TAKAFULINK DANA EKUITI DINASTI PROFIL DANA 2015

dokumen-dokumen yang mirip
TAKAFULINK DANA EKUITI PROFIL DANA 2015

TAKAFULINK DANA BON PROFIL DANA 2015

TAKAFULINK DANA SIMPANAN PROFIL DANA 2015

TAKAFULINK DANA URUS PROFIL DANA 2015

PruBSN Warisan. Mampukah dia berdikari tanpamu satu hari nanti?

Lembaran Fakta Dana. Dana Income Plus Select Balanced Fund Select Bond Fund Select Dividend Fund

DALAM USAHA MEMENUHI IMPIAN HIDUP ANDA, RANCANGLAH LEBIH AWAL. PruBSN UmmahLink DALAM USAHA MEMENUHI IMPIAN HIDUP ANDA, RANCANGLAH LEBIH AWAL

Giro Takaful Asas. Perlindungan Takaful yang MENINGKAT bersama anda BSNMalaysia

Giro Takaful Premier. Pelan yang melindungi segala yang penting bagi anda BSNMalaysia

Nikmati detik indah bersama keluarga dan keupayaan untuk melindungi mereka.

PruBSN Anugerah. Sentiasa disisimu.

PruBSN PROTECT LINDUNGI HAK DAN KEUTAMAAN KITA. LINDUNGILAH YANG TERSAYANG.

Giro Takaful Pelindung

LAMPIRAN MAKLUMAT PRODUK. Sila baca Helaian Penerangan Produk ini sebelum anda membuat keputusan untuk menyertai Skim Kenderaan Persendirian.

PRUlink global fund (Foreign)

PLUS Tarikh: 21/01/2015. Pelan Takaful ini matang apabila Orang Yang Dilindungi berumur seratus (100) tahun.

RISALAH PENDEDAHAN PRODUK AKAUN PELABURAN KHAS (SIA)

PUBLIC ISLAMIC GLOBAL EQUITY FUND

PRUretirement growth PERSARAAN. Kami kini mempunyai pendapatan terjamin untuk kesenangan selepas bersara.

HELAIAN PENERANGAN PRODUK. Skim Pampasan Pekerja Asing

NOTIS PENTING: INI ADALAH PRODUK AKAUN PELABURAN YANG TERIKAT KEPADA PRESTASI ASET, DAN BUKAN PRODUK DEPOSIT.

Giro Takaful Impian. Berikan anak anda inspirasi untuk CAPAI YANG TERBAIK

Lembaran Maklumat Produk- Pembiayaan Aliran Tunai Peribadi-i

Akaun Pelaburan Waheed Laporan Prestasi Dana Bagi Suku Tahunan Berakhir 31 Mac 2017

AKAUN MATAWANG ASING TERMA DAN SYARAT

PELAN SEMUA-DALAM-SATU YANG MERANGKUMI SEGALA KEPERLUAN PERLINDUNGAN DAN PELABURAN ANDA

Akaun Pelaburan Waheed

Akaun Pelaburan Wafiyah

Kenapa membeli insurans atau menyertai skim takaful? Apakah jenis produk insurans/ takaful yang saya perlukan?

Seminar Unit Amanah. Siti Uraidah Udin

PB ISLAMIC ASIA EQUITY FUND

Simpanan. Dapatkan Pemangkin untuk. Manfaat. Sentiasa Mendengar. Sentiasa Memahami.

PUBLIC GROWTH BALANCED FUND PUBLIC DANA TUMBUH IMBANG (PGRBF)

4. Apakah senario yang mungkin mencetuskan perubahan pada IBR?

Lembaran Maklumat Produk- Pembiayaan Peribadi-i

PUBLIC INDUSTRY GROWTH FUND PUBLIC DANA TUMBUH INDUSTRI (PINDGF)

Bank of America Malaysia Berhad Piagam Perkhidmatan Pelanggan

GANJARAN KEPADA SI MANJA ANDA DENGAN HADIAH PENDIDIKAN

Lembaran Maklumat Produk- Pembiayaan Aliran Tunai Peribadi-i LEMBARAN MAKLUMAT PRODUK

Elitelink Pilih perlindungan paling bersesuaian dengan gaya hidup anda dan kemewahan berterusan.

