MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN ETIKA KESELAMATAN ICT MAIK

dokumen-dokumen yang mirip
TATACARA PENGGUNAAN PERALATAN ICT. Disediakan oleh: Jawatankuasa ICT, Politeknik Jeli Kelantan.

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA (UTM)

GARIS PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGURUSAN EMEL JABATAN PELAJARAN NEGERI SELANGOR DAN SEKOLAH-SEKOLAH NEGERI SELANGOR

POLISI PENGGUNAAN

TATACARA PENGGUNAAN DAN KESELAMATAN ICT KKM. Versi 3.0

TERHAD ARAHAN PENGENDALIAN KOMPUTER BAGI SECURE DIGITAL COMMUNICATION SYSTEM (SDCS)

Program Membangunkan Keupayaan ICT MKM

DASAR ISMS V1R1 MS ISO/IEC 27001:2007 PENGURUSAN SISTEM KESELAMATAN MAKLUMAT DI UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG

GARIS PANDUAN PENGGUNAAN MEDIA SOSIAL UNIVERSITI MALAYA

Polisi Privasi. Pengenalan

GARIS PANDUAN Pembangunan Laman Web Universiti Kebangsaan Malaysia

B. KEPENTINGAN DOKUMEN

JPA(S)(BPTM)146/1-130( 12 ) KERAJAAN MALAYSIA SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 8 TAHUN 2008

DASAR KESELAMATAN ICT POLITEKNIK SEBERANG PERAI VERSI 1.2

UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA GARIS PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGURUSAN MEL ELEKTRONIK

Polisi Privasi Data Peribadi (September 2016) 1

DASAR PERKHIDMATAN SERVER

POLISI PEMBANGUNAN DAN PENYELENGGARAAN SISTEM MAKLUMAT

Dasar Privasi kami. Terakhir diubah suai: 12 Dis Ringkasan perubahan boleh dirujuk di bahagian bawah Dasar Privasi ini.

PERNYATAAN PRIVASI INREACH

DASAR KESELAMATAN ICT JPP DAN POLITEKNIK DKICT JPP DAN POLITEKNIK

PUSAT TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA GARIS PANDUAN PENGGUNAAN PERALATAN DAN PERKAKASAN ICT UNTUK STAF UPNM

GARIS PANDUAN: PENGGUNAAN MEMO GP.BAPS.PTMK(01)

DASAR PENGURUSAN LAMAN WEB UNIVERSITI EDISI 2016

Notis Data Peribadi dan Maklumat kepada individu

GARIS PANDUAN E-PEMBELAJARAN UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

POLISI UMUM PENGGUNAAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI

Notis Privasi Adient. Notis Privasi Adient ini merangkumi topik berikut: Skop Notis Privasi ini. Apakah maklumat peribadi yang kami boleh kumpul

JABATAN PEGUAM NEGARA

PUSAT PENGETAHUAN, KOMUNIKASI & TEKNOLOGI (PPKT) KAMPUS PULAU PINANG UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

PANDUAN PENGGUNA. Modul 1

Notis Privasi. Komitmen kami dalam memelihara privasi anda

DASAR UMUM TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI

PANDUAN PENGGUNA SISTEM MAKLUMAT PENGURUSAN SUMBER MANUSIA (HUMAN RESOURCE MANGEMENT INFORMATION SYSTEM) MODUL PENGURUSAN REKOD PERIBADI

SOKONGAN PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT & KOMUNIKASI Kod Dokumen: UPM/ISMS/SOK/GP03/PENGENDALIAN MAKLUMAT

PROSEDUR: PROSEDUR PENGGUNAAN KATA NAMA (USERNAME) DAN KATA LALUAN (PASSWORD) GP.BAPS.PTMK (03)

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING KEMAJUAN PENTADBIRAN AWAM BIL. 1 TAHUN 2001

BAB 7 Dasar Infrastruktur

STANDARD PERLINDUNGAN DATA PERIBADI 2015

DASAR AKAUNTABILITI DAN KERAHSIAAN MAKLUMAT

DASAR PENGURUSAN REKOD ARKIB ELEKTRONIK DAN

2.0 PEKELILING KEMAJUAN PENTADBIRAN AWAM BILANGAN 1 TAHUN 2009

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN. PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT & KOMUNIKASI Kod Dokumen: UPM/ISMS/OPR/GP06/ PEMANTAUAN CAPAIAN

Deskripsi Polisi Pengurusan Perhubungan Media Di Dalam Universiti Putra Malaysia. Naib Canselor

PANDUAN MENAMBAH BAIK PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN MENERUSI PENGGUNAAN KIOS DI AGENSI-AGENSI KERAJAAN

Kawalan & pengauditan sistem maklumat. Sinopsis:

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN

SOKONGAN PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT & KOMUNIKASI Kod Dokumen: UPM/ISMS/SOK/GP03/PENGENDALIAN MAKLUMAT

GARIS PANDUAN PENGGUNAAN SISTEM KEDATANGAN DAN MASA

TERMA-TERMA PENGGUNAAN LAMAN WEB SCICOM

Panduan Mengatasi Isu / Kelemahan Yang Sering Berlaku Dalam Pengurusan Kewangan

DASAR PEMBERI MAKLUMAT DALAMAN 2013 SEKSYEN AUDIT DALAM

Garis Panduan Penggunaan Komputer

Mengenali Apa Itu Emel Phishing

PANDUAN BUDAYA KERJA CEMERLANG PPKT. KAMPUS KEJURUTERAAN, USM Versi 3 (25 April 2017)

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT & KOMUNIKASI Kod Dokumen: UPM/ISMS/OPR/KES/P004

MANUAL PENGGUNA SISTEM eclaim (PEMOHON)

NOTIS PRIVASI. Untuk tujuan Notis ini:

PANDUAN MENGURUS PEGAWAI TIDAK HADIR BERTUGAS

National Bank of Abu Dhabi Menghormati Hak Maklumat Peribadi Anda (Notis menurut seksyen 7 Akta Perlindungan Data Peribadi 2010)

Perilaku Beretika bagi Pembekal dan Orang Tengah: Tataetika Perniagaan Pembekal. Tataetika Perniagaan Pembekal Smiths

NOTIS PERLINDUNGAN DATA PERIBADI DAN SENARAI PRINSIP NOTIS. Merujuk kepada seksyen 7 dan 6 Akta Perlindungan Data Peribadi 2010

Garis Panduan Keselamatan ICT Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang Versi 1.4 (07/01/2016)

Garis Panduan Mengikuti Kursus Anjuran Dalaman, Luaran dan Luar Negara

BAB 6 : DASAR PERKHIDMATAN RANGKAIAN DAN TELEKOMUNIKASI UMP

1.1 Dalam menyediakan perkhidmatan, kami akan mengumpulkan data daripada sumber-sumber berikut:-

TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN. Topik 12: Isu-isu dan trenda terkini dalam Teknologi Pendidikan

LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI MALAYSIA MANUAL PENGGUNA. APLIKASI e-data PCB

Polisi Privasi Smiggle

GARIS PANDUAN: KAWALAN FAIL DI DALAM APLIKASI FILES BANK PK.BBP.PTMK (01) DISEDIAKAN OLEH DILULUSKAN OLEH

GARIS PANDUAN PEMBANGUNAN DAN PENYENGGARAAN APLIKASI/LAMAN WEB UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

MANUAL PENGGUNA (PEMOHON)

ETIKA PENGGUNAAN E-MEL DAN INTERNET PKS

GARIS PANDUAN MENGENAI PENGGUNAAN DAN PENGURUSAN KOMPUTER UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UiTM) KEDAH

Minerals Technologies Inc. Ringkasan Dasar Kelakuan Perniagaan. Kelakuan yang Sah dan Beretika Diperlukan pada Setiap Masa

SURAT PEKELILING BENDAHARI

SOKONGAN PEJABAT PENDAFTAR. PENGURUSAN SUMBER MANUSIA Dokumen: UPM/SOK/BUM/P005 PROSEDUR PENGURUSAN PENILAIAN PRESTASI TAHUNAN (LPPT)

