DIMENSIKOOP WANG. Uruslah dengan Bijak. Nurul Aini Muhammad Sektor Pelancongan, Penjagaan Diri dan Kesihatan. BIL.

dokumen-dokumen yang mirip
MODUL 10: KESIMPULAN. Isi Kandungan Pengenalan Rumusan Buku Kerja Asas Perancangan Kewangan Soalan penilaian

MODUL 6: HUTANG KAWAN ATAU LAWAN? Isi Kandungan. 6.0 Pengenalan. 6.1 Definisi dan tujuan pinjaman. 6.2 Sumber-sumber dan jenis-jenis pinjaman

Kawalan PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN

Kandungan. Perancangan kewangan. Simpanan. Melabur wang anda. Mendapatkan produk kewangan. Pinjaman dan kad kredit. Melindungi wang anda

Tingkatan 4 Bab 2: Pendapatan Dan Penggunaan Pendapatan Individu

Diterbitkan oleh: AKPK_HB_BM_FA.indb 1 2/25/11 11:47:07 AM

Diterbitkan oleh: AKPK_HB_BM_FA.indb 1 2/25/11 11:47:07 AM

Pengaruh Gaya Hidup Pelajar Kejuruteraan di Kolej Kediaman UTM Terhadap Pencapaian Akademik

Diterbitkan oleh: AKPK_HB_BM_FA.indb 1 2/25/11 11:47:07 AM

MODUL 101 (B) ASAS PERANCANGAN KEWANGAN

MODUL PENINGKATAN PRESTASI AKADEMIK PENILAIAN MENENGAH RENDAH 2013

Aliran Tunai Pembelanjawan Modal

Pengurusan Kewangan Peribadi

Perancangan Kewangan PENGENALAN 9.1 PERANCANGAN KEWANGAN HASIL PEMBELAJARAN SEMAK KENDIRI 9.1

PENDIDIKAN ASAS KEWANGAN

(TUGASAN INDIVIDU: PENYALAHGUNAAN LORONG KECEMASAN DI MALAYSIA)

Giro Takaful Asas. Perlindungan Takaful yang MENINGKAT bersama anda BSNMalaysia

Diterbitkan oleh: AKPK_HB_BM_FA.indb 1 2/25/11 11:47:07 AM

Celik Wang Pengurusan Wang Secara Bijak. Diterbitkan oleh: Not To Be Reproduced

BAB EMPAT KESIMPULAN DAN CADANGAN. tradisi dalam kalangan masyarakat Islam pada umumnya. Oleh kerana itu, amalan

Berapakah sebenarnya hutang PTPTN yang perlu ditanggung oleh kerajaan sekiranya pinjaman PTPTN dihapuskan?

1.0 PENDAHULUAN. ini dijalankan di SKBC dalam tempoh masa selama tiga bulan semasa saya

pengurusan wang ringgit anda Diterbitkan oleh: Not To Be Reproduced

Model Pengurusan Strategik

BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN

Tabung Pendidikan Jamin Masa Depan Anak BH, 1 Oktober 2015

BAGAIMANA MENGORAK LANGKAH PERTAMA KE ARAH KEJAYAAN

BAB 2 : PENDAPATAN DAN PENGGUNAAN PENDAPATAN INDIVIDU

SMK TUN TUAH PENYELIDIKAN DAN KONSULTASI SESI 2010/2011 KERTAS CADANGAN UNTUK MENGKAJI :

BAB LIMA KESIMPULAN. perbahasan dan laporan analisis kajian yang telah dijalankan daripada bab-bab sebelum ini.

Kenapa membeli insurans atau menyertai skim takaful? Apakah jenis produk insurans/ takaful yang saya perlukan?

BAB KEENAM PENUTUP. Bab ini menyimpulkan semua permasalahan kajian iaitu menjelaskan perbandingan

Cabaran dalam Menjaga Kanak-kanak Berkeperluan Khas. Erica Lovel

Mengenali Kelemahan Perilaku Pelabur: Semuanya Mainan Fikiran

PENGURUSAN BAJET 1.0 DEFINISI

BAB 5 PENUTUP. Mahar merupakan harta berharga dan bermanfaat yang wajib diberikan oleh suami

Mempertingkatkan Kemahiran Membaca Di Kalangan Murid Tahun Dua Melalui Kaedah Stesen

PRUguard my family. Pelan perlindungan lengkap direka untuk anda sekeluarga. Strategic Alliance. Sentiasa Mendengar. Sentiasa Memahami.

