DASAR PENGOPERASIAN KOKURIKULUM PROGRAM PERSEDIAAN UNIVERSITI (PPU) SMK SERI TANJONG, MELAKA

dokumen-dokumen yang mirip
Anjuran Unit Kokurikulum Pejabat Pelajaran Daerah Pasir Gudang. Disediakanoleh: IBRAHIM JAHIDIN ( GPK KOKO SK MASAI )

FAIL MEJA PASUKAN PAKAIAN SERAGAM

Isi KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA ANUGERAH KECEMERLANGAN KOKURIKULUM PERINGKAT KEBANGSAAN 2013 SEKOLAH CEMERLANG KOKURIKULUM

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PENILAIAN BERSEPADU PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN PBPPP

PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK INOVASI ( PEMBUATAN ATAU PERKHIDMATAN ) KELAB/PERSATUAN SEKOLAH

PENGURUSAN KOKURIKULUM SEKOLAH

SENARAI TUGAS GURU BESAR

PENGETUA AKTIVITI SEKOLAH 2. PENGURUSAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN TINGKATAN ENAM

KANDUNGAN. 1. Nama Dan Tarikh Berkuatkuasa Tujuan Tafsiran Penggubalan Item 3

KERTAS KONSEP. Piala Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia A.S.A.T

blgerkompkipgkblgerkompkipgkbl

4. INTERNSHIP merancang dan melaksanakan aktiviti p&p dalam situasi sebenar di sekolah.

TAKLIMAT PEPERIKSAAN. i. Purata Nilaian Mata (PNM) atau Grade Point Average (GPA) ii. Himpunan Purata Nilaian Mata (HPNM) atau Cumulative Grade Point

GARIS PANDUAN PROGRAM KERJASAMA IPTA / IPTS DI DALAM NEGARA

JPA. BK 43/12/2 Jld. 32 (30) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 29 TAHUN 2009

1.0 Langkah-langkah Sebelum Latihan Mengajar

- Menyelaras dan menyelia aktiviti-aktiviti persatuan dan kelab yang bercorak akademik.

PENGURUSAN OPERASI SPS PAJSK

Pindaan 2013 (Bilangan 1)

Nama: SHAH ANUAR BIN HARUN Nama: DATO MISRAH BIN HJ. IBRAHIM. Tarikh: 15 FEBRUARI 2008 Tarikh: 15 FEBRUARI 2008 SALINAN TERKAWAL

BUKU LOG LATIHAN. Tahun : Kementerian Kesihatan Malaysia. No. K.P. Gred Jawatan :. Tempat Bertugas :

PRAKTIKUM PROGRAM DIPLOMA PENDIDIKAN

4. PRAKTIKUM mengaplikasikan pelbagai strategi dan kemahiran P&P mengaplikasi kemahiran mentaksir dan menilai.

(Logo Kelab) Kelab Catur UNISEL. Kertas kerja Perlembagaan Kelab Catur UNISEL (KECAS UNISEL) Kampus Shah Alam. Disediakan Oleh:

BAB 1 PENGENALAN PROJEK

UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN TANGGUNGJAWAB PENYELIA-CALON

JPA.BK(R)149/3/5Jld.2(26) KERAJAAN MALAYSIA SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 7 TAHUN 2011

GARIS PANDUAN MENGHADIRI PROGRAM LATIHAN UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA

1.0 Misi Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan

3. PRAKTIKUM menyepadukan teori dengan amali PdP mengaplikasikan pelbagai strategi dan kemahiran PdP.

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN MASUK KE TINGKATAN ENAM BAWAH 2009 DI SEKOLAH MENENGAH HARIAN

PERKARA BERBANGKIT DALAM PENTAKSIRAN PAJSK

3. PRAKTIKUM mengaplikasikan pelbagai strategi dan kemahiran P&P mengaplikasi kemahiran mentaksir dan menilai.

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)

PELAN STRATEGIK (PENJANAAN AKADEMIK)

JADUAL AKTIVITI PENDAFTARAN KURSUS

BORANG PENILAIAN TAHAP KECEMERLANGAN GURU TAHUN: Sekolah. Nama Pegawai Yang Dinilai. No. Kad Pengenalan. Mata Pelajaran Diajar

AKTA UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI SUSUNAN PERATURAN

PELAN TAKTIKAL 2016 BIDANG : KOKURIKULUM (INDUK)