1. Apakah yang ditawarkan di bawah produk ini? 2. Apakah konsep Syariah yang digunapakai? Page 1 of 6 LEMBARAN MAKLUMAT PRODUK

PB CHINA AUSTRALIA EQUITY FUND

Celik Wang Pengurusan Wang Secara Bijak. Diterbitkan oleh: Not To Be Reproduced

4. Apakah kewajipan yang perlu pelanggan laksanakan sekiranya pelanggan membeli produk ini?

Akaun Semasa Mudarabah

PENYATA PENDEDAHAN PRODUK. BSN MyHome-i

Diterbitkan oleh: AKPK_HB_BM_FA.indb 1 2/25/11 11:47:07 AM

PB ASIA EMERGING GROWTH FUND

Berurusan dengan Pengantara Takaful

Takaful Keluarga. i-great MURNI. Ia Pasti Mudah! TIADA pengunderaitan perubatan. Jumlah Perlindungan Asas sehingga RM500,000.

DASAR ANTI RASUAH RGIS

DANA GROWTH TAKAFUL IKHLAS

4. Apakah kewajipan yang perlu pelanggan laksanakan sekiranya pelanggan membeli produk ini?

Pengurusan Kekayaan OCBC Al-Amin Lembaran Maklumat Produk Deposit

Akaun Pelaburan Waheed Laporan Prestasi Dana Bagi Suku Tahunan Berakhir 30 Jun 2017

ALIRAN TUNAI PERIBADI-i TAWARRUQ

Nota-nota Penyata Kewangan (Samb.)

Kandungan. Apakah perbankan Islam? Perbankan Islam di Malaysia. Pematuhan prinsip Syariah Konsep Syariah dalam perbankan Islam. Soalan Lazim.

Bagi tujuan Notis Privasi ini, sila ambil perhatian bahawa:

pengurusan wang ringgit anda Diterbitkan oleh: Not To Be Reproduced

Jaminan Fideliti Terma & Syarat

HELAIAN KETERANGAN PRODUK

TAKAFUL IKHLAS GROWTH FUND

Amalan Dengan Ketekunan Wajar. 5. Siapa Yang Harus Melaksanakan Ketekunan Wajar? 6. Apakah Skop Sesuatu Kajian Semula Ketekunan Wajar?

VERSI-1/04/01/2017/CIP/T&C/BM. Terma dan Syarat Pelan Ansuran Tunai Melalui Panggilan Telefon ( CIP ) AFFINBANK

15 HARTANAH DALAM PEMBINAAN DAN UNTUK DIJUAL Kumpulan

Lembaran Maklumat Produk Al-Ansar Pembiayaan Perniagaan-i (Tawarruq)

TERMA DAN SYARAT KHUSUS BAGI DEPOSIT BERTEMPOH BERASASKAN KOMODITI MURABAHAH (Tarikh Berkuatkuasa: Oktober 2016) [Layak dilindungi oleh PIDM]

HELAIAN PENERANGAN PRODUK. mysme BizPartner Takaful

Penukaran Akaun Deposit Bertempoh Soalan-Soalan Lazim

Terma-terma dan Syarat-syarat 0% Easy Pay CIMB

Bank Pertanian Malaysia Berhad ( U) LEMBARAN MAKLUMAT PRODUK

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA

Consultant Anda : Haire Kahfi, Mobile : , TAKAFULINK EDUCATION TP212/1/L

PANDUAN UNTUK PEMOHON PERKONGSIAN ANTARABANGSA

HELAIAN PENERANGAN PRODUK. Kebakaran. Sila baca Helaian Penerangan Produk ini sebelum anda membuat keputusan untuk menyertai Skim Kebakaran.

Sila harap maklum bahawa perubahan berikut (perkataan digelapkan) telah dibuat ke atas Terma & Syarat AFFINBANK Debit MasterCard anda.

