KAJIAN TERHADAP MINAT MEMBACA DI KALANGAN PELAJAR KOLEJ KOMUNITI LEDANG

dokumen-dokumen yang mirip
BAB TIGA : KAEDAH PENYELIDIKAN

GE 1155 KOMPUTER DALAM PENDIDIKAN SEMESTER 1, SESI 2015/2016

Katakunci : penggunaan internet, guru sekolah rendah

BAB VI RUMUSAN DAN CADANGAN. Dalam bab ini penulis akan merumuskan hasil dapatan kajian yang dilakukan sepanjang

Katakunci : masalah pelajar perdana, latihan industri

Landskap merupakan satu daripada dua tajuk elektif dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu pilihan Sains Pertanian Tingkatan 3.

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

KECEKAPAN GURU PELATIH DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MEMBACA BAHASA CINA

5.2.1 Kekerapan peringkat penukaran bahasa dalam perbualan responden

PERTANDINGAN PROJEK INOVASI KELAB DAN PERSATUAN SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH MALAYSIA 2014

Katakunci : pengurusan konflik, peserta program khas pensiswazahan, guru besar

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

MAKLUM BALAS PELAJAR TERHADAP PROGRAM PRASISWAZAH FAKULTI SAINS SOSIAL GUNAAN (FASS)

3.0 PENGENALAN : METODOLOGI PENYELIDIKAN. Penyelidikan ini bertujuan meneliti keupayaan pelajar Melayu mentranskripsikan dan

BAB 1 PENGENALAN. 1.0 Pendahuluan

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

berimbuhan berdasarkan frasa / ayat dan juga rangkap ayat.

2.0 Isu Keprihatinan Yang Dikaji Fokus Kajian 3.0 Objektif Kajian

Prosiding Seminar Penyelidikan Tindakan tahun 2005

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN. Kajian tinjauan (survey) ini merupakan kajian inferensi dengan menggunakan

BAB 4 ANALISIS DATA. dijalankan. Kajian ini telah dianalisis dengan menggunakan sistem Statistical

Oleh yang demikian, pengkaji memilih kaedah kajian lapangan dalam kajiannya. Bab

vii KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT PENGAKUAN PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT SENARAI JADUAL

Gaya Hidup Pelajar Cemerlang dalam Persekitaran Kampus

CATATAN ANALISIS KANDUNGAN

MASALAH PEMBELAJARAN MATEMATIK TAHUN LIMA DALAM BAHASA INGGERIS

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

LAPORAN PENYELIDIKAN

BAB 5 KESIMPULAN. pengkaji mengemukakan beberapa cadangan yang wajar diutarakan sebagai. refleksi kepada keseluruhan kajian disertasi ini.

Abstrak. Sebagai Wahana Memupuk Minat Membaca

BAB 3 : METODOLOGI. Parit Keroma dan komuniti Bugis dari kampung itu yang telah menetap di Kuala Lumpur.

BAB 6 RINGKASAN, IMPLIKASI DAN KESIMPULAN. Bab ini membincangkan tentang ringkasan, implikasi kajian, cadangan kajian

BAB TIGA METODOLOGI KAJIAN

Pengaruh Gaya Hidup Pelajar Kejuruteraan di Kolej Kediaman UTM Terhadap Pencapaian Akademik

Penggunaan Kata Hubung dalam Penulisan Melalui Pengajaran secara Eksplisit. Abstrak

BAB V DAPATAN DAN IMPLIKASI KAJIAN

Analisis Persepsi Bakal Graduan Program Sains Maklumat Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat

Cerpen Sebagai Wahana Memupuk Minat Membaca. Norazlina Abdul Jalil

1 Hakcipta Terpelihara 2007 Universiti Teknologi Malaysia

BAB TIGA METODOLOGI PENYELIDIKAN. Bab ini akan membincangkan panduan dan kaedah yang digunakan dalam kajian ini.

