BAB 1 PENGENALAN 1.1 PENDAHULUAN. Al-Quran diturunkan oleh Allah s.w.t sebagai mukjizat kepada Nabi Muhammad s.a.w

dokumen-dokumen yang mirip
BAB I PENDAHULUAN. Arab. Tiada sesiapapun yang menyangkal bahawa bahasa Arab dan al-qur an al-karim

BAB PERTAMA PENGENALAN. Pembinaan ayat dalam bahasa Arab terdiri daripada tiga bentuk : Jumlat ismiyyat,

BAB 5 PENUTUP. ayat tanpa penafian (مثبت) maka yang lainnya ayat penafian.(منفي) Kedua-duanya

BAB SATU PENGENALAN. Hikmat terbesar daripada penurunan al-qur an al-karim dengan tujuh

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN

BAB PERTAMA PENGENALAN. bahasa-bahasa yang wujud. Segala persamaan dan perbezaan yang wujud ini dikaji dan

BAB 5 RUMUSAN DAN CADANGAN. Rumusan itu merangkumi hal-hal yang berkaitan terjemahan Al-Quran, metodologi

BAB 5 RUMUSAN DAN CADANGAN. sebelumnya. Seterusnya pengkaji akan mengemukakan beberapa cadangan yang

KOMPETENSI DASAR INDIKATOR:

BAB LAPAN PENUTUP. cadangan. Tajuk kesimpulan mengandungi kesimpulan-kesimpulan bagi. mempertingkatkan pengajaran bahasa Arab.

BAB SATU PENGENALAN. Bahasa sangat penting dalam kehidupan manusia. Kepentingannya tidak dapat dinafikan

BAB SATU PENGENALAN. topik perbincangan dalam kajian morfologi ( ) perlu diketengahkan. fonologi yang berlaku dalam pembentukan kata bahasa Arab.

Oleh: Shahmuzir bin Nordzahir

Berkompetisi mencintai Allah adalah terbuka untuk semua dan tidak terbatas kepada Nabi.

Dengan nama Allah yang maha pengasih, maha penyayang, dan salam kepada para Rasul serta segala puji bagi Tuhan sekalian alam.

BAGAIMANA CARA LEBIH MUDAH MEMAHAMI TAJWID?

Penggunaan Kata Hubung dalam Penulisan Melalui Pengajaran secara Eksplisit. Abstrak

Tafsir Depag RI : QS Al Baqarah 285

LAMPIRAN B. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Saudara dan saudari yang budiman,

BAB 1: PENDAHULUAN. Sesungguhnya Allah s.w.t telah menurunkan al-quran al-karim sebagai petunjuk

(Kertas soalan ini mengandungi 3 soalan dalam 3 halaman bercetak)

BAB PERTAMA PENGENALAN. Kajian mengenai al-ùibéq yang merupakan komponen terpenting dalam al-badi adalah

Akal Yang Menerima Al-Qur an, dan Akal adalah Hakim Yang Adil

IMAM / BILAL BERTUGAS USTAZ MUHAMMAD FAUZEE BIN MOHAMED USTAZ HASNIZATUL AZRI BIN ZAINUDIN MUAZZIN/BILAL KHATIB /IMAM

Jawaban yang Tegas Dari Yang Maha Mengetahui dan Maha Merahmati

BAB SATU PENDAHULUAN. tesis. Ia merangkumi kepentingan tajuk yang dipilih, tinjauan kajian

BAB SATU PENGENALAN. Bab pertama mengandungi perkara-perkara asas yang perlu ada dalam setiap kajian

BAB 1 PENDAHULUAN. Sesungguhnya, pemilihan bahasa Arab sebagai bahasa al-quran semestinya mempunyai

BAB KEENAM RUMUSAN DAN CADANGAN. Bab terakhir ini dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu bahagian rumusan dan bahagian

PENGHARGAAN. Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

BAB 1 PENGENALAN. terjemahan, seseorang dapat menyebar ilmu terkini untuk manfaat masyarakat.