BAB 3 PENGURUSAN TERIMAAN

PANDUAN PELAN DATA GURU 2GB SEKOLAH-SEKOLAH 4G PROJEK PERKHIDMATAN 1BESTARINET FASA 2 KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

BORANG PERMOHONAN KURSUS KHAS INDUSTRI (KKI) POLITEKNIK KOTA BHARU TAHUN 2017 MAKLUMAT PEMOHON MAKLUMAT TEMPAT BERKURSUS KELULUSAN

CADANGAN STANDARD PERLINDUNGAN DATA PERIBADI

RANGKA DASAR KESELAMATAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI KERAJAAN

KERAJAAN MALAYSIA. Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bil. 11/1991 PANDUAN MENGENAI TATACARA PENGGUNAAN BORANG TINDAKAN KERJA

Sistem e-transit Modul Pergerakan

TAMBAHAN KEPADA BLACKBERRY PERJANJIAN PENYELESAIAN LESEN UNTUK BLACKBERRY ENTERPRISE PERKHIDMATAN 12 CLOUD ("TAMBAHAN itu")

DASAR PEMBERI MAKLUMAT DALAMAN FAQ 2013 SEKSYEN AUDIT DALAM

TERMA-TERMA RUJUKAN JAWATANKUASA AUDIT

Notis Laman Web Berkenaan Dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010

SILA LAYARI ATAU LAWATILAH KIOS KAMI DI BANK TERTENTU

GARIS PANDUAN ELAUN KEMUDAHAN KOMPUTER/NOTEBOOK KEPADA PENSYARAH DAN PEGAWAI PENGURUSAN DAN PROFESIONAL UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

b. Perisian yang dibenarkan di pasang di komputer milik syarikat ialah:

DASAR PRIVASI. UiTM... Mengubah Destini Anak Bangsa

1 of 5 PENYATAAN PRIVASI EDUCATE TO LEARN SDN BHD

BAB 1 Dasar Pengurusan ICT

KAWALAN REKOD. Jawatan: Tarikh: 15 JUN 2014 Tarikh: 15 JUN 2014

Tajuk : Isu kelemahan pengurusan asset alih kerajaan sering dibangkitkan. dalam laporan Ketua Audit Negara. Sebagai pengurus sekolah,

Kad Kredit PIN & BAYAR Soalan Lazim

PANDUAN KOMUNIKASI STAF UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

Notis Privasi Dan Perlindungan Data Peribadi Bagi Kumpulan Kobay

Notis Perlindungan Data Peribadi Menurut Seksyen 7 Akta Perlindungan Data Peribadi 2010

Transkripsi:

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN ETIKA KESELAMATAN ICT MAIK

ETIKA KESELAMATAN ICT MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN PUSAT TANGGUNGJAWAB: UNIT TEKNOLOGI MAKLUMAT BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN INDEKS BIL PERKARA MUKASURAT 1. Tujuan / Latar Belakang 2 2. Pemakaian / Keselamatan Peralatan ICT 3 3. Garis Panduan Mengenai Tatacara Penggunaan Internet 5 4. Garis Panduan Mengenai Tatacara Penggunaan Mel Elektronik 9 5. Garis Panduan Penggunaan Sistem Pengurusan Maklumat 14 Bersepadu (SPMB) dan Sistem / Aplikasi (Online) MAIK 6. Garis Panduan Penggunaan Bahan Multimedia MAIK 16 7. Rujukan 17