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2016

1. SYARAT-SYARAT, MAKLUMAT AM DAN TATACARA PENDAFTARAN KURSUS SECARA E-DAFTAR SEMESTER 1, SIDANG AKADEMIK 2017/2018

KATEGORI ANUGERAH MAJLIS ANUGERAH SISWA GEMILANG 2015/2016

SYARAT DAN KATEGORI ANUGERAH KECEMERLANGAN PUTRA SESI 2014/2015

DASAR KENAIKAN PANGKAT BAGI STAF PENTADBIRAN UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

GARIS PANDUAN PENGURUSAN BANK ITEM DAN PERATURAN PEMARKAHAN POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

BORANG PENILAIAN TAHAP KECEMERLANGAN GURU TAHUN: Sekolah. Nama Pegawai Yang Dinilai. No. Kad Pengenalan. Mata Pelajaran Diajar

KEANGGOTAAN DAN PANGKAT

LAPORAN PENILAIAN PRESTASI PEGAWAI KUMPULAN PERKHIDMATAN SOKONGAN (II) Tahun. Bulan Pergerakan Gaji:...

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN CUTI GAP YEAR UNIVERSITI MALAYA

PEMANTAPAN PENGURUSAN PENILAIAN PRESTASI

KRITERIA ANUGERAH KECEMERLANGAN PELAJAR 2014 UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (KATEGORI KEPIMPINAN)

BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

PERATURAN AKADEMIK BUKU PERATURAN AKADEMIK PROGRAM DIPLOMA DAN IJAZAH SARJANA MUDA SEPARUH MASA UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG

BAHAGIAN A DASAR PENGAMBILAN PELAJAR

PANDUAN PENGURUSAN KENAIKAN PANGKAT SECARA FLEKSI BAGI STAF PENTADBIRAN KUMPULAN PENGURUSAN DAN PROFESIONAL

Polisi dan Prosedur. Nama Polisi: Polisi dan Prosedur Pengurusan Senat. Nombor Polisi: UTM P.A. 01

GARIS PANDUAN PASCA-KEDOKTORAN

UNSUR PENILAIAN TERAS UTAMA UNTUK KENAIKAN PANGKAT - KATEGORI I Lampiran 1A-1

BORANG LAPORAN PENGESAHAN/ PELANJUTAN/ PENAMATAN (STAF BUKAN AKADEMIK)

PERTANDINGAN PROJEK INOVASI KELAB DAN PERSATUAN SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH MALAYSIA 2014

PERATURAN PRAKTIKUM UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

BORANG PENILAIAN TAHAP KECEMERLANGAN PEGAWAI BAHAGIAN / JPN / PPD / INSTITUSI PENDIDIKAN DAN AGENSI LAIN TAHUN: Bahagian / Jabatan

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

PANDUAN LATIHAN INDUSTRI PPKK

DASAR PENGURUSAN KURIKULUM

KISSM adalah bertujuan untuk mencapai objektif-objektif berikut:

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

LAPORAN PENILAIAN PRESTASI PEGAWAI KUMPULAN PENGURUSAN TERTINGGI JAWATAN UTAMA (JUSA) Tahun. Bulan Pergerakan Gaji:...

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA. PENILAIAN KOMPONEN KEBERHASILAN Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP)

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH. PEJABAT TIMBALAN NAIB CANSELOR (AKADEMIK & ANTARABANGSA) Kod Dokumen: PU/PS/GP001

SULIT BORANG LAPORAN PENGESAHAN/ PELANJUTAN/ PENAMATAN (STAF AKADEMIK) ARAHAN; PP 03

PTSS-PK-PPP-12 PENDAFTARAN KURSUS

PENGURUSAN KURIKULUM

PEJABAT PENDAFTAR BAHAGIAN PENGURUSAN MODAL INSAN SINERGI TERAS KUALITI

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

GARIS PANDUAN DAN KRITERIA KENAIKAN PANGKAT STAF AKADEMIK UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

PROSEDUR. PK.UiTM.CNS(P).08

ESS 222 AKTIVITI KO-KURIKULUM

SKIM PERKHIDMATAN GURU BAHASA

GARIS PANDUAN LATIHAN AMALI/INDUSTRI FAKULTI SAINS DAN TEKNOLOGI SESI 2010/2011

M / S : 1/16 TARIKH : 1 APRIL 2015 PELANTIKAN DAN KENAIKAN PANGKAT KAKITANGAN PENTADBIRAN PINDAAN : 01 UPSI(ISO)/BSM/P09 KELUARAN : A 1.

