Universiti Teknologi MARA 1C / 2010

dokumen-dokumen yang mirip
PERMOHONANPENUBUHAN PERSATUAN/KELAB PELAJAR

TATA CARA KUMPULAN SOKONGAN IBU BAPA (SARANA) SMK KING GEORGE V SEREMBAN NEGERI SEMBILAN

Perlembagaan Badan Pelajar Berdaftar. Nama badan pelajar : Persatuan Pelajar Sains Sukan Universiti Malaya. 1. Tujuan atau kepentingan badan pelajar :

UNDANG-UNDANG KECIL KOPERASI PKNS 2013

AKTA UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI SUSUNAN PERATURAN

AKTA PENDIDIKAN 1996 PERATURAN-PERATURAN PENDIDIKAN (PERSATUAN IBU BAPA-GURU) 1998

mesyuarat agung perwakilan diadakan. Sebarang usul tergempar tidak dibenarkan.

PERLEMBAGAAN BAGI PERTUBUHAN INDUK PERSATUAN PESARA UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA, BANGI, SELANGOR

STATUT UNIVERSITI STATUT XXIII (SIRI BAHARU) STATUT UNIVERSITI MALAYA (BADAN-BADAN PELAJAR) 1979 BAHAGIAN I: PERMULAAN

4. Wilayah Kegiatan Kegiatan PSM meliputi seluruh Malaysia. 5. Bidang Aktiviti PSM tidak boleh melibatkan diri dalam politik.

PERLEMBAGAAN PERSATUAN ALUMNI KOLEJ MATRIKULASI YAYASAN SAAD, LEMBAH BERINGIN, SELANGOR, MALAYSIA (AKMATYS)

PERLEMBAGAAN PERSATUAN SAINS ANALISIS MALAYSIA (MALAYSIAN ANALYTICAL SCIENCES SOCIETY) No. Pendaftaran: 5269/93 (Selangor)

RANG UNDANG-UNDANG. bernama. .Suatu Akta untuk meminda Akta Institut Teknologi MARA 1976.

Tiap-tiap anggota hendaklah diberi dengan percuma satu naskhah Undangundang Kecil ini. Naskhah tambahan akan dikenakan bayaran.

KELAB SUKAN BANK RAKYAT (KEBARA) NO. PENDAFTARAN 1939 (SELANGOR) 30HB. NOVEMBER, 1976.

PERLEMBAGAAN INSTITUSI PEMBANGUNAN FELO UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PERLEMBAGAAN BADAN KHAIRAT KELANA JAYA, SELANGOR

PERLEMBAGAAN PERSATUAN/ KELAB: 1.1 Nama pertubuhan ini ialah *Persatuan/Kelab. 1.2 Nama ringkas persatuan/kelab ini ialah UPM

PERLEMBAGAAN Persatuan Penduduk Taman Anggerik Emas... Pertubuhan ini dikenali dengan nama Persatuan Penduduk Taman Anggerik Emas

UNDANG-UNDANG PERSATUAN CAPAIAN MAKLUMAT DAN PENGURUSAN PENGETAHUAN (PECAMP) MALAYSIA

Terma Rujukan (Terms Of Reference) Jawatankuasa Budaya Kerja Cemerlang [JK BKC PPKT] Pusat Pengetahuan, Komunikasi & Teknologi

CONTOH PERLEMBAGAAN BADAN SUKAN PERINGKAT KEBANGSAAN

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

RANG UNDANG-UNDANG AKADEMI SAINS MALAYSIA 1994

AKTA UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI 1971

PERLEMBAGAAN KELAB / PERSATUAN

PERLEMBAGAAN BAGI PERSATUAN BEKAS PELAJAR SEKOLAH MENENGAH AYER HITAM BATCH 84 (ALUMNI SMAH 84)

ATURAN-ATURAN TETAP MESYUARAT AGUNG KAWASAN. mercantile

PERATURAN-PERATURAN JAWATANKUASA KENAIKAN PANGKAT MAKTAB KERJASAMA MALAYSIA 1999

Contoh undang-undang ini menepati kehendak Akta Pertubuhan 1966 (Akta 335) dan disebarkan untuk tujuan pendidikan semata-mata.

PERLEMBAGAAN PERSATUAN PEGAWAI EKSEKUTIF HASIL DALAM NEGERI MALAYSIA (NO PPM WKL 0296/08) & NO PPP WKL0023/08)

UNDANG-UNDANG TUBUH BADAN KHAIRAT KEMATIAN MASJID AL-FAIZIN DESA JAYA-TAMAN EHSAN BAGI

PERLEMBAGAAN BAGI PERSATUAN ALUMNI PELATIH JABATAN PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA(JPSM) NEGERI SABAH

PERATURAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN, MESYUARAT AGUNG KHAS DAN MESYUARAT JAWATANKUASA

TERMA-TERMA RUJUKAN JAWATANKUASA AUDIT

Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman 1 D.R. 27/2008. Rang Undang-Undang Suruhanjaya pelantikan kehakiman 2008

Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara 1 D.R. 33/2010 RANG UNDANG-UNDANG LEMBAGA PEMBANGUNAN SENI VISUAL NEGARA 2010

PERLEMBAGAAN PERSATUAN ALUMNI UNIVERSITI SAINS MALAYSIA (UNIVERSITI SAINS MALAYSIA ALUMNI ASSOCIATION)

PERLEMBAGAAN PERSATUAN IBUBAPA DAN GURU (PIBG) MAAHAD/ SEKOLAH MENENGAH UGAMA (ARAB) YAYASAN ISLAM KELANTAN

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (Pindaan) 1 D.R. 9/2014 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a

PERLEMBAGAAN PERSATUAN PENDUDUK TAMAN BELIMBING SETIA DURIAN TUNGGAL, MELAKA

(Logo Kelab) Kelab Catur UNISEL. Kertas kerja Perlembagaan Kelab Catur UNISEL (KECAS UNISEL) Kampus Shah Alam. Disediakan Oleh:

Profesion Kesihatan Bersekutu 1 D.R. 24/2015 RANG UNDANG-UNDANG PROFESION KESIHATAN BERSEKUTU 2015

FASAL 1 NAMA FASAL 2 TEMPAT URUSAN FASAL 3 TUJUAN/MATLAMAT FASAL 4 KEAHLIAN FASAL 5 PERBERHENTIAN DAN PEMECATAN AHLI FASAL 6 SUMBER KEWANGAN

PERLEMBAGAAN UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU

PERLEMBAGAAN UNIVERSITI MALAYSIA SABAH PERATURAN NO. I PERATURAN UNIVERSITI MALAYSIA SABAH (PERATURAN-PERATURAN MESYUARAT SENAT) 1998

PERTUBUHAN KEBANGSAAN MELAYU BERSATU (UNITED MALAYS NATIONAL ORGANISATION) No. Pendaftaran 676/88 (Wilayah Persekutuan) UMNO

Koperasi 33 BAHAGIAN V. Mesyuarat agung

BAB PERTAMA: MAKLUMAT ASAS PERUBATAN

PROFIL AUDIT DALAM SECARA RINGKAS. Audit Dalam USM ditubuhkan pada tahun 1982

JABATAN BENDAHARI. Bil. Kami : Bil. Tuan : Tarikh :

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

PERLEMBAGAAN PERSATUAN PEGAWAI PENGURUSAN DAN PROFESIONAL BUKAN AKADEMIK UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

D.R. 44/96 RANG UNDANG-UNDANG LAPORAN KEWANGAN 1996

(2) Tugas pengerusi menurut perenggan (a) dan (b) fasal (1), boleh diamanahkan kepada naib pengerusi atau mana-mana anggota Lembaga, jika perlu.

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

BAHAGIAN I PERMULAAN. (1) Undang-undang Kecil ini boleh dinamakan Undang-undang Kecil Koperasi Tenaga Nasional Berhad.