LMCK PEMIKIRAN KRITIKAL & PENYELESAIAN MASALAH

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN. prosedur menjalankan penyelidikan kajian. Pengkaji

Katakunci : pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa inggeris (PPSMI)

INISIATIF PPPM KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK INOVASI KELAB DAN PERSATUAN SEKOLAH PERKUKUHAN AKTIVITI KOKURIKULUM

MENINGKATKAN AMALAN KESELAMATAN DALAM BENGKEL KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU (KHB) MELALUI KONSEP REA (RISKS, EFFECTS, & ACTS)

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

Pelaksanaan Pentaksiran Kerja Kursus Kemahiran Hidup Bersepadu Sekolah Menengah Dalam Bandar Di Daerah Kuantan, Pahang

BAB IV METODOLOGI KAJIAN. mencapai objektif dan matlamat kajian. Metodologi kajian menjadikan kajian yang

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN. langkah-langkah yang akan dilaksanakan dalam proses pengumpulan data

PANDUAN KOMUNIKASI STAF UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

LAPORAN HASIL DAPATAN KAJIAN PERSEPSI MAHASISWA MENGENAI RASUAH DI MALAYSIA

1. Apakah usaha-usaha yang dijalankan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia untuk menggalakkan minat membaca dalam kalangan murid-murid sekolah?

BAB 4 KEPUTUSAN DAN PERBINCANGAN. Berdasarkan kepada borang soalselidik yang diperolehi semula, didapati bahawa

Yahya Bin Buntat & Noor Al Mahdin Bin Mohamad Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

MASALAH PELAJAR DIPLOMA MEDIA DIGITAL (VIDEO & PENGAJIAN FILEM) TERHADAP PENCAPAIAN MARKAH TUGASAN

BAB KELIMA TINJAUAN KEBERKESANAN MODUL

BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN

Sustainable Education 54

PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 5 : RUMUSAN DAN CADANGAN

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

Tinjauan Kelas Peralihan di Malaysia: Suatu Kajian untuk Menilai Keberkesanannya

1 Soal Jawab ini telah dikemaskini pada 5 May 2014 SOAL JAWAB. Kategori Soalan : Umum Bil. Soalan Jawapan

LMCK 1421 PEMIKIRAN KRITIKAL & PENYELESAIAN MASALAH SEM /2017 SET 4 LAPORAN AKHIR

Penggunaan ICT Dalam Pengajaran dan Pengajaran Matematik

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK INOVASI ( PEMBUATAN ATAU PERKHIDMATAN ) KELAB/PERSATUAN SEKOLAH

Abstrak PENGENALAN. Latar belakang Kajian

BAB LIMA KESIMPULAN, CADANGAN DAN PENUTUP. penyelidik dalam bab yang pertama. Di samping itu juga penyelidik akan

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Latar Belakang Kajian

BAB LIMA : KESIMPULAN DAN CADANGAN

BAB I PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

KAJIAN TERHADAP HUBUNGAN ANTARA PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT DENGAN KESEDIAN UNTUK BERUBAH PELAJAR

BAB TIGA METODOLOGI KAJIAN. Bab ini membincangkan tentang metodologi yang digunakan oleh penyelidik dalam

BAB 5 RUMUSAN DAN CADANGAN. menjawab persoalan-persoalan kajian dan mengusulkan cadangan-cadangan untuk

PUSAT SUMBER DAN AGENSI-AGENSI MAKLUMAT

BAB 1 PENGENALAN. terjemahan, seseorang dapat menyebar ilmu terkini untuk manfaat masyarakat.

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN. mendapatkan data yang boleh dipercayai, ia merangkumi tiga aspek penting yang menjadi METODOLOGI KUANTITATIF

BAB 5 RUMUSAN DAN SARANAN

Pengaruh Pengetahuan Agama ke Atas Amalan Agama dan Gaya Hidup Mahasiswa Islam Universiti Teknologi Malaysia

BAB 5 KESIMPULAN. sosial dan mesej segera dalam kalangan mahasiswa Cina di Universiti Malaya, Kuala

DUA TERHADAP KEBERKESANAN PENGAJARAN MATA PELAJARAN KEMAHIRAN HIDUP DI SEKOLAH MENENGAH DI DAERAH SEBERANG PERAI SELATAN PULAU PINANG

2. PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

Koleksi Bahan Cg Narzuki Online

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

METODOLOGI PENYELIDIKAN. Kajian ini merupakan satu penyelidikan lapangan dari perspektif pragmatik yang

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

PERANAN GURU BIASA DALAM MEMBANTU PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING DI SEKOLAH

BAB 1 KERANGKA PENGHASILAN PARAMETER PENILAIAN SELEPAS- DIHUNI DI BANGUNAN PEJABAT KERAJAAN

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBUNDAR DENGAN KAEDAH JABAL (BUKIT)

MEMPELBAGAIKAN PENDEKATAN UNTUK MEMBANTU MURID-MURID TAHUN 5 MENGUASAI SIFIR DARAB 1 HINGGA 10. Oleh

Katakunci : faktor, guru PKPG, melanjutkan pelajaran

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

PENGENDALIAN MAKLUMBALAS PELANGGAN

Kawalan PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN

KANDUNGAN ABSTRACT PENGHARGAAN SENARAI JADUAL SENARAI SINGKATAN BAB 1 PENGENALAN Latar Belakang Kajian Permasalahan Kajian 3

Koleksi Bahan Cg Narzuki Online

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

PENGLIBATAN DAN PRESTASI KOPERASI DALAM SEKTOR PERUMAHAN DI MALAYSIA

Transkripsi:

KAJIAN TERHADAP MINAT MEMBACA DI KALANGAN PELAJAR KOLEJ KOMUNITI LEDANG Khairul Anwar bin Johari & Hanimarlia binti Hassan Kolej Komuniti Ledang anwar@kklej.edu.my, hanihassan@kklej.edu.my ABSTRAK: Pelajar perlu kepada penambahan ilmu pengetahuan dari semasa ke semasa bagi meningkatkan ilmu dan kemahiran dalam sesuatu bidang. Membaca bukan sahaja satu-satunya cara ke arah mendapatkan ilmu pengetahuan, tetapi ia menjadi kunci ke arah peningkatan kemahiran dalam sesuatu bidang ilmu. Minat untuk membaca dapat mempertingkatkan pengetahuan seseorang supaya sentiasa terkini. Maka, tujuan kajian ini dijalankan adalah bagi meninjau minat membaca di kalangan pelajar Kolej Komuniti Ledang. Alat kajian yang digunakan ialah satu set soal selidik berstruktur dan sampel kajian terdiri daripada 100 orang pelajar. Hasil kajian menunjukkan tahap pelajar-pelajar terhadap budaya membaca berada di tahap yang rendah. Kajian ini juga mendapati pelajar minat membaca Akhbar. Walaubagaimanapun, masa yang diperuntukan untuk membaca adalah sikit kerana kesibukan. Dalam meningkatkan pemupukan budaya membaca di kalangan pelajar, factor dalaman dan luaran memainkan peranan yang penting. Pada bahagian akhir, dicatatkan cadangan-cadangan sebagai bahan rujukan kepada pihak pengurusan kolej amnya dan Unit Multimedia dan Sumber (Perpustakaan Kolej) khasnya bagi meningkatkan kualiti di perpustakaan Kolej Komuniti Ledang. Kata Kunci: Membaca, Budaya, Ilmu pengetahuan 1.0 PENGENALAN Membaca adalah satu aktiviti yang sangat penting dalam kehidupan. Aktiviti membaca dapat memupuk pembangunan intelektual, rohaniah dan emosi seseorang individu. Membaca menjadi akar tunjang kekuatan seseorang individu, malah sesuatu bangsa dan sesebuah negara. Justeru itu, kerajaan telah melancarkan kempen Bangsa Membaca, Bangsa Berjaya. Membaca dapat membangunkan kecerdikan intelektual, rohani dan emosi seseorang individu, justeru membentuk fikirannya menjadi lebih kritis dan kreatif dan akhirnya akan melahirkan

masyarakat yang progresif dan berdaya saing. Hal ini terbukti daripada banyak negara maju seperti Jepun, rakyatnya adalah daripada golongan individu yang gemar membaca dan menjadikan membaca sebagai satu aktiviti yang wajib dalam kehidupan. Mereka tidak suka membuang masa, dan menggunakan masa dengan sebaiknya seperti amalan membaca di dalam keretapi. Bagi seorang pelajar, perlu kepada penambahan ilmu pengetahuan dari semasa ke semasa bagi meningkatkan ilmu dan kemahiran dalam sesuatu bidang. Membaca bukan sahaja satu-satunya cara kea rah mendapatkan ilmu pengetahuan, malah ia menjadi kunci kea rah peningkatan kemahiran dalam sesuatu bidang ilmu. Minat untuk membaca dapat mengemaskinikan pengetahuan seorang pelajar dalam bidang yang diambil khususnya, dan pengetahuan tentang persekitaran dan dunia secara amnya. Kajian ini membincangkan dapatan yang meninjau minat membaca pelajar Kolej Komuniti Ledang. Data yang diperolehi daripada kajian ini akan mempamerkan kecondongan minat pelajar terhadap aktiviti membaca. Seterusnya kertas ini akan mengulas hasil kajian dan mengemukakan cadangan-cadangan bagi meningkatkan lagi minat membaca di kalangan pelajar. 1.1 OBJEKTIF KAJIAN Objektif kajian ini adalah seperti berikut:- a) Mengenalpasti dan meninjau sejauh mana minat membaca di kalangan pelajar Kolej Komuniti Ledang. b) Meninjau sejauh manakah para pelajar ini meletakkan kegiatan membaca dalam kehidupan harian mereka. c) Meninjau permasalahan yang dihadapi oleh pelajar untuk membaca dalam kehidupan harian mereka. 1.2 PERSOALAN KAJIAN Berlandaskan objektif kajian di atas maka kajian ini akan cuba menjawab persoalan berikut: a) Apakah jenis bahan bacaan yang kerap dibaca oleh para pelajar? b) Berapa kerapkah para pelajar membaca? c) Berapa jumlah buku yang dibaca oleh para pelajar dalam tempoh setahun ke belakang?

d) Apakah tujuan para pelajar membaca? e) Dari manakah para pelajar mendapatkan sumber bahan bacaan? f) Apakah factor yang menghalang para pelajar daripada membaca? 2.0 KAJIAN LITERATUR Masalah kekurangan minat membaca dilihat berlaku pada rakyat Malaysia. Budaya membaca amat rendah di kalangan masyarakat negara ini (Yusof, 2001). Membaca adalah aktiviti keperluan terutamanya kepada pelajar sebagai asset terpenting negara dalam proses menuntut ilmu. Pelajar perlu bersedia dan peka terhadap perubahan-perubahan yang berlaku di sekeliling. Merujuk laman sesawang perpustakaan negara, statistic pinjaman bagi Disember 2015 ialah 42448 pengguna iaitu 0.13% daripada penduduk Malaysia seramai 30 juta orang (laman sesawang Penerangan). Peratusan pembaca atau peminjam ini jelas menunjukkan betapa rendah jumlah anggota masyarakat yang sering ke perpustakaan untuk meminjam bahan-bahan bacaan. Ramai yang tidak gemar membaca. Mereka membaca apabila ada keperluan tertentu sahaja seperti mengambil peperiksaan atau melaksanakan sesuatu tugasan. (Arshad, 2003). Memandangkan betapa pentingnya tabiat membaca di kalangan pelajar, kajian ini dijalankan bagi meninjau sejauh manakah minat membaca terpahat di kalangan mereka. 3.0 METODOLOGI KAJIAN 3.1 Populasi dan Sampel Populasi kajian terdiri daripada pelajar-pelajar Kolej Komuniti Ledang seramai 150 orang. Walau bagaimanapun, persampelan hanya melibatkan seramai 100 orang pelajar terdiri daripada 4 bidang kursus yang ditawarkan di Kolej Komuniti Ledang iaitu Sijil Pastri (SPT), Sijil Kenderaan Ringan (SKR), Sijil Teknologi Penyejukan dan Penyamanan Udara (SPU) dan Sijil Pengoperasian Perniagaan (SPP) bagi menjawab soal selidik yang diedarkan. Mengikut jadual purata saiz sampel berdasarkan populasi Krejcie dan Morgan (1970), pemilihan sampel yang boleh diambil iaitu 100 orang memadai bagi mewakili keseluruhan populasi yang berjumlah 150 orang. Kolej Komuniti Ledang di pilih kerana dekat dengan pengkaji dan ia dijadikan sebagai kajian awal sebelum di perluaskan ke kolej komuniti lain. Kesemua yang menjadi sampel kajian ini adalah dipilih secara rawak dan pelajar-pelajar ini boleh memahami soal selidik kajian dengan baik

