SURAT TAWARAN PER: PERMOHONAN UNTUK OVERDRAF BERCAGAR TALIAN KREDIT TERHADAP PELBAGAI KOLATERAL

dokumen-dokumen yang mirip
Terma-terma dan Syarat-syarat Utama Bagi Kemudahan Overdraf Bercagar CIMB

Terma-terma dan Syarat-syarat Utama Bagi Kemudahan Overdraf Bercagar CIMB

LEMBARAN PENERANGAN PRODUK

Terma-terma dan Syarat-syarat CIMB Bank Berhad Yang Mengawal Kempen Deposit Tetap dan Akaun Semasa

Notis kepada pelanggan Akaun Pelaburan Emas CIMB BANK melalui CIMB CLICKS

MEMORANDUM DEPOSIT SAHAM DAN SYER

Terma-terma dan Syarat-syarat 0% Easy Pay CIMB

MEMORANDUM CAGARAN DAN DEPOSIT. CIMB BANK BERHAD (No. Syarikat P ) Kepada:

Akaun Pelaburan Pulangan Tetap-i Step Up 12 Bulan CIMB Islamic Bank Berhad TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT

Notis kepada pelanggan Akaun Pelaburan e-emas CIMB Bank ( egia ) (Tarikh Notis: 20 April 2018) Kepada pelanggan,

Terma-terma dan Syarat-syarat Utama Bagi Kemudahan Overdraf Bercagar CIMB

Program Penukaran Baki CIMB Bank Terma-Terma dan Syarat-Syarat setakat 7 MEI Program Penukaran Baki

TERMA DAN SYARAT WANG TUNAI PERIBADI (PERSONAL CASH)

Fasal-fasal yang dipinda bagi Terma & Syarat Pelan Ansuran Pindahan Baki ( BTiP ) AFFIN

AKAUN MATAWANG ASING TERMA DAN SYARAT

LEMBARAN PENDEDAHAN PRODUK

Pembiayaan Auto CIMB Pembiayaan Kenderaan Khas untuk Bumiputera Terma-terma dan Syarat-syarat

CIMB ISLAMIC BANK BERHAD ( H)

3. Bank merizab hak untuk mengubah tempoh dan/atau tarikh permulaan dan/atau tarikh tamat Tempoh Kempen Lanjutan dengan memberikan makluman.

TERMA & SYARAT ( T&S ) Berikut adalah terma dan syarat yang berkuat kuasa ke atas Kempen:- KELAYAKAN

4. Apakah senario yang mungkin mencetuskan perubahan pada IBR?

TERMA DAN SYARAT CIMB BANK BERHAD YANG MENTADBIR KEMPEN PULANGAN TUNAI PEMILIK TUNGGAL DAN PERKONGSIAN UNTUK AKAUN SEMASA PERNIAGAAN

CIMB BANK BERHAD TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT KAWAL SELIA PRIME BANKING

RISALAH PENDEDAHAN PRODUK AKAUN PELABURAN KHAS (SIA)

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT Kempen RM1 for 1 Swipe CIMB 2016

CIMB ISLAMIC BANK BERHAD ( H)

Terma-terma dan Syarat-syarat CIMB Bank Kempen Website CPL (1 hb Sep hingga 31 hb Okt 2017)

LEMBARAN PENERANGAN PRODUK

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT. Program Tambahan Baki CIMB (Faedah Bonus 3% Setahun)

Kempen Rebat Tunai RM1,000 Penyata-E CIMB Islamic Bank Terma-terma dan Syarat-syarat

CIMB ISLAMIC BANK BERHAD ( H)

Terma-terma dan Syarat-syarat Utama Bagi Kemudahan Overdraf Bercagar CIMB 1. SYARAT-SYARAT TERDAHULU BAGI KETERSEDIAAN KEMUDAHAN

TERMA DAN SYARAT KEMPEN THE WOW SMART PHONE PELAN BAYARAN MUDAH 0% (EPP)

LEMBARAN PENERANGAN PRODUK

LEMBARAN PENERANGAN PRODUK

Bertarikh pada haribulan 20. Antara CIMB ISLAMIC BANK BERHAD ( H) Dan [NAMA PIHAK] SURATIKATAN PENYERAHAN HAK

CIMB ISLAMIC BANK BERHAD ( H)

(iv) Pemegang kad kredit utama kad kredit CIMB Tesco Platinum sedia ada; dan/atau

VERSI-1/04/01/2017/CIP/T&C/BM. Terma dan Syarat Pelan Ansuran Tunai Melalui Panggilan Telefon ( CIP ) AFFINBANK

TERMA DAN SYARAT PROGRAM PINDAHAN BAKI

CashLite CIMB Terma-terma dan Syarat-syarat

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT CIMB BANK BERHAD ( BANK ) YANG MENGAWAL KEMPEN KAD KREDIT CIMB PREFERRED ( Kempen )

HELAIAN PENZAHIRAN PRODUK

UNITED OVERSEAS BANK (MALAYSIA) BHD (271809K)

Tarikh: Surat aku janji bertulis oleh UOB atas permintaan pemohon (anda), berpihak kepada pihak ketiga (penerima) yang menjamin pembayaran.

LEMBARAN PENERANGAN PRODUK

Tarikh: Jenis instrumen yang boleh disediakan kepada anda di bawah SBLC diringkaskan seperti berikut:

TERMA DAN SYARAT Kempen Rebat Tunai CIMB-Sunshine (16hb Mei hb Jun 2018)

Kepada: CIMB Bank Berhad

Terma-terma dan Syarat-syarat Kempen Website CPL Campaign (1hb Julai 31hb Ogos 2017)

Pada haribulan 20. Antara CIMB ISLAMIC BANK BERHAD ( H) Dan. (Nama Pihak) SURAT KUASA WAKIL

Terma dan Syarat Kempen Scootvaganza dengan Kad AFFIN ( Kempen )

Peraduan Fortune 10 CIMB Bank - Terma & Syarat. Terma & Syarat PERADUAN FORTUNE 10 CIMB BANK BERHAD

TERMA & SYARAT PELAN ANSURAN MUDAH (EiPLAN) AFFINBANK UNTUK YURAN GUAMAN PINJAMAN PERUMAHAN

Fasal-fasal yang dipinda

LAMPIRAN SEBUTAN PERMULAAN 1 DEFINISI DAN PENTAFSIRAN

Terma-terma dan Syarat-syarat Kempen CIMB Personal Financing Pre-Raya Cash Back (1hb Mei 31hb Ogos 2017)

Page 1 of 7. TERMA TERMA & SYARAT-SYARAT AKAUN SIMPANAN Layak menerima perlindungan PIDM 1. MEMBUKA AKAUN

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT. Program Faedah Bonus CIMB

Overdraf. November 2017

Go Digital with CIMB Terma-terma dan Syarat-syarat

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT Kempen Belanja dan Menang Rebat Tunai CIMB-IKEA (1hb September hb November 2017)

Sila harap maklum bahawa perubahan berikut (perkataan digelapkan) telah dibuat ke atas Terma & Syarat AFFINBANK Debit MasterCard anda.

NOTIS PENTING: INI ADALAH PRODUK AKAUN PELABURAN YANG TERIKAT KEPADA PRESTASI ASET, DAN BUKAN PRODUK DEPOSIT.

PERJANJIAN AKAUN PELABURAN EMAS CIMB BANK melalui CIMB CLICKS

Lembaran Maklumat Produk Al-Ansar Pembiayaan Perniagaan-i (Tawarruq)

Terma dan Syarat bagi Akaun Semasa-i dan Akaun Simpanan-i Hong Leong (Tawarruq CASA-i)

Kempen Hadiah Sehingga RM150 kepada Permohonan Kad Kredit CIMB BANK

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT Kempen Octo Edisi Terhad

lain tanpa memberikan sebarang sebab. Kepada: CIMB Bank Berhad Cawangan...

Kadar Faedah Rata* Sehingga 8.99% setahun 12, 24, 36, 48 bulan Kadar Faedah Efektif Sehingga 16.23% 1. Apa produk ini berkenaan?

PERJANJIAN PENDIDIKAN GURU

TERMA-TERMA & SYARAT-SYARAT KEMPEN SAMBUTAN HARI GURU & JURURAWAT 2017

CashLite CIMB Terma-terma dan Syarat syarat seperti pada 22 Dec 2016

TERMA DAN SYARAT KHUSUS BAGI DEPOSIT BERTEMPOH BERASASKAN KOMODITI MURABAHAH (Tarikh Berkuatkuasa: Oktober 2016) [Layak dilindungi oleh PIDM]

Tempoh Kempen bermaksud 2 Oktober 2017 sehingga 30 Mac 2018 (termasuk kedua-dua tarikh tersebut) melainkan jika diberitahu sebaliknya.

