NOTIS PENTING Accident Assist

dokumen-dokumen yang mirip
LAMPIRAN MAKLUMAT PRODUK. Sila baca Helaian Penerangan Produk ini sebelum anda membuat keputusan untuk menyertai Skim Kenderaan Persendirian.

Kenapa membeli insurans atau menyertai skim takaful? Apakah jenis produk insurans/ takaful yang saya perlukan?

TUNTUTAN TAKAFUL PERUBATAN DAN KESIHATAN

PROGRAM TOYOTA 24SEVEN ROAD ASSIST

Auto Partner Panduan Bantuan Jalan Raya & Pembaikan di Rumah

HELAIAN PENERANGAN PRODUK. Skim Pampasan Pekerja Asing

HELAIAN KETERANGAN PRODUK

Bagaimana saya dapat menghubungi BPK? Membuat aduan kepada Bank Negara Malaysia. Bagaimana saya dapat menghubungi BNMTELELINK dan BNMLINK?

Secara amnya, terdapat dua jenis perlindungan di bawah pelan takaful motor:

TERMA & SYARAT PELAN ANSURAN MUDAH (EiPLAN) AFFINBANK UNTUK INSURANS GAP SEWA BELI

Berurusan dengan Pengantara Takaful

HELAIAN KETERANGAN PRODUK

Hubungi institusi anda terlebih dahulu. Mendapatkan bantuan daripada BPK. Bagaimana saya dapat menghubungi BPK?

HELAIAN PENERANGAN PRODUK. mysme BizPartner Takaful

Pelan kemalangan komprehensif untuk seisi keluarga.

Giro Takaful Pelindung

DUTI SETEM JELAS UW-NM-F413(E)

BORANG CADANGAN AUTOGUARD INSURANS

Insurans Perubatan & Kesihatan. Pengenalan

Jadual Manfaat JUMLAH YANG DIINSURANSKAN (RM) KELUARGA PELAN INDIVIDU PELAN. 1. KEMALANGAN DIRI Kematian Akibat Kemalangan 300,000 50,000

HELAIAN KETERANGAN PRODUK

TERMA DAN SYARAT KEMPEN THE WOW SMART PHONE PELAN BAYARAN MUDAH 0% (EPP)

Simpanan. Dapatkan Pemangkin untuk. Manfaat. Sentiasa Mendengar. Sentiasa Memahami.

BORANG CADANGAN KEMALANGAN DIRI PEMANDU DAN PENUMPANG PELAN

K E L U A R G A D E N G G

Borang Cadangan Insurans Mesin

Kehidupan tanpa bebanan bil perubatan.

HELAIAN KETERANGAN PRODUK

Skim mypa Care. Date: 12 July 2016

Insurans Perjalanan Borang Tuntutan

HELAIAN PENERANGAN PRODUK

PERHATIAN : PEMBIAYAAN TAWARRUQ. Tarikh : Masa : Tandatangan : Tandatangan Anggota Lembaga Tarikh: 1. Nama Anggota (Seperti Kad Pengenalan)

TERMA-TERMA & SYARAT-SYARAT KEMPEN SAMBUTAN HARI GURU & JURURAWAT 2017

BORANG PERMOHONANAN KONTRAK INSURANS MOTOR

BORANG CADANGAN KEMALANGAN DIRI PENGEMBARA

Notis Data Peribadi dan Maklumat kepada individu

Tarikh : 21/01/2015. Jumlah Dilindungi. 1. Kematian dan Hilang Keupayaan Kekal Bagi setiap RM10, Perbelanjaan Pengkebumian RM1,000.

DUTI SETEM JELAS UW-NM-F006(E)

Borang Cadangan Insurans Dandang dan Bekas Tekanan

1.1. Travel Care Insurance Contest yang dianjurkan oleh CIMB Bank Berhad (selepas ini dirujuk sebagai CIMB Bank atau Bank ).

Takaful Keluarga. i-great MURNI. Ia Pasti Mudah! TIADA pengunderaitan perubatan. Jumlah Perlindungan Asas sehingga RM500,000.

KEMUDAHAN PERLINDUNGAN INSURANS KESIHATAN KEPADA PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM YANG BERADA DI LUAR NEGARA ATAS URUSAN PERSENDIRIAN

Borang Cadangan Insurans Plat Kaca

Anda boleh menyertai takaful empunya rumah atau takaful isi rumah atau kedua-duanya sekali.