Tahukah anda? DIMENSIKOOP

PERANAN GURU BIASA DALAM MEMBANTU PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING DI SEKOLAH

Penjamin PINJAMAN ANDA. Penjamin. Program pendidikan pengguna oleh:


Amanah Saham Panduan Pelabur

BAB 2 : PENDAPATAN DAN PENGGUNAAN PENDAPATAN INDIVIDU SPM2004/A/S2. (a) Jenis-jenis pendapatan individu:

10.0 RUMUSAN DAN REFLEKSI

SULIT 3757/1 SKEMA JAWAPAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2010 EKONOMI ASAS KERTAS 1

LAPORAN AKHIR HHHC9301 PENGURUSAN MAKLUMAT & PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT (SET 5) PROGRAM UKM FLY HIGH AUSTRALIA

MODUL 202 (A) MEMBINA TABUNG PENDIDIKAN

PRUvantage. Jangan sia-siakan simpanan anda. Perolehi pulangan terjamin dan perlindungan daripadanya.

Nikmati detik indah bersama keluarga dan keupayaan untuk melindungi mereka.

Panduan Kerja Kursus Prinsip Perakaunan Tingkatan 5 (April Mei 2012) Huraian Senarai dan Catatan Pelarasan.

Pengenalan kepada Ekonomi

Tatakelakuan. Pembekal

PRUretirement growth PERSARAAN. Kami kini mempunyai pendapatan terjamin untuk kesenangan selepas bersara.

3756/1 PRINSIP AKAUN

Diterbitkan oleh: AKPK_HB_BM_FA.indb 1 2/25/11 11:47:07 AM

ARAHAN: ( )

VERSI-1/04/01/2017/CIP/T&C/BM. Terma dan Syarat Pelan Ansuran Tunai Melalui Panggilan Telefon ( CIP ) AFFINBANK

Cek Tak Laku AKAUN ANDA DAN PERKHIDMATAN. Cek Tak Laku. Program pendidikan pengguna oleh:

KETAGIHAN INTERNET SATU PENYAKIT MENTAL? Ketahuilah sama ada anda seorang penagih internet atau tidak. Oleh Redy Jeffry Mohamad Ramli

BAB 6 RINGKASAN, IMPLIKASI DAN KESIMPULAN. Bab ini membincangkan tentang ringkasan, implikasi kajian, cadangan kajian

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Latar Belakang Kajian

ULASAN BUKU PENGENALAN

Kandungan. Apakah perbankan Islam? Perbankan Islam di Malaysia. Pematuhan prinsip Syariah Konsep Syariah dalam perbankan Islam. Soalan Lazim.

BAB 5: KESIMPULAN, CADANGAN DAN PENUTUP. pembelajaran bahasa Arab di Malaysia masih memerlukan kajian lanjutan. Ini kerana

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

Permohonan Untuk Melantik/Melantik Semula Anggota Lembaga Koperasi

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

Pengenalan kepada Kewangan

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

15 HARTANAH DALAM PEMBINAAN DAN UNTUK DIJUAL Kumpulan

KOPERASI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN MELAYU PAHANG TIMUR BERHAD

BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BESAR dan kecil. Oleh. Zailan Bin Jeman Sekolah Kebangsaan Tarat, Serian, Sarawak. Abstrak

BAHAGIAN A 30 markah. 1. Bidang perguruan merupakan satu profesion kerana mempunyai ciri-ciri berikut kecuali

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

PROGRAM PINJAMAN LATIHAN KEMAHIRAN KEPADA GOLONGAN PEKERJA

PRINSIP PENILAIAN PERBELANJAAN AWAM

SKIM PERSARAAN SWASTA PRIVATE RETIREMENT SCHEMES (PRS)

LAPORAN PENILAIAN PRESTASI PEGAWAI KUMPULAN PENGURUSAN TERTINGGI JAWATAN UTAMA (JUSA) Tahun. Bulan Pergerakan Gaji:...

BAB VI RUMUSAN DAN CADANGAN. Dalam bab ini penulis akan merumuskan hasil dapatan kajian yang dilakukan sepanjang

10.1 PERANCANGAN DAN KITAR KAWALAN

12 SOALAN Yang Wajib Ditanya Sebelum BERHUTANG!

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

JPA.BK (S) 230/ 19 Jld.3 ( 26 ) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2011

BAB 1 LATAR BELAKANG KAJIAN

Mengurus Inflasi. oleh Dr Zulkiply Omar. Fello Penyelidik Kanan. Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) 1

Elitelink Pilih perlindungan paling bersesuaian dengan gaya hidup anda dan kemewahan berterusan.

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan Projek

JUP 201/3 Pengurusan Kejuruteraan I

BAB 2 BAJET Di peringkat Universiti, pengurusan bajet meliputi proses penyediaan bajet, pengagihan peruntukan dan kawalan perbelanjaan.

BAB LIMA PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN. bertujuan untuk meningkatkan lagi penguasaan bahasa Arab khususnya dalam

Terma-terma dan Syarat-syarat 0% Easy Pay CIMB

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN. langkah-langkah yang akan dilaksanakan dalam proses pengumpulan data

SKIMA PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2007 EKONOMI ASAS KERTAS 2 (3747/2)

Khidmat Masyarakat dalam. Kegiatan Kokurikulum PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN

BAB 1 PENGENALAN. 1.8 Pengenalan Projek

Transkripsi:

WANG Uruslah dengan Bijak Nurul Aini Muhammad aini@mkm.edu.my Sektor Pelancongan, Penjagaan Diri dan Kesihatan. 16

Pengenalan Kemahiran menguruskan wang, sama seperti kemahiran menjadi ibu bapa tidak diajar di sekolah-sekolah mahupun universiti. Sedangkan kita mula menguruskan wang sendiri sepenuhnya sejak memperoleh pendapatan sendiri sehinggalah kita meninggal dunia. Kita sedia maklum, setiap individu inginkan keselesaan dalam kedudukan kewangan mereka. Jika ditanya kepada semua orang di sekeliling kita, tidak mungkin ada antara mereka yang tidak mahu wang yang banyak. Pasti semuanya mengimpikan wang berjuta dan pelbagai impian-impian lain yang akan hadir bersama. Dalam kehidupan dewasa, kita semua melalui pelbagai peringkat, daripada memulakan kerjaya sehingga bersara, daripada seorang bujang sehingga berkahwin, mempunyai anak dan kadangkala membujang kembali. Dalam pelbagai fasa kehidupan, kita mempunyai keutamaan, tanggungjawab dan matlamat kewangan yang berbeza-beza. 17

Oleh itu, untuk mencapainya seseorang itu perlulah mempunyai suatu sistem perancangan pengurusan kewangan yang berkesan agar perbelanjaan dapat diuruskan dengan baik. Jika pendapatan seseorang diuruskan dengan baik, maka kedudukan kewangan pasti akan berada dalam keadaan yang stabil. Kebolehan menguruskan kewangan dengan bijak merupakan satu kemahiran yang penting supaya individu boleh berbelanja mengikut kemampuan dan mencapai matlamat kewangan yang diingini. Setiap individu perlu mengawal kewangan meskipun tidak mempunyai masalah kewangan. Cara seseorang menggunakan wang pada hari ini akan memberi kesan terhadap cara hidupnya pada masa akan datang. Tambahan pula, terdapat kemungkinan kita akan menghadapi masalah kewangan akibat peristiwa di luar kawalan seperti mendapat penyakit, kehilangan sumber pendapatan dan kecemasan keluarga yang hanya dapat diselesaikan dengan wang. Bagi yang tidak bijak menguruskan wang, mereka mungkin akan menjadi muflis. Kebanyakan golongan yang menjadi muflis adalah golongan belia di antara umur 20 hingga 30 tahun, manakala golongan lelaki peratusannya adalah lebih tinggi berbanding wanita. Peratusan kaum melayu yang mufl is pula berada pada tahap yang membimbangkan iaitu 51 peratus. Hal ini disebabkan tiada teknik yang betul dalam mengurus dan merancang kewangan. Secara purata, setiap hari dianggarkan terdapat 14 orang diisytiharkan muflis di negara ini. Ini berlaku kerana sikap suka berbelanja melebihi pendapatan. Sejumlah 122, 169 orang rakyat Malaysia diisytiharkan mufl is sejak tahun 1997 hingga tahun 2004. Perangkaan Jabatan Insolvensi Malaysia (MDI) dari tahun 2005 hingga tahun lepas menunjukkan seramai 243, 823 orang diisytiharkan muflis. Sebanyak 57 peratus daripadanya berusia di bawah 45 tahun. Oleh itu, satu kaedah sistematik diperlukan bagi menguruskan kewangan. Cara yang mudah adalah dengan mengikuti langkahlangkah ringkas dan mudah untuk dipraktikkan oleh segenap lapisan masyarakat, terutamanya golongan pelajar dan pekerja. Bagaimana Masalah Kewangan Boleh Berlaku? Adalah mudah untuk berbelanja secara berlebihan. Pelbagai barangan sentiasa dipasarkan di TV, papan iklan, Internet, majalah dan akhbar. Pada asasnya, perbelanjaan bergantung kepada kita sama ada dapat mengawal diri daripda terpengaruh dengan iklan-iklan tersebut. Ramai dalam kalangan kita seringkali membeli secara terus iaitu melakukan pembelian tanpa berfi Kir sama ada barangan yang hendak dibeli itu satu keperluan atau kehendak. Sikap masyarakat yang tidak membuat sebarang perancangan semasa membuat pembelian terutamanya semasa musim perayaan dan jualan murah akan mengakibatkan masyarakat berbelanja melebihi kemampuan dan membeli barangan yang tidak perlu sehingga mendatangkan pembaziran. Hal ini kerana barangan tersebut mungkin sekadar untuk digunakan pada masa-masa tertentu sahaja seperti pada musim perayaan, hari keramaian dan sebagainya. Masalah kewangan juga boleh berpunca daripada ketidakstabilan kewangan yang menyebabkan individu tertentu terdorong untuk meminjam wang daripada pihak tertentu. Keperluan kewangan yang mendesak akan berlaku apabila seseorang itu ingin menyambung pelajaran, berkahwin, membeli aset tetap seperti rumah, membayar sewa dan pelbagai lagi. Lebih memburukkan keadaan jika seseorang itu menggunakan jalan mudah dengan meminjam wang daripada pihak yang tidak berdaftar seperti kongsi gelap atau ahlong. Masalah ini akan menjadi 18

