SURUHANJAYA PILIHAN RAYA MALAYSIA BUKU PANDUAN PEMERHATI BARUNG

dokumen-dokumen yang mirip
SURUHANJAYA PILIHAN RAYA MALAYSIA

BAHAGIAN I PENGENALAN

KANDUNGAN. Bil Tajuk Muka Surat. 1. Pendahuluan 1. 2 Undang-Undang dan Peraturan Pilihan Raya 2

SURUHANJAYA PILIHAN RAYA MALAYSIA BUKU PANDUAN CALON DIKEMASKINI HINGGA MEI

AKTA PILIHAN RAYA 1958

PENJALANAN IHAN MALAYSIA BERITAPUBLISHINGSDN.BHD.

AKTA UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI SUSUNAN PERATURAN

78 Undang-Undang Malaysia AKTA 502

Kesalahan Pilihan Raya (Pindaan) 1 D.R. 4/2012 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a

Panduan Pemantauan Undi Awal dan Undi Pos

20 Undang-Undang Malaysia AKTA 502

TAJUK 6 Demokrasi Berparlimen. Konsep demokrasi berparlimen Pilihan raya Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia

PROSES PENCALONAN ANGGOTA LEMBAGA KOPERASI. 1. Urusan pemilihan calon anggota Lembaga koperasi hendaklah dikendalikan oleh:

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA GP14 : GARIS PANDUAN PENGURUSAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KOPERASI

mesyuarat agung perwakilan diadakan. Sebarang usul tergempar tidak dibenarkan.

TAJUK 6 DEMOKRASI BERPARLIMEN

dikeluarkan oleh Jawatankuasa Induk Pencalonan Universiti Sains Malaysia

Koperasi 33 BAHAGIAN V. Mesyuarat agung

BORANG PERMOHONAN PENGISYTIHARAN AMANAH

A.RASHID RAHMAN PENJALANAN

16 Undang-Undang Malaysia AKTA 502

BAHAGIAN III KEWAJIPAN-KEWAJIPAN DAN KEISTIMEWAAN-KEISTIMEWAAN KOPERASI-KOPERASI

BORANG PERMOHONAN PENGISYTIHARAN AMANAH

Permohonan Untuk Melantik/Melantik Semula Anggota Lembaga Koperasi

(Logo Kelab) Kelab Catur UNISEL. Kertas kerja Perlembagaan Kelab Catur UNISEL (KECAS UNISEL) Kampus Shah Alam. Disediakan Oleh:

KENYATAAN MEDIA SURUHANJAYA PILIHAN RAYA MALAYSIA

BORANG PERMOHONAN PENGISYTIHARAN AMANAH

PELANTIKAN AHLI JAWATANKUASA RUKUN TETANGGA

Nama: Kod Pemerhati: No. MyKad (12 digit): No. Telefon: A SEBELUM PENAMAAN CALON Y T TP

Akta 5 AKTA KESALAHAN PILIHAN RAYA 1954

BORANG PERMOHONAN PENENTUSAHAN SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA BAGI PELANTIKAN ATAU PELANTIKAN SEMULA ANGGOTA LEMBAGA KOPERASI

BAHAGIAN KEWANGAN, KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA GARIS PANDUAN BANTUAN KHAS AWAL PERSEKOLAHAN RM100 KEPADA MURID

TATACARA DAN PANDUAN PEMILIHAN Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Teknikal Malaysia Melaka

UNDANG-UNDANG KECIL KOPERASI PKNS 2013

Undang-Undang Malaysia

GARIS PANDUAN PENYELIAAN KOPERASI KANDUNGAN

AKTA (LARANGAN) KUMPULAN WANG KUTU 1971

ATURAN-ATURAN TETAP MESYUARAT AGUNG KAWASAN. mercantile

(6) Rekod-rekod ini boleh diperiksa oleh anggota pada bila-bila masa mengikut syarat-syarat pemeriksaan yang ditetapkan oleh Lembaga.

Pasukan Sukarelawan Malaysia 1 D.R. 21/2012 RANG UNDANG-UNDANG PASUKAN SUKARELAWAN MALAYSIA 2012

Permohonan Untuk Melantik/Melantik Semula Anggota Lembaga Koperasi

PERATURAN PEPERIKSAAN

UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 680 AKTA AKTIVITI KERAJAAN ELEKTRONIK 2007 SUSUNAN SEKSYEN

Umur Persaraan Minimum 1 D.R. 26/2012 RANG UNDANG-UNDANG UMUR PERSARAAN MINIMUM 2012

2017/2018 [ BUKU PERATURAN DAN TATACARA PEMILIHAN MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR UNIVERSITI MALAYA SESI 2017/2018]

