KURIKULUM STANDARD SEKOLAH MENENGAH

dokumen-dokumen yang mirip
DRAF KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN MORAL TAHUN SATU

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH MENENGAH

DRAF KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN MORAL TAHUN TIGA

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH MENENGAH

DRAF MAC KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN MORAL TAHUN EMPAT

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH MENENGAH

DRAF KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN MORAL TAHUN DUA

TEKNOLOGI VOKASIONAL - SAINS

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH MENENGAH PENDIDIKAN ASAS VOKASIONAL PEMBUATAN PERABOT TINGKATAN

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN KHAS (MASALAH PEMBELAJARAN) PENDIDIKAN MORAL

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH MENENGAH

PENDIDIKAN MORAL (MASALAH PENDENGARAN)

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA. Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. Sukatan Pelajaran KAJIAN TEMPATAN

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH MENENGAH PENDIDIKAN ASAS VOKASIONAL PEMBUATAN PERABOT TINGKATAN

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN KHAS PENDIDIKAN ISLAM (MASALAH PENDENGARAN) TAHUN DUA

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH MENENGAH

DRAF KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH DOKUMEN STANDARD KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN PENDIDIKAN MORAL TAHUN EMPAT

PENDIDIKAN MORAL TAHUN LIMA

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

KANDUNGAN KBSM HU RAI A N S U K ATA N P EL AJ A RA N PENDIDI KA N MORAL. RUKUN NEGARA ii. BIDANG PEMBELAJARAN 3 : Nilai Berkaitan Dengan Alam Sekitar

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH RENDAH HURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL TAHUN 1

Kurikulum Kebangsaan

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA DOKUMEN STANDARD PRESTASI PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 1

PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 1

Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia

PENDIDIKAN ISLAM (MASALAH PEMBELAJARAN)

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

PENDIDIKAN KESIHATAN

AMALAN BAHASA MELAYU

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA SUKATAN PELAJARAN KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH MENENGAH REKA CIPTA

PENDIDIKAN KESIHATAN (MASALAH PENDENGARAN)

PENDIDIKAN KESIHATAN

PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TAHUN 6

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN KHAS (MASALAH PEMBELAJARAN)

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

DUNIA SENI VISUAL (MASALAH PENDENGARAN)

PENDIDIKAN MORAL TAHUN LIMA

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI

PENDIDIKAN KESIHATAN

PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 1 PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 1

PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TAHUN 5

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA. Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. Sukatan Pelajaran MATEMATIK

PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TAHUN 4

PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN ENAM

KEMENTERIAN PENDIDIKA N MALAYSIA HURAIAN SUKATAN PELAJARAN KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN JASMANI

PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 3 PENDIDIKAN SIVIK KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 3

SUKATAN PELAJARAN KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH MENENGAH PENDIDIKAN SENI VISUAL

KATERING DAN PENYAJIAN

PENDIDIKAN JASMANI (MASALAH PEMBELAJARAN)

REKAAN DAN JAHITAN PAKAIAN

KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH RENDAH HURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL TAHUN 4

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA SUKATAN PELAJARAN KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH MENENGAH LANDSKAP DAN NURSERI

MATEMATIK (MASALAH PENDENGARAN)

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN KHAS (MASALAH PEMBELAJARAN) PENDIDIKAN ISLAM

KESUSASTERAAN MELAYU

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (KSSR) MATEMATIK TAHUN 3 MODUL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (SEKOLAH KEBANGSAAN)

KURIKULUM STANDARD PRASEKOLAH KEBANGSAAN (KSPK)

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA DOKUMEN STANDARD PRESTASI PENDIDIKAN MORAL TAHUN 1 MASALAH PEMBELAJARAN

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH MENENGAH TINGKATAN i

PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA DOKUMEN STANDARD PRESTASI PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN TINGKATAN 1

PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN LIMA

BAB 1 Nilai Berkaitan Dengan Perkembangan Diri

Standard Kurikulum Berasaskan Enam Tunjang

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

SUKATAN PELAJARAN KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN SENI VISUAL

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA. Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah TASAWWUR ISLAM

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 3

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

PENDIDIKAN SENI KREATIF (MASALAH PEMBELAJARAN)

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU

PENDIDIKAN SENI VISUAL

RANCANGAN PENGAJARAN TAHUNAN PENDIDIKAN MORAL TAHUN 4 KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH NEGERI PAHANG

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH CADANGAN RANCANGAN PENGAJARAN TAHUNAN 2014 PENDIDIKAN MORAL TAHUN 4

PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN EMPAT

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH MENENGAH PENDIDIKAN ASAS VOKASIONAL TINGKATAN

PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 4

PENDIDIKAN KESIHATAN

MAJLIS PENGETUA-PENGETUA MALAYSIA SEKOLAH MENENGAH ( CAWANGAN PULAU PINANG ) MODUL PENILAIAN S.P.M 2011 PENDIDIKAN MORAL. Dua jam tiga puluh minit

PENDIDIKAN KESIHATAN

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN KHAS (MASALAH PEMBELAJARAN) PENDIDIKAN ISLAM TAHUN DUA

EDU 3101 FALSAFAH & PENDIDIKAN DI MALAYSIA

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Transkripsi:

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH MENENGAH PENDIDIKAN ASAS VOKASIONAL PENDIDIKAN MORAL TINGKATAN 3 2014 i

ii

DOKUMEN STANDARD PENDIDIKAN ASAS VOKASIONAL (PAV) MODUL JATI DIRI PENDIDIKAN MORAL TINGKATAN 3 BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM iii

Copyright 2013 Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia Aras 4-8, Blok E9, Kompleks E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62600 Putrajaya Cetakan Pertama 2013 Tidak dibenarkan mengeluarkan ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa-apa juga bentuk dan dengan apa cara pun sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman, atau lain-lain sebelum mendapat kebenaran bertulis daripada Pengarah, Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia, Aras 4-8, Blok E9, Kompleks E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 WP Putrajaya iv

KANDUNGAN 1. RUKUN NEGARA vi 2. FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN vii 3. KATA PENGANTAR viii 4. PENGENALAN 4.1 Matlamat Pendidikan Asas Vokasional 1 4.2 Objektif Pendidikan Asas Vokasional 1 4.3 Kurikulum Berasaskan Kompetensi 2 4.4 Kurikulum Modular Berasaskan Standard 2 5. PELAKSANAAN 5.1 Waktu Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) 2 5.2 Penggunaan Teknologi Dalam P&P 2 6. DOKUMEN STANDARD KURIKULUM (DSK) 6.1 Matlamat Modul 6.2 Objektif Modul 6.3 Fokus Modul 6.4 Organisasi Standard Kurikulum 6.5 Standard Kandungan, Standard Pembelajaran dan Kriteria Pencapaian 4 4 4 6 11-13 v

RUKUN NEGARA BAHAWASANYA negara kita Malaysia mendukung cita-cita hendak mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya; memelihara satu cara hidup demokratik; mencipta masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama; menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaan yang kaya dan berbagai-bagai corak; membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden; MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan prinsip-prinsip berikut : KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA KELUHURAN PERLEMBAGAAN KEDAULATAN UNDANG-UNDANG KESOPANAN DAN KESUSILAAN vi

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. vii

Kata Pengantar Dokumen Standard Kurikulum (DSK) ialah dokumen yang bertujuan untuk memenuhi cita-cita murni dan semangat Falsafah Pendidikan Kebangsaan, dan menyediakan murid menghadapi arus globalisasi serta ekonomi berasaskan pengetahuan pada abad ke-21. Dokumen ini menyarankan strategi pengajaran dan pembelajaran yang merangkumi pelbagai aktiviti dan penggunaan sumber. Guru digalakkan menggunakan kreativiti untuk memilih, menyusun dan mengolah aktiviti mengikut kesesuaian murid. DSK ini diharapkan dapat membantu guru merancang dan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran secara berkesan. Dalam melakukan aktiviti pengajaran dan pembelajaran, guru diharapkan dapat memberikan penekanan pada unsur bernilai tambah, iaitu kemahiran berfikir, kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi, kemahiran belajar cara belajar, kajian masa depan, kecerdasan pelbagai, pembelajaran kontekstual, dan pembelajaran konstruktivisme. Di samping itu, nilai murni dan semangat patriotik dan kewarganegaraan tetap diutamakan. Semua elemen ini diharapkan dapat memberikan keyakinan kepada murid dan boleh diaplikasikan dalam kehidupan harian dan dunia pekerjaan. DSK ini menjelaskan standard pembelajaran yang perlu dikuasai oleh murid berasaskan pendekatan masteri. Hasil pembelajaran tersebut dinyatakan secara eksplisit mengikut tahap kesukaran isi kandungan dan tahap keupayaan murid. Kandungan DSK ini menggariskan standard pembelajaran yang perlu dikuasai oleh murid. Pernyataan dalam Standard Pembelajaran memberikan cabaran yang sesuai dengan murid pada tahap tertinggi dalam pendidikan sekolah menengah. DSK ini seharusnya dapat membantu guru merancang dan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Dalam menyediakan DSK yang dibangunkan ini banyak pihak yang terlibat terutama guru, pensyarah, penyelidik, eksekutif industri, pegawai Kementerian Pendidikan Malaysia dan individu yang mewakili badan-badan tertentu. Kepada semua pihak yang telah memberikan sumbangan kepakaran, masa, dan tenaga sehingga terhasilnya DSK ini, Bahagian Pembangunan Kurikulum merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih. (Dr. MASNAH BINTI ALI MUDA) Pengarah Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia. viii

PENGENALAN Struktur Kurikulum Standard Pendidikan Asas Vokasional (PAV) digubal berlandaskan prinsip-prinsip Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) yang selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Kurikulum Standard Pendidikan Moral bagi Pendidikan Asas Vokasional ialah satu mata pelajaran yang mendidik murid supaya menjadi insan yang bermoral dan berakhlak mulia dengan menekankan aspek perkembangan penaakulan moral, perasaan moral dan perlakuan moral. Kurikulum Standard Pendidikan Moral bagi Pendidikan Asas Vokasional memberi tumpuan kepada usaha memupuk kekuatan kerohanian dan moraliti murid melalui penghayatan dan amalan nilai-nilai universal yang terdapat dalam agama, tradisi dan adat resam pelbagai kaum di negara ini. Dengan itu murid dapat menjadikan nilai-nilai universal sebagai panduan hidup yang membolehkan mereka menjadi insan yang bermoral. Ini membolehkan mereka menjadi individu yang berintegriti dan bermoral terhadap setiap keputusan serta tindakan yang dilakukan. Mata pelajaran ini juga memberi peluang kepada murid menguasai kemahiran-kemahiran tertentu seperti kemahiran generik, kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif, kemahiran menyelesaikan konflik dan kemahiran sosial. Penguasaan kemahiran - kemahiran ini juga akan menyediakan murid menghadapi dunia teknologi maklumat dan komunikasi dengan pengetahuan dan kemahiran kebolehkerjaan. Penguasaan kemahiran ini juga akan membantu melahirkan modal insan yang berkemahiran. Murid juga digalakkan mencari dan memperoleh sumber-sumber maklumat melalui teknologi maklumat dan komunikasi seperti Internet, CD-ROM, e-mail dan sidang telekomunikasi. Aktiviti seperti ini dapat berfungsi sebagai perangsang dan pemangkin kepada kewujudan masyarakat Malaysia yang celik teknologi. Matlamat Pendidikan Asas Vokasional Matlamat PAV adalah untuk menyediakan peluang kepada murid lepasan UPSR menjadi modal insan berkemahiran bekerja dan bersedia melanjutkan pembelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Objektif Pendidikan Asas Vokasional Objektif PAV adalah untuk menjadikan aliran pendidikan vokasional sebagai pilihan selain daripada aliran perdana yang sedia ada. Ini bersesesuaian dengan murid berisiko untuk tercicir, agar dapat menimbulkan minat belajar yang berterusan terutama dalam bidang kerja tangan. PAV dilihat mampu menggilap potensi belajar murid melalui kurikulum yang dapat memberikan kemahiran generik asas dan kemahiran spesifik pekerjaan. Kemahiran ini, yang memang dituntut oleh majikan dan industri, akan menanam kemahiran yang menjadi asas kepada pembentukan sahsiah dan pembangunan karakter yang mantap. PAV turut menyediakan murid dengan pengetahuan dan kemahiran pekerjaan serta memberikan pendedahan dan bimbingan agar mereka kritis, kreatif 1

dan inovatif. Melalui aktiviti yang menarik dan berkesan, murid dapat membuat keputusan dalam mencorakkan masa depan serta menerap dan mengembangkan kompetensi keusahawanan serta menjana budaya niaga. Kurikulum Berasaskan Kompetensi Kurikulum PAV adalah menggunakan konsep Kurikulum Berasaskan Kompetensi yang membenarkan murid mengulang semula kompetensi yang belum dicapai sehingga murid PAV kompeten sesuatu kemahiran yang di perlukan oleh Kriteria Pencapaian. Kurikulum Modular Berasaskan Standard Kurikulum Pendidikan Asas Vokasional digubal dalam bentuk pernyataan Standard Kandungan, Standard Pembelajaran dan Kriteria Pencapaian yang mengandungi elemen pengetahuan, kemahiran dan nilai yang telah dikenal pasti perlu dikuasai oleh murid. Standard Kandungan Pernyataan spesifik tentang disiplin ilmu yang murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam suatu tempoh persekolahan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai. Standard Pembelajaran Satu penetapan kriteria untuk memastikan kualiti pembelajaran dan pencapaian bagi setiap Standard Kandungan Kriteria Pencapaian Kriteria pencapaian adalah kenyataan yang mengkhususkan apa yang perlu ditaksir dan tahap pencapaian yang diperlukan bagi setiap Standard Pembelajaran. PELAKSANAAN Waktu Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) Waktu P&P modul ini diperuntukkan sebanyak 3 waktu seminggu selama 35 minggu menjadikan keseluruhan 105 waktu setahun. Guru berlatarbelakang opsyen Pendidikan Moral paling sesuai mengajar modul ini. Pelaksanaan modul ini hendaklah menggunakan prasarana yang sedia ada. Jika sekolah mempunyai kekurangan prasarana, guru haruslah membuat perancangan supaya pengajaran ini dapat dilaksanakan sebaik mungkin. 2

Penggunaan Teknologi Dalam P&P Dicadangkan, guru boleh menggunakan bahan/peralatan sebenar yang sedia ada untuk mengajar modul ini. Sekiranya kemahiran masih belum dapat dikuasai sepenuhnya maka ia boleh diperkukuhkan secara merentas kurikulum dalam disiplin ilmu lain. Guru perlulah kreatif dalam P&P yang melibatkan penggunaan bahan/peralatan di bilik darjah/bengkel/makmal/ladang/lapangan. Guru perlu mengolah P&P supaya mengintegrasikan TMK serta keusahawanan dapat diaplikasikan. 3

DOKUMEN STANDARD KURIKULUM PENDIDIKAN MORAL 4

DOKUMEN STANDARD KURIKULUM (DSK) Matlamat Modul Kurikulum Standard Pendidikan Moral bagi Pendidikan Asas Vokasional bermatlamat membentuk insan berakhlak mulia dan berintegriti yang berpegang teguh kepada nilai universal berasaskan prinsip moral untuk melahirkan modal insan yang berkemahiran dan boleh menyumbang ke arah kesejahteraaan negara serta masyarakat global. Objektif Modul Di akhir modul ini, murid akan dapat;. 1. Mengenal pasti nilai-nilai universal berasaskan prinsip moral 2. Mengamalkan budi pekerti mulia berasaskan prinsip moral 3. Mengamalkan perlakuan bermoral secara bertanggungjawab dan akauntabiliti 4. Melaksanakan tanggungjawab moral dan sosial untuk kesejahteraan diri dengan keluarga,jiran,sekolah,masyarakat dan negara 5. Menghayati dan mengamalkan nilai-nilai universal dalam kehidupan seharian bagi melengkapkan diri dengan pengetahuan dan kemahiran kebolehkerjaan Fokus Modul Kurikulum Standard Pendidikan Asas Vokasional dalam bidang Pendidikan Moral memberi penekanan kepada asas pengetahuan berteraskan kepada perkembangan dan penggabungan domain pengetahuan kerjaya, kompetensi kemahiran teknikal dengan menerapkan aspek keselamatan, teknologi hijau dan keusahawanan. Asas Kemahiran Pemikiran Sejarah dan nilai (kewarganegaraan dan sivik) yang boleh membina jati diri dalam kalangan murid. Kesepaduan ini berjalan serentak dalam proses pembelajaran dan pengajaran. Kurikulum ini memberikan tumpuan kepada latar belakang sejarah tanah air, demografi dan warisan sosiobudaya untuk memberi pengetahuan yang lebih jelas kepada murid. Justeru, kurikulum ini juga memberi tumpuan kepada penghayatan dan pemupukan nilai kewarganegaraan serta jati diri murid dalam mewujudkan semangat daya saing. Selain itu, menekankan Asas Kemahiran Pemikiran Sejarah bagi membolehkan murid kreatif dan berkeyakinan dalam berkomunikasi untuk menghadapi abad ke-21. 5

i. Penaakulan Moral Keupayaan mental untuk menaakul dalam situasi yang kabur demi mengenal pasti perlakuan baik dan jahat, salah dan benar. Keupayaan mental dapat merungkai dan menyelesaikan dilema moral sebaik mungkin secara autonomi, rasional dan objektif. ii. Perasaan Moral Kesedaran hati nurani yang menyebabkan insan berasa gembira apabila membuat sesuatu yang betul dan rasa bersalah jika melakukan sesuatu yang tidak betul. iii. Perlakuan Moral Tindakan berdasarkan penaakulan moral dan perasaan moral yang dilakukan secara rela hati dengan rasa tanggungjawab dan akauntabiliti. 6

Organisasi Standard Kurikulum Standard Kurikulum modul ini disusun supaya mempunyai kesinambungan dengan pengetahuan dan kemahiran di Tingkatan 2 hingga 3. Standard Kandungan mempunyai satu atau lebih Standard Pembelajaran yang dikonsepsikan berdasarkan bidang pembelajaran tertentu. Standard Kandungan ditulis mengikut hierarki dalam domain kognitif dan afektif. Pernyataan Standard Kandungan ini merupakan pernyataan umum yang mengandungi unsur pengetahuan, kemahiran berfikir, sikap dan nilai murni yang sesuai dengan Standard Pembelajaran yang dihasratkan. Secara am, Standard Pembelajaran disusun mengikut hierarki dari mudah ke kompleks, sungguhpun begitu urutan Standard Pembelajaran dan Kriteria Pencapaian boleh diubahsuai mengikut kesesuaian dan keperluan pembelajaran. Aktiviti boleh dipelbagaikan untuk mencapai satu Standard Kandungan bagi memenuhi keperluan pembelajaran, sesuai dengan kebolehan serta gaya pembelajaran murid. Guru digalakkan merancang aktiviti yang dapat melibatkan murid secara aktif bagi menjana pemikiran secara analitis, kritis, inovatif dan kreatif di samping menggunakan teknologi sebagai wahana dalam mencapai Standard Kandungan tersebut dengan lebih berkesan. Selain daripada itu, kurikulum ini turut menerapkan elemen keusahawanan, kreativiti dan inovasi sebagai persediaan ke arah menyediakan modal insan yang berupaya menyumbang ke arah menjadikan negara sebagai negara berpendapatan tinggi selaras dengan hasrat Model Baru Ekonomi. Kurikulum Standard Pendidikan Moral Sekolah Menengah bagi Pendidikan Asas Vokasional digubal mengikut tema dan mengandungi tiga (3) tema yang menjadi wahana untuk menyampaikan nilai-nilai universal. Penggubalan tema ini mengambil kira struktur hubungan murid dengan persekitarannya. Tema-tema tersebut adalah seperti berikut : TINGKATAN TEMA Diri, Keluarga dan Persahabatan 1 hingga 3 Diri, Komuniti dan Masyarakat Moraliti, Peraturan dan Undang-Undang 6

Bagi membolehkan nilai-nilai universal dipupuk secara berterusan dalam diri murid, nilai yang sama diajar setiap tahun iaitu dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3. Walaupun nilai itu diulang, tema dan standard kandungan adalah berbeza selaras dengan tahap perkembangan dan kematangan murid. Nilai-nilai universal Kurikulum Standard Pendidikan Moral Sekolah Menengah bagi Pendidikan Asas Vokasional adalah seperti berikut : 1. Kepercayaan Kepada Tuhan Keyakinan wujudnya Tuhan sebagai pencipta alam dan mematuhi segala suruhannya berlandaskan pegangan agama masing-masing selaras dengan prinsip Rukun Negara 2. Baik Hati Kepekaan terhadap perasaan dan kebajikan orang lain dengan memberi bantuan dan sokongan secara tulus ikhlas 3. Bertanggungjawab Kesanggupan untuk memikul dan melaksanakan tugas serta kewajipan dengan sempurna 4. Berdikari Kebolehan dan kesanggupan melakukan sesuatu tanpa bergantung kepada orang lain 5. Harga Diri Memulia dan menjaga maruah diri dalam kehidupan 6. Hemah Tinggi Beradab dan berbudi pekerti mulia dalam pergaulan sesama manusia 7. Hormat Menghargai seseorang dan peraturan institusi sosial 8. Kasih Sayang Kepekaan dan perasaan cinta yang mendalam serta berkekalan yang lahir daripada hati yang ikhlas 9. Kebebasan Boleh melakukan sesuatu tanpa batasan asalkan kebebasan itu tertakluk kepada peraturan dan undang-undang yang ditentukan oleh agama, masyarakat dan negara 10. Keberanian Kesanggupan untuk menghadapi cabaran dengan yakin dan tabah hati 7

11. Kejujuran Kewajipan bercakap benar bersikap amanah dan ikhlas dalam setiap perlakuan 12. Kerajinan Usaha yang berterusan penuh dengan semangat ketekunan, kecekalan, kegigihan,dedikasi dan berdaya maju dalam melakukan sesuatu perkara 13. Kerjasama Usaha yang baik dan membina yang dilakukan secara bersama pada peringkat individu, komuniti, masyarakat atau negara untuk mencapai sesuatu matlamat 14. Kesederhanaan Bersikap tidak keterlaluan dalam membuat pertimbangan dan tindakan sama ada dalam pemikiran, pertuturan atau perlakuan tanpa mengabaikan kepentingan diri dan orang lain 15. Kesyukuran Perasaan dan perlakuan yang dilahirkan secara ikhlas di atas nikmat dan kesenangan yang diperolehi 16. Rasional Boleh berfikir berdasarkan alasan dan bukti yang nyata dan dapat mengambil tindakan berasaskan pertimbangan yang wajar 17. Patriotisme Bangga dan taat setia kepada negara 18. Toleransi Kesanggupan bertolak ansur, sabar dan mengawal diri bagi mengelakkan berlaku pertelingkahan dan perselisihan faham PEMUPUKAN KEMAHIRAN MENERUSI PENDIDIKAN MORAL Kemahiran Utama Pendidikan Moral memberi peluang kepada murid menguasai kemahiran-kemahiran tertentu seperti kemahiran generik, kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif, kemahiran menyelesaikan konflik dan kemahiran sosial. Penguasaan kemahiran-kemahiran ini akan membolehkan murid menghadapi dunia ledakan maklumat dan alaf baru dengan penuh keyakinan dan sikap bertanggungjawab sosial dan moral. Penguasaan kemahiran ini juga akan membantu pembinaan daya tahan dan kebolehan menghadapi segala tekanan dan cabaran hidup dalam kalangan murid. Mengajar murid kemahiran-kemahiran ini boleh dianggap sebagai satu cara memupuk dan merangsang perkembangan moral mereka. 8

Kemahiran Penyelesaian Konflik Guru boleh mengajar kemahiran penyelesaian konflik yang akan membantu murid membuat keputusan berasaskan nilai dengan mengambil kira perbezaan nilai yang ada pada diri sendiri dan orang lain. Penguasaan kemahiran penyelesaian konflik melalui Pendidikan Moral boleh membantu murid berhubung atau berkomunikasi dengan orang lain secara lebih berkesan dan mengelakkan sebarang konflik. Kemahiran Pemikiran Kritikal Guru juga perlu mengajar murid cara menggunakan kemahiran pemikiran kritikal berpandukan pengetahuan moral supaya murid dapat menilai sama ada sesuatu tindakan atau perkara itu bermoral atau tidak. Dalam konteks ini, pengajaran kemahiran ini akan membantu menyemai nilai moral dalam jiwa murid. Kemahiran pemikiran kritikal ini juga membantu murid menyelesaikan masalah dan membuat keputusan yang lebih baik dan seterusnya berjaya dalam kerjaya mereka. Kemahiran Pemikiran Kreatif Kebolehan berfikir secara kreatif membantu murid mencari cara penyelesaian dan alternatif yang lebih baik ketika menghadapi masalah dan konflik dalam kehidupan. Pendidikan Moral memberi peluang kepada murid untuk berfikir secara kreatif dalam menjalankan aktiviti yang bermanfaat untuk diri sendiri dan orang lain. Kemahiran Menentang Tekanan Rakan Sebaya Penguasaan kemahiran menentang tekanan rakan sebaya sangat penting dalam pendidikan nilai atau moral, khususnya apabila kemahiran ini digunakan dalam usaha pencegahan salah guna dadah atau sebarang bentuk salah laku yang lain. Mengajar murid menentang tekanan rakan sebaya tidak bermakna mengajar mereka tidak mempedulikan nasihat yang baik daripada rakan sebaya tetapi mengajar murid supaya berfikir, berbincang dengan sumber lain dan mempertahankan nilai moral diri. Kemahiran Mengkaji Masa Depan Pendidikan Moral memupuk kemahiran mengkaji masa depan dalam kalangan murid iaitu pendekatan pembelajaran yang membolehkan murid menyedari tentang isu atau permasalahan yang berlaku pada masa lampau, masa kini dan masa depan. Ini membantu murid membuat ramalan, menjangka akibat serta bersedia menyesuaikan diri terhadap perubahan yang mungkin berlaku. Kemahiran Teknologi Maklumat Dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Moral, murid diberi kesempatan mencari dan memperoleh sumber-sumber maklumat yang tepat melalui Teknologi Maklumat dan Komunikasi seperti Internet, laman web, e-mail, CD-Rom dan sidang telekomunikasi. Aktiviti seperti ini dapat berfungsi sebagai perangsang dan pemangkin kepada perkembangan minda murid. Selain itu melalui Pendidikan Moral, murid dapat membuat pertimbangan dengan mencari maklumat yang positif dan mengelakkan mereka daripada melayari laman-laman web yang berunsur negatif. 9

Kemahiran Sosial Kemahiran sosial memberi penekanan kepada kebolehan murid untuk berkomunikasi dengan orang lain dalam sesuatu situasi yang boleh diterima oleh masyarakat dan pada masa yang sama bermanfaat kepada diri dan orang lain. Kemahiran sosial ini boleh diajar dengan menggunakan pelbagai kaedah pengajaran. Penilaian Bagi mengukur pembelajaran murid dalam Kurikulum Standard Pendidikan Moral Sekolah Menengah bagi Pendidikan Asas Vokasional dari segi penaakulan moral, perasaan moral dan perlakuan moral, pelbagai kaedah penilaian digunakan. Beberapa bentuk penilaian yang boleh dijalankan ialah ujian, tugasan individu dan berkumpulan, pemerhatian, senarai semak dan kerja amal. Dalam merancang dan melaksanakan kurikulum ini, tumpuan diberikan kepada perkembangan dan penguasaan kemahiran berfikir serta kemahiran belajar. Ini membolehkan murid membuat keputusan secara bijak dan rasional dalam menghadapi cabaran hidup. Kepelbagaian kecerdasan dan latar belakang murid perlu diambil kira bagi memupuk, mengukuh dan memperkayakan pengalaman pembelajaran mereka. Usaha ini diharap membentuk insan yang peka kepada isu atau konflik yang berlaku dan mampu membuat ramalan, menjangka akibat serta mengendalikan perubahan yang berlaku ke arah keharmonian dan kecemerlangan hidup. Strategi Pengajaran dan Pembelajaran Proses pengajaran dan pembelajaran adalah berpusatkan murid untuk menggalakkan pembelajaran, mengekalkan minat dan menimbulkan kesedaran murid supaya terus maju dengan menggunakan pendekatan holistik seperti berikut: Pendekatan modular berasaskan kompetensi Pendekatan pembelajaran berasaskan masalah, tugasan dan aktiviti Pendekatan pembelajaran melalui penghasilan produk Pembelajaran autentik (kontekstual dan konstruktif) Pembelajaran kolaboratif dan koperatif Pembelajaran masteri Integrasi TMK merentas kurikulum Integrasi keusahawanan merentas kurikulum Lawatan industri Pengurusan kewangan berhemah 10

