1.1 Perancangan Projek Program kami adalah anjuran HP Sosial dan Kebertanggungjawaban. Dan kami telah memilih Dr. Khadijah Alavi menjadi penasihat program kami pada kali ini. Nama program kami ialah Tautan Kasih bersama anak anak Yatim Al-Kausar. Ahli jawatan kuasa kami terdiri daripada 18 orang pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia. Perancangan awal projek telah dihadiri oleh semua ahli dan penasihat. Kemudian pemilihan ketua dan ahli jawatan kuasa telah dilakukan. Setelah jawatan organisasi dipilih kami terus memilih lokasi dan perancangan gerak kerja pertama. Kami telah memilih Rumah Bakti al-kausar, di kawasan Seksyen 4 Tambahan, Bandar Baru Bangi. Kami memilih rumah anak yatim ini kerana ia berdekatan dengan Universiti Kebangsaan Malaysia dan ahli rumah anak yatim itu tidak terlalu ramai. Program kami ini adalah mengfokuskan kepada pembangunan akademik dan sahsiah iaitu program tuisyen percuma dan kelas mengaji. Kemudian, gerak kerja yang kedua ialah saya selaku timbalan ketua program bersama sama dengan ketua program dan setiausaha telah pergi ke rumah Bakti Al-Kausar untuk meminta kebenaran berbincang tentang pelaksanaan program bersama dengan pengasas rumah bakti AL Kausar iaitu Tuan Hj Razali. Dan kami sangat bertuah kerana program kami ini disambut dengan baik oleh pengasas rumah bakti Al-Kausar. Perancanang terakhir ialah dengan membuat kertas kerja program kami dan ia dihantar ke Jabatan Perhubungan Pelajar. Setelah cukup segala syarat, maka program kami mendapat kelulusan dan kami dibenarkan untuk melaksanakan program ini. Program kami mengambil masa selama 3 bulan dan ia bermula dari 8 mac 2014 hingga 17 mei 2014.
1.2 Perlaksanaan Projek Alhamdulillah, setelah kertas kerja kami diluluskan kami mula melakukan program kami. Kami telah mengatur jadual untuk semua ahli kami. Program kami ini dilakukan setiap hari sabtu dan ahad. Bermula 9.30 pagi hingga 2.30 petang. Kami juga sangat bersyukur kerana pihak rumah bakti Al-Kausar membantu kami dengan menyediakan perkhidmatan pergi dan pulang setiap hari sabtu dan ahad. Sambutan dari pihak anak- anak yatim ini pula sangat baik. Mereka dari ingkungan umur 7 tahun hingga 16 tahun. Kami membantu mereka dengan memberi tutorial dan bantuan mengulangkaji. Kami juga menerapkan aktiviti- aktivi kerohanian dan kami menjalankan aktiviti solat berjemaah dan kelas mengaji iqra dan al-quran. Kami berpendapat mereka perlu dididik dengan akademik dan agama.
Semua adik adik sedang menyiapkan kerja sekolah dibantu oleh kami. Solat berjemaah
Aktiviti mengaji iqra dan quran selepas solat. Aktiviti kaunseling bersama Dr. Khadijah
Aktiviti kuiz sedang berlangsung.
Kem smart solat. Ia telah diketuai oleh ketua program dan kami dapati ramai diantara adik adik ini yang masih kurang dalam penguasaan solat yang sempurna. Dan kami harapkan aktiviti seperti ini akan berterusan untuk kebaikan adik-adik ini.
Majlis penyerahan cenderamata kepada pengetua rumah bakti Al-Kausar. Majlis penutupan program.
1.3 Laporan Akhir Program ini telah berakhir dengan jayanya. Saya amat berterima kasih kepada semua ahli dan pihak rumah bakti Al-Kausar kerana telah memberi komitmen yang tinggi walaupun semua ahli iaitu pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia, sibuk dengan pelbagai tugas dan kelas akan tetapi kami telah berjaya menyelesaikan program ini selama 3 bulan. Tidak lupa juga, terima kasih kepada pihak JPPEL dan Pusat Zakat yang sudi menghulurkan bantuan untuk program Tautan Kasih bersama Rumah Bakti al-kausar. Pelabagai kelebihan dan pengajaran yang telah kami dapat dari program ini, diantaranya ialah setiap pekerjaan atau tugas mestilah wujud etika kerana dengan adanya etika maka setiap pekerjaan akan terlaksana dengan baik. Selain itu, kami juga telah faham akan tugas kami. Kami bukan sekadar belajar tetapi kami haruslah memberi bantuan atau khidmat kepada masyarakat luar. Dengan program ini juga kami sangat bersyukur kerana kami masih mempunyai ibu bapa dan hidup dengan sempurna. Kami turut belajar dari mereka erti hidup dan indahnya perkongsian kasih sayang itu. Akhir sekali, kami berharap program ini dapat memberikan sesuatu yang bernilai kepada kami dan ia juga satu cara untuk menyelesaikan HP kami. Kami harap program ini dapat membantu kami. Dan ucapan tahniah dan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pihak terutama kepada penasihat program kami, Dr Khadijah Alavi.