lebih rumit apabila kita gagal untuk melangsaikan hutang yang dipinjam di mana secara tidak langsung, masalah ini boleh menyebabkan hubungan kekeluargaan menjadi renggang. Penggunaan kad kredit juga salah satu punca kepada timbulnya masalah kewangan yang berpanjangan jika tidak mahir menguruskannya. Sebenarnya, matlamat penggunaan kad kredit adalah untuk menyenangkan. Pemegang kad kredit tidak perlu lagi membawa banyak wang jika keluar membeli belah, tidak perlu memikirkan tentang wang tunai ketika membuat pembayaran. Selain itu, ianya juga boleh mengurangkan risiko kehilangan wang tunai jika berlaku rompakan, kecurian atau keciciran dompet. Namun, disebalik banyak kebaikan kad kredit terdapat banyak juga keburukan jika menggunakan kad kredit secara berleluasa. Jika ini berlaku, kad kredit bukan dapat menyenangkan kehidupan kita tetapi menambahkan lagi beban hutang kerana perlu membayar kadar faedah yang tinggi. Pengguna tidak sedar akan bahaya penggunaan kad kredit. Walaupun kita nampak penggunaan kad kredit lebih mudah, namun hakikatnya terdapat lebih banyak keburukan. Jika kita mempunyai dua atau tiga kad kredit, sebenarnya ia adalah satu kesilapan dan kita sedang menuju ke arah masalah kewangan. Kesilapan menggunakan kemudahan kad kredit boleh menyebabkan kita menjadi bankrap, kerana kadar faedah bagi hutang tersebut sentiasa naik dan jika kita membayar sedikit sahaja kemungkinan bayaran itu hanya jumlah faedahnya sahaja, tidak termasuk hutang kad kredit yang sebenar. Bayangkan saban bulan kita membayar kad kredit pada kadar minimum, namun jumlah hutang tidak pernah berkurang. Ini semua menunjukkan kita hanya membayar faedah kad kredit semata-mata. Masalah kewangan juga berlaku sekiranya individu tidak mempunyai simpanan. Hal ini berlaku disebabkan individu tidak mengamalkan sikap menabung sejak kecil. Ibu bapa seharusnya memainkan peranan yang penting untuk menyemai sikap menabung dalam diri anak-anak mereka. Selain itu, ibu bapa juga dipertanggungjawabkan untuk memberi kesedaran kepada anakanak mereka tentang kepentingan menabung. Kita tidak akan tahu jenis kecemasan yang bakal terjadi pada masa akan datang, jadi jika tiada simpanan, kita mungkin akan mengalami krisis kewangan. Setiap individu perlu mempunyai sedikit simpanan untuk kegunaan pada masa hadapan. Terdapat juga di kalangan individu yang terlalu bergantung harap kepada orang lain untuk mernyumbangkan wang bagi menguruskan kehidupan harian. Senario ini sering berlaku kepada mereka yang tidak bekerja. Golongan ini akan meminta wang daripada ahli keluarga, sahabat handai mahupun jiran tetangga untuk membeli keperluan seharian tanpa mahu berusaha untuk mendapatkan wang dengan daya usaha atau keringat sendiri. Kesan Masalah Kewangan Masalah kewangan yang melanda seseorang individu boleh menyebabkan individu terbabit sentiasa berada dalam keadaan Sikap masyarakat yang tidak membuat sebarang perancangan semasa membuat pembelian terutamanya semasa musim perayaan dan jualan murah akan mengakibatkan masyarakat berbelanja melebihi kemampuan dan membeli barangan yang tidak perlu sehingga mendatangkan pembaziran. runsing, tertekan dan murung. Perkara ini disebabkan seseorang itu sering ketiadaan wang dan akhirnya boleh membawa kepada banyak gejala sosial yang tidak sihat seperti peras ugut, merompak, mencuri dan lebih serius lagi cenderung untuk membunuh diri. Individu yang mempunyai masalah ini akan memikirkan jalan penyelesaian yang paling cepat. Ini akan menyebabkan mereka berfikiran sempit dan cenderung untuk meminjam daripada pihak yang salah. Contohnya, meminjam daripada kongsi gelap atau institusi kewangan tidak berlesen yang lebih dikenali sebagai ahlong. Peminjam akan dikenakan kadar faedah yang tinggi dan akhirnya peminjam tidak mampu membayar hutang tersebut lalu diburu oleh pemiutang. Individu tersebut akan hidup dalam ketakutan dan keadaan ini boleh mengancam nyawa diri sendiri dan juga ahli keluarga. Kesimpulannya, mereka yang berhutang ini bukan sahaja menyusahkan diri sendiri malah turut mengancam nyawa orang yang tersayang. 19