PROSEDUR PENGELASAN SEMULA REKOD TERPERINGKAT SEBELUM 1972 BAGI JABATAN YANG MASIH BEROPERASI DI BAWAH JAGAAN DAN KAWALAN ARKIB NEGARA MALAYSIA

GARIS PANDUAN PENANGGUNGAN KERJA

PEJABAT PENDAFTAR BAHAGIAN PENGURUSAN MODAL INSAN SINERGI TERAS KUALITI

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 4 TAHUN 2008

K E N Y A T A A N KEPADA : SEMUA PELAJAR IJAZAH PERTAMA (PENUH MASA) & DIPLOMA

K E N Y A T A A N KEPADA : SEMUA PELAJAR IJAZAH PERTAMA (PENUH MASA) & DIPLOMA AKTIVITI PENDAFTARAN KURSUS SEMESTER 2, SIDANG AKADEMIK 2016/2017

PERMOHONANPENUBUHAN PERSATUAN/KELAB PELAJAR

TAKLIMAT PENYEDIAAN DATA MPPSM, APC DAN PPC. Tarikh : 24 Mac 2014 (Isnin) Masa : 11:00 Pagi Tempat : Dewan Senat (UTMJB) Dewan Jumaah (UTMKL)

R2001 PENGURUSAN ORGANISASI

LAPORAN PENILAIAN PRESTASI PEGAWAI KUMPULAN PENGURUSAN TERTINGGI JAWATAN GRED KHAS. Tahun. Bulan Pergerakan Gaji:...

PENILAIAN KOKURIKULUM SEBAGAI SYARAT KEMASUKAN KE IPTA/MRSM SURAT SIARAN

PK18 PENGURUSAN PENTAKSIRAN KOKURIKULUM. Sistem Pengurusan Sekolah Kualiti (SPSK) Negeri Johor.

JPA(S)(K)173/18/Jld.15(30) KERAJAAN MALAYSIA PENURUNAN KUASA MENIMBANG PELANTIKAN SECARA KONTRAK OLEH INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI AWAM

PERLEMBAGAAN PERSATUAN/ KELAB: 1.1 Nama pertubuhan ini ialah *Persatuan/Kelab. 1.2 Nama ringkas persatuan/kelab ini ialah UPM

KEMENTERIAN MALAYSIA. Ruj. Kami: KPT.JPP(0) 601-1/2/14 ( ) Tarikh : L\Disember Semua Pengarah Politeknik, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Manual Kerja Kursus Pengajian Perniagaan Kertas 4 (946/4) STPM 2016

PENGURUSAN KOKURIKULUM DAN HUBUNGANNYA DENGAN TAHAP PENGLIBATAN PELAJAR DALAM AKTIVITI KOKURIKULUM. MOHD NOR BIN JAAFAR, Ph.

TATA CARA KUMPULAN SOKONGAN IBU BAPA (SARANA) SMK KING GEORGE V SEREMBAN NEGERI SEMBILAN

Transkripsi:

DASAR PENGOPERASIAN KOKURIKULUM PROGRAM PERSEDIAAN UNIVERSITI (PPU) SMK SERI TANJONG, MELAKA 2012 PPU Mercu Gerbang IPT SMKST Merealisasikan Tranformasi Pendidikan Negara

DASAR PENGOPERASIAN KOKURIKULUM PROGRAM PERSEDIAAN UNIVERSITI (PPU) SMK SERI TANJONG, MELAKA 1.0 Pengenalan : 1.1 Kegiatan kokurikulum sekolah merangkumi segala aktiviti Unit Beruniform, Kelab dan Persatuan serta Permainan yang merupakan aktiviti luar bilik darjah dan mempunyai peranan kepada keberkesanan pengajaran dan pembelajaran secara keseluruhannya. 1.2 Penilaian kegiatan kokurikulum boleh merangsang pelajar bergiat lebih aktif dalam kegiatan kokurikulum. Pelajar yang bercita-cita melanjutkan pengajian ke institusi pengajian tinggi perlu memahami bahawa penglibatan yang cemerlang dalam aktiviti kokurikulum boleh dijadikan sandaran untuk kemasukan ke IPTA. 1.3 Aktiviti kokurikulum yang ditawarkan untuk pelajar PPU adalah suatu aktiviti yang boleh membentuk ciri-ciri kepimpinan dan ketrampilan pelajar. Aktiviti kokurikulum adalah bermatlamat untuk mendidik pelajar secara menyeluruh, berupaya memikul tanggungjawab, prihatin, berinovatif dan proaktif, matang, berjiwa kendiri, berpandangan futuristik, keteguhan jati diri dan berbudaya penyayang. 1.4 Namun demikian, berdasarkan mesyuarat Pengurusan Pendidikan Bil. 9 Tahun 1997, wakil Bahagian Pengajian Tinggi, mencadangkan agar kegiatan kokurikulum di sekolah dinilai berdasarkan format atau kaedah yang tetap dan diiktiraf agar keesahan dan kesahihannya tidak dipertikaikan apabila markah kokurikulum dijadikan sebagai sebahagian dari markah penilaian kemasukan ke IPTA. 2.0 Pengoperasian kokurikulum PPU 2.1 Penstrukturan dan penjenamaan semula Tingkatan 6 turut melibatkan perubahan pengoperasian ko kurikulumnya. Walaupun tiada modul khas tentang pelaksanaannya dari pihak Kementerian Pengajian Tinggi, pihak PPU mencadangkan agar pelaksanaan aktiviti kokurikulum diadakan secara berasingan daripada aktiviti kokurikulum aliran perdana. Oleh yang demikian, pelajar PPU tidak lagi terlibat dengan sebarang aktiviti kokurikulum bersama para pelajar aliran perdana. 2.2 Secara rasionalnya, pengasingan penglibatan kokurikulum PPU adalah seperti berikut : 2.2.1 Penglibatan aktiviti kokurikulum dalam kumpulan pelajar pra Universiti sahaja. 2.2.2 Peluang kepada pelajar aliran perdana memegang jawatan tertinggi dalam Unit Beruniform, Kelab dan Persatuan serta Permainan. Dasar Pengoperasian Kokurikulum PPU 2

