22/06/2003. Pejuang tulen ibarat lilin...

dokumen-dokumen yang mirip
SEJARAH - TINGKATAN 3. Malayan Union Dan Persekutuan Tanah Melayu

Isi BAHAGIAN I LATAR BELAKANG DAN PERIBADI 1 BAHAGIAN II PENTADBIRAN BRITISH DAN PERGERAKAN MELAYU SEMENANJUNG JOHOR 75

Haji Awang Ibrahim Bin Haji Awang Ismail. Guru Agama Pertama Brunei Oleh: Zaemul Khairi Zamhari

SEJARAH PENUBUHAN UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA OLEH ENCIK ZAHARI DAUD

TEKS UCAPAN Y.BHG. NAIB CANSELOR SEMPENA MAJLIS PERSARAAN WAJIB STAF UTeM

: NEGERI-NEGERI MELAYU UTARA DAN JOHOR BENTENG KESELAMATAN BRITISH. Peta berikut menunjukkan kemaraan kuasa besar di Asia Tenggara.

Drama Dato Onn (Othman Hj Zainudin)

Pangkalan tentera Pelabuhan persinggahan X. Senarai di atas menjelaskan faktor-faktor British memerlukan Pulau Pinang. Apakah X?

KENALI PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN MALAYSIA

membuatnya menurut Peraturan Mesyuarat Dewan ini. Dan Ahli Yang Berhormat yang telah membentangkan cadangan supaya ditangguhkan Dewan ini untuk

Tindakan PKM (Parti Komunis Malaya) Membakar rumah yang berpenghuni pada waktu tengah malam

Bab 2. Bab. Bab. Bab 1. Bab 3 Bab 8. 4 Bab 9. Tingkatan 5. Bab. Bab

Drama Cempaka Berdarah (A.Rahim Abdullah)

NO. 45, JALAN SI 8, TAMAN SAUJANA INDAH, BUKIT KATIL, MELAKA

BAB 5: PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA YANG MERDEKA

PAKATAN MURNI. Maksud Pakatan Murni

Assalamualaikum dan selamat petang serta selamat sejahtera saya ucapkan kepada tuan-tuan dan puan-puan sekalian.

SOALAN LAZIM PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 4 TAHUN 2015 KEMUDAHAN CUTI TANPA REKOD BAGI URUSAN KEMATIAN AHLI KELUARGA TERDEKAT

BORANG SOALAN KESELAMATAN. Dokumen ini adalah harta Kerajaan. Ia hendaklah dianggap SULIT dalam semua peringkat. Kepada...

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

Institusi Raja Berperlembagaan dan bidang kuasa Yang di-pertuan Agong. Konsep Raja Berperlembagaan

Kerjasama Antara Kaum Ke Arah Kemerdekaan. Sistem Ahli. Pembentukan Parti Perikatan. Pilihan raya Negeri

Parti X. Menyokong idea pembentukan Persekutuan Melayu Mencadangkan pembentukan Melayu Raya

2. MALAYAN UNION DAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU REAKSI PENDUDUK TEMPATAN TERHADAP MALAYAN UNION. Tujuan Penubuhan UMNO. Perjuangan tokoh UMNO

Bab 2. Bab. Bab. Bab 1. Bab 3 Bab 8. 4 Bab 9. Tingkatan 5. Bab. Bab

Tok Guru Nik Aziz Nik Mat (TGNANM)

SEMINAR KEBANGSAAN ISU KETAMADUNAN DAN CABARAN SEMASA (SIKCAS) 2013

Bab 2. Bab. Bab. Bab 1. Bab 3 Bab 8. 4 Bab 9. Tingkatan 5. Bab. Bab

MASARIAH MISPARI SEKOLAH SULTAN ALAM SHAH PUTRAJAYA

Syarikatnya melaksanakan pelbagai projek perumahan dan kondominium di sekitar Kuala Lumpur

PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA YANG MERDEKA

MASARIAH MISPARI SEKOLAH SULTAN ALAM SHAH PUTRAJAYA

40 PrOsPEK hartanah malaysia

Kemerdekaan Negara 31 Ogos Penyediaan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu

New 2009! P5-Practice 1-04 Imbuhan (10 marks)

PN. MASARIAH BINTI MISPARI

BAB 8 KEBANGKITAN RAKYAT TEMPATAN UNTUK MENGANGