INSTITUT PENGAJIAN SISWAZAH UNIVERSITI MALAYA GARISPANDUAN PROGRAM PENGAJIAN IJAZAH DOKTOR FALSAFAH MELALUI MOD PENERBITAN (PRIOR PUBLICATION)

dokumen-dokumen yang mirip
GARIS PANDUAN PHD SECARA PENERBITAN (PHD BY PUBLICATION) UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA (UPNM)

NO. DOKUMEN IPS 631/2017 TARIKH KUATKUASA NO. SEMAKAN 03 HALAMAN 1/11

POLISI PENYELIAAN PELAJAR IJAZAH TINGGI DI UNIVERSITI MALAYA

AKTA UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI 1971 PERLEMBAGAAN UNIVERSITI MALAYA 1997 KAEDAH-KAEDAH UNIVERSITI MALAYA (IJAZAH DOKTOR FALSAFAH) 2007

GARIS PANDUAN PHD INDUSTRI UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA (UPNM)

AKTA UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI 1971 PERLEMBAGAAN UNIVERSITI MALAYA 1997 PERATURAN-PERATURAN UNIVERSITI MALAYA (IJAZAH DOKTOR FALSAFAH) 2007

MAKLUMAT UMUM IKLAN DAN PERMOHONAN JENIS PROGRAM PROGRAM PENGAJIAN

PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM PENYELIDIKAN (PENYELIAAN) (P )

GARIS PANDUAN PENULISAN TESIS/DISERTASI KOMPILASI. Pusat Siswazah. Universiti Kebangsaan Malaysia

PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM PENYELIDIKAN (KRITERIA PEMERIKSA) (P )

12 Senat Ke Oktober 2009 Min. 2641[B][v] - Pelaksanaan Kaedah Alternatif Pemeriksaan Tesis Doktor Falsafah [Mod Penyelidikan] 1. Prosedur untuk

Program Sarjana Dan Kedoktoran

UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN TANGGUNGJAWAB PENYELIA-CALON

PANDUAN DAN PERATURAN CUTI SABATIKAL

SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA PERTUKARAN PENDAFTARAN DARIPADA SARJANA KE DOKTOR FALSAFAH OKTOBER 2004

SOAL & JAWAB UNIT CUTI BELAJAR BAHAGIAN SUMBER MANUSIA (BSM)

PEJABAT PENDAFTAR BAHAGIAN PENGURUSAN MODAL INSAN SINERGI TERAS KUALITI

BAHAGIAN A DASAR PENGAMBILAN PELAJAR

PERKHIDMATAN UTAMA SISWAZAH

BAHAGIAN I PERMULAAN. 1. (1) Peraturan ini bolehlah dinamakan Peraturan-Peraturan Universiti Kebangsaan Malaysia (Pengajian Siswazah) 2015.

ANUGERAH PENGAJARAN UiTM 2014 KRITERIA, SYARAT & PERATURAN

PERATURAN-PERATURAN UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (PENGAJIAN SISWAZAH) Pusat Siswazah. Universiti Kebangsaan Malaysia

Anugerah dan pengiktirafan yang diberikan adalah dalam bentuk berikut:

BORANG PERMOHONAN BIASISWA AINUDDIN WAHID BAGI PERINGKAT IJAZAH KEDOKTORAN DI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

ANUGERAH AHLI AKADEMIK HARAPAN UiTM 2017 KRITERIA, SYARAT & PERATURAN

IKLAN KEKOSONGAN JAWATAN TIMBALAN NAIB CANSELOR (AKADEMIK DAN ANTARABANGSA)

GARIS PANDUAN IJAZAH-DUAL DAN IJAZAH BERSAMA SARJANA & KEDOKTORAN

ANUGERAH AHLI AKADEMIK HARAPAN UiTM 2016 KRITERIA, SYARAT & PERATURAN

GARIS PANDUAN PENCALONAN

ANUGERAH TOKOH AKADEMIK KRITERIA, SYARAT & PERATURAN

KAPS 19 KOD AMALAN PELAKSANAAN PROGRAM SARJANA DAN DOKTOR FALSAFAH SECARA CAMPURAN SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH (SPS)

