Diterbitkan oleh: AKPK_HB_BM_FA.indb 1 2/25/11 11:47:07 AM

dokumen-dokumen yang mirip
Celik Wang Pengurusan Wang Secara Bijak. Diterbitkan oleh: Not To Be Reproduced

Diterbitkan oleh: AKPK_HB_BM_FA.indb 1 2/25/11 11:47:07 AM

Diterbitkan oleh: AKPK_HB_BM_FA.indb 1 2/25/11 11:47:07 AM

Diterbitkan oleh: AKPK_HB_BM_FA.indb 1 2/25/11 11:47:07 AM

Kandungan. Perancangan kewangan. Simpanan. Melabur wang anda. Mendapatkan produk kewangan. Pinjaman dan kad kredit. Melindungi wang anda

MODUL 10: KESIMPULAN. Isi Kandungan Pengenalan Rumusan Buku Kerja Asas Perancangan Kewangan Soalan penilaian

Diterbitkan oleh: AKPK_HB_BM_FA.indb 1 2/25/11 11:47:07 AM

pengurusan wang ringgit anda Diterbitkan oleh: Not To Be Reproduced

PENDIDIKAN ASAS KEWANGAN

Diterbitkan oleh: AKPK_HB_BM_FA.indb 1 2/25/11 11:47:07 AM

MODUL 6: HUTANG KAWAN ATAU LAWAN? Isi Kandungan. 6.0 Pengenalan. 6.1 Definisi dan tujuan pinjaman. 6.2 Sumber-sumber dan jenis-jenis pinjaman

Tingkatan 4 Bab 2: Pendapatan Dan Penggunaan Pendapatan Individu

SYNERGY CARDS SDN BHD

SKIM PERSARAAN SWASTA PRIVATE RETIREMENT SCHEMES (PRS)

PRUretirement growth PERSARAAN. Kami kini mempunyai pendapatan terjamin untuk kesenangan selepas bersara.

Ditentukan oleh pihak Bank menurut budi bicara mutlaknya berdasarkan pendapatan tahunan anda seperti berikut:

Kenapa membeli insurans atau menyertai skim takaful? Apakah jenis produk insurans/ takaful yang saya perlukan?

PRUvantage. Jangan sia-siakan simpanan anda. Perolehi pulangan terjamin dan perlindungan daripadanya.

ISSN Bil 11/13 KKDN: PP 16897/05/2013 (032581) RAKAN KEWANGAN ANDA NOVEMBER Perancangan Kewangan Apabila Bercuti

LEMBARAN PENDEDAHAN PRODUK

Kandungan. Apakah perbankan Islam? Perbankan Islam di Malaysia. Pematuhan prinsip Syariah Konsep Syariah dalam perbankan Islam. Soalan Lazim.

Tarikh: Surat aku janji bertulis oleh UOB atas permintaan pemohon (anda), berpihak kepada pihak ketiga (penerima) yang menjamin pembayaran.

Tarikh: Jenis instrumen yang boleh disediakan kepada anda di bawah SBLC diringkaskan seperti berikut:

Had Kemudahan: Ditentukan oleh pihak Bank menurut budi bicara mutlaknya berdasarkan pendapatan tahunan anda seperti berikut:

Pengurusan Kewangan Peribadi

VERSI-1/04/01/2017/CIP/T&C/BM. Terma dan Syarat Pelan Ansuran Tunai Melalui Panggilan Telefon ( CIP ) AFFINBANK

SILA LAYARI ATAU LAWATILAH KIOS KAMI DI BANK TERTENTU

Penjamin PINJAMAN ANDA. Penjamin. Program pendidikan pengguna oleh:

Celik Wang Pengurusan Wang Secara Bijak. Diterbitkan oleh: Not To Be Reproduced

Tempoh pinjaman begantung kepada tujuan pembiayaan dimana secara umum adalah di antara 5 hingga 15 tahun. : RM 1,

12 SOALAN Yang Wajib Ditanya Sebelum BERHUTANG!

MODUL 101 (B) ASAS PERANCANGAN KEWANGAN

PENYATA PENDEDAHAN PRODUK. Sewa Beli - NonBPA

Simpanan. Dapatkan Pemangkin untuk. Manfaat. Sentiasa Mendengar. Sentiasa Memahami.

