KETIDAKSEPADANAN TERJEMAHAN KATA GANTI NAMA DIRI DALAM SURAH AL-SYU ARAA

dokumen-dokumen yang mirip
UNSUR KESANTUNAN DALAM TAFSIR PIMPINAN AR-RAHMAN

TERJEMAHAN KATA NAMA JAMA TAKSIR KE BAHASA MELAYU: KAJIAN TERHADAP TAFSIR PIMPINAN AR-RAHMAN

BAB 1 PENGENALAN 1.1 PENDAHULUAN. Al-Quran diturunkan oleh Allah s.w.t sebagai mukjizat kepada Nabi Muhammad s.a.w

BAB 5 RUMUSAN DAN CADANGAN. Rumusan itu merangkumi hal-hal yang berkaitan terjemahan Al-Quran, metodologi

BAB I PENDAHULUAN. Arab. Tiada sesiapapun yang menyangkal bahawa bahasa Arab dan al-qur an al-karim

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN

Abstrak. Penerapan Penanda Wacana dalam Pengajaran dan Pembelajaran Kemahiran Menulis. Muhammad Faizrin Hashim

Penggunaan Kata Hubung dalam Penulisan Melalui Pengajaran secara Eksplisit. Abstrak

BAB KETUJUH RUMUSAN DAN CADANGAN. ayat bahasa Arab dan bahasa Melayu secara terperinci, maka terbuktilah di sana wujud

BAB 1 PENDAHULUAN. Sesungguhnya, pemilihan bahasa Arab sebagai bahasa al-quran semestinya mempunyai

Lailatul Qadar. Surah Al Qadr 97 : 1-5

BAB V DAPATAN DAN IMPLIKASI KAJIAN

BAB LAPAN PENUTUP. cadangan. Tajuk kesimpulan mengandungi kesimpulan-kesimpulan bagi. mempertingkatkan pengajaran bahasa Arab.

BAB SATU PENGENALAN. topik perbincangan dalam kajian morfologi ( ) perlu diketengahkan. fonologi yang berlaku dalam pembentukan kata bahasa Arab.

BAB PERTAMA PENGENALAN. Pembinaan ayat dalam bahasa Arab terdiri daripada tiga bentuk : Jumlat ismiyyat,

Jilid 13 Bil. 2 Disember 2013 ISSN: KK:

JUL 401 BAHASA MALAYSIA

ULASAN BUKU. Hasmidar Hassan, 2011, Kata Hubung Dan dan Tetapi dari Sudut Pragmatik, 201 halaman, ISBN

BAB 5 KESIMPULAN DAN SARANAN. Setelah kajian secara teliti dilakukan terhadap tajuk yang dipilih dan dipersetujui,

BAB 1 PENGENALAN. terjemahan, seseorang dapat menyebar ilmu terkini untuk manfaat masyarakat.

KOMPETENSI DASAR INDIKATOR:

SULIT 1223/2 BAHAGIAN PENDIDIKAN ISLAM KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PENDIDIKAN ISLAM SET 2 KERTAS 2 SATU JAM EMPAT PULUH MINIT

BAB SATU PENGENALAN. 1.0 Pendahuluan. Istilah merupakan perkataan atau paduan perkataan-perkataan yang

1223/2 SULIT BAHAGIAN PENDIDIKAN ISLAM KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PENDIDIKAN ISLAM SET 5 KERTAS 2 SATU JAM EMPAT PULUH MINIT

TEORI DAN PRINSIP PERKAMUSAN

TINJAUAN LITERATURE MODUL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA ARAB UNTUK ORANG AWAM.

BAGAIMANA CARA LEBIH MUDAH MEMAHAMI TAJWID?

BAB 6: DAPATAN DAN CADANGAN

IMAM / BILAL BERTUGAS USTAZ MUHAMMAD FAUZEE BIN MOHAMED USTAZ HASNIZATUL AZRI BIN ZAINUDIN MUAZZIN/BILAL KHATIB /IMAM

KONVENSION KEBANGSAAN ANJURAN MPN, AKEPT, PPSK (USM), PETALING JAYA HILTON HOTEL, SELANGOR, MEI 2013

BAB 5 PENUTUP. ayat tanpa penafian (مثبت) maka yang lainnya ayat penafian.(منفي) Kedua-duanya

Sunnah menurut bahasa berarti: Sunnah menurut istilah: Ahli Hadis: Ahli Fiqh:

BAB 4 ANALISIS DAPATAN KAJIAN

BAB SATU PENGENALAN. Hikmat terbesar daripada penurunan al-qur an al-karim dengan tujuh

BAB 5 RUMUSAN DAN CADANGAN. sebelumnya. Seterusnya pengkaji akan mengemukakan beberapa cadangan yang

KOMPETENSI DASAR: INDIKATOR:

MENGIKUT JAMAAH MUSLIMIN

ISLAM dan DEMOKRASI (1)

BAB 4 ANALISIS DAN DAPATAN KAJIAN. Keputusan kajian akan dianalisis dalam tiga bahagian seperti berikut:

BAB PERTAMA PENGENALAN. bahasa-bahasa yang wujud. Segala persamaan dan perbezaan yang wujud ini dikaji dan

LAMPIRAN B. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Saudara dan saudari yang budiman,

BAB SATU PENGENALAN. Bab pertama mengandungi perkara-perkara asas yang perlu ada dalam setiap kajian

KESESATAN TAUHID WAHABI (VERSI DIALOG) Digitized by: Alkhoirot.Com

Oleh: Shahmuzir bin Nordzahir

BAB I PENDAHULUAN. mencapai tujuan pendidikan yang diinginkan. Pendidikan adalah usaha sadar

1223/2 SULIT BAHAGIAN PENDIDIKAN ISLAM KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PENDIDIKAN ISLAM SET 3 KERTAS 2 SATU JAM EMPAT PULUH MINIT


BAB I PENDAHULUAN. kemampuan diri murid secara optimal. Pendidikan adalah proses merubah. pengajaran dan pelatihan (Suryani, 2012: 8).

berimbuhan berdasarkan frasa / ayat dan juga rangkap ayat.

Iman Kepada Kitab-Kitab Allah Syaikh Dr. Abdul Aziz bin Muhammad Alu Abdul Lathif

BAB PERTAMA PENGENALAN. Kajian mengenai al-ùibéq yang merupakan komponen terpenting dalam al-badi adalah

Pembiayaan Peribadi Penjawat Awam Di Institusi Perbankan Kajian Di Negeri Melaka. Ab.Rahim Bin Ibrahim. Universiti Teknikal Malaysia Melaka.

METODOLOGI PENYELIDIKAN. Kajian ini merupakan satu penyelidikan lapangan dari perspektif pragmatik yang

BAB LIMA DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN. Bab ini menghuraikan dan merumuskan dapatan-dapatan daripada kajian

SENARAI JADUAL. JADUAL : Interpretasi Skor Min Amat baik Baik Memuaskan Lemah.

APAKAH ORANG YANG MENDENGARKAN AL- QUR AN TANPA MEMAHAMI (ARTINYA) DIBERI PAHALA? هل يثاب من ستمع ىل القرآن دون أن يفهمه

Pensyarah: Ustazah Nek Mah Bte Batri Master in Islamic Studies Calon PhD- Fiqh Sains & Teknologi Calon PhD -Pendidikan Agama Islam

BAB KETIGA SUBJEK DAN PREDIKAT. Struktur ayat di dalam bahasa Arab terdapat dua jenis, iaitu struktur al-jumlat al-

NAMA PELAJAR : SITI NUR HASINAH BINTI HUSSIAN NO MATRIK : P79063 TAJUK: STRATEGI PEMBELAJARAN BAHASA OLEH PELAJAR CEMERLANG PENSYARAH:

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

i. Kekeliruan Ejaan: Yang Dipertua, Yang di-pertua, Yang Dipertuan, dan Yang di-pertuan ii. Soal Jawab Masalah Tatabahasa iii.

Peluasan Ayat Melalui Strategi Penggunaan Pelbagai Keterangan. Abstrak

BAB VII KESIMPULAN DAN CADANGAN. Bab ini menerangkan ringkasan kajian secara menyeluruh. Ianya merangkumi tujuan

BAB EMPAT PADANAN ISTILAH MELAYU-ARAB. Terdahulu kita telah melihat beberapa istilah kekeluargaan dan

HambaKu telah mengagungkan Aku, dan kemudian Ia berkata selanjutnya : HambaKu telah menyerahkan (urusannya) padaku. Jika seorang hamba mengatakan :