PUBLIC ISLAMIC ASIA TACTICAL ALLOCATION FUND PUBLIC DANA ALOKASI TAKTIKAL ASIA ISLAMIK (PIATAF)

Savings. Dapatkan pemangkin untuk. Manfaat

BSN memberi perkhidmatan kepada pelanggan yang membeli kederaan baru dan import terpakai terpilih sahaja. Kemudahan ini terbuka kepada:

1. Apakah yang ditawarkan di bawah produk ini? 2. Apakah konsep Syariah yang digunapakai? Page 1 of 6 LEMBARAN MAKLUMAT PRODUK

Tarikh : 21/01/2015. Jumlah Dilindungi. 1. Kematian dan Hilang Keupayaan Kekal Bagi setiap RM10, Perbelanjaan Pengkebumian RM1,000.

UNITED OVERSEAS BANK (MALAYSIA) BHD (271809K)

HELAIAN PENERANGAN PRODUK

Skim mypa Care. Date: 12 July 2016

Lembaran Maklumat Produk- Pembiayaan Aliran Tunai Peribadi-i LEMBARAN MAKLUMAT PRODUK

Risalah Pendedahan Produk Pembiayaan Kenderaan-i

PILIHAN UNGGUL ANDA MENUJU HARI PERSARAAN YANG SELESA

PANDUAN UNTUK PEMOHON FIRMA GUAMAN ASING BERKELAYAKAN

LEMBARAN MAKLUMAT PRODUK

RISIKO-RISIKO ORGANISASI

LEMBARAN PENDEDAHAN PRODUK

PEMBIAYAAN PERIBADI-I TAWARRUQ

HELAIAN PENZAHIRAN PRODUK

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA GP22: GARIS PANDUAN PERMOHONAN PEMBAYARAN HONORARIUM KEPADA ANGGOTA LEMBAGA KOPERASI BAHAGIAN A : PENGENALAN

PENYATA PENDEDAHAN PRODUK. Sewa Beli - NonBPA

K E L U A R G A D E N G G

Fasal-fasal yang dipinda bagi Terma & Syarat Pelan Ansuran Tunai Melalui Panggilan Telefon ( CIP ) AFFIN

NOTIS PRIVASI. 1.4 Untuk tujuan-tujuan Notis Privasi ini, sila ambil perhatian bahawa:

Pemegang Kad hendaklah membaca dan memahami Terma dan Syarat Kad Debit-i Visa BSN sebelum menggunakan Kad

Transkripsi:

TAKAFULINK DANA EKUITI DINASTI PROFIL DANA 2015

TAKAFUL & KAMI Takaful merupakan konsep saling membantu yang berdasarkan pada prinsip-prinsip tanggungjawab bersama, kerjasama dan manfaat umum. Setiap peserta yang dilindungi menyumbang berdasarkan Tabarru (derma) ke dalam sebuah dana yang akan digunakan untuk membantu satu sama lain pada masa ia diperlukan. Prinsip Takaful ialah untuk mendukung prinsip persaudaraan. Berpegang teguh pada etika dan ketelusan prinsip Syariah yang melarang ketidakpastian (Gharar), perjudian (Maisir) dan faedah (Riba). Di Prudential BSN Takaful (PruBSN), kami mendukung nilai-nilai ini melalui amalan profesional yang dapat menyediakan segala yang diperlukan oleh peserta-peserta kami. Nilai-nilai ini jelas dalam setiap transaksi kami. Nilai-nilai inilah yang menjadikan kami pilihan berhemat. Dana* kami hanya dilaburkan di dalam pelaburan patuh Syariah, di dalam dan luar negara. Setiap pelaburan dibuat selepas mengambil kira risiko dan pulangan yang terlibat. Melalui rangkaian agensi dan rakan niaga, kami menyediakan pelbagai produk inovatif yang melindungi anda dalam segala aspek kehidupan anda. Daripada perlindungan ke simpanan hingga keperluan kerohanian anda, setiap produk kami direka bentuk bagi memberikan ketenangan minda untuk anda. *Dana-dana Takafulink adalah instrumen pelaburan yang mematuhi Syariah.