ANUGERAH AHLI AKADEMIK HARAPAN UiTM 2015 KRITERIA, SYARAT & PERATURAN

LAPORAN PENCAPAIAN PIAGAM PELANGGAN BAGI BULAN JANUARI HINGGA DISEMBER 2016 PERKHIDMATAN SISWAZAH

(MASA) Hari terakhir bekerja sebelum semester bermula

LAMPIRAN A SKIM PERKHIDMATAN PENSYARAH PERUBATAN KLASIFIKASI : PERKHIDMATAN PENDIDIKAN KUMPULAN PERKHIDMATAN : PENGURUSAN DAN PROFESIONAL

ANUGERAH AHLI AKADEMIK HARAPAN UiTM 2017 KRITERIA, SYARAT & PERATURAN

POLISI PENGANUGERAHAN IJAZAH, DIPLOMA, SIJIL DAN KEPUJIAN AKADEMIK LAIN SECARA AEGROTAT DAN ANUMERTA

1/6 RASMI (MASA) 2 hari September 2016 Fakulti / Bendahari / PPS / PTM / Pelajar

SKIM PERKHIDMATAN GURU BAHASA

GARIS PANDUAN DAN KRITERIA KENAIKAN PANGKAT STAF AKADEMIK UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

The National University of Malaysia PERATURAN-PERATURAN UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (PENGAJIAN SISWAZAH) Program Sarjana dan Kedoktoran

SKIM PERKHIDMATAN PENSYARAH PERUBATAN

ANUGERAH KEPIMPINAN AKADEMIK UiTM 2017 KRITERIA, SYARAT & PERATURAN

BAB IV KERTAS KERJA SEMAKAN KURIKULUM

DASAR PASCA DOKTORAL UKM-SPKP-CRIM-PK04-GP05

ANUGERAH TOKOH AKADEMIK

BAB III KERTAS KERJA PROGRAM AKADEMIK BAHARU

Pada tahun 2005 nama Anugerah ini telah ditukarkan kepada Anugerah Pendidik Sanjungan (APS). Tahun ini merupakan tahun kelapan pelaksanaan APS USM.

SKIM PERKHIDMATAN PENSYARAH PERGIGIAN

LAPORAN PENCAPAIAN PIAGAM PELANGGAN MEI HINGGA SEPTEMBER 2014 PERKHIDMATAN PENYELIDIKAN DAN INOVASI

GARIS PANDUAN PHD / SARJANA PENYELIDIKAN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA CAWANGAN KEDAH KAMPUS SUNGAI PETANI

Program Doktor Pendidikan Tinggi

GARIS PANDUAN PERMOHONAN PROGRAM DAN DANA MOBILITI PELAJAR (KE LUAR NEGARA)


SKIM PERKHIDMATAN PENSYARAH UNIVERSITI

GARIS PANDUAN PASCA-KEDOKTORAN

BIL PERKARA TEMPOH (MASA) TARIKH TINDAKAN

PERATURAN UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS PROGRAM PENGAJIAN IJAZAH SARJANA SECARA PENYELIDIKAN

LAPORAN PENCAPAIAN PIAGAM PELANGGAN BAGI BULAN JANUARI HINGGA JUN 2016 PERKHIDMATAN SISWAZAH

PERATURAN PRAKTIKUM UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

Polisi dan Prosedur. Nama Polisi: Polisi dan Prosedur Pengurusan Senat. Nombor Polisi: UTM P.A. 01

Polisi Dan Prosedur Penubuhan, Atribut dan Pembubaran Entiti Akademik. Senat UTM Bil.12/2010/2011 : 8 Ogos 2011

LAPORAN PENCAPAIAN PIAGAM PELANGGAN JANUARI HINGGA APRIL 2014 PERKHIDMATAN PENYELIDIKAN DAN INOVASI

1 Hakcipta Terpelihara 2007 Universiti Teknologi Malaysia

SALINAN DOKUMEN TERKAWAL

GARIS PANDUAN SKIM GERAN PENYELIDIKAN INSENTIF PhD Pusat Penyelidikan dan Inovasi/Jabatan Pendaftar

