 m/s 280 16 mughni al-muhtaj ila ma rifat al-faz al-minhaj j/2 m/s 522, Syarh muntaha iradat j/3 m/s 184, al-qawanin al-fiqhiyyah li Ibni al-jazi al-maliki 17 mughni al-muhtaj ila ma rifat al-faz al-minhaj j/2 m/s 522, Al-ma ani al-badi ah fi makrifati ikhtilaf ahli al-syariah j/2, m/s 119-124 18 Raudhat al-tholibin wa umdatu al-muftin j/5 m/s 385 38

membalasi pemberian tersebut di masa hadapan. Walaupun peserta program bertukar hadiah tidak meletakkan syarat mendapat balasan daripada hibahnya namun setiap peserta mengharapkan balasan daripada hibahnya. 19 2. Antara rukun dan syarat-syarat hibah ialah penerima hibah mestilah wujud dan diketahui serta tertentu. Namun dalam program bertukar-tukar hadiah pemberi tidak mengetahui siapakah yang akan menerima hadiahnya kerana masing-masing peserta akan menerima hadiah daripada peserta yang lain berdasarkan undian atau cabutan nama/nombor yang disediakan oleh penganjur. 3. Undian yang diadakan untuk menentukan penerima hibah juga mengandungi masalah kerana situasi tersebut menjadikan hibah tersebut tidak diserahkan kepada penerima melainkan dengan syarat namanya diundi oleh peserta lain untuk menerima hibahnya. Ini menjadikan penerima hibah tidak mengetahui hibah siapakah akan menjadi miliknya dan siapa pula yang akan menerima hibahnya. 4. Undian juga menjadikan hibah tergantung iaitu peserta hanya akan layak menerima hibah jika apabila namanya telah diundi dan situasi juga bertentangan dengan pendapat jumhur ulamak yang menegah hibah bersyarat. 5. Pemberian hibah dengan cara pengundian juga mengandungi unsur gharar/ketidakpastian yang jelas kerana peserta tidak mengetahui hadiah yang akan diterimanya dari pihak lain. Gharar/ketidakpastian di sini ialah penerima tidak dapat memastikan nilai hadiah yang akan diterimanya samaada lebih bernilai dari hadiahnya atau sebaliknya dan perkara ini sudah tentulah akan menyebabkan ketidakpuasan hati sesetengah pihak jika dia menerima hadiah yang begitu rendah nilainya berbanding hadiah yang diberikannya. 6. Hibah juga tidak berpindah milik kepada mana-mana penerima disebabkan ketiadaan qabd dari pihak yang diserahkan kerana belum diketahui siapakah yang akan menerima hadiah sehinggalah undian di lakukan. Wallahua lam. Rujukan 1. Al-Fiqhul Manhaji Ala Mazhabil Imam al-syaafi iy Dr Mustafa al-khin, Dr Mustafa al-bugha dan Ali al-syarbaji, cetakan keenam Darul Qalam, Damsyiq/ 2005. 2. Al-Khatib al-syirbini, Mughni al-muhtaj ila ma rifat al-faz al-minhajl, dar alma rifah, Beirut, Lubnan,1997. 3. Muhammad Bin Abdillah Bin Abi Bakr, al-ma ani al-badi ah fi makrifati ikhtilaf ahli al-syariah, dar al-kutub al-ilmiyyah, Beirut,Lubnan,1999. 19 Dalam kitab al-jawahir al-saniyyah ( Syeikh Daud Abdullah al-fathani m/s 110.) contoh-contoh yang diberikan pengarang kitab mengenai helah untuk mengelakkan jual-beli terlibat dengan riba ialah dengan menggunakan lafaz hibah, bukan jual beli seperti ini emasku aku beri akan dikau dan kata taulannya emas ini aku beri akan dikau maka tidak menjadi riba walaupun tidak sama timbangan. Jadi dalam mazhab al-syafie hibah bertukar menjadi jual-beli jika disebutkan dalam akad aku hibahkan kamu ini dan kamu hibahkan aku itu dan tidak menjadi jual beli jika disebut aku hibahkan kamu ini dan jawab penerima aku hibahkan kamu itu namun hukumnya adalah makruh. 39

4. Al-Nawawi, raudhatu al-thalibin wa umdatu al-muftiin,1991, al-maktab al- Islami,Beirut. Zad al-muhtaj bi syarh al-minhaj,1982. 5. Al-qawanin al-fiqhiyyah li Ibni al-jazi al-maliki 6. Al-Nawawi, Al-majmu syarh muhazzab, Jeddah, Saudi. 7. Al-musuah al-fiqhiyyah 8. Al-Imrani al-syafie al-yamani Al-bayan fi mazhab al-imam al-syafie,, al-minhaj (tiada tahun) 9. Zad al-muhtaj bi syarh al-minhaj,1982. 10. Al-takmilah al-thaniah, al-majmu syarh al-muhazzab, al-maktabah alsalafiyyah,madinah al-munawwarah. 40