D.R. 35/2007 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Akta Takaful DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut:

Langkah-Langkah Khas Menentang Keganasan di Luar Negara D.R. 6/2015

) DI BAWAH JAGAAN DAN KAWALAN ARKIB NEGARA MALAYSIA

UNDANG-UNDANG MALAYSIA. Akta 308

SYARAT-SYARAT JUALAN

MAKLUMAT PINJAMAN PENDIDIKAN

BUKU PERATURAN DAN TATACARA PEMILIHAN MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR UNIVERSITI MALAYA

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA

BORANG PERMOHONAN HIBAH AMANAH

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

FAKULTI KOMPUTERAN PANDUAN PEPERIKSAAN AKHIR

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2016

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA GP19 : GARIS PANDUAN MENGENAI KUMPULAN WANG LIKUIDITI PUSAT BAHAGIAN A : PENGENALAN

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

Undang-Undang Malaysia

D.R. 20/2007 RANG UNDANG-UNDANG MAKMAL PATOLOGI 2007

PERLEMBAGAAN Persatuan Penduduk Taman Anggerik Emas... Pertubuhan ini dikenali dengan nama Persatuan Penduduk Taman Anggerik Emas

JPA.BK(S)173/9/3Jld.2(1) No Siri : KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 23 TAHUN 2009

GARIS PANDUAN PEMBERIAN BAUCAR BUKU 1MALAYSIA (BB1M) 2015 BAGI PENJUAL/PEKEDAI BUKU

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

Peraturan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Pengurusan Keselamatan Pekerja Luar 2016

more examination papers at :

JADUAL WAKTU PEPERIKSAAN BERTULIS SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (ULANGAN) 2016

Profesion Kesihatan Bersekutu 1 D.R. 24/2015 RANG UNDANG-UNDANG PROFESION KESIHATAN BERSEKUTU 2015

POLISI PERLINDUNGAN DATA PERIBADI

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (ULANGAN)

JADUAL KEENAM AKTA JURUUKUR TANAH BERLESEN 1958 PERATURAN-PERATURAN JURUUKUR TANAH BERLESEN [Subperaturan 13(1)] ARTIKEL

D.R. 38/98 RANG UNDANG-UNDANG LEVI KEUNTUNGAN LUAR BIASA 1998

Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman 1 D.R. 27/2008. Rang Undang-Undang Suruhanjaya pelantikan kehakiman 2008

PERATURAN PERTANDINGAN SUKAN BOLA JARING

PERATURAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN, MESYUARAT AGUNG KHAS DAN MESYUARAT JAWATANKUASA

KTeractive. PROGRAM BANTUAN KESIHATAN sihat SELANGOR

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 1 TAHUN 2009

BAHAGIAN PENDIDIKAN MENENGAH MAJLIS AMANAH RAKYAT

Oleh : Unit Peperiksaan dan Penilaian Sektor Akademik Bahagian Pendidikan Islam Jabatan Agama Islam Selangor / 3588

PERSATUAN PEDAGANG SARANG BURUNG MALAYSIA UNDANG-UNDANG BAGI PERSEKUTUAN

UNDANG-UNDANG TUBUH BADAN KHAIRAT KEMATIAN MASJID AL-FAIZIN DESA JAYA-TAMAN EHSAN BAGI

PERMOHONANPENUBUHAN PERSATUAN/KELAB PELAJAR

PERLEMBAGAAN KELAB / PERSATUAN

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA GP13 : GARIS PANDUAN MENGENAI ETIKA CALON ANGGOTA LEMBAGA KOPERASI BAHAGIAN A : PENGENALAN

POLISI PERLINDUNGAN DATA PERIBADI

SENARAI SEMAK MAKLUMAT YANG DIBERIKAN OLEH PERTUBUHAN BELIA BERDAFTAR SEKSYEN 22 AKTA ) Borang PPB 09-2 salinan

PERATURAN AM MAJLIS SUKAN SEKOLAH DAERAH MUAR

Pergigian 1 D.R. 46/2017 RANG UNDANG-UNDANG PERGIGIAN 2017

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

UNDANG-UNDANG KECIL KOPERASI PKNS 2013

TATAETIKA PILIHAN RAYA

UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH 2017

PANDUAN MENGISI BORANG MAKLUMAT PERIBADI TAMBAHAN

D.R. 13/2008 RANG UNDANG-UNDANG IDENTIFIKASI ASID DEOKSIRIBONUKLEIK (DNA) 2008 SUSUNAN FASAL BAHAGIAN 1 PERMULAAN

JADUAL WAKTU PEPERIKSAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA ULANGAN 2017

GARIS PADUAN PELAKSANAAN POLISI PENAWARAN KERJA SAMBILAN KEPADA PELAJAR UniMAP MENGGUNAKAN PERUNTUKAN TABUNG DEDIKASI DIRI.

ISI KANDUNGAN SYARAT-SYARAT DAN PERATURAN CUTI SANGKUTAN INDUSTRI (CSI) UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA 1. TUJUAN 1 2.

Transkripsi:

SURUHANJAYA PILIHAN RAYA MALAYSIA BUKU PANDUAN PEMERHATI BARUNG Disediakan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia DISEMAK SEMULA PADA JUN 2012

KANDUNGAN BAHAGIAN I PENGENALAN Muka Surat 1. Tujuan 1 2. Organisasi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) 1 3. Fungsi- Fungsi Suruhanjaya Pilihan Raya 1 4. Pelantikan Pemerhati Barung 2 5. Kelayakan Pemerhati Barung 3 6. Pelanggaran Kelayakan Pelantikan Pemerhati Barung 4 7. Istilah- Istilah Penting 5 i

BAHAGIAN II TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PEMERHATI BARUNG PADA HARI MENGUNDI Muka Surat 1. Tugas Pemerhati Barung Sebelum Proses Semakan Daftar Pemilih di Barung SPR Bermula 11 2. Tugas Dan Tanggungjawab Pemerhati Barung Semasa Proses Semakan Daftar Pemilih di Barung SPR 11 3. Syarat Kebenaran Masuk ke Pusat Mengundi Bagi Pemerhati Barung 12 4. Pemerhati Barung Bertugas Sepanjang Masa atau Secara Bergilir 13 5. Kebenaran Membuat Bantahan Oleh Pemerhati Barung 14 6. Larangan Ke Atas Pemerhati Barung Semasa Berada Di Barung SPR 14 7. Penutupan Pusat Mengundi 15 ii

BAHAGIAN III PENGENALAN Muka Surat 1. Penutup 16 SENARAI LAMPIRAN Muka Surat 1. Lampiran 1 : Borang Pelantikan Pemerhati Barung 17 2. Lampiran 2 : Borang Sumpah Kerahsiaan (Borang A) 18 iii

BAHAGIAN I PENGENALAN 1. Tujuan 1.1 Buku panduan ini adalah bertujuan untuk membolehkan Pemerhati Barung (PB) menjalankan tugas dengan baik dan berkesan bagi pihak Calon semasa Hari Mengundi. 1.2 Dengan cara ini Pemerhati Barung dapat menjaga kepentingan Calon dalam pengurusan pilihan raya dan seterusnya memastikan urusan pilihan raya berjalan secara saksama mengikut undang-undang. 2. Organisasi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) 2.1 Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia ditubuhkan mengikut peruntukan Perkara 114 Perlembagaan Persekutuan. Ia adalah sebuah badan bebas yang terdiri dari seorang Pengerusi, seorang Timbalan Pengerusi dan lima orang Ahli yang lain. Suruhanjaya Pilihan Raya bertanggungjawab menjalankan pilihan raya umum bagi Dewan Rakyat dan Dewan Undangan negeri Negeri dengan bebas dan saksama. 2.2 Suruhanjaya Pilihan Raya dibantu oleh Urus Setia yang diketuai oleh seorang Setiausaha selaku Ketua Pentadbir yang bertanggungjawab dalam menjalankan fungsi-fungsi Suruhanjaya Pilihan Raya yang ditetapkan dalam Perlembagaan. (Perkara 114 Perlembagaan Persekutuan) 3. Fungsi-Fungsi Suruhanjaya Pilihan Raya 3.1 Mengikut Perkara 113 Perlembagaan Persekutuan, SPR mempunyai 3 fungsi utama seperti berikut: 3.1.1 Menjalankan pilihan raya umum bagi Dewan Rakyat Dewan Undangan Negeri dan pilihan raya kecil. 1

3.1.2 Menyediakan daftar pemilih dan menjalankan urusan pendaftaran dan penyemakan daftar pemilih. 3.1.3 Mewujudkan Bahagian-Bahagian Pilihan Raya dan menjalankan kajian semula persempadanan Bahagian-bahagian Pilihan Raya. (Perkara 113 Perlembagaan Persekutuan) 4. Pelantikan Pemerhati Barung 4.1 Pelantikan Pemerhati Barung 4.1.1 Pelantikan Pemerhati Barung adalah berdasarkan kepada subseksyen 26A(2) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954. 4.1.2 Pihak yang bertanggungjawab melantik Pemerhati Barung adalah Calon atau Ejen Pilihan Raya. Tugas dan tanggungjawab Pemerhati Barung adalah untuk membantu Calon bagi membuat pemerhatian perlaksanaan proses semakan Daftar Pemilih di Barung SPR supaya ianya berjalan mengikut undang-undang yang ditetapkan. 4.1.3 Bagi memudahkan Calon atau Ejen Pilihan Raya melantik Pemerhati Barung, format Borang Pelantikan Pemerhati Barung seperti di LAMPIRAN 1 boleh diguna pakai. Borang pelantikan Pemerhati Barung ini perlu mengandungi maklumat Calon atau Ejen Pilihan Raya, Bahagian Pilihan Raya, nama Pusat Mengundi, nama penuh Pemerhati Barung yang dicadang untuk dilantik beserta Nombor Kad Pengenalan dan alamat surat menyurat dan nombor telefon. 4.2 Syarat-syarat yang perlu dipatuhi sebelum Pemerhati Barung menjalankan Tugas 2