4. Apakah kewajipan yang perlu pelanggan laksanakan sekiranya pelanggan membeli produk ini?

Amanah Saham Panduan Pelabur

PILIHAN UNGGUL ANDA MENUJU HARI PERSARAAN YANG SELESA

Kad Caj: KAD PERIBADI AMERICAN EXPRESS Jun 2012

S i r i P e n d i d i k a n S I D C. Merancang & Mengawasi Kedudukan Kewangan Anda

Terma-terma dan Syarat-syarat 0% Easy Pay CIMB

BSN memberi perkhidmatan kepada pelanggan yang membeli kederaan baru dan import terpakai terpilih sahaja. Kemudahan ini terbuka kepada:

Giro Takaful Premier. Pelan yang melindungi segala yang penting bagi anda BSNMalaysia

BSN memberi perkhidmatan kepada pelanggan yang membeli kederaan baru dan import terpakai terpilih sahaja. Kemudahan ini terbuka kepada:

PENYATA PENDEDAHAN PRODUK

4. Apakah kewajipan yang perlu pelanggan laksanakan sekiranya pelanggan membeli produk ini?

Giro Takaful Asas. Perlindungan Takaful yang MENINGKAT bersama anda BSNMalaysia

Perancangan Kewangan PENGENALAN 9.1 PERANCANGAN KEWANGAN HASIL PEMBELAJARAN SEMAK KENDIRI 9.1

Bank Pertanian Malaysia Berhad ( U) LEMBARAN MAKLUMAT PRODUK

BAB 2 : PENDAPATAN DAN PENGGUNAAN PENDAPATAN INDIVIDU

PRUguard my family. Pelan perlindungan lengkap direka untuk anda sekeluarga. Strategic Alliance. Sentiasa Mendengar. Sentiasa Memahami.

Celik Wang Pengurusan Wang Secara Bijak. Diterbitkan oleh: Not To Be Reproduced

Sila harap maklum bahawa perubahan berikut (perkataan digelapkan) telah dibuat ke atas Terma & Syarat AFFINBANK Debit MasterCard anda.

BSN memberi perkhidmatan kepada pelanggan yang membeli kenderaan baru buatan tempatan terpilih bagi kegunaan teksi / kereta sewa sahaja.

LEMBARAN PENERANGAN PRODUK

TAKAFULINK DANA SIMPANAN PROFIL DANA 2015

Overdraf. November 2017

Fasal-fasal yang dipinda bagi Terma & Syarat Pelan Ansuran Tunai Melalui Panggilan Telefon ( CIP ) AFFIN

Berurusan dengan Pengantara Takaful

PruBSN Warisan. Mampukah dia berdikari tanpamu satu hari nanti?

*Nota: Bagi Leftenan Muda atau setaraf dan ke bawah, umur semasa memohon MESTILAH tidak kurang daripada 5 tahun dari tarikh persaraan

4. Apakah senario yang mungkin mencetuskan perubahan pada IBR?

LEMBARAN PENERANGAN PRODUK

LEMBARAN PENERANGAN PRODUK

TAKAFULINK DANA EKUITI PROFIL DANA 2015

SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2017 PRINSIP PERAKAUNAN 3756/3 PROJEK TINGKATAN 5 Kertas 3 April Mei 2017

Cek Tak Laku AKAUN ANDA DAN PERKHIDMATAN. Cek Tak Laku. Program pendidikan pengguna oleh:

RISALAH PENDEDAHAN PRODUK AKAUN PELABURAN KHAS (SIA)

LAMPIRAN MAKLUMAT PRODUK. Sila baca Helaian Penerangan Produk ini sebelum anda membuat keputusan untuk menyertai Skim Kenderaan Persendirian.

DIMENSIKOOP WANG. Uruslah dengan Bijak. Nurul Aini Muhammad Sektor Pelancongan, Penjagaan Diri dan Kesihatan. BIL.

LEMBARAN PENDEDAHAN PRODUK

Mengenali Kelemahan Perilaku Pelabur: Semuanya Mainan Fikiran

BAB 2 : PENDAPATAN DAN PENGGUNAAN PENDAPATAN INDIVIDU SPM2004/A/S2. (a) Jenis-jenis pendapatan individu:

1. Apakah yang ditawarkan di bawah produk ini? 2. Apakah konsep Syariah yang digunapakai? Page 1 of 6 LEMBARAN MAKLUMAT PRODUK

SULIT 3757/1 SKEMA JAWAPAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2010 EKONOMI ASAS KERTAS 1

Wang bermaksud sesuatu komoditi atau benda yang diterima umum sebagai alat atau media perantaraan pertukaran.

Risalah Pendedahan Produk Pembiayaan Kenderaan-i

Seminar Unit Amanah. Siti Uraidah Udin

TERMA-TERMA & SYARAT-SYARAT KEMPEN SAMBUTAN HARI GURU & JURURAWAT 2017

PRUcash double reward

LOGO DAN NAMA SEKOLAH PENILAIAN BERSAMA PERCUBAAN TINGKATAN MATA PELAJARAN PERDAGANGAN SKEMA PERMARKAHAN KERTAS 2. Soalan Butiran Markah

HELAIAN PENDEDAHAN PRODUK

BORANG PERMOHONAN SKIM PEMBIAYAAN

LEMBARAN PENDEDAHAN PRODUK

Bahan Cg Fadzlina - Koleksi Bahan STPM Cg Narzuki Online BAB 7: ASET ( PERAKAUNAN UNTUK SUSUT NILAI )

DALAM USAHA MEMENUHI IMPIAN HIDUP ANDA, RANCANGLAH LEBIH AWAL. PruBSN UmmahLink DALAM USAHA MEMENUHI IMPIAN HIDUP ANDA, RANCANGLAH LEBIH AWAL

Tip Keselamatan Perbankan Internet

Kos Modal PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN

Amalan Dengan Ketekunan Wajar. 5. Siapa Yang Harus Melaksanakan Ketekunan Wajar? 6. Apakah Skop Sesuatu Kajian Semula Ketekunan Wajar?

