UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA PEJABAT BENDAHARI

dokumen-dokumen yang mirip
KOLEJ UNIVERSITI TEKNOLOGI TUN HUSSEIN ONN PEKELILING BENDAHARI BIL. 7 / 2003 PERATURAN PEMBAYARAN PELAJAR. KUiTTHO.(PB) 10.12/04 (14) 15 Oktober 2003

PEKELILING BENDAHARI BIL. 3/ 2001 PERA TURAN PEMBA YARAN PELAJAR

PEKELILING BENDAHARI BIL.2/2009 PERATURAN PEMBAYARAN PELAJAR

PEKELILING BENDAHARI BIL.2/2009 PERATURAN PEMBAYARAN PELAJAR

BAB 12 BIASISWA & AKAUN PELAJAR

2.1 Penuntut Baru ( Freshies ) Yuran Pendaftaran Yuran Berulang (Setiap Semester)

KOLEJ UNIVERSITI TEKNIKAL KEBANGSAAN MALAYSIA

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA PEJABAT BENDAHARI. UTHM.PB/100-6/4/ 1( 19 ) 06 Oktober 2008 PEKELILING BENDAHARI BIL. 13 /2008

PERATURAN PEMBAYARAN YURAN PELAJAR UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG

DASAR DAN GARIS PANDUAN INSENTIF BAGI STAF PENTADBIRAN YANG MELANJUTKAN PENGAJIAN

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA PEJABAT BENDAHARI

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA PENAMBAHBAIKAN DASAR DAN GARIS PANDUAN INSENTIF BAGI STAF PENTADBIRAN YANG MELANJUTKAN PENGAJIAN

PERATURAN PEMBAYARAN YURAN PELAJAR PASCASISWAZAH MOD KERJA KURSUS UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG

UTHM.PB/100-6/4 ( 21 ) 22 Januari 2009 PEKELILING BENDAHARI BIL. 1 / 2009

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA. UTHM/PP/100-6/3 JLD 11 ( 100 ) 31 Julai 2014 PEKELILING PENGURUSAN BIL.9 TAHUN 2014

UTHM/PB/100 6/4/1 (03) Tarikh: 21 September 2007 PEKELILING BENDAHARI BIL. 3 / 2007

UTHM.PB/100-6/4/1(26) 8 Disember 2012 SURAT PEKELILING BENDAHARI BIL. 6/2012

PERATURAN PEMBAYARAN YURAN PELAJAR SISWAZAH UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG

UTHM.PB/100-6/4/1Jld 2( 23 ) 17 Mei 2015 SURAT PEKELILING BENDAHARI BIL. 3/2015

UTHM/PB/100 6/4 (23) Tarikh: 24 April 2009 PEKELILING BENDAHARI BIL. 3 / 2009

UTHM.PB/100.6/4 Jld. 3 ( 2 ) Tarikh: 7 Januari 2016 PEKELILING BENDAHARI BIL. 2/2016

UTHM/PB/100 6/4/1 (18) Tarikh: 19 Ogos 2008 PEKELILING BENDAHARI BIL. 12 / 2008

KUiTTHO.PB/10.12/04 Jld II (13 ) Tarikh: 29 September 2006 PEKELILING BENDAHARI BIL. 06 / 2006

UTHM.PB/100.6/4 Jld. 2 ( 13 ) Tarikh: 22 Julai 2014 PEKELILING BENDAHARI BIL. 3/2014

UTHM/PB/100-6/4Jld 3 ( 9 ) Tarikh: 26 September 2017 PEKELILING BENDAHARI BIL. 6/2017 PENGISIAN TUNTUTAN PERJALANAN DALAM NEGERI SECARA ATAS TALIAN

SOAL & JAWAB UNIT CUTI BELAJAR BAHAGIAN SUMBER MANUSIA (BSM)

BORANG PERMOHONAN INSENTIF DAN YURAN PENGAJIAN STAF PENTADBIRAN Dihantar melalui PTj / Fakulti kepada Unit Kemudahan Pengajian Staf, Pejabat Pendaftar

UTHM.PB/100.6/4 Jld. 20 (11 ) Tarikh: 6 April 2014 PEKELILING BENDAHARI BIL. 1/2014