PINDAH KREDIT DAN PENGECUALIAN KURSUS PROGRAM PENGAJIAN UPNM

1 Hakcipta Terpelihara 2007 Universiti Teknologi Malaysia

PERKHIDMATAN UTAMA SISWAZAH

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA SYARAT ASAS PERMOHONAN KENAIKAN PANGKAT KE JAWATAN PROFESOR GRED KHAS C DAN PROF. MADYA

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH

ANUGERAH MOOC TERBAIK UiTM 2017 KRITERIA, SYARAT & PERATURAN

KAPS-16 Kod Amalan Penyeliaan Jarak Jauh SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH (SPS)

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA. Anugerah Pengajar Cemerlang Dan Anugerah Pengajar Cemerlang (Muda)

ANUGERAH PENERBITAN MAKALAH JURNAL UiTM 2013 KRITERIA, SYARAT & PERATURAN

PERATURAN- PERATURAN UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

ANUGERAH PENERBITAN MAKALAH JURNAL UiTM 2016 KRITERIA, SYARAT & PERATURAN

JAWATAN PENTADBIRAN (KUMPULAN PENGURUSAN & PROFESIONAL) RM1, (Minimum) - RM8, (Maksimum)

SOAL & JAWAB UNIT PERJAWATAN AKADEMIK BAHAGIAN SUMBER MANUSIA (BSM)

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN AWAM UPSI

BORANG PERMOHONAN / PENCALONAN ANUGERAH TOKOH AKADEMIK 2013

Pindaan 2013 (Bilangan 1)

GARIS PANDUAN PENGURUSAN BANK ITEM DAN PERATURAN PEMARKAHAN POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

6. PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK SARJANA MUDA BACHELOR S DEGREE PROJECT GUIDELINES

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA. Anugerah Inovasi Pendidikan (Akademik)

GARIS PANDUAN PERMOHONAN KENAIKAN PANGKAT KAKITANGAN AKADEMIK UPSI(ISO)BSM/P08/GP01

PROGRAM PENGAJIAN SEPARUH MASA SOALAN-SOALAN LAZIM. ~ Setiap program dan pusat ditawarkan adalah berbeza bagi setiap pengambilan

ROHANA TAN BAHAGIAN PENGURUSAN AKADEMIK

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA CAWANGAN PAHANG

ANUGERAH KHAS UiTM 2013 KRITERIA, SYARAT & PERATURAN

Garis Panduan ini bertujuan untuk menerangkan kaedah pengurusan penilaian permohonan geran penyelidikan yang diuruskan oleh Pejabat TNCPI.

6.3 Kriteria Pemarkahan & Penilaian Kenaikan Pangkat Staf Akademik JawatanPensyarah Kanan (DS52)

A. Pelajar baharu dalam program dengan tesis (Master atau PhD) 1. a. Mendaftar salah satu kursus berikut setiap semester pengajian (WAJIB):

Sekolah Pengajian Siswazah UTM Johor Bahru Johor Darul Ta zim

GARIS PANDUAN PROJEK SARJANA MUDA *

DASAR PELANTIKAN DAN PELAKSANAAN SKIM PEMBANTU PENYELIDIK DAN PENGAJAR PASCASISWAZAH [GRADUATE RESEARCH & TEACHING ASSISTANT (GRTA)]

1. ANUGERAH KEPIMPINAN AKADEMIK

Kelulusan Jawatankuasa Pengajian Penubuhan Fakulti, Sekolah, Pusat, Akademi, Institut / Program Baru / Pengambilan Pelajar Bil.

Cabutan Minit Senat: 1 Disember 2009

Transkripsi:

INSTITUT PENGAJIAN SISWAZAH UNIVERSITI MALAYA GARISPANDUAN PROGRAM PENGAJIAN IJAZAH DOKTOR FALSAFAH MELALUI MOD PENERBITAN (PRIOR PUBLICATION) 1. Program Pengajian Program pengajian ini diklasifikasikan sebagai Ijazah Doktor Falsafah secara Penerbitan iaitu program pengajian yang dilaksanakan secara penyerahan tesis yang mengandungi kerja yang diterbitkan dan kertas tambahan yang menyepadukan (integrate) kerja tersebut. 2. Syarat Kemasukan (1) Calon hendaklah merupakan: Profesor, Reader, Profesor Madya atau Pensyarah yang pada masa permohonannya untuk kemasukan sebagai calon telah mempunyai tidak kurang daripada tiga tahun perkhidmatan sebagai guru Universiti ini dan yang aktif dalam perkhidmatan Universiti ini; atau Siswazah Universiti ini yang mempunyai kelayakan minimum seperti berikut: (i) (ii) Ijazah Sarjana; atau Ijazah Sarjana Muda Perubatan atau Pergigian; atau (c) seorang yang melalui penerbitan dan sumbangannya yang terdahulu terhadap ilmu pengetahuan diterima oleh Senat sebagai sarjana (scholar) dalam bidang berkenaan. (2) Calon juga tidak boleh mempunyai apa-apa kelayakan ijazah kedoktoran dari Universiti ini atau universiti lain dalam bidang penyelidikan yang berkenaan. 3. Permohonan (1) Pemohon perlu menghantar kepada Pendaftar permohonan bertulis bersama-sama dengan curriculum vitae. Permohonan tersebut perlu diiringi dengan yang berikut: 1

Sekurang-kurangnya 4 contoh kerja yang diterbitkan yang didahului dengan ringkasan kritikal mengenai kerja berkenaan dalam lebih kurang 3,000 patah perkataan. Ringkasan kritikal ini perlu memberi konteks kepada kertas yang diserahkan, menunjukkan ketautan (coherence) dan mengenal pasti sumbangannya kepada ilmu pengetahuan. Ia juga harus menyatakan metodologi penyelidikan yang digunakan; dan Senarai terperinci kerja yang diterbitkan yang akan dikemukakan untuk pemeriksaan, bersama-sama dengan sinopsis lebih kurang 1,000 patah perkataan untuk setiap kertas berkenaan. (2) Fakulti akan melantik Panel yang terdiri daripada yang berikut untuk menimbangkan kualiti dan ketautan kerja yang diterbitkan yang dikemukakan, mengesahkan bahagian yang merupakan sumbangan pemohon serta sama ada penyerahan kertas berkenaan dapat memenuhi kriteria untuk pengijazahan: (c) (d) (e) Dekan - Pengerusi Timbalan Dekan (Ijazah Tinggi); Ketua Jabatan; Seorang kakitangan akademik yang kanan dalam bidang yang sama; dan Seorang Wakil Senat (3) Pemohon diwajibkan menghadiri satu temuduga dengan Panel. (4) Sekiranya Fakulti bersetuju bahawa kerja yang diterbitkan adalah setaraf dengan kualiti yang dikehendaki untuk Ijazah Doktor Falsafah, permohonan tersebut akan dikemukakan untuk kelulusan Senat. (5) Calon yang layak untuk diterima masuk ke program PhD melalui mod penerbitan perlu mengisi borang permohonan untuk kemasukan program PhD. 4. Pendaftaran Calon hendaklah memperbaharui pencalonannya tidak lewat dari tujuh minggu dari tarikh permulaan semester yang berkenaan. 2

5. Tempoh Program Pengajian Tempoh minimum : 6 bulan Tempoh maksimum : 24 bulan 6. Struktur Program Pengajian Calon dikehendaki menyerahkan kerja yang diterbitkan dalam bentuk tesis untuk peperiksaan. 7. Penyeliaan (1) Sekurang-kurangnya seorang penyelia dalam bidang berkenaan akan dilantik untuk calon. (2) Peranan penyelia adalah untuk: membimbing calon memilih kerja yang diterbitkan untuk penyerahan; menasihat calon sama ada kertas tambahan perlu diterbitkan; (c) membimbing calon dalam penyediaan tesis yang diperlukan termasuk ketautan kertas-kertas tersebut; (d) menasihatkan calon mengenai apa-apa latihan penyelidikan yang diperlukan. (3) Calon hendaklah mengemukakan laporan kemajuan pada akhir setiap semester kepada penyelianya mengikut prosedur yang ditetapkan. 8. Format Tesis (1) Tesis boleh mengandungi kerja yang diterbitkan yang meliputi kertas jurnal terujuk, monograf, buku, bab dalam buku yang berasaskan penyelidikan dan dinilai oleh rakan penilai, penerbitan elektronik yang berkualiti dan mempunyai impak yang tinggi dan kerja-kerja kreatif dan artifak dalam bidang yang berkaitan. Penerbitan yang pernah diserah untuk tujuan pengijazahan lain tidak boleh diterima. (2) Bilangan kerja yang diterbitkan adalah antara 4 hingga 6. Kerja berkenaan hendaklah yang diterbitkan dalam tempoh tidak 3