KANDUNGAN BAB TAJUK HALAMAN PENGAKUAN

BAB 5 RUMUSAN DAN SARANAN

BAB SATU PENGENALAN 1.0 PENDAHULUAN: Bab ini mengandungi perkara-perkara asas yang perlu ada dalam setiap kajian yang

BAB 1 : PENGENALAN. Walau bagaimanapun, Membeczka (2008) menyatakan bahawa pengajaran sebutan

Lailatul Qadar. Surah Al Qadr 97 : 1-5

ENAM KESIMPULAN DAN CADANGAN. penulis ternyata gaya bahasa syart salah satu gaya bahasa yang

BAB I PENDAHULUAN. sesuai dengan penciptaan manusia. Syariat Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad

BAB KETUJUH RUMUSAN DAN CADANGAN. ayat bahasa Arab dan bahasa Melayu secara terperinci, maka terbuktilah di sana wujud

BAB 5 KESIMPULAN DAN SARANAN. Setelah kajian secara teliti dilakukan terhadap tajuk yang dipilih dan dipersetujui,

BAB V DAPATAN DAN IMPLIKASI KAJIAN

Dengan nama Allah, maha pengasih dan penyayang. Salam kepada semua Nabi dari yang terdahulu hingga yang akhir.

Institut Pengajian Tinggi Al-Zuhri Diploma Perguruan Pengajian Islam

SENARAI JADUAL. JADUAL : Interpretasi Skor Min Amat baik Baik Memuaskan Lemah.

Post

Post

ت ع ي ن ه و ن س ت غ ف ر ه و ن ع و ذ ب الله م ن ش ر و ر ا ن ف س ن ا و م ن س ي ي ات ا ع م ال ن ا م ن ي د ه الله ف لا م ض ل ل ه و م ن ي ض ل ل ف لا ه اد ي

SULIT 1223/2 BAHAGIAN PENDIDIKAN ISLAM KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PENDIDIKAN ISLAM SET 2 KERTAS 2 SATU JAM EMPAT PULUH MINIT

BAB KELIMA RUMUSAN DAN SARANAN. saranan kepada pihak-pihak yang mempunyai kaitan dengan pengajaran dan pembelajaran,

Pensyarah: Ustazah Nek Mah Bte Batri Master in Islamic Studies Calon PhD- Fiqh Sains & Teknologi Calon PhD -Pendidikan Agama Islam


JABATAN PELAJARAN TERENGGANU SUMATIF 2 SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2013 PENDIDIKAN ISLAM

Mengabulkan DO A Hamba-Nya

Berkahilah untuk ku dalam segala sesuatu yang Engkau keruniakan. Lindungilah aku dari keburukannya sesuatu yang telah Engkau pastikan.

BAB IV KONSEP SAKIT. A. Ayat-ayat al-qur`an. 1. QS. Al-Baqarah [2]:

Antara Contoh Isi Kandungan BPMG ( Tajwid )

ISLAM dan DEMOKRASI (1)

ISI KANDUNGAN ABSTRAK PENGHARGAAN SENARAI RINGKASAN JADUAL TRANSLITERASI SENARAI JADUAL BAB : PENDAHULUAN. 1 Pendahuluan 1. 2 Latar Belakang Kajian 1

BAB 5 : PENUTUP. Al-Khatib al-shirbini adalah seorang yang faqih dalam mazhab al-shafi i dan

Parlindungan Simbolon

Post

BAB I PENDAHULUAN. Sehubungan dengan itu Allah Swt berfirman dalam Alquran surah At-Tahrim

BAB ENAM RUMUSAN, CADANGAN DAN PENUTUP

ULASAN BUKU. Hasmidar Hassan, 2011, Kata Hubung Dan dan Tetapi dari Sudut Pragmatik, 201 halaman, ISBN

KOMPETENSI DASAR: INDIKATOR:

IMAM / BILAL BERTUGAS USTAZ ASWANZIE ABBYD BIN ZAINAL ABIDIN USTAZ MUHAMMAD ALI BIN JANAS MUAZZIN/BILAL KHATIB /IMAM

BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN

BAB PERTAMA: PENDAHULUAN. Arab di seluruh dunia selepas bahasa ibunda masing-masing. Ia dituturkan oleh semua

Iman Kepada Kitab-Kitab Allah Syaikh Dr. Abdul Aziz bin Muhammad Alu Abdul Lathif

SULIT 45/1 SEKTOR PENGURUSAN AKADEMIK JABATAN PELAJARAN NEGERI KELANTAN PENILAIAN MENENGAH RENDAH 2013 MODUL 5 PENDIDIKAN ISLAM. Kertas 1.

Iman Kepada KITAB-KITAB

1223/2 SULIT BAHAGIAN PENDIDIKAN ISLAM KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PENDIDIKAN ISLAM SET 5 KERTAS 2 SATU JAM EMPAT PULUH MINIT

BAB I PENDAHULUAN. lingkungan masyarakat adalah orang-orang dewasa, orang-orang yang. dan para pemimpin formal maupun informal.

CARA PRAKTIS UNTUK MENGHAFAL AL-QUR AN

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الا نبياء والمرسلين :و على آله وصحبه اجمعين. أما بعد

MENGIKUT JAMAAH MUSLIMIN

Rancangan Pengajaran Harian (KSSR) Tahun 4

BAB 5: KESIMPULAN, CADANGAN DAN PENUTUP. pembelajaran bahasa Arab di Malaysia masih memerlukan kajian lanjutan. Ini kerana

BAB I PENDAHULUAN. Jika dibanding dengan makhluk lainnya, manusia adalah makhluk Tuhan

BAB KEENAM RUMUSAN, CADANGAN DAN PENUTUP

BAB IV ANALISIS METODE ISTINBA<T} HUKUM FATWA MUI TENTANG JUAL BELI EMAS SECARA TIDAK TUNAI

Materi Halaqah Tarbawiyah Tamhidi TAFSIR SURAT AL-IKHLAS. Oleh: Abdul Aziz Abdul Wahid, Lc.

Tafsir Depag RI : QS Al Baqarah 284

بسم اهلل الرحمن الرحيم

BAB V PENUTUP. rumusan dan cadangan daripada penulis setelah melalui pelbagai proses pembelajaran,

KETIDAKSEPADANAN TERJEMAHAN KATA GANTI NAMA DIRI DALAM SURAH AL-SYU ARAA

BAB I PENDAHULUAN. dapat dikatakan sebagai kunci ilmu pengetahuan adalah mata pelajaran bahasa

BAB LIMA: RUMUSAN DAN CADANGAN. Di dalam bab ini, penyelidik merumuskan dapatan kajian yang dihuraikan menerusi

BAB LIMA RUMUSAN DAN CADANGAN. Bab ini merupakan penutup bagi kajian yang dijalankan. Ia membincangkan hasil

BAB SATU PENGENALAN. 1.0 Pendahuluan. Istilah merupakan perkataan atau paduan perkataan-perkataan yang

AL QUR AN SEBAGAI PEDOMAN BAGI MANUSIA

BAB VI RUMUSAN DAN CADANGAN. Dalam bab ini penulis akan merumuskan hasil dapatan kajian yang dilakukan sepanjang

BAB I PENGENALAN. Sejarah pendidikan bahasa Arab di Malaysia telah mula semenjak awal abad ke-19

Penyelia Buku log 20. Supervision 10 Pemeriksa Dalaman Pembentangan 30 Laporan 10 JUMLAH

Khutbah Pertama. Jamaah Jum'at yang dirahmati Allah.