BAB KEENAM PERBANDINGAN STRUKTUR ASAS AYAT BAHASA ARAB- MELAYU

JABATAN PELAJARAN TERENGGANU SUMATIF 2 SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2013 PENDIDIKAN ISLAM

AL QUR AN SEBAGAI PEDOMAN BAGI MANUSIA

BAB 2 TERJEMAHAN DAN MAKNA PERINTAH

BAB I PENGENALAN. Sejarah pendidikan bahasa Arab di Malaysia telah mula semenjak awal abad ke-19

BAB LIMA HUKUM TASHI:L HAMZAT DALAM RIWAYAT WARSH. Fenomena tashi:l hamzat atau menggugurkannya adalah antara

BAB LIMA PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN. bertujuan untuk meningkatkan lagi penguasaan bahasa Arab khususnya dalam

PANDANGAN MENGENAI STATUS IBU BAPA NABI MUHAMMAD S.A.W. MATI DALAM KEADAAN KAFIR ATAU SEBALIKNYA

ISI KANDUNGAN ABSTRAK PENGHARGAAN SENARAI RINGKASAN JADUAL TRANSLITERASI SENARAI JADUAL BAB : PENDAHULUAN. 1 Pendahuluan 1. 2 Latar Belakang Kajian 1

BAB KEENAM RUMUSAN DAN CADANGAN. Bab terakhir ini dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu bahagian rumusan dan bahagian

Rancangan Pengajaran Harian (KSSR) Tahun 4

PENGGUNAAN AYAT QURAN, WARNA DAN RUMUS DALAM PENGAJARAN AL- C ADAD WA AL-MA C DUD Hakim Zainal l, Mohd. Muslim Abdullah 2

KELAS BIMBINGAN MENENGAH PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2015 TAJWID KBM 1

BAB 1 : PENGENALAN. Walau bagaimanapun, Membeczka (2008) menyatakan bahawa pengajaran sebutan

Dalam Ayat tersebut terdapat fi il mabni majhul yaitu lafadz ا ر س ل ت م, disebut fi il

IMAM / BILAL BERTUGAS USTAZ ASWANZIE ABBYD BIN ZAINAL ABIDIN USTAZ MUHAMMAD ALI BIN JANAS MUAZZIN/BILAL KHATIB /IMAM

BAB I PENDAHULUAN. Dalam Q.S. Al Baqoroh ayat Allah SWT berfirman:

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA FAKULTI PENGAJIAN ISLAM

1. Identitas a. Nama Mata Pelajaran : Pendidikan Agama Islam b. Semester : I c. Kompetensi Dasar :

SIJIL PSIKOLOGI ISLAM DAN KAUNSELING

Bab II. Mengenal Macam-macam Isim

Abstrak. Penggunaan S 2 TAMP 2 D dalam Pengajaran dan Pembelajaran Kepelbagaian Ayat. Zaetun Abbas

MAKNA DUA KALIMAT SYAHADAT DAN KONSEKUENSINYA

BAB LIMA KESIMPULAN, CADANGAN DAN PENUTUP

Sebuah hadis mengatakan bahwa shalat

Materi Halaqah Tarbawiyah Tamhidi TAFSIR SURAT AL-IKHLAS. Oleh: Abdul Aziz Abdul Wahid, Lc.

HMT Teori dan Kaedah Penyelidikan Linguistik

Materi Kajian Kitab Kuning TVRI Edisi Ramadhan. Narasumber: DR. Ahmad Lutfi Fathullah, MA Video kajian materi ini dapat dilihat di

BAB I PENDAHULUAN. Islam adalah diajarkannya cara menulis Al-Quran dan Hadits. Pembelajaran

ة س ى اهو اهر خ اهر خ ى

Perluasan Kosa Kata Melalui Penggunaan Gaya Bahasa Perbandingan dalam Penulisan Deskriptif. Abstrak

FATWA TARJIH MUHAMMADIYAH PILIHAN DOA IFTITAH MENURUT PUTUSAN TARJIH MUHAMMADIYAH

BAB IV ANALISIS TENTANG PELAKSANAAN METODE TERJEMAH BAHASA ARAB DI MAN 1 PEKALONGAN

Materi Kajian Kitab Kuning TVRI Edisi Ramadhan. Narasumber: DR. Ahmad Lutfi Fathullah, MA Video kajian materi ini dapat dilihat di

BAB 1 PENDAHULUAN. bahasa Arab, supaya kamu (menggunakan akal) memahaminya. ( Al-Zukhruf 43:3)