TUJUAN Etika Keselamatan ICT adalah sebagai garis panduan bertujuan memenuhi keperluan minimum bagi menyokong Akta Aktiviti Kerajaan Elektronik (Electronic Government Activities Act) dalam memudahcara transaksi elektronik. Cara penggunaan yang betul serta pemantauan yang konsisten adalah dua elemen penting yang mempengaruhi kakitangan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) dapat menggunakan kemudahan ICT dengan lebih berkesan dan memastikan penggunaannya tidak memberi impak negatif kepada capaian. LATAR BELAKANG Penggunaan ICT di kalangan kakitangan MAIK telah meningkat dengan baik. Pendekatan cara kerja berorientasikan komputer merubah penggunaan cara kerja manual kepada cara kerja yang lebih cepat dan efisyen. Kesan positif ini juga turut mereformasi cara kerja agensi-agensi kerajaan. Namun, penggunaan yang tidak dipantau dengan baik akan membawa kesan negatif kepada pengendalian ICT di agensi masing-masing. Peningkatan teknologi memberi ruang kepada munculnya pelbagai serangan siber yang mampu memusnahkan perisian, aplikasi sistem dan perkakasan ICT. Sebagai langkah berwaspada, pengguna-pengguna mestilah mengambil langkah bijaksana dan membuat pertimbangan dan penilaian yang sewajarnya ke atas permasalahan ini. Merujuk kepada Pekeliling Am Bilangan 3 Tahun 2000: Rangka Keselamatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi Kerajaan satu rangka keselamatan perlu dipandui oleh kesemua kakitangan kerajaan. 2

PEMAKAIAN Pemakaian Etika Keselamatan ICT MAIK ini adalah tertakluk kepada semua penjawat di Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Islam Kelantan. KESELAMATAN PERALATAN ICT Merujuk kepada Arahan Keselamatan ICT ; (1) Pengguna hendaklah menyemak dan memastikan semua peralatan ICT di bawah kawalannya berfungsi dengan sempurna. (2) Pengguna bertanggungjawab sepenuhnya ke atas komputer masingmasing dan tidak dibenarkan membuat sebarang pertukaran perkakasan dan konfigurasi yang telah ditetapkan. (3) Pengguna di larang sama sekali menambah, menanggal atau mengganti sebarang perkakasan ICT yang telah ditetapkan. (4) Pengguna dilarang membuat instalasi sebarang perisian tambahan tanpa sebarang kebenaran Pegawai Teknologi Maklumat. (5) Pengguna adalah bertanggungjawab di atas kerosakan atau kehilangan peralatan ICT di bawah kawalannya. (6) Pengguna mesti memastikan perisian antivirus di komputer peribadi mereka sentiasa aktif (activated) dan dikemaskini di samping melakukan imbasan ke atas media storan yang digunakan. (7) Penggunaan kata laluan untuk akses ke sistem komputer adalah di wajibkan. Disarankan untuk menukarkan katalaluan setiap 6 bulan sekali bagi memastikan sistem komputer tersebut selamat. 3

(8) Semua data-data didalam komputer digalakkan untuk disimpan di media storan D atau membuat salinan pendua bagi mengelakkan kehilangan data akibat kerosakan media storan C. (9) Semua peralatan sokongan ICT hendaklah dilindungi daripada kecurian, kerosakan, penyalahgunaan atau pengubahsuaian tanpa kebenaran. (10) Pengguna tidak dibenarkan mengubah kedudukan komputer dari tempat asal ia ditempatkan tanpa kebenaran Pegawai Teknologi Maklumat. (11) Sebarang kerosakan peralatan ICT hendaklah dilaporkan kepada Juruteknik Komputer dan mengisi Borang Penyelenggaraan ICT MAIK yang boleh didapati di Portal Rasmi MAIK untuk dibaikpulih. (12) Kongfigurasi alamat IP tidak dibenarkan di ubah daripada alamat IP yang asal. (13) Pengguna bertanggungjawab terhadap perkakasan, perisian dan maklumat di bawah jagaannya dan hendaklah diguna sepenuhnya bagi urusan rasmi sahaja. (14) Pengguna hendaklah memastikan semua perkakasan komputer, pencetak dan pengimbas dalam keadaan OFF apabila meninggalkan pejabat. (15) Memastikan plag dicabut daripada suis utama (main switch) bagi mengelakkan kerosakan perkakasan sebelum meninggalkan pejabat jika berlaku kejadian seperti kilat, petir dan sebagainya. 4