CIri-ciri Dana Objektif Pelaburan Strategi Pelaburan & Pendekatan Peruntukan Aset Tanda Aras Prestasi Pengurus Dana Caj Pengurusan Aset Wakalah Dana bertujuan untuk menyediakan penambahan modal jangka panjang dengan melabur di dalam pelaburan yang mematuhi Syariah yang mempunyai pendedahan di rantau Greater China. Dana bertujuan untuk mencapai objektif dengan melabur di dalam Dana Ekuiti Dinasti Eastspring Investments (DEF) yang diuruskan oleh Eastspring Investments Berhad (EIB). Sehingga 100% NAV Dana ke dalam DEF; dan Baki NAV dana yang tidak dilaburkan dalam DEF akan dilaburkan dalam instrumen pasaran wang Islam. Indeks Pasaran Islam Greater China Dow Jones. Maklumat lanjut mengenai tanda aras boleh didapati di www.bloomberg.com. Eastspring Investments Berhad (531241-U) 1.5% setahun

Prestasi Dana Tahun Takafulink Dana Ekuiti Dinasti Tanda Aras* 2015 18.53% 16.97% 2014 3.74% 9.91% 2013 10.03% 18.04% 2012 10.55% 10.71% 2011 (11.34%) (16.48%) Nota Penting: Ini adalah prestasi untuk dana pelaburan semata-mata dan bukan pulangan yang diperolehi daripada sumbangan sebenar yang dibayar untuk produk takaful berkaitan pelaburan. *Tanda aras 2011 2015: Indeks Pasaran Islam Greater China Dow Jones. Notis: Prestasi lampau Dana bukan satu petunjuk untuk prestasi masa hadapan. Penentuan Harga Unit Penentuan harga unit dilakukan setiap hari. Harga unit dikira berdasarkan pada nilai pasaran aset-aset yang berkaitan bagi Dana, dibahagikan dengan bilangan unit yang dikeluarkan. Dana Takafulink tidak membayar sebarang dividen. Semua pendapatan dan keuntungan modal adalah diambil kira secara automatik ke dalam harga unitnya. Harga unit ialah harga tunggal di mana unit diwujudkan dan dibatalkan. Penentuan Harga Hadapan Unit diwujudkan dan dibatalkan pada tarikh penentuan harga berikutnya selepas penerimaan sumbangan atau pemberitahuan tuntutan masing-masing. Dasar pengiraan prestasi lampau: = NAV* Untuk Tahun n % - 100% NAV* Untuk Tahun n-1 *NAV ialah pada dasar seunit

Faktor Risiko Sila rujuk kepada butiran Faktor Risiko yang disenaraikan di bawah mengikut aturan kepentingannya: Risiko Pasaran Risiko pasaran merujuk kepada potensi kerugian yang mungkin timbul daripada perubahan dalam harga pasaran pelaburan. Harga sekuriti patuh Syariah yang dilabur oleh dana, berubah sebagai tindak balas kepada pelbagai faktor. Sebagai contoh, peristiwa atau berita yang berkaitan dengan sekuriti patuh Syariah serta pasaran umum dan/atau keadaan ekonomi. Risiko Kecairan Ini merujuk kepada kadar di mana sekuriti patuh Syariah yang boleh dijual pada nilai atau nilai yang hampir dengan nilai berpatutan bergantung kepada jumlah yang diniagakan di pasaran. Sekuriti patuh Syariah yang tidak kerap diniagakan boleh dianggap sukar dicairkan dengan kemungkinan pelupusan berdiskaun dari harga yang berpatutan, sekiranya pengeluaran tersebut diperlukan untuk memenuhi keperluan kecairan dana. Risiko ini mungkin menjejaskan kedua-dua sukuk dan ekuiti patuh Syariah. Risiko ini dikurangkan melalui proses pemilihan sekuriti patuh Syariah yang sistematik dan kepelbagaian sekuriti dalam portfolio. Risiko Sekuriti Sebarang pergerakan negatif dalam harga suatu sekuriti patuh Syariah yang dilaburkan oleh DEF boleh menjejaskan NAV. Pengurus Dana akan berusaha untuk mengurangkan kesan risiko sekuriti patuh Syariah tertentu dengan mempelbagaikan sekuriti dalam portfolio.