LAMPIRAN SEBUTAN PERMULAAN 1 DEFINISI DAN PENTAFSIRAN

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT. Kempen Octo Edisi Terhad Preferred

1. Setiap penyebutan CIMB merujuk kepada CIMB Bank Berhad (13491-P).

Akaun Perniagaan-i Terma & Syarat (Berkuatkuasa: 5 Disember 2016)

Produk Deposit Konvensional MBSB Terma dan Syarat

BORANG PERMOHONAN PEMBIAYAAN ASBi-KOP. No. Ahli No. Kad Kuasa (PDRM) No. Kad Pengenalan Awam. Tarikh Lahir No. Gaji Pejabat Pembayar Gaji

Terma dan Syarat bagi Akaun Semasa-i dan Akaun Simpanan-i Hong Leong (Tawarruq CASA-i)

PERJANJIAN PINJAMAN PENDIDIKAN

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT ( TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT ) KEMPEN ICM-UT KFH MALAYSIA ( KEMPEN )

JAMINAN DAN TANGGUNG RUGI OLEH INDIVIDU

Had Kemudahan: Ditentukan oleh pihak Bank menurut budi bicara mutlaknya berdasarkan pendapatan tahunan anda seperti berikut:

Fasal-fasal yang dipinda bagi Terma & Syarat Pelan Ansuran Tunai Melalui Panggilan Telefon ( CIP ) AFFIN

PERJANJIAN PENYELENGGARAAN. Bertarikh. Antara. CIMB ISLAMIC BANK BERHAD (No Syarikat H) ("Bank") dan. ("Pelanggan")

Tempoh pinjaman begantung kepada tujuan pembiayaan dimana secara umum adalah di antara 5 hingga 15 tahun. : RM 1,

LEMBARAN MAKLUMAT PRODUK

TERMA DAN SYARAT PELAN PEMBAYARAN MUDAH ( EPP ) AFFINBANK

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT

PERJANJIAN BELAJAR. PERJANJIAN INI dibuat pada haribulan... tahun... (selepas ini dirujuk sebagai Perjanjian ini ) ANTARA

TERMA & SYARAT PELAN ANSURAN MUDAH (EiPLAN) AFFINBANK UNTUK INSURANS GAP SEWA BELI

TERMA-TERMA & SYARAT-SYARAT KEMPEN SAMBUTAN HARI GURU & JURURAWAT 2017

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT. Kempen Octo Edisi Terhad

KEMPEN PULANGAN TUNAI AUTOPAY BILL UOBM TERMA & SYARAT KAD KREDIT UOBM ("KAD")

Kempen Faedah Bonus Savings Plus UOBM Terma dan Syarat

TERMA DAN SYARAT KAD KREDIT HONG LEONG BANK INFINITE/ INFINITE

Transkripsi:

SURAT TAWARAN No. Ruj. Bank: Tarikh: Kepada Peminjam: Tuan/Puan, PER: PERMOHONAN UNTUK OVERDRAF BERCAGAR TALIAN KREDIT TERHADAP PELBAGAI KOLATERAL Kami dengan sukacitanya ingin menawarkan kepada anda ("Peminjam") Kemudahan Overdraf Bercagar Talian Kredit ("Kemudahan") yang tertakluk kepada terma-terma dan syarat-syarat berikut:- 1. Had Kredit Diluluskan Maksimum Had Kredit Diluluskan Maksimum bagi Kemudahan adalah Ringgit Malaysia (RM) sahaja. 2. Had Pengeluaran Meskipun Had Kredit Diluluskan Maksimum, jumlah yang boleh dikeluarkan atau digunakan oleh Peminjam di bawah Kemudahan pada bila-bila masa atau dari semasa ke semasa hendaklah tertakluk kepada terma-terma yang dibentangkan dalam Fasal 11 di bawah dan tidak boleh melebihi Had Pengeluaran (seperti yang ditakrifkan dan diperuntukkan dalam Terma-terma dan Syarat-syarat Utama Bagi Kemudahan Overdraf Bercagar CIMB yang dilampirkan pada Surat Tawaran ini). Pengeluaran berlebihan benar-benar dilarang. 3. Tujuan Untuk penggunaan peribadi / pelaburan peribadi. 4. Pembayaran Balik Semua jumlah yang belum dijelaskan di bawah Kemudahan (sama ada prinsipal, faedah atau sebarang wang lain yang terhutang atau perlu dibayar kepada Bank) perlu dibayar balik oleh anda pada bila-bila masa dengan serta-merta apabila dituntut. 5. Tempoh 5.1 Kemudahan adalah tertakluk kepada semakan semula secara berkala menurut budi bicara tunggal dan mutlak Bank tanpa sebarang kewajipan, sama ada dari segi undang-undang atau ekuiti, untuk memberikan apa-apa sebab untuknya dan sama ada sebarang Peristiwa Keingkaran (seperti yang ditakrifkan dalam Terma-terma dan Syarat-syarat Utama Bagi Kemudahan Overdraf Bercagar CIMB yang dilampirkan pada Surat Tawaran ini) telah berlaku atau tidak. Tiada apa-apa pun jua yang terkandung dalam Surat Tawaran ini akan dianggap mengenakan sebarang obligasi ke

atas Bank sama ada dari segi undang-undang atau ekuiti, untuk menyediakan atau terus menyediakan Kemudahan. 5.2 Tanpa prejudis terhadap hak kami untuk menuntut pembayaran balik sepertimana dibentangkan dalam Fasal 4 di atas dan meskipun apa-apa perkara yang menyatakan sebaliknya yang terkandung dalam Surat Tawaran ini, Bank merizab hak dan berhak, pada bila-bila masa dianggapnya wajar tanpa perlu memberikan sebarang sebab jua untuknya, untuk menggantung, menarik balik, membatalkan atau menamatkan Kemudahan atau mana-mana bahagian daripadanya secara satu pihak pada bila-bila masa yang dianggapnya wajar tanpa perlu memberikan sebarang sebab untuknya melalui notis bertulis. Sekiranya Kemudahan atau mana-mana bahagian daripadanya ditarik balik, dibatalkan atau ditamatkan, keseluruhan keterhutangan atau mana-mana bahagian daripadanya yang ditentukan oleh Bank hendaklah kena dan perlu dibayar dengan serta-merta selepas tujuh (7) hari kalendar dari notis Bank yang tersebut. 6. Kadar Faedah Faedah yang boleh dikenakan ke atas jumlah yang dikeluarkan atau digunakan di bawah Kemudahan akan dikira atas dasar baki belum dijelaskan harian pada Kadar Asas (KA) Bank yang terpakai tambah 1.35 % setahun ( Kadar Faedah Terpakai ) dan faedah tersebut hendaklah dibayar setiap bulan secara tunggakan. Kadar Asas (KA) semasa Bank adalah empat peratus (4.00%) setahun dan Kadar Faedah Terpakai di atas adalah tertakluk kepada perubahan dari semasa ke semasa oleh Bank menurut budi bicaranya. 7. Faedah Had Lebihan / Kadar Faedah apabila Kemudahan Ditukar 7.1 Anda hendaklah membayar faedah pada kadar 6.35% setahun melebihi KA atau sebarang kadar lain yang boleh ditentukan oleh Bank dari semasa ke semasa melebihi KA setahun tertakluk kepada jumlah minimum sebanyak Ringgit Malaysia Lima (RM5.00) sahaja ("Kadar Had Lebihan") ke atas sebarang jumlah yang melebihi Had Pengeluaran anda dari dan termasuk hari apabila lebihan tersebut ditanggung dan lebihan pengeluaran dilakukan dan dikira pada dasar baki harian dan dimodalkan pada akhir setiap bulan kalendar. Tiada apa yang terkandung di dalam ini akan ditafsirkan sebagai mengenakan sebarang obligasi kepada Bank untuk membenarkan pengeluaran berlebihan yang melebihi Had Pengeluaran. 7.2 Bank berhak menukar Kemudahan kepada Pinjaman Bertempoh pada bila-bila masa berdasarkan sebarang terma dan syarat yang dianggap wajar oleh Bank setelah memberikan notis terdahulu selama empat belas (14) hari kalendar (termasuk menetapkan bilangan ansuran dan jumlah setiap ansuran yang perlu dibayar) menurut budi bicara tunggal dan mutlaknya. Sekiranya Kemudahan ditukar kepada Pinjaman Bertempoh, faedah yang dikenakan ke atas Pinjaman Bertempoh adalah KA + 4.1% setahun atas dasar kiraan bulanan atau pada sebarang kadar atau kadar-kadar lain atau sebarang dasar lain yang dianggap wajar oleh Bank. 8. Fi Komitmen Fi komitmen sebanyak satu peratus (1%) setahun perlu dibayar ke atas bahagian yang tidak digunakan daripada Had Pengeluaran relevan anda yang dikenakan dari semasa ke semasa jika had agregat Had Pengeluaran anda di bawah Kemudahan ini dan di bawah sebarang