Sekiranya masalah kewangan berlaku dalam institusi kekeluargaan, semestinya akan menyebabkan timbulnya masalah rumah tangga. Suami isteri akan sering bertengkar kerana sering kesempitan wang untuk menjelaskan pelbagai bil, sewa rumah, membeli keperluan harian dan sebagainya dan akhirnya sehingga boleh membawa kepada kes perceraian. Bagi individu yang sentiasa berhutang terutamanya dengan institusi kewangan seperti bank, jika mereka tidak mampu untuk membuat pembayaran balik maka pihak bank berhak untuk mengisytiharkan muflis kepada golongan ini dan hartanya akan dirampas atau disita. Kebanyakan golongan mufl is merupakan golongan yang gagal menjelaskan hutang kad kredit dan kadar faedah yang tinggi dan akhirnya membawa kepada mufl is. 5 Tip Mudah Urus Kewangan Peribadi Simpan 10% Daripada Pendapatan Hanya 10% sekurang-kurangnya, perlu dipindahkan ke akaun simpanan (Akaun Bebas Kewangan). Wang simpanan ini jangan digunakan dan boleh juga dipanggil hadiah kepada diri sendiri setelah bertungkus lumus bekerja setiap bulan. Kita masih mempunyai 90% lagi yang boleh diagihkan seperti berikut : 10% 50% Akaun Bebas (guna untuk aktiviti yang disukai/hobi contohnya melancong dan sebagainya) Akaun Keperluan (rumah, perbelanjaan bulanan) 10% 10% 10% Akaun Kecemasan, Jangka Panjang Akaun Pendidikan Akaun Pemberian (Contohnya untuk ibu bapa atau kebajikan) Dengan membuat agihan seperti berikut, ia akan membantu kita membuat bajet bulanan. (http:// www.zulpress.com/tip-kewangan/ tip-kewangan-peribadi-tip-cukupduit-gaji/ Bayar Penuh Jumlah Penggunaan Kad Kredit Mempunyai kad kredit bukanlah satu kesalahan, malah banyak juga kebaikannya terutamanya pada zaman sekarang. Tidak perlu membawa tunai yang banyak dan ia lebih selamat. Namun, gunalah ia sebagaimana kita berbelanja secara tunai kerana setiap bulan kita perlu membayar jumlah penuh dan ini mengelakkan kos faedah yang tinggi ke atas baki bayaran bulanan apabila kita membayar jumlah yang minimum sahaja. Kos faedah ini adalah amat mahal, boleh mencapai sehingga 20%. Namun, sekiranya kita bijak, penjimatan juga boleh dinikmati dengan menggunakan kad kredit. Sediakan Bajet dan Buat Perbelanjaan Bulanan Setelah menyediakan akaun dan membuat pembahagian peruntukan kewangan seperti yang dinyatakan, bolehlah kita menyediakan bajet yang lebih terperinci. Melalui bajet, kita akan mendapati terdapat lebihan lagi yang boleh dimasukkan ke Akaun Bebas Kewangan kita. Sekiranya tiada lebihan pula, kita boleh membuat perubahan kepada tahap perbelanjaan bulanan seperti mengurangkan kos-kos tertentu contohnya menggantikan makan di luar dengan makan bersama keluarga di rumah. Buat Senarai Barang Sebelum Membeli Barangan Keperluan Tanpa menyediakan senarai barangan yang hendak dibeli, kemungkinan kita akan berbelanja lebih 30% -50% daripada peruntukan yang sepatutnya, lebih-lebih lagi apabila membeli barangan di hypermarket. Senarai barangan akan membantu kita lebih fokus kepada barangan yang hendak dibeli sahaja. Memahami perbezaan antara keperluan dan kehendak akan memberi kesan yang ketara terhadap tingkah laku perbelanjaan kita dan seterusnya kepada kewangan masa depan. Segala keputusan yang dibuat berhubung dengan keperluan dan kehendak akan memberi kesan kepada bajet dan perbelanjaan bulanan kita. Berbincang dengan Pasangan Tentang Kewangan Bagi yang telah berkeluarga, disarankan agar sentiasa berbincang dengan pasangan tentang kewangan. Ini sangat penting supaya masing-masing faham akan kedudukan kewangan keluarga dan boleh melaksanakan strategi yang sesuai untuk memperbaiki situasi kewangan ke arah yang lebih baik dan selesa. Menetapkan Matlamat Kewangan Dalam mengatur kehidupan yang selesa dan aman, kita memerlukan matlamat atau objektif hidup. Matlamat memberi arah tuju yang 20