BAB I PENDAHULUAN. A. Latar Belakang Masalah. Al-Qur an merupakan kitab suci umat Islam yang berisi firman Allah

KANDUNGAN. Prakata Transliterasi

KRITERIA MASLAHAT. FATWA MAJELIS ULAMA INDONESIA Nomor: 6/MUNAS VII/MUI/10/2005 Tentang KRITERIA MASLAHAT

BAB I PENDAHULUAN. dipengaruhi oleh pendidikan formal informal dan non-formal. Penerapan

1223/2 SULIT BAHAGIAN PENDIDIKAN ISLAM KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PENDIDIKAN ISLAM SET 3 KERTAS 2 SATU JAM EMPAT PULUH MINIT

Transkripsi:

BAB 1 PENGENALAN 1.1 PENDAHULUAN Al-Quran diturunkan oleh Allah s.w.t sebagai mukjizat kepada Nabi Muhammad s.a.w sehingga akhir zaman. Al-Quran juga merupakan rujukan penting nahu bahasa Arab oleh para ulama nahu. Al-Quran mengandungi ayat-ayat yang fasih yang tidak dapat ditandingi oleh mana-mana manusia mahupun jin. Firman Allah : الل ه د ون م ن ش ه د اءك م و اد ع وا م ث ل ه م ن ب س ور ة ف ا ت وا ع ب د ن ا ع ل ى ن ز ل ن ا م م ا ر ي ب ف ي ك نت م و ا ن ك ن ت م ا ن 1 ص اد ق ين Terjemahan : Dan kalau kamu ada menaruh syak tentang apa yang Kami turunkan (al-quran) kepada hamba kami (Muhammad), maka cubalah buat dan datangkanlah satu surah yang sebanding dengan al-quran itu, dan panggillah orang-orang yang kamu percaya boleh menolong kamu selain dari Allah, jika betul kamu orang-orang yang benar. Objektif utama mempelajari bahasa Arab adalah untuk memahami isi al-quran. Asas mempelajari bahasa Arab memerlukan pemahaman yang mantap tentang asas-asas bahasa Arab dari aspek sintakis dan morfologi. Penguasaan kedua-dua aspek ini memerlukan kesungguhan dan ketekunan yang tinggi untuk menjadikan seseorang pelajar itu mampu berkomunikasi dengan baik dan memahami teks dengan betul. 1 Surah al-baqaraṯ ayat 23 1

1.2 PERMASALAHAN KAJIAN Ayat penafian di dalam bahasa Arab amat meluas penggunaannya di samping ayat tanpa penafian. Untuk memahami konsep frasa penafian dengan betul, kita perlu tahu tentang makna dan fungsi setiap huruf nafi dengan betul dan tepat. Terdapat banyak huruf nafi digunakan dalam bahasa Arab berbanding dengan perkataan nafi yang digunakan dalam bahasa Melayu. Satu-satu huruf nafi mempunyai maksud yang berbeza jika digunakan dalam ayat. Bahasa Arab merupakan bahasa yang unik dan kaya dari aspek perbendaharaan kata, ayat mahupun uslub. Kepelbagaian penggunaan huruf nafi juga menggambarkan keunikan bahasa dan maksud yang hendak disampaikan. Pemahaman terhadap bahasa Arab atau lebih penting ialah pemahaman terhadap isi kandungan al-quran akan tersasar. Satu penjelasan tentang penggunaan satu-satu huruf ini dalam ayat perlu dilakukan. Dalam hal ini, al-quran dijadikan rujukan utama untuk mengenali dan memahami setiap huruf nafi termasuk penggunaannya menurut nahu bahasa Arab. Kepelbagaian penggunaan huruf nafi dalam al-quran telah menjelaskan fungsi dan maknanya. Kesalahan penggunaannya dengan tepat akan memberi kesan kepada makna sesuatu ayat. Kajian yang lebih mendalam perlu untuk melihat penggunaannya bertepatan selaras dengan fungsi dan makna sesuatu huruf nafi. 1.3 SEBAB-SEBAB PEMILIHAN TAJUK Pengetahuan tentang gaya bahasa meliputi pengetahuan tentang pola, frasa serta laras ayat yang berbagai jenis, yang menerangkan pelbagai makna. Kenyataan ini telah mendorong penulis untuk memilih tajuk ini atas beberapa faktor, antaranya : 2