UTHM.PB/100-6/4( 20) 11 November 2008 PEKELILING BENDAHARI BIL. 14/2008 GARIS PANDUAN KEWANGAN BAGI MELAKSANAKAN PROGRAM / AKTIVITI PELAJAR

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA PEJABAT BENDAHARI

BEN-PKL( 02/2007 )D PEKELILING BENDAHARI BIL. 02/ 2007 PINDAAN TEMPOH BAYARAN DAN PENYENGGARAAN DAFTAR BIL

UTHM.PB/100-6/4/1( 9 ) 15 November 2007 SURAT PEKELILING BENDAHARI BIL. 9 /2007

BIL PERKARA TEMPOH (MASA) TARIKH TINDAKAN

UTHM.PB/100.6/4 Jld. 3 (1) Tarikh: 7 Januari 2016 PEKELILING BENDAHARI BIL. 1/2016

ISI KANDUNGAN SYARAT SYARAT DAN PERATURAN CUTI SABATIKAL UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA 1. PENDAHULUAN 1 2. TAFSIRAN 1-2

BUKU PANDUAN KEWANGAN PROGRAM DIPLOMA SEPENUH MASA UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PEKELILING BENDAHARI BIL. 3 TAHUN 2013 TATACARA PERMOHONAN DAN PELARASAN WANG PENDAHULUAN

AKTA UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI 1971 PERLEMBAGAAN UNIVERSITI MALAYA 1997 KAEDAH-KAEDAH UNIVERSITI MALAYA (IJAZAH DOKTOR FALSAFAH) 2007

PUSAT KEMBANGAN PENDIDIKAN (PKP) UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA PERATURAN AM KEWANGAN PELAJAR

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA. UTHM/PP/100-6/3 Jld 9 (05) 2009 PEKELILING PENGURUSAN BIL. 05/2009

BIL PERKARA TEMPOH (MASA) TARIKH TINDAKAN

UTHM.PB/100-6/4/1( 15 ) 4 Februari 2009 SURAT PEKELILING BENDAHARI BIL. 1/2009

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA UPM EDUCATION & TRAINING SDN. BHD. (UPM ET)

PERATURAN AKADEMIK BUKU PERATURAN AKADEMIK PROGRAM DIPLOMA DAN IJAZAH SARJANA MUDA SEPARUH MASA UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA PEKELILING PENGURUSAN BIL. 32/2008 PELAKSANAAN SKIM CUTI PENEMPATAN INDUSTRI STAF AKADEMIK

PERATURAN PRAKTIKUM UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

KOLEJ UNIVERSITI TEKNOLOGI TUN HUSSEIN ONN. KUiTTHO.PP/10.12/01 (47) 3 Oktober 2006 PEKELILING PENGURUSAN BIL.47/2006

1/6 RASMI (MASA) 2 hari September 2016 Fakulti / Bendahari / PPS / PTM / Pelajar

TATACARA TERIMAAN WANG 2.0 TANGGUNGJAWAB BENDAHARI/ KETUA JABATAN

PEKELILING JABATAN PENDAFTAR PEKELILING JABATAN PENDAFTAR BILANGAN 2 TAHUN 2011

UTHM.PB/100.6/4 Jld. 20 ( 12 ) Tarikh: 22 Mei 2014 PEKELILING BENDAHARI BIL. 2/2014

LAMPIRAN 3 PUSAT KEMBANGAN PENDIDIKAN (PKP) UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA PERATURAN AM KEWANGAN PELAJAR

UTHM.PB/100-6/4/1Jld 2( 08 ) 05 Februari 2014 SURAT PEKELILING BENDAHARI BIL. 02/2014

Peraturan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Pengurusan Keselamatan Pekerja Luar 2016

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA PEKELILING PENGURUSAN BIL.56/2008

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA. UTHM/PP/100-6/3 (51) 17 September 2007 PEKELILING PENGURUSAN BIL.51/2007

(MASA) Hari terakhir bekerja sebelum semester bermula

KOLEJ UNIVERSITI TEKNIKAL KEBANGSAAN MALAYSIA

GARIS PANDUAN PELANTIKAN FELO KOLEJ KEDIAMAN. (1) Kakitangan Pengurusan dan Profesional Universiti Malaya yang berjawatan tetap atau kontrak; atau

UNINERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA SKUDAI, JOHOR TATACARA PERMOHONAN TUKAR PROGRAM DAN PERINGKAT PENGAJIAN DARI IJAZAH KE DIPLOMA