2.2.3 Aktiviti kokurikulum PPU melibatkan kerjasama dengan pihak luar seperti Jabatan Kerajaan dan NGO. 2.2.4 Pelajar akan dilatih untuk merancang dan melaksanakan aktiviti di sekolah dan komuniti setempat. 2.2.5 Penglibatan sepenuhnya pelajar PPU dalam mendapatkan markah maksimum 10% daripada kokurikulum sebagai prasyarat kemasukan ke IPTA 3.0 Penglibatan Kokurikulum PPU 3.1 Pengoperasian kokurikulum PPU mewajibkan setiap pelajar menyertai pasukan Unit Beruniform, Kelab dan Persatuan serta Permainan. Namun demikian, pelajar PPU diwajibkan menyertai Sukan Tahunan Sekolah melalui penglibatan dalam Rumah Sukan serta membantu pihak sekolah menganjurkan aktiviti sukan seperti Sukan Tahunan Sekolah dan sebagainya. 3.2 Setiap pelajar PPU wajib menyertai Kelab Setia ( persatuan wajib pelajar PPU ) dan menyertai tiga kegiatan kokurikulum : 3.2.1 Badan Beruniform : 3.2.1.1 Pertahanan Awam JPA 3 ( wajib ) 3.2.2 Kelab / Persatuan : 3.2.2.1 Kelab Setia ( wajib ) 3.2.2.2 Kelab Pengajian Am 3.2.2.3 3.2.2.4 Majlis Perwakilan Pelajar PPU 3.2.3 Permainan : 3.2.3.1 Petanque 3.2.3.2 3.3 Pemilihan Unit Beruniform / Kelab dan Persatuan / Permainan adalah berdasarkan kriteria berikut: 3.3.1 Merupakan kelab dan persatuan berkaitan mata pelajaran STPM. 3.3.2 Bekerjasama dengan Jabatan Kerajaan dan NGO. 3.3.3 Memanfaatkan kerjasama untuk tujuan P&P seperti sesi lawatan, bengkel dan kursus anjuran seperti anjuran pihak Jabatan Penerangan. 3.3.4 Pelajar yang terlibat layak untuk mendapat sijil peringkat Negeri dan Kebangsaan. 3.3.5 Kebanyakan Guru Penasihat adalah dalam kalangan tenaga pengajar PPU dan memudahkan penglibatan bidang tugas pada sebelah petang (2.00-3.20 petang) Dasar Pengoperasian Kokurikulum PPU 3

