SEJARAH MASJID PADA ZAMAN RASULULLAH S.A.W. MASLINDA OSMAN FATIN NAZMIN BT MANSOR SAFINAH ISMAIL ABSTRAK

dokumen-dokumen yang mirip
KEPELBAGAIAN PERANAN MASJID

KELAS BIMBINGAN KANAK-KANAK PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2015 SIRAH KBK 4 NAMA:

"PEMIMPIN ADIL NEGARA MAKMUR"

PANDUAN SOLAT SUNAT TARAWIH. Disediakan oleh Datuk Hj. Mohamad Shahir bin Hj. Abdullah

1223/2 LATIH TUBI PENDIDIKAN ISLAM 2004 SET 3

Melahirkan Pendakwah Yang Berwibawa. Muhammad Haniff Hassan

Majlis Ugama Islam Singapura Khutbah Jumaat 6 Mac 2015 / 15 Jamadilawal 1436 Kepentingan Akhlak Yang Mulia

PANDUAN Sembahyang Sunat Tarawih

PANDUAN. Sembahyang Sunat Tarawih

KELAS BIMBINGAN KANAK-KANAK PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2015 SIRAH KBK 5 NAMA :

Disemak oleh: Datuk Hj. Ahmad Shahir bin Hj. Daud

"SABAR ANUGERAH TERINDAH"

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

TAJUK AYAT ASBAB L Tingkatan Empat 1 Gejala Mempersendakan Agama

TANGAN MENCATAT DI BUMI, JIWA MENDONGAK KE LANGIT Dr. Mohd Asri bin Zainul Abidin

PENDAHULUAN IDA102 MANUSIA DAN AGAMA 21/02/2013 BAB 4 KONSEP AKHLAK II. Maruwiah Ahmat Peranan Akhlak dalam Kehidupan

Tinggal di kawasan Semenanjung Tanah Arab Terdapat wilayah seperti Syam, Nadz,Yaman, Oman Mekah, Madinah dan Thaif merupakan ibu kota penting

Majlis Ugama Islam Singapura Khutbah Jumaat 17 April 2015 / 27 Jamadilakhir 1436 Memahami Hikmah Dalam Pengamalan Agama

BAB LIMA KESIMPULAN. perbahasan dan laporan analisis kajian yang telah dijalankan daripada bab-bab sebelum ini.

IMAM / BILAL BERTUGAS USTAZ MUHAMMAD FAUZEE BIN MOHAMED USTAZ HASNIZATUL AZRI BIN ZAINUDIN MUAZZIN/BILAL KHATIB /IMAM

PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 2 PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 2

Ali : Mereka juga mempunyai identiti dan peraturannya sendiri.

PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 1 PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 1

PEMERINTAHAN DAN PENTADBIRAN

Menerangkan akhlak Nabi Muhammad SAW. Menjelaskan akhlak Nabi adalah akhlak al-quran

(a) Apakah tujuan Nabi Muhammad membuka semula kota Makkah? ( 4 markah ) (b) Jelaskan kepentingan pembukaan semula kota Makkah?

Ditulis oleh : Hajar Abdullah

Ahli Ibadah dengan Pelacur yang Cantik Jelita Sebuku Roti Penebus Dosa

IâMÃIŠR šz IãQ MŠR šz IäQN¾šZ IâM±I

Qunut Nazilah. Bacaan Qunut merujuk kepada doa yang dibaca di dalam solat pada tempat yang khusus sewaktu berdiri.

MASARIAH MISPARI SEKOLAH SULTAN ALAM SHAH PUTRAJAYA


FITNAH MUSNAHKAN SEGALANYA

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

KELAS BIMBINGAN MENENGAH PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2015 SEJARAH ISLAM KBM 2

SATU KAJIAN AWAL KEDUDUKAN MASJID Dl NEGERI PERLIS BIRO PENYELIDIKAN DAN PERUNDINGAN INSTITUT TEKNOLOGI MARA SHAH ALAM, SELANGOR MALAYSIA