LEMBARAN MAKLUMAT PRODUK

LEMBARAN MAKLUMAT PRODUK

PENYATA PENDEDAHAN PRODUK. BSN MyHome-i

PEMBIAYAAN PERIBADI-I TAWARRUQ

AKUAN BERKANUN PENGISYTIHARAN HARTA, HUTANG, PENDAPATAN DAN PERBELANJAAN BAGI TAHUN 2016

Tajuk 2 : KLASIFIKASI AKAUN: ASET, LIABILITI, EKUITI PEMILIK, HASIL, BELANJA & AKAUN KONTRA

TAKAFULINK DANA BON PROFIL DANA 2015

GANJARAN KEPADA SI MANJA ANDA DENGAN HADIAH PENDIDIKAN

Nikmati detik indah bersama keluarga dan keupayaan untuk melindungi mereka.

1. Apa produk ini berkenaan?

[3756/1] Prinsip Akaun Kertas 1. Koleksi Trial 2012 Cg Narzuki Online

LEMBARAN PENDEDAHAN PRODUK

Transkripsi:

Diterbitkan oleh:

Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit Aras 8, Maju Junction Mall 1001, Jalan Sultan Ismail 50250 Kuala Lumpur Faks : 03-2616 7601 E-mel: enquiry@akpk.org.my AKPK Edisi Pertama 2011 Hak cipta buku ini adalah milik Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK). Buku ini atau mana-mana bahagiannya boleh diterbitkan semula, diterjemahkan atau dipindahkan dalam apa jua bentuk dengan mendapat izin bertulis terlebih dahulu daripada AKPK dan hanya untuk tujuan pendidikan. Tiada sebarang bentuk keuntungan kewangan boleh diperoleh, sama ada secara langsung ataupun tidak langsung daripada penerbitan semula seperti di atas. ISBN 978-983-44004-3-9 Penafian: Maklumat yang terkandung di dalam buku ini bertujuan untuk pendidikan sematamata. Maklumat tersebut bukanlah pengganti kepada nasihat atau saranan yang mungkin anda terima daripada penasihat kewangan profesional. Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) menafikan sebarang liabiliti kepada mana-mana pihak yang menggunakan maklumat di dalam buku ini sebagai asas untuk membuat sebarang keputusan atau tindakan. Walaupun segala usaha telah dibuat untuk memastikan ketepatan maklumat di dalam buku ini, AKPK mengharapkan pemahaman anda sekiranya terdapat sebarang kesilapan atau kekurangan. Nama dan maklumat individu yang terkandung di dalam kisah benar telah diubah bagi melindungi identiti mereka.

Bab 1 Cash PENGURUSAN Flow Management ALIRAN TUNAI

Mengurus wang tunai adalah penting untuk memastikan bahawa anda mempunyai k a w a l a n p e n u h k e a t a s kewangan anda. Wang tunai merupakan alat pertukaran untuk mendapatkan barangan dan perkhidmatan, oleh yang demikian anda perlu terlebih dahulu memahami tabiat mengurus wang anda sebelum mula berbelanja. Adakah anda selalu kehabisan wang sebelum hujung bulan? Atau anda mempunyai lebihan wang di dalam akaun? Tidak kira apa jua jawapannya, langkah pertama ini merupakan penilaian realistik yang akan membantu anda membuat analisis jumlah pendapatan yang diterima berbanding dengan perbelanjaan. Konsep mudah ini disebut pengurusan aliran tunai. Menganalisis aliran tunai anda boleh memberi gambaran tentang tahap pendapatan, tabiat perbelanjaan dan keperluan gaya hidup anda. Untuk memahami maksud aliran tunai dengan lebih lanjut, marilah kita terlebih dahulu belajar serba sedikit tentang pengurusan aliran tunai. 2

APAKAH ITU PENGURusan ALIRAN TUNAI? Pengurusan aliran tunai ialah proses memantau, menganalisis serta menyelaraskan aliran tunai peribadi anda. Aliran tunai mengandungi dua komponen utama; pendapatan (aliran masuk) dan perbelanjaan (aliran keluar). Pendapatan atau aliran masuk tunai anda merangkumi pendapatan aktif dan pendapatan pasif. Pendapatan aktif Pendapatan pasif A dalah hasil daripada pekerjaan atau usaha niaga anda. Sebaik sahaja anda berhenti bekerja atau berniaga, pendapatan aktif anda akan turut terhenti. Contoh pendapatan aktif termasuk gaji dan hasil keuntungan perniagaan Diperoleh daripada simpanan atau pelaburan. Pendapatan pasif tidak mengambil kira status pekerjaan anda. Contoh pendapatan pasif termasuk faedah atau keuntungan, sewa, dividen dan juga royalti 3