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH. PEJABAT TIMBALAN NAIB CANSELOR (AKADEMIK & ANTARABANGSA) Kod Dokumen: PU/PS/GP001

AKTA PILIHAN RAYA 1958

UNDANG-UNDANG BAGI PERTUBUHAN. Kelab Sukan Dan Rekreasi UniKL RCMP Ipoh Perak

PERLEMBAGAAN PERSATUAN KAKITANGAN POLITEKNIK SULTAN HAJI AHMAD SHAH (PKPK)

UNDANG-UNDANG (PERUNTUKAN KHAS) Akta 202 CETAKAN SEMULA. Mengandungi segala pindaan hingga 1 Januari 2006

Deskripsi Polisi Pengurusan Perhubungan Media Di Dalam Universiti Putra Malaysia. Naib Canselor

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH. PEJABAT TIMBALAN NAIB CANSELOR (AKADEMIK & ANTARABANGSA) Kod Dokumen: PU/PS/GP001

PERTUBUHAN PERKUBURAN ORANG RAMAI, KUALA LUMPUR DAN SELANGOR. PERTUBUHAN PERKUBURAN ORANG RAMAI, KUALA LUMPUR DAN SELANGOR.

PERLEMBAGAAN BAGI PERTUBUHAN PEMBANGUNAN PENYELIDIKAN DAN DASAR PENDIDIKAN TINGGI MALAYSIA

PERJANJIAN PENDIDIKAN GURU

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

Suruhanjaya Sekuriti (Pindaan) 1 D.R. 28/2009 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993.

78 Undang-Undang Malaysia AKTA 502

PERATURAN TATATERTIB DAN PERUNDANGAN PELAJAR UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS Unit Perundangan Jabatan Canselori

PERJANJIAN BIASISWA SELANGORKU TAHUN 2017

PERLEMBAGAAN MAJLIS BERSAMA JABATAN SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA

PERLEMBAGAAN BAGI PERTUBUHAN INDUK KELAB PACUAN EMPAT RODA UNIVERSITI MALAYSIA SABAH (UMS 4WDVC)

GARIS PANDUAN PASCA-KEDOKTORAN

UNDANG-UNDANG KECIL KOPERASI PKNS 2013

(6) Rekod-rekod ini boleh diperiksa oleh anggota pada bila-bila masa mengikut syarat-syarat pemeriksaan yang ditetapkan oleh Lembaga.

PERLEMBAGAAN PERSATUAN WANITA BUMIPUTERA DALAM PERNIAGAAN DAN PROFESYEN, MALAYSIA

PEJABAT PENDAFTAR BAHAGIAN PENGURUSAN MODAL INSAN SINERGI TERAS KUALITI

TABUNG KEBAJIKAN KESATUAN KEBANGSAAN WARTAWAN SEMENANJUNG MALAYSIA

BADAN KHAIRAT KEMATIAN KARIAH SURAU AT-TAQWA BUKIT BANDARAYA, SEKSYEN U11, SHAH ALAM, SELANGOR

UNDANG-UNDANG PERSATUAN PENDUDUK PANGSAPURI LANGAT JAYA (PPPLJ) CHERAS, SELANGOR DARUL EHSAN.

UNDANG-UNDANG KECIL KOPERASI PROFESIONAL PUTRAJAYA BERHAD

PERJANJIAN PENGAJIAN ANTARA DAN MAJLIS AMANAH RAKYAT DAN PERJANJIAN BERTARIKH :

PERLEMBAGAAN BAGI PERTUBUHAN ALUMNI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AYER HITAM KELAS , AYER HITAM, JOHOR

UNDANG-UNDANG KECIL KOPERASI PERBADANAN KEMAJUAN NEGERI SELANGOR BERHAD SUSUNAN UNDANG-UNDANG KECIL BAHAGIAN I PERMULAAN

UNDANG-UNDANG KECIL KOPERASI KREDIT DAN PELABURAN KAKITANGAN BANK NEGARA MALAYSIA BERHAD BAHAGIAN I PERMULAAN

R2001 PENGURUSAN ORGANISASI

UNDANG-UNDANG BAGI PERSATUAN SPINAL MALAYSIA

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

Pindaan 2013 (Bilangan 1)

Perlembagaan Persatuan Linguistik Malaysia

(1) Alamat dan tempat urusan Pertubuhan ialah. Ibu Pejabat KDCA Hongkod, Jalan Penampang, Peti Surat 907, Penampang, Sabah.

PERLEMBAGAAN KELAB SETEM DAN FILATELI SEKOLAH-SEKOLAH MALAYSIA

SURAT PEKELILING BENDAHARI BIL. 4 TAHUN 2009

PERLEMBAGAAN PERSATUAN PEMBIMBING IBU MENYUSU MALAYSIA

BORANG PERMOHONAN TABUNG AMANAH PEMBANGUNAN AKADEMIK

PERSATUAN PEDAGANG SARANG BURUNG MALAYSIA UNDANG-UNDANG BAGI PERSEKUTUAN

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA GP14 : GARIS PANDUAN PENGURUSAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KOPERASI

Pergigian 1 D.R. 46/2017 RANG UNDANG-UNDANG PERGIGIAN 2017

Transkripsi:

1. Tajuk ringkas dan mula berkuatkuasa. 2. Tafsiran. 3. Penubuhan Persatuan. 4. Fungsi Persatuan. 5. Kuasa Persatuan. 6. Laporan Persatuan. 7. Penasihat Persatuan. 8. Kumpulan Wang Persatuan. 9. Keahlian. 10. Syarat-syarat keahlian. 11. Prosedur keahlian. 12. Hak ahli. 13. Kewajipan ahli. 14. Menarik diri. 15. Pembatalan keahlian. 16. Keterhentian keahlian. 17. Daftar Persatuan. PERLEMBAGAAN BAHAGIAN I PERMULAAN BAHAGIAN II PERSATUAN BAHAGIAN III KEAHLIAN BAHAGIAN IV JAWATANKUASA KERJA 18. Jawatankuasa Kerja. 19. Kuasa dan fungsi Jawatankuasa Kerja. 20. Pencalonan anggota Jawatankuasa Kerja. 21. Tempoh jawatan. 22. Pembatalan pelantikan. 23. Keterhentian keanggotaan. 24. Peletakan jawatan. BAHAGIAN V MESYUARAT AGONG 25. Mesyuarat Agong Tahunan. 26. Mesyuarat Agong Luar Biasa. 27. Agenda Mesyuarat Agong Tahunan. 28. Kuasa dan fungsi Mesyuarat Agong. 29. Majoriti resolusi Mesyuarat Agong dan prosedur. 1

Perlembagaan Persatuan.. UiTM 1C / 2010 BAHAGIAN VI PEMBUBARAN PERSATUAN 30. Pembubaran, penggantungan Persatuan. 31. Pembubaran, penggantungan di bawah undang-undang. 32. Pindaan Perlembagaan. 33. Penafsiran Perlembagaan. BAHAGIAN VII PINDAAN PERLEMBAGAAN BAHAGIAN VIII PENTAFSIRAN PERLEMBAGAAN BAHAGIAN IX AM 34. Lambang, bendera dll. Persatuan. 35. Penalti am. 36. Kuasa Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar untuk memberi arahan, garispanduan. 37. Pemeriksaan rekod. 38. Perlembagaan sebagai dokumen awam. JADUAL PERTAMA JADUAL KEDUA JADUAL KETIGA 2