AL-AQSA, PALESTIN DAN KITA Muhammad Haniff Hassan

PEMBUKAAN KOTA MEKAH

KELAS BIMBINGAN MENENGAH PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN TAHUN 2015 FIQH ISLAMI KBM 1

FIQH KEUTAMAAN FIQH AWLAWIYYAT (KARANGAN PROF. DR. YUSUF ABDULLAH AL-QARADAWI. Disediakan Oleh : Irny Suzila Ishak PENGENALAN PENGERTIAN FIQH

PERASMIAN KURSUS PERDANA HAJI PERINGKAT NEGERI PERAK MUSIM HAJI 1437 HIJRAH

Borang Penyertaan Pertandingan Marhaban Piala Y.A.B Dato Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi

TAMADUN ISLAM INSTITUT PENGAJIAN TINGGI AL-ZUHRI DIPLOMA. minggu ke 5

PN. MASARIAH BINTI MISPARI MAKTAB TENTERA DIRAJA

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

HADITH-HADITH BERKAITAN HAJI. 1. Perkara yang dibenarkan dan tidak dibenarkan semasa ihram

KONSEP KEKELUARGAAN DAN KEMASYARAKATAN ISLAM

LALUAN KEHIDUPAN

RANCANGAN TAHUNAN PENDIDIKAN AGAMA ISLAM TINGKATAN 1 / 2015

19/03/ Digubal oleh Nabi Muhammad s.a.w pada tahun 622M

IRSYAD AL-FATWA SIRI KE-208: HUKUM WANITA MEMBUKA SYARIKAT SENDIRI

SEJARAH PENDIDIKAN ISLAM 1 INSTITUT PENGAJIAN TINGGI AL-ZUHRI

Nag2oO9. Item Objektif. M.S Rajah berikut menunjukkan suasana di Madinah sebelum hijrah Nabi Muhammad s.a.w. ke Madinah.

KELAS BIMBINGAN MENENGAH PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2015 SEJARAH ISLAM KBM 3

IMBASAN PERKONGSIAN SEBELUM INI

PERJANJIAN HUDAIBIYAH AHMAD NZRYSHAH B. MOHAMED KHALID

ANJURAN PERSIDANGAN KEBANGSAAN PENGETUA-PENGETUA SEKOLAH MENENGAH MALAYSIA CAWANGAN PERLIS


Semasa di Masjidil Nabawi, sudah semestinya para jemaah akan. berebut-rebut untuk mendapatkan ruang solat / berdoa di tempat-tempat

BAB 5 PENUTUP. Bab ini merupakan kesimpulan dan rumusan terhadap permasalahan Saudara Baru

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM /1 TINGKATAN LIMA BAHASA MELAYU Kertas 1 Ogos 2 ¼ jam Dua jam lima belas minit

SOAL SELIDIK PENGHAYATAN IBADAH DI KALANGAN PELAJAR ISLAM. KAJIAN DI BEBERAPA BUAH SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DI PETALING JAYA, SELANGOR

PENERANGAN RINGKAS IBADAT HAJI DAN UMRAH FALSAFAH DAN PENYUCIAN JIWA. Bahagian Bimbingan Lembaga Tabung Haji

SINAR RAMADHAN 1437H SEMARAK TAQWA

Tamadun Islam dan Tamadun Asia Edisi Kedua (TITAS) Bab 1: 1

(a) Nyatakan bentuk penentangan yang dilakukan oleh orang Arab Quraisy terhadap dakwah Islamiyah di Makkah.

DALAM Islam, soal adab amat utama. Tidaklah Nabi

BAB LIMA PENUTUP. pensyarah-pensyarah yang mengajar kursus tersebut.