4.0 Pelaksanaan Kokurikulum PPU : 4.1 Tempoh pelaksanaan penglibatan pelajar PPU dalam aktiviti kokurikulum ialah sepanjang 3 Semester sahaja iaitu Semester 1 dan 2 dan 3. 4.2 Melibatkan sekurang-kurangnya 6 kali perjumpaan Kelab / Persatuan dan Permainan serta 10 kali perjumpaan Unit Uniform sepanjang semester 1. 4.3 Melibatkan sekurang-kurangnya 12 kali perjumpaan Kelab / Persatuan dan Permainan serta 18 kali perjumpaan Unit Uniform sepanjang semester 2 dan 3. 4.4 Perjumpaan dan penglibatan akan direkodkan dalam Buku Pengurusan KoKurikulum setiap Unit Beruniform / Kelab dan Persatuan / Permainan dan diselia oleh seorang guru penasihat. 4.5 Jadual Aktiviti Kokurikulum : ( Rujuk Lampiran 1 ) Hari Rabu Khamis Waktu Rasmi 1.15 3.00 petang 2.30 4.30 petang 4.6 Jawatankuasa Pengurusan Kokurikulum PPU Pengerusi : Pengetua Naib Pengerusi : Tn. Haji Borhan b. Md. Nor Setiausaha : En. Jumali bin Rasikun Naib Setiausaha : En. Hishamudin b. Haron ( Tugas-tugas Guru Kokurikulum PPU, Sila Rujuk Lampiran 2 ) 4.7 Senarai Nama Guru Penasihat ( Sesi 2012 ) : Unit Beruniform / Persatuan Kelab / Permainan Pertahanan Awam (JPA3) Kelab Setia Persatuan Pengajian Am Petanque Majlis Perwakilan Pelajar PPU Guru Penasihat En. Chan Thian Chwee Pn. Norhayati bt. Md. Hassan Tn. Hj Harun b. Hashim Pn. Raisah bt. Brahim Pn. Tian Chwee Siang Pn. Norshin Yeo Abdullah Pn. Shirley Chua Swee Eng Pn. Noor Asiah bt. Dolah En. Jumali b. Rasikun Dasar Pengoperasian Kokurikulum PPU 4

4.8 Guru Penasihat yang terlibat hanya menguruskan Unit Beruniform, Kelab dan Persatuan serta Permainan kokurikulum PPU sahaja dan tidak terlibat dengan aktiviti kokurikulum aliran perdana. 4.9 Tugas dan Tanggungjawab Guru Penasihat Kelab & Persatuan, Unit Beruniform dan Permainan : 4.9.1 Bertanggungjawab sepenuhnya kepada Pengetua dan GPK PPU. 4.9.2 Mengurus organisasi di bawah kawalan dan tanggungjawab guru penasihat. 4.9.3 Merangka dan merancang pengisian program yang bersesuaian dengan arahan JPM, PPD, Pengetua dan GPK PPU. 4.9.4 Bekerjasama dengan GPK Kokurikulum untuk menjayakan agenda kokurikulum Kementerian, JPM, PPD, dan sekolah. 4.9.5 Mengemas kini maklumat dan melaporkan kepada Pengetua dan GPK PPU sekiranya diperlukan. 4.9.6 Membuat anggaran perbelanjaan dalam setiap program yang dirancangkan dan dilaksanakan. 4.9.7 Menjalankan tugas-tugas yang diarahkan oleh Pengetua dan GPK PPU. 4.10 Kod Pakaian 4.10.1 Kod pakaian bagi aktiviti kokurikulum adalah seperti berikut : 4.10.1.1 Aktiviti Sukan dan Permainan 1. Baju Kokurikulum atau baju-t sukan dan seluar trek sekolah. 2. Bagi pelajar perempuan yang bertudung hanya tudung sekolah sahaja dibenarkan. 4.10.1.2 Aktiviti Unit Beruniform 1. Pakaian seragam unit beruniform masing-masing. 4.10.1.3 Aktiviti Kelab dan Persatuan 4.11 Ketidakhadiran Aktiviti kokurikulum 1. Pakaian seragam sekolah atau baju kokurikulum. 4.11.1 Ketidakhadiran aktiviti kokurikulum perlu mengemukakan surat perakuan tidak sihat daripada doktor awam/swasta. 4.11.2 Ketidakhadiran aktiviti kokurikulum selama 2 kali berturut-turut tanpa sebab yang munasabah akan dikenakan tindakan surat tunjuk sebab, dan jika masih ingkar tindakan disiplin akan dikenakan oleh bahagian Hal Ehwal Murid. Dasar Pengoperasian Kokurikulum PPU 5

5.0 Penilaian Aktiviti Kokurikulum PPU 5.1 Penilaian Aktiviti Kokrikulum seseorang pelajar dalam setiap jenis aktiviti yang disertai adalah berdasarkan : a. Kehadiran b. Jawatan disandang c. Penglibatan d. Pencapaian 5.2 Gred Keseluruhan 5.2.1 Gred keseluruhan bermaksud gred yang diperolehi oleh seseorang pelajar dari tiga jenis kegiatan kokurikulum yang disertai pelajar berserta markah bonus. Dua bidang kegiatan kokurikulum yang dipilih bergantung kepada prestasi markah yang diperolehi iaitu dua bidang yang menunjukkan prestasi yang tertinggi. Contoh : Jumlah Markah Persatuan Badan Beruniform : 79 Jumlah Markah Persatuan / Kelab : 68 Jumlah Markah Sukan / Permainan : 85 Markah purata ialah : ( 79+85 ) / 2 : 82 Markah bonus ( Ketua Pengawas / Pelajar ) : 8 Markah keseluruhan : 82 + 8 : 90 Gred Keseluruhan : A 5.2.2 Gred Penilaian Kegiatan KoKurikulum 4.2.2.1 Gred Penilaian seperti : GRED MARKAH A Antara 80 hingga 100 B Antara 60 hingga 79 C Antara 40 hingga 59 D Antara 20 hingga 39 E 19 ke bawah Dasar Pengoperasian Kokurikulum PPU 6