1. Kajian mengenai frasa penafian masih belum dibahaskan. Perbahasan berkaitan frasa penafian bertujuan memperbetulkan kefahaman tentang penggunaan huruf nafi. 2. Setiap huruf ini mempunyai makna dan fungsi yang tertentu. Kesilapan penggunaan huruf ini dengan betul akan mengubah maksud dan tujuan sesuatu ayat. Kajian yang teliti dan mendalam perlu dijalankan bagi mengelakkan kesilapan. 3. Gaya bahasa penafian yang digunakan dengan meluas dalam al-quran memerlukan pengkajian dan perbahasan mendalam kerana ia akan menjelaskan penggunaan sesuatu huruf nafi dan memperlihatkan kekuatan gaya bahasa itu. Penulis memilih surah al-anʻa:m untuk dijadikan surah kajian berdasarkan beberapa faktor yang boleh disimpulkan seperti berikut : 1. Surah ini merupakan antara surah-surah yang panjang dalam al-quran. Pengkajian huruf nafi memerlukan perbandingan data yang banyak untuk menunjukkan kesahan teori yang diutarakan. Memandangkan surah ini mengandungi 165 ayat dan terkandung didalamnya 126 kali penggunaan huruf nafi maka jumlah ini sedikit sebanyak akan menunjukkan kesesuaian dan ketepatan penggunaan huruf ini dalam bahasa Arab. 2. Surah ini masih kurang diterokai oleh pengkaji tempatan terutamanya dalam pengkajian bidang bahasa dan linguistik. 3. Surah ini merupakan suatu surah yang mengandungi banyak ayat yang menyangkal dan menafikan dakwaan kaum musyrikin Mekah dan kaum Yahudi mengenai pendustaan dan pembohongan mereka terhadap Allah serta dakwaan-dakwaan yang palsu tentang kenabian dan kerasulan Nabi Muhammad s.a.w. 3

1.4 KEPENTINGAN KAJIAN Berdasarkan kepada pengamatan, kajian sebegini amat perlu dilaksanakan dan diteruskan usaha murni ini pada masa akan ini. Antara sebab-sebabnya ialah : i. Kajian yang berkaitan dengan huruf nafi dalam bahasa Arab masih kurang diterokai oleh sarjana tempatan secara terperinci dan mendalam dengan memberikan tumpuan utama terhadap al-quran. ii. Kajian ini pada prinsipnya memberi gambaran lengkap dan sempurna berhubung dengan fungsi sesuatu huruf nafi di dalam al-quran dan kepentingannya dalam bahasa Arab. iii. Meningkatkan daya kefahaman dan ketakjuban terhadap al-quran. Sejajar dengan itu, ia dapat memantapkan keimanan. Ini kerana pemahaman terhadap fungsi sesuatu huruf nafi berupaya menyampaikan mesej atau kenyataan yang lebih jelas, mantap dan tegas yang pasti akan memberi kesan mendalam di dalam hati pendengar atau pembaca. iv. Pemilihan surah al-anʻa:m untuk dijadikan bahan kajian dan analisis kerana surah ini masih kurang diterokai dari sudut sintaksis. Surah al- Anʻa:m antara 7 surah yang panjang serta hampir mempunyai kesemua penggunaan huruf nafi yang akan dibincangkan. Tambahan pula surah ini banyak menyebut tentang ketauhidan dan keesaan Allah yang menafikan tuduhan palsu terhadap Allah s.w.t. oleh kaum Yahudi dan kaum Musyrikin Mekah. 4