SEJARAH SPM 1249/2 (Set B)

Khutbah Jum'at. Memakmurkan Masjid. Bersama Dakwah 1

LAPORAN MALAM CINTA RASUL

Bab 2. Bab. Bab 3 Bab 8. Bab 1. Bab. 5 Bab Bab 9. Tingkatan 4. Bab. Bab

PERJANJIAN HUDAIBIYAH

Pertama : Menghormati kedua ibu bapa. Firman Allah SWT dalam surah al-isra' ayat 23:

Akhlak Mahmudah (Akhlak Rasulullah) & Akhlak Mazmumah

MUSLIM BERMINDA BESAR: 5 Nilai Bagi Anak-anak

PENGERTIAN DAN KONSEP FARDU AIN DAN FARDU KIFAYAH

Majlis Ugama Islam Singapura Khutbah Jumaat 05 Februari 2016 / 26 Rabiulakhir 1437H Menjiwai Erti Kesyukuran Sebenar

BAB 5 PERBINCANGAN, IMPLIKASI DAN CADANGAN

LATIH TUBI KECEMERLANGAN PENILAIAN MENENGAH RENDAH PENDIDIKAN ISLAM ( SET 1 )

PIAGAM MADINAH. Kandungan piagam ini terdiri daripada 47 fasal.

Ajwa Publishing ABDULLA SANG NABI MENGUNGKAP FAKTA KENABIAN, PERANG DAN POLIGAMI MUHAMMAD ADNAN ABDULLAH

Kenapa kebencian? Apakah yang membuat seseorang itu membenci?

MAJLIS PENGETUA SEKOLAH MALAYSIA CAWANGAN PULAU PINANG MODUL LATIHAN BERFOKUS SPM 2015

BAHAGIAN AYAT BACAAN SURAH ALI IMRAN BAHAGIAN AYAT BACAAN SURAH ALI IMRAN 1-200

BAB 5 RUMUSAN DAN CADANGAN. menjawab persoalan-persoalan kajian dan mengusulkan cadangan-cadangan untuk

Menerangkan kepentingan akhlak dalam kehidupan. Menerangkan ciri-ciri akhlak Islam. Menjelaskan perbezaan antara akhlak, moral dan etika

SEJARAH PENDIDIKAN ISLAM I

MODUL PENINGKATAN PRESTASI AKADEMIK PENILAIAN MENENGAH RENDAH 2013

Pembangunan modal insan menurut perspektif Al Quran. Sinopsis:

BORANG PENYERTAAN Pertandingan Marhaban Piala Ahmad Zahid Hamidi

PEPERIKSAAN PERTENGAHAN SEMESTER

1223/2 LATIH TUBI PENDIDIKAN ISLAM 2004 SET 2

1223/2 LATIH TUBI PENDIDIKAN ISLAM 2004 SET 4

Memperhatikan dan Menasihati Pemuda Untuk Shalat

Fadhilat Berbaik Sangka

PN. MASARIAH BINTI MISPARI MAKTAB TENTERA DIRAJA

PENGENALAN HAJI DAN UMRAH. Bahagian Bimbingan Lembaga Tabung Haji

PANDUAN AGAMA DALAM MENDOAKAN TERHADAP PENGANUT AGAMA LAIN

Transkripsi:

1106 SEJARAH MASJID PADA ZAMAN RASULULLAH S.A.W MASLINDA OSMAN FATIN NAZMIN BT MANSOR SAFINAH ISMAIL fatinnazmin@kuis.edu.my ABSTRAK Masyarakat Muslim hari ini semakin sedar akan peranan masjid dalam perkembangan agama Islam dan peri pentingnya masjid dalam dakwah, sebagai pusat penyebaran ilmu dan sebagainya. Namun tidak ramai yang tahu tentang sejarah masjid pada zaman Rasulullah. Kertas kerja ini akan menghuraikan tentang sejarah pembinaan masjid pada zaman Rasulullah, serta peranannya pada zaman tersebut. Masjid menjadi pusat komuniti terpenting selain tempat ibadah, institusi ini juga penting dalam pembinaan generasi sahabat yang berperanan dalam usaha penyebaran Islam sehingga tertegaknya agama suci ini. Diharapkan kertas kerja ini sedikit sebanyak dapat menyumbangkan idea dan ilmu yang bermanfaat untuk kita semua. Kata kunci :sejarah. masjid zaman rasulullah, dakwah, Islam, institusi ibadah PENGENALAN Masjid merupakan institusi ibadah bagi umat Islam, yang berperanan dalam penyebaran ilmu dan dakwah, bukan tempat ibadah semata-mata. Masjid berfungsi sebagai wadah ilmu sejak zaman Rasulullah s.a.w dan berkembang pesat hingga ke hari ini. Sejarah masjid wajar diselami dan disebarluaskan bagi menjadi panduan untuk memerkasakan masjid dengan lebih jitu untuk pembangunan umat Islam masa kini. SEJARAH Dalam peristiwa paling bersejarah iaitu hijrah Rasulullah S.A.W. menuju Madinah, baginda telah membina sebuah masjid pada 622 M di sebuah perkampungan berhampiran oasis di Quba, antara pertengahan jalan Makkah dan Madinah yang dinamakan Masjid Quba. Perkara pertama yang baginda lakukan iaitu membina masjid di atas tanah kepunyaan dua orang anak yatim yang dibeli oleh Rasulullah S.A.W. Masjid ini seterusnya dikenali sebagai Masjid Nabawi. (Nasoha Saabin. 2001) 1211