4.2.1 Sebelum memulakan tugas Pemerhati Barung hendaklah menyerahkan kepada Penyelia Pusat Mengundi (PPM) dokumen seperti yang berikut: (a) Surat pelantikan sebagai Pemerhati Barung yang ditandatangani oleh Calon atau Ejen Pilihan Raya. (b) Borang Sumpah Kerahsiaan (Borang A) yang telah ditandatangani seperti di LAMPIRAN 2 (c) Dokumen pengenalan diri. 4.2.2 Seseorang Pemerhati Barung yang dilantik boleh menjalankan tugas sepanjang proses semakan Daftar Pemilih di Barung SPR atau secara bergilir-gilir. Bagi Pemerhati Barung yang bertugas secara bergilir-gilir ia hendaklah bertugas sekurang-kurangnya dua jam sebelum digantikan dengan ejen lain. (Subseksyen 26A(3) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954) 4.2.3 Semasa proses semakan Daftar Pemilih di Barung SPR diadakan, hanya seorang Pemerhati Barung bagi setiap calon boleh menjalankan tugas di sesuatu Pusat Mengundi. 3. Kelayakan Pemerhati Barung 5.1 Kelayakan seseorang Pemerhati Barung adalah seperti yang berikut: 5.1.1 Warganegara Malaysia 5.1.2 Umur tidak kurang daripada 21 tahun 5.1.3 Dalam tempoh 5 tahun sebaik sebelum hari penamaan calon, ia tidak disabitkan atas apa-apa kesalahan yang melibatkan keganasan atau kecurangan oleh mahkamah 3

5.1.4 Dalam tempoh 5 tahun sebaik sebelum hari penamaan calon, ia tidak disabitkan atas apa-apa kesalahan atau telah dilepaskan dari penjara setelah menjalani hukuman pemenjaraan 5.1.5 Bukan seorang yang didaftarkan di bawah Akta Pencegahan Jenayah 1959 5.1.6 Dalam tempoh 5 tahun sebaik sebelum hari penamaan calon, ia tidak disabitkan di atas suatu kesalahan di bawah subseksyen 52(3) Akta Pertubuhan 1966 atau peruntukan persamaan dalam mana-mana undangundang yang lain 5.1.7 Bukan seorang yang mengenainya suatu perintah telah dibuat di bawah subseksyen 66 (4) Akta Pertubuhan 1966 atau peruntukan persamaan dalam mana-mana undangundang yang lain 5.1.8 Bukan seorang yang bankrap yang belum dilepaskan (Subseksyen 13 (1) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954) 6. Pelanggaran Kelayakan Pelantikan Pemerhati Barung 6.1 Apa-apa pelanggaran syarat-syarat pelantikan oleh Calon ataupun Ejen Pilihan Raya di bawah subseksyen 13 (1) atau subseksyen 21(1) (2) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 boleh didenda sebanyak lima ribu ringgit bila disabit kesalahan mengikut subseksyen 27 (1) (2) Akta yang sama. 6.2 Pelantikan Pemerhati Barung yang tidak mengikut syarat-syarat yang ditetapkan boleh menyebabkan satu petisyen pilihan raya boleh dibuat sepertimana yang diperuntukan di bawah subseksyen 32 (c) dan (d) Akta Kesalahan Pilihan 1954. 4