kemudahan overdraf lain yang diberikan oleh Bank sebelum ini atau pada bila-bila masa atau dari semasa ke semasa di masa hadapan melebihi RM250,000-00. 9. Cagaran/Kolateral 9.1 Yang berikut ("Cagaran") boleh digadai dan / atau diserah hak dan / atau digadai janji dan / atau disandar dan / atau dideposit dengan Bank sebagai cagaran bagi Kemudahan melalui gadaian tetap pertama:- (c) (d) (e) Deposit tetap yang ditempatkan dengan Bank dengan atau tanpa pengeluaran faedah; Produk Berstruktur terpilih yang diterbitkan oleh Bank atau CIMB Investment Bank Berhad seperti yang ditentukan oleh Bank dari semasa ke semasa; Instrumen Deposit Boleh Niaga Kadar Terapung (FRNID) / Instrumen Deposit Boleh Niaga (NID) tertentu yang diterbitkan oleh Bank atau CIMB Investment Bank Berhad seperti yang ditentukan oleh Bank dari semasa ke semasa. Unit Amanah yang diterbitkan dan diuruskan oleh CIMB Principal Asset Management Berhad, Aminvestment Services Berhad, Affin Hwang Investment Management Berhad, RHB Asset Management Sdn Bhd, Eastspring Investments Berhad, TA Unit Trust Management Berhad dan Pacific Mutual Fund Berhad, di mana unit Amanah tersebut dilanggan dan/atau dibeli melalui Bank; Sebarang cagaran lain yang boleh diterima oleh Bank dari semasa ke semasa. Sebarang penentuan oleh Bank tentang sama ada suatu produk atau akaun atau cagaran jatuh ke dalam Fasal 9.1 hingga (e) dan boleh diterima sebagai Cagaran bagi tujuan Kemudahan adalah muktamad dan konklusif dan tidak boleh dicabar dalam apa cara jua. Peminjam hendaklah dengan serta merta dan setelah Surat Tawaran ini diterima, menyebabkan Cagaran yang digadai dan/atau diserah hak dan/atau digadai janji dan/atau disandarkan dan/atau dideposit dengan Bank selaras dengan terma-terma dan syarat-syarat di dalam ini supaya Had Pengeluaran yang tersedia adalah Ringgit Malaysia Sepuluh Ribu (RM10,000.00) atau bersamaan dengan jumlah prinsipal terhadap mana duti setem ad valorem perlu dibayar terhadap Surat Tawaran ini, yang mana lebih tinggi. Bank merizab hak untuk menarik balik dan/atau membatalkan Kemudahan dengan serta-merta jika syarat ini tidak dipenuhi. 9.2 Jika mana-mana cagaran disediakan oleh pihak ketiga, anda hendaklah memastikan pihak ketiga tersebut menyempurnakan dan menyerahkan kepada Bank Memorandum Deposit Pihak Ketiga atau Dokumen Cagaran lain yang mungkin diperlukan oleh Bank terhadapnya dan menurut bentuk dan isi yang ditetapkan oleh Bank. 10. Cagaran Tambahan 10.1 Anda hendaklah pada semua masa memastikan bahawa Jumlah Belum Dijelaskan oleh anda (seperti yang ditakrifkan dalam Terma-terma dan Syarat-syarat Utama Bagi

Kemudahan Overdraf Bercagar CIMB yang dilampirkan pada Surat Tawaran ini) tidak melebihi agregat semua Had Peminjaman Komponen (seperti yang ditakrifkan dalam Terma-terma dan Syarat-syarat Utama Bagi Kemudahan Overdraf Bercagar CIMB yang dilampirkan pada Surat Tawaran ini). 10.2 Sekiranya Bank pada bila-bila masa menentukan bahawa Baki Belum Dijelaskan melebihi agregat semua Had Peminjaman Komponen, di samping dan tanpa memudaratkan sebarang hak atau remedy Bank, anda hendaklah dengan kos dan perbelanjaan ditanggung oleh anda sendiri dengan serta-merta dan walau apa pun dalam bilangan hari yang ditetapkan seperti yang dinyatakan dalam notis bertulis Bank kepada anda meminta anda menjelaskan sebarang kurangan dengan menyediakan (atau menyebabkan penyediaan) kepada Bank cagaran tambahan yang boleh diterima oleh Bank dan hendaklah menyempurnakan dan menyerahkan (atau menyebabkan penyempurnaan dan penyerahan) kepada Bank semua instrumen cagaran berkenaan memihak kepada Bank sebagaimana yang mungkin dikehendaki oleh Bank berkaitan dengannya, dalam bentuk dan berdasarkan terma yang dikehendaki oleh Bank. Nilai cagaran yang diberikan atau dicadangkan agar diberikan akan ditetapkan oleh Bank dari semasa ke semasa. Sebarang penentuan oleh Bank tentang nilai cagaran yang diberikan (atau dicadangkan agar diberikan) adalah konklusif jika tiada kesilapan yang nyata. 11. Ketersediaan Kemudahan 11.1 Kemudahan akan disediakan untuk penggunaan tertakluk kepada Had Pengeluaran dan terma-terma dan syarat-syarat Surat Tawaran ini selepas:- anda mengembalikan kepada kami salinan Pendua Surat Tawaran ini yang telah disempurnakan dan diterima dengan sewajarnya dalam tempoh masa yang ditetapkan; dan semua syarat terdahulu yang ditetapkan dalam "Terma-terma dan Syaratsyarat Utama Bagi Kemudahan Overdraf Bercagar CIMB" kami yang standard yang dilampirkan pada Surat Tawaran ini telah dipenuhi dengan memuaskan hati kami. Dalam hal ini syarat-syarat terdahulu tersebut harus dipenuhi dalam masa enam (6) bulan dari tarikh Surat Tawaran ini dan jika tidak, Kemudahan akan ditarik balik dan dibatalkan dan tawaran akan dibatalkan kecuali jika sebaliknya dipersetujui secara bertulis oleh Bank. 11.2 Apabila Kemudahan sedia untuk digunakan, selaras dengan Fasal 11.1 di atas, anda boleh mengeluarkan Kemudahan tertakluk kepada Had Pengeluaran dan terma-terma dan syarat-syarat Surat Tawaran ini. Meskipun perkara yang disebut sebelum ini, Peminjam bertanggungjawab untuk menyemak bahawa Kemudahan telah sedia untuk digunakan serta Had Pengeluaran yang tersedia dari semasa ke semasa untuk memastikan terdapat dana yang cukup kerana Bank tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kejadian pemulangan cek disebabkan dana yang tidak mencukupi. 12. Syarat Khas Duti setem yang perlu dibayar terhadap Kemudahan ini hendaklah dibayar oleh Peminjam dan ditolak daripada Kemudahan. 13. Penerapan Terma-terma dan Syarat-syarat Bagi Kemudahan Overdraf Bercagar CIMB

Kemudahan yang diberikan seterusnya dengan nyata tertakluk kepada "Terma-terma dan Syarat-syarat Utama Bagi Kemudahan Overdraf Bercagar CIMB" yang dilampirkan bersama ini yang akan membentuk sebahagian penting Surat Tawaran ini. Semua rujukan kepada "Surat Tawaran" dalam Surat Tawaran ini hendaklah termasuk rujukan kepada Terma-terma dan Syarat-syarat Utama Bagi Kemudahan Overdraf Bercagar CIMB. Kecuali konteks menghendaki sebaliknya, perkataan yang ditulis dengan huruf besar yang digunakan di dalam ini yang tidak ditakrifkan hendaklah membawa maksud yang sama seperti yang ditakrifkan dalam Terma-terma dan Syarat-syarat Utama Bagi Kemudahan Overdraf Bercagar CIMB. 14. Pengendalian Aduan Sekiranya wujud sebarang aduan tentang apa-apa perkara di dalam ini, anda boleh menghubungi Customer Resolution Unit Bank di alamat, nombor telefon, nombor faks dan alamat e-mel berikut (atau di sebarang alamat, nombor telefon, nombor faks dan alamat e-mel lain yang boleh diubah oleh Bank dengan memaklumkan anda):- Customer Resolution Unit Tingkat 19, Menara Bumiputra Commerce 11, Jalan Raja Laut, 50350 Kuala Lumpur No. Tel: +603 6204 7788 No. Faks: +603 2691 3248 E-mel: cru@cimb.com Jika terma-terma dan syarat-syarat di dalam Surat Tawaran ini boleh diterima oleh anda, sila nyatakan penerimaan anda terhadap tawaran Kemudahan ini dengan menandatangani dan memulangkan kepada kami salinan Pendua Surat Tawaran ini pada atau sebelum dan jika tidak, tawaran ini akan dianggap luput dan batal, melainkan ditentukan sebaliknya oleh kami. Terima kasih. Yang benar, Untuk dan bagi pihak CIMB Bank Berhad PFC / RM. BM Saya/Kami, (No. K/P...) menerima tawaran Kemudahan di atas oleh anda menurut terma-terma dan syarat-syarat di dalam Surat Tawaran ini dan di dalam Terma-terma dan Syarat-syarat Utama Bagi Kemudahan Overdraf Bercagar CIMB dan bersetuju untuk terikat olehnya. Saya/Kami dengan ini memberi kuasa kepada Bank untuk mendebit akaun No... saya/kami dengan Bank bagi tujuan membayar semua caj/ duti setem/ fi/ faedah dan/atau apa-apa yang lain yang berkaitan dengan Kemudahan.