Sejarah telah membuktikan bahawa perkembangan Islam pada peringkat awal adalah bermula dengan institusi masjid. Pada zaman Rasulullah S.A.W. Masjid Quba' adalah masjid awam pertama yang berperanan bukan sahaja sebagai tempat menunaikan solat tetapi turut menjadi pusat perkembangan ilmu, pusat kemajuan ekonomi, pusat pertemuan komuniti, pusat penyebaran maklumat, tempat kegiatan sosial seterusnya sebagai tempat penyatuan ummah2. Melalui masjid, Rasullullah s.a.w telah berjaya membina generasi para sahabat yang kuat serta mempunyai kemantapan peribadi, keimanan yang teguh serta ilmu pengetahuan yang baik. Justeru, masjid sentiasa dipandang oleh umat Islam sebagai tempat yang suci serta menjadi lambang kepada keagungan agama Islam itu sendiri. 1 REKABENTUK MASJID ZAMAN RASULULLAH SAW Rasulullah S.A.W. hanya mengambil masa beberapa hari untuk membina masjid tersebut. Pastilah reka bentuk masjid yang dibina berupa sangat sederhana. Masjid Nabawi dibina dengan menggunakan batu-batan daripada tanah lumpur, batang dan pelepah pokok kurma. Masjid Nabawi hanya berlantaikan tanah. Apabila hari hujan, air akan menitis ke dalamnya, dan dahidahi mereka yang sujud akan basah dengan lumpur. Lantai (tanah) Masjid Nabawi begitu sederhana sehingga pada satu ketika seorang Arab Badwi masuk ke Masjid Nabawi lantas membuang air kecil di atasnya kerana menyangkakannya tanah lapang. Sahabat yang melihat menjadi sangat marah dan ingin menghalang Arab Badwi yang sedang membuang air kecil tersebut tetapi Rasulullah S.A.W. mencegah sahabat daripada berbuat demikian. Rasulullah S.A.W. memberitahu sahabat agar membiarkan Arab Badwi itu selesai menunaikan keperluannya. Setelah Arab Badwi itu selesai membuang air kecil barulah Rasulullah S.A.W. menghampiri dan memberi nasihat kepadanya. Selama beberapa tahun Masjid Nabawi tidak mempunyai lampu. Lampu hanya dipasang pada tahun kelapan hijrah oleh Tamin Dhari r.a. Pada waktu solat isyak dan subuh, Masjid Nabawi berkeadaan gelap. Kaum munafik biasanya tidak akan datang untuk bersolat subuh dan isyak kerana tiada siapa yang akan dapat mengesan bahawa mereka tidak hadir. Kaum munafik, 1 Yusmini Binti Md. Yusoff dan Mohd Anwarulhaq Bin Sulaiman. 2004. Kajian Tentang Maklum Balas Masyarakat Terhadap AktivitiI Masjid-masjid Negeri Di Semenanjung Malaysia. Jurnal Usuluddin. Hlm. 20. 2211