5.2.3 Markah Bonus 5.2.3.1 Markah Bonus diberikan berdasarkan : a. Jawatan Kepimpinan i. Perjawatan Peringkat Sekolah Pengawas, Pengawas Perpustakaan, Presiden MPP dan sebagainya. ii Perjawatan Peringkat Rumah seperti Ketua Rumah Sukan dan sebagainya. iii. Perjawatan Peringkat Kelas seperti Ketua Kelas dan sebagainya 5.2.3.2 Pengiraan 10% Markah Kemasukan Ke IPTA = Markah Keseluruhan x 10 100 Contoh Kiraan Markah 10% : Markah Keseluruhan = 80 = 80 x 10 100 Markah 10% = 8.0 5.3 Peserta Program Latihan Khidmat Negara ( PLKN ) : 5.3.1 Pelajar yang telah menamatkan Tingkatan 6 dan mengikuti PLKN, boleh memilih markah prestasi PLKN untuk turut dipertimbangkan dalam pengiraan markah. Dalam kes ini, pelajar mempunyai empat pilihan dari tiga yang perlu dipilih untuk menentukan markah kokurikulumnya. Jika prestasi pelajar didapati tinggi dalam kegiatan PLKN, maka markah terendah dalam bidang lain akan digugurkan. Markah kokurikulum yang diperolehi calon ialah 60 markah atau 60/100 x 10 = 6 ( pengekalan cadangan sebelumnya yang dicadangkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia) 5.4 Pelaksanaan Penilaian : 5.4.1 Penilaian kokurikulum boleh dibuat dengan menggunakan Buku Penilaian Kokurikulum yang disediakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Langkah ini memudahkan peyimpanan rekod kemajuan dan pemindahan rekod sekiranya pelajar berpindah ke sekolah lain dan kemasukan ke IPTA. 5.4.2 Pihak PPU hendaklah membentuk Jawatankuasa Penilai yang terdiri daripada tenaga pengajar PPU dan dipengerusikan oleh GPK PPU. 5.4.3 Setiap borang penilaian perlu disemak oleh guru penasihat sebelum disahkan oleh GPK PPU Dasar Pengoperasian Kokurikulum PPU 7

6.0 Khidmat Masyarakat 6.1 Merupakan penglibatan pelajar secara berkumpulan dalam aktiviti sekolah dan komuniti / masyarakat setempat atau melibatkan agensi luar 6.2 Penglibatan dalam bentuk projek atau kajian kumpulan yang dirancang dan dikendalikan oleh pelajar dan dikawal selia oleh penyelia projek. 6.3 Program ini memerlukan satu kumpulan sasaran dan bantuan atau khidmat yang ingin dilaksanakan dalam bentuk kertas kerja/kertas konsep yang mendapat kelulusan dari pihak sekolah. 6.4 Program ini membantu meningkatkan imej diri, sekolah dan komuniti. 6.5 Pelajar akan dilatih untuk berdikari dan melaksanakan aktiviti atau projek yang mengandungi komponen perancangan, penyelarasan dan pelaksanaan. 6.6 Komponen tersebut diambil kira dalam pemarkahan pelajar tersebut. 6.7 Setiap pelajar perlu melaksanakan khidmat masyarakat ini sekurang-kurangnya 3 jam sepanjang sesi pengajian ( Semester 1 dan 2 sahaja ) 6.8 Setiap pelajar diwajibkan melaksanakan tempoh khidmat masyarakat ini sebagai prasyarat tamat pengajian atau digraduasikan ( syarat graduasi ) pada majlis mini konvokesyen ( Majlis Graduasi ) 7.0 Penutup : Pengoperasian Kokurikulum PPU yang dirancang ini adalah selaras dengan penstrukturan dan penjenamman semula Tingkatan 6, yang mempunyai standardnya tersendiri sesuai dengan tranformasi pendidikan negara khususnya pendidikan pra Universiti. Dasar ini dirangka sebagai panduan serta penyelarasan untuk guru-guru PPU menggerakkan kegiatan kokurikulum agar lebih terancang dan berfokus. Disediakan Oleh : Disemak dan Disahkan Oleh : EN. JUMALI BIN RASIKUN Kokurikulum PPU PPU Mercu Gerbang IPT SMKST Merealisasikan Tranformasi Pendidikan Negara Dasar Pengoperasian Kokurikulum PPU 8