GARIS PANDUAN MENGENAI TATACARA PENGGUNAAN INTERNET Merujuk kepada Pekeliling Kemajuan Pentabdiran Awam Bil 1/2003 iaitu Garis Panduan Mengenai Tatacara Penggunaan Internet di Agensi-agensi Kerajaan; (1) Internet adalah medium saluran global dan merupakan punca maklumat yang tidak terkawal. Oleh sebab itu, ketepatan maklumat internet tidak boleh ditentukan. Justeru, penjawat awam perlu memainkan peranan dan bertindak secara bijak menilai kesahihan, ketepatan, kesesuaian sesuatu maklumat yang diperolehi agar kerja yang dilaksanakan tidak menyimpang jauh dari tujuan sebenar jabatan. (2) Penggunaan Internet dengan cara yang tidak bertanggungjawab adalah dianggap sebagai pelanggaran tatacara yang boleh mengancam keselamatan, keutuhan dan kerahsiaan maklumat, melemahkan sistem ICT dan pengurusan rekod elektronik, mengganggu sistem rangkaian ICT dan merosakkan imej Perkhidmatan Awam. Berikut adalah tatacara yang mesti diikuti dalam menggunakan internet. (a) Hak Akses Pengguna Hak akses hendaklah dilihat sebagai satu kemudahan yang disediakan oleh agensi untuk membantu melicinkan pentadbiran dan memperbaiki perkhidmatan yang disediakan. Pengguna harus mengambil maklum bahawa semua aset ICT adalah di bawah kawalannya (termasuk maklumat) adalah hak milik kerajaan. 5

(b) Memilih Laman Laman yang dilayari hendaklah hanya yang berkaitan dengan bidang kerja dan terhad untuk tujuan yang dibenarkan oleh Ketua Jabatan. (c) Pengesahan Maklumat Bahan yang diperoleh dari internet perlulah ditentukan ketepatan dan kesahihannya. Sebagai amalan baik, rujukan sumber internet hendaklah juga dinyatakan. (d) Muat Naik Bahan (Upload) Bahan rasmi yang hendak dimuat naik ke Internet hendaklah disemak dan mendapat pengesahan daripada Ketua Jabatan sebelum dimuat naik. (e) Muat Turun Bahan (Download) Tindakan memuat turun hanya dibenarkan ke atas bahan yang sah seperti perisian yang berdaftar dan dibawah hak cipta terpelihara. Sebarang bahan yang dimuat turun dari internet hendaklah digunakan untuk tujuan yang dibenarkan oleh jabatan sahaja. (f) Perbincangan Awam Hanya pegawai yang mendapat kebenaran sahaja yang boleh melibatkan diri dan menggunakan kemudahan ini. Kandungan perbincangan awal seperti newsgroup dan bulletin board mestilah mendapat pengesahan daripada Ketua Jabatan tertakluk kepada dasar dan tatacara yang telah ditetapkan. Perlu diingat bahawa setiap maklumat yang dikongsi melambangkan imej Kerajaan. Dengan sebab itu, setiap pengguna mestilah bertindak dengan 6

bijaksana, jelas dan berupaya mengekalkan konsistensi dan keutuhan maklumat berkenaan. LARANGAN Penjawat Awam adalah dilarang daripada melakukan sebarang aktiviti yang melanggar tatacara penggunaan Internet seperti ; (a) Memuat naik, memuat turun, menyimpan dan menggunakan perisian tidak berlesen. (b) Menyedia dan menghantar maklumat berulang-ulang berupa gangguan. (c) Menyedia, memuat naik, memuat turun dan meyimpan material, teks ucapan, imej atau bahan-bahan yang mengandungi unsurunsur lucah. (d) Menyedia, memuat naik, memuat turun dan menyimpan maklumat internet yang melibatkan sebarang pernyataan fitnah atau hasutan yang boleh memburuk dan menjatuhkan imej kerajaan. (e) Menyalahgunakan kemudahan perbincangan awan atas talian seperti newsgroup dan bulletin board; (f) Memuat naik, memuat turun dan menyimpan gambar atau teks yang bercorak penentangan yang boleh membawa keadaan huru-hara dan menakutkan pengguna internet yang lain. (g) Memuat turun,menyimpan dan menggunakan perisian berbentuk hiburan atas talian seperti permainan elektronik, video dan lagu. (h) Menggunakan kemudahan chatting melalui internet. 7