LAMPIRAN MAKLUMAT PRODUK. Skim Isi Rumah myhome

BORANG CADANGAN MOTOSIKAL

Ditentukan oleh pihak Bank menurut budi bicara mutlaknya berdasarkan pendapatan tahunan anda seperti berikut:

PENGENDALIAN BENGKEL MELAKSANAKAN KHIDMAT PELANGGAN

Lampiran Penerangan Produk - Premium DriveCare Polisi Insurans Kemalangan Peribadi

Soalan Lazim Ditanya Liberalisasi Tarif Insurans/Takaful Motor

Notis kepada pelanggan Akaun Pelaburan Emas CIMB BANK melalui CIMB CLICKS

Borang Cadangan Insurans Semua Risiko Peralatan Mesin

BIL PERKARA SEMAKAN ANGGOTA DOKUMEN DIPERLUKAN BAGI PEMBIAYAAN BAI AL INAH BERJAMIN

Lampiran Penerangan Produk - Pelan Perlindungan Diri Crystal Essentials

TERMA & SYARAT PERADUAN

Overdraf. November 2017

Terma & Syarat Kempen MyDebit dengan agensi agensi Kerajaan Negeri Sabah

PENYATA PENDEDAHAN PRODUK. Sewa Beli - NonBPA

Berurusan dengan Pengantara Insurans

BORANG PERMOHONANAN KONTRAK INSURANS MOTOR

Kad Caj: KAD PERIBADI AMERICAN EXPRESS Jun 2012

Promosi Beli dan Menang Senheng (Peraduan) dianjurkan oleh Malaysian Electronic Clearing Corporation Sdn. Bhd.

HELAIAN KETERANGAN PRODUK

KEMPEN PULANGAN TUNAI AUTOPAY BILL UOBM TERMA & SYARAT KAD KREDIT UOBM ("KAD")

BIL PERKARA SEMAKAN ANGGOTA DOKUMEN DIPERLUKAN BAGI PEMBIAYAAN BAI AL INAH BERJAMIN

Diterbitkan oleh: AKPK_HB_BM_FA.indb 1 2/25/11 11:47:07 AM

TERMA-TERMA & SYARAT-SYARAT KEMPEN SAMBUTAN HARI GURU & JURURAWAT 2017

Savings. Dapatkan pemangkin untuk. Manfaat

Nota: Sila rujuk kepada kontrak polisi untuk butir-butir lengkap mengenai faedah-faedah.

Tarikh akhir pengemukaan Borang CKHT 1A : 60 hari selepas tarikh pelupusan harta tanah.

Tempoh pinjaman begantung kepada tujuan pembiayaan dimana secara umum adalah di antara 5 hingga 15 tahun. : RM 1,

Bank of America Malaysia Berhad Piagam Perkhidmatan Pelanggan

Borang Cadangan Skim Insurans Pekerja-Pekerja Asing (FWIG/FWCS/FWHS/FW-PLUS)

b) e-mandate merujuk kepada kemudahan Direct Debit secara elektronik melalui dalam talian yang disediakan oleh PayNet.

Borang Cadangan Insurans Peralatan Elektronik

JPA.SARAAN 223/5/4-3 Jld.3 (4) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 6 TAHUN 2015

PAMPASAN PEKERJA SYARAT & TERMA

POLISI PERLINDUNGAN DATA PERIBADI

HELAIAN PENERANGAN PRODUK. Kebakaran. Sila baca Helaian Penerangan Produk ini sebelum anda membuat keputusan untuk menyertai Skim Kebakaran.

HELAIAN PENZAHIRAN PRODUK

PLUS Tarikh: 21/01/2015. Pelan Takaful ini matang apabila Orang Yang Dilindungi berumur seratus (100) tahun.

Sila harap maklum bahawa perubahan berikut (perkataan digelapkan) telah dibuat ke atas Terma & Syarat AFFINBANK Debit MasterCard anda.

TERMA & SYARAT PELAN ANSURAN MUDAH (EiPLAN) AFFINBANK UNTUK YURAN GUAMAN PINJAMAN PERUMAHAN

BSN memberi perkhidmatan kepada pelanggan yang membeli kenderaan baru buatan tempatan terpilih bagi kegunaan teksi / kereta sewa sahaja.

PELUPUSAN SYER DALA M SYARIKAT HARTA TANAH MULAI 1 J ANUARI

Terma dan Syarat Kempen Berbelanja Kad-i Bank Islam Visa (Debit & Kredit) Wow! Senangnya nak menang wang tunai.

HELAIAN KETERANGAN PRODUK

4. Peraduan ini terpakai di semua stesen runcit Shell di Malaysia, seperti yang tersenarai di ( Stesen Shell ).

BORANG PERMOHONAN KONTRAK TAKAFUL MOTOR

Penghantaran Penyertaan & Kriteria Kelayakan 1. Untuk menyertai Peraduan ini, peserta mesti mengikuti kriteria-kriteria berikut:

Teman Pemandu Kenderaan Terma & Syarat

DOKUMEN DIPERLUKAN BAGI PEMBIAYAAN BAI AL INAH BERJAMIN

SIJIL INDUK UNTUK TAKAFUL Complimentary Group Personal Accident

2. Individu-individu yang tersenarai di bawah adalah tidak layak menyertai Peraduan ini:

a) Kempen Let s Go E Rezeki Draw ini dibuka kepada semua pelanggan yang berdaftar dengan PruBSN Touch.

PRUguard my family. Pelan perlindungan lengkap direka untuk anda sekeluarga. Strategic Alliance. Sentiasa Mendengar. Sentiasa Memahami.

HELAIAN PENERANGAN PRODUK. Skim Pemilik Rumah Kediaman Jangka Panjang

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT YANG MENTADBIR PERADUAN INSURANS TRAVEL CARE - HOKKAIDO

Terma-terma dan Syarat-syarat Kempen CIMB Personal Financing Pre-Raya Cash Back (1hb Mei 31hb Ogos 2017)

HELAIAN PENERANGAN PRODUK. Skim Pemilik Rumah/Isi Rumah

Transkripsi:

15-500 NOTIS PENTING Buku kecil ini mengandungi panduan ringkas untuk pengguna jalan raya mengenai perlindungan insurans dan takaful motor serta bagaimana untuk membuat tuntutan insurans atau takaful motor. Kami menggalakkan anda membaca dengan teliti dan memahami dokumen ini. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila hubungi penanggung insurans atau pengendali takaful anda atau Accident Assist.

01 03 04 05 06 08 09 Bagaimanakah polisi motor melindungi anda? Apakah yang anda boleh tuntut? Apakah Accident Assist? Apakah yang perlu anda lakukan sekiranya anda terlibat dalam kemalangan jalan raya? Bagaimanakah cara membuat tuntutan motor? Khidmat Nasihat Pengguna Perkara penting yang perlu anda ketahui apabila membuat tuntutan motor kandungan 11 Lampiran - Nombor telefon penanggung insurans am dan pengendali takaful di Malaysia - Borang Pemberitahuan Kemalangan (Borang A) - Surat B

01 Polisi insurans motor / sijil takaful (secara kolektif dirujuk sebagai polisi motor ) menyediakan perlindungan kewangan kepada anda apabila kenderaan anda terlibat dalam kemalangan jalan raya atau dicuri. Walau bagaimanapun, terdapat had kepada tahap perlindungan kewangan yang disediakan. Dengan itu adalah penting bagi anda memahami skop perlindungan bagi setiap jenis polisi motor. bagaimanakah polisi motor melindungi anda? skop perlindungan Paparan di bawah ialah jenis polisi motor yang terdapat di Malaysia dan skop perlindungan kewangan yang disediakan oleh penanggung insurans / pengendali takaful (secara kolektif dirujuk sebagai penanggung insurans ): Tuntutan Kecederaan atau Kematian Pihak Ketiga Polisi Komprehensif Polisi Pihak Ketiga, Kebakaran dan Kecurian Polisi Pihak Ketiga Menyediakan perlindungan kewangan untuk : Tuntutan Kerosakan Harta Benda Pihak Ketiga Tuntutan Kebakaran ATAU Kecurian Tuntutan Kerosakan yang Bukan Disebabkan Diri Sendiri ATAU Tuntutan Kerosakan Sendiri Tanggungjawab bagi kematian atau kecederaan kepada semua pihak di luar kenderaan anda (pihak ketiga) dalam kemalangan Tanggungjawab bagi kerosakan kepada kenderaan atau harta benda orang lain (pihak ketiga) Kehilangan / kerosakan kepada kenderaan anda akibat kebakaran atau kecurian Kehilangan / kerosakan terhadap kenderaan anda akibat kemalangan