Sebuah Perlembagaan untuk menubuhkan, mengawal selia dan mentadbir Persatuan... dan bagi perkara-perkara lain yang berkaitan dengannya. PERKARA 1 Tajuk ringkas dan mula berkuatkuasa. BAHAGIAN I PERMULAAN (1) Perlembagaan ini bolehlah dinamakan Perlembagaan Persatuan.., Universiti Teknologi MARA. (2) Perlembagaan ini hendaklah mula berkuatkuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar atau wakilnya. PERKARA 2 Tafsiran. Dalam Perlembagaan ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain ahli ertinya pelajar yang mendaftar dan menganggotai Persatuan...; Akta Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib) 1976 ertinya Akta 174; Akta Universiti Teknologi MARA 1976 ertinya Akta 173; Bendahari ertinya anggota Persatuan..., dengan nama apa jua disebut, yang bertanggungjawab atas kewangan, yang dilantik di bawah Perkara 18; Bendahari Universiti ertinya pegawai utama kewangan Universiti, dengan nama apa jua disebut, yang dilantik di bawah Seksyen 22, Akta Universiti Teknologi MARA 1976 dan termasuklah wakilnya; Daftar Persatuan ertinya Daftar Persatuan..., Universiti Teknologi MARA yang disimpan dan disenggara di bawah Perkara 17; Jawatankuasa Kerja ertinya Jawatankuasa Kerja, dengan nama apa jua disebut, Persatuan yang ditubuhkan di bawah Perkara 18; kakitangan ertinya (a) mana-mana pegawai atau pengkhidmat Universiti; (b) mana-mana orang yang dilantik sebagai pensyarah oleh Lembaga Pengarah Universiti, dan termasuklah profesor kanan, profesor, profesor madya, penolong profesor, reader, pensyarah kanan, penolong pensyarah, dan tutor; atau (c) mana-mana orang yang digunakhidmat oleh Universiti; Kumpulan Wang ertinya Kumpulan Wang Persatuan...., Universiti Teknologi MARA yang ditubuhkan di bawah Perkara 8; Menteri ertinya Menteri yang bertanggungjawab atas pendidikan; 3

Perlembagaan Persatuan.. UiTM 1C / 2010 Naib Canselor ertinya Naib Canselor Universiti yang dilantik di bawah Seksyen 20, Akta Universiti Teknologi MARA 1976 dan termasuklah mana-mana orang lain, dengan nama apa jua disebut, yang dilantik sebagai ketua pegawai eksekutif Universiti, dan Timbalan Naib Canselor hendaklah ditafsirkan sewajarnya; pelajar ertinya seseorang pelajar berdaftar Universiti yang mengikuti apa-apa jenis kursus pengajian di Universiti; Penasihat Persatuan ertinya Penasihat Persatuan... yang dilantik di bawah Perkara 7 dan termasuklah wakilnya; Persatuan atau.. ertinya Persatuan..., Universiti Teknologi MARA yang ditubuhkan di bawah Perkara 3; Presiden ertinya ketua Persatuan..., dengan nama apa jua disebut, yang dilantik di bawah Perkara 18; Setiausaha ertinya ketua pentadbiran Persatuan..., dengan nama apa jua disebut, yang dilantik di bawah Perkara 18; Universiti atau UiTM ertinya Universiti Teknologi MARA yang ditubuhkan di bawah Seksyen 3, Akta Universiti Teknologi MARA 1976 dan termasuklah sesuatu Cawangan. PERKARA 3 Penubuhan Persatuan. BAHAGIAN II PERSATUAN (1) Maka adalah ditubuhkan suatu persatuan pelajar yang hendaklah dikenali sebagai Persatuan..., Universiti Teknologi MARA di bawah Seksyen 8, Akta Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib) 1976. (2) Persatuan yang ditubuhkan di bawah Fasal (1) tidak dibenarkan menggunakan apa-apa nama (a) negeri, wilayah, daerah, mukim, kampung atau apa-apa nama lain yang membawa maksud kenegerian atau kedaerahan; (b) agama atau kepercayaan atau apa-apa nama lain yang membawa maksud keagamaan atau kepercayaan; dan (c) kumpulan etnik atau suku kaum. pada nama Persatuan. (3) Persatuan adalah dibenarkan bersekutu dengan mana-mana persatuan, pertubuhan, badan atau kumpulan orang di luar Universiti tetapi persekutuan ini adalah tertakluk kepada kelulusan Menteri atau wakilnya. 4

PERKARA 4 Fungsi Persatuan. Fungsi Persatuan adalah seperti yang diperuntukkan dalam Jadual Pertama. PERKARA 5 Kuasa Persatuan. (1) Persatuan hendaklah mempunyai kuasa (a) menganjurkan apa-apa kegiatan berbentuk kebersihan dan pengekalan alam sekitar seperti gotong-royong, rubbish hunt dan lain-lain; (b) menganjurkan apa-apa kegiatan berbentuk latihan jasmani seperti program bina semangat, jalan lasak, kembara, ekspedisi, latihan pengekalan hutan, kawad dan lain-lain; (c) menganjurkan apa-apa kegiatan berbentuk keintelektualan dan akademik seperti kursus, konvensyen, seminar, persidangan, pameran, ekspo, forum, bengkel, pertandingan, kuiz, ceramah, misi akademik, nasihat kerjaya, lawatan industri, lawatan sambil belajar dan lain-lain; (d) menganjurkan apa-apa kegiatan berbentuk kepimpinan seperti kursus, konvensyen, seminar, persidangan, pameran, ekspo, forum, bengkel, pertandingan, kuiz, ceramah, lawatan sambil belajar dan lain-lain aktiviti kepimpinan; (e) menganjurkan apa-apa kegiatan berbentuk keagamaan dan pembinaan insan seperti tilawah, syarahan, berzanji, tafsir, hafazan, nasyid, kursus, konvensyen, seminar, persidangan, pameran, ekspo, forum, bengkel, pertandingan, kuiz, ceramah dan lain-lain aktiviti keagamaan; (f) menganjurkan apa-apa kegiatan sosial kebudayaan seperti makan malam, malam anugerah kecemerlangan, jamuan teh, malam kesenian dan kebudayaan, persembahan kebudayaan, sajak, puisi, pantun, syair, pidato, debat, bahas, drama, cerpen, cereka, teater, koir, nyanyian, tarian, kompang, gamelan dan peralatan muzik yang lain, dan lain-lain aktiviti sosial kebudayaan; (g) menganjurkan apa-apa aktiviti berasaskan khidmat masyarakat seperti projek anak angkat, lawatan ke rumah orang tua dan anak yatim, gotong-royong, pameran, ekspo dan lain-lain aktiviti berasaskan khidmat masyarakat; (h) menganjurkan apa-apa aktiviti sukan termasuk sukaneka dan permainan tradisional; (i) tertakluk kepada Kaedah 7, Kaedah-Kaedah Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib Pelajar-Pelajar) 1976, mengadakan apa-apa mesyuarat dengan semua atau mana-mana kumpulan ahli Persatuan; (j) tertakluk kepada Kaedah 10, Kaedah-Kaedah Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib Pelajar-Pelajar) 1976, menerbitkan, membahagi-bahagi atau mengedarkan apa-apa dokumen; 5

Perlembagaan Persatuan.. UiTM 1C / 2010 (k) tertakluk kepada Kaedah 11, Kaedah-Kaedah Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib Pelajar-Pelajar) 1976, menganjurkan, menjalankan atau menyertai apa-apa kegiatan di luar Universiti; (l) tertakluk kepada Seksyen 11, Akta Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib) 1976, mengumpulkan wang atau harta lain dengan cara pungutan, derma, penajaan, rayuan dan lain-lain punca; (m) tertakluk kepada Seksyen 10, Akta Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib) 1976, bekerjasama, berhubung atau bersekutu dengan mana-mana persatuan, pertubuhan, badan atau kumpulan orang; (n) menubuhkan, dari semasa ke semasa, jawatankuasa-jawatankuasa ad hoc dari kalangan ahli-ahli Persatuan bagi maksud-maksud atau tujuan-tujuan tertentu; dan (o) untuk melakukan apa-apa perkara lain yang difikirkan perlu untuk membolehkannya melaksanakan fungsinya dengan berkesan. (2) Walau apa pun Perenggan (1)(l), Persatuan tidak boleh mengarahkan apa-apa kutipan wang atau harta lain bagi tujuan yuran atau lain-lain bayaran Persatuan sehingga mendapat kelulusan mana-mana Mesyuarat Agong dan Penasihat Persatuan. (3) Persatuan dilarang menubuhkan (a) apa-apa persatuan pelajar di peringkat kolej atau Universiti; atau (b) apa-apa jawatankuasa ad hoc yang menyerupai atau menjalankan fungsi dan kuasa sebuah persatuan pelajar di peringkat kolej atau Universiti. (4) Walau apa pun Fasal (1), Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar atau wakilnya boleh, menurut budi bicara mutlaknya, tanpa memberi apa-apa sebab baginya mengenakan apa-apa syarat ke atas kuasa-kuasa, mengubahsuai, menambah, menghad atau membatalkan kuasa-kuasa Persatuan. PERKARA 6 Laporan Persatuan. (1) Persatuan hendaklah memberi Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar, dan manamana kakitangan Universiti sebagaimana yang diarahkan oleh Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar, laporan mengenai pentadbiran, organisasi, kewangan dan kegiatankegiatannya sebagaimana yang dikehendaki atau diarahkan oleh Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar pada setiap akhir semester. (2) Walau apa pun Fasal (1), Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar boleh mengarahkan Persatuan untuk memberi Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar, dan mana-mana kakitangan Universiti sebagaimana yang diarahkan oleh Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar, laporan mengenai pentadbiran, organisasi, kewangan dan kegiatan-kegiatannya sebagaimana yang dikehendaki atau diarahkan oleh Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar pada bila-bila masa. 6