1.5 OBJEKTIF KAJIAN Antara objektif kajian dijalankan ialah : i. Memperkenalkan konsep gaya bahasa penafian dengan cara yang lebih jelas dan sistematik. ii. Mengenalpasti gaya bahasa penafian yang terdapat dalam surah al-anʻa:m yang merupakan sebahagian dari gaya bahasa yang digunakan di dalam al- Quran al-karim. iii. Menjelaskan makna dan fungsi huruf nafi yang terkandung di dalam surah ini. 1.6 SKOP KAJIAN Sesuatu penyelidikan yang bakal dijalankan mempunyai had sempadan yang tertentu. Ini bertujuan melicinkan proses kajian yang dilaksanakan serta membantu menjayakan motif yang dituju. Kajian ini hanya tertumpu kepada penganalisisan gaya bahasa penafian dalam surah al- Anʻa:m yang menggunakan huruf nafi : 1 لا - لا ت - م ا - ا ن - ل م - ل م ا ل ن Satu tinjauan khusus terhadap ayat penafian di dalam surah al-anʻa:m akan dianalisis. Pelbagai aspek diberi penekanan antaranya ialah jenis penggunaan huruf nafi yang terdapat dalam frasa penafian, perubahan makna sesuatu huruf nafi dan skop perbahasan menggunakannya. 1 Al-Bala:ghaṯ al-ʻarabiyaṯ : Ususuha: wa Ulu:muha: wa Funu:nuha: hlm 203 5

1.7 BIDANG KAJIAN Oleh kerana bidang yang dikaji merupakan bidang linguistik deskriptif 1 ia akan meliputi beberapa bidang kajian perlu diberi perhatian termasuk bidang-bidang yang berikut : 1. Sintaksis Fokus kajian yang paling penting adalah dalam bidang sintaksis 2. Sebahagian besar kajian ini tertumpu kepada penggunaan huruf nafi sambil melihat kepada perubahan pola ayat dari aspek kasus dan makna. Ia perlu diberi perhatian yang teliti supaya kajian tidak tersasar dari objektif kajian yang asal. 2. Morphologi Kajian serba sedikit akan menyentuh bidang morfologi 3 untuk mengetahui tentang sesuatu huruf samada asal atau gabungan dari dua huruf. Perbincangan dalam bidang ini tidak akan disentuh secara langsung malah ia akan dibincangkan jika perlu. 3. Semantik Bidang semantik tidak kurang pentingnya dalam kajian tetapi ia bukanlah merupakan tujuan kajian. Apabila kajian tertumpu kepada bidang sintaksis maka ia tidak dapat lari dari apa yang berlaku terhadap makna sesuatu ayat sama ada yang tersurat dan yang tersirat. Setiap perubahan yang berlaku ke atas perkataan akan memberi impak yang besar kepada makna, begitu juga halnya jika berlaku perubahan ke atas struktur ayat. 1 Teori Bahasa, Implikasinya Terhadap Pengajaran Bahasa hlm 40 2 Linguistik Am hlm 151 3 Linguistik Am hlm 117 6

1.8 KAJIAN LAMPAU Tugas dan peranan huruf tidak boleh dipandang ringan walaupun ia merupakan satu unsur yang kecil dalam bahasa Arab. Ia sebenarnya mempunyai tugas yang amat penting dalam menentukan makna sesuatu ayat bertepatan dengan fungsi penggunaannya. Setiap ayat yang didasari dengan apa sahaja ikatan huruf akan membentuk kefahaman kepada maksud yang ingin disampaikan. Berasaskan kepentingan inilah, maka kajian ini dilakukan untuk menerangkan konsep ayat penafian dalam struktur yang tepat sesuatu ayat secara amnya di dalam al-quran dan surah al-anʻa:m secara khususnya. Di dalam penerokaan perkembangan kajian lampau, pengkaji mendapati tajuk dan persoalan kajian ini masih belum dijadikan tajuk oleh para pengkaji dari Fakulti Bahasa dan Linguistik Universiti Malaya malah tajuk yang berkaitan dengan frasa penafian ini, terutamanya berkaitan dengan pola frasa penafian serta fungsi huruf nafi dan makna di dalam surah-surah al-quran. Berikut ialah tajuk-tajuk disertasi dan sinopsis kajian terdahulu yang berkaitan dengan frasa dan huruf : 1. Analisis Gaya Bahasa Doa : Satu Kajian Deskriptif Di Dalam Al-Qur'an oleh Saipol Barin bin Ramli. Kajian ini bertujuan meninjau dan memperkenalkan gaya bahasa doa untuk menyingkap pengertian hikmah serta mukjizat gaya bahasa doa dalam al- Quran. Perbincaangan gaya bahasa ini mengambil kira teori berkaitan dengan permasalahan gaya bahasa, perbandingan dan pengaruh bahasa ke dalam bahasa lain. Kajian ini ini lebih kepada memperkenalkan konsep gaya bahasa doa serta bentuknya. 7