15-500 04 Accident Assist ialah perkhidmatan awam baharu yang disediakan oleh industri insurans dan takaful Malaysia kepada orang ramai yang ingin mendapat bantuan segera di jalan raya apabila terjadi suatu kemalangan. Accident Assist juga akan memberikan maklum balas bagi pertanyaan asas atau biasa berhubung dengan polisi motor, melalui talian teleperkhidmatan khusus yang dikendalikan oleh pegawai perkhidmatan pelanggan yang beroperasi 24 jam sehari. Accident Assist bertujuan untuk menambah baik proses keseluruhan apabila berlaku kemalangan jalan raya dengan memberikan bantuan yang tepat pada masanya kepada mangsa kemalangan jalan raya serta bimbingan secara objektif untuk membuat tuntutan motor. Accident Assist diuruskan oleh penanggung insurans am dan dikendalikan oleh Telekom Malaysia. Accident Assist boleh membantu anda seperti berikut: Bantuan talian 24 jam / 7 hari seminggu Membimbing anda untuk mendapatkan perkhidmatan tunda ke bengkel yang diluluskan Memberikan maklumat dan menjawab pertanyaan asas atau biasa yang mungkin ada ketika membuat tuntutan insurans motor Menyediakan maklumat yang relevan sekiranya anda terlibat dalam kemalangan jalan raya seperti: - hospital yang terdekat dengan anda - balai polis yang terdekat dengan anda - balai bomba yang terdekat dengan anda - bengkel yang terdekat dengan anda apakah accident assist?

05 apakah yang perlu anda lakukan sekiranya terlibat dalam kemalangan jalan raya? Bersikap tenang, sopan dan berbudi bahasa. JANGAN mengaku liabiliti atau menawarkan apa-apa penyelesaian atau pembayaran. Catat seberapa banyak maklumat berikut dalam Borang Pemberitahuan Kemalangan (Borang A) yang disediakan dalam panduan tuntutan ini : - Butiran peribadi pemandu yang terlibat dalam kemalangan jalan raya - nama, nombor kad pengenalan, alamat, nombor lesen memandu dan nombor telefon (jika boleh) Nama penanggung insurans kenderaan lain Buatan, model dan nombor pendaftaran kenderaan lain yang terlibat dalam kemalangan jalan raya Nombor pendaftaran trak tunda (jika ada) Melakarkan gambar rajah ringkas kejadian kemalangan di Borang A. Ini akan membantu anda apabila membuat laporan polis kemudian kerana anda juga akan dikehendaki berbuat demikian. Mengambil gambar dan catat tahap kerosakan pada kenderaan / harta benda yang terlibat (jika keadaan mengizinkan). Segera membuat panggilan perkhidmatan bantuan jalan raya kepada penanggung insurans anda (jika disediakan) atau Accident Assist untuk bantuan. Accident Assist akan menanya beberapa soalan mudah mengenai kemalangan dan akan membantu anda untuk menghubungi penanggung insurans anda atau memberitahu anda bengkel terdekat yang menjadi panel yang boleh anda hubungi untuk mengatur perkhidmatan tunda atau membaiki kenderaan anda. Selain menghubungi penanggung insurans anda atau Accident Assist untuk memaklumkan mengenai kemalangan jalan raya, anda juga boleh mengisi Borang A dan mengemukakan kepada sama ada penanggung insurans sendiri dan / atau Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM) atau Persatuan Takaful Malaysia (MTA) dalam tempoh 7 hari dari tarikh kemalangan berlaku. PIAM dan MTA boleh dihubungi di: Persatuan Insurans Am Malaysia Tingkat 3, Wisma PIAM 150, Jalan Tun Sambanthan 50470 Kuala Lumpur No. Tel : 03-2274 7395 No. Faks : 03-2274 5910 E-mel : piam_sec@piam.org.my Malaysia Takaful Association Tingkat 21, Menara Takaful Malaysia, No.4 Jalan Sultan Sulaiman 50000 Kuala Lumpur No. Tel : 03-2031 8160 No. Faks : 03-2031 8170 E-mel : mtasecretariat@ malaysiantakaful.com.my Buat Laporan Polis mengenai kemalangan yang berlaku. Anda dikehendaki dari segi undang-undang untuk membuat laporan polis secepat mungkin atau dalam tempoh 24 jam selepas kemalangan jalan raya / kecurian kenderaan anda. Bekerjasama dengan penyiasat / ajuster kerugian yang dilantik oleh penanggung insurans untuk menjalankan penyiasatan bebas : panel bengkel; atau