PERKARA 7 Penasihat Persatuan. (1) Persatuan hendaklah mempunyai seorang atau beberapa kakitangan Universiti yang bertindak sebagai penasihat kepada Persatuan. (2) Penasihat Persatuan hendaklah dilantik oleh Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar atau wakilnya atas cadangan Jawatankuasa Kerja atau Jawatankuasa Penaja Persatuan, mengikut mana-mana yang berkenaan. (3) Walau apa pun Fasal (2), Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar atau wakilnya boleh, menurut budi bicara mutlaknya, tanpa memberi apa-apa sebab baginya menolak cadangan Jawatankuasa Kerja atau Jawatankuasa Penaja Persatuan, mengikut manamana yang berkenaan, dan melantik seorang atau beberapa kakitangan Universiti lain untuk menjadi Penasihat Persatuan. (4) Pelantikan Penasihat Persatuan boleh pada bila-bila masa dibatalkan oleh Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar atau wakilnya tanpa memberikan apa-apa sebab mengenainya. (5) Penasihat Persatuan hendaklah, tertakluk kepada Perlembagaan ini dan Akta Institusi- Institusi Pelajaran (Tatatertib) 1976, mempunyai kuasa dan fungsi berikut (a) mengawasi dan menyelia pentadbiran Persatuan supaya mencapai objektif dan matlamat Persatuan; (b) memberi nasihat dan tunjuk ajar kepada ahli-ahli Persatuan mengenai tugastugas berpersatuan dan kepimpinan; (c) meminta apa-apa maklumat mengenai pentadbiran atau kewangan Persatuan, Jawatankuasa Kerja atau mana-mana jawatankuasa ad hoc; (d) memeriksa rekod-rekod Persatuan, Jawatankuasa Kerja atau mana-mana jawatankuasa ad hoc; (e) melaksanakan segala kuasa dan fungsi seperti yang diperuntukkan oleh Perlembagaan ini dan Akta Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib) 1976; dan (f) apa-apa kuasa dan fungsi lain seperti yang ditentukan oleh Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar atau wakilnya yang tidak tak konsisten dengan Perlembagaan ini atau Akta Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib) 1976. PERKARA 8 Kumpulan Wang Persatuan. (1) Bagi maksud Perlembagaan ini maka dengan ini ditubuhkan suatu kumpulan wang yang dinamakan Kumpulan Wang Persatuan..., Universiti Teknologi MARA yang hendaklah ditadbir dan dikawal oleh Jawatankuasa Kerja. (2) Tertakluk kepada Seksyen 11, Akta Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib) 1976, Kumpulan Wang hendaklah terdiri daripada (a) program, projek atau aktiviti Persatuan yang mendatangkan hasil kewangan; 7

Perlembagaan Persatuan.. UiTM 1C / 2010 (b) derma-derma dan penajaan sama ada dari dalam atau luar Universiti, tertakluk kepada kelulusan Universiti; (c) peruntukan dari Universiti; dan (d) segala jumlah wang atau harta lain yang mungkin dengan apa-apa cara menjadi kena dibayar kepada atau terletakhak pada Persatuan dengan apa-apa perkara yang bersampingan dengan fungsi-fungsi dan kuasa-kuasanya, tertakluk kepada kelulusan Universiti. (3) Bendahari hendaklah menyerahkan semua hasil kewangan Kumpulan Wang di bawah Fasal (2) kepada Bendahari Universiti untuk dimasukkan ke dalam Tabung Kegiatan dan Kokurikulum Pelajar atau Tabung Amanah Kolej, mengikut mana-mana yang berkenaan. (4) Kumpulan Wang hendaklah dibelanjakan bagi maksud (a) membayar apa-apa perbelanjaan yang dilakukan dengan sah oleh Persatuan; (b) menyumbang kepada badan atau organisasi yang dianggotai Persatuan; (c) membayar apa-apa belanja, kos atau perbelanjaan lain yang dilakukan atau di setuju-terima dengan sepatutnya oleh Persatuan pada melaksanakan fungsifungsinya atau menjalankan kuasanya di bawah Perlembagaan ini; dan (d) pada amnya, membayar apa-apa perbelanjaan untuk melaksanakan peruntukanperuntukan Perlembagaan ini. (5) Walau apa pun Fasal (4), Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar atau wakilnya boleh, menurut budi bicara mutlaknya, tanpa memberi apa-apa sebab baginya mengubahsuai, menambah atau menghadkan maksud perbelanjaan Kumpulan Wang atau mengenakan apa-apa syarat ke atas perbelanjaan Kumpulan Wang. (6) Tiada apa-apa jua yang terkandung dalam Fasal (2) dan (4) memberikan hak kepada Persatuan atau mana-mana ahli atau pemegang jawatannya untuk menggunakan Kumpulan Wang Persatuan, sama ada secara langsung atau tak langsung, bagi memajukan tujuan suatu (a) parti politik; (b) badan kesatuan sekerja; atau (c) mana-mana persatuan, pertubuhan, badan atau kumpulan orang seperti yang ditentukan oleh Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar atau wakilnya. (7) Akaun-akaun Kumpulan Wang hendaklah (a) disimpan dan disenggara oleh Bendahari dengan sepatutnya; dan (b) akaun-akaun tersebut hendaklah diaudit oleh seseorang yang dilantik oleh Penasihat Persatuan dan edarkan kepada ahli-ahli Persatuan pada setiap akhir semester. 8

(8) Adalah menjadi tanggungjawab Bendahari untuk menjawab apa-apa soalan atau pertanyaan dari Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar atau wakilnya atau manamana ahli Persatuan, mengenai akaun-akaun Kumpulan Wang. PERKARA 9 Keahlian. BAHAGIAN III KEAHLIAN (1) Ahli-ahli Persatuan hendaklah terdiri daripada (a) mereka yang turut sama dalam permohonan untuk mendaftarkan Persatuan ini; dan (b) mereka yang diterima menjadi ahli Persatuan selepas pendaftaran mengikut Perlembagaan ini dari semasa ke semasa. (2) Semua ahli adalah sama rata di sisi Perlembagaan ini dan berhak menikmati dan menanggung segala hak, tugas dan kewajipan yang diberi kepada, diadakan atau ditanggungkan ke atasnya oleh Perlembagaan ini dan Akta Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib) 1976. (3) Kecuali sebagaimana yang dibenarkan oleh Perlembagaan ini dan Akta Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib) 1976, tidaklah boleh ada pembezaan terhadap mana-mana ahli semata-mata sebab peruntukan-peruntukan Perenggan (1)(a) atau (b). PERKARA 10 Syarat-syarat keahlian. (1) Syarat-syarat keahlian Persatuan hendaklah ditentukan oleh Mesyuarat Agong Tahunan dan mendapat persetujuan dan kelulusan Penasihat Persatuan sebelum dikuatkuasakan. (2) Walau apa pun Fasal (1), (a) Persatuan hendaklah terdiri daripada ahli-ahli yang merupakan pelajar Universiti; dan (b) Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar atau wakilnya boleh, menurut budi bicara mutlaknya, tanpa memberi apa-apa sebab baginya mengubahsuai, menambah, menghad atau membatalkan syarat-syarat keahlian Persatuan. PERKARA 11 Prosedur keahlian. (1) Permohonan menjadi ahli Persatuan hendaklah dibuat dalam borang permohonan rasmi Persatuan seperti yang disediakan oleh Jawatankuasa Kerja dan dialamatkan kepada Setiausaha. (2) Permohonan di bawah Fasal (1) hendaklah dipertimbangkan oleh (a) Jawatankuasa Kerja; atau 9