Faktor Risiko Risiko Mata Wang Risiko ini adalah berkaitan dengan pelaburan denominasi dalam mata wang yang berbeza daripada mata wang asas Dana. Walaupun Dana tersebut denominasi di dalam Ringgit Malaysia, pelaburan asas mungkin didenominasikan dalam mata wang tempatan masing-masing (seperti Rupiah Indonesia, Dollar Hong Kong, Dollar Singapura, dan lain-lain). Prestasi Dana ini akan dipengaruhi oleh pergerakan dalam kadar pertukaran antara mata wang tempatan dan Ringgit Malaysia. Sebagai contoh, sekiranya Ringgit Malaysia menjadi lebih kukuh berbanding Dollar Hong Kong, pelaburan dalam denominasi Dollar Hong Kong mungkin menghadapi kerugian mata wang sebagai tambahan kepada apa-apa keuntungan atau kerugian modal, yang akan memberi kesan kepada NAV Dana ini. Dana tidak berhasrat untuk menggunakan apa-apa kaedah perlindungan nilai mata wang untuk mengurangkan risiko mata wang. Risiko Negara Dana ini mungkin terjejas oleh risiko khusus kepada negara-negara di mana DEF melabur. Risiko tersebut mungkin disebabkan oleh tetapi tidak terhad kepada perubahan di dalam setiap asas ekonomi negara, kestabilan sosial dan politik, perubahan matawang dan dasar pelaburan asing. Faktor-faktor ini boleh memberi kesan kepada nilai pelaburan di negara itu dan seterusnya juga boleh menjejaskan NAV Dana. Pelaburan dalam pasaran tertentu boleh dihadkan atau dikawal. Di sesetengah negara, pelaburan langsung dalam sekuriti patuh Syariah mungkin dilarang dan disekat kerana kehendak undang-undang. Kekurangan ini boleh meningkatkan kos urus niaga dan menjejaskan kecairan dan harga sekuriti patuh Syariah berkenaan. Pengurus Dana akan sentiasa memantau dan memerhati perkembangan di negara-negara di mana aset DEF dilaburkan. Di samping itu, Pengurus Dana akan menggunakan proses pelaburan yang bersistematik, termasuk kajian yang kerap, untuk mengurus dan mengurangkan risiko ini.

Faktor Risiko Risiko Ketidakpatuhan Risiko ini timbul daripada ketidakpatuhan undang-undang, peraturan, amalan, resolusi Syariah dan dasar dalaman yang ditetapkan oleh Pengurus Dana serta prosedur sama ada disebabkan oleh kesilapan atau kelalaian. Untuk mengurangkan risiko ini, Pengurus Dana telah mewujudkan kawalan dalaman bagi memastikan pematuhan berterusan dengan undang-undang, peraturan, amalan, resolusi Syariah dan polisi dalaman serta prosedur yang ditetapkan oleh Pengurus Dana. Risiko Syarikat Pengurusan Ini adalah risiko Pengurus Dana atas kesilapan yang tidak disengajakan, mungkin tidak mematuhi mandat pelaburan dana unit amanah. Risiko ini boleh dikurangkan oleh Pengurus Dana dengan yang berikut: - pemantauan oleh jawatankuasa pelaburan; - pemantauan had pelaburan dan sekatan dari sistem yang digunakan oleh Pengurus Dana dan peniaga untuk membuat pelaburan yang juga mempunyai keupayaan untuk memantau pelbagai peraturan dan keperluan dalaman seperti pelanggaran pelaburan; dan - laporan risiko operasi dan pelaburan berkala kepada pihak pengurusan kanan. Risiko Inflasi Inflasi menyebabkan kekurangan kuasa pembelian dan jika kadar inflasi sentiasa lebih tinggi daripada kadar pulangan pada pelaburan, nilai akhir sebenar pelaburan mungkin adalah negatif. Oleh itu, para pelabur harus mempertimbangkan potensi kadar pulangan sebenar sebelum membuat pelaburan.