walaupun tidak beriman kepada Allah S.W.T dan rasul-nya datang bersolat Jemaah pada waktu yang lain, supaya tidak dikesan oleh kaum Muslimin sebagai munafik. Pada waktu Rasulullah S.A.W. masih hidup, setiap kaum lelaki yang dewasa akan datang solat Jemaah bersama baginda S.A.W. dan mereka yang tidak datang solat berjemaah akan dikesan sebagai kaum munafik. Masjid Nabawi mempunyai reka bentuk yang amat sederhana. Di dalamnya tidak ada ukiran cantik yang boleh menarik perhatian mereka yang memasukinya. Dindingnya mempunyai warna tanah yang sama sekali tidak menarik. Tidak ada ukiran ayat-ayat al-quran di dinding masjid. Tidak ada alat penyaman udara, memadai dengan angin padang pasir yang sekali-sekala bertiup untuk memberi sedikit kelegaan. Masjid Nabawi sentiasa dibuka dua puluh empat jam dan tidak ada siapa yang diberi tanggungjawab untuk menutupnya. Tidak ada peti atau tabung di dalam masjid untuk menyimpan duit dan tidak ada barang yang berharga di dalam masjid. Azan dilaungkan tanpa menggunakan alat pembesar suara. Muazin iaitu Hazrat Bilal r.a akan naik ke tempat yang tinggi untuk melaungkan azan. 2 AKTIVITI MASJID Apa yang ada dalam Masjid Nabawi ialah majlis-majlis memperkatakan tentang kebesaran Allah S.W.T, tuntutan belajar dan mengajar al-quran serta ilmu agama, zikir dan mendirikan solat. Pada masa tertentu mensyuarat dijalankan di Masjid Nabawi untuk memikirkan bagaimana iman dan Islam ini dapat tersebar ke seluruh dunia. Jemaah-jemaah dibentuk serta dihantar ke tempattempat yang telah ditetapkan. Jemaah-jemaah yang dihantar dari Masjid Nabawi untuk menegakkan iman dan Islam akan bermula dan berakhir di Masjid Nabawi. Apabila mereka kembali ke Masjid Nabawi, Rasulullah S.A.W. dan para sahabat yang hadir akan mendengar laporan usaha yang telah mereka lakukan dan keadaan tempat di mana mereka telah dihantar. Sebelum mereka dihantar, Rasulullah S.A.W. akan memberi nasihat. Dalam suatu riwayat menyatakan bahawa Rasulullah S.A.W. telah menghantar Muaz r.a ke Yaman untuk mengajar ilmu agama sekali gus merupakan usaha ke atas iman. Sebelum berangkat Muaz r.a telah meminta nasihat daripada Rasulullah S.A.W. Beliau bertanya kepada Rasulullash S.A.W. 2 Sairi e Bin Tarf-lan. 1991. Perancangan Reka Bentuk Masjids Menurut Pandangan Islam. Kes Kajian Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam Selangor. Hlm. 8. 3211

apakah amalan yang sangat dicintai oleh Allah S.W.T? Rasulullah S.A.W. menjawab, sepanjang hayatmu, lidahmu hendaklah sentiasa sibuk dengan mengingati Allah S.W.T (zikrullah). 3 Ada ketikanya pasukan tentera kaum Muslimin dibentuk di Masjid Nabawi untuk bertempur dengan kaum musyrikin, tentera Rom dan Parsi. Maka ramai tetamu dari jauh dan dekat datang ke Masjid Nabawi yang terdiri daripada orang Islam dan bukan Islam. Tetamu yang datang akan diberi makan dan minum. Setiap keluarga dan sahabat akan menerima mereka sebagai tetamu. Sahabat akan memberi mereka makan, tempat tidur, mengajar mereka tentang Islam dan apabila mereka kembali ke tempat mereka, sahabat akan memberi mereka hadiah. Kebanyakan mereka yang bukan Islam akan memeluk agama Islam setelah mereka berada di Masjid Nabawi selama beberapa hari. Di Masjid Nabawi terdapat juga tawanan perang. Mereka juga dilayan dengan baik dan diberi makanan di mana kebanyakkan mereka akhirnya memeluk agama Islam. Dalam satu riwayat mengatakan bahawa satu ketika seorang tawanan perang yang begitu gemuk badannya diikat di tiang Masjid Nabawi. Sahabat telah memberinya minum susu atas dasar kemanusiaan. Ketika tawanan perang itu belum beriman, kelaparannya hanya dihilangkan oleh Allah S.W.T dengan hanya apabila dia meminum tujuh mangkuk susu. Setelah tawanan perang itu memeluk agama Islam kelaparannya dihilangkan oleh Allah S.W.T dengan hanya meminum semangkuk susu. Rasulullah S.A.W. pernah memberitahu sahabat bahawa perut orang yang tidak beriman itu adalah tujuh kali lebih besar daripada perut mereka yang beriman. Kisah ini menunjukkan bahawa walaupun tawanan perang itu diikat, dia dapat melihat dan mengalami suasana suci murni dan kasih sayang yang wujud dalam Masjid Nabawi. Kesan daripada itu, dia dengan rela hati memilih sendiri untuk memeluk Islam. Ketika masuk dalam Masjid Nabawi, dia seorang tawanan perang yang kafir tetapi setelah beberapa hari, dia keluar dari Masjid Nabawi sebagai seorang yang merdeka dan beriman. Kita boleh membayangkan betapa suasana yang wujud di dalam Masjid Nabawi disemarakkan dengan amalan suci murni Rasulullah S.A.W. dan para 3 Nasoha Saabin. 2001. Memartabatkan Masjid. Utusan Publications & Distributors Sdn.Bhd. cet. Pertama. Selangor Darul Ehsan. Hlm 13. 4211

INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) sahabat yang memancarkan nur sehingga musuh yang diikat pada tiang masjid pun boleh menerima Islam. 4 Masjid Nabawi juga merupakan tempat di mana kebajikan dan hal-ehwal orang Islam diberi perhatian. Jika ada di kalangan orang Islam yang tidak mempunyai makanan dan pakaian yang cukup, maka keperluan orang Islam yang miskin itu akan dibentangkan di Masjid Nabawi. Apabila diberitahu sahaja bahawa ada orang Islam yang memerlukan bantuan, maka seluruh orang Islam Madinah pada ketika itu bersedia untuk membantunya. Sesiapa sahaja di Madinah yang sakit atau mengalami sebarang musibah, seluruh orang Islam di situ akan turut membantu saudaranya yang ditimpa kesusahan. Setiap orang Islam menganggap orang Islam yang lain sebagai saudaranya. 5 Mereka menghayati setiap ayat al-quran dan sabda Rasulullah s.a.w. Allah S.W.T berfirman dalam surah Al-Hajurat 49:10 Maksudnya:Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat. Masjid Nabawi sentiasa sibuk dengan manusia yang masuk dan keluar. Pelbagai aktiviti giat dilakukan termasuk majlis untuk meningkatkan iman, ilmu zikir dan mesyuarat. Kedapatan juga orang yang sedang mrndirikan solat sunat dan melayan tetamu yang datang. Apabila waktu solat berjemaah telah tiba, kelihatan penghuni keluar dari setiap rumah untuk datang ke masjid. Ketika azan di laungkan, semua orang akan berhenti daripada berniaga, pembeli akan berhenti membeli, dan petani akan segera meninggalkan kebunnya, berjalan menuju ke Masjid Nabawi. Suasana yang begitu mengagumkan, mengambarkan kemantapan dan keunggulan perpaduan Islam dapat dilihat setiap kali azan dilaungkan. Kelihatan di sana sini orang berpusu-pusu menuju ke rumah Allah S.W.T Sebagaimana hamba patuh kepada tuannya, lebih utama lagi manusia patuh kepada 4 Ibid. Hlm.14 5 Ibid. Hlm. 15 5211