PEMETAAN STANDARD KANDUNGAN DAN STANDARD PEMBELAJARAN PROGRAM ASAS VOKASIONAL (PAV) TINGKATAN 1-3 BAGI MATA PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL STANDARD KANDUNGAN 1. Membentuk kecemerlangan diri, keluarga dan persahabatan Di akhir Tingkatan 3, murid akan dapat : STANDARD PEMBELAJARAN TINGKATAN 1 TINGKATAN 2 TINGKATAN 3 1.1 Mengenal pasti kepelbagaian agama dan kepercayaan masyarakat Malaysia 1.1 Menghargai anugerah Tuhan 1.1 Melaksanakan ajaran agama atau kepercayaan masingmasing Menyatakan, menceritakan, menyenaraikan, menyedari dan mengamalkan ajaran agama dalam kehidupan seharian. Cadangan Nilai: Nilai kepercayaan kepada Tuhan Nilai baik hati Nilai hemah tinggi Nilai hormat Nilai harga diri Nilai kasih sayang Nilai kesyukuran Nilai bertanggungjawab 1.2 Melaksanakan tanggungjawab untuk mencapai kecemerlangan diri 1.3 Melaksanakan tanggungjawab dalam keluarga 1.4 Menjalin persahabatan dengan rakan sebaya 1.2 Membentuk perwatakan diri yang cemerlang 1.3 Melaksanakan cara hidup keluarga bahagia 1.4 Menjalin persahabatan yang baik 1.2 Membina kecemerlangan diri 1.3 Mengekalkan tradisi kekeluargaan. 1.4 Memuliakan persahabatan

2. Melaksanakan kecemerlangan diri dalam komuniti dan masyarakat Di akhir Tingkatan 3, murid akan dapat : TINGKATAN 1 TINGKATAN 2 TINGKATAN 3 2.1 Mengamalkan gaya hidup sihat 2.1 Membentuk diri menjadi remaja berhemah 2.1 Melibatkan diri dalam kegiatan sosial masyarakat Menyatakan, menyenaraikan, menyedari, menunjukkan dan mengamalkan tanggungjawab diri. 2.2 Mengekalkan kesejahteraan hidup berjiran 2.2 Menghargai kepelbagaian perayaan di Malaysia 2.2 Membina semangat kekitaan Cadangan Nilai: Nilai berdikari Nilai bertanggungjawab Nilai kerjasama Nilai patriotisme Nilai toleransi Nilai rasional Nilai kerajinan 2.3 Menjaga keselamatan kawasan kediaman 2.3 Menyumbang ke arah pembentukan masyarakat penyayang 2.3 Menyumbang ke arah melahirkan masyarakat cemerlang 2.3 Mengekalkan keindahan alam sekitar di tempat awam 2.4 Melaksanakan aktiviti kitar semula 2.4 Mengamalkan 5R (Reduce, Reuse, Recycle, Repair, Rethink)

3. Mematuhi moraliti, peraturan dan undang-undang Di akhir Tingkatan 3, murid akan dapat : TINGKATAN 1 TINGKATAN 2 TINGKATAN 3 3.1 Mengamalkan adab di rumah 3.1 Mengamalkan adab di tempat awam 3.1 Mengamalkan adab dalam majlis rasmi Menyatakan, menyenaraikan, menyedari, menceritakan, melaksanakan dan menunjukkan penghargaan kepada masyarakat sejagat. 3.2 Mengelakkan ketagihan yang membawa mudarat 3.2 Mengamalkan Etika Alam Siber 3.2 Menghindarkan diri daripada terlibat dalam jenayah juvenil Cadangan Nilai: Nilai kasih sayang Nilai kerjasama Nilai kejujuran Nilai kesederhanaan Nilai keberanian Nilai bertanggungjawab Nilai kebebasan 3.3 Mematuhi peraturan di sekolah 3.3 Mematuhi Peraturan dan Undang-Undang Jalan Raya 3.3 Mematuhi hak kebebasan bersuara 3.4 Mengamalkan peraturan keluarga 3.4 Menghormati norma kejiranan 3.4 Memelihara norma dalam komuniti 3.5 Mematuhi Hak Kanak- Kanak 3.5 Menjauhi perlakuan rasuah 3.5 Mematuhi undangundang untuk kedamaian sejagat

