KAEDAH KUMPULAN WANG KEBAJIKAN AHLI PERTUBUHAN PELADANG KEBANGSAAN () 1. NAMA Suatu dana yang dinamakan Kumpulan Wang Kebajikan Ahli Pertubuhan Peladang Kebangsaan () diwujudkan di bawah kuasa Perkara 66 Perlembagaan Pertubuhan Peladang Kebangsaan setelah diluluskan oleh Mesyuarat Agung Tahunan pada tarikh 24hb. November, 2009. Kumpulan Wang ini berkuatkuasa pada tarikh ia didaftarkan oleh Pendaftar Pertubuhan Peladang. 2. TAFSIRAN Di dalam kaedah ini melainkan perkataannya membawa makna lain:- Ahli ertinya Pertubuhan Peladang Negeri (PPN) yang layak dibawah Akta 109 dan Perlembagaan. Ahli Individu ertinya ahli-ahli Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK). Keluarga Ahli Individu ertinya ibu, bapa, suami, isteri atau isteri-isteri, anak-anak kandung, anak-anak angkat kepada ahli-ahli individu yang sah disisi undang-undang. AJK ertinya Ahli Jawatankuasa Kumpulan Wang yang mengurus dan mengawalselia Kaedah ini. Bantuan ertinya pemberian wang tunai atau benda melalui Kumpulan Wang ini kepada penerima yang layak mengikut kaedah 3(1). Kaedah ertinya Kaedah Kumpulan Wang Kebajikan Ahli Pertubuhan Peladang Kebangsaan (). Pendaftar ertinya Pendaftar Pertubuhan Peladang. Pengerusi ertinya Pengerusi Jawatankuasa Kumpulan Wang. ertinya Pertubuhan Peladang Kebangsaan yang didaftarkan dibawah Akta Pertubuhan Peladang 1973 (Akta 109) dan anak-anak syarikatnya. 1
3.PEMAKAIAN KUMPULAN WANG 1) Pemakaian Kumpulan Wang ini terhad kepada ahli, ahli individu dan keluarga ahli individu sahaja, walaubagaimanapun ianya tidak boleh dijadikan satu hak. 4.TUJUAN 1) Tujuan Kumpulan Wang ini adalah untuk mewujudkan dana serta memberi bantuan bagi membantu ahli, ahli individu dan keluarga ahli individu:- 5. SUMBER KEWANGAN a) yang ditimpa kemalangan, kematian, atau bencana alam. b) sumbangan tabung khairat kematian ahli individu. c) dan lain-lain yang difikirkan sesuai untuk ahli, ahli individu dan keluarga ahli individu. 1) Kumpulan Wang ini boleh menerima sumbangan dari:- 6. AKAUN a) Peruntukan Keuntungan Bersih Tahunan. b) Sumbangan kerajaan. c) Sumbangan swasta. d) Sumbangan ahli, bukan ahli dan lain-lain. 1) hendaklah membuka dan menyelenggara suatu rekod akaun yang berasingan bagi Kumpulan Wang ini. Suatu akaun bank yang berasingan boleh diwujudkan jika perlu. 2) Jika suatu akaun bank berasingan dibuka, tandatangan pengendali akaun ini hendaklah sama dengan tandatangan pengendali akaun bank. 3) Tahun Kewangan Kumpulan Wang ini hendaklah bermula dari 1hb Januari dan berakhir pada 31hb Disember setiap tahun. 4) Akaun Kumpulan Wang ini hendaklah disatukan dan diaudit sebagai akaun setiap tahun. 2