TAKLIMAT PINJAMAN PENDIDIKAN PTPTN KEPADA PELAJAR BAHARU IPT

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA. UTHM/PP/100-6/3 Jld 10 ( 31) 3 Mei 2010 PEKELILING PENGURUSAN BIL. 31/2010 PELAKSANAAN DASAR CUTI GANTIAN

PROGRAM PENGAJIAN SEPARUH MASA SOALAN-SOALAN LAZIM. ~ Setiap program dan pusat ditawarkan adalah berbeza bagi setiap pengambilan

Pindaan 2013 (Bilangan 1)

BAHAGIAN A DASAR PENGAMBILAN PELAJAR

PANDUAN SISTEM PERATURAN AKADEMIK

(Bilangan 1) Diterbitkan oleh : BAHAGIAN HAL EHWAL AKADEMIK Universiti Teknologi MARA Shah Alam, Selangor D.E

PEJABAT PENDAFTAR BAHAGIAN PENGURUSAN MODAL INSAN SINERGI TERAS KUALITI

PEKELILING BENDAHARI BIL : 2 / 2007 PEJABAT BENDAHARI

KADAR YURAN PROGRAM KERJASAMA UMP-HsR JERMAN

PUSAT KEMBANGAN PENDIDIKAN (PKP) UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA PERATURAN AM KEWANGAN PELAJAR

SYARAT TAWARAN DAN PERATURAN CUTI BELAJAR / BIASISWA (DALAM NEGARA)

GARIS PANDUAN PASCA-KEDOKTORAN

GARIS PANDUAN HADIAH LATIHAN SKIM LATIHAN AKADEMIK BUMIPUTERA (SLAB)/SKIM LATIHAN AKADEMIK IPTA (SLAI)

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA PERMOHONAN CUTI TANPA GAJI DAN CUTI SEPARUH GAJI BAGI KAKITANGAN TETAP

GARIS PANDUAN PERMOHONAN PROGRAM DAN DANA MOBILITI PELAJAR (KE LUAR NEGARA)

PERMOHONANPENUBUHAN PERSATUAN/KELAB PELAJAR

UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

GARIS PANDUAN SKIM BANTUAN PASCASISWAZAH UNIVERSITI MALAYSIA SABAH. 1.1 Pemohon mengikuti program pengajian secara Penyelidikan Sepenuh Masa.

PEKELILING BENDAHARI BIL. 3 Tahun 2014 GARIS PANDUAN KEMUDAHAN KAD KORPORAT

KADAR YURAN PENGAJIAN BAGI PELAJAR PERDANA TEMPATAN SEMESTER /2017

UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG KADAR YURAN PELAJAR BAHARU DIPLOMA SEMESTER PERTAMA

POLISI PENGANUGERAHAN IJAZAH, DIPLOMA, SIJIL DAN KEPUJIAN AKADEMIK LAIN SECARA AEGROTAT DAN ANUMERTA

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

10 hari ( 7 hari sebelum kuliah bermula)

PERATURAN AKADEMIK: AMALAN DAN PEMATUHAN

PEKELILING PENDAFTAR

ISI KANDUNGAN SYARAT-SYARAT DAN PERATURAN CUTI SANGKUTAN INDUSTRI (CSI) UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA 1. TUJUAN 1 2.

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA PEKELILING PENGURUSAN BIL.10 TAHUN 2015 SKIM FELO INDUSTRI UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

GARIS PANDUAN GERAN SEPADAN (MATCHING GRANT) UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

UPM EDUCATION & TRAINING SDN. BHD. (UPM ET) UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

UTHM/PB/100 6/4/1 (14 ) Tarikh: 25Julai 2008 PEKELILING BENDAHARI BIL. 8 / 2008

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH

PANDUAN DAN PERATURAN CUTI SABATIKAL

Q & A Majlis Ramah Mesra Staf Cuti Belajar & Telah Lapor Diri bersama Pengurusan Universiti

4.1 PEMULANGAN JUBAH, MORTAR BOARD ATAU BONNET DAN HOOD

GARIS PANDUAN SKIM PEMBANTU PENYELIDIK SISWAZAH (GRADUATE RESEARCH ASSISTANT/GRA)

SURAT PEKELILING BENDAHARI BIL. 1 TAHUN 2016 GARIS PANDUAN KAD KORPORAT PTJ (KKP) UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

