DIPLOMA PENGAJIAN ISLAM WD4013 USUL FIQH (Minggu 2) PENSYARAH: Ustazah Dr Nek Mah Batri PhD Pendidikan Agama Islam (UMM) PhD Fiqh Sains & Teknologi (UTM)
KAEDAH PENGAMBILAN HUKUM AL-AMRU & AN-NAHYU AL-MUJMAL & AL-MUBAYYAN AL-AM & AL-KHAS AZ-ZAHIR & AL-MUAWWAL AF AAL AR-RASUL SOLLALAHU ALAI WASALLAM AN- NASIKH & AL-MANSUKH
AL- AMRU
KAEDAH KAEDAH LAFAZ AL-AMRU
AL-NAHYU
KAEDAH-KAEDAH LAFAZ AL-NAHYU
BAHAGIAN-BAHAGAIN AL-NAHYU
AL-MUJMAL dan AL-MUBAYYAN Erti Mujmal: lafaz yang tersembunyi maksudnya dan tidak dapat difahami. maka ia memerlukan penjelasan atau penafsiran daripadanya atau penjelasan dari Ulamak Fiqh. Erti Mubayyan: lafaz yang menjelaskan perkara yang tersembunyi maksudnya dan yang tidak difahami. Hukum beramal dengan Mujmal di dalam Al-Quran dan Hadis: ditangguhkan sehinggalah ditafsirkan dan dijelaskan maksudnya yang sebenar. Oleh itu lafaz mujmal memerlukan Al-Mubayyan supaya mukallaf dapat mengetahui maksud sebenar daripada lafaz tersebut dan beramal dengannya.
SEBAB-SEBAB MUJMAL Tidak dapat ditarjihkan salah satu daripada makna lafaz al-musytarak disebabkan tiada Qarinah. Contoh: mawalla ertinya: hamba yg dimerdekakan dan yang memerdekakan hamba. Jika seseorang itu berwasiat supaya hartanya diberikan kepada muwalla. Maka perlulah ada penjelasan dari si pemberi wasiat. Lafaz yang asing, yang tidak difahami makna yang dikehendaki. Contoh: Saat yang tetap berlaku Pindahan daripada makna bahasa kepada istilah syarak. Contoh: Solat dari segi bahasa ialah: Doa. Manakala istilah syarak ialah: segala perbuatan dan percakapan yang bermula dengan takbir dan diakhiri dengan salam. Di dalam Al-Quran boleh terdapat banyak suruhan mendirikan solat,tetapi tidak dijelaskan didalamnya cara-cara mendirikan solat: oleh itu Nabi S.A.W menerangkan cara-cara solat: solatlah kamu sebagaimana kamu melihat aku solat.
AL-KHAS
AL- AM Ertinya: Khitab yang menunjukkan pengertian yang umum dan menyeluruh tanpa batasan. Lafaz-lafaz Am: 1) Lafaz kullu, Jamii, Kaaffah, Aammah. Kullu imri in. kullu nafsin. 2) Mufrad yang ada Alif Lam Istighraqiyyah. Az-Zaaniyah. 3) Jama yang ada Alif Lam Istighraqiyyah. Al- Mutallaqaatu. 4) Mufrad yang ada Idofah. Maa uhu. 5) Jama yang ada Idofah. Amwaalihim 6) Isim Mausul. Allaziina. 7) Isim Istifham. Man(siapakah)
Hukum lafaz Am: Ulamak bersepakat mengatakan tidak boleh beramal atau berpegeng dengan lafaz Am sebelum mencari ada atau tiada mukhassisnya. Ulamak berpendapat demikian dengan dalil. Sahabat pada mulanya berpendapat Fatimah puteri Rasulullah berhak mendapat pusaka berdasarkan umum firman Allah: Allah perintahkan kamu mengenai pembahagian pusaka untuk anak-anak kamu ayat ini umum meliputi anak-anak nabi dan semua anak-anak umat Islam. Selepas itu Abu Bakar memberitahu para sahabat bahawa nabi ada bersabda: kami para nabi tidak boleh dipusakai, apa-apa yang kami tinggalkan akan menjadi sedekah
DILALAH AM, ADAKAH IA QAT I ATAU ZANNI? Pendapat Jumhur Ulamak: - Dilalah Am sebelum atau selepas pengkhukhusan adalah bersifat Zanni. Pendapat Ulamak Hanafi: - Dilalah Am kepada makna-maknanya adalah secara Qat i selagi ia tidak dikhususkan atau ditakhsiskan. - Apabila ia ditakhsiskan maka dilalahnya terhadap makna-maknanya yang masih tinggal itu adalah secara Zanni.
Kesan Perselisihan: - Takhsis Lafaz Am Al-Quran dengan Lafaz Khas Hadis Ahad. (Bolehkah Hadis Ahad mengkhususkan dalil Am Al-Quran?) * Jumhur Ulamak: boleh. Kerana keduanya zanni. * Ulamak Hanafi: tidak boleh. Kesabitan Al-Quran lebih kuat. Contoh: boleh atau tidak memakan makanan yang disembelih oleh orang islam tetapi tidak menyebut nama Allah? Dan Janganlah kamu makan dari sembelihan yang tidak disebut nama Allah.. Al- Quran. Sembelihan Orang islam adalah halal, samaada ia menyebut nama Allah atau tidak Hadis Ahad.
ALHAMDULILLAH SYUKRAN