Transkripsi:

KETIDAKSEPADANAN TERJEMAHAN KATA GANTI NAMA DIRI DALAM SURAH AL-SYU ARAA Nasimah Abdullah Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor Lubna Abd. Rahman Universiti Sains Islam Malaysia Norfazila Ab. Hamid Murni Syakirah Musa Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor ABSTRAK Kata ganti nama ialah kata atau perkataan yang menggantikan kata nama. Sifat, ciri dan bentuk kata ganti nama adalah berbeza antara bahasa Melayu dan bahasa Arab. Namun perbezaan tersebut sama sekali tidak menafikan fungsinya sebagai salah satu elemen penting yang membentuk ketenunan atau kohesi (cohesion) dalam teks. Oleh itu, elemen ini perlu diberi perhatian yang serius dalam terjemahan agar rujukan kata ganti nama itu jelas dan mudah difahami oleh pembaca. Justeru, kertas kerja ini cuba menganalisis ketidaksepadanan terjemahan kata ganti nama dalam terjemahan al-qur an oleh Abdullah Basmeih yang hanya memfokuskan surah al-syu araa. Berdasarkan lima (5) contoh ayat yang dikaji dalam kertas kerja ini, didapati terdapat ketidakseragaman dalam menterjemah kata ganti nama daripada bahasa Arab ke bahasa Melayu berdasarkan kaedah tatabahasa Melayu. Oleh itu, dalam usaha untuk memahami maksud ayat al-qur an serta menghasilkan terjemahan yang mempunyai sifat kohesi, disarankan agar terjemahan kata ganti nama dalam terjemahan tersebut perlu diberikan perhatian yang serius agar kekurangan dalam terjemahan dapat diatasi. Kata Kunci: Kata Ganti Nama Diri; Kesepadanan Terjemahan; Al-Quran; Surah Al- Syu araa; Kohesi 1.0 PENDAHULUAN Dalam penterjemahan, seseorang itu bukannya menterjemah satu siri ayat yang terpisah daripada konteks tetapi apa yang ditanganinya ialah sebuah teks. Teks ialah satu siri ayat yang saling sambung-menyambung dan tidak mungkin boleh diperikan secara terpisah daripada konteks keseluruhan wacana. Wacana yang mantap akan terhasil daripada keserasian hubungan antara satu unsur linguistik dengan unsur linguistik yang lain atau disebut juga mempunyai kohesi. Kata ganti nama diri dalam bidang linguistik teks adalah salah satu elemen penting yang membentuk ketenunan atau kohesi (cohesion) dalam teks. Oleh itu, penggunaan kata ganti nama diri yang betul dalam memindahkan mesej daripada bahasa sumber ke bahasa sasar adalah amat penting dalam memastikan penyampaian mesej yang betul dan tepat serta mudah difahami oleh pembaca sasar. Sebaliknya, penggunaan kata ganti nama diri yang salah atau tidak jelas akan menjejaskan keutuhan sesuatu laras sebagai sebuah teks secara keseluruhan. Dalam amali