Nama NRIC/No. Passport Tandatangan Tarikh Sila hubungi.. di cawangan.. kami di talian. atau faks untuk bantuan. Saya...* seorang Pegawai Bank yang diberi kuasa/seorang Peguambela & Peguamcara Mahkamah Tinggi Malaya/Sabah dan Sarawak yang mengamal di... dengan ini memperakui bahawa tandatangan Peminjam di atas telah diturunkan di hadapan saya pada... haribulan... 20... dan menurut pengetahuan peribadi saya, adalah tandatangan sebenar.(no. K/P atau No. Passport ) yang mengaku kepada saya bahawa beliau adalah seorang yang cukup umur dan bahawa beliau telah menyempurnakan instrumen ini secara sukarela. Disaksikan oleh saya,... Nama: No. Pekerja: Tarikh:

LAMPIRAN (Margin Pembiayaan) No.: Cagaran Margin Pembiayaan 1. Deposit tetap yang didenominasi dalam Ringgit yang ditempatkan dengan CIMB Bank Berhad tanpa pengeluaran faedah 100% daripada nilai muka 2. Deposit tetap yang didenominasi dalam Ringgit yang ditempatkan dengan CIMB Bank Berhad beserta pengeluaran faedah 95% daripada nilai muka 3. 4. 3. 4. 5. Deposit Terma yang didenominasi dalam Ringgit yang ditempatkan dengan CIMB Islamik Bank Berhad tanpa pengeluaran Keuntungan Deposit Terma yang didenominasi dalam Ringgit yang ditempatkan dengan CIMB Islamik Bank Berhad Beserta pengeluaran Keuntungan Produk Berstruktur tertentu yang diterbitkan oleh CIMB Bank Berhad atau CIMB Investment Bank Berhad seperti yang ditentukan oleh Bank dari semasa ke semasa Instrumen Deposit Boleh Niaga Kadar Terapung (FRNID) / Instrumen Deposit Boleh Niaga (NID) tertentu yang diterbitkan oleh CIMB Bank Berhad atau CIMB Investment Bank Berhad seperti yang ditentukan oleh Bank dari semasa ke semasa Unit Amanah yang diterbitkan dan/atau diuruskan oleh CIMB Principal Asset Management Berhad, Aminvestment Services Berhad, Affin Hwang Investment Management Berhad, RHB Asset Management Sdn Bhd, Eastspring Investments Berhad, TA Unit Trust Management Berhad dan Pacific Mutual Fund Berhad di mana unit Amanah tersebut dilanggan dan/atau dibeli melalui Bank. 100% daripada nilai muka 95% daripada nilai muka 80% daripada nilai muka 80% daripada nilai muka 60% daripada Nilai Pasaran

Terma-terma dan Syarat-syarat Utama Bagi Kemudahan Overdraf Bercagar CIMB 1. DEFINISI Dalam Terma-terma dan Syarat-syarat Utama Bagi Kemudahan Overdraf Bercagar CIMB ini ("Terma-terma dan Syarat-syarat Utama") dan Surat Tawaran, kata-kata berikut akan membawa maksud yang dibentangkan di bawah:- "Kolateral" "Had Peminjaman Komponen" "Had Pengeluaran" "Peristiwa Keingkaran" "Pelaburan" bermaksud semua Cagaran (termasuk tanpa had, Pelaburan) yang digadai janji, disandarkan, digadai atau diserah hak kepada Bank sebagai cagaran bagi Kemudahan dari semasa ke semasa selaras dengan Terma-terma dan Syarat-syarat Utama ini dan/atau Dokumen Cagaran dan "Kolateral" bermaksud setiap atau mana-mana daripadanya atau mana-mana bahagian daripadanya. bermaksud berkaitan dengan setiap Kolateral, jumlah Margin Pembiayaan yang terpakai kepada Kolateral dan Nilai Pasaran Kolateral; bermaksud pada masa yang ditentukan dan tertakluk kepada Had Kredit Diluluskan Maksimum tidak dilampaui, agregat semua Had Peminjaman Komponen ditolak Jumlah Belum Dijelaskan. bermaksud sebarang peristiwa atau keadaan yang dibentangkan dalam Fasal 13 Terma-terma dan Syarat-syarat Utama ini. bermaksud semua:- (i) (ii) (iii) (iv) Instrumen Deposit Boleh Niaga Kadar Terapung (FRNID) dan Instrumen Deposit Boleh Niaga (NID) tertentu yang diterbitkan oleh Bank atau CIMB Investment Bank Berhad seperti yang ditentukan oleh Bank dari semasa ke semasa; Produk Berstruktur tertentu yang diterbitkan oleh Bank atau CIMB Investment Bank Berhad seperti yang ditentukan oleh Bank dari semasa ke semasa; Unit amanah yang diterbitkan dan diuruskan oleh CIMB Principal Asset Management Berhad, Aminvestment Services Berhad, Affin Hwang Investment Management Berhad, RHB Asset Management Sdn Bhd, Eastspring Investments Berhad, TA Unit Trust Management Berhad dan Pacific Mutual Fund Berhad, di mana unit Amanah tersebut dilanggan dan/atau dibeli melalui Bank; dan sebarang cagaran lain yang boleh diterima oleh Bank dari semasa ke semasa yang kini atau selepas ini atau dari semasa ke semasa ditawarkan oleh Peminjam dan/atau mana-mana Pihak Cagaran sebagai cagaran bagi Kemudahan dan/atau dideposit dengan Bank atau yang mungkin kini atau selepas ini berada dalam milikan atau dipegang oleh Bank atau

nomininya dan termasuk semua faedah atau kupon yang terakru ke atasnya dari semasa ke semasa dan semua bonus, kadar hasil, pendapatan, pembahagian dan wang lain pun jua yang dibayar atau perlu dibayar atau dibuat terhadapnya dan semua hasil penebusan, hasil jualan, hak, opsyen, dan manfaat yang walau bagaimanapun jua terakru atau sebaliknya berhubung dengannya. "Margin Pembiayaan" bermaksud, berhubung dengan setiap Kolateral atau kategori Kolateral, margin pembiayaan seperti yang dibentangkan dalam Lampiran pada Surat Tawaran atau sebarang margin pembiayaan lain yang boleh ditentukan oleh Bank dari semasa ke semasa menurut budi bicara mutlaknya, dan selaras dengannya Had Pengeluaran dan Had Peminjaman Komponen diperolehi atau dikira. "Nilai Pasaran" bemaksud nilai setiap Kolateral pada masa yang ditentukan seperti yang ditetapkan oleh Bank berdasarkan:- (i) (ii) harga penutup harian bagi Kolateral tersebut seperti yang ditentukan oleh Bank menurut budi bicara tunggal dan mutlaknya; atau mengikut keadaan nilai muka Kolateral tersebut. "Jumlah Belum Dijelaskan" "Cagaran" bermaksud agregat semua wang sama ada jumlah prinsipal, faedah, faedah dimodalkan, fi komitmen, kos, caj atau jumlah lain pun jua yang belum dijelaskan atau perlu dibayar atau dipersetujui agar perlu dibayar oleh Peminjam dari semasa ke semasa di bawah atau berbangkit daripada Kemudahan, Surat Tawaran ini dan Dokumen Cagaran dan semua liabiliti dan obligasi sama ada pada masa ini atau masa hadapan atau sebenar atau kontingen bagi pembayaran balik atau pembayaran sebarang wang oleh Peminjam dari semasa ke semasa berhubung dengan atau berbangkit daripada Kemudahan, Surat Tawaran ini dan Dokumen Cagaran. hendaklah membawa maksud yang ditetapkan baginya dalam Surat Tawaran. "Dokumen Cagaran" bermaksud sebarang dan semua dokumen cagaran yang disempurnakan atau yang mungkin dari semasa ke semasa disempurnakan memihak kepada Bank untuk menjamin pembayaran balik atau pembayaran Jumlah Belum Dijelaskan oleh Peminjam. "Kepentingan Cagaran" termasuk tanpa had, sebarang gadai janji, sandaran, lien, gadaian (sama ada tetap atau terapung), penyerahan hak, hipotekasi, hak tolakan, deposit melalui cagaran, penjualan dengan penyimpanan atau kepentingan cagaran lain tidak kira jenisnya (termasuk tanpa prejudis sebarang penyimpanan hakmilik, penyerahan hak, pemindahan melalui cagaran, penjualan dan pajakan balik dan/atau penjualan dan pembelian balik berdasarkan terma kredit) dan sebarang perkiraan lain yang mempunyai kesan ekonomi yang sebahagian besarnya sama sama seperti mana-mana yang disebut sebelum ini yang walau bagaimanapun jua diwujudkan atau berbangkit.