GARIS PANDUAN SKIM PEMBANTU PENYELIDIK SISWAZAH (GRADUATE RESEARCH ASSISTANT/GRA)

Transkripsi:

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA PEJABAT BENDAHARI UTHM.PB/100-6/4/( 16 ) 05 Ogos 2008 PEKELILING BENDAHARI BIL. 10/2008 Semua Pengurus Bahagian Universiti Tun Hussein Onn Malaysia YBhg. Dato /Prof./Tuan/Puan, PERATURAN PEMBAYARAN PELAJAR 1.0 TUJUAN 1.1 Tujuan pekeliling ini ialah untuk menerangkan berkenaan Peraturan Pembayaran Pelajar yang telah diluluskan oleh Pihak Berkuasa Universiti. 1.2 Pembayaran yang dimaksudkan adalah meliputi semua bayaran yang diwajibkan ke atas pelajar sepertimana yang ditetapkan oleh Lembaga Pengarah Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. 2.0 KAEDAH BAYARAN 2.1 Pelajar Baru 2.1.1 Pelajar baru kursus Diploma/Ijazah Sarjana Muda/Program Pengajian Siswazah wajib menjelaskan semua bayaran yang telah ditetapkan selewat-lewatnya semasa hari pendaftaran. (Sila rujuk arahan pembayaran yang terdapat di Buku Tawaran Kemasukan). 2.2 Pelajar Kanan 2.2.1 Pelajar Kursus Diploma/Ijazah Sarjana Muda Semua pelajar Kanan dari Kursus Diploma/Ijazah Sarjana Muda yang berpenaja, tiada berpenaja atau menerima wang tajaan penuh dari penaja dan tidak melalui Pejabat Bendahari diwajibkan menjelaskan semua bayaran dalam tempoh tiga (3) minggu selepas semester bermula. Pelajar yang gagal mematuhi peraturan di atas akan digugurkan status pendaftaran matapelajaran pada semester berkenaan.

2.2.2 Pelajar Program Pengajian Siswazah Pelajar Kanan dari Program Pengajian Siswazah selain dari yang ditaja sepenuhnya oleh Penganjur di mana bayarannya dibuat melalui Pejabat Bendahari diwajibkan menjelaskan semua bayaran dalam tempoh tiga (3) minggu selepas semester bermula. Pelajar yang gagal mematuhi peraturan di atas akan digugurkan status pendaftaran matapelajaran pada semester berkenaan. Pelajar yang mengikuti program pengajian siswazah secara separuh masa dikenakan yuran pelajaran 60% daripada kadar biasa manakala yuran-yuran lain perlu dijelaskan sepenuhnya. Pelajar Kanan di bawah Skim Biasiswazah/Pembantu Penyelidik/Pegawai Penyelidik dan kakitangan kontrak & kakitangan UTHM yang belum mendapat pengecualian yuran dari pihak Senat perlu membayar semua yuran dalam tempoh tiga (3) minggu selepas semester bermula. Pengecualian yuran hanya untuk yuran pelajaran sahaja. Sekiranya pengecualian yuran diluluskan oleh pihak Senat, yuranyuran lain perlu dijelaskan sendiri oleh pelajar. Pengecualian yuran diberi berdasarkan kepada prestasi pelajar dan ianya perlu dipohon selewat-lewatnya minggu pertama awal semester dari pihak Senat melalui Pusat Pengajian Siswazah mulai semester kedua pengajian. 2.2.3 Pelajar Yang Tamat Biasiswa Atau Sedang Memohon Perlanjutan Biasiswa Pelajar yang ditamatkan biasiswa atau sedang memohon perlanjutan biasiswa diwajibkan menjelaskan semua yuran pengajian dalam tempoh tiga (3) minggu selepas semester bermula. 2.2.4 Pelajar Berpenganjur Yang Tidak Ditaja Sepenuhnya Oleh Penaja Di Mana Wang Tajaan Dibayar Melalui Pejabat Bendahari Pelajar-pelajar yang berkenaan hendaklah menjelaskan jumlah perbezaan yang tidak ditaja oleh penaja dalam tempoh tiga (3) minggu selepas semester bermula. 3.0 Tindakan Terhadap Pelajar Yang Gagal Menjelaskan Pembayaran 3.1 Pelajar seperti di para 2.1.1, 2.2.1, 2.2.2, 2.2.3 dan 2.2.4 yang gagal menjelaskan semua bayaran atau mendapatkan pengecualian selepas tempoh yang ditetapkan akan dikenakan tindakan seperti berikut :-