penterjemahan, penterjemah perlu peka dengan faktor keseragaman atau padanan antara kata ganti nama diri teks sumber dan kata ganti nama diri teks sasaran kerana ia mempunyai implikasi nahuan dan makna yang begitu signifikan terhadap pembaca sasaran. Oleh itu, kertas kerja ini cuba meninjau ketidaksepadanan terjemahan kata ganti nama diri dalam terjemahan al-qur an oleh Abdullah Basmeih dengan hanya memfokuskan surah al- Syu araa. Tumpuan kajian dalam kertas kerja ini adalah terjemahan kata ganti nama diri Arab ke bahasa Melayu dengan cara membandingkan antara struktur sintaksis Arab dan Melayu bagi meneliti kesepadanan terjemahan yang digunakan. Penulis memilih beberapa contoh ayat al-quran secara rawak sebagai contoh ketidaksepadanan dalam menterjemah kata ganti nama diri Arab ke bahasa Melayu. 2.0 KATA GANTI NAMA DIRI ARAB DAN MELAYU: KAJIAN KONTRASTIF Kata ganti nama ialah perkataan yang menjadi pengganti kata nama khas dan kata nama am (Tatabahasa Dewan 2006: 103) dan digunakan bagi mengelakkan berlakunya pengulangan dan kekerapan yang terlalu banyak bagi perkataan yang sama dalam sesuatu ayat. (Muhammad Bukhari Lubis dll: 1998: 40). Sifat, ciri dan bentuk kata ganti nama adalah berbeza antara bahasa Melayu dan bahasa Arab. Namun, perbezaan tersebut sama sekali tidak menafikan fungsinya sebagai salah satu elemen penting yang membentuk ketenunan atau kohesi (cohesion) dalam teks. Kata ganti nama diri ialah kata nama yang menjadi pengganti sesuatu benda, perkara atau manusia. Nik Safiah Karim dan rakan-rakan (Tatabahasa Dewan 2006: 88) pula membahagikan kata ganti nama diri kepada dua (2) kumpulan, iaitu kata ganti nama diri tanya dan kata ganti nama diri orang. Kata ganti nama diri orang terbahagi kepada tiga (3) jenis iaitu 1) kata ganti nama diri orang pertama, 2) kata ganti nama diri orang kedua, dan 3) kata ganti nama diri orang ketiga (Tatabahasa Dewan: 103). Kesemua jenis kata ganti nama diri tersebut digunakan mengikut konteks yang berbeza pada peraturan sosiolinguistik masyarakat melayu. Kata ganti nama diri pertama digunakan untuk menggantikan nama diri orang yang bercakap, dan ia terbahagi kepada dua (2) bentuk iaitu bentuk tunggal seperti aku, saya, beta, patik, daku, hamba, dan bentuk jamak seperti kami dan kita. Kata ganti nama diri kedua digunakan untuk menggantikan nama diri orang yang diajak bercakap, dan ia terbahagi kepada dua (2) bentuk iaitu bentuk tunggal seperti awak, kamu, engkau, dikau, tuanku, anda dan bentuk jamak seperti anda dan kalian. Istilah anda adalah satu-satunya kata ganti nama diri yang boleh digunakan untuk merujuk kepada tunggal atau jamak. Manakala, kata ganti nama diri ketiga digunakan untuk menggantikan nama diri orang yang diperkatakan dan orang tersebut tiada pada masa percakapan berlangsung, dan ia terbahagi kepada dua (2) bentuk iaitu bentuk tunggal seperti dia, ia, nya, baginda, beliau, dan bentuk jamak iaitu mereka. Dalam tatabahasa Arab, kata ganti nama diri disebut sebagai dhamir (ضمير) dan ia terbahagi kepada tiga (3) jenis iaitu munfashil,(منفصل) muttashil (متصل) dan mustatir kedua-duanya terbahagi kepada tiga jenis, iaitu (متصل) dan dhamir (منفصل) Dhamir.(مستتر) mutakallim,(متكلم) mukhatab (مخاطب) dan gha ib (غائب) (Majdi Wahbah & Kamil al- Muhandis 1984: 230-231).