Allah S.W.T. Ketaatan, kerelaan dan keikhlasan mereka untuk mengabdi diri kepada Allah S.W.T, laksana cahaya yang indah menerangi masyarakat jahiliah pada zaman tersebut. Apabila orang yang tidak beriman melihat keadaan yang suci murni ini, hati mereka terkesan dengan keagungan Allah dan kebenaran ajaran Islam. 6 Masjid Nabawi memiliki 10 menara, 6 di antaranya settinggi 99m, serta 24 kubah. Terdapat 5 mihrab dan beberapa tiang yang konon memiliki sejarah masing-masing.selain itu, masjid ini dilengkapi dengan tempat parkir bawah tanah yang mampu menampung sekitar 4400 kenderaan. Masjid Nabawi, tiada sesiapa yang tetarik jika melihat rupa bentuknya yang sangat sederhana. Tetapi manusia akan tetarik dengan aktiviti atau amalan yang diterapkan oleh Rasulullah S.A.W. begitu menakjubkan meliputi aspek dunia dan akhirat. Masjid Nabawi sentiasa penuh dengan amalan sama ada pada waktu siang ataupun malam. Setiap sahabat secara purata akan memberi masa setiap hari selama lapan hingga dua belas jam untuk memakmurkan Masjid Nabawi. Sebahagian waktu siang dibahagikan untuk bekerja di kebun atau berniaga dan sebahagiannya lagi diperuntukkan bagi memakmurkan masjid. Pada waktu malam, mereka memberi sebahagian lagi untuk ahli keluarga di rumah dan untuk memakmurkan Masjid Nabawi. Pada waktu tengah malam, azan akan dilaungkan untuk memanggil mereka yang berada di rumah agar datang memakmurkan masjid. Kesederhanaan rupa bentuk Masjid Nabawi sebenarnya memancarkan cahaya yang terang di seluruh alam. Ia seumpama matahari yang menerangi seluruh pelosok dunia dengan cahaya iman dan hidayah. Oleh hal yang demikian Masjid Nabawi al-munawwarah iaitu Masjid Nabawi Yang Bercahaya. Hari ini pusaka yang ditinggalkan oleh Rasulullah S.A.W. telah dimusnahkan. Ia bukan dimusnahkan oleh orang bukan Islam tetapi oleh orang Islam sendiri.masjid bukan sahaja ditinggalkan kosong tanpa amalan, malah masjid telah ditutup berkunci oleh orang Islam yang menganggap dirinya bertanggungjawab menjaga masjid. Tindakan ini mempunyai niat yang baik, iaitu memelihara masjid daripada dicemari oleh mereka yang tidak bertanggungjawab. Walaupun niatnya baik tetapi cara dan kefahamannya tentang bagaimana untuk memelihara dan 6 Ibid. Hlm. 16 6211

menjaga masjid yang sebenarnya jauh menyimpang daripada apa yang dikehendaki oleh Allah S.W.T dan rasul-nya. Makam Rasulullah terletak di dalam Masjid. Tempatnya disebelah kiri mimbar, di bawah kubah hijau (green dome). Makam ini dikelilingi dinding dengan pintu berlapis emas. Selain Makam Rasulullah, dalam ruangan ini terdapat pula dua makan Khulafaur Rasyidin iaitu Abu Bakar As- Siddiq dan Umar bin Khattab. 7 PENUTUP Kesimpulannya, sejarah masjid berperanan penting dalam membentuk komuniti awal generasi sahabat yang membangunkan masjid dengan pelbagai aktiviti penyebaran ilmu. Pemerkasaan masjid penting bagi memantapkan perjalanan dakwah kepada umat Islam harini, agar keutuhan agama suci ini terbela dengan mengimarahkan masjid dengan program-program dan aktiviti yang bermanfaat. RUJUKAN Yusmini Binti Md. Yusoff dan Mohd Anwarulhaq Bin Sulaiman. 2004. Kajian Tentang Maklum Balas Masyarakat Terhadap AktivitiI Masjid-masjid Negeri Di Semenanjung Malaysia. Jurnal Usuluddin. Hlm. 20. Sairi e Bin Tarf-lan. 1991. Perancangan Reka Bentuk Masjid Menurut Pandangan Islam. Kes Kajian Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam Selangor. Nasoha Saabin. 2001. Memartabatkan Masjid. Utusan Publications & Distributors Sdn.Bhd. cet. Pertama. Selangor Darul Ehsan. 7 Yusmini Binti Md. Yusoff dan Mohd Anwarulhaq Bin Sulaiman. 2004. Kajian Tentang Maklum Balas Masyarakat Terhadap AktivitiI Masjid-masjid Negeri Di Semenanjung Malaysia. Jurnal Usuluddin. Hlm. 20. 7211