3.1.1 Digugurkan status pendaftaran matapelajaran bagi pelajar yang telah mendaftar. 3.1.2 Tidak dibenarkan daripada membuat pendaftaran matapelajaran. 3.1.3 Ditahan daripada menghadiri kuliah 3.1.4 Ditahan daripada menduduki peperiksaan 3.1.5 Ditahan keputusan peperiksaan 3.1.6 Digantung pengajian 3.1.7 Diberhentikan 3.1.8 Tidak akan digraduankan 3.1.9 Ditahan Transkrip keputusan peperiksaan 4.0 Peraturan Pembayaran Bagi Semester III 4.1 Jenis Yuran Yang Dikenakan (Untuk Subjek yang ditawarkan sahaja) 4.1.1 Yuran Pelajaran Yuran Pelajaran yang dikenakan mengikut jumlah Jam Kredit yang diambil seperti berikut :- 4.1.1 Jenis Kursus Kadar Yuran Diploma (Semua Kursus) Ijazah Sarjana Muda (Semua Kursus) RM15.00 setiap kredit RM45.00 setiap kredit 4.1.2 Yuran Perkhidmatan Universiti Jumlah yang dikenakan adalah sama seperti bayaran Semester I dan II. 4.1.3 Yuran Asrama Mengikut perkiraan berdasarkan tempoh Semester III.

4.1.4 Pelajar Yang Mengambil Latihan Industri / Latihan Praktikal / Latihan Mengajar / Bengkel 4.2 Cara Pembayaran 4.1.4.1 Sekiranya matapelajaran Latihan Industri / Latihan Praktikal / Latihan Mengajar / Bengkel merupakan kurikulum yang ditetapkan untuk diambil oleh pelajar dalam Semester III, yuran pengajian Semester III mereka telah diambil kira pada bayaran yuran pengajian Semester Lazim. 4.1.4.2 Jika matapelajaran Latihan Industri / Latihan Praktikal / Latihan Mengajar / Bengkel merupakan kurikulum yang ditetapkan untuk diambil oleh pelajar dalam Semester Lazim, pelajar dikenakan bayaran walaupun menjalani Latihan Industri / Latihan Praktikal / Latihan Mengajar / Bengkel dalam Semester III. 4.1.4.3 Yuran pengajian Semester III akan dikenakan kepada pelajar-pelajar yang mengulang Latihan Industri / Latihan Praktikal / Latihan Mengajar / Bengkel. Pelajar diwajibkan menjelaskan semua yuran di atas semasa membuat pra pendaftaran / pendaftaran matapelajaran. Pelajar yang gagal menjelaskan pembayaran tidak dibenarkan mendaftar matapelajaran pada semester tersebut. Pelajar yang telah menjelaskan pembayaran tetapi menarik diri atau mengurangkan jumlah jam kredit yang diambil, tidak berhak menuntut pemulangan bayaran selepas tarikh rasmi pendaftaran matapelajaran. 5.0 Pelajar Kursus Diploma, Sarjana Muda Dan Program Pengajian Siswazah Dalam Semester Lanjutan 5.1 Pelajar Kursus Diploma/Sarjana Muda 5.1.1 Pelajar Kursus Diploma/Sarjana Muda yang mengikuti semester lanjutan (melebihi tempoh pengajian) yang mengambil 6 jam kredit atau kurang dikenakan separuh yuran pelajaran dari kadar biasa manakala lain-lain yuran perlu dijelaskan sepenuhnya. 5.1.2 Pelajar Kursus Diploma/Sarjana Muda yang berdaftar tahun akhir (semester lanjutan) yang telah menyempurnakan syarat-syarat kursus kecuali syarat latihan praktik dikecualikan daripada membayar yuran pelajaran manakala lain-lain yuran perlu dijelaskan sepenuhnya. 5.2 Pelajar Program Pengajian Siswazah 5.2.1 Pelajar Kursus Sarjana dan Doktor Falsafah yang mengikuti semester lanjutan (melebihi tempoh pengajian) yang mengambil 6 jam kredit atau kurang dikenakan separuh yuran pelajaran dari kadar biasa manakala lain-lain yuran perlu dijelaskan sepenuhnya.