Aliran keluar tunai sebaliknya, terdiri daripada perbelanjaan tetap, perbelanjaan yang berubah-ubah dan perbelanjaan budi bicara. Perbelanjaan tetap Perbelanjaan yang berubahubah Perbelanjaan budi bicara Adalah perbelanjaan yang tidak berubah. Perbelanjaan ini biasanya adalah perbelanjaan keperluan hidup dengan jumlah yang sama dibelanjakan setiap bulan. Antara contoh perbelanjaan tetap ialah bayaran ansuran bulanan pinjaman perumahan dan sewa beli, sewa rumah, premium insurans dan upah bayaran pengasuh anak anda Adalah perbelanjaan yang jumlahnya tidak tetap. Sama seperti perbelanjaan tetap, perbelanjaan yang berubah-ubah lazimnya adalah untuk perbelanjaan keperluan hidup. Contoh perbelanjaan ini termasuk makanan, pakaian, bil utiliti dan barangan keperluan rumah yang penting Adalah perbelanjaan mengikut keinginan anda. Sebahagian besar perbelanjaan budi bicara bukanlah untuk keperluan hidup tetapi sesuatu yang boleh memberi keseronokan kepada anda. Contoh perbelanjaan budi bicara termasuk makan di luar, pakaian berjenama/mahal, penyaman udara, langganan TV satelit, hiburan dan barangan keperluan rumah yang tidak penting Dengan memahami aliran masuk dan aliran keluar tunai, marilah kita seterusnya mempelajari cara menggunakan penyata aliran tunai. 4

Apa itu penyata aliran tunai? Penyata aliran tunai menunjukkan semua pendapatan (aliran masuk tunai) dan perbelanjaan (aliran keluar tunai) dalam tempoh tertentu. Penyata aliran tunai merupakan alat asas untuk menyemak tahap kesihatan kewangan dan menilai kedudukan kewangan anda. Pengurusan aliran tunai yang baik akan memastikan anda selalu mempunyai pendapatan yang cukup untuk membayar semua perbelanjaan anda. Ia juga akan menempatkan diri anda di tahap kedudukan kewangan yang selesa. Apakah kedudukan wang tunai anda? Jika pendapatan anda lebih daripada perbelanjaan, kedudukan wang tunai anda berada pada tahap lebihan (positif). Sebaliknya, jika perbelanjaan anda lebih daripada pendapatan, keadaan ini disebut defisit (negatif). Jumlah Wang Masuk > Jumlah Wang Keluar = LEBIHAN TUNAI SYABAS! TERUSKAN USAHA ANDA Jumlah Wang Keluar > Jumlah Wang Masuk = DEFISIT TUNAI KAJI SEMULA CORAK PERBELANJAAN ANDA Apabila kedudukan wang tunai berada dalam keadaan defisit, besar kemungkinan anda perlu meminjam wang untuk membiayai perbelanjaan anda seterusnya. Jika anda telah membelanjakan kesemua pendapatan anda, ini tidak bermakna kedudukan wang tunai anda adalah baik. Apabila anda membelanjakan kesemua pendapatan, sebenarnya anda tidak mempunyai sebarang simpanan untuk tujuan kecemasan. Cuba bayangkan, apakah yang akan terjadi kepada kedudukan wang tunai anda sekiranya anda diberhentikan kerja atau tidak berupaya bekerja lagi? 5

Sekiranya anda mahu berada di dalam kedudukan wang tunai yang selesa, anda perlu mempunyai lebihan wang tunai pada setiap masa. Wang tunai lebihan ini bukan sekadar membolehkan anda menabung untuk perbelanjaan yang tidak diduga, malah ianya juga boleh digunakan untuk tujuan pelaburan. Dengan cara ini, anda akan mencapai matlamat kewangan dengan lebih cepat. Jadi bagaimanakah caranya untuk menguruskan aliran tunai supaya kedudukan wang tunai anda berada ditahap lebihan? Salah satu kaedah paling berkesan adalah melalui penyediaan bajet. APA ITU BAJET? Bajet adalah suatu pelan mengurus aliran tunai dan digunakan untuk membuat anggaran pendapatan dan perbelanjaan anda di masa hadapan. Secara ringkas, bajet menyenaraikan semua aliran masuk tunai dan aliran keluar tunai yang dijangkakan untuk membantu anda membuat keputusan kewangan secara berhemat. Kenapa anda perlukan bajet? Berapa kalikah anda telah membuat pengeluaran daripada mesin ATM tanpa menyedari bahawa anda telah menggunakan kesemua wang anda dalam tempoh sehari dua? Lazimnya agak sukar untuk kita mengingat kembali ke manakah wang itu dibelanjakan. Kebiasaannya ramai orang tidak menjejaki perbelanjaan dan berbelanja lebih daripada pendapatan mereka. Itulah sebabnya bajet adalah penting. Kelebihan mempunyai bajet Hidup mengikut kemampuan Memupuk tabiat menabung Menabung untuk kecemasan kewangan Menambah nilai harta bersih 6

Hidup mengikut kemampuan Keperluan dan kehendak Ingat, bajet adalah berdasarkan pendapatan dan perbelanjaan. Oleh sebab pendapatan dan perbelanjaan berbeza mengikut individu, maka bajet anda seharusnya berasaskan kepada keperluan dan kehendak anda. Jadi, bagaimanakah caranya anda membezakan antara keperluan dan kehendak? Keperluan adalah sesuatu yang anda perlu ada dan tidak boleh hidup tanpanya. Sementara kehendak pula adalah sesuatu yang anda inginkan tetapi tidak semestinya perlu. Berikut adalah beberapa contoh barangan keperluan dan kehendak: KEPERLUAN Makanan Tempat tinggal Pakaian Masa berkualiti dengan keluarga Kereta / Motosikal Telefon bimbit Komputer KEHENDAK Makan di restoran mewah Banglo mewah Pakaian berjenama Percutian di luar negara Kereta mewah Telefon bimbit canggih Komputer canggih Apabila masa beredar, mungkin keperluan asas anda juga turut berubah dan bukan lagi setakat makan minum, tempat tinggal dan pakaian sahaja. Kehendak seseorang pada hari ini mungkin akan menjadi keperluan baginya di hari esok. 7

Sebagai contoh, telefon bimbit bukanlah suatu keperluan bagi seorang individu pada 20 tahun yang lalu. Sebaliknya, di dunia moden hari ini, telefon bimbit dianggap sebagai suatu keperluan dan bukan lagi suatu kehendak. Namun, apabila anda memilih telefon bimbit yang mahal dengan ciri terkini, anda sebenarnya menjadikan keperluan ini kepada kehendak. Segala keputusan yang dibuat antara keperluan dan kehendak akan memberi kesan yang ketara terhadap perbelanjaan anda. Menangguhkan kehendak Menangguhkan kehendak bermaksud menangguhkan keinginan anda ke suatu masa yang lain. Setiap kali anda ingin membeli sesuatu, terutama jika ianya suatu kehendak, fikirkan terlebih dahulu sama ada kehendak tersebut ada di dalam bajet anda. Hidup mengikut kemampuan memerlukan anda belajar mengatakan tidak kepada suatu perbelanjaan yang tidak diperlukan. Cari pengganti lain bagi keperluan dan kehendak anda, terutamanya jika ia di luar bajet anda. Pernahkah anda terfikir soalan berikut sebelum anda berbelanja? Daripada membeli kereta, kenapa tidak sahaja gunakan pengangkutan awam? Jika anda betul-betul memerlukan sebuah kereta, bolehkah anda pertimbangkan untuk membeli kereta terpakai? Jika anda memerlukan telefon bimbit atau komputer, adakah jenis biasa memadai? Sekiranya anda inginkan pakaian berjenama, bolehkah anda menggantikannya dengan pakaian berkualiti yang lain pada harga yang lebih berpatutan? 8

Bajet anda perlu realistik dan sesuai dengan kedudukan pendapatan dan keperluan perbelanjaan. Hidup mengikut bajet tidak bermakna anda terpaksa mengorbankan segala kemewahan. Anda cuma perlu merancang dengan lebih baik dan mengubah persepsi dan tabiat berbelanja anda. Berbelanja dengan bijak Kunci kepada bajet yang berjaya adalah berbelanja kurang daripada apa yang anda peroleh. Apabila anda t e rd e s a k i n g i n m e m b e l i sesuatu, tunggu seketika dan tanya diri anda soalan berikut: Adakah saya mampu membelinya? Adakah saya memerlukannya? Adakah terdapat yang lebih murah? Bolehkah saya menangguhkan pembeliannya? 9

Tip BERBELANJA DENGAN BIJAK MASA Rancang pembelian untuk mengelakkan keluar berkali-kali hanya untuk membeli beberapa barangan Gunakan sumber yang ada sebaik-baiknya, termasuk menjimatkan petrol dan masa Elakkan daripada membeli-belah pada saat akhir Beli dan simpan barang keperluan utama supaya anda dapat mengelakkan kenaikan harga ketika musim perayaan SENARAIKAN Sentiasa senaraikan barang yang hendak dibeli Elak daripada membeli barangan yang tidak diperlukan Pastikan anda hanya membeli mengikut bajet anda BUAT PERBANDINGAN Bandingkan harga sebelum membeli sesuatu barangan Simpan buku senarai harga untuk menjejak harga barangan yang kerap dibeli 10