Untuk membuat tuntutan, kumpulkan dokumen berikut seberapa banyak yang mungkin dan kemukakan kepada penanggung insurans (rujuk jadual di bawah) dalam tempoh yang ditetapkan: No. 2. 3. 4. 1 dan Kecurian : Dalam tempoh 7 hari dari tarikh kemalangan / kerugian jika anda masih berupaya dari segi fizikal atau tidak dimasukkan ke hospital berikutan kejadian tersebut. Dalam tempoh 30 hari atau secepat mungkin jika anda tidak berupaya dari segi fizikal atau dimasukkan ke hospital akibat kejadian itu. Secepat mungkin Walau bagaimanapun, orang yang membuat tuntutan kemudiannya mungkin diminta oleh penanggung insurans untuk memberikan dokumentasi tambahan. Dokumen yang perlu dikemukakan 1. Borang tuntutan (disediakan oleh penanggung insurans) Surat bagi Tuntutan Diri Sendiri/ Kematian (rujuk Surat B) Salinan asal laporan polis Laporan dibuat oleh anda sejurus selepas kemalangan Surat daripada pihak polis memaklumi pihak yang dikompaun kerana kesalahan jalan raya Salinan Kad Pengenalan pemandu Kemukakan kepada penanggung insurans SENDIRI Tuntutan Kerosakan Sendiri dan Kerosakan Bukan Disebabkan oleh Diri Sendiri Tuntutan Kecurian Jenis Tuntutan Kemukakan kepada penanggung insurans pihak LAIN YANG TERLIBAT Tuntutan Kerosakan Harta Pihak Ketiga (TPPD) Tuntutan Kecederaan atau Kematian Pihak Ketiga (TPBID) 06 bagaimanakah membuat tuntutan motor? 5. Salinan lesen memandu : pemandu pemegang polisi 6. Kad pendaftaran kenderaan 7. Kos membaiki kenderaan atau harta anda sendiri 8. Apa-apa dokumen sebagai bukti pendapatan anda 1 Tuntutan Kerosakan yang Bukan Disebabkan Diri Sendiri ialah suatu manfaat untuk polisi Komprehensif dan merupakan alternatif kepada memfailkan tuntutan Kerosakan Harta Benda Pihak Ketiga. Sebaliknya, di bawah tuntutan Kerosakan yang Bukan Disebabkan Diri Sendiri, anda boleh mendapatkan pampasan daripada penanggung insurans anda sendiri dan bukan penanggung insurans pihak lain yang terlibat, bagi kerosakan yang disebabkan oleh orang lain terhadap kenderaan anda ekoran sesuatu kemalangan. Ini merupakan manfaat buat anda kerana anda tidak perlu berurusan dengan penanggung insurans pihak lain yang terlibat.

07 bagaimanakah membuat tuntutan motor? No. 9. Gambar (jika ada) : tempat kemalangan kerosakan pada kenderaan di tempat kemalangan kecederaan yang dialami Jika cedera (tuntutan TPBI) : 10. 11. 12. 13. Dokumen yang perlu dikemukakan Laporan perubatan awal (laporan pakar boleh dikemukakan kemudian)* Bil rawatan perubatan awal yang diterima Jika berlaku kematian (tuntutan maut) : Salinan sijil kematian Bil perbelanjaan pengebumian Kemukakan kepada penanggung insurans SENDIRI Tuntutan Kerosakan Sendiri dan Kerosakan Bukan Disebabkan oleh Diri Sendiri Tuntutan Kecurian 14. Salinan Kad Pengenalan pemandu *NOTA : Jika anda belum mendapatkan laporan perubatan awal, anda boleh memberikan persetujuan supaya laporan sedemikian disediakan. Persetujuan anda supaya laporan ini disediakan boleh dinyatakan dalam borang permohonan laporan perubatan yang terdapat di hospital, seperti sampel yang terdapat pada alamat berikut : http://hbtu.moh.gov.my/cms/wp-content/uploads/2011/09/medicalreport_consent-form.pdf Jenis Tuntutan Kemukakan kepada penanggung insurans pihak LAIN YANG TERLIBAT Tuntutan Kerosakan Harta Pihak Ketiga (TPPD) Tuntutan Kecederaan atau Kematian Pihak Ketiga (TPBID)