3.2 Instrumen Kajian Tujuan kajian ini adalah untuk melihat tahap minat membaca di kalangan pelajar Kolej Komuniti Ledang. Pengkaji menggunakan borang soal selidik untuk tujuan mengumpulkan data kuantitatif responden bagi menjawab kesemua persoalan kajian. Borang soal selidik ini diedarkan kepada responden. Instrumen kajian ini telah dibina oleh pengkaji dan telah dijalankan prosedur pengesahan kandungan dan pengesahan pembinaan. Kajian rintis telah dijalanakan bagi menguji kebolehpercayaan dari segi Bahasa dan kandungan telah dibuat setelah kajian rintis ini dilaksanakan. Instrumen soal selidik yang dijalankan terbahagi kepada 2 bahagian seperti berikut: Bahagian A : - mengandungi 6 item yang berkaitan taburan demografi sampel yang digunakan seperti jantina, umur, bangsa, kursus, semester dan keputusan peperiksaan. Bahagian B : - mengandungi 25 item yang mengukur maklumat aktiviti membaca dan maklumbalas responden. Ia merangkumi jenis bahan bacaan, kekerapan amalan membaca, tujuan membaca, sumber bahan bacaan dan faktor yang menghalang amalan membaca responden. Sampel hanya perlu menandakan pilihan yang disediakan bagi setiap soalan yang dikemukakan dalam setiap bahagian tersebut. Borang soal selidik yang telah diisi lengkap oleh responden telah dianalisis dengan menggunakan Statistical Package for the Social Sciences 20 (SPSS). Penganalisian dibuat secara kaedah statistic deskriptif iaitu dalam bentuk kekerapan dan peratus bagi menjawab persoalan kajian. Dapatan analisis menunjukkan keseluruhan nilai-nilai alpha untuk semua item dalam soal selidik ialah 0.832. 4.0 Analisis Data Kaedah penganalisian data yang digunakan seperti Jadual 1. Jadual 1: Kaedah penganalisian data BAHAGIAN JENIS ANALISIS ALAT PENGUKURAN A Latar belakang responden Frekuensi, Peratusan B Maklumat membaca dan maklum balas responden Frekuensi, Peratusan

4.1 KEPUTUSAN DAN PERBINCANGAN Bahagian ini akan menjelaskan hasil dapatan yang diperolehi daripada kajian yang telah dijalankan. Hasil dapatan kajian ini mengikut persoalan kajian yang telah ditetapkan. (i) Apakah jenis bahan bacaan yang kerap dibaca oleh pelajar? Jadual 2: Jenis bahan bacaan yang kerap dibaca oleh pelajar Bahan Terbitan Setiap Hari Setiap Minggu Setiap Bulan Jarang atau tidak pernah Akhbar 59 20 13 8 Majalah 27 13 37 23 Komik 20 33 27 20 Buku 35 22 20 23 Laman Sesawang Internet 42 24 25 9 E-buku 13 7 10 70 Akhbar digital (online) 20 10 8 62 Majalah Digital (online) 23 12 9 56 Jaringan Sosial (seperti Blog, Facebook) 48 22 15 15 Jadual 2 menunjukkan taburan bahan bacaan yang kerap dibaca oleh pelajar Kolej Komuniti Ledang dalam kajian ini. Dapatan kajian ini menunjukkan akhbar, laman sesawang internet dan jaringan social (seperti blog dan facebook) merupakan bahan yang kerap dibaca oleh para pelajar. Seramai 59 sampel membaca akhbar hampir setiap hari. 42 sampel menggunakan laman sesawang setiap hari dan 48 sampel menggunakan jaringan social setiap hari. Di samping itu, bahan yang paling sedikit di baca ialah e-buku iaitu 13 sampel membaca setiap hari dan 70 sampel jarang atau tidak pernah. Dapatan kajian ini juga menunjukkan masih ramai pelajar yang jarang atau tidak pernah membaca akhbar digital (online) dan majalah digital (online). (ii) Berapa kerapkah para pelajar membaca? Jadual 3 menunjukkan taburan kekerapan para pelajar membaca dalam tempoh satu hari. Kajian ini mendapati sebilangan besar para pelajar membaca selama kurang lebih sejam sehari iaitu 53 sampel yang memilih bahagian ini.