membantu kita mencapai kehidupan yang diingini. Tanpa matlamat, kita mungkin terjaga daripada tidur suatu hari dan mula sedar bahawa tahun-tahun terbaik dalam hidup kita sudah berlalu dan kita masih belum mencapai apa-apa. Matlamat kewangan kita akan membantu menentukan dari mana punca pendapatan kita dan untuk apa ia akan dibelanjakan. Semasa menetapkan matlamat kewangan, sila pertimbangkan apa yang menjadi nilai dan kepercayaan dalam hidup kita, adalah sukar untuk menetapkan matlamat kewangan yang memenuhi kehendak kita tanpa mengetahui apa yang betul-betul penting buat diri kita. Dengan memahami nilai dan kepercayaan kita, barulah mudah untuk menetapkan matlamat. Kemudian, matlamat kewangan haruslah ditulis. Tidaklah memadai jika hanya mempunyai matlamat tersebut di dalam fi kiran sahaja. Kemungkinan besar kita akan terlupa atau secara tidak sedar mengubahnya. Dengan menulis matlamat kewangan tersebut, kita boleh meningkatkan peluang untuk mencapainya. Matlamat kewangan hendaklah ditulis secara spesifi k, kemudian dikategorikan kepada matlamat jangka pendek, sederhana dan panjang. Mengapa Perlu Membuat Perancangan Kewangan? Perancangan kewangan adalah tentang menguruskan kedudukan ekonomi atau kewangan seseorang dengan mengambil kira perkaraperkara yang ingin dilakukan dalam hidup seperti menyambung pelajaran, berkahwin, membeli aset seperti kereta dan rumah, merancang untuk mendapat anak serta perancangan pembiayaan pendidikan anak pada masa hadapan. Semua ini perlu difi kirkan agar kita dapat membuat pilihan terbaik dalam menguruskan kewangan. Fikirlah apa yang perlu dan wajar dilakukan, kemudian buatlah keputusan. Langkah-langkah sedemikian merupakan proses yang dikenali sebagai perancangan. Sebaiknya, perancangan kita perlu menjangkau sehingga usia persaraan. Untuk memenuhi hasrat dan impian ini, kita perlu merancang dari segi kewangan. Dalam perancangan kewangan, kita akan melihat bagaimana perlunya menyediakan bajet atau belanjawan, menabung dan membelanjakan wang kita sepanjang masa. Terdapat lima langkah penting dalam proses perancangan kewangan, yang pertama ialah menilai kedudukan kewangan semasa. Kemudian, menetapkan matlamat yang ingin dicapai. Seterusnya, menyediakan pelan kewangan dan melaksanakan pelan tersebut. Terakhir sekali, memantau dan menilai semula Faedah Perancangan Kewangan Dalam setiap fasa kehidupan, kita pasti mempunyai kepentingan, tanggungjawab dan kehendak kewangan yang berbeza antara satu sama lain. Setiap peringkat hidup kita sedari mula kita lahir, kanak-kanak, remaja, meningkat dewasa dan akhirnya menjadi tua semestinya memberikan kita peluang dan cabaran yang berbeza. Ketika kita kanak-kanak, kita sentiasa mengimpikan sesuatu yang hebat dan mewah apabila dewasa kelak. Namun, pada sesetengah orang keadaan itu tidak pernah berlaku kerana kedudukan kewangan semasa ketika sudah bekerja kadang-kadang tidak memungkinkan kita untuk berbelanja mengikut apa yang kita inginkan. Kehidupan kita ketika bersama ibu bapa dan ketika kita hidup sendiri juga sudah tidak sama. Apabila kehidupan kita berubah, maka kehendak dan keperluan kita juga berubah. Dengan adanya 21