08 Semasa membuat tuntutan motor yang melibatkan kecederaan diri, kematian, atau kerosakan harta benda pihak ketiga, anda boleh membuat tuntutan secara terus dengan penanggung insurans pihak lain yang terlibat atau melantik peguam untuk bertindak bagi pihak anda pada bila-bila masa. Sekiranya anda memilih untuk membuat tuntutan secara terus dengan penanggung insurans pihak lain yang terlibat, anda perlu memastikan pampasan yang anda akan terima daripada penanggung insurans adalah mencukupi. Anda hendaklah berhati-hati dan jika perlu, dapatkan nasihat pakar dalam mencapai sebarang penyelesaian berhubung pampasan dengan penanggung insurans pihak lain yang terlibat memandangkan penyelesaian tersebut adalah muktamad. Jika anda berpendapat bahawa pampasan yang ditawarkan kepada anda tidak mencukupi, anda boleh berunding terus dengan penanggung insurans pihak lain yang terlibat atau anda boleh dapatkan nasihat khidmat nasihat pengguna

09 perkara penting yang perlu anda ketahui apabila membuat tuntutan motor Jika anda membuat tuntutan Kerosakan Sendiri : Apabila anda membuat tuntutan Kerosakan Sendiri di bawah polisi Komprehensif anda, penanggung insurans anda juga mungkin akan mengenakan caj tambahan, termasuk: Pembaikan - Bahagian caj pembaikan akan ditanggung oleh pemilik kenderaan bagi kenderaan berusia 5 tahun ke atas jika alat ganti baharu digunakan dalam pembaikan dan bukannya alat ganti yang setara dengan usia kenderaan tersebut. Lebihan - Sebahagian daripada jumlah kos pembaikan akan anda tanggung sendiri mengikut terma dan syarat polisi insurans motor. sahaja) - Anda akan menanggung sebanyak RM400.00 bagi setiap tuntutan anda sekiranya semasa kemalangan, kenderaan anda dipandu oleh orang lain : yang berumur di bawah 21 tahun; atau yang merupakan pemegang Lesen Memandu Sementara (Lesen L); atau yang merupakan pemegang Lesen Memandu Percubaan (Lesen P); atau yang namanya tidak terdapat dalam polisi motor; atau yang namanya terdapat dalam polisi motor tetapi berumur kurang daripada 21 tahun dan / atau pemegang Lesen Memandu Sementara (Lesen L) dan / atau pemegang Lesen Memandu Percubaan (Lesen P) Anda akan hilang kelayakan Diskaun Tanpa Tuntutan (NCD) apabila memperbaharui polisi motor seterusnya. Jika anda membuat tuntutan Kerosakan yang Bukan Disebabkan Diri Sendiri : Anda tidak akan hilang kelayakan NCD anda. Walau bagaimanapun, anda dikenakan caj yang sama di bawah tuntutan Kerosakan Sendiri (Pembaikan, Lebihan dan Pengendorsan 2(f)). Anda boleh berhubung dengan penanggung insurans pihak lain yang terlibat untuk memohon pembayaran balik bagi semua caj di atas kecuali caj pem- Walau bagaimanapun, jika didapati kemalangan tersebut disebabkan oleh anda, tuntutan Kerosakan yang Bukan Disebabkan oleh Diri Sendiri anda akan ditukarkan kepada tuntutan Kerosakan Sendiri. Dalam kes ini, anda akan hilang kelayakan NCD anda apabila memperbaharui polisi motor seterusnya. Jika anda membuat tuntutan kecurian : Untuk memastikan siasatan adalah menyeluruh dan mengambil kira kemungkinan kenderaan anda ditemui oleh pihak polis, penanggung insurans anda mungkin memerlukan tempoh masa yang wajar seperti yang berikut : 6 bulan dari tarikh laporan kecurian; dan / atau apabila siasatan polis selesai, yang mana dahulu. Selepas memberitahu penanggung insurans anda mengenai kecurian kenderaan anda dan kemudiannya anda dimaklumi bahawa kenderaan anda telah ditemui : JANGAN mengambil kenderaan anda daripada mana-mana pihak berkuasa melainkan jika dibenarkan oleh polis; dan Beritahu penanggung / ejen insurans anda dengan segera supaya penanggung insurans anda boleh mengambil langkah perlu untuk mendapatkan semula kenderaan anda dan memeriksa sendiri kenderaan anda. Di bawah polisi motor Komprehensif yang biasa, penanggung insurans akan membayar pampasan yang bersamaan sama ada dengan nilai pasaran semasa kenderaan anda pada masa kecurian atau jumlah yang diinsuranskan bagi kenderaan tersebut (yang mana lebih rendah).