Perlembagaan Persatuan.. UiTM 1C / 2010 (b) mana-mana anggota Jawatankuasa Kerja yang diberi kuasa oleh Jawatankuasa Kerja, dan Jawatankuasa Kerja atau anggota tersebut boleh, atas budi bicara mutlaknya, menerima atau menolak permohonan di bawah Fasal (1). (3) Permohonan yang diterima di bawah Fasal (2) hendaklah, dengan seberapa segera, didaftarkan di dalam Daftar Persatuan dan pemohon keahlian Persatuan hendaklah disifatkan sebagai telah mendaftar. (4) Walau apa pun Fasal (1), (2) dan (3), Jawatankuasa Kerja boleh menetapkan prosedurprosedur keahlian lain, termasuk prosedur rayuan bagi permohonan keahlian yang ditolak, bagi melicinkan pentadbiran pendaftaran ahli Persatuan. PERKARA 12 Hak ahli. Setiap ahli Persatuan berhak (a) tertakluk kepada Fasal 20(2), mencalonkan mana-mana ahli untuk memegang apa-apa jawatan dalam Jawatankuasa Kerja; (b) tertakluk kepada Fasal 20(2), dicalonkan untuk memegang apa-apa jawatan dalam Jawatankuasa Kerja; (c) meminta dan melihat rekod-rekod Persatuan; (d) menghadiri dan menyertai mana-mana Mesyuarat Agong, majlis umum dan program-program lain Persatuan; (e) mengundi dalam mana-mana Mesyuarat Agong atau jawatankuasa ad hoc yang dianggotainya atas apa-apa usul, resolusi, cadangan, pencalonan, isu atau perkara; (f) mencadangkan, bertanya, memberi pendapat, bercakap, menyokong, atau menentang apa-apa usul, resolusi, cadangan, pencalonan, isu atau perkara dalam mana-mana Mesyuarat Agong atau jawatankuasa ad hoc yang dianggotainya; (g) menganggotai apa-apa jawatankuasa ad hoc Persatuan yang ditubuhkan bagi maksud-maksud dan tujuan-tujuan tertentu; dan (h) melaksanakan segala hak ahli Persatuan seperti yang diperuntukkan oleh Perlembagaan ini dan Akta Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib) 1976. PERKARA 13 Kewajipan ahli. Setiap ahli Persatuan berkewajipan untuk (a) menghormati dan mematuhi Perlembagaan Persatuan; (b) mengharumkan nama dan menaikkan imej Persatuan dan Universiti Teknologi MARA; 10

PERKARA 14 Menarik diri. (c) menunjukkan tanda dan rasa hormat kepada mana-mana Mesyuarat Agong atau jawatankuasa ad hoc yang dianggotainya; (d) menjaga adab dan tata susila dalam mana-mana Mesyuarat Agong atau jawatankuasa ad hoc yang dianggotainya; (e) mengelakkan apa-apa perbuatan yang boleh mengganggu perjalanan manamana Mesyuarat Agong atau jawatankuasa ad hoc yang dianggotainya; (f) menghormati dan melaksanakan resolusi-resolusi atau keputusan-keputusan Jawatankuasa Kerja, mana-mana Mesyuarat Agong atau jawatankuasa ad hoc sama ada umum atau khusus; (g) membayar yuran dan lain-lain bayaran Persatuan; (h) melaksanakan semua tugas yang diamanahkan oleh Persatuan kepadanya; dan (i) pada amnya melaksanakan peruntukan-peruntukan Perlembagaan ini. Seseorang ahli Persatuan boleh menarik diri daripada menjadi ahli Persatuan pada bila-bila masa (a) dengan memberikan notis secara bertulis kepada Setiausaha; dan (b) Setiausaha hendaklah, dengan seberapa segera, mengeluarkan nama ahli tersebut dari Daftar Persatuan dan disifatkan sebagai tidak lagi menganggotai Persatuan. PERKARA 15 Pembatalan keahlian. (1) Penasihat Persatuan, setelah menerima aduan dari Jawatankuasa Kerja untuk membatalkan keahlian seseorang ahli, atau Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar atau wakilnya hendaklah membatalkan keahlian seseorang ahli Persatuan (a) jika kelakuannya, sama ada berkaitan dengan kewajipannya sebagai ahli Persatuan atau selainnya, adalah sedemikian rupa hingga memburukkan nama Persatuan atau Universiti; atau (b) jika dia telah didapati tidak aktif dalam Persatuan untuk tempoh tidak kurang dari satu semester. (2) Pembatalan keahlian di bawah Fasal (1) hendaklah dilaksanakan (a) setelah ahli tersebut diberi peluang untuk membuat representasi bertulis terhadap aduan yang dibuat terhadapnya; dan (b) Penasihat Persatuan, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar atau wakilnya hendaklah, apabila berpuashati bahawa aduan di bawah Fasal (1) telah dibuktikan, mengarahkan supaya keahlian ahli tersebut dibatalkan. 11

Perlembagaan Persatuan.. UiTM 1C / 2010 (3) Seseorang ahli yang telah dibatalkan keahliannya di bawah Fasal (1) hendaklah dikeluarkan namanya dari Daftar Persatuan dan disifatkan sebagai tidak lagi menganggotai Persatuan. (4) Keputusan Penasihat Persatuan, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar atau wakilnya di bawah Perenggan (2)(b) adalah muktamad. PERKARA 16 Keterhentian keahlian. Seseorang ahli Persatuan hendaklah terhenti daripada menjadi ahli Persatuan (a) jika keahliannya dibatalkan; (b) jika dia tidak lagi menjadi ahli Persatuan; atau (c) jika dia tidak lagi menjadi pelajar Universiti. PERKARA 17 Daftar Persatuan. (1) Setiausaha hendaklah menyimpan dan menyenggara suatu daftar yang disebut Daftar Persatuan..., Universiti Teknologi MARA. (2) Daftar Persatuan hendaklah disimpan dalam apa-apa bentuk dan pada apa-apa bahan sebagaimana yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Kerja. (3) Daftar Persatuan hendaklah mengandungi butir-butir ahli Persatuan seperti (a) nama penuh; (b) jawatan dalam Persatuan, jika ada; (c) gambar ukuran pasport bewarna; (d) alamat tetap; (e) no. kad pengenalan Universiti; (f) no. kad pengenalan persekutuan; (g) kursus dan kod kursus; dan (h) apa-apa butiran ahli Persatuan yang difikirkan perlu oleh Setiausaha. (4) Setiausaha bolehlah membuat apa-apa arahan dan peraturan berkenaan Daftar Persatuan. 12

BAHAGIAN IV JAWATANKUASA KERJA PERKARA 18 Jawatankuasa Kerja. (1) Maka hendaklah ditubuhkan suatu jawatankuasa pentadbiran yang hendaklah dikenali sebagai Jawatankuasa Kerja Persatuan.... (2) Jawatankuasa Kerja hendaklah terdiri daripada (a) seorang Presiden; (b) seorang Timbalan Presiden; (c) seorang Setiausaha; (d) seorang Bendahari; dan (e) tidak kurang dari tujuh dan tidak lebih dari lima belas anggota lain yang portfolionya akan ditentukan oleh Presiden. (3) Anggota Jawatankuasa Kerja di bawah Fasal (2) hendaklah dilantik oleh Penasihat Persatuan secara bertulis setelah dipilih oleh ahli-ahli Persatuan dalam Mesyuarat Agong Tahunan. (4) Tiada seorang pun anggota Jawatankuasa Kerja di bawah Fasal (2) boleh memegang lebih dari satu jawatan dalam Jawatankuasa Kerja pada suatu masa. (5) Peruntukan-peruntukan Jadual Kedua hendaklah terpakai bagi Jawatankuasa Kerja. PERKARA 19 Kuasa dan fungsi Jawatankuasa Kerja. Jawatankuasa Kerja hendaklah menjadi badan eksekutif Persatuan dan boleh menjalankan semua kuasa dan fungsi yang diberi kepada Persatuan, kecuali sebagaimana yang diperuntukkan selainnya oleh Perlembagaan ini atau Akta Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib) 1976. PERKARA 20 Pencalonan anggota Jawatankuasa Kerja. (1) Anggota Jawatankuasa Kerja yang dilantik di bawah Fasal 18(2) hendaklah dicalonkan dan dipilih oleh ahli-ahli Persatuan dalam Mesyuarat Agong Tahunan. (2) Syarat-syarat pencalonan di bawah Fasal (1) ialah (a) dia ialah seorang pelajar Universiti; (b) dia ialah seorang ahli Persatuan; (c) dia tidak mempunyai prosiding tatatertib belum diputuskan terhadapnya; (d) dia tidak pernah didapati bersalah atas suatu kesalahan tatatertib; 13