Faktor Risiko Risiko Pengurusan Dana Sasaran Walaupun Pengurus Dana akan menggunakan kemahiran untuk memilih dana sasaran, ia tidak mempunyai kawalan ke atas pengurusan Dana ini dan tiada jaminan bahawa objektif pelaburan akan dicapai. Ini boleh mengakibatkan pelabur mengalami kerugian dalam pelaburan mereka dalam dana sasaran. Dana sasaran mungkin berubah objektif dan menjadi tidak selaras dengan objektif Dana masing-masing. Dalam keadaan tersebut, Pengurus Dana akan menggantikan dana sasaran yang sepadan dengan dana pelaburan kolektif patuh Syariah lain yang dianggap lebih sesuai oleh Pengurus Dana dalam memenuhi objektif Dana masing-masing. Pemegang unit akan diberitahu mengenai pertukaran tersebut. Risiko Pengelasan Semula Status Syariah Ini adalah risiko di mana sekuriti patuh Syariah dalam Dana boleh dikelaskan semula sebagai tidak patuh Syariah apabila kajian semula berkala untuk sekuriti oleh penasihat Syariah atau lembaga Syariah bagi indeks Islam yang berkaitan. Jika ini berlaku, Pengurus Dana akan mengambil langkah yang perlu untuk melupuskan sekuriti tersebut, bersesuaian dengan garis panduan yang telah diluluskan. Risiko Lesen Risiko ini berkaitan dengan pelaburan dalam sekuriti patuh Syariah yang tersenarai di negara yang memerlukan lesen sebelum membuat apa-apa pelaburan di negara tersebut. Lesen itu boleh dibatalkan/tidak diperbaharui sekiranya Pengurus Dana melanggar peraturan-peraturan yang berkaitan di negara tersebut. Jika ini berlaku, Dana terpaksa menjual semua saham patuh Syariah yang disenaraikan di bursa-bursa di negara itu dalam tempoh yang ditetapkan. Ini boleh menyebabkan kerugian, maka menjejaskan NAV Dana. Risiko ini akan dikurangkan oleh Pengurus Dana dengan tekun memantau dan mematuhi peraturan yang berkaitan di negara tersebut.

Faktor Risiko Risiko Derivatif Patuh Syariah Risiko bagi derivatif patuh Syariah berkemungkinan menjadi lebih tinggi daripada risiko bagi sekuriti patuh Syariah tradisional. Ketidakstabilan pada nilai NAV Dana tersebut mungkin menjadi lebih tinggi jika nilai yang dilaburkan di dalam derivatif patuh Syariah adalah lebih daripada 30% daripada nilai NAV Dana. Produk berstruktur Islam boleh mengandungi satu atau lebih derivatif patuh Syariah terkandung, termasuk opsyen Islam. Nilai opsyen berkenaan bergantung kepada pelbagai faktor-faktor pasaran, seperti peningkatan pada indeks rujukan asas, kebolehubahan atau ketidakstabilan pada indeks, kadar pulangan, kadar pertukaran matawang asing dan lain-lain. Nilai opsyen tersebut tidak semestinya berubah pada kadar yang setara dengan perubahan pada indeks rujukan asas. Tambahan pula, opsyen pada dasarnya, cenderung kepada penurunan bagi jangkamasa panjang, dengan andaian bahawa semua faktor-faktor pasaran yang lain kekal tidak berubah. Faktor-faktor ini memberi kesan pada nilai opsyen dan juga nilai pelaburan di mana ianya terkandung. Strategi Pengurusan Risiko Strategi pengurusan risiko yang digunapakai oleh Pengurus Dana termasuk yang berikut:- memantau keadaan pasaran dan ekonomi; memantau kepatuhan objektif dan sekatan serta batasan bagi Dana; memantau prestasi Dana; mengambil posisi defensif sementara, apabila perlu; dan menyalur dan malaporkan hal pelaburan kepada jawatankuasa pelaburan, pasukan pengurusan kanan, jawatankuasa audit dan pematuhan dan lembaga pengarah.