Jika anda ingin diberikan pampasan berdasarkan jumlah yang diinsuranskan, sila hubungi penanggung insurans anda mengenai kemungkinan menukar polisi Komprehensif anda kepada polisi Komprehensif Nilai yang Dipersetujui. Jika anda membuat tuntutan Kecederaan Pihak Ketiga atau tuntutan Tanggungan : Jika anda dan / atau penumpang dalam kenderaan anda cedera dalam kemalangan, anda dan / atau penumpang dalam kenderaan anda boleh menuntut pampasan bagi kecederaan yang dialami daripada penanggung insurans pihak lain yang terlibat. Pampasan hanya akan dibayar oleh pihak lain yang terlibat dalam keadaan di mana pemandu yang diinsuranskan oleh syarikat tersebut didapati menyebabkan kemalangan berkenaan. Jika anda dan / atau penumpang dalam kenderaan anda meninggal dunia akibat kecederaan dalam kemalangan jalan raya, anda dan / atau tanggungan penumpang anda (pasangan, anak dan ibu bapa) boleh membuat tuntutan tanggungan terhadap penanggung insurans pihak lain yang terlibat. Pampasan hanya akan dibayar oleh penanggung insurans pihak lain yang terlibat berkenaan dalam keadaan di mana pemandu yang diinsuranskan syarikat tersebut didapati menyebabkan kemalan- Tuntutan tanggungan boleh dibuat dengan syarat si mati merupakan pekerja bergaji sebelum kemalangan tersebut. Tuntutan sedemikian oleh tanggungan si mati adalah bagi kehilangan sumber pendapatan, selepas ditolak beberapa perbelanjaan tertentu, memandangkan tanggungan kini kehilangan sumber pendapatan si mati atau pendapatan yang mereka sedia peroleh sebelum kemalangan yang menyebabkan kematian itu. Jika anda didapati bertanggungjawab atas kemalangan tersebut, anda dan penumpang anda tidak akan menerima apa-apa pampasan daripada penanggung insurans pihak lain yang terlibat. Jika anda didapati turut menyebabkan kemalangan itu, anda dan / atau penumpang anda mungkin menerima sebahagian sahaja daripada jumlah pampasan. Jika anda membuat tuntutan Kerosakan Harta Benda Pihak Ketiga : Jika harta benda anda (termasuk kenderaan) mengalami kerosakan dalam kemalangan jalan raya yang disebabkan oleh pihak lain, anda boleh membuat tuntutan pampasan daripada penanggung insurans pihak tersebut. Penanggung insurans mungkin memberikan pampasan bagi perkara berikut : Kos pembaikan harta benda kepada keadaan asalnya Kos menggantikan harta benda anda dengan harta benda lain yang setara dari segi jangka hayat, nilai dan / atau keadaan harta benda tersebut Kos yang perlu ditanggung kerana ketidakupayaan menggunakan kenderaan, iaitu kos sewa kereta (sehingga had yang ditetapkan) 10 perkara penting yang perlu anda ketahui apabila membuat tuntutan motor Untuk maklumat lanjut, anda boleh merujuk kepada AACC di 15-500 atau layari laman sesawang PIAM di www.piam.org.my atau laman sesawang MTA di www.malaysiantakaful.com.my