7. Istilah-Istilah Penting 7.1 Pegawai Pengurus (PP) Adalah seseorang Pegawai yang dilantik oleh SPR bagi mengendalikan pilihan raya dalam sesuatu Bahagian Pilihan Raya yang ditetapkan. (Seksyen 3(c) Akta Pilihan Raya 1958) 7.2 Penolong Pegawai Pengurus (PPP) Adalah seorang Pegawai yang dilantik oleh SPR bagi membantu Pegawai Pengurus mengendalikan Pilihan Raya dalam sesuatu Bahagian Pilihan Raya yang ditetapkan. (Seksyen 3(c) Akta Pilihan Raya )1958. 7.3 Pembantu Pilihan Raya (PPR) Adalah seseorang pegawai yang dilantik oleh Pegawai Pengurus bagi tujuan membantu beliau dalam urusan pentadbiran yang berkaitan dengan Pilihan Raya. (Subperaturan 12A (1) Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Penjalanan Pilihan Raya )1981. 7.4 Ketua Tempat Mengundi (KTM) Adalah seseorang yang dilantik oleh Pegawai Pengurus bagi mengetuai sesuatu Tempat Mengundi (Saluran) dan mengendali proses pengundian. (Subperaturan 12 (1) Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Penjalanan Pilihan Raya) 1981) 7.5 Kerani Pengundian (KP) Adalah seseorang yang dilantik oleh Pegawai Pengurus bagi membantu Ketua Tempat Mengundi (KTM) dalam urusan pengundian di Tempat Mengundi (Saluran). (Subperaturan 12A (1) Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Penjalanan Pilihan Raya) 1981) 5

7.6 Kerani Mengira Undi (KMU) Adalah seseorang yang dilantik oleh Pegawai Pengurus bagi membantu Ketua Tempat Mengundi (KTM) dalam urusan pengiraan undi di Tempat Mengira Undi. (Subperaturan 12A (1) Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Penjalanan Pilihan Raya) 1981) 7.7 Penyelia Pusat Mengundi (PPM) Adalah seseorang yang dilantik oleh Pegawai Pengurus bagi tujuan menyelia sesuatu Pusat Mengundi semasa Pilihan Raya dijalankan. (Subperaturan 12A (1) Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Penjalanan Pilihan Raya) 1981) 7.8 Kerani Penyemak Daftar Pemilih (KPDP) Adalah seseorang yang dilantik oleh Pegawai Pengurus bagi membantu menyemak nama pengundi dalam Daftar Pemilih Pilihan Raya (DPPR) untuk menentukan Tempat Mengundi (Saluran) semasa pilihan raya diadakan. (Subperaturan 12A (1) Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Penjalanan Pilihan Raya ) 1981) 7.9 Pemandu Arah Pusat Mengundi (PAPM) Adalah seseorang yang dilantik oleh Pegawai Pengurus bagi tujuan membantu menunjuk arah kepada pengundi, membantu pengundi di kalangan orang kurang upaya (OKU) dan lain-lain tugas yang diarahkan oleh Penyelia Pusat Mengundi (PPM). (Subperaturan 12A (1) Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Penjalanan Pilihan Raya) 1981) 7.10 Calon Adalah seseorang yang kertas pencalonannya yang sah diterima oleh Pegawai Pengurus untuk bertanding dalam sesuatu Bahagian Pilihan Raya. (Seksyen 2, Akta Pilihan Raya 1958) 6

7.11 Ejen Pilihan Raya (EPR) Adalah seseorang yang dilantik oleh Calon bagi mewakili dirinya untuk menjalankan semua urusan berhubung dengan pilihan raya di mana Calon itu bertanding. (Subseksyen 12 (1) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954) 7.12 Ejen Tempat Mengundi (ETM) Adalah seseorang yang dilantik oleh Calon atau Ejen Pilihan Raya bagi mewakili Calon untuk menyaksikan proses pengundian di dalam Tempat Mengundi (Saluran) berjalan mengikut undang-undang dan peraturan-peraturan yang ditetapkan. (Subseksyen 14 (1) (a) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954) 7.13 Ejen Mengira Undi (EMU) Adalah seseorang yang dilantik oleh Calon atau Ejen Pilihan Raya bagi mewakili Calon untuk menyaksikan Proses Pengiraan Undi di dalam Tempat Mengira Undi berjalan mengikut undangundang dan peraturan-peraturan yang ditetapkan. (Subseksyen 14 (1) (a) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954) 7.14 Pemerhati Pilihan Raya Adalah seseorang ataupun sebuah badan yang diluluskan oleh SPR untuk memerhati proses pilihan raya di tempat-tempat urusan pilihan raya yang ditetapkan oleh SPR dan tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan oleh SPR. 7.15 Barung SPR Adalah sesuatu tempat di Pusat Mengundi yang digunakan bagi membantu pemilih untuk menyemak nama-nama pemilih bagi tujuan menentukan Tempat Mengundi (Saluran). (Subseksyen 26A (1) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954) 7