Maklumat Lain Pasaran Sasaran Dasar & Kekerapan Penilaian unit Keadaan dikecualikan Peserta dengan toleransi risiko yang tinggi dan jangka masa pelaburan yang panjang serta ingin mempunyai pendedahan pelaburan ke rantau Greater China. Penentuan harga Hadapan Harian. PruBSN berhak, di bawah keadaan tertentu (contohnya, apabila terdapat jumlah pelaburan tinggi yang luar biasa dalam tempoh yang singkat) untuk menangguhkan pengeluaran unit dan penyerahan sijil bagi tempoh tidak melebihi enam (6) bulan daripada tarikh permohonan. PruBSN akan menggantung penetapan harga unit dan transaksi sijil jika mana-mana bursa di mana Dana Dasar dilaburkan digantung buat sementara untuk didagangkan. Dalam keadaan sedemikian, notis bertulis akan diberi kepada peserta-peserta. PruBSN akan menggantungkan penentuan harga unit dan transaksi sijil jika Eastspring Investments Berhad (EIB) menggantung langganan Dana Ekuiti Dinasti Eastspring Investments.

Informasi Mengenai Dana Sasaran Dana Ekuiti Dinasti Eastspring Investments Strategi Pelaburan Dana ini bertujuan untuk mencapai objektif dengan melabur terutamanya dalam ekuiti patuh Syariah dan sekuriti berkaitan ekuiti syarikat yang beroperasi di rantau Greater China yang berpotensi menawarkan nilai menarik jangka panjang. Ini termasuk sekuriti patuh Syariah syarikat yang berpangkalan di Greater China yang tersenarai atau akan disenaraikan di bursa yang diiktiraf Republik Rakyat China, Hong Kong dan Taiwan, serta bursa lain yang diiktiraf seperti di Malaysia, Singapura dan Amerika Syarikat di mana pihak berkuasa kawal selia adalah ahli Organisasi Antarabangsa Suruhanjaya Sekuriti (IOSCO). Dana ini juga boleh melabur dalam pasaran asing yang tidak disenaraikan di atas di mana pihak berkuasa kawal selia adalah ahli IOSCO, Pengurus Dana akan melabur dalam pasaran tersebut setelah memaklumkan seperti yang diperlukan kepada Suruhanjaya Sekuriti. Dana ini akan menggunapakai pendekatan pelaburan bawah ke atas yang mematuhi Syariah tanpa kekangan penanda aras. Dana boleh mengurangkan potensi risiko penurunan ekuiti dengan melabur baki NAV Dana yang tidak dilaburkan dalam ekuiti patuh Syariah dan sekuriti yang berkaitan ekuiti ke dalam instrument kewangan Islam. Sekiranya berkenaan, Dana akan dilabur di dalam sukuk dengan penarafan kredit minimum AA3/P2 oleh RAM atau penarafan yang setaraf dengan mana-mana agensi penarafan domestik atau global yang lain. Sekiranya penarafan kredit sukuk diturunkan oleh agensi penarafan, Pengurus Dana akan melupuskan pelaburan terbabit di pasaran. Pengurus Dana juga boleh menggunapakai derivatif patuh Syariah dan instrumen derivatif yang berkaitan (tersedia di kaunter) seperti produk Islam berdasarkan kontrak Arboon, murabahah dan kontrak mudharabah serta produk berstruktur Islam untuk pengurusan portfolio yang efisyen dan memanfaatkan keadaan pasaran berpotensi dan/atau perlindungan terhadap penurunan harga saham serta membolehkan Dana untuk mendapat pendedahan kepada sekuriti patuh Syariah yang beroperasi di rantau Greater China dengan efisyen dan kos yang efektif. Kedudukan suntuk bersih dan leveraj tidak dibenarkan.