5.2.2 Pelajar Program Pengajian Siswazah yang telah menghantar tesis dan menunggu penilaian/peperiksaan akan diberi pengecualian yuran pengajian secara automatik untuk semester berikutnya dengan syarat telah memenuhi tempoh lazim semester pengajian pelajar terlibat. 6.0 Pelajar Kursus Diploma / Sarjana Muda Yang Menjalani Latihan Industri / Latihan Praktikal / Latihan Mengajar Dalam Semester Lazim Pelajar yang menjalani Latihan Industri / Latihan Praktikal / Latihan Mengajar dalam Semester Lazim iaitu Semester I dan II dikenakan separuh yuran pelajaran daripada kadar biasa, manakala yuran-yuran lain perlu dijelaskan sepenuhnya oleh pelajar. 7.0 Peraturan Umum 7.1 Penarikan Diri Dari Asrama Semasa Pengajian 7.1.1 Pelajar yang berhenti atau menarik diri dari mendiami asrama dikehendaki menjelaskan pembayaran yuran asrama sepenuhnya. Sebaliknya pelajar yang telah menjelaskan bayaran di atas tidak berhak menuntut pemulangan. 7.1.2 Pelajar yang mendiami asrama semasa cuti juga tertakluk kepada Peraturan 7.1.1. 7.2 Tuntutan Yuran Pengajian Bagi Kes Khas 7.2.1 Tindakan Tatatertib Pelajar yang melakukan kesalahan dan dikenakan tindakan tatatertib (hukuman dikuatkuasakan) sama ada diberhentikan atau digantung pengajian pada semester yang sama, dikehendaki menjelaskan semua bayaran bagi semester yang berkenaan. Jika pelajar digantung pengajian melebihi satu semester, pelajar tidak perlu membayar yuran pengajian di semester pelajar berstatus tidak aktif. 7.2.2 Menarik Diri Dari Mengikuti Kursus Pelajar berdaftar (termasuk pelajar yang telah membuat pra pendaftaran mata pelajaran) yang menarik diri dari mengikuti kursus setelah semester bermula dikehehendaki menjelaskan semua bayaran yuran semester berkenaan. Pelajar baru yang diluluskan menarik diri oleh Universiti di dalam tempoh 14 hari daripada tarikh pendaftaran, adalah layak mendapatkan semula sebahagian daripada yuran yang telah dijelaskan. Tiada pemulangan diberi sekiranya permohonan menarik diri diluluskan selepas daripada tempoh di atas.

7.2.3 Penangguhan Pengajian/Cuti Sakit 8.0 Peringatan Kepada Pelajar Pelajar yang diluluskan permohonan penangguhan pengajian/cuti sakit oleh pihak berkuasa Universiti pada sesuatu semester dikehendaki menjelaskan yuran seperti berikut:- 7.2.3.1 Jika kelulusan diberi sebelum cuti pertengahan semester berakhir, pelajar dikehendaki menjelaskan separuh dari yuran pelajaran. 7.2.3.2 Sekiranya kelulusan diberi setelah cuti pertengahan semester berakhir, pelajar dikehendaki menjelaskan keseluruhan yuran pelajaran. 7.2.3.3 Pelbagai yuran lain perlu dijelaskan sepenuhnya untuk perkara 7.2.3.1 dan 7.2.3.2 di atas, manakala yuran asrama mengikut kiraan sebenar menduduki asrama. Pelajar adalah diminta menyedari akan tanggungjawab serta kesan perlaksanaan Pekeliling ini seperti yang dinyatakan di atas dan di Lampiran A. 9.0 Kadar Yuran Pengajian Kadar yuran pengajian adalah berdasarkan kadar yang sedang berkuatkuasa. 10.0 Pembatalan Dengan terlaksananya pekeliling ini, maka Pekeliling Bendahari Bil. 7/2003 mengenai Peraturan Pembayaran Pelajar adalah dibatalkan. 11.0 Kuatkuasa Pekeliling Pekeliling ini berkuatkuasa mulai Semester I Sesi Pengajian 2008/2009. Kerjasama dan perhatian YBhg. Dato /Prof./Tuan/Puan adalah sangat-sangat diharapkan untuk memanjangkannya kepada staf di bahagian masing-masing. Sekian, terima kasih. "DENGAN HIKMAH KITA MENEROKA" Yang benar, ABU BAKAR BIN HUSSAIN Bendahari : Samb. 7050 s.k - YBhg. Pemangku Naib Canselor - YBhg. Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar Dan Alumni) - YBhg. Timbalan Naib Canselor (Akademik Dan Antarabangsa) - Ketua Unit Audit Dalam