7.16 Pemerhati Barung Adalah seseorang yang dilantik oleh Calon atau Ejen Pilihan Raya bagi mewakili Calon untuk menyaksikan proses semakan Daftar Pemilih di Barung SPR berjalan mengikut undangundang dan peraturan-peraturan yang ditetapkan. (Subseksyen 26A(2) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954) 7.16 Hari Mengundi Adalah suatu tarikh yang ditetapkan dalam notis yang disiarkan dalam warta mengikut Peraturan 3 Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Penjalanan Pilihan Raya ) 1981, bermula dari permulaan hari mengundi sehingga masa pengisytiharan pilihan raya oleh Pegawai Pengurus disebut sebagai hari mengundi. (Subseksyen 2 (1) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954) 7.17 Masa Mengundi Adalah sesuatu tempoh yang ditetapkan oleh SPR bagi tujuan membolehkan pengundi mengundi di dalam sesuatu pilihan raya. (Subperaturan 11 (5)(d) Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Penjalanan Pilihan Raya) 1981) 7.18 Pusat Mengundi Adalah sesuatu tempat yang diwartakan oleh SPR bagi menjalankan urusan pengundian. (Seksyen 2 Akta Pilihan Raya 1958) 7.19 Tempat Mengundi Adalah sesuatu tempat di dalam Pusat Mengundi yang ditetapkan oleh SPR sebagai Tempat Mengundi (Saluran). (Seksyen 2 Akta Pilihan Raya 1958) 8

7.20 Pusat Penamaan Calon Adalah sesuatu tempat yang telah ditetapkan oleh SPR bagi tujuan mengemukakan kertas-kertas penamaan bakal-bakal Calon untuk tujuan pertandingan dalam sesuatu pilihan raya. (Subperaturan 6 (1) dan (2) Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Penjalanan Pilihan Raya) 1981) 7.21 Pusat Penjumlahan Rasmi Undi Adalah sesuatu tempat yang telah ditetapkan oleh SPR bagi tujuan menjumlahkan semua keputusan yang diterima sama ada daripada semua Ketua Tempat Mengundi atau keputusankeputusan pengundian pos. (Subperaturan 25D (2) Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Penjalanan Pilihan Raya) 1981) 7.22 Buku Daftar Pemilih Pilihan Raya (DPPR) Adalah senarai nama pemilih yang terkini dan telah disahkan oleh SPR bagi tujuan pilihan raya. (Subperaturan 14A Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Penjalanan Pilihan Raya) 1981) 7.23 Zon Larangan 50 Meter Adalah suatu kawasan yang ditetapkan sebagai kawasan larangan dalam jarak 50 meter atau mana-mana jarak yang difikirkan sesuai dari Pusat Penamaan Calon atau dari Pusat Mengundi. (Subseksyen 24A (2) dan 26 (1) (e) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954) 7.24 Slip Nombor Tempat Mengundi (Saluran) Adalah suatu helaian nombor yang bercetak yang akan diberikan oleh Kerani Penyemak Daftar Pemilih (KPDP) kepada pengundi 9

bagi tujuan memudahkan pengundi mengenal pasti Tempat Mengundi (Saluran). 7.25 Pengundi OKU dan Pengundi Uzur Adalah pengundi dikalangan Orang Kurang Upaya (OKU) dan pengundi uzur yang layak untuk diberi keistimewaan mengundi di Tempat Mengundi (Saluran) 1 di tingkat bawah bangunan Pusat Mengundi berkenaan walaupun namanya tersenarai di dalam Daftar Pemilih Pilihan Raya (DPPR) di Tempat Mengundi (Saluran) yang terletak di tingkat atas. Pengundi dalam kategori ini adalah pengundi yang cacat anggota kaki dan tidak mampu berjalan tanpa bantuan orang lain atau pengundi uzur yang dalam keadaan tidak sihat dan tidak mampu bergerak sendiri ke tingkat atas tanpa bantuan orang lain. Di samping itu, pengundi berkenaan perlu menggunakan kerusi roda untuk bergerak ke Tempat Mengundi. 7.26 Dakwat Kekal Dakwat Khas yang dibekalkan oleh SPR bagi kegunaan Kerani Pengundian untuk menanda atau mencalit jari pengundi atau mana-mana bahagian tangan pengundi yang hadir sebelum kertas undi dikeluarkan kepada pengundi tersebut. 7.27 Menanda/mencalit Dakwat Kekal Melakukan satu tanda dengan cara mencalit dakwat kekal di jari telunjuk kiri pengundi atau di jari telunjuk kanan (jika tiada jari kiri) atau mana-mana jari dari ruas pertama hingga ke hujung jari mengikut tatacara yang ditetapkan oleh SPR sebelum seseorang pengundi boleh dikeluarkan kertas undi. 10

