dokumen-dokumen yang mirip
Objektif. Topik yang akan dipelajari SIMPOSIUM 2015 METODOLOGI PENGELUARAN HUKUM DALAM ISLAM. Ciri-Ciri Syariat Islam Ustaz Sayid Sufyan b Jasin

Melahirkan Pendakwah Yang Berwibawa. Muhammad Haniff Hassan

Musa a.s dan Khidr Pengajaran Dari Al-Kahf, 18:60-77

Berbeza Pendapat Tanpa Perlu Berbalah

juz 2. hlm. 146, tercatit pengharaman Imam Syafie rahimahullah tentang perkara yang disebutkan di atas sebagaimana ketegasan beliau dalam fatwanya:

HALAL, HARAM & SYUBHAT

FIQH KEUTAMAAN FIQH AWLAWIYYAT (KARANGAN PROF. DR. YUSUF ABDULLAH AL-QARADAWI. Disediakan Oleh : Irny Suzila Ishak PENGENALAN PENGERTIAN FIQH

Majlis Ugama Islam Singapura Khutbah Jumaat 17 April 2015 / 27 Jamadilakhir 1436 Memahami Hikmah Dalam Pengamalan Agama

1- Metode qawl qadim sedikit sebanyak masih dipengaruhi oleh metode ahli Hijaz

TINGKATAN : Disediakan oleh : Ust Safaee Zakaria GC Tasawwur Islam SMK Jelawat, Bachok, Kelantan

APLIKASI FIQH KONTEMPORARI DALAM MENANGANI PERSOALAN HUKUM BARU KEFATWAAN. Oleh: Mahmood Zuhdi Haji Abd Majid

PANDUAN AGAMA DALAM MENDOAKAN TERHADAP PENGANUT AGAMA LAIN

Menanggapi Isu Berjabat Tangan Secara Saksama. Muhammad Haniff Hassan

Marilah sama-sama kita bersatupadu dan mengetepikan apa jua fahaman politik demi mempertahankan kesucian dan keagungan Agama Islam.

DIPLOMA PENGAJIAN ISLAM. WD4013 USUL FIQH (Minggu 1)

BAB VI RUMUSAN DAN PENUTUP

Kenapa kebencian? Apakah yang membuat seseorang itu membenci?

BAB LIMA: KESIMPULAN DAN PENUTUP. Bagi memanfaatkan hasil kajian ini, penulis dapat simpulkan beberapa perkara.

Hukum Puasa Tetapi Tidak Solat

Apabila Aktivis Dakwah Ditimpa Futur (Malas) Muhammad Haniff Hassan

BAB LIMA KESIMPULAN DAN SARANAN. Berdasarkan kepada keseluruhan hasil kajian yang diperolehi, bab ini akan

JIHAD. Soal Jawab. mengenai. Muhammad Haniff Hassan & Mohamed bin Ali Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) & PERDAUS

PENGENALAN KANDUNGAN HASIL PEMBELAJARAN CTU263 9/11/2013 CTU 263 ISLAM DAN PENGURUSAN. Maruwiah Ahmat 1

BAB LIMA RUMUSAN DAN CADANGAN. zakat pendapatan di Aceh maka dapat dirumuskan beberapa isu penting sebagaimana

BAB V. Tadhkirah Muttabi al-sunnah fi al-rad Ala al-qa il bi Sunniyah Rak atayn Qabl al-

PERISYTIHARAN Hak Asasi Manusia Sejagat

Pengenalan Takaful 45 BAB A3 PENGENALAN TAKAFUL

7 CIRI BUDAYA POLITIK MATANG SEJAHTERA (BPMS)

POLISI KESAMARATAAN DALAM PERKHIDMATAN

JENIS HAJI DAN PERMASALAHANNYA

Nama Pelajar : Tingkatan : SMK PAYA BESAR KM 7 JALAN GAMBANG KUANTAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2013 TASAWWUR ISLAM. Kertas 1 Satu jam lima belas minit