7. JAWATANKUASA KUMPULAN WANG 1) Kumpulan Wang ini hendaklah diuruskan oleh suatu jawatankuasa yang dilantik oleh Mesyuarat Jemaah Pengarah terdiri daripada:- a) Seorang Pengerusi terdiri dari salah seorang Jemaah Pengarah dan b) Tiga (3) orang ahli yang dilantik daripada Pengurusan. c) Seorang Setiausaha yang dilantik dari kalangan Pengurusan. 2) Tempoh perkhidmatan AJK ini hendaklah tidak lebih dua tahun. AJK ini hendaklah dilantik oleh Mesyuarat Jemaah Pengarah selepas dipilih oleh Mesyuarat Agung Tahunan pada tahun itu. 3) AJK ini hendaklah tamat perkhidmatannya pada tarikh dan masa tamatnya tempoh perkhidmatan Jemaah Pengarah yang melantik AJK ini atau diputuskan oleh Mesyuarat Jemaah Pengarah. 4) AJK ini akan memantau perbelanjaan Kumpulan Wang ini dan membuat laporan kepada Mesyuarat Jemaah Pengarah. 8. KELAYAKAN PENERIMA SUMBANGAN 1) Waris atau waris-waris si mati ahli individu yang sah disisi undang-undang. 2) Bagi suami, isteri dan keluarga ahli individu, hanya satu bantuan diberikan bagi setiap kelayakan bantuan. 3) Bagi ahli, hanya satu bantuan diberikan bagi setiap satu kelayakan bantuan. 4) Tempoh masa memohon sumbangan ini ialah 3 bulan dalam tempoh berlakunya peristiwa yang membolehkan tuntutan dibuat. 5) Tuntutan ke atas tabung ini bukanlah hak mutlak ahli tetapi sumbangan ikhlas daripada. 6) Tertakluk kepada lain-lain syarat yang diwajibkan oleh Jawatankuasa Kumpulan Wang. 7) Tidak sengaja enggan atau cuai membayar hutang seperti perjanjian pinjaman. 3
9. BENTUK DAN NILAI BANTUAN 1) Bantuan atau sumbangan boleh dikeluarkan dalam bentuk wang tunai atau benda. 2) Jemaah Pengarah boleh mengubah nilai wang tunai atau bentuk bantuan berdasarkan keupayaan dan kesesuaian. 3) Jemaah Pengarah boleh membentuk satu skop dan nilai bantuan dan hadiah berdasarkan keupayaan serta kemampuan Kumpulan Wang ini. 10. KUASA MENENTUKAN AMAUN DAN MELULUSKAN 1) Kuasa menentukan nilai serta meluluskan sumbangan dari Kumpulan Wang terletak kepada Mesyuarat Jemaah Pengarah. Walaubagaimanapun, Mesyuarat Jemaah Pengarah boleh mewakilkan kuasa meluluskan bantuan ini kepada Jawatankuasa Kumpulan Wang dengan menetapkan nilai maksimum. 2) Sehingga lapan puluh peratus dari amaun yang diperuntukkan pada tahun itu bolehlah dibelanjakan pada tahun itu juga. 11. PERTIKAIAN 1) Sebarang pertikaian hendaklah dikemukakan secara bertulis kepada Pengerusi Jemaah Pengarah untuk penyelesaian. 2) Jika Mesyuarat Jemaah Pengarah tidak dapat menyelesaikan pertikaian tersebut. Pertikaian tersebut hendaklah dirujuk kepada Pendaftar. 12. LAIN-LAIN 1) boleh membayar elaun kepada semua AJK ini mengikut perkara 50(1) Perlembagaan kecuali empat (4) orang AJK yang terdiri daripada Pengurusan. 2) Semua permohonan bantuan Kumpulan Wang ini hendaklah menggunakan Borang Kw1-dilampiran berikutnya. 3) Mesyuarat Jemaah Pengarah berhak membekukan pelaksanaan Kumpulan Wang ini sekiranya kewangan dan kewangan Kumpulan Wang ini tidak lagi mampu memenuhi tujuan-tujuan penubuhan. 4
Kaedah ini telah diluluskan oleh Mesyuarat Agung Tahunan pada 24 November, 2009 dan disahkan oleh:- Tandatangan: Dato Sri Hj. Abd. Rashid bin Abd. Rahman Dato Hj. Zainal bin Dahalan Dato Hj. Badri bin Yunus Pengerusi Ahli Jemaah Pengarah Ahli Jemaah Pengarah Diluluskan dan didaftarkan oleh Pendaftar Pertubuhan Peladang pada 7 Mei, 2010. 5