Perlembagaan Persatuan.. UiTM 1C / 2010 (e) dia telah menduduki peperiksaan pertamanya berkenaan dengan kursus pengajiannya; (f) dia telah lulus dalam peperiksaan yang lalu yang diadakan berkenaan dengan kursus pengajiannya; dan (g) apa-apa syarat lain yang ditetapkan oleh mana-mana Mesyuarat Agong. (3) Dalam mencalonkan dan memilih anggota-anggota Jawatankuasa Kerja, Mesyuarat Agong Tahunan boleh menentukan prosedurnya sendiri. PERKARA 21 Tempoh jawatan. Tertakluk kepada peruntukan-peruntukan Perlembagaan ini, seseorang anggota Jawatankuasa Kerja yang dilantik di bawah Fasal 18(2) hendaklah memegang jawatan (a) sehingga cukup tempoh satu tahun pelantikannya; atau (b) sehingga Mesyuarat Agong Tahunan yang seterusnya, yang mana terdahulu, dan adalah layak untuk dicalon dan dilantik semula. PERKARA 22 Pembatalan pelantikan. (1) Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar atau wakilnya hendaklah membatalkan pelantikan seseorang anggota Jawatankuasa Kerja yang dilantik di bawah Fasal 18(2) (a) jika kelakuannya, sama ada berkaitan dengan kewajipannya sebagai anggota Jawatankuasa Kerja atau selainnya, adalah sedemikian rupa hingga memburukkan nama Jawatankuasa Kerja, Persatuan atau Universiti; (b) jika ada terhadapnya prosiding tatatertib belum diputuskan atau telah didapati bersalah atas sesuatu kesalahan tatatertib; (c) jika dia belum lagi menduduki peperiksaan pertamanya berkenaan dengan kursus pengajiannya; atau (d) dia telah gagal dalam, atau tidak menduduki peperiksaan yang lalu yang diadakan berkenaan dengan kursus pengajiannya. (2) Dalam membatalkan pelantikan seseorang anggota Jawatankuasa Kerja (a) seseorang anggota Jawatankuasa Kerja bolehlah membuat representasi bertulis kepada Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar atau wakilnya menyatakan mengapa pelantikannya tidak perlu dibatalkan; dan (b) Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar atau wakilnya hendaklah, apabila berpuashati bahawa mana-mana sebab dalam Perenggan (1)(a), (b), (c) atau (d) telah dibuktikan, mengarahkan supaya pelantikan anggota tersebut dibatalkan. 14

(3) Keputusan Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar atau wakilnya di bawah Perenggan (2)(b) adalah muktamad. PERKARA 23 Keterhentian keanggotaan. Seseorang anggota Jawatankuasa Kerja yang dilantik di bawah Fasal 18(2) hendaklah terhenti daripada menjadi seorang anggota (a) jika dia tidak menghadiri mesyuarat Jawatankuasa Kerja tiga kali berturut-turut tanpa kebenaran Setiausaha; (b) jika pelantikannya dibatalkan; (c) jika dia tidak lagi menjadi ahli Persatuan; (d) jika dia tidak lagi menjadi pelajar Universiti; atau (e) jika dia meletakkan jawatannya. PERKARA 24 Peletakan jawatan. Seseorang anggota Jawatankuasa Kerja yang dilantik di bawah Fasal 18(2) boleh meletakkan jawatan pada bila-bila masa dengan memberikan notis dua minggu secara bertulis kepada Penasihat Persatuan. PERKARA 25 Mesyuarat Agong Tahunan. BAHAGIAN V MESYUARAT AGONG (1) Tertakluk kepada Perlembagaan ini dan Akta Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib) 1976, kuasa tertinggi bagi Persatuan hendaklah terletakhak kepada Mesyuarat Agong Persatuan. (2) Tertakluk kepada Kaedah 7, Kaedah-Kaedah Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib Pelajar-Pelajar) 1976, Persatuan hendaklah mempunyai dua jenis Mesyuarat Agong iaitu (a) Mesyuarat Agong Tahunan; dan (b) Mesyuarat Agong Luar Biasa. (3) Mesyuarat Agong Tahunan hendaklah dihadiri oleh (a) Penasihat Persatuan; (b) semua anggota Jawatankuasa Kerja; dan (c) ahli-ahli Persatuan. 15

Perlembagaan Persatuan.. UiTM 1C / 2010 (4) Mesyuarat Agong Tahunan hendaklah diadakan oleh Jawatankuasa Kerja dalam tempoh tidak melebihi empat puluh lima hari dari tarikh permulaan tahun akademik Universiti. (5) Notis bertulis serta agenda Mesyuarat Agong Tahunan hendaklah disahkan oleh Presiden dan dimaklumkan oleh Setiausaha kepada (a) Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar atau wakilnya; (b) Penasihat Persatuan; (c) setiap anggota Jawatankuasa Kerja; dan (d) ahli-ahli Persatuan, tujuh hari sebelum tarikh mesyuarat itu diadakan. (6) Presiden hendaklah mempengerusikan Mesyuarat Agong Tahunan dan semasa ketiadaannya, Jawatankuasa Kerja hendaklah memilih salah seorang daripada mereka untuk mempengerusikan Mesyuarat Agong Tahunan. (7)(a) Jawatankuasa Kerja hendaklah menyebabkan supaya minit Mesyuarat Agong Tahunan disenggarakan dan disimpan dalam bentuk yang sepatutnya. (b) Salinan minit Mesyuarat Agong Tahunan hendaklah dikemukakan kepada Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar, dan mana-mana kakitangan Universiti sebagaimana yang diarahkan oleh Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar, dalam masa tujuh hari selepas tarikh mesyuarat itu diadakan. (8) Kuorum Mesyuarat Agong Tahunan ialah satu perempat daripada jumlah ahli Persatuan. (9) Jika kuorum Mesyuarat Agong Tahunan tidak tercapai selepas menunggu setengah jam dari permulaan mesyuarat, mesyuarat hendaklah ditangguhkan ke suatu tarikh dan masa yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Kerja; tetapi ia hendaklah diadakan dalam tempoh tidak melebihi lima belas hari dari penangguhan Mesyuarat Agong Tahunan pertama. PERKARA 26 Mesyuarat Agong Luar Biasa. (1) Mesyuarat Agong Luar Biasa bolehlah diadakan setelah meminta nasihat Penasihat Persatuan (a) jika satu perempat daripada jumlah ahli Persatuan menandatangani surat rasmi memohon kepada Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar atau wakilnya supaya Mesyuarat Agong Luar Biasa diadakan; atau (b) jika Jawatankuasa Kerja memohon kepada Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar atau wakilnya supaya Mesyuarat Agong Luar Biasa diadakan. (2) Permohonan yang dibuat di bawah Fasal (1) hendaklah disertakan dengan agenda mesyuarat dan hendaklah diluluskan secara bertulis oleh Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar atau wakilnya. 16