Informasi Mengenai Dana Sasaran Menyentuh produk berstruktur Islam, sebarang penilaian kredit yang diberikan kepada penerbit produk berstruktur Islam dan institusi-institusi kewangan yang berkaitan mungkin tertakluk kepada penggantungan, penurunan atau penarikan balik pada bila-bila. Sekiranya sebarang penilaian penerbit produk berstruktur Islam jatuh di bawah tahap yang diperlukan, Pengurus Dana akan mengambil tindakan wajar dalam masa 3 bulan atau lebih yang dianggap perlu oleh Pengurus Dana. Jika perlu, Pengurus Dana akan merujuk kepada Pemegang Amanah dan penasihat Syariah. Tindakan tersebut mungkin termasuk meminta penerbit untuk memberhentikan, membeli balik atau menutup urus niaga tersebut pada nilai yang berpatutan yang ditentukan oleh kaedah atau asas yang telah disahkan oleh juruaudit Dana dan diluluskan oleh Pemegang Amanah. Dalam mengambil tindakan sedemikian, mungkin terdapat kerugian dan/atau perbelanjaan modal. Bagi instrumen derivatif patuh Syariah, menggunapakai kepakaran Syarikat-syarikat bersekutu Eastspring Investments di rantau Asia untuk menggunakan proses pengurusan risiko bagi memastikan penilaian yang tepat dan bebas untuk nilai di kaunter derivatif patuh Syariah dan untuk memastikan pendedahan risiko Dana yang berkaitan dengan instrumen derivatif patuh Syariah tidak melebihi had yang ditetapkan. Nilai semasa aset, risiko pihak bertentangan, pergerakan pasaran dan masa yang diperlukan untuk membubarkan kedudukan akan diambil kira. Dana ini diuruskan secara aktif. Walau bagaimanapun, kekerapan strategi dagangannya akan bergantung kepada peluang pasaran. Pengurus Dana telah memperoleh lesen yang diperlukan sebelum melabur dalam sekuriti patuh Syariah yang disebut harga di bursa Greater China yang diiktiraf, antaranya, Republik Rakyat China dan Taiwan. Catatan: NAV - Nilai Aset Bersih (Net Asset Value)

Penafian: Profil dana ini disediakan oleh Prudential BSN Takaful Berhad ( PruBSN ) untuk maklumat am dan tujuan ilustrasi sahaja dan tidak sepatutnya dijadikan asas untuk membuat keputusan pelaburan, kewangan atau keputusan-keputusan lain. Walaupun bahan-bahan yang digunakan dalam penyediaan profil dana ini diperolehi daripada sumber-sumber yang boleh dipercayai, PruBSN tidak menjamin ketepatan dan kesempurnaan maklumat. Sebarang analisis dan pendapat yang dinyatakan adalah tertakluk kepada perubahan tanpa notis. Prestasi masa lalu tidak menjamin keputusan masa hadapan. Para pembaca dinasihatkan untuk menghubungi PruBSN atau ejen-ejennya untuk butiran lanjut dan penjelasan maklumat yang berkaitan dengan produk yang ditawarkan oleh kami. PruBSN dan sebarang gabungannya yang berkaitan menafikan sebarang liabiliti walau apa pun sifatnya sekiranya para pembaca mengalami kerugian apabila mereka hanya bergantung kepada kandungan maklumat di dalam profil dana ini.

Prudential BSN Takaful Berhad merupakan Pengendali Takaful yang berdaftar di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 dan di kawalselia oleh Bank Negara Malaysia. Prudential BSN Takaful Berhad (740651-H) Tingkat 8A, Menara Prudential, No. 10, Jalan Sultan Ismail, 50250 Kuala Lumpur. Tel: 03 2053 7188 Faks: 03 2072 6188 E-mel: customer@prubsn.com.my SMS PruBSN dan hantar ke 33080 www.prubsn.com.my Semua maklumat adalah betul semasa percetakan. Dicetak pada 8 April 2016