Ghairah hidup mewah Usia : 33 tahun Pekerjaan : Doktor Perubatan Status Perkahwinan : Bujang Dr Azam seorang lelaki muda dan berjaya. Pada umur 33 tahun, dia hampir memiliki kesemuanya: 2 buah kereta mewah, tinggal di kondominium dan mempunyai kerjaya yang membanggakan. Dr Azam merasakan dia berhak memiliki gaya hidup serba mewah kerana telah bekerja keras dan belajar bersungguh-sungguh sehingga menjadi seorang doktor pakar. Dia yakin mampu membeli apa sahaja yang diinginkan. Dr Azam terlalu banyak bergantung kepada kad kreditnya dan dia juga mempunyai cita rasa yang tinggi. Dia berasa ghairah apabila mendapat perhatian orang lain terutamanya apabila memakai kasut mahal dan sut berjenama yang ditempah khas. Dr Azam berpendapat bahawa dengan gaji 5 angka sebagai doktor pakar dia tidak perlu bimbang tentang masa depannya. Begitu juga, dia juga tidak perlu risau tentang kedudukan aliran tunainya yang lemah dan hanya mempunyai tabungan yang sedikit. Apa yang penting ialah keseronokan serta-merta dengan membeli semua kehendaknya dengan menggunakan 5 kad kredit yang dimilikinya. Dr Azam tidak mempunyai bajet untuk menjejak aliran tunainya. Lamakelamaan, dia tidak mampu membayar ansuran 2 buah keretanya dan hampir tidak dapat membuat bayaran minimum untuk semua kad kreditnya. Keadaan semakin meruncing apabila sewa kondominium juga tertunggak selama 3 bulan. Berhadapan dengan tindakan pengusiran, Dr Azam didesak semua pemiutang supaya membayar hutang mereka dengan segera. Akibat tertunggak lama, salah sebuah keretanya juga ditarik oleh pihak bank. Tanpa disedari, Dr Azam dibelenggu hutang sekeliling pinggang dengan hutang kad kredit sahaja yang sudah mencecah RM120,000. Oleh sebab takut akan diisytiharkan bankrap, dia telah mengambil keputusan untuk mendapatkan bantuan AKPK. 11

MEMUPUK TABIAT MENABUNG Bajet juga boleh membantu anda memupuk tabiat menabung. Tanpa pelan tabungan yang teratur, adalah sukar untuk mencapai matlamat kewangan anda seperti membeli rumah atau kereta, melanjutkan pelajaran atau membina dana persaraan. Adalah dicadangkan anda menabung sekurang-kurangnya 10% daripada pendapatan bulanan anda. Malah, lebih baik jika anda boleh meningkatkan tabungan kepada 15% hingga 20% kerana anda akan mempunyai lebih banyak wang untuk masa depan. Panduan memupuk tabiat menabung 1 Menabung sebelum berbelanja Menabung sekurang-kurangnya 10% daripada pendapatan anda Menabung secara automatik dengan menggunakan skim potongan gaji, auto-debit atau cara lain sepertinya 2 Dorong diri anda dengan menetapkan matlamat kewangan Tetapkan matlamat yang bermakna dan penting untuk menggalakkan diri anda menabung. Anda boleh menetapkan matlamat jangka pendek, jangka sederhana dan jangka panjang 3 Jadikan tabiat menabung suatu cabaran Selepas menabung 10% daripada pendapatan anda, cabar diri anda untuk meningkatkan jumlah tabungan secara beransur-ansur 12

4Simpan sebahagian Durian Runtuh Setiap kali anda menerima wang seperti bonus atau hadiah wang tunai, masukkan sebahagian wang itu ke dalam akaun simpanan anda Jika anda menerima kenaikan gaji, tingkatkan jumlah tabungan bulanan anda Menabung untuk kecemasan kewangan Dalam kehidupan seharian, kadangkala kejadian tidak diduga atau kecemasan boleh menyebabkan anda hilang keupayaan untuk mencari pendapatan. Malah ada kalanya anda mungkin memerlukan jumlah wang yang banyak dalam masa yang singkat untuk menangani masalah tersebut. Lazimnya, tabungan kecemasan digunakan untuk menampung perbelanjaan sekiranya anda kehilangan pekerjaan atau mengalami masalah kesihatan serius dengan tiba-tiba ataupun akibat kos membaiki kerosakan rumah atau kereta. Jika anda atau pasangan kehilangan pekerjaan, semua bil masih perlu dibayar! Dalam keadaan begini, adalah penting bagi anda mempunyai tabungan untuk menanganinya. Sebagai panduan, anda perlu mempunyai simpanan yang boleh menampung perbelanjaan asas anda selama 3 hingga 6 bulan. Keadaan akan bertambah buruk jika anda perlu meminjam untuk mengatasi masalah yang timbul itu. Selain menabung untuk tujuan kecemasan, bajet juga boleh membantu anda menabung untuk pembelian barangan atau perkhidmatan yang bernilai besar sambil mempertingkatkan nilai harta bersih anda. 13