Lampiran 1 PERANCANGAN AKTIVITI KOKURIKULUM TAHUNAN 2012 MINGGU TARIKH AKTIVITI KOKURIKULUM CATATAN SEMESTER 2 1 02-06/01/2012 Perancangan Aktiviti Kokurikulum 2 09-13/01/2012 3 16-20/01/2012 10/01/2012 : Mesyuarat Jawatankuasa Kokurikulum Sekolah 11/01/2012 : Mesyuarat Majlis Sukan Sekolah 16/01/2012 : Mesyuarat Agung Rumah Sukan 18/01/2012 : Mesyuarat Agung Unit Uniform 19/01/2012 : Mesyarat Agung Kelab / Persatuan Mesyuarat Pengurusan Kokurikulum SMKST Perjumpaan 1 4 23-27/01/2012 CUTI TAHUN BARU CINA 5 30/01-02/02/12 6 06-10/02/2012 7 13-17/02/2012 8 20-24/02/2012 9 27/02-02/03/12 30/01/2012 : Kursus Dalaman JK Tertinggi UU/KP/RS 02/02/2012 : Larian Sekolah 08/02/2012 : Aktiviti Persatuan Pengajian Am dan 09/02/2012 : Aktiviti Kelab Petanq dan Kelab 15/02/2012 : Aktiviti Kelab Setia 16/02/2012 : Aktiviti Persatuan JPAM 22/02/2012 : Aktiviti Persatuan Pengajian Am dan 23/02/2012 : Aktiviti Kelab Petanq dan Kelab 29/02/2012 : Aktiviti Kelab Setia 01/03/2012 : Aktiviti Persatuan JPAM Perjumpaan 2 Perjumpaan 2 Perjumpaan 3 Perjumpaan 3 10 05-09/03/2012 PEPERIKSAAN PERTENGAHAN SEMESTER 1 10-18/03/2012 : CUTI PERTENGAHAN PENGGAL 1 11 19-23/03/2012 21/03/2012 : Aktiviti Persatuan Pengajian Am dan 22/03/2012 : Aktiviti Kelab Petanq dan Kelab Perjumpaan 4 Dasar Pengoperasian Kokurikulum PPU 9

12 26-30/03/2012 28/03/2012 : Aktiviti Kelab Setia 29/03/2012 : Aktiviti Persatuan JPAM Perjumpaan 4 13 02-06/04/2012 04/04/2012 : Aktiviti Persatuan Pengajian Am dan 05/04/2012 : Aktiviti Kelab Petanq dan Kelab Perjumpaan 5 14 09-13/04/2012 11/04/2012 : Aktiviti Kelab Setia 12/04/2012 : Aktiviti Persatuan JPAM Perjumpaan 5 15 16-20/04/2012 18/04/2012 : Aktiviti Persatuan Pengajian Am dan 19/04/2012 : Aktiviti Kelab Petanq dan Kelab Perjumpaan 6 16 23-27/04/2012 25/04/2012 : Aktiviti Kelab Setia 26/04/2012 : Aktiviti Persatuan JPAM Perjumpaan 6 17 30/04-04/05/12 18 07-11/05/2012 02/05/2012 : Aktiviti Persatuan Pengajian Am dan 03/05/2012 : Aktiviti Kelab Petanq dan Kelab 09/05/2012 : Aktiviti Kelab Setia 10/05/2012 : Aktiviti Persatuan JPAM Perjumpaan 7 Perjumpaan 7 19 14-18/05/2012 PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER 2 20 21-25/05/2012 PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER 2 22/05-10/06//2012 : CUTI SEMESTER 2 SEMESTER 3 21 11-15/06/3012 22 18-22/06/2012 23 25-29/06/2012 24 02-06/07/2012 21/03/2012 : Aktiviti Persatuan Pengajian Am dan 22/03/2012 : Aktiviti Kelab Petanq dan Kelab 20/06/2012 : Aktiviti Kelab Setia 21/06/2012 : Aktiviti Persatuan JPAM 27/06/2012 : Aktiviti Persatuan Pengajian Am dan 28/06/2012 : Aktiviti Kelab Petanq dan Kelab 04/06/2012 : Aktiviti Kelab Setia 05/06/2012 : Aktiviti Persatuan JPAM Perjumpaan 8 Perjumpaan 8 Perjumpaan 9 Perjumpaan 9 25 09-13/07/2012 PEPERIKSAAN PERTENGAHAN SEMESTER 3 26 16-20/07/2012 27 23-27/07/2012 18/07/2012 : Aktiviti Persatuan Pengajian Am dan 19/07/2012 : Aktiviti Kelab Petanq dan Kelab 25/07/2012 : Aktiviti Kelab Setia 26/07/2012 : Aktiviti Persatuan JPAM Perjumpaan 10 Perjumpaan 10 Dasar Pengoperasian Kokurikulum PPU 10