TINGKATAN 3 : TEMA 1 DIRI, KELUARGA DAN PERSAHABATAN STANDARD KANDUNGAN 1.0 Membina kecemerlangan diri, keluarga dan persahabatan STANDARD PEMBELAJARAN 1.1 Melaksanakan ajaran agama atau kepercayaan masing-masing KRITERIA PENCAPAIAN 1.1.1 Menyenaraikan ajaran agama atau kepercayaan masing- masing. 1.1.2 Menyatakan kesedaran kepentingan ajaran agama atau kepercayaan. 1.1.3 Melaksanakan ajaran agama atau kepercayaan dalam aktiviti seharian. 1.2 Membina kecemerlangan diri 1.2.1 Menyenaraikan ciri-ciri kecemerlangan diri. 1.2.2 Menyatakan kesedaran perlunya kecemerlangan diri. 1.2.3 Mengamalkan gaya hidup cemerlang dalam kehidupan seharian. 1.3 Mengekalkan tradisi kekeluargaan 1.3.1 Menyenaraikan tradisi dalam keluarga. 1.3.2 Menyatakan kesedaran kebaikan mengekalkan tradisi keluarga masing-masing. 1.3.3 Mengamalkan tradisi keluarga dalam kehidupan seharian. 1.4 Memuliakan persahabatan 1.4.1 Menyatakan batasan dalam persahabatan. 1.4.2 Menyatakan kesedaran perlunya beradab dalam persahabatan. 1.4.3 Mengamalkan tingkah laku beradab dalam persahabatan.

TINGKATAN 3 : TEMA 2 DIRI, KOMUNITI DAN MASYARAKAT STANDARD KANDUNGAN 2.0 Melaksanakan kecemerlangan diri dalam komuniti dan masyarakat STANDARD PEMBELAJARAN 2.1 Melibatkan diri dalam kegiatan sosial masyarakat KRITERIA PENCAPAIAN 2.1.1 Menyatakan tanggungjawab sosial dalam kehidupan bermasyarakat. 2.1.2 Menyatakan kesedaran melaksanakan tanggungjawab sosial dalam kehidupan bermasyarakat. 2.1.3 Mengamalkan tanggungjawab sosial dalam kehidupan bermasyarakat. 2.2 Membina semangat kekitaan 2.2.1 Menyenaraikan ciri-ciri masyarakat yang mengamalkan semangat perpaduan. 2.2.2 Menyatakan kesedaran kepentingan perpaduan dalam memupuk semangat kekitaan. 2.2.3 Melibatkan diri dalam aktiviti kemasyarakatan. 2.3 Menyumbang ke arah melahirkan masyarakat cemerlang 2.3.1 Menyenaraikan ciri-ciri masyarakat cemerlang. 2.3.2 Menyatakan kesedaran kepentingan masyarakat cemerlang. 2.3.3 Mengamalkan kehidupan masyarakat cemerlang. 2.4 Mengamalkan 5R (Reduce, Reuse, Recycle, Repair, Rethink) 2.4.1 Menyatakan maksud 5R. 2.4.2 Menyatakan kesedaran kepentingan amalan 5R dalam kehidupan seharian. 2.4.3 Mempraktikkan amalan program 5R untuk menjana pendapatan.

TINGKATAN 3 : TEMA 3 MORALITI, PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG STANDARD KANDUNGAN 3.0 Mematuhi moraliti, peraturan dan undangundang STANDARD PEMBELAJARAN 3.1 Mengamalkan adab dalam majlis rasmi KRITERIA PENCAPAIAN 3.1.1 Menyenaraikan adab dalam majlis rasmi. 3.1.2 Menyatakan kesedaran kebaikan beradab dalam majlis rasmi. 3.1.3 Mengamalkan adab dalam majlis rasmi. 3.2 Menghindarkan diri daripada terlibat dalam jenayah juvenil 3.2.1 Menyenaraikan jenayah juvenil. 3.2.2 Menyatakan kesan jenayah juvenil. 3.2.3 Menyatakan kesedaran menjauhi jenayah juvenil. 3.2.4 Mengamalkan tingkah laku mulia tanpa jenayah juvenil dalam kehidupan seharian. 3.3 Menghormati kebebasan bersuara 3.3.1 Menyatakan maksud kebebasan bersuara. 3.3.2 Menyenaraikan kesan kebebasan bersuara. 3.3.3 Menyatakan kesedaran kepentingan kebebasan bersuara dengan batasan tertentu. 3.3.4 Mengamalkan kebebasan bersuara dengan batasan tertentu dalam kehidupan seharian. 3.4 Memelihara norma dalam komuniti 3.4.1 Menyatakan norma dalam komuniti. 3.4.2 Menyatakan kesedaran pengabaian norma dalam komuniti. 3.4.3 Mengamalkan norma yang diterima dalam komuniti untuk kestabilan sosial.

3.5 Mematuhi undang-undang 3.5.1 Menyenaraikan undang-undang antarabangsa yang antarabangsa untuk menjamin keamanan sejagat. keamanan sejagat 3.5.2 Menyatakan kesedaran perlunya mematuhi undangundang antarabangsa. 3.5.3 Menyokong usaha untuk mengekalkan keamanan sejagat.

Terbitan: 20