MENAMBAH NILAI HARTA BERSIH Penyata nilai harta bersih merupakan kad skor kewangan anda yang lazimnya boleh digunakan untuk menilai kedudukan kewangan anda. Ini boleh menjadi titik rujuk semasa membuat sebarang keputusan berkaitan kewangan dan melaporkan harta yang anda miliki (aset) dan tanggungan hutang (liabiliti) anda. Aset termasuk wang tunai, tabungan, hartanah, amanah saham dan saham syarikat, manakala liabiliti pula merangkumi kesemua jenis pinjaman, sama ada hutang bank (termasuk hutang kad kredit), hutang keluarga atau kawan dan pembayaran sewa rumah serta bil utiliti. Nilai harta bersih anda boleh ditingkatkan dengan menjejak perbelanjaan melalui penggunaan bajet. Bajet boleh membantu mengawal perbelanjaan anda. Justeru ia membolehkan anda melabur dan mengumpul aset untuk meningkatkan nilai harta bersih anda. Jadi, kunci untuk meningkatkan nilai harta bersih ialah dengan mengurangkan perbelanjaan dan meningkatkan tabungan. 14

Cara mengira nilai harta bersih anda Langkah 1 Senaraikan barangan bernilai yang anda miliki Wang tunai dan yang seumpamanya seperti akaun simpanan tetap dan deposit tetap Pelaburan seperti saham, bon dan dana amanah saham Dana persaraan seperti KSWP dan akaun persaraan peribadi Hartanah seperti rumah, pangsapuri dan tanah Kepunyaan peribadi yang boleh dijual seperti barangan kemas, jongkong emas, hasil seni dan barangan antik Langkah 2 Jumlahkan aset anda Langkah 3 Senaraikan hutang anda dengan orang lain Pinjaman termasuk pinjaman pendidikan, pinjaman bank dan pinjaman lain Baki kad kredit Cukai perlu dibayar seperti cukai hartanah dan cukai pendapatan Hutang kepada saudara mara, kawan dan orang lain Baki bayaran ansuran bagi barangan pengguna seperti perabot dan televisyen Langkah 4 Jumlahkan liabiliti anda Langkah 5 Aset tolak liabiliti Sekiranya jawapannya adalah positif, tahniah! Anda harus merancang cara menambahkan nilai harta bersih anda. Jika jawapannya negatif, jangan kecewa kerana anda masih boleh mengambil langkah-langkah untuk memperbaiki keadaan anda 15

Bagaimana menyediakan bajet? Setelah mengetahui manfaat menyediakan bajet, sekarang anda sudah bersedia untuk membuat bajet sendiri. Semuanya dapat dilakukan melalui 3 langkah mudah berikut: 1. Senaraikan semua sumber pendapatan anda Catatkan gaji bersih selepas ditolak potongan KWSP, cukai dan PERKESO 2. Senaraikan semua perbelanjaan anda Bahagikan perbelanjaan kepada 3 kategori - tetap, berubah-ubah dan berdasarkan budi bicara Simpan 10% daripada jumlah pendapatan anda sebelum berbelanja 3. Tentukan kedudukan aliran tunai bersih anda Jika ada lebihan, syabas! Pastikan bajet anda mengikut perbelanjaan anda yang sebenar Jika terdapat defisit, semak semula bajet anda dengan mengurangkan perbelanjaan budi bicara sehingga kedudukan aliran tunai menjadi positif Sebaiknya anda mempunyai lebihan wang untuk membina dana kecemasan 16

Seperti yang anda boleh lihat, bukannya sukar untuk menyediakan bajet. Walau bagaimanapun, untuk memelihara dan mematuhi bajet dengan baik, anda perlu korbankan sedikit masa dan usaha. Untuk menyediakan bajet yang terurus, anda perlu juga mengambil pendekatan yang lebih realistik dan fleksibel. Jika anda berpendapatan sederhana, adalah sukar untuk anda menabung dengan banyak dalam tempoh yang singkat. Di samping itu, adakalanya anda perlu juga mengkaji semula bajet apabila timbulnya perbelanjaan yang tidak diduga atau apabila terdapat perubahan dalam harga semasa barangan dan perkhidmatan. Apabila anda berada dalam kedudukan kewangan yang baik dengan mempunyai lebihan aliran tunai, maka anda sudah bersedia untuk membuat pelaburan. Ada banyak jenis pelaburan, termasuk hartanah, saham, bon dan sebagainya. Pulangan atas pelaburan berubah-ubah mengikut risiko yang berkaitan dengannya. Oleh yang demikian, pelabur harus sedar tentang tahap risiko yang boleh diambil sebelum membuat sebarang pelaburan. Melabur hanya dalam produk yang anda ketahui Buat kajian dan pastikan anda memahami risiko yang terlibat Kata pepatah Jangan letakkan semua telur dalam satu bakul. Ingat, kunci kejayaan dalam mengurangkan risiko pelaburan ialah dengan melabur wang anda di dalam pelbagai instrumen pelaburan PENYELEWENGAN KEWANGAN Setiap kali anda melabur wang hasil titik peluh, anda haruslah berwaspada terhadap skim cepat kaya. Selalunya skim ini menjanjikan pulangan yang tinggi dengan risiko yang rendah atau tanpa risiko. Skim cepat kaya sering kali dipromosikan melalui pelbagai saluran media seperti internet dan sistem pesanan ringkas (sms). Sekiranya anda berhadapan dengan skim seperti ini, anda perlu lebih berhati-hati. Jika skim tersebut nampak terlalu menguntungkan, berkemungkinan besar ianya adalah suatu skim penyelewengan kewangan. 17