BAHAGIAN II TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PEMERHATI BARUNG PADA HARI MENGUNDI 1. Tugas Pemerhati Barung Sebelum Proses Semakan Daftar Pemilih Di Barung SPR Bermula 1.1 Pemerhati Barung perlu mengetahui kedudukan dan lokasi Barung SPR di Pusat Mengundi di mana mereka bertugas. 1.2 Pemerhati Barung hendaklah hadir di Barung SPR lebih awal daripada masa mengundi. 1. 2. Tugas dan Tanggungjawab Pemerhati Barung Semasa Proses Semakan Daftar Pemilih Di Barung SPR. 2.1 Memastikan Buku Daftar Pemilih Pilihan Raya (DPPR) atau cakera padat (CD) yang digunakan adalah DPPR atau CD yang khusus untuk Pusat Mengundi berkenaan. 2.2 Pemerhati Barung hendaklah menyaksikan proses semakan Daftar Pemilih di Barung SPR berjalan mengikut Undang-Undang dan Peraturan-Peraturan Pilihan Raya 2.3 Memastikan Pemilih yang hadir untuk semakan Daftar Pemilih di Barung SPR mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah seperti yang berikut: a. Kad Pengenalan/ My Kad; b. Resit Pengenalan Sementara (JPN. KP09/ Resit Gantian Kad Pengenalan); c. Dokumen Pengenalan (JPN. KP11/ Resit Kehilangan Kad Pengenalan) yang dikeluarkan dan disahkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara; d. Pasport Antarabangsa e. Lesen memandu yang mengandungi nama, nombor kad pengenalan dan bergambar; dan 11

f. Kad jabatan yang dikeluarkan oleh Jabatan/ pihak berkuasa kerajaan yang mengandungi nama, nombor kad pengenalan dan gambar 2.4 Pemerhati Barung hendaklah memerhati pelaksanaan proses semakan oleh Kerani Penyemak Daftar Pemilih (KPDP) mengikut Buku Daftar Pemilih atau CD yang dibekalkan kepada KPDP. 2.5 Menarik perhatian KPDP jika didapati pelaksanaan tugas tidak teratur. 2.6 Sekiranya terdapat salah laku yang dilakukan oleh KPDP, Pemerhati Barung hendaklah memaklumkan kepada Penyelia Pusat Mengundi untuk tindakan lanjut. 2.7 Membuat apa-apa teguran dengan mengemukakan secara bertulis serta alasan kepada keputusan yang dibuat oleh Penyelia Pusat Mengundi. (Arahan atau keputusan yang dibuat oleh Penyelia Pusat Mengundi hendaklah dipatuhi dan dihormati). 2.8 Memerhati KPDP menulis nombor siri pemilih di Slip Nombor Tempat Mengundi (Saluran). 2.9 Memerhati KPDP mengeluarkan Slip Nombor Tempat Mengundi (Saluran) yang betul kepada pemilih. 3. Syarat Kebenaran Masuk Ke Pusat Mengundi Bagi Pemerhati Barung 3.1 Seseorang Calon/Ejen Pilihan Raya boleh melantik tidak lebih dari empat orang menjadi Pemerhati Barung bagi suatu Pusat Mengundi. Walau bagaimanapun, hanya seorang Pemerhati Barung sahaja yang mewakili seseorang Calon boleh dibenarkan berada di Barung SPR pada satu-satu masa semasa proses semakan Daftar Pemilih dilaksanakan. (Subseksyen 26A(3) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954) 12

3.2 Penyelia Pusat Mengundi tidak akan membenarkan manamana Pemerhati Barung masuk ke Pusat Mengundi kecuali ia dapat menunjukkan : (a) Surat pelantikan sebagai Pemerhati Barung yang disediakan oleh Calon atau Ejen Pilihan Raya; (b) Borang Sumpah Kerahsiaan (Borang A) yang telah diisikan dengan sempurna dan ditandatangani; (c) Pas Petugas Pemerhati Barung yang diluluskan SPR; dan (d) Dokumen pengenalan diri. 4. Pemerhati Barung Bertugas Sepanjang Masa Atau Secara Bergilir 4.1 Seseorang Pemerhati Barung boleh bertugas sepanjang masa semakan Daftar Pemilih dilaksanakan atau secara bergilirgilir. Walau bagaimanapun, seseorang Pemerhati Barung perlu bertugas sekurang-kurangnya 2 jam sebelum penggantinya mengambil alih. (Subseksyen 26A(3), Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954) 4.2 Jika seseorang Pemerhati Barung meninggalkan tugas sebelum tempoh dua jam, tempatnya tidak boleh diganti dengan Pemerhati Barung yang lain. 4.3 Apabila seorang Pemerhati Barung hendak digantikan dengan seorang Pemerhati Barung yang lain, beliau hendaklah meninggalkan Barung SPR berkenaan dan seterusnya meninggalkan Pusat Mengundi tersebut. 4.4 Pemerhati Barung yang bertugas tidak boleh sama sekali meninggalkan Pusat Mengundi tanpa kebenaran Penyelia Pusat Mengundi. 13