2. Struktur Ayat Di Dalam Nahu Arab : Analisis Penggunaan Al-Nawasikh Di Dalam Karya Al-Manfalutiy oleh Syed Shahridzan Syed Mohamed. Kajian ini membahaskan tentang ayat dari sudut definisi, rukun, jenis dan struktur ayat sama ada kekal atau berubah berdasarkan kaedah sintaksis. 3. Huruf Jarr Dalam Al-Quran : Satu Kajian Nahu Dan Makna oleh Ahmad Rushaidi bin Abdul Hamid. Kajian bertujuan membincangkan kepentingan semantik huruf jarr dalam pembentukan ayat yang sempurna. Kajian ini dilakukan untuk menerangkan asas-asas yang digunakan di dalam penentuan makna di dalam struktur ayat bahasa Arab. Perbincangan tertumpu pada pendefinasian, fungsi, bilangan dan pembahagian huruf jarr dari pandangan ahli linguistik dan perbahasan ahli tafsir terhadap semantik huruf jarr. 4. Uslub Istifham Dalam Al-Quran oleh Mohd Sodri bin Abdullah pula membincangkan mengenai bentuk uslub istifham sama ada dengan menggunakan huruf istifham ataupun tidak serta makna-makna yang tersirat di sebalik uslub istifham. 5. Uslub Istifham Dalam Al Quran Satu Analisis Dalam Surah Al-Baqarah oleh Muhamad Farid Wajdi bin Tajudin juga membincangkan tentang gaya bahasa yang istifham dari sudut penggunaannya dalam al-quran serta menyerlahkan kemukjizatannya. Setiap dari kata istifham disentuh dengan mendalam serta diterangkan ciri-ciri penyoal. Kajian ke atas surah al-baqarah bertujuan menganalisis unsur balaghah yang terdapat dalam ayat. Tinjauan juga mendapati para sarjana Arab muta akkhhir seperti Faḍl Ḥassan ʻAbba:s, Ibnu al-anba:riy, Al-Syeikh Muṣṭafa: Ghala:yiniy dan juga ulama nahu yang terdahulu seperti al-sayu:ṭiy dan Ibnu Jinni telah membincangkan tentang huruf nafi dalam bahasa Arab dan penggunaannya dari segi sintaksis dan gaya bahasa yang sedang digunapakai 8

oleh orang Arab serta mengambil contoh-contoh dari al-quran sebagai hujah untuk menyokong pendapat mereka tentang satu-satu huruf nafi di samping meletakkan pendapat dan pertikaian antara para ulama nahu. Namun pengkajian secara analisis terhadap ayat penafian akan disentuh secara khusus. Keadaan ini disebabkan oleh beberapa sebab yang akan dibincangkan di dalam disertasi nanti. 1.9 METODOLOGI KAJIAN Beberapa kaedah telah digarapkan untuk menghasilkan satu kajian yang cemerlang dari segi persembahan dan isi kajiannya. Ianya amat perlu supaya hasil kajian tidak tersasar daripada motif yang sebenar. Bahan kajian adalah terdiri daripada kitab suci al-quran menurut bacaan Ḥafṣ bin A:ṣim dengan aturan penulisan Rasm Uthma:niy. Fokus utama tertumpu kepada pemakaian huruf nafi yang terdapat dalam surah al-anʻa:m. Antara metodologi yang akan digunakan dalam kajian ialah : 1. Pengumpulan Dalam usaha untuk mengumpul data-data serta maklumat penting untuk bahan kajian penyelidikan ini, metod dokumentasi akan digunakan agar maklumat terkumpul itu tepat dan sempurna. Pengkaji akan mendapatkan keterangan dengan meneliti dokumen-dokumen berkaitan dengan masalah yang dikaji. Dokumen itu ialah sumber bertulis yang dapat memberi pelbagai keterangan sama ada berbentuk catatan, laporan, penyelidikan, jurnal, kertas kerja dan sebagainya. Sumber dokumen yang diutamakan ialah kitab suci al-quran serta 9