LEMBAGA PENILAIAN DAN PEPERIKSAAN ISLAM PEPERIKSAAN BERSAMA PENDIDIKAN AGAMA MENENGAH 4 TAHUN 2013 AQIDAH ISLAMIAH. Tarikh: Ahad, 8 Disember 2013

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA /2 Kertas 2 2 ½ Jam. Dua jam tiga puluh minit. Disediakan oleh; Tasawwur Islam Sesi 2015

ilmu dan amalan dengannya. Untuk memahami pengertian dan

TASAWWUR ISLAM Kertas 1 Satu jam lima belas minit JANGAN BUKA KERTAS SOALAN SEHINGGA DIBERITAHU

27 Mac 2015 (Jumaat) / 6 Jamadilakhir 1436H

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

BAB I PENDAHULUAN. melampaui batasan Allah, berdakwah kepada Allah, serta melakukan amar makruf dan

PENDAHULUAN CTU261 19/05/2014. Menghuraikan kepentingan fiqh awlawiyyat dalam pembangunan habitat dan pengurusan alam sekitar.

BAB V PENUTUP. 1. Pemikiran Kiai Said Aqil Siroj tidak terlepas dari Nahdltul Ulama dalam

ASAS-ASAS ISLAM. Agama Islam Iman & Taat Kenabian Pentafsiran Iman Ibadat-ibadat Agama & Syariah Hukum Syariah

BAB 6: ETIKA KRISTIAN

Islam: pemikiran kenegaraan & pemerintahan. Sinopsis:

PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 1 PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 1

Etimologis: berasal dari jahada mengerahkan segenap kemampuan (satu akar kata dgn jihad)

4/12/2013 RABBANIYYAH RABBANIYYAH 1) PRINSIP RABBANIYYAH

Biografi Singkat Empat Iman Besar dalam Dunia Islam

Tazkirah : Persediaan Ramadhan

BAB V KESIMPULAN DAN CADANGAN

2. THABAT (TETAP) CIRI2 KEISTIMEWAAN ISLAM 7. ALAMIYYAH (SARWAJAGAT)

AL-AQSA, PALESTIN DAN KITA Muhammad Haniff Hassan

Islam Ajak Berfikir, Bukan Jadi Pak Torot. Muhammad Haniff Hassan

"PEMIMPIN ADIL NEGARA MAKMUR"

RUKUN AGAMA (PERTAMA/2017/FEB/001)

MAJLIS PENGETUA SEKOLAH MALAYSIA CAWANGAN PULAU PINANG MODUL LATIHAN BERFOKUS SPM 2015

Penyiasatan bebas tentang kebenaran

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA FAKULTI PENGAJIAN ISLAM

Islam Mencela Judi. Muhammad Haniff Hassan

1223/2 LATIH TUBI PENDIDIKAN ISLAM 2004 SET 3

BAGAIMANA BERINTERAKSI DENGAN NON MUSLIM DALAM KONTEKS MALAYSIA

IMAM / BILAL BERTUGAS USTAZ MUHAMMAD FAUZEE BIN MOHAMED USTAZ HASNIZATUL AZRI BIN ZAINUDIN MUAZZIN/BILAL KHATIB /IMAM

Menerangkan kepentingan akhlak dalam kehidupan. Menerangkan ciri-ciri akhlak Islam. Menjelaskan perbezaan antara akhlak, moral dan etika

Kandungan. Apakah perbankan Islam? Perbankan Islam di Malaysia. Pematuhan prinsip Syariah Konsep Syariah dalam perbankan Islam. Soalan Lazim.

Modul Pengajian Pemikiran Islam Di Singapura 2

Nama Pelajar : Tingkatan : PEPERIKSAA PERCUBAA SPM Kertas 1 Satu jam lima belas minit

Pengajaran Dari Surah Maryam Bahagian 1. Muhammad Haniff Hassan /

SEKTOR PENDIDIKAN ISLAM JABATAN PELAJARAN KELANTAN

:

//Perbicangan kita ditumpukan pada perkara-perkara berikut: //Pentingnya Pendidikan untuk kemajuan masyarakat Islam

Berpegang kepada Al-Qur'an dan As-Sunnah, dan tidak bertaqlid kepada seseorang

Hak Cipta Terpelihara :

yang sama bahwa Allah mempunyai sifat-siafat. Allah mempunyai sifat melihat (al-sami ), tetapi Allah melihat bukan dengan dhat-nya, tapi dengan

BAHAGIAN A (20 markah)

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM

Pendidikan Agama Islam

Majlis Ugama Islam Singapura Khutbah Jumaat 6 Mac 2015 / 15 Jamadilawal 1436 Kepentingan Akhlak Yang Mulia

BAB V PENUTUP. Kajian ini merupakan satu analisis tentang aplikasi pelaksanaan murébaíah dalam

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA. Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah TASAWWUR ISLAM

BAB 5 Nilai Berkaitan Dengan Hak Asasi Manusia

BAGAIMANA MEMILIH PENDAPAT DALAM BERAGAMA LIQA 23 JUNE Oleh Erwin Mazwardi

ISLAM DAN HUBUNGAN ETNIK SAS/CTU 553 BAB 8 - ISLAM HADHARI 1

KONSEP KEKELUARGAAN DAN KEMASYARAKATAN ISLAM

a) Adakah manusia biasa dapat mencapai tahap ihsan sepertimana para Nabi dan Rasul? Kemukakan pendapat anda.

FIQHUL IKHTILAF (MEMAHAMI DAN MENYIKAPI PERBEDAAN DAN PERSELISIHAN) Oleh : Ahmad Mudzoffar Jufri

BAHAGIAN A. (20 MARKAH) Jawab semua soalan Masa yang dicadangkan untuk bahagian ini ialah 30 minit.

Kod etika perniagaan Disemak Februari 2016

FITNAH MUSNAHKAN SEGALANYA

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA Satu jam lima belas minit 5226/1 PANITIA TASAWWUR ISLAM SMK JELAWAT BACHOK, KELANTAN

DALAM Islam, soal adab amat utama. Tidaklah Nabi

Hijab Kaum Wanita: Satu Pengertian Yang Lebih Luas. Muhammad Haniff Hassan

KESIMPULAN DAN SARANAN

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2016 TASAWWUR ISLAM

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2015 TASAWWUR ISLAM

Ditulis oleh : Hajar Abdullah

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2017 PENDIDIKAN ISLAM

5226/1&2 SEKTOR PENDIDIKAN ISLAM JABATAN PELAJARAN KELANTAN TASAWWUR ISLAM KERTAS 1 DAN 2 SET 5 PERATURAN PEMARKAHAN

Ilmu Tasawuf itu Roh Islam

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Akidah dalam kehidupan Muslim: analisis aspek aspek penyelewengan. Sinopsis:

Transkripsi:

Guru Madrasah Aljunied

PIAGAM KESEDERHANAAN DALAM BERAGAMA Berikut adalah pendirian yang perlu diambil bagi menjamin kesederhanaan dalam dakwah: 1. Kita beriltizam untuk menghormati prinsip-prinsip demokrasi dalam kehidupan bermasyarakat dan dalam memajukan aspirasi masyarakat Islam. Atas dasar itu juga, kita beriltizam untuk sentiasa mematuhi undang-undang dan aturan dalam tindak tanduk kita. 2. Kita beriltizam untuk sentiasa memelihara keamanan dan tidak menggunakan jalan-jalan kekerasan dan pengganasan dalam amalan beragama dan dalam menyampaikan aspirasi kita. Kita memahami jihad dalam erti kata yang luas. Jihad bersenjata hanya ke atas mereka yang memerangi kita. 3. Kepelbagaian adalah sebahagian dari lumrah alam yang diciptakan Allah Ta ala, maka kita menghadapinya dengan sikap yang positif. Kita tidak memusuhi perbezaan dan kepelbagaian dalam apa jua bentuk samada agama, bangsa atau budaya. Kita berhasrat untuk menjalin hubungan dengan kepelbagaian ini atas dasar keamanan dan keharmonian hidup bersama. Hubungan kita dengan atas dasar saling hormat menghormati dan keinginan untuk memupuk kefahaman, toleransi dan keyakinan terhadap satu sama lain. 4. Kita beriman bahawa Islam adalah satu cara hidup yang komprehensif dan kita menolak pemisahan antara urusan dunia dan agama. Namun kita menganggapi secara positif negara sekular yang menjamin kebebasan beragama, mengakui peranan positif agama dalam pembangunan masyarakat, tidak berusaha untuk menyisih peranan agama dan ia adalah wadah yang neutral bagi menjamin keharmonian hidup bermasyarakat dan beragama. Ia adalah pilihan yang praktikal bagi realiti masyarakat minoriti Islam Singapura. 5. Kita mencintai tanahair ini dan berkepentingan untuk bersama memajukannya dan memastikan ia terus membangun dan makmur dalam segala bidang di bawah panduan prinsip agama kita. Kita menerima sifat kesingapuraan seiring dengan identiti bangsa dan agama kita. Kepelbagaian identiti ini pastinya akan menimbulkan percanggahan dalam keadaan tertentu, namun kita beriltizam untuk mencari untuk mencari titik pertemuan bagi kesemuanya secara saksama. Apa jua perbezaan akan ditangani sejajar dengan prinsip demokrasi, mengikut lunas undang-undang dan melalui proses yang aman. 6. Dakwah adalah sebahagian dari kewajiban semua umat Islam dan syarat kemuliaan masyarakatnya. Ia mesti dilakukan dengan memberi pertimbangan pada maqasid syariat dan prinsip mengambil maslahat dan mudharat atau menghilangkan maslahat yang lebih besar. 7. Dalam persoalan fiqh, kita mengiktirafkan mazhab Hanafi, Maliki, Asy-Syafi i dan Hanbali sebagai mazhab yang boleh diamalkan oleh mana-mana umat Islam di Singapura. Begitu juga pandangan ulama-ulama mujtahid yang muktabar di sisi jumhur Ahli Sunnah Wal Jemaah yang lain. Namun demikian, dalam apa jua urusan rasmi, mazhab Asy-Syafi i adalah mazhab rasmi.