Dalam perancangan kewangan, kita akan melihat bagaimana perlunya menyediakan bajet atau belanjawan, menabung dan membelanjakan wang kita sepanjang masa. perancangan kewangan, kita dapat membekalkan diri dengan persediaan untuk menghadapi peluang dan cabaran hidup. Banyak kebaikan dan faedah yang kita peroleh jika kita merancang kewangan sedari awal lagi. Antara faedah perancangan kewangan ialah kita dapat menguruskan perbelanjaan yang lain dengan lebih berhemah dan teratur. Sentiasa bersedia untuk menghadapi apa jua kemungkinan untuk perbelanjaan kecemasan seperti sakit, kemalangan dan sesuatu yang diluar jangkaan. Selain itu, perancangan kewangan yang teliti juga dapat membuatkan impian dan matlamat kita tercapai. Membuat strategi pengurusan kewangan yang terancang bagi membiayai keperluan kewangan akan datang seperti perbelanjaan anak-anak di universiti, mengerjakan haji dan umrah serta melancong bersama keluarga. Merancang kewangan juga dapat mewujudkan hubungan yang lebih baik dan tidak perlu meminjam wang. Ini dapat mengekalkan hubungan yang lebih baik dengan keluarga, saudara mara, sahabat dan rakan sekerja, kerana kita tidak perlu meminjam atau mengharapkan bantuan kewangan daripada orang lain. Seterusnya, kita bebas dari segala masalah kewangan. Disebabkan kita telah merancang aliran kewangan dengan teliti, maka kita dapat menjangkakan perbelanjaan yang bakal dihadapi dalam waktu terdekat dan jangka panjang. Siapa yang Perlu Mengurus Wang? Sesungguhnya setiap orang memerlukan pengurusan kewangan yang sistematik bagi membolehkan mereka melaksanakan tanggungjawab masing-masing dalam menjalani kehidupan seharian. Malahan setiap dari kita mempunyai impian yang harus dilaksanakan, namun semua ini memerlukan kewangan yang mencukupi. Golongan yang merupakan sasaran terbesar memerlukan kemahiran pengurusan kewangan ialah; Pelajar Pelajar merupakan golongan pertama di peringkat awal yang harus mempelajari sistem pengurusan kewangan yang sistematik bagi membantu dalam apa jua keadaan. Pelajar yang dimaksudkan adalah dari kalangan pelajar sekolah menengah, pelajar IPTA dan IPTS. Tanpa pengurusan kewangan yang bijak, pelajar mungkin mengalami kesempitan wang terutama bagi mereka yang bergantung harap kepada wang PTPTN. Pekerja Pekerja juga harus mengetahui dan mempelajari pengurusan wang yang betul. Hal ini kerana apabila seseorang itu meningkat dewasa semakin banyak tanggungjawab yang harus dipikul. Mereka harus menyimpan wang untuk diri sendiri, keluarga dan sebagainya. Sekiranya pengurusan wang tidak dilaksanakan dengan betul, mereka akan mengalami masalah kewangan seperti kehabisan wang pada pertengahan bulan dan tiada sebarang simpanan. Bagi golongan yang melakukan pekerjaan sendiri, mereka juga akan mengalami masalah kewangan sekiranya pekerjaan yang dilakukan tidak berjaya. Mereka akan mengalami hutang yang kian meningkat dan kemungkinan akan mufl is. Suri rumah Kita tidak seharusnya beranggapan menjadi seorang suri rumah tidak memerlukan perancangan kewangan yang sistemtik. Suri rumah amat memerlukan perancangan kewangan yang betul kerana mereka harus menguruskan pelbagai aspek dalam kehidupan antaranya mereka harus mengetahui kaedah dalam membuat pembelian keperluan harian seisi keluarga bagi membolehkan baki wang dapat disimpan untuk masa hadapan mahupun kecemasan. Suri rumah juga harus peka keadaan semasa seperti keadaan ekonomi, harga barangan di pasaran dan sebagainya. Pesara Selain itu, pesara juga merupakan golongan yang tidak terlepas daripada orang yang memerlukan pengurusan kewangan. Walaupun dikatakan golongan ini mampu untuk membuat pengurusan kewangan yang sistematik, namun terdapat juga pesara yang kehabisan wang pencen dalam masa singkat 22