(i) (j) (k) (l) Menggunakan kemudahan internet / wifi untuk tujuan peribadi. Menjalankan aktiviti komersial dan politik. Melakukan aktiviti jenayah seperti menyebarkan bahan yang melibatkan perjudian, senjata dan aktiviti pengganas. Memuat naik, memuat turun, menghantar dan menyimpan kad elektronik, video, lagu dan kepilan fail melebihi saiz 2 megabyte yang boleh mengakibatkan kelembapan perkhidmatan dan operasi sistem rangkaian komputer. (m) Menggunakan kemudahan modem peribadi untuk membuat capaian terus ke Internet (Kemudahan Broadband). 8

GARIS PANDUAN MENGENAI TATACARA PENGGUNAAN MEL ELEKTRONIK Merujuk kepada Pekeliling Kemajuan Pentabdiran Awam Bil 1/2003 iaitu Garis Panduan Mengenai Tatacara Penggunaan Mel Elektronik di Agensi-agensi Kerajaan; (1) Mel elektronik atau e-mel adalah merupakan aplikasi yang membolehkan pengguna berkomunikasi antara satu dengan yang lain dalam bentuk mesej elektronik. Aplikasi e-mel ini digunakan secara meluas dan membenarkan komunikasi lebih daripada dua hala dengan cara yang pantas dan lebih sesuai untuk penulisan yang ringkas. (2) Setiap pegawai dan kakitangan Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan mempunyai e-mel rasmi yang digunakan untuk tujuan rasmi dan didaftarkan dibawah agensi Kerajaan. Berikut adalah kaedah penggunaan e-mel yang betul dan disesuaikan pemakaiannya di setiap Agensi Kerajaan :- a. Pemilikan Akaun E-mel Pemilikan akaun e-mel bukanlah hak mutlak seseorang. Ia adalah kemudahan yang tertakluk kepada peraturan jabatan yang boleh ditarik balik jika penggunaannya melanggar peraturan. Akaun atau alamat e-mel yang diperuntukkan oleh jabatan sahaja yang boleh digunakan. Penggunaan akaun milik orang lain atau akaun yang dikongsi bersama adalah dilarang. 9

b. Format E-mel adalah salah satu saluran komunikasi rasmi Kerajaan. Ini bermakna, setiap e-mel mestilah mengandungi rujukan fail, tarikh dan logo rasmi. Penggunaan huruf besar kandungan e-mel adalah tidak digalakkan dan dianggap tidak beretika. Sebaik-baiknya, gabungan huruf besar dan huruf kecil digunakan dan dipraktikkan di tempat-tempat yang bersesuaian di samping mengamalkan penggunaan bahasa yang betul, ringkas dan sopan. Pengguna juga perlu memastikan bahawa subjek dan kandungan e-mel adalah berkaitan dan menyentuh perkara perbincangan yang sama sebelum penghantaran dilakukan. c. Penghantaran Penghantaran e-mel rasmi hendaklah menggunakan akaun e-mel rasmi dan pastikan alamat e-mel penerima adalah betul. Penghantar boleh menggunakan kemudahan salinan kepada (cc) sekiranya e-mel tersebut perlu dimaklumkan kepada penerima lain. Bagaimanapun, penggunaan blind copy (bcc) tidak digalakkan. Kemudahan reply digunakan untuk menjawab e-mel kepada penghantar asal dan forward untuk memanjangkan e-mel atau dimajukan kepada penerima lain. Sebagai amalan baik, e-mel penghantar hendaklah dijawab selewat-lewatnya 4 hari dari tarikh e-mel berkenaan diterima. 10