PERKARA-PERKARA PENTING UNTUK DIAMBIL PERHATIAN/TINDAKAN OLEH PELAJAR Lampiran A 1. Adalah menjadi tanggungjawab pelajar menjelaskan semua bayaran bagi setiap semester pada tarikh yang ditetapkan mengikut Pekeliling Bendahari Peraturan Pembayaran Pelajar yang berkuatkuasa sehinggalah mereka menamatkan pengajian di UTHM. 2. Pengeluaran bil tuntutan kepada pelajar merupakan proses pentadbiran sahaja. Sekiranya pelajar tidak menerima bil tuntutan, mereka masih tertakluk kepada tindakan mengikut Peraturan Pembayaran Pelajar yang berkuat kuasa. 3. Bil tuntutan pembayaran akan dikemukakan melalui alamat tetap pelajar selewat-lewatnya seminggu sebelum semester bermula. Senarai hutang berkenaan juga akan dipamerkan di papan kenyataan Fakulti-fakulti. 4. Bil tuntutan pembayaran juga akan dikeluarkan kepada pelajar berpenganjur jika biasiswa/ pinjaman mereka belum diterima, untuk makluman/semakan/tindakan pembayaran (jika berkenaan). 5. Pelajar juga boleh meminta Pejabat Bendahari memberikan maklumat hutang mereka lebih awal lagi atau jika bil tuntutan hilang / tidak diterima. 6. Yuran/hutang yang perlu dijelaskan oleh pelajar meliputi semua bayaran termasuk yuran pengajian (yuran pelajaran, yuran asrama, yuran perkhidmatan Universiti, yuran aktiviti, yuran khidmat pelajar, yuran Minggu Haluan Siswa, yuran ko-kurikulum, yuran pendaftaran, yuran alumni, yuran peperiksaan, yuran perkhidmatan komputer, yuran khairat dan lain-lain termasuk pinjaman tabung). 7. Pelajar berpenganjur yang menerima biasiswa pelajaran mereka terus dari penganjur dianggap sebagai pelajar persendirian bagi maksud bayaran yuran yang ditetapkan dan tertakluk kepada tindakan yang dinyatakan terdahulu. 8. Pelajar yang memohon perlanjutan biasiswa melalui Pejabat Hal Ehwal Pelajar (HEP) dan kelulusan mengenainya tidak diperolehi sehingga tempoh pembayaran yang telah ditetapkan tamat, dianggap pelajar persendirian dan mereka dikehendaki menjelaskan sendiri semua yuran pengajian dalam tempoh tiga (3) minggu selepas semester bermula. 9. Pelajar yang digantung pengajian dianggap telah menggunakan satu semester pengajian dan mereka dikehendaki menjelaskan semua bayaran semester di mana pelajar telah mendaftar matapelajaran, sebelum diterima meneruskan pengajian pada semester berikutnya. 10. Pelajar yang telah membuat pra pendaftaran atau pendaftaran sebenar matapelajaran dan layak meneruskan pengajian pada semester berikutnya tetapi tidak bercadang meneruskan pengajian mereka kerana menarik diri atau memohon penangguhan pengajian, dikehendaki mengemukakan permohonan kepada Pejabat Pengurusan Akademik dengan segera untuk pelarasan rekod serta tindakan berkaitan. Pelajar yang gagal berbuat demikian (sebelum semester bermula atau sebelum tarikh akhir pendaftaran matapelajaran) masih dianggap sebagai pelajar berdaftar dan dikehendaki menjelaskan semua bayaran untuk semester berkenaan.

11. Pelajar Kanan (para 2.2) dibenarkan menjelaskan bayaran secara ansuran sebelum tarikh akhir pembayaran yang telah ditetapkan. Semua pembayaran yuran perlu dijelaskan secara tunai di kaunter pembayaran Pejabat Bendahari tertakluk kepada kelulusan Bendahari.