8. Dalam persoalan aqidah, kita mengiktiraf pandangan Salaf dahulu dan merekayang mengikuti prinsip Salaf kemudiannya sebagai pandangan yang selamat. Kita juga mengiktiraf mazhab Abu Musa Al-Asy ari dan Abu Mansur Al-Maturidi sebagai sebahagian dari Ahli Sunnah Wal Jemaah. 9. Bahawa khilaf hanya tidak berlaku dalam persoalan yang mempunyai nas yang qat ii. Dalam persoalan yang tidak mempunyai nas yang qat ii, khilaf berkemungkinan wujud, samada dalam bidang aqidah, ibadah atau muamalah. 10. Khilaf dalam persoalan yang tidak mempunyai nas adalah diterima selama mana pandangan berkenaan mempunyai dalil yang sejajar dengan ilmu Usul Fiqh. Yang tidak dapat diterima ialah, khilaf yang terkeluar dari adab-adab ikhtilaf yang disepakati oleh para ulama. 11. Membolehkan pengikut dari mazhab yang berlainan beribadah di satu masjid yang sama dan setiap satu boleh berimamkan yang lain dalam solat berjemaah dan dalam menunaikan solat Jumaat. 12. Seseorang tidak boleh mengakui bahawa jemaah atau kumpulan atau pertubuhannya sahaja yang merupakan Jemaah Islam yang tulen, sesiapa yang tidak bergabung dalam jemaah / kumpulan atau pertubuhannya dikira terkeluar dari jemaah Islam dan tercela. 13. Dalam persoalan ijtihadi, seseorang tidak boleh mendakwa bahawa pandangan yang dipegangnya sahaja betul dan pandangan yang lain adalah salah, sesat atau bid ah. 14. Setiap pandangan manusia, walau setinggi mana darjatnya, boleh diterima atau ditolak pandangannya kecuali pandangan Rasulullah s.a.w yang maksum. Seseorang tidak boleh mengagungkan sesiapa sehingga menjadikan ia maksum dan sumber kebenaran. 15. Seseorang tidak boleh berlepas diri (Bara ) dari umat Islam yang lain. 16. Seseorang tidak boleh mengkafirkan orang lain. Tindakan menghukum sesuatu perbuatan sebagai kufur dan seseorang itu kafir hanya boleh dilakukan oleh Jawatankuasa Fatwa MUIS. 17. Menerima bahawa seorang Islam tidak menjadi kafir hanya kerana: a. melakukan maksiat selama mana ia tidak menghalalkan maksiat berkenaan, b. memegang jawatan politik di bawah negara pemerintahan bukan Islam, c. masyarakat Islam yang duduk di bawah pemerintahan bukan Islam, d. sesiapa yang tidak bersama dalam pertubuhan tertentu. 18. Menerima keharusan bertaqlid bagi orang awam dan tidak boleh mencela taqlid secara mutlak. Oleh itu, tidak boleh mewajibkan berijtihad ke atas semua orang. 19. Tidak menjadikan persoalan khilafiyah sebagai bahan kontroversi, polemik dan pertelingkahan dalam masyarakat. Perbincangan secara objektif dan ilmiyah digalakkan pada tempat dan dengan mereka yang sesuai.

20. Tidak mengkafirkan, menfasiq, mencela peribadi yang lain, membid ahkan seseorang atau memanggil seseorang dengan nama-nama yang buruk pada persoalan khilafiyah atau kerana khilaf yang berlaku atau kerana kejahatan orang berkenaan. 21. Tidak membincangkan perkara yang remeh dan tidak berfaedah bagi pembangunan masyarakat. 22. Bid ah idhafiyah, tarkiyah dan iltizam adalah masalah khilafiyah dalam fiqh yang tidak sepatutnya dijadikan bahan pertelingkahan di tengah masyarakat umum. 23. Menolak uzlah dan memisahkan diri sama sekali dari masyarakat yang dicemari dengan kemungkaran kerana Islam adalah agama dakwah dan perjuangan. 24. Menerima bahawa bertarikat dan bertasawuf untuk tujuan membersihkan jiwa dan mendekatkan diri kepada Allah adalah dibolehkan. Terdapat khilaf ulama dalam persoalan ini, setiap pandangan yang lahir dari ulama yang muktabar di sisi umat Islam harus dipegang kecuali terdapat Fatwa yang melarangnya. 25. Menerima bahawa ilham dan kasyaf berlaku sebagai kurnia kepada hamba-hamba yang soleh tetapi ia tidak boleh menjadi dalil hokum syara. Ia hanya boleh dijadikan panduan jika tidak bertentangan dengan syara. 26. Menerima bahawa fatwa dan pandangan para ulama amat berkaitan dengan konteks masa, suasana dan persekitaran. Fatwa dan pandangan berkenaan boleh berubah dengan perubahan masa suasana dan persekitaran selama mana bukan melibatkan sesuatu yang tsabit secara qat ii. 27. Menghormati kedudukan penguasa dan beradab dalam menegur adalah dari adab Islam yang mulia dan manifestasi sifat sederhana. Apa jua tindakan yang bercanggah dengan perkara yang dinyatakan di atas, maka ia adalah sikap melampau yang boleh diambil tindakan.