melebihi 10 tahun dari tarikh penyerahan. (3) Di mana terdapat lebih daripada seorang pengarang, calon haruslah menjadi pengarang utama bagi tidak kurang 4 daripada kerja yang diterbitkan yang diserahkan. (4) Secara lazimnya tesis akan mengandungi perkara berikut sebagai tambahan kepada perkara biasa dalam tesis yang standard: Senarai kerja yang diterbitkan; Pengiktirafan pengarang bersama dan pengesahan kebenaran; dan (c) Kerja yang diterbitkan. Setiap kerja yang diterbitkan harus bermula dengan pernyataan (statement) yang jelas mengenai sumbangan yang dibuat oleh setiap pengarang bagi mana-mana kerja yang diterbitkan bersama. (5) Tesis perlu didahului dengan abstrak mengenai penemuan (findings) utama setiap kerja yang diterbitkan. Ia harus menjelaskan bagaimana kerja yang diterbitkan tersebut disepadukan sebagai satu framework intelektual yang bertaut dan bagaimana, apabila dibawa bersama, dapat menyumbang kepada ilmu pengetahuan dalam bidang berkenaan. (6) Bab Pengenalan harus mengandungi: Penerangan isu kajian yang diselidiki; Objektif kajian; dan (c) Penerangan kemajuan penyelidikan yang menghubungkait kerja yang diterbitkan berkenaan. Penerangan kemajuan penyelidikan adalah supaya terdapat kesinambungan antara kerja yang diterbitkan yang berkenaan dan supaya logik kemajuan penyelidikan dapat difahami. (7) Bab Kajian Literatur harus dalam format yang selaras dengan disiplin berkenaan dan perlu mengandungi kajian kritikal literatur yang berkaitan, mengenal pasti jurang dalam pengetahuan (knowledge gaps) serta hubungkait antara literatur dengan program penyelidikan. 4

(8) Bab Kesimpulan memaparkan kesan kumulatif kertas; penemuan yang signifikan dan sumbangan kepada ilmu berkenaan. (9) Kerja yang diterbitkan perlu dikemukakan secara bertaut dalam tesis menurut keperluan Peraturan Universiti Malaya (Ijazah Doktor Falsafah), 2007 termasuk mana-mana deklarasi yang diperlukan. 9. Peperiksaan (1) Calon hendaklah memberi notis bertulis selama tiga bulan kepada Fakulti tentang tujuan hendak mengemukakan kerja yang diterbitkan untuk pemeriksaan. (2) Calon perlu mengemukakan lima salinan kerja yang diterbitkan untuk pemeriksaan dalam bentuk tesis. (3) Tiga pemeriksa yang pakar dalam bidang berkenaan yang mana sekurang-kurangnya dua orang terdiri daripada pemeriksa luar adalah dilantik untuk memeriksa tesis. (4) Jawatankuasa Pemeriksa hendaklah memperakukan sama ada tesis calon: (c) telah mencapai merit akademik yang cukup untuk dianugerahkan ijazah tanpa perlu membuat pembetulan; atau telah mencapai merit akademik yang cukup untuk dianugerahkan ijazah tertakluk kepada calon membuat pembetulan minor dalam tempoh kurang dari 6 bulan tanpa peperiksaan semula. Pembetulan minor yang dimaksudkan tidak melibatkan perubahan kepada kerja yang diterbitkan; atau tidak mencapai merit akademik yang mencukupi dan calon telah gagal dalam peperiksaan tesisnya. (5) Peperiksaan viva-voce adalah diwajibkan. (6) Selepas semua pindaan dibuat, calon perlu mengemukakan 3 salinan muktamad (satu adalah salinan asal) dan 1 salinan elektronik yang akan menjadi hak milik Universiti. 5

10. Pengijazahan Tesis layak dianugerahkan sebagai cemerlang sekiranya: (1) diperakukan cemerlang dalam laporan semua pemeriksa; dan (2) diperakukan oleh Jawatankuasa Pemeriksa. 6