Dhamir Mutakallim متكلم) (ضمير bermaksud kata ganti nama diri yang digunakan untuk menggantikan nama diri orang yang bercakap iaitu seperti نحن ت نا) (أنا, dhamir mukhatab مخاطب) (ضمير pula bermaksud kata ganti nama diri yang digunakan untuk أنت أنت أنتما أنتم أنتن ت ( seperti menggantikan nama diri orang yang diajak bercakap iaitu bermaksud kata ganti nama diri yang digunakan untuk (ضمير غائب) dan dhamir gha ib (ت menggantikan nama diri orang yang diperkatakan dan orang tersebut tiada pada masa.(هو هما هم) percakapan berlangsung iaitu seperti Dhamir munfashil منفصل) (ضمير bermaksud ia tidak boleh bersambung dengan perkataan lain, atau ia mesti ditulis secara berasingan daripada perkataan lain samada sebelum atau selepasnya atau dengan erti kata lain ia boleh ditulis di awal perkataan lain (Ghalayini, Mustafa 1987: 119). Secara kontrastif, kita boleh rumuskan bahawa semua kata ganti nama diri orang dalam Bahasa Melayu merujuk kepada manusia sahaja (Tatabahasa Dewan 89), kecuali ia yang boleh merujuk kepada benda yang dibicarakan (Kamus Dewan Edisi Keempat 2007: 556). Ini berbeza sama sekali dengan kata ganti nama diri dalam bahasa Arab iaitu (ضمير) yang boleh merujuk kepada manusia, haiwan, benda dan perkara abstrak (Mohd. Hilmi Abdullah 2008: 84). Begitu juga, kata ganti nama Arab mempunyai dua (2) ciri iaitu nyata (baariz) dan tersembunyi (mustatir). Ciri istitar ini tidak wujud dalam bahasa Melayu yang hanya mempunyai kata ganti nama yang zahir dan nyata. Selain itu, kata ganti nama diri Melayu juga amat berbeza dengan Arab kerana penggunaannya mestilah berdasarkan konteks. Sebagai contoh, kata ganti nama diri pertama patik dan beta digunakan ketika berlaku percakapan antara seorang raja dan rakyat, dan sama sekali tidak menggunakan aku atau kamu. 3.0 KEPERLUAN DALAM MENTERJEMAHKAN KATA GANTI NAMA DIRI ARAB KE MELAYU Dalam konteks terjemahan Arab-Melayu, penterjemah perlulah menguasai konsep ganti nama dalam kedua-dua bahasa ini (Muhammad Bukhari Lubis, Mohd Fauzi Jumingan dan Khairunnawa Mohamed 1998: 43). Sebagai contoh, kata ganti nama diri dalam bahasa Melayu hanya merujuk kepada bentuk tunggal dan jama, tetapi kata ganti nama diri dalam bbahasa Arab merujuk kepada bentuk tunggal,(مفرد) dua (مثنى) dan jama.(جمع) Oleh itu penterjemah perlu menguasai penggunaan kata ganti nama dalam bentuknya yang berbeza. Selain itu, kata ganti nama diri dalam bahasa Melayu tidak membezakan gender antara maskulin dan feminin, tetapi kata ganti nama diri bahasa Arab membezakan antara gender tersebut. Dengan erti kata lain, penterjemah perlu peka dengan persamaan dan perbezaan sifat, bentuk dan penggunaan kedua-dua kata ganti nama diri Arab ke Melayu. Oleh itu, penterjemah perlu mendalami ilmu linguistik bandingan untuk membuat padanan yang sepatutnya antara bahasa sumber dan bahasa sasaran, selain mengambilkira juga sudut sosiolinguistik Bahasa Melayu dan konteks wacana agar penggunaan kata ganti nama diri tersebut sesuai dengan budaya orang Melayu. Kadang-kadang terjemahan kata ganti nama diri secara literal adalah sepadan, tetapi tidak sesuai dengan konteks masyarakat Melayu dari segi kesopanan dan kesantunan. Dalam situasi ini, penterjemah boleh menggunakan

pendekatan pragmatik dalam terjemahan iaitu dengan menterjemahkan kata ganti nama diri Arab ke kata panggilan kekeluargaan Melayu jika melibatkan dialog antara ahli keluarga. (أنا) Bahasa Melayu mempunyai beberapa terjemahan kepada kata ganti nama diri pertama dan (نحن) yang berbeza dalam konteks tertentu. (أنا) boleh diterjemahkan kepada (Saya - Aku Beta Patik Hamba), manakala (نحن) boleh diterjemahkan kepada (Kami Kita). Bahasa Melayu tidak membezakan antara maskulin dan feminin tetapi bahasa Arab membezakannya iaitu (هو) untuk maskulin dan (هي) untuk feminin. Bahasa Melayu mempunyai pelbagai pilihan kata ganti nama diri kedua iaitu (Dia Ia - Beliau - Baginda),(هما) berdasarkan konteks yang berbeza. Manakala tiga lagi kata ganti nama kedua iaitu diterjemahkan kepada (mereka), tetapi untuk membezakan bilangan, bahasa (هن) dan (هم) Melayu menggunakan perkataan (berdua) untuk menunjukkan bilangan (muthanna) tersebut. (Nasimah Abdullah & Lubna Abd. Rahman 2015) Untuk kata ganti nama ketiga, tiada perbezaan antara ( (أنت dan ( (أنت dalam bahasa Melayu dari segi maskulin dan feminin dan boleh diterjemah kepada pelbagai cara iaitu (Awak- Kamu Engkau Anda Tuanku) berdasarkan konteks yang berbeza. Manakala satu (1) lagi kata ganti nama ketiga iaitu (أنتما) diterjemahkan kepada (Awak Anda Kamu) serta ditambahkan perkataan (berdua) untuk merujuk kepada bentuk muthanna. Untuk (أنتم) dan (semua) boleh diterjemahkan kepada (Anda Kamu) serta ditambahkan perkataan (أنتن ( atau (sekalian) untuk merujuk kepada bilangan jamak. (Nasimah Abdullah & Lubna Abd. Rahman 2015) 4.0 ANALISA DAN PERBINCANGAN Pada bahagian ini, penulis mengemukakan lima (5) contoh ayat al-quran secara rawak dari Tafsir Pimpinan Ar-Rahman yang menunjukkan wujudnya ketidaksepadanan dalam terjemahan kata ganti nama diri Arab ke Melayu dengan hanya memfokuskan surah al- Syu araa. Seterusnya, penulis cuba membuat perbandingan dengan hasil terjemahan lain jika terdapat keseragaman dalam terjemahan tersebut. Tiga (3) contoh yang terdapat dalam Jadual 1, Jadual 2 dan Jadual 3 di bawah adalah dialog yang berlangsung antara nabi Musa dengan Firaun. Jadual 1 Tafsir Pimpinan Ar-Rahman : 2001 Surah al-syu araa : Ayat 24 ق ال ر ب الس م و ات و اأ ل أ رض و م ا ب ي أ ن هم ا إ أن ك نأت أ م Nabi Musa menjawab, Dialah yang memiliki dan mentadbirkan langit dan bumi serta segala yang ada di antara م وق ن ي keduanya, kalaulah kamu mahu mendapat keyakinan dengan berdalil maka inilah jalannya. (hlm: 943) Jadual 2 Tafsir Pimpinan Ar-Rahman : 2001 Surah al-syu araa : Ayat 26 Nabi Musa menegaskan lagi: Dialah ق ال ر ب ك أ م و ر ب آ ب ئ كم اأ ل و ل ي Tuhan yang memiliki dan memelihara kamu dan Tuhan datuk nenek kamu yang telah lalu. (hlm: 943)

Jadual 3 Tafsir Pimpinan Ar-Rahman : 2001 Surah al-syu araa : Ayat 28 ك نأت أ keesaan Allah dan kekuasaan-nya أشر ق و الأم غأر ب و م ا ب ي أ ن ه م ا إ أن م Nabi Musa (menerangkan lagi tentang ق ال ر ب الأم dengan) berkata: Dialah yang ت أ عق ل ون memiliki dan menguasai timur dan barat serta segala yang ada di antara keduannya kalau kamu orang-orang yang berakal tentulah memahaminya! (hlm: 944) Dalam ayat al-quran di Jadual 1 dan Jadual 3 di atas terdapat perkataan yang bersambung (كان) Asalnya frasa ini adalah cantuman daripada.(كنتم) dengan kata ganti nama diri iaitu dan.(أنتم) Dalam konsep morfologi Arab, ia perlu dicantumkan kepada.(كنتم) (تم) adalah dhamir mukhatab ( مخاطب (ضمير yang merujuk kepada bentuk jamak. Manakala dalam ayat al-quran di Jadual 2 pula terdapat perkataan (آباء) yang bersambung dengan kata ganti nama diri iaitu dhamir mukhatab مخاطب) (ضمير yang merujuk kepada bentuk jamak iaitu.(كم) Tetapi Abdullah Basmeih telah menterjemahkan ketiga-tiga kata ganti nama diri jamak (كم) dan (أنتم) tersebut dengan (kamu). Kaedah terjemahan ini adalah tidak sepadan kerana tidak seragam dengan kata ganti nama diri (kamu) yang merujuk kepada bentuk tunggal. Sepatutnya ia diterjemah dengan (kamu sekalian) agar sepadan dengan bentuk jamak. Hasil terjemahan tersebut menjadikan keseluruhan wacana adalah tidak mantap kerana ia mempunyai implikasi nahuan dan makna yang tidak signifikan dengan maksud asal teks sumber. Sekiranya dibandingkan dengan kaedah terjemahan Yayasan Restu untuk Ayat 24 Surah al-syu araa, ia kelihatan lebih mempunyai implikasi kesepadanan nahuan dan makna antara teks sumber dan teks sasaran kerana diterjemahkan seperti berikut: Musa menjawab, Dialah yang memiliki dan mentadbirkan langit dan bumi serta segala yang ada di antara kedua-duanya. (Itulah Tuhanmu) jika kamu sekalian termasuk orang yang meyakini-nya. (hlm: 376) Dua (2) contoh yang terdapat dalam Jadual 4 dan Jadual 5 di bawah adalah dialog yang berlangsung antara Firaun dengan rakyat jelata baginda. Jadual 4 Tafsir Pimpinan Ar-Rahman : 2001 Surah al-syu araa : Ayat 25 Firaun berkata kepada orang-orang ست م ع و ن yang ada di sekelilingnya: Tidakkah ق ال ل م أ ن ح أ ول ه أ ل ت أ kamu dengar (apa yang dikatakan olehnya? (hlm: 943) Jadual 5 Tafsir Pimpinan Ar-Rahman : 2001 Surah al-syu araa : Ayat 27