"Pihak Cagaran" "Jumlah Dedahan" bermaksud mana-mana pihak yang menyediakan sebarang cagaran (termasuk selaras dengan Dokumen Cagaran) kepada Bank sebagai cagaran bagi Kemudahan. bermaksud Jumlah Belum Dijelaskan dan agregat semua wang lain yang terhutang atau perlu dibayar atau dipersetujui agar perlu dibayar oleh Peminjam kepada Bank berhubung dengan sebarang dan semua kemudahan perbankan yang diberikan oleh Bank kepada Peminjam dan sebarang obligasi belum dijelaskan yang terhutang oleh Peminjam kepada Bank sama ada sendiri atau bersama-sama dengan pihak lain atau pihak-pihak lain dan sama ada sebagai prinsipal atau penjamin atau sebenar atau kontingen pada bila-bila masa atau dari semasa ke semasa; 2. SYARAT-SYARAT TERDAHULU BAGI KETERSEDIAAN KEMUDAHAN Kemudahan (termasuk sepertimana disemak semula atau ditambah dari semasa ke semasa oleh Bank) sedia digunakan oleh Peminjam setelah semua syarat terdahulu berikut dipenuhi:- (c) (d) (e) (f) (g) (h) Dokumen Cagaran relevan yang perlu disempurnakan oleh Peminjam atau Pihak Cagaran dan sebarang dokumen cagaran lain atau dokumen lain yang perlu disempurnakan oleh Peminjam dan mana-mana Pihak Cagaran sepertimana dikehendaki oleh Bank menurut budi bicara mutlaknya telah disempurnakan dan dikembalikan kepada Bank bersama-sama dengan semua sijil relevan, penyata akaun, surat pengesahan dan/atau bukti berdokumen lain tentang hakmilik atau pemilikan terhadap cagaran sebagaimana mungkin dikehendaki oleh Bank menurut budi bicara mutlaknya; cagaran relevan yang perlu disediakan oleh Peminjam atau Pihak Cagaran telah disediakan kepada dan diterima oleh Bank (termasuk kebenaran yang diperlukan, jika berkenaan); setelah membuka akaun semasa atau mengekalkan akaun semasa oleh Peminjam dengan Bank; sebarang dokumen yang diperlukan oleh Bank menurut budi bicara mutlaknya telah disempurnakan dan/atau didaftarkan dan/atau sebaliknya diisi dengan wajar; pematuhan dengan undang-undang/ peraturan kawal selia seperti yang dinyatakan dalam Fasal 15 Terma-terma dan Syarat-syarat Utama; tiada Peristiwa Keingkaran yang dinyatakan dalam Fasal 13 Terma-terma dan Syaratsyarat Utama ini dan tiada peristiwa yang dengan pemberian notis dan/atau luputnya masa akan merupakan Peristiwa Keingkaran telah berlaku atau masih berterusan; Bank berpuas hati (keputusan Bank adalah muktamad dalam hal ini melainkan jika terdapat kesilapan yang nyata) bahawa tiada perubahan material telah berlaku terhadap keadaan kewangan Peminjam (dan/atau mana-mana Pihak Cagaran, jika berkenaan) yang menjejaskan atau mungkin menjejaskan cagaran Bank; dan kepatuhan dengan sebarang terma dan syarat lain yang boleh ditetapkan oleh Bank menurut budi bicara tunggal dan mutlaknya.

Syarat-syarat terdahulu bagi penyediaan Kemudahan yang dibentangkan di dalam ini adalah untuk manfaat tunggal Bank dan boleh diketepikan oleh Bank, sama ada secara keseluruhan atau sebahagian, tanpa memudaratkan sebarang hak Bank untuk menegaskannya secara keseluruhan atau sebahagian untuk penggunaan Kemudahan yang seterusnya. 3. CAGARAN 3.1 DEPOSIT TETAP/DEPOSIT TERMA SEBAGAI CAGARAN (c) Jika deposit tetap/deposit terma yang ditempatkan dengan Bank dan atau CIMB Islamik Bank Berhad disediakan oleh Peminjam (dan/atau mana-mana Pihak Cagaran, jika berkenaan) sebagai cagaran berterusan bagi Kemudahan, Peminjam (dan/atau mana-mana Pihak Cagaran, jika berkenaan) dengan ini menggadai dan/atau menyerahhakkan secara mutlak kepada Bank melalui gadaian tetap pertama semua wang yang kini atau selepas ini atau dari semasa ke semasa ditempatkan dalam deposit tetap/deposit terma dan semua wang yang dari semasa ke semasa dalam kredit semua akaun deposit tetap/deposit terma termasuk semua faedah/keuntungan yang terakru ke atasnya dan semua pembaharuannya (selepas ini dirujuk secara kolektif sebagai "FD") yang mana ungkapannya hendaklah jika konteks membenarkannya, termasuk mana-mana bahagian daripadanya) sebagai cagaran berterusan untuk membayar balik, apabila dituntut, Jumlah Belum Dijelaskan dan semua/atau mana-mana liabiliti Peminjam dengan Bank sama ada sendiri atau bersama dan berasingan dengan pihak atau pihak-pihak lain dan sama ada sebagai prinsipal atau penjamin dan sama ada terhutang dan kena dibayar pada masa ini atau selepas ini atau dari semasa ke semasa termasuk faedah dan/atau keuntungan dan semua caj dan wang lain sehingga tarikh penyelesaian penuh. Bank mempunyai budi bicara mutlak untuk membaharui FD bersama-sama dengan faedah dan/atau keuntungan ke atasnya (kecuali jika faedah/keuntungan tersebut dibenarkan dikeluarkan menurut terma-terma penempatan) pada tarikh matang menurut sebarang terma yang dianggap wajar dan gadaian/ penyerahan mutlak hak FD hendaklah termasuk semua faedah dan/atau keuntungan yang diperolehi terhadap deposit tersebut dan Bank berhak menyimpan deposit tersebut bersama-sama faedah dan/atau keuntungan yang terakru sehingga keseluruhan liabiliti Peminjam dengan Bank telah dibayar balik dengan sepenuhnya. Di samping hak Bank sebagai pemegang gadaian/pemegang serah hak, Bank mempunyai budi bicara mutlak dan kebebasan pada bila-bila masa atau dari semasa ke semasa dan meskipun tempoh penempatan FD atau mana-mana bahagian daripadanya mungkin belum luput dengan memberikan notis terdahulu selama tujuh (7) hari kalendar kepada Peminjam (dan/atau manamana Pihak Cagaran, jika berkenaan) untuk melaksanakan hak untuk menolak FD (termasuk sebarang faedah dan/atau keuntungan yang terakru) terhadap sebarang liabiliti Peminjam dengan Bank. Sementara menunggu pihak Bank melaksanakan hak untuk menolak yang tersebut, pihak Bank berhak untuk menahan dan atau menggantung bayaran untuk sebarang wang dari FD tersebut (termasuk apa-apa faedah dan/atau keuntungan yang terkumpul). Semasa melaksanakan sebarang budi bicara dan haknya, Bank tidak mempunyai liabiliti atau bertanggungjawab untuk sebarang kerugian kepada Peminjam (dan/atau mana-mana Pihak Cagaran, jika berkenaan) termasuk tetapi tidak terhad kepada

sebarang kerugian faedah/keuntungan melainkan ianya disebabkan secara langsung oleh kecuaian Bank atau kelalaian yang sengaja. (d) Sepanjang tempoh Kemudahan ini berkuat kuasa dan selepas itu sehingga keseluruhan Kemudahan dijelaskan dengan sepenuhnya, Peminjam tidak boleh:- (i) (ii) menyerah hak, memindahkan atau sebaliknya berurusan dengan, mewujudkan atau membenarkan wujud sebarang Kepentingan Cagaran terhadap FD; atau mana-mana bahagian daripadanya mewujudkan sebarang amanah terhadap FD atau mana-mana bahagian daripadanya; (iii) mewujudkan atau memberikan memihak kepada mana-mana pihak sebarang hak terhadap FD atau mana-mana bahagian daripadanya; (iv) mengeluarkan dan Peminjam juga tidak berhak mengeluarkan atau berhak meminta pembayaran balik FD atau mana-mana bahagian daripadanya tanpa kebenaran bertulis terdahulu daripada Bank. (e) (f) Bank boleh menurut budi bicara mutlaknya menghendaki Peminjam (dan/atau mana-mana Pihak Cagaran, jika berkenaan) untuk melakukan apa-apa tindakan atau perkara atau melaksanakan apa-apa dokumen, notis, pengendorsan bagi tujuan menyempurnakan cagaran Bank dan/atau penyerahan hak mutlak terhadap FD dan Peminjam (dan/atau mana-mana Pihak Cagaran, jika berkenaan) hendaklah bertindak/melakukan perkara yang dikehendaki dalam sebarang tempoh yang boleh ditetapkan oleh Bank. Sepanjang tempoh Kemudahan ini berkuat kuasa dan selepas itu sehingga keseluruhan Kemudahan dijelaskan dengan sepenuhnya, kesemua resit asal deposit tetap/deposit terma akan dijaga oleh Bank jika ada dikeluarkan dari semasa ke semasa berkenaan dengan FD. 3.2 INSTRUMEN DEPOSIT BOLEH RUNDING KADAR TERAPUNG (FRNID)/INSTRUMEN DEPOSIT BOLEH RUNDING (NID) YANG DITERBITKAN OLEH CIMB BANK BERHAD ATAU CIMB INVESTMENT BANK BERHAD / PRODUK BERSTRUKTUR CIMB YANG DITERBITKAN OLEH CIMB BANK BERHAD ATAU CIMB INVESTMENT BANK BERHAD / UNIT AMANAH YANG DITERBITKAN DAN DIURUSKAN OLEH CIMB PRINCIPAL ASSET MANAGEMENT BERHAD, AMINVESTMENT SERVICES BERHAD, AFFIN HWANG INVESTMENT MANAGEMENT BERHAD, RHB ASSET MANAGEMENT SDN BHD, EASTSPRING INVESTMENT BERAHD, TA UNIT TRUST MANAGEMENT BERHAD DAN PACIFIC MUTUAL FUND BERHAD DI MANA UNIT AMANAH TERSEBUT DILANGGAN DAN/ATAU DIBELI MELALUI BANK DAN CAGARAN LAIN YANG BOLEH DITERIMA OLEH BANK Peminjam (dan/atau mana-mana Pihak Cagaran, jika berkenaan) dengan ini secara mutlak menyerah hak dan/atau menggadai janji dan/atau menggadai dan/atau menyandar dan/atau mendeposit dengan Bank melalui gadaian tetap pertama semua Pelaburan sebagai cagaran berterusan untuk pembayaran balik, apabila dituntut, Jumlah Belum Dijelaskan dan semua dan/atau manamana liabiliti Peminjam dengan Bank sama ada sendiri atau bersama dan berasingan dengan pihak atau pihak-pihak lain dan sama ada sebagai prinsipal atau penjamin dan sama ada terhutang pada masa ini atau selepas ini

termasuk faedah dan semua caj dan wang lain sehingga tarikh penyelesaian penuh. (c) (d) Bank mempunyai budi bicara dan kuasa pada semua masa untuk membuat keputusan sama ada atau tidak dan bila untuk meneruskan dengan pendaftaran mana-mana atau semua Pelaburan dalam nama Bank atau penamanya dan semua Pelaburan hendaklah menjadi cagaran berterusan untuk semua liabiliti dengan Bank sama ada Pelaburan telah didaftarkan sedemikian atau tidak dan tidak kira sama ada Pelaburan mungkin didaftarkan dalam nama Bank atau penamanya. Sebarang Pelaburan yang disediakan oleh Peminjam kepada Bank hendaklah berbayar sepenuhnya dan juga hendaklah bebas daripada semua tuntutan dan bebanan pun jua. Peminjam hendaklah dengan serta-merta berhubung dengan sebarang Pelaburan yang ditawarkannya sebagai cagaran untuk Kemudahan (kecuali telah dilakukannya sebelum ini): - (i) menyerahkan atau menyebabkan penyerahan kepada Bank semua sijil relevan, penyata akaun, surat pengesahan dan/atau bukti berdokumen tentang hakmilik atau pemilikan terhadap Pelaburan sebagaimana yang mungkin dikehendaki oleh Bank menurut budi bicara mutlaknya, (ii) memindahkan atau menyebabkan pemindahan melalui cara elektronik atau sebaliknya kepada akaun Bank, agennya atau nomininya, depositori termasuk tetapi tidak terhad kepada Malaysian Central Depository Sdn. Bhd., sub-wakil, daftar saham atau manamana institusi yang diberi kuasa di bawah undang-undang Malaysia, (iii) menyempurnakan sebarang borang atau dokumen yang dikehendaki oleh Bank dari semasa ke semasa bagi penyerahan hak, sandaran, gadaian terhadap sebarang nota kontrak, sijil atau sebarang cagaran yang dipegang oleh mana-mana pihak dalam akaun Peminjam untuk memenuhi obligasi Peminjam di dalam ini. (e) (f) Sepanjang tempoh Kemudahan berkuat kuasa dan selepas itu sehingga keseluruhan Kemudahan dijelaskan dengan sepenuhnya, cagaran yang diwujudkan terhadap Pelaburan termasuk dan merangkum semua faedah, kupon, dividen, bonus, kadar hasil, pendapatan, pembahagian, penebusan, hak, keutamaan, opsyen, waran, jualan hasil jualan dan hasil penebusan dan semua wang, saham, stok atau sebarang manfaat yang walau bagaimanapun jua terakru kepadanya atau sebaliknya berhubung dengannya yang dibayar secara terus kepada Peminjam dari semasa ke semasa dan tidak boleh dikeluarkan atau dilupuskan atau diserah hak atau dipindahkan atau diwujudkan sebarang amanah terhadapnya atau diberikan sebarang waran opsyen atau hak untuk melanggan atau membeli atau memperolehinya atau diwujudkan sebarang bentuk bebanan dengan mana-mana pihak pun jua. Semua panggilan, wang langganan dan/atau sebarang wang yang perlu dibayar ke atas atau terhadap Pelaburan hendaklah dibayar oleh Peminjam apabila dituntut, dan jika tidak, Bank boleh (tetapi tidak mempunyai obligasi berbuat demikian) membuat pembayaran dan jika Bank berbuat demikian, Peminjam hendaklah menanggung rugi Bank dengan sepenuhnya terhadap

semua pembayaran sedemikian bersama-sama dengan faedah ke atasnya dari tempoh bermula pada tarikh pembayaran tersebut dan berakhir pada tarikh apabila Bank telah ditanggung rugi dengan sepenuhnya oleh Peminjam, yang dikira pada kadar yang akan ditentukan oleh Bank menurut budi bicaranya. (g) Peminjam hendaklah pada semua masa tidak mengambil atau abai mengambil apa-apa tindakan, yang mana tindakan atau peninggalan tersebut boleh menjejaskan secara material dan mudarat atau boleh mengurangkan nilai sebarang Pelaburan atau yang boleh mengubah atau menjejaskan Surat Tawaran dan Terma-terma dan Syarat-syarat Utama ini atau sebarang hak yang diwujudkan disini. (h) (i) Peminjam hendaklah pada semua masa memastikan bahawa Jumlah Belum Dijelaskan tidak melampaui agregat semua Had Peminjaman Komponen sama ada (i) dengan mendeposit dengan atau menyediakan kepada Bank Cagaran tambahan yang diluluskan oleh Bank (dalam tempoh yang ditetapkan yang dibentangkan dalam makluman Bank secara bertulis kepada Peminjam) dan dengan itu Cagaran tambahan tersebut akan menjadi sebahagian daripada Pelaburan di sini; atau (ii) dengan membayar kepada Bank atau penamanya secara tunai sebarang jumlah dan berdasarkan sebarang terma yang dikehendaki oleh Bank; dan (ii) Di samping dan tanpa prejudis kepada sebarang hak dan remedi lain di pihak Bank, Bank berhak dan dengan ini secara tak boleh batal dan dengan tidak bersyarat dibenarkan oleh Peminjam pada bila-bila masa dan dari semasa ke semasa, apabila Jumlah Dedahan melebihi agregat semua Had Peminjaman Komponen atau apabila difikirkan wajar oleh Bank:- 1. untuk menggunakan semua atau sebarang manfaat dan hak daripada Pelaburan atau yang wujud padanya untuk mengurangkan Jumlah Dedahan dalam apa jua cara atau turutan yang dianggap wajar oleh Bank; dan/atau 2. untuk menjual, menukar kepada wang atau melupuskan atau untuk merealisasikan atau bersetuju menjual, menukar kepada wang atau melupuskan atau merealisasikan Pelaburan atau mana-mana bahagian daripadanya yang dianggap wajar oleh Bank sama ada melalui tawaran awam atau triti persendirian atau sebaliknya dengan atau tanpa iklan dan untuk sebarang balasan atau nilai dan berdasarkan sebarang terma yang boleh diputuskan oleh Bank menurut budi bicaranya dan bagi sebarang Pelaburan yang tidak boleh dipindahkan, lantas menyebabkan ianya tidak dapat dijual, Bank berhak melaksanakan penebusan awalnya selaras dengan terma-termanya dan hasilnya boleh digunakan untuk mengurangkan Jumlah Dedahan dalam sebarang cara atau turutan yang dianggap wajar oleh Bank. (i) Sepanjang tempoh Kemudahan berkuat kuasa dan selepas itu sehingga keseluruhan Kemudahan dan semua liabiliti daripadanya dijelaskan dengan sepenuhnya, Bank akan pada semua masa mengekalkan budi bicara mutlak terhadap semua atau sebarang isu berkaitan dengan penggunaan sebarang

faedah, kupon, pendapatan, pembahagian atau sebarang wang lain yang diterima, pelaksanaan hak mengundi, sama ada untuk mendapatkan pemisahan sekuriti menjadi lot lebih kecil dan pelaksanaan kuasa penguatkuasaan berikutan sebarang pelanggaran Surat Tawaran dan Termaterma dan Syarat-syarat Utama ini. (j) (i) Cagaran yang diwujudkan di dalam ini akan menjadi boleh dikuat kuasa dan kuasa penjualan dan sebarang kuasa lain yang diberikan oleh undang-undang, Surat Tawaran, Terma-terma dan Syarat-syarat Utama ini akan menjadi boleh dilaksana, menurut budi bicara Bank, selepas notis terdahulu selama tujuh (7) hari kalendar telah diberikan, sekiranya Peminjam gagal membayar atau menjelaskan mana-mana bahagian Kemudahan apabila kena dibayar atau selepas Bank menuntut pembayaran sama ada keseluruhan atau sebahagian daripada liabiliti Peminjam atau jika Peminjam melanggar sebarang obligasi kepada Bank sama ada di bawah Kemudahan ini atau sebarang kemudahan dan/atau perjanjian lain dengan Bank. (ii) Bank berhak melupuskan, mencairkan atau menjual Pelaburan yang disandar dan/atau dicagar dan/atau diserahhak dan/atau dideposit dengan Bank, sebagaimana dianggapnya wajar menerusi agennya yang dilantik atau mana-mana syarikat dalam kumpulan CIMB Group Holding Berhad, syarikat induk muktamad Bank, sekiranya Peminjam ingkar membayar balik Kemudahan Peminjam atau apabila berlaku mana-mana peristiwa keingkaran yang dinyatakan di dalam ini atau Peminjam memungkiri apa-apa obligasi kepada Bank di bawah Kemudahan. Hasil penjualan akan dikreditkan untuk melaraskan dan/atau menyelesaikan liabiliti Peminjam dengan Bank. Apa-apa kurangan dalam akaun hendaklah dijelaskan oleh Peminjam. Di samping itu dan tanpa menjejaskan sebarang peruntukan di dalam ini, kuasa Bank termasuk (tetapi tidak terhad kepada) kuasa untuk:- 1. Mengambil milikan, memungut dan mendapatkan Pelaburan atau mana-mana bahagian daripadanya; 2. Menjual, bertukar, menukar kepada wang atau melupuskan atau merealisasikan atau bersetuju menjual, bertukar, menukar kepada wang atau melupuskan atau merealisasikan Pelaburan atau mana-mana bahagian daripadanya yang dianggap wajar oleh Bank sama ada melalui tawaran awam atau triti persendirian atau sebaliknya dengan atau tanpa iklan dan untuk sebarang balasan atau nilai dan berdasarkan sebarang terma yang diputuskan oleh Bank menurut budi bicara mutlaknya (bagi sebarang Pelaburan yang tidak boleh dipindahkan, lantas menyebabkan ianya tidak dapat dijual, Bank berhak melaksanakan penebusan awalnya selaras dengan terma-terma di sini dan hasilnya boleh digunakan untuk membayar balik liabiliti Peminjam terhadap Bank dalam sebarang cara atau turutan yang dianggapnya wajar); 3. Melaksanakan atau menyebabkan atau membenarkan pelaksanakan semua kuasa atau hak sampingan dengan pemilikan Pelaburan atau mana-mana bahagian daripadanya;

4. Menjelaskan, melaraskan, mengkompromi dan menyusun sebarang tuntutan/penyelesaian, akaun, pertikaian, persoalan dan tuntutan yang berkaitan dalam apa cara jua dengan Pelaburan atau mana-mana bahagian daripadanya; 5. Membawa, mendakwa, menguatkuasakan, membela dan/atau menggugurkan sebarang tindakan, guaman atau prosiding terhadap apa-apa perkara atau terhadap mana-mana pihak yang berkaitan dengannya yang dianggap wajar dan perlu oleh Bank; dan 6. Mengambil semua tindakan dan/atau perkara yang perlu atau wajar atau sesuai untuk merealisasikan Pelaburan dan penjelaskan penuh semua liabiliti yang kena dibayar kepada Bank. Peminjam hendaklah menanggung rugi Bank dan memastikan Bank ditanggung rugi sepenuhnya terhadap semua tindakan, kerugian, tuntutan, prosiding, kos, tuntutan dan liabiliti yang ditanggung oleh Bank (jika ada) untuk melaksanakan atau cuba melaksanakan sebarang hak, kuasa, remedi atau budi bicara yang diletak hak pada Bank melainkan ianya daripada dan disebabkan secara langsung oleh kecuaian melampau Bank atau kelalaian yang sengaja. (k) (l) (m) Sebarang dividen, faedah, kupon, pendapatan, wang dan/atau sebarang bentuk manfaat lain yang diterima daripada atau berpunca daripada Pelaburan, sama ada dibayar atau diberikan kepada Peminjam atau sebaliknya, hendaklah pada semua masa dipegang dalam amanah untuk Bank dan dibayar kepada Bank apabila dituntut. Bank (termasuk wakilnya dan sub-wakilnya) tidak akan bertanggungjawab dalam apa-apa keadaan pun jua atau atas apa-apa sebab pun jua terhadap Peminjam atau mana-mana pihak atas sebarang kerugian atau kerosakan atau pengurangan harga/nilai Pelaburan atau mana-mana bahagian daripadanya yang disebabkan oleh Bank merealisasikan keseluruhan atau sebahagian daripada Pelaburan atau atas sebarang keingkaran atau ketinggalan oleh Bank berkaitan dengan Pelaburan atau kerana Bank melaksanakan atau tidak melaksanakan atau lewat melaksanakan sebarang kuasa atau budi bicara yang diletak hak pada Bank melainkan ianya disebabkan secara langsung oleh kecuaian Bank atau kelalaian yang sengaja. Peminjam mengakui dan bersetuju bahawa Bank tidak mempunyai sebarang kewajipan kepada Peminjam untuk memastikan bahawa Pelaburan dijual atau ditebus pada harga terbaik atau harga munasabah. Mana-mana pembeli, rumah dana atau penerbit sebarang Pelaburan atau orang, firma, syarikat lain atau entiti lain yang berurusan dengan Bank tidak akan terikat atau dikehendaki memastikan atau bertanya sama ada hak Bank untuk melaksanakan apa-apa kuasa yang diberikan oleh Surat Tawaran dan/atau Terma-terma dan Syarat-syarat Utama ini atau yang boleh dilaksanakan oleh Bank telah berbangkit atau mengambil kira sebarang notis yang menyatakan sebaliknya atau tentang kewajaran atau kesesuaian sebarang pelaksanaan atau pelaksanaan yang dikatakan terhadap kuasa tersebut atau sama ada sebarang wang masih terhutang terhadap cagaran ini atau tentang penggunaan sebarang wang yang dibayar.

(n) Sepanjang tempoh Kemudahan dan selama mana selepas itu sehingga keseluruhan Kemudahan telah dijelaskan dengan sepenuhnya, Peminjam tidak akan:- (i) menggadai janji, menggadai, menyandarkan, menyerah hak, memindahkan atau sebaliknya berurusan dengan, mewujudkan atau membenarkan wujud sebarang Kepentingan Cagaran terhadap Pelaburan atau mana-mana bahagian daripadanya; (ii) mewujudkan sebarang amanah terhadap Pelaburan atau mana-mana bahagian daripadanya; (iii) mewujudkan atau memberikan memihak kepada mana-mana pihak apa-apa hak terhadap Pelaburan atau mana-mana bahagian daripadanya; 3.3 CAGARAN BERTERUSAN Sebarang cagaran yang diambil oleh Bank atau diwujudkan dibawah ini adalah cagaran yang berterusan bagi tujuan pembayaran semua wang yang terhutang pada masa ini atau selepas ini kepada Bank oleh Peminjam dan/atau setiap Pihak Cagaran dari semasa ke semasa, meskipun: (c) (d) Peminjam atau mana-mana Pihak Cagaran tidak lagi berhutang kepada Bank untuk suatu jangka masa; sebarang akaun Peminjam dan/atau Pihak Cagaran dengan Bank atas sebarang sebab pun jua tidak lagi aktif dan meskipun sebarang penjelasan akaun atau sebaliknya; sebarang perubahan melalui penggabungan, penyatuan atau sebaliknya yang mungkin dibuat pada susunan mana-mana Pihak Cagaran (yang merupakan sebuah pertubuhan perbadanan) atau Bank; atau kebankrapan Peminjam atau kebankrapan mana-mana Pihak Cagaran, sama ada secara sukarela atau paksa. 3.4 LIEN DAN HAK LAIN Di samping dan tanpa prejudis terhadap sebarang remedi, kepentingan atau cagaran lain di pihak Bank, Bank akan, selagi Kemudahan masih berkuat kuasa atau sebarang wang masih boleh dipinjamkan atau perlu dibayar oleh Peminjam dan/atau Pihak Cagaran, mempunyai lien am terhadap semua sekuriti dan aset lain Peminjam dan/atau Pihak Cagaran yang kini atau mungkin dari semasa ke semasa selepas ini dideposit dengan atau dalam atau menjadi milik, dijaga atau dikawal atau dipegang dalam nama atau atas perintah atau untuk Bank dan/atau penama Bank sama ada untuk simpanan selamat atau cagaran atau sebaliknya atau untuk sebarang tujuan khusus atau secara amnya. Tiada apa-apa pun jua yang terkandung di dalam Perjanjian ini akan memudaratkan atau menjejaskan hak dan remedi atau sebarang cagaran lain yang menjadi hak Bank dari semasa ke semasa atau yang mungkin dipegang oleh Bank untuk atau bagi Jumlah Belum Dijelaskan dari semasa ke semasa atau sebarang wang lain yang terhutang oleh Peminjam kepada Bank dan

tiada apa-apa yang terkandung di dalam ini akan memudaratkan atau menjejaskan sebarang bil, nota, jaminan, gadaian atau cagaran lain yang mungkin dipunyai atau dipegang oleh Bank pada masa itu untuk sebarang wang yang dipinjamkan atau didahulukan, faedah ke atasnya dan wang lain yang disebut sebelum ini atau sebarang hak atau remedi Bank di bawah bil, nota, jaminan, gadaian atau cagaran lain tersebut. 3.5. WA'D UNTUK MENYEDIAKAN CAGARAN LANJUT Peminjam hendaklah, jika dan apabila dikehendaki oleh Bank, menyempurnakan memihak kepada Bank atau sepertimana yang diarahkan oleh Bank, sebarang instrumen undang-undang atau instrumen cagaran, bebanan atau perjanjian lain atau sepertimana yang dikehendaki oleh Bank terhadap sebarang aset Peminjam. Instrumen cagaran, bebanan atau perjanjian tersebut hendaklah disediakan oleh atau bagi Bank dengan kos dan perbelanjaan ditanggung oleh Peminjam dan hendaklah mengandungi semua terma dan syarat untuk manfaat Bank sepertimana dikehendaki oleh Bank. 4. PENETAPAN TENTANG FAEDAH, FI, CAJ, KOS DAN KOMISYEN (c) (d) (e) Peminjam hendaklah membayar faedah pada Kadar Faedah Semasa atau Kadar Had Lebihan (mengikut keadaan), komisyen, fi komitmen, caj bank, fi dan sebarang caj lain terhadap Kemudahan pada sebarang kadar dan dalam cara yang ditetapkan oleh Bank di dalam Surat Tawaran. Faedah ke atas Kemudahan akan dikira atas dasar baki harian seperti yang dinyatakan dalam Surat Tawaran dan dikira berdasarkan bilangan hari sebenar yang berlalu dan 365 hari setahun (366 hari pada tahun lompat) dan akan didebit kepada akaun Kemudahan Peminjam setiap bulan kecuali dinyatakan atau dipersetujui sebaliknya oleh Bank. Kadar Faedah (termasuk faedah pada Kadar Faedah Semasa, Kadar Had Lebihan, faedah tambahan dan faedah dimodalkan), adalah tertakluk kepada perubahan dari semasa ke semasa oleh Bank menurut budi bicaranya. Perubahan tersebut termasuk tetapi tidak terhad kepada mengubah asas bagaimana Bank menentukan Kadar Faedah, daripada tanda aras Kadar Asas Bank, spread kuantum yang perlu dibayar melebihi Kadar Asas, atau peratusan faedah itu sendiri sekiranya kadar faedah tidak dikira terhadap Kadar Asas Bank dan asas yang telah diubah untuk mengira Kadar Faedah dan/atau kadar faedah baru akan berkuat kuasa dari tarikh yang ditetapkan oleh Bank. Berhubung dengan perubahan pada komisyen, fi komitmen, caj bank, fi terhadap Kemudahan dan perubahan pada sebarang Kadar Faedah yang diperuntukkan di dalam ini berbangkit daripada perubahan pada profil risiko anda, Bank berhak mengubah komisyen, fi komitmen, caj bank, fi dan/atau Kadar Faedah yang terpakai yang terkandung di dalam ini dengan memberikan notis terdahulu sekurangkurangnya 21 hari kalendar kepada Peminjam. Faedah yang dicaj dan sebarang fi, caj, kos dan komisyen berkaitan dengan Kemudahan perlu dibayar setiap bulan secara tertunggak dan Bank boleh, pada bilabila masa selepas tarikh kena dibayar berhak mendebit faedah dan sebarang fi, caj, kos dan komisyen berkaitan dengan Kemudahan kepada akaun Kemudahan Peminjam dan faedah yang didebit tersebut akan dicagar dan dibayar sewajarnya.

Bagi tujuan di sini, "Kadar Faedah" bermaksud kadar faedah berkenaan yang terpakai pada Kemudahan sepertimana dinyatakan dalam Surat Tawaran termasuk Kadar Faedah Semasa, Kadar Had Lebihan atau sebarang kadar lain yang mungkin dari semasa ke semasa ditetapkan oleh Bank. 5. FAEDAH PERLU DIBAYAR SEBELUM DAN SELEPAS PENGHAKIMAN MAHKAMAH Semua faedah ke atas sebarang jumlah yang didahulukan yang belum dijelaskan di bawah Kemudahan yang pada masa itu dicagar dan sebarang fi, caj, kos dan komisyen berkaitan dengannya (termasuk faedah pada Kadar Faedah Semasa, Kadar Had Lebihan, faedah yang diubah dan faedah dimodalkan) perlu dibayar sebelum dan selepas penghakiman mahkamah dan sebelum dan selepas tuntutan dibuat untuk pembayaran terhadap Peminjam dan semua wa'd dan syarat yang terkandung di dalam atau dibayangkan secara tersirat oleh Terma-terma dan Syarat-syarat Utama ini dan semua kuasa dan remedi yang diberikan oleh undang-undang atau melalui Terma-terma dan Syarat-syarat Utama ini dan semua peraturan undang-undang atau ekuiti berkaitan dengan jumlah prinsipal dan faedah hendaklah dikenakan dengan sama rata kepada faedah dimodalkan dan meskipun perhubungan jurubank dan pelanggan antara Bank dan Peminjam telah terhenti atas apa-apa sebab pun jua. Bagi tujuan memastikan sama ada had prinsipal di bawah Kemudahan telah dilampaui atau tidak, semua faedah yang didebit dan faedah yang dimodalkan akan dianggap faedah dan bukan had prinsipal. 6. HAK UNTUK MENYEMAK SEMULA DAN MENGUBAH TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT Meskipun terma-terma dan syarat-syarat yang terkandung dalam Surat Tawaran, Terma-terma dan Syarat-syarat Utama ini atau di dalam sebarang Dokumen Cagaran lain, Bank berhak untuk menyemak semula Kemudahan pada bila-bila masa yang dianggap wajar oleh Bank menurut budi bicara mutlaknya, tanpa sebarang obligasi sama ada di sisi undang-undang atau ekuiti, untuk memberi sebarang sebab untuknya dan sama ada peristiwa yang dibentangkan di dalam klausa 13 di dalam ini telah berlaku atau tidak, dan selepas memberikan notis terdahulu selama dua puluh satu (21) hari kalendar untuk mengubah dan/atau meminda pada bila-bila masa dan dari semasa ke semasa dan dalam sebarang cara pun jua;- (c) (d) had Kemudahan (yang termasuk tetapi tidak terhad kepada menurunkan atau menambah had Kemudahan pada bila-bila masa dan dari semasa ke semasa); cara Kemudahan disediakan; sebarang terma dan syarat Kemudahan; dan/atau sebarang Dokumen Cagaran berkaitan dengan Kemudahan. Tertakluk kepada Bank memberikan notis terdahulu selama dua puluh satu (21) hari kalendar kepada Peminjam dan atau pihak cagaran (jika berkenaan), sebarang perubahan dan/atau pindaan (sama ada dengan menambah, meminda atau memadamkan terma-terma dan syaratsyarat Kemudahan dan/atau mengurangkan, memadamkan, membatalkan, memodifikasi, meminda, menukar, mengganti Kemudahan atau sebaliknya) hendaklah dianggap berkuat kuasa dari tarikh yang ditetapkan oleh Bank dan tidak akan dalam apa cara pun jua menjejaskan hak dan remedi Bank yang terkandung di dalam ini dan/atau sebarang Dokumen Cagaran lain atau kesahan cagaran, liabiliti dan obligasi yang diwujudkan di dalam ini atau di

dalam sebarang Dokumen Cagaran lain. Bank tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kerugian atau kerosakan sekiranya sebarang cek atau nota yang dibayar atau bil yang diterima oleh Peminjam tidak dilayan disebabkan tindakan yang disebut sebelum ini oleh Bank melainkan ianya disebabkan secara langsung oleh kecuaian Bank atau kelalaian yang sengaja. 6.1. KOMUNIKASI TENTANG PERUBAHAN DAN PINDAAN Peminjam dengan ini bersetuju bahawa Bank berhak untuk mengambil mana-mana satu atau lebih daripada satu cara atau kaedah komunikasi berikut berkaitan dengan variasi, pindaan dan/atau perubahan pada Kemudahan, sebarang terma dan syarat berkenaan dengannya dan sebarang faedah yang dicaj dan sebarang caj, kos dan komisyen berkaitan dengannya termasuk tarikh apabila perubahan demikian mula berkuat kuasa:- (c) (d) (e) dengan menampal notis di premis Bank menyatakan perubahan demikian dan tarikh apabila perubahan tersebut berkuat kuasa dan notis tersebut akan dianggap sebagai diterima oleh atau dimaklumkan kepada Peminjam pada tarikh notis tersebut ditampal di premis Bank; dan/atau dengan menerbitkan dalam satu atau lebih daripada satu akhbar yang dipilih oleh Bank, notis tentang perubahan tersebut dan tarikh apabila perubahan tersebut berkuat kuasa dan notis tersebut akan dianggap sebagai diterima oleh atau dimaklumkan kepada Peminjam pada tarikh penerbitan pertama dalam mana-mana akhbar yang dipilih oleh Bank; dan/atau dengan memasukkan ke dalam penyata akaun Bank notis tentang perubahan tersebut dan tarikh apabila perubahan tersebut berkuat kuasa dan notis tersebut akan dianggap sebagai diterima oleh atau dimaklumkan kepada Peminjam tiga (3) hari kalendar selepas tarikh pengeposan penyata akaun Bank kepada Peminjam; dan/atau dengan menghantar melalui pos biasa atau pos berdaftar kepada Peminjam notis tentang perubahan tersebut dan tarikh apabila perubahan tersebut berkuat kuasa dan notis tersebut akan dianggap sebagai diterima oleh atau dimaklumkan kepada Peminjam tiga (3) hari kalendar selepas tarikh pengeposan notis tersebut kepada Peminjam melalui pos biasa atau pos berdaftar; dan/atau dengan menghantar notis tentang perubahan tersebut dan tarikh apabila perubahan tersebut berkuat kuasa melalui sistem pesanan ringkas (SMS) atau mel elektronik kepada Peminjam atau dengan meletakkan notis tentang perubahan tersebut dan tarikh apabila perubahan tersebut berkuat kuasa di laman web Bank dan notis tersebut akan dianggap sebagai diterima oleh atau dimaklumkan kepada Peminjam pada tarikh apabila notis tentang perubahan tersebut dihantar melalui SMS atau mel elektronik kepada Peminjam atau tarikh apabila notis tentang perubahan tersebut diletakkan di laman web Bank, mengikut keadaan. 7. PEMBAYARAN BALIK Meskipun sebarang peruntukan yang terkandung di dalam ini dan di dalam Surat Tawaran, segala jumlah belum dijelaskan di bawah Kemudahan (sama ada prinsipal, faedah atau sebarang wang lain yang terhutang kepada Bank) hendaklah perlu dibayar apabila dituntut.