(3) Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar atau wakilnya boleh, menurut budi bicara mutlaknya, tanpa memberi apa-apa sebab baginya menolak permohonan yang dibuat di bawah Perenggan (1)(a) atau (b). (4) Presiden hendaklah mempengerusikan Mesyuarat Agong Luar Biasa dan semasa ketiadaannya, Jawatankuasa Kerja hendaklah memilih salah seorang daripada mereka untuk mempengerusikan Mesyuarat Agong Luar Biasa. (5) Notis Mesyuarat Agong Luar Biasa serta agendanya hendaklah disahkan oleh Presiden dan dimaklumkan oleh Setiausaha kepada Penasihat Persatuan dan semua ahli Persatuan sekurang-kurangnya tiga hari sebelum tarikh mesyuarat. (6) Mesyuarat Agong Luar Biasa hendaklah dihadiri oleh (a) Penasihat Persatuan; (b) semua anggota Jawatankuasa Kerja; dan (c) ahli-ahli Persatuan. (7)(a) Jawatankuasa Kerja hendaklah menyebabkan supaya minit Mesyuarat Agong Luar Biasa disenggarakan dan disimpan dalam bentuk yang sepatutnya. (b) Salinan minit Mesyuarat Agong Luar Biasa hendaklah dikemukakan kepada Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar, dan mana-mana kakitangan Universiti sebagaimana yang diarahkan oleh Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar, dalam masa tujuh hari selepas tarikh mesyuarat itu diadakan. (8) Kuorum Mesyuarat Agong Luar Biasa ialah satu perempat daripada jumlah ahli Persatuan. (9) Jika kuorum Mesyuarat Agong Luar Biasa tidak tercapai selepas menunggu setengah jam dari permulaan mesyuarat, Mesyuarat Agong Luar Biasa hendaklah diumumkan oleh pengerusi mesyuarat sebagai terbatal. PERKARA 27 Agenda Mesyuarat Agong Tahunan. (1) Jawatankuasa Kerja hendaklah membentangkan sebagai agenda Mesyuarat Agong Tahunan (a) ucapan dasar Presiden Persatuan bagi tahun sebelumnya; (b) laporan pentadbiran, organisasi, kewangan dan kegiatan-kegiatan Persatuan bagi tahun sebelumnya; (c) pencalonan dan pemilihan anggota-anggota Jawatankuasa Kerja baru; (d) ucapan dasar Presiden Persatuan yang baru; dan (e) organisasi dan fungsi Jawatankuasa Kerja. 17

Perlembagaan Persatuan.. UiTM 1C / 2010 (2) Walau apa pun Fasal (1), Mesyuarat Agong Tahunan boleh menetap dan membincangkan agenda-agenda lain. PERKARA 28 Kuasa dan fungsi Mesyuarat Agong. (1) Mesyuarat Agong Tahunan dan Luar Biasa hendaklah, tertakluk kepada Perlembagaan ini dan Akta Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib) 1976, mempunyai kuasa dan fungsi berikut (a) untuk membincang, menyoal atau memutuskan apa-apa perkara yang melibatkan kebajikan ahli-ahli Persatuan; (b) untuk membincang, menyoal atau memutuskan apa-apa perkara mengenai pendapatan, perbelanjaan dan penyenggaraan Kumpulan Wang Persatuan; (c) untuk membincang, menyoal atau memutuskan apa-apa perkara mengenai apaapa aktiviti, program atau projek anjuran Persatuan; (d) untuk membincang, menyoal atau memutuskan apa-apa perkara mengenai Daftar, akaun-akaun, dokumen-dokumen, minit-minit atau lain-lain rekod Persatuan; (e) untuk membincang, menyoal atau memutuskan apa-apa perkara mengenai perhubungan, kerjasama atau persekutuan Persatuan dengan mana-mana persatuan, pertubuhan, badan atau kumpulan orang; (f) untuk membincang, menyoal atau memutuskan apa-apa perkara mengenai perjalanan atau pelaksanaan kuasa-kuasa Persatuan; (g) untuk menjemput mana-mana orang untuk menghadiri mana-mana Mesyuarat Agong bagi maksud menasihatinya tentang apa-apa perkara yang dibincangkan; (h) untuk membincang, menyoal atau memutuskan apa-apa perkara mengenai perjalanan atau pelaksanaan pentadbiran Persatuan; (i) untuk menubuhkan jawatankuasa ad hoc bagi maksud-maksud atau tujuantujuan tertentu; (j) untuk mengusir atau membuang mana-mana anggota Jawatankuasa Kerja atau ahli Persatuan daripada mana-mana Mesyuarat Agong; (k) untuk mencalon dan memilih anggota-anggota Jawatankuasa Kerja bagi mengisi kekosongan yang wujud dalam Jawatankuasa Kerja; (l) untuk membuat representasi kepada Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar atau wakilnya untuk membatalkan pelantikan mana-mana anggota Jawatankuasa Kerja yang dilantik di bawah Fasal 18(2); (m) untuk menentukan bilangan anggota Jawatankuasa Kerja lain yang dilantik di bawah Perenggan 18(2)(e); (n) untuk mengeluarkan apa-apa arahan atau larangan atau mengenakan apa-apa syarat ke atas Jawatankuasa Kerja atau mana-mana jawatankuasa ad hoc; dan 18

(o) untuk melakukan apa-apa perkara lain yang difikirkan perlu untuk membolehkannya melaksanakan kuasa dan fungsinya dengan berkesan. (2) Walau apa pun Fasal (1), Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar atau wakilnya boleh, menurut budi bicara mutlaknya, tanpa memberi apa-apa sebab baginya mengenakan apa-apa syarat ke atas kuasa dan fungsi, menambah, mengubahsuai, menghad atau membatalkan kuasa dan fungsi mana-mana Mesyuarat Agong. PERKARA 29 Majoriti resolusi Mesyuarat Agong dan prosedur. (1) Resolusi-resolusi Mesyuarat Agong Tahunan dan Luar Biasa hendaklah diambil mengikut undi majoriti mudah ahli Persatuan yang hadir. (2) Setiap ahli Persatuan hendaklah mempunyai satu undi. (3) Undi bolehlah dilakukan mengikut (a) kiraan undi; atau (b) undi suara. (4) Tertakluk kepada Perlembagaan ini dan Akta Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib) 1976, Mesyuarat Agong Tahunan dan Luar Biasa boleh menentukan prosedurnya sendiri. PERKARA 30 Pembubaran, penggantungan Persatuan. BAHAGIAN VI PEMBUBARAN PERSATUAN Persatuan boleh digantung atau dibubarkan jika (a) tiga perempat daripada jumlah ahli Persatuan mengundi dalam mana-mana Mesyuarat Agong untuk menggantung atau membubarkan Persatuan; dan (b) resolusi Mesyuarat Agong di bawah Perenggan (a) diluluskan oleh Penasihat Persatuan. PERKARA 31 Pembubaran, penggantungan di bawah undang-undang. Pembubaran atau penggantungan Persatuan boleh, menurut budi bicara mutlaknya, tanpa memberikan apa-apa sebab baginya diarahkan oleh Menteri atau Naib Canselor di bawah Seksyen 9, Akta Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib) 1976. 19

Perlembagaan Persatuan.. UiTM 1C / 2010 PERKARA 32 Pindaan Perlembagaan. BAHAGIAN VII PINDAAN PERLEMBAGAAN (1) Tertakluk kepada Akta Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib) 1976, peruntukanperuntukan asas Perlembagaan ini tidak boleh dipinda. (2) Walau apa pun Fasal (1), apa-apa pindaan bagi (a) mengadakan peruntukan-peruntukan tambahan kepada Perlembagaan; (b) meminda peruntukan-peruntukan tambahan Perlembagaan; atau (c) menukar nama, lambang, bendera, cogankata atau fungsi Persatuan, adalah dibenarkan tetapi pindaan di bawah Perenggan (a), (b) dan (c) tidak boleh mengubah, menghad atau mengurangkan peruntukan-peruntukan asas Perlembagaan atau meletakkan suatu obligasi, kewajipan atau tanggungjawab ke atas Universiti atau mana-mana kakitangan Universiti. (3) Apa-apa pindaan yang dibuatkan di bawah Fasal (2) hendaklah (a) dilaksanakan oleh mana-mana Mesyuarat Agong Persatuan; (b) mendapat resolusi dengan majoriti undi dua pertiga daripada jumlah ahli Persatuan; (c) diluluskan oleh Penasihat Persatuan; dan (d) diluluskan oleh Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar atau wakilnya, sebelum dikuatkuasakan. (4) (a) Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar atau timbalannya boleh membuat apaapa ubahsuaian dalam peruntukan-peruntukan asas atau tambahan Perlembagaan ini yang didapatinya perlu atau suaimanfaat. (b) Dalam Fasal ini, ubahsuaian termasuklah pindaan, tambahan, pemotongan, penggantian, adaptasi, variasi, pengubahan dan ketakpakaian mana-mana peruntukan-peruntukan asas atau tambahan Perlembagaan ini. (5) Persatuan hendaklah (a) memberi satu salinan Perlembagaan Persatuan untuk direkod dan disimpan oleh Bahagian Hal Ehwal Pelajar; dan 20