kitab-kitab tafsir dan kitab-kitab nahu bahasa Arab sama ada karya ulama terdahulu atau sekarang. 2. Cara pemilihan Korpus Al-Quran dipilih untuk dijadikan bahan kajian serta mengeneralisasikan segala teori yang telah dinyatakan. Al-Quran terpilih kerana ia merupakan sebab utama tercetusnya ilmu tatabahasa Arab yang menjaga fleksinya daripada berlaku kesilapan baris. Pada peringkat permulaan, kesemua ayat yang terdapat dalam surah al-anʻa:m dibaca sepintas lalu bagi mencari korpus khusus yang bertepatan dan bersesuaian dengan kajian yang bakal dijalankan. 3. Cara Menganalisis Data Bagi tujuan menganalisis data dan maklumat yang diperolehi, beberapa kaedah digunakan. Antaranya ialah : i. Metod Induktif Bagi memenuhi kajian ini, data-data yang dikumpulkan kebanyakannya bersifat sekunder yang berupa teori dan fakta hasil penemuan ulama terdahulu. Teori-teori ini difahami dan diteliti sebelum digeneralisasikan ke atas al-quran. Segala frasa penafian disenaraikan satu persatu. Setiap terjemahan yang diberikan adalah terjemahan asal yang dipetik secara langsung dari kitab Tafsir Pimpinan Al-Rahman Kepada Pengertian al-quran hasil 10

terjemahan Sheikh Abdullah Basmeih yang dikeluarkan oleh Jabatatan Perdana Menteri. ii. Metod Deduktif Ia mempunyai makna yang berlawanan dengan metod induktif. Pendekatan ini adalah dengan mengemukakan suatu kaedah yang disusuli selepasnya dengan menyatakan bukti-bukti yang mempertahankan dan membenarkan kenyataan yang dikemukakan itu. iii. Metod Komparatif Kaedah ini digunakan ketika membuat kesimpulan dengan melakukan perbandingan terhadap data-data yang diperolehi. 1.10 RANGKA KAJIAN Untuk memudahkan setiap disertasi ini difahami dengan jelas, penulis membahagikan disertasi kepada lima bab. Dalam setiap bab perbincangan-perbincangan terperinci diterangkan seperti berikut : Bab Satu Dalam bab ini diterangkan tentang pendahuluan, sebab-sebab pemilihan tajuk, permasalahan kajian, objektif kajian, kepentingan kajian, skop kajian, metodologi kajian, sumbangan kajian, kajian lampau dan rangka kajian. 11

Bab Dua Perbahasan ulama nahu tentang teori huruf nafi dalam bahasa Arab. Perbahasan tertumpu kepada huruf nafi yang terdapat dalam bahasa Arab berkenaan fungsi dan makna. Bab Tiga Pola ayat penafian dalam bahasa Arab. Perbincangan tertumpu kepada definisi serta pandangan ulama terdahulu dan masa kini tentang gaya bahasa disamping penekanan terhadap objektif pembentukan frasa samada frasa tanpa penafian atau frasa penafian. Bab Empat Frasa Penafian dalam surah al-an a:m. Surah al-an a:m akan dibincangkan secara umum untuk memahami ayat-ayatnya kemudian frasa penafian akan disenaraikan dan dibincangkan secara terperinci. Bab Lima Kesimpulan kepada keseluruhan perbincangan dan analisis yang telah dijalankan termasuk cadangan-cadangan tentang penulisan yang berkaitan bidang sintaksis. 12