SATU KAJIAN TENTANG KEBERKESANAN PUSAT SUMBER TERHADAP PRESTASI PELAJAR DI SEKOLAH MENENGAH SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH SEKSYEN 2 SHAH ALAM SELANGOR DARUL EHSAN OLEH FAUZIANA MOHAMMAD (2000212307 ) FAKULTI PENGAJIAN MAKLUMAT UNIVERSITITEKNOLOGI MARA SHAH ALAM, SELANGOR MEI2003
ISI KANDUNGAN KANDUNGAN Penghargaan Abstrak Abstract MUKA SURAT i ii iii BAB 1(PENGENALAN) 1.0 Pengenalan 1 1.1 Pernyataan Masalah 3 1.2 Objektif Kajian 4 1.3 Definisi 5 1.4 Kepentingan Penyelidikan 7 1.5 Batasan/ Sempadan Kajian 8 BAB 2 ( ULASAN KARYA DAN TINJAUAN PENULISAN 2.0 Pengenalan 9 BAB 3 ( KERANGKA TEORI DAN KONSEP ) 3.0 Kerangka Teori Dan Konsep 14 BAB 4 ( METADOLOGI KAJIAN ) 4.0 Pengenalan 15 4.1 Lokasi Kajian 15 4.2 Reka Bentuk Penyelidikan 16 4.3 Populasi Dan Persampelan 16 4.4 Alat Penyelidikan 17 4.5 Prosedur Kajian 19 4.6 Prosedur Menganalisi Data 19
BAB 5 ( ANALISIS DAN PENEMUAN ) 5.0 Pengenalan 20 5.1 Analisis borang soal selidik untuk pelajar 21 Bahagian I : Ciri-ciri Demografi 21 Bahagiab II: Penggunaan Pusat Sumber 27 Bahagian III: Keberkesanan Pusat Sumber 36 5.2 Analisis borang soal selidik untuk guru 45 Bahagian I : Ciri-ciri Demografi 45 Bahagian II: Penggunaan Pusat Sumber 49 Bahagian III: Keberkesanan Pusat Sumber 59 BAB 6 ( RUMUSAN DAN CADANGAN ) 6.0 Pengenalan 73 6.1 Rumusan 73 6.2 Cadangan 76 6.3 Kesimpulan 78 BIBLIOGRAFI 79 LAMPIRAN
SMM 651 ( PENYELIDIKAN AKADEMIK ) MEI2003 PENGHARGAAN BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM Bersyukur saya ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurnia-nya akhimya dapat juga saya menyempumakan penyelidikan akademik yang bertajuk "Satu kajian tentang keberkesanan pusat sumber terhadap prestasi pelajar di Sek. Men. Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah" di seksyen 2 Shah Alam Selangor Darul Ehsan. Pertama sekali jutaan terima kasih saya ini ditujukan khas untuk Puan Dang Merdu Wati selaku penyelia saya. Segala bimbingan dan tunjuk ajar yang diberikan akan saya jadikan panduan untuk saya meneruskan perjuangan pada masa akan datang. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada para pensyarah di atas segala bimbingan dan tunjuk ajar yang diberikan kepada saya selama 3 tahun saya menuntut di Universiti Teknologi Mara. Segala ilmu yang saya perolehi sepanjang pembelajaran saya ini Insya-Allah akan saya aplikasikan ketika saya menjejakkan kaki ke alam pekerjaan kelak. Istimewa buat Ayah, Ibu dan seluruh ahli keluarga saya yang tersayang yang selalu memberi semangant dan peransang untuk saya meneruskan perjuangan saya ini. Segala doa dan restu kalian merestui kejayaan yang akan saya capai kelak. Tidak lupa. juga ucapan terima kasih ini saya tujukan khas untuk rakan-rakan seperjuangan yang banyak memberikan tunjuk ajar dan pertolongan selama saya berada di Universiti Teknologi Mara. Akhirul kalam terima kasih untuk segalanya Fauziana Mohammad (IS 223-Mei 2003) DISEDIAKAN OLEH FAUZIANA MOHAMMAD
SMM 651 ( PENYELD3IKAN AKADEMIK ) MEI 2003 ABSTRAK Kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk mengetahui tentang keberkesanan pusat sumber sekolah terhadap prestasi pelajar di Sek Men. Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah. Sebanyak 180 borang soal selidik telah diedarkan iaitu 150 borang soal selidik untuk pelajar dan 30 borang soal selidik untuk guru. Namun hanya 162 borang soal selidik sahaja yang diproses dan dianalisis iaitu 134 borang dari pelajar dan 28 borang dari guru. Data yang diperolehi telah dianalisis dengan menggunakan kaedah manual untuk mendapatkan peratusan dan bilangan jawapan dari responden bagi setiap soalan. Hasil daripada kajian yang dijalankan menunjukkan pusat sumber tidak berkesan sepenuhnya dalam meningkatkan prestasi akademik pelajar tetapi koleksi bahan/ rujukan yang terdapat di PSS masil lagi mampu membantu dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Sungguhpun tidak berkesan sepenuhnya tetapi koleksi bahan/ rujukan yang terdapat di PSS juga dapat membantu pengguna meluaskan pengetahuan, meningkatkan budaya pemikiran dan meningkatkan kemahiran mereka dalam mencari dan mengumpul maklumat. DISEDIAKAN OLEH FAUZIANA MOHAMMAD