d. Penghantaran Bersama Fail Kepilan Penghantar hendaklah mengamalkan penggunaan fail kepilan, misalnya mengepilkan fail minit mesyuarat dan elakkan dari menghantar dan menerima fail e-mel yang bersaiz melebihi 2 megabait. Sekiranya perlu, kaedah pemampatan untuk mengurangkan saiz fail adalah disarankan. e. Penerimaan Pengguna seharusnya mengelakkan dari membuka e-mel daripada penghantar yang tidak diketahui atau diragui. f. Mengenal Pasti Identiti Pengguna Setiap pengguna perlu mengenal pasti dan mengesahkan identiti pengguna yang berkomunikasi dengannya sebelum meneruskan komunikasi dan transaksi maklumat melalui e-mel. Ini bertujuan untuk melindungi maklumat Kerajaan daripada sebarang bentuk penyalahgunaan. g. Penyimpanan Setiap e-mel rasmi yang dihantar atau diterima hendaklah disimpan mengikut tatacara pengurusan sistem fail elektronik agensi masingmasing. Pengguna hendaklah memastikan jumlah e-mel yang disimpan di dalam kotak masuk e-mel adalah tidak melebihi ruang storan yang telah diperuntukkan dan mengutamakan penyimpanan e-mel yang perlu sahaja. Penyimpanan salinan e-mel pada sumber storan kedua seperti disket adalah digalakkan bagi tujuan keselamatan. 11

h. Pemusnahan dan Penghapusan E-mel yang tidak penting dan tidak mempunyai nilai arkib yang telah diambil tindakan dan tidak diperlukan lagi bolehlah dihapuskan. (Contoh: draf kertas kerja, draf minit, kertas makluman dan brosur) i. Tarikh dan Masa Sistem Komputer Sebelum sesuatu mesej dihantar, perlu ditentukan tarikh dan masa sistem komputer adalah tepat. LARANGAN Pengguna adalah dilarang daripada melakukan sebarang aktiviti yang melanggar tatacara penggunaan e-mel rasmi Kerajaan seperti a. menggunakan akaun milik orang lain, berkongsi akaun atau memberi akaun kepada orang lain; b. menggunakan identiti palsu atau menyamar sebagai penghantar maklumat yang sah; c. menggunakan e-mel untuk tujuan komersial atau politik; d. menghantar atau memiliki bahan-bahan yang salah disisi undangundang seperti bahan lucah, perjudian dan jenayah; e. menghantar dan melibatkan diri dalam e-mel yang berunsur hasutan, e-mel sampah, e-mel bom, e-mel spam, fitnah, ciplak atau aktiviti-aktiviti lain yang ditegah oleh undang-undang Kerajaan Malaysia; 12

f. menyebarkan kod perosak seperti virus, worm, trojan horse dan trap door yang boleh merosakkan sistem komputer dan maklumat pengguna lain; g. menghantar semula e-mel yang gagal sampai ke destinasi sebelum menyiasat punca kejadian; dan h. membenarkan pihak ketiga untuk menjawab e-mel kepada penghantar asal bagi pihaknya. 13

GARIS PANDUAN PENGGUNAAN SISTEM PENGURUSAN MAKLUMAT BERSEPADU (SPMB) & SISTEM / APLIKASI (ONLINE) MAIK (1) Id Pengguna dan Kata Laluan Id Pengguna dan kata laluan adalah kerahsiaan individu. Anda bertanggungjawab sepenuhnya kepada sebarang transaksi atau capaian yang dilogkan di bawah ID dan kata laluan anda. Bagi setiap enam (6) bulan penggunaan, kata laluan perlu dikemaskini secara automatik oleh pengguna bagi memastikan sekuriti penggunaan adalah dikawal. Sebarang maklumat sistem perlu dijaga dengan amanah. Pastikan setiap pemintaan data dari entiti luar MAIK dibekalkan jika ianya tidak melanggar etika ini dan mendapat kelulusan dari pihak atasan. Operasi kritikal sistem perlu diteliti sebelum dilaksanakan. Sebarang permasalahan pengguna, sila berhubung secara terus kepada Pentadbir Sistem (Unit Teknologi Maklumat) (2) Kad Magnetik Penggunaan Swipe Card atau kad magnetik yang mengandungi data enkod di baca melalui pemacu slot elektronik perlu dipantau oleh pegawai yang diamanahkan. Pastikan pegawai bertanggungjawab yang melaksanakan operasi bacaan swipe. Sebarang transaksi kritikal perlu dikawal. Output dari bacaan adalah 100% ditanggung oleh pegawai yang diamanahkan. 14

(3) Jejak Audit, Log Audit dan Laporan Jejak Audit merupakan rekod aktiviti yang digunakan sebagai cara merekodkan peristiwa dan mewujudkan akauntabiliti. Ia merupakan bukti untuk siasatan atau bukti dalam undang-undang atau kes disiplin. Log audit mengandungi maklumat terperinci mengenai aktiviti penggunaan mengikut ID pengguna. Log akan merekodkan aktiviti kerja pengguna mengikut tarikh, masa, modul sistem serta operasi yang dilakukan. Elakkan dari membiarkan sistem di buka semasa ketiadaan pengguna berwajib di hadapan komputer. Sebarang pencerobohan yang dilakukan melalui ID pengguna dan dijejak sebagai menyalahi peraturan penggunaan, tindakan disiplin akan dikenakan kepada pemegang ID tersebut. (4) Melaporkan Ralat Sistem Pengguna sistem perlu melaporkan ralat sistem kepada pegawai yang berkaitan (PIC) di Unit Teknologi Maklumat dan Multimedia sekiranya mempunyai permasalahan. Setiap laporan ralat sistem akan disimpan ke dalam log isu (Issue log) untuk rujukan. 15

GARIS PANDUAN PENGGUNAAN BAHAN MULTIMEDIA MAIK (1) MEDIA SIJIL / TANDATANGAN DIGITAL Bagi menjamin keselamatan Media Sijil/Tandatangan Digital seperti SoftCert dan Kad Pintar, semua pengguna perlu mengambil langkah-langkah berikut: (a) (b) (c) (d) Semua pengguna hendaklah bertanggungjawab sepenuhnya ke atas media sijil / tandatangan digital bagi melindungi daripada kecurian, kehilangan, kerosakan, penyalahgunaan dan pengklonan; Media sijil / tandantangan Digital hendaklah digunakan bagi capaian sistem yang dikhususkan sahaja; Media ini tidak boleh dipindah milik atau dipinjamkan kepada pengguna lain Sebarang insiden kehilangan yang berlaku hendaklah dilaporkan segera kepada pihak bertanggungjawab untuk tindakan selanjutnya. (2) Hak Cipta Semua bahan multimedia yang dirakam, sunting, rekacipta (design) oleh Unit Teknologi Maklumat dan Multimedia MAIK adalah harta intelek MAIK. Segala perkongsian hendaklah mendapat kebenaran daripada Pegawai Teknologi Maklumat MAIK. Hak cipta merupakan perakuan undangundang yang melindungi penciptaan harta intelek daripada ditiru oleh orang lain untuk sebarang tujuan. 16

RUJUKAN Akta Aktiviti Kerajaan Elektronik (Akta 680) Arahan Teknologi Maklumat, Disember 2009 Pekeliling Am Bil 3 Tahun 2000 - Rangka Dasar Keselamatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi Kerajaan. Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bil 1 Tahun 2003 - Garis Panduan Mengenai Tatacara Penggunaan Internet dan Mel Elektronik Di Agensiagensi Kerajaan. Surat Pekeliling Am Bil 4 Tahun 2006 Pengurusan Pengendalian Insiden Keselamatan Teknologi Maklumat (ICT) Sektor Awam Garis Panduan ICT 2007-Arahan Teknologi Maklumat dan Akta Aktiviti Kerajaan Elektronik (Akta 680) Garis Panduan ICT 2 April 2009 - Dasar Keselamatan ICT (DKICT) MAMPU versi 5.2 MAMPU - Garis Panduan Pengaktifan Fail Log Server, 2009 MAMPU Langkah-langkah Mengenai Penggunaan Mel Elektronik di Agensi-agensi Kerajaan, 2007 ETIKA KESELAMATAN ICT MAIK VERSI 2 DIKEMASIKINI PADA 6 JUN 2016 17

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN KOMPLEKS ISLAM DARUL NAIM, LUNDANG, JALAN SULTAN YAHYA PETRA 15200 KOTA BHARU, KELANTAN Tel : 09 7481512 Faks : 09 7485512 Portal Rasmi MAIK: www.e-maik.my