(b) salinan Perlembagaan Persatuan ini hendaklah menjadi salinan sahih Perlembagaan Persatuan, dan mana-mana salinan yang bercanggah dengannya adalah tidak sah dan terbatal. PERKARA 33 Penafsiran Perlembagaan. BAHAGIAN VIII PENAFSIRAN PERLEMBAGAAN (1) Apabila berlaku apa-apa konflik atau keraguan dalam mentafsirkan Perlembagaan ini, konflik atau keraguan tersebut hendaklah dirujuk kepada Penasihat Persatuan untuk ditafsirkan. (2) Jika mana-mana pihak tidak berpuas hati dengan tafsiran Penasihat Persatuan di bawah Fasal (1), pihak tersebut bolehlah merayu kepada Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar atau wakilnya dan keputusannya adalah muktamad. PERKARA 34 Lambang, bendera dll. Persatuan. BAHAGIAN IX AM (1) Tertakluk kepada Kaedah 9, Kaedah-Kaedah Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib Pelajar-Pelajar) 1976, Persatuan hendaklah menggunakan lambang, bendera dan cogankata seperti yang ditetapkan oleh Mesyuarat Agong Tahunan Persatuan. (2) Lambang, bendera dan cogankata Persatuan adalah seperti dalam Jadual Ketiga. PERKARA 35 Penalti am. (1) Tanpa menjejaskan peruntukan Perkara 15, mana-mana ahli Persatuan, yang melanggar mana-mana peruntukan Perlembagaan ini atau gagal untuk menjalankan, melaksana dan menunaikan, mengikut peruntukan-peruntukan Perlembagaan ini semua kuasa, tugas dan kewajipan yang diberi kepada, diadakan atau ditanggungkan ke atasnya bolehlah (a) diberi amaran; (b) digantung keahliannya untuk tempoh tidak melebihi enam bulan; atau (c) dibatalkan keahliannya, oleh Penasihat Persatuan. (2) Mana-mana ahli Persatuan yang dikenakan tindakan di bawah Perkara ini berhak untuk membuat representasi bertulis kepada Penasihat Persatuan sebelum keputusan dibuat. 21

Perlembagaan Persatuan.. UiTM 1C / 2010 (3) Keputusan Penasihat Persatuan di bawah Perenggan (1)(a), (b) atau (c) adalah muktamad. PERKARA 36 Kuasa Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar untuk memberi arahan, garispanduan. Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar atau wakilnya boleh, dari semasa ke semasa, memberikan arahan atau garispanduan atau menetapkan kod etika kepada (a) Persatuan; (b) Jawatankuasa Kerja; atau (c) mana-mana atau semua jawatankuasa ad hoc dalam Persatuan, dan arahan-arahan, garispanduan-garispanduan atau kod etika ini hendaklah mengikat mana-mana atau semua badan di bawah Perenggan (a), (b) dan (c). PERKARA 37 Pemeriksaan rekod. Semua rekod-rekod (a) Jawatankuasa Kerja; atau (b) mana-mana jawatankuasa ad hoc, dalam Persatuan hendaklah sentiasa terbuka untuk diperiksa oleh Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar atau wakilnya. PERKARA 38 Perlembagaan sebagai dokumen awam. Perlembagaan ini adalah sebuah dokumen awam Persatuan dan hendaklah diumum, dipamer, diedar dan dicetak bagi kegunaan, pemahaman dan pemilikan semua anggota Jawatankuasa Kerja serta ahli-ahli Persatuan. 22

JADUAL PERTAMA 1. Untuk mengharumkan nama dan menaikkan imej Persatuan dan Universiti Teknologi MARA. 2. Untuk melaksanakan semua kuasa Persatuan. 3. Untuk memupuk semangat hidup sebagai suatu persatuan di kalangan pelajar-pelajar Universiti atau kumpulan pelajar Universiti atau penghuni-penghuni kolej, mengikut mana-mana yang berkenaan. 4. Untuk menjalankan, melaksana dan menunaikan mengikut peruntukan-peruntukan Perlembagaan ini dan Akta Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib) 1976 semua kuasa, tugas dan kewajipan yang diberi, diadakan atau ditanggungkan ke atas Persatuan oleh peruntukan-peruntukan itu. 5. Untuk menjalankan apa-apa aktiviti lain seperti yang ditentukan oleh Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar atau wakilnya dari semasa ke semasa. 6......... 7......... 8......... 9......... 10......... 23

Perlembagaan Persatuan.. UiTM 1C / 2010 JADUAL KEDUA 1. Tertakluk kepada Kaedah 7, Kaedah-Kaedah Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib Pelajar-Pelajar), Jawatankuasa Kerja hendaklah mengadakan seberapa banyak mesyuarat yang perlu bagi melaksanakan fungsinya dengan berkesan dan mesyuaratmesyuarat itu hendaklah diadakan pada masa dan di tempat yang ditetapkan oleh Presiden. 2. Notis bertulis dan agenda mesyuarat hendaklah diberikan kepada semua anggota Jawatankuasa Kerja sekurang-kurangnya empat puluh lapan jam sebelum mesyuarat. 3. Presiden hendaklah mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Kerja dan semasa ketiadaannya anggota-anggota Jawatankuasa Kerja hendaklah memilih salah seorang daripada mereka untuk mempengerusikan mesyuarat itu. 4. Kuorum Jawatankuasa Kerja adalah tujuh orang. 5. Tiap-tiap anggota Jawatankuasa Kerja yang hadir berhak mendapat satu undi. 6. Jika diatas suatu persoalan yang kena ditentukan oleh Jawatankuasa Kerja terdapat persamaan undi, Presiden, atau jika Presiden tidak hadir, anggota yang mempengerusikan mesyuarat itu, hendaklah mempunyai undi pemutus. 7. Jawatankuasa Kerja boleh mengundang mana-mana orang untuk menghadiri mesyuarat atau pertimbangtelitian Jawatankuasa Kerja bagi maksud menasihatinya tentang apa-apa perkara yang dibincangkan, tetapi orang itu tidaklah berhak untuk mengundi pada mesyuarat atau pertimbangtelitian itu. 8. Jawatankuasa Kerja boleh menubuhkan, dari semasa ke semasa, jawatankuasajawatankuasa ad hoc dari kalangan anggotanya dan ahli-ahli Persatuan bagi maksudmaksud atau tujuan-tujuan tertentu. 9. (1) Jawatankuasa Kerja hendaklah menyebabkan supaya minit tiap-tiap mesyuaratnya disenggarakan dan disimpan dalam bentuk yang sepatutnya dan minit itu hendaklah disahkan dalam mesyuarat yang berikutnya. (2) Tiap-tiap mesyuarat Jawatankuasa Kerja yang minit mengenainya telah dibuat mengikut subperenggan (1) hendaklah disifatkan telah dipanggil dan diadakan dengan sewajarnya dan kesemua anggota dalam mesyuarat itu layak dengan sewajarnya untuk bertindak. 10. Tiap-tiap anggota Jawatankuasa Kerja hendaklah menumpukan masa kepada urusan Jawatankuasa Kerja sebagaimana yang perlu untuk menunaikan kewajipannya dengan berkesan. 11. Tertakluk kepada Perlembagaan ini dan Akta Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib) 1976, Jawatankuasa Kerja bolehlah menetapkan prosedurnya sendiri. 24

JADUAL KETIGA COGANKATA PERSATUAN : LAMBANG DAN BENDERA PERSATUAN PENGERTIAN LAMBANG DAN BENDERA 25