Firaun berkata (kepada orangorangnya): Sebenarnya Rasul yang diutuskan kepada kamu ini, sungguh gilan? (hlm: 943) ل جنون ق ال إ ن ر س ول كم ال ذ ي أ أ إ ل ي أ ك أ م ل م أ رس Dalam ayat al-quran di Jadual 4 di atas terdapat frasa kata kerja (تستمعون) yang terkandung di dalamnya kata ganti nama diri iaitu dhamir mukhatab خماطب) (ضمري yang merujuk kepada bentuk jamak iaitu.(أنتم) Manakala dalam ayat al-quran di Jadual 5 pula terdapat partikel (إىل) yang bersambung dengan kata ganti nama diri iaitu dhamir mukhatab.(كم) yang merujuk kepada bentuk jamak iaitu (ضمري خماطب) Tetapi Abdullah Basmeih telah menterjemahkan kedua-dua kata ganti nama diri jamak (كم) dan (أنتم) tersebut dengan (kamu). Kaedah terjemahan ini adalah tidak sepadan kerana tidak seragam dengan kata ganti nama diri (kamu) yang merujuk kepada bentuk tunggal. Sepatutnya ia diterjemah dengan (kamu sekalian) atau (kamu semua) agar sepadan dengan bentuk jamak. Hasil terjemahan tersebut menjadikan keseluruhan wacana adalah tidak mantap kerana ia mempunyai implikasi nahuan dan makna yang tidak signifikan dengan maksud asal teks sumber. 5.0 PENUTUP Berdasarkan lima (5) contoh ayat yang dikaji, kertas kerja ini mendapati bahawa terdapat ketidakseragaman dalam menterjemah kata ganti nama diri daripada bahasa Arab ke bahasa Melayu berdasarkan kaedah tatabahasa Melayu terutama yang berkait dengan bentuk jamak. Oleh itu, dalam usaha untuk memahami maksud ayat al-qur an serta menghasilkan terjemahan yang mempunyai sifat kohesi dan sepadan dari segi makna nahuan, disarankan agar terjemahan kata ganti nama dalam terjemahan tersebut diberikan perhatian serius agar kekurangan dalam terjemahan dapat diatasi. 6.0 RUJUKAN Kamus Dewan. (2007). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. edisi keempat.. Al-Quran Mushaf Malaysia dan Terjemahan. (2011). Shah Alam: Yayasan Restu. Cetakan 6. Abdullah Basmeih. (2001). Tafsir Pimpinan Ar-Rahman Kepada Pengertian al-quran. Kuala Lumpur: Darul Fikir. Cetakan 12. Ghalayini, Mustafa. (1987). Jami al-durus al-arabiyyah. Beirut: al-maktabah al- Asriyyah. Cetakan 21. Mohd. Hilmi Abdullah. (2008). Teori & Kaedah Penterjemahan Arab-Melayu. Kota Bharu: Pustaka Hilmi. Cetakan Pertama. Muhammad Bukhari Lubis, Mohd. Fauzi Jumingan & Khairunnawa Mohamed. (1998). Penerjemahan Arab Melayu Arab Peraturan & Dasar. Penerbit Universiti Putra Malaysia. Cetakan Pertama.

Nasimah Abdullah & Lubna Abd. Rahman. (2015).Kata Ganti Nama Dalam Terjemahan Al-Quran Al-Karim: Tinjauan Terhadap Keseragaman Terjemahan. Dalam MICFL2015. Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Musa & Abdul Hamid Mahmood. (2006). Tatabahasa Dewan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Cetakan 11. Wahbah, Majdi & al-muhandis, Kamil. (1984). Mu jam al-musthalahaat al-arabiyyah fi al-lughah wa al-adab. Beirut: Maktabah Lubnan. Cetakan Kedua.