28 30/07-03/08/12 29 06-10/08/2012 30 13-17/08/2012 01/08/2012 : Aktiviti Persatuan Pengajian Am dan 02/08/2012 : Aktiviti Kelab Petanq dan Kelab 08/08/2012 : Aktiviti Kelab Setia 09/08/2012 : Aktiviti Persatuan JPAM 15/08/2012 : Aktiviti Persatuan Pengajian Am dan 16/08/2012 : Aktiviti Kelab Petanq dan Kelab Perjumpaan 11 Perjumpaan 11 Perjumpaan 12 31 27-31/08/2012 32 03-07/09/2012 33 10-14/09/2012 34 17-21/09/2012 35 24-28/09/2012 36 01-05/10/2012 37 08-12/10/2012 38 15-19/10/2012 39 22-26/10/2012 18-26/08/2012 : CUTI PERTENGAHAN SEMESTER 3 29/08/2012 : Aktiviti Kelab Setia 30/08/2012 : Aktiviti Persatuan JPAM PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER 3 ( PERCUBAAN STPM 2012 ) PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER 3 ( PERCUBAAN STPM 2012 ) PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER 3 ( PERCUBAAN STPM 2012 ) 10/10/2012 : Aktiviti Persatuan JPAM 11/10/2012 : Aktiviti Persatuan JPAM 17/10/2012 : Aktiviti Persatuan JPAM 18/10/2012 : Aktiviti Persatuan JPAM 24/10/2012 : Aktiviti Persatuan JPAM 25/10/2012 : Aktiviti Persatuan JPAM Perjumpaan 12 Perjumpaan 13-14 Perjumpaan 15-16 Perjumpaan 17-18 40 29/10-02/11/12 41 05-09/11/2012 CUTI AKHIR TAHUN ( 10 NOVEMBER 2012-01 JANUARI 2013 ) - 53 HARI Waktu Rasmi Aktiviti Kokurikulum PPU : 1. Hari Rabu : 1.15 tengahari - 3.00 petang 2. Hari Khamis : 2.30 petang - 4.30 petang PPU Mercu Gerbang IPT SMKST Merealisasikan Tranformasi Pendidikan Negara Dasar Pengoperasian Kokurikulum PPU 11

Lampiran 2 Tugas-tugas Guru Kokurikulum PPU 1. Guru kokurikulum berperanan sebagai penyelaras kokurikulum PPU dan bersama guru-guru PPU menggerakkan aktiviti kokurikulum. 2. Sebagai penyelaras kokurikulum PPU, maka guru kokurikulum PPU bertanggungjawab sebagaimana berikut : i. Merancang dan menyelaras jadual tugas kokurikulum bagi guru tingkatan enam. ii. iii. iv. Merancang dan menyelaras aktiviti kokurikulum pelajar tingkatan enam. Menyelaras markah 10% kokurikulum dan menyimpan rekod. Mendokumentasikan segala perjalanan, aktiviti, surat menyurat dalam fail induk pengurusan kokurikulum tingkatan enam. v. Membuat perancangan tahunan aktiviti kokurikulum untuk dibentangkan dalam mesyuarat pengurusan tingkatan enam. vi. vii. viii. ix. Membuat laporan tahunan / setengah tahun aktiviti kokurikulum tingkatan enam. Bersama-sama guru penasihat sukan dan permainan, kelab dan persatuan serta badan beruniform menggerakkan aktiviti kokurikulum pelajar PPU. Berbincang dengan GPK PPU untuk membuat anggaran perbelanjaan dalam setiap program yang dirangka dan dijalankan. Menjalankan tugas-tugas yang diarahkan oleh pengetua dan GPK PPU dari masa ke semasa. x. Memastikan perjalanan program mengikut masa yang telah ditetapkan. xi. xii. Mengemaskini maklumat dan melaporkan kepada Pengetua dan GPK PPU. Menyimpan rekod penglibatan pelajar dalam program yang dianjurkan oleh MSSMM, JPM danppd. xiii. Menyelaras dan menguruskan pertandingan-pertandingan yang disertai. Dasar Pengoperasian Kokurikulum PPU 12