Antara tanda petunjuk suatu skim penyelewengan kewangan: Menjanjikan pulangan tinggi antara 5% hingga 20% sebulan tanpa risiko atau dengan risiko yang rendah Tawaran itu hanya bagi jangka masa terhad dan anda diminta menyertainya dengan segera Skim itu berasal dari negara luar dan siasatan tidak boleh dilakukan ke atas pejabatnya atau statusnya tidak boleh dikenalpasti melalui laman web badan pengawal selia negara tersebut Anda diminta mendedahkan maklumat sulit peribadi seperti nombor akaun bank anda Anda diminta mendeposit sejumlah wang untuk bayaran pemprosesan dan pentadbiran Petua utama ialah jangan bersikap tamak. Berbincang dahulu atau semak dengan kawan-kawan dan keluarga anda ataupun bertanya kepada para profesional sama ada peluang sedemikian tulen ataupun tidak. Langkah ini adalah wajar walaupun skim tersebut diperkenalkan oleh seseorang yang rapat ataupun yang anda percayai. Selidik tentang tawaran tersebut. Berwaspada sekiranya pelaburan tersebut menawarkan pulangan yang tinggi, berisiko rendah dan tanpa kos pelaburan. Kemungkinan besar ia tidak benar. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila layari laman web BNM di www.bnm.gov.my atau laman web Suruhanjaya Sekuriti di www.sc.com.my 18

Rumusan Penyata aliran tunai menunjukkan dari mana wang anda datang dan ke mana wang itu pergi bagi suatu tempoh tertentu Bajet adalah alat mudah untuk membantu anda mengurus aliran tunai dengan lebih berkesan Menyediakan bajet adalah amalan yang baik untuk memastikan anda hidup mengikut kemampuan Tabungan adalah penting untuk membantu anda disaat kecemasan Penyata nilai harta bersih memberi gambaran tentang kedudukan kewangan anda pada satu masa dan berfungsi sebagai alat untuk menjejak kemajuan anda 19

Senarai semakan Sediakan penyata aliran tunai bulanan anda yang menunjukkan semua aliran masuk tunai dan aliran keluar tunai Sediakan bajet anda sambil menyimpan sekurang-kurangnya 10% daripada pendapatan anda sebagai tabungan Sediakan penyata nilai harta bersih untuk mengetahui kedudukan kewangan semasa anda Lampiran 1.1 : Contoh bajet dan penyata aliran tunai Lampiran 1.2 : Templat kosong untuk bajet dan penyata aliran tunai Lampiran 1.3 : Contoh penyata nilai harta bersih Lampiran 1.4 : Templat kosong untuk penyata nilai harta bersih 20

Penilaian diri 1. Apakah komponen utama di dalam pengurusan aliran tunai? a. Pendapatan dan Perbelanjaan b. Aset dan Liabiliti c. Penghutang dan Pemiutang d. Akaun Untung dan Rugi serta Kunci Kira-kira 2. Bajet dapat membantu anda untuk a. hidup mengikut kemampuan b. mencapai matlamat kewangan c. memperuntukkan wang untuk menabung d. kesemua di atas 3. Kenapakah menabung itu penting? a. Merancang untuk persaraan anda b. Persediaan untuk waktu kecemasan c. Bayaran pendahuluan pembelian rumah/kereta d. Kesemua di atas 4. Berapa bulan kos perbelanjaan sara hidup disarankan sebagai dana kecemasan anda? a. 1-2 bulan b. 3-6 bulan c. 8-9 bulan d. 12-24 bulan 21

5. Apakah nilai harta bersih anda? a. Jumlah Liabiliti + Jumlah Aset b. Jumlah Pendapatan + Jumlah Perbelanjaan c. Jumlah Aset Jumlah Liabiliti d. Jumlah Pendapatan Jumlah Perbelanjaan 6. Berapakah peratus kadar minimum sebulan dari pendapatan anda disarankan sebagai tabungan (tidak termasuk caruman KWSP)? a. Sekiranya anda ada lebihan b. Sekurang-kurangnya 50% setiap bulan c. Sekurang-kurangnya 10% setiap bulan d. Tiada di atas 7. Apakah tabiat pengurusan kewangan yang baik? a. Meminjam melebihi 40% dari pendapatan bulanan b. Menjejaki perbelanjaan dan aliran tunai anda c. Hidup secara mewah d. Membuat bayaran minimum untuk kad kredit anda Sila rujuk jawapan anda di muka surat terakhir buku ini 22