Jadual 3: Kekerapan para pelajar membaca dalam sehari Jumlah masa membaca Kekerapan pembaca 2 jam atau lebih 2 Kurang lebih sejam 53 Kurang lebih 30 minit 30 Kurang lebih 15 minit 9 5 minit atau kurang 5 minit 5 Tidak pernah atau jarang sekali 1 (iii) Berapa jumlah buku yang dibaca oleh para pelajar dalam tempoh setahun ke belakang? Jadual 4 menunjukkan taburan kekerapan jumlah buku yang dibaca oleh para pelajar dalam tempoh 12 bulan ke belakang. Jenis bukunya tidak termasuk komik, majalah, akhbar, atau buku / nota kolej. Kajian ini mendapati sebilangan besar para pelajar membaca sejumlah 1 hingga 3 buah buku dalam tempoh 12 bulan ke belakang iaitu 83 sampel yang memilih bahagian ini. Jadual 4: Kekerapan jumlah buku yang dibaca oleh para pelajar Jumlah buku Kekerapan pembaca 0 (tidak membaca) 4 1-3 buah buku 83 4-5 buah buku 9 6-7 buah buku 3 8-10 buah buku 1 Lebih daripada 10 buah buku 0 (iv) Apakah tujuan para pelajar membaca? Jadual 5: Tujuan para pelajar membaca Tujuan Membaca Kekerapan pembaca Mencari maklumat 33 Santai 10 Mandatori (peperiksaan / kerja rumah dll) 57

Jadual 5 menunjukkan taburan kekerapan tujuan para pelajar membaca. Dapatan kajian menunjukkan kebanyakkan para pelajar membaca kerana bertujuan mandatori iaitu menghadapi peperiksaan atau menyelesaikan kerja rumah dan lain-lain. (v) Dari manakah para pelajar mendapatkan sumber bahan bacaan? Jadual 6 adalah jadual yang menunjukkan data emprikal tentang sumber para pelajar mendapatkan bahan bacaan. Sumber yang paling kerap bahan bacaan diperolehi ialah melalui perpustakaan iaitu 62 orang sampel yang selalu mendapatkan bahan bacaan daripada sumber ini. Sumber yang paling sedikit ialah bahan yang diperolehi daripada Internet iaitu belian atas talian seperti di Amazon, PTS dan lain-lain iaitu tiada sampel untuk selalu dan 2 sampel untuk kekadang dan 87 sampel menyatakan mereka tidak pernah. Jadual 6: Sumber para pelajar mendapatkan bahan bacaan Sumber mendapatkan bahan Selalu Kekadang Sekali - Sekala Tidak Pernah Kedai buku tempatan 57 17 10 16 Kedai buku luar negeri 31 24 18 27 Kelab buku / bertukar-tukar buku 2 3 14 81 Saudara / teman 43 29 7 21 Perpustakaan 62 21 15 2 Internet (Amazon, PTS dll) 0 2 11 87 (vi) Apakah factor yang menghalang para pelajar daripada membaca? Jadual 7: Faktor menghalang para pelajar membaca Faktor Menghalang Membaca Kekerapan pembaca Wang 23 Masa 35 Akses ke perpustakaan yang berkualiti 7 Harga Buku 22 Kekurangan kedai buku yang berkualiti 8 Lain-lain 5

Jadual 7 menunjukkan factor-faktor yang menghalang para pelajar membaca. Jadual ini menunjukkan bahawa factor yang paling kerap menghalang mereka membaca ialah kekurangan masa iaitu 35 sampel menanda bahagian ini. Namun begitu, terdapat 5 sampel menandakan bahagian lain-lain dan menyatakan factor menghalang mereka membaca ialah tiada keperluan untuk membaca, tidak berminat untuk membaca, halangan Bahasa, banyak kerja, dan persekitaran yang tidak menggalakkan iaitu kebanyakkan kelas pelajar berdasarkan amali 5.0 CADANGAN DAN KESIMPULAN Kajian ini bertujuan untuk meninjau minat pelajar Kolej Komuniti Ledang terhadap aktiviti membaca. Data yang diperolehi daripada 100 orang pelajar yang terdiri daripada pelbagai latar belakang berbeza telah digunakan bagi menjawab soal selidik ini. Sebagai kesimpulannya, dapatan yang pertama menjawab soalan pertama kajian ini iaitu apakah jenis bahan bacaan yang dibaca oleh pelajar. Dapatan kajian ini menunjukkan para pelajar Kolej Komuniti Ledang memilih akhbar, laman sesawang internet dan jaringan social (seperti blog dan facebook) sebagai bahan bacaan yang amat kerap di baca iaitu setiap hari. Pelajar Kolej Komuniti Ledang adalah pelajar yang belajar lebih berteraskan amali berbanding teori. Maka, tidak hairanlah jika mereka lebih banyak membaca bahan bacaan seperti akhbar dan bahan bacaan bersumberkan internet berbanding buku ilmiah. Dapatan ini juga menunjukkan bahawa para pelajar mengutamakan pembacaan yang dapat meningkatkan pengetahuan mereka terhadap isu-isu semasa, disamping memperkayakan ilmu dan pengetahuan mereka sendiri. Dapatan kajian ini juga menunjukkan lebih daripada separuh pelajar jarang atau tidak pernah membaca bahan bacaan berbentuk digital seperti akhbar digital (online), majalah digital (online) dan e-buku. Dapatan ini amat membimbangkan kerana dalam perkembangan terkini negara menuju ke arah Wawasan 2020, dan teknologi berkembang canggih, bahan bacaan digital telah menjadi pilihan negara-negara maju dan maklumatnya lebih cepat dan terbaru. Dari segi kekerapan pelajar membaca, didapati dalam tempoh sehari kebanyakkan pelajar iaitu 53 sampel meluangkan masa kurang daripada sejam untuk membaca. Ini bermakna dalam seminggu hanya kurang dari 7 jam untuk membaca iaitu hanya 4.2% daripada masa seminggu.

Kajian ini juga menunjukkan para pelajar membaca untuk tujuan mandatory iaitu membaca untuk persediaan peperiksaan, membuat kerja rumah dan lain-lain. Kajian ini juga mendapati para pelajar tidak menampakkan minat yang tinggi terhadap amalan membaca. Ini berasaskan jumlah buku yang dibaca dalam setahun. Kajian ini menunjukkan 83 sampel memilih hanya membaca 1 hingga 3 buah buku sahaja dalam tempoh 12 bulan ke belakang. Dapatan kajian ini menunjukkan para pelajar mendapat bahan bacaan dari perpustakaan dan factor yang menghalang para pelajar daripada membaca ialah kekurangan masa. Kesimpulannya, membaca amat penting dalam usaha memajukan diri, mengembangkan minda, serta meluaskan pandangan. Kajian ini telah cuba untuk mendedahkan minat membaca di kalangan para pelajar Kolej Komuniti Ledang agar mereka sedar dan dapat meningkatkan kekuatan yang ada dan mengatasi kelemahan yang ditonjolkan dalam data yang diperlihatkan. 5.1 CADANGAN Berdasarkan hasil dapatan, pengkaji berpendapat antara cadangan-cadangan yang boleh diketengahkan ialah: (i) Pihak pengurusan Kolej Komuniti Ledang boleh meningkatkan kekerapan pelajar membaca dengan mewujudkan pelbagai program galakkan seperti Program Nilam atau ruang masa 5 minit semasa perhimpunan untuk aktiviti membaca. (ii) Pihak perpustakaan Kolej Komuniti Ledang perlu menganjurkan pelbagai aktiviti yang menarik dan kreatif bagi menarik minat pelajar untuk membaca buku, meminjam buku dan menggunakan perpustakaan secara maksima. Selain itu, perbanyakkan buku-buku yang berkualiti dan terkini. (iii) Kementerian Pendidikan Tinggi boleh merancang program atau menstrukturkan semula system pendidikan bagi mengatasi krisis keintelektualan pelajar akibat hilangnya pemupukan budaya membaca. RUJUKAN Arshad, M. (2003). Pendidikan Literasi Bahasa Melayu: Satu Pendekatan Bersepadu. Kuala Lumpur: Utusan. Yusof, N. A. (2001). Budaya Membaca Masih Rendah. Berita Harian.