5. Kebenaran Membuat Bantahan Oleh Pemerhati Barung 5.1 Pemerhati Barung adalah dibenarkan menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap proses semakan Daftar Pemilih dengan membuat bantahan secara bertulis berserta bukti atau alasan kepada Penyelia Pusat Mengundi dan Pegawai Pengurus. 6. Larangan Ke Atas Pemerhati Barung Semasa Berada Di Barung SPR 6.1Pemerhati Barung adalah tidak dibenarkan: 6.1.1 Mempamerkan apa-apa simbol parti atau sebarang bentuk tulisan atau rayuan yang ada kaitan dengan pilihan raya pada pakaian, topi, kasut atau apa-apa barang lain. 6.1.2 Merokok. 6.1.3 Membawa senjata-senjata yang merbahaya. 6.1.4 Berkomunikasi dengan pengundi. 6.1.5 Bertengkar atau bertelagah dengan mana-mana pihak. 6.1.6 Menggunakan telefon bimbit. 6.1.7 Mengganggu kelancaran proses semakan Daftar Pemilih. Peringatan: Penyelia Pusat Mengundi berhak untuk tidak membenarkan mana-mana Pemerhati Barung berada di dalam Pusat Mengundi sekiranya tidak mematuhi arahan. 14

7. Penutupan Pusat Mengundi 7.1 Pusat Mengundi akan ditutup sebaik sahaja pengundian tamat mengikut masa yang ditetapkan (diwartakan). Apabila Pusat Mengundi ditutup, tidak ada mana-mana pemilih yang dibenarkan untuk membuat semakan. Jika masih ada pemilih yang tidak sempat mengundi, mereka akan diminta pulang oleh Penyelia Pusat Mengundi. 7.2 Pemerhati Barung dikehendaki keluar dari Pusat Mengundi bagi membolehkan Penyelia Pusat Mengundi mengemaskan Barung SPR. Pemerhati Barung tidak lagi terlibat semasa proses pengiraan undi dijalankan. 15

BAHAGIAN III PENUTUP 1. Penutup 1.1 Bagi memastikan pilihan raya dapat berjalan dengan licin dan lancar, Pemerhati Barung hendaklah mematuhi segala arahan dan nasihat yang diberikan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya seperti di dalam buku panduan ini. Tanpa kerjasama Pemerhati Barung, Pegawai-pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya tidak akan dapat menjalankan tugasnya dengan licin dan lancar. SELAMAT BERTUGAS 16

LAMPIRAN 1 BORANG PELANTIKAN PEMERHATI BARUNG Saya... No.Kad Roslan bin Ahmad Pengenalan... 500727-04-2003 adalah Calon/Ejen Pilihan Raya yang bertanding bagi bahagian pilihan raya;..... N.27 Merlimau (Nama Bahagian Pilihan Raya) Dengan ini melantik nama yang tersebut di bawah sebagai ejen saya sebagai; * PEMERHATI BARUNG yang bertugas bagi pihak saya di Pusat Mengundi. S.K.Merlimau 2 Nama: Rahim bin Ismail No.Kad Pengenalan: 570115-05-4575 Alamat Surat Menyurat: 2, Jalan Bunga Raya Taman Hang Tuah Melaka No.Telefon: 012-22444407 Tandatangan Calon/Ejen Pilihan Raya... tt Tarikh:... 27 Februari 2011 * Potong yang tidak berkenaan

LAMPIRAN 2 AKTA KESALAHAN PILIHAN RAYA 1954 Borang A [Subseksyen 5(1)] BORANG SUMPAH KERAHSIAAN Saya,....... Rahim bin Ismail No. Kad Pengenalan 570115-055-4575 beralamat... 2, Jalan Bunga Raya Taman Hang Tuah, Melaka.... bersumpah bahawa saya tidak akan melakukan dalam pilihan raya bagi N.27 Merlimau bahagian pilihan raya/kawasan pilihan raya... apa-apa perkara yang ditegah oleh seksyen 5* Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 [Akta 5], yang telah dibacakan kepada saya. 27 Februari Bertarikh pada... 2011 Di hadapan saya, tt. Tandatangan orang yang mengangkat sumpah tt Tandatangan Pengerusi atau Anggota Suruhanjaya Pilihan Raya, Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya, Pengarah Pilihan Raya Negeri, Pegawai Yang Hak. Seksyen ini mestilah dibacakan kepada pembuat akuan oleh orang yang mengambil akuan ini.