simpanan bil-bil/ perbelanjaan asas pendapatan Pengurusan Kewangan Peribadi Terbaik pinjaman, sewa beli & ansuran percutian/ hiburan keluarga Rajah 1 : Prioriti Dalam Pengurusan Kewangan kerana mereka tidak mempunyai pendedahan yang betul tentang teknik pengurusan kewangan. Justeru, tidak kira kita ini siapa, kita tetap memerlukan pengurusan kewangan dengan mengamalkan teknik yang betul bagi menjamin kewangan kita berada dalam keadaan yang stabil pada setiap masa. Kesimpulan Secara dasarnya, sekiranya kita hendak berbincang mengenai wang, maka perkara ini mungkin tiada penamatnya. Perkara yang paling utama yang harus ditekankan dalam diri setiap individu ialah disiplin. Hakikat tentang kepentingan disiplin dapat dilihat dengan jelas, contohnya melalui penggunaan kad kredit. Statistik menunjukkan betapa ramai rakyat Malaysia malahan penduduk di serata dunia mufl is disebabkan kad kredit, walhal majoriti pengguna kad kredit terdiri daripada golongan yang berpelajaran dan berkemampuan. Mustahil golongan ini tidak tahu walau sedikit pun cara menguruskan kewangan mereka, namun perkara yang mereka sendiri tidak ingini seperti mufl is tetap boleh berlaku. Hakikatnya, tahap disiplin yang rendah dan goyah dalam amalan pengurusan kewangan peribadi yang menjadi punca utama kepada fenomena ini. Kesimpulannya, walaupun kita mempunyai berbagai-bagai cadangan, idea atau kaedah mengenai pengurusan kewangan peribadi yang berhemah, tanpa digandingkan dengan sikap dan disiplin yang baik, nescaya ia tidak akan membuahkan hasil seperti yang diharapkan. Setiap individu mempunyai keperluan serta keutamaan masing-masing dalam mengurus kewangan mereka, sama ada muda atau tua, baru bekerja ataupun sudah bersara, golongan fakir mahupun bagi yang sudah mencapai kebebasan kewangan. Apa yang penting, pengurusan kewangan yang sistematik merupakan amalan yang perlu ada pada setiap daripada kita. Ini kerana wang itu adalah harta yang dimiliki dan harta itu adalah amanah yang Allah kurniakan kepada kita untuk kita urus dan tadbir dengan sebaik-baiknya. Dengan wang yang kita miliki itu terkait pelbagai tuntutan ibadah dan tanggungjawab yang perlu kita tunaikan seperti nafkah, zakat, sedekah, pelunasan hutang dan sebagainya. 23