11 Nombor telefon penanggung insurans am dan pengendali takaful di Malaysia (setakat Januari 2014) 1. ACE Jerneh Insurance Berhad 03-2058 3000 03-2058 3333 2. AIG Malaysia Insurance Berhad 03-2118 0188 03-2118 0288 3. Allianz General Insurance Company (Malaysia) Berhad 03-2264 1188 03-2264 1199 4. AIA Bhd 03-2056 1111 03-2056 3791 5. AmGeneral Insurance Berhad 6. AXA Affin General Insurance Berhad 1-300-80-3030 03-2171 3030 03-2170 8282 03-2031 7282 7. Berjaya Sompo Insurance Berhad 03-2117 2118 03-2142 4730 8. Etiqa Insurance Berhad 1-300-13-8888 03-2612 5075 9. Lonpac Insurance Bhd 03-2262 8688 03-2715 1332 10. MCIS Zurich Insurance Berhad 03-7652 3388 03-7957 5964 11. MSIG Insurance (Malaysia) Bhd 03-2050 8228 03-2060 8086 12. Multi-Purpose Insurans Bhd 03-2034 9888 03-2694 5758 13. Assurance Corporation (Malaysia) Berhad 03-4259 7888 03-4813 2737 14. Pacific & Orient Insurance Co. Berhad 03-2698 5033 03-2693 8145 15. Bhd 03-2118 8000 03-2118 8101 16. Prudential Assurance Malaysia Berhad 03-2116 0228 03-2032 3939 lampiran A 17. QBE Insurance (Malaysia) Berhad 03-7861 8400 03-7873 7430 18. RHB Insurance Berhad 03-2180 3000 03-9281 2729 19. The Pacific Insurance Berhad 03-2176 1112 03-2078 4928 20. Tokio Marine Insurans (Malaysia) Berhad 03-2783 8383 03-2026 9708 21. Tune Insurance Malaysia Berhad 03-2070 2828 03-2072 4150 22. Uni.Asia General Insurance Berhad 03-26 03-2693 2893 23. Zurich Insurance Malaysia Berhad 03-2146 8000 03-2142 5863 1. Etiqa Takaful Berhad 1300-13-8888 03-2612 5075 2. Hong Leong MSIG Takaful Malaysia Berhad 03-7650 1800 03-7620 6730 3. HSBC Amanah Takaful (Malaysia) Sdn Bhd 1800-88-9659 03-2031 0833 4. MAA Takaful Berhad 03-6287 6666 03-6259 0088 5. Prudential BSN Takaful Berhad 6. Sun Life Malaysia Takaful Berhad 03-2053 7188 03-2026 7688 1300-88-5055 03-2614 3550 7. Syarikat Takaful Malaysia Berhad 1300-88-252-385 03-2274 0237 8. Takaful Ikhlas Sdn Bhd 03-2723 9696 03-2723 9998

SURAT B Nama & alamat anda Nama dan alamat penanggung insurans kenderaan yang satu lagi Kepada : Pengurus Tuntutan Tuan / Puan, Tarikh surat Perkara : Kemalangan pada melibatkan Kenderaan No. dan (tarikh) (nombor pendaftaran kenderaan lain yang terlibat) Kenderaan No. (nombor pendaftaran kenderaan anda) Perkara di atas dirujuk. Kami / Saya ingin membuat tuntutan kecederaan dan kematian terhadap kenderaan anda Bersama-sama ini disertakan dokumen-dokumen berkaitan untuk tindakan tuan / puan selanjutnya : (nombor pendaftaran kenderaan lain yang terlibat) Laporan kepada pihak polis mengenai kemalangan Lakaran polis dan / atau gambar (jika ada) Laporan polis mengenai hasil siasatan Salinan Kad Pengenalan mangsa yang tercedera / si mati Laporan perubatan Bil / resit perubatan Laporan post mortem (jika ada) Sijil kematian Bukti dokumen hubungan (jika tanggungan yang membuat tuntutan) seperti sijil kelahiran, sijil perkahwinan Slip gaji terkini Lain-lain: Tuntutan kecederaan Tuntutan kematian Terima kasih. Yang benar. Nama : Nombor kad pengenalan :

15-500 Perkhidmatan pusat panggilan disediakan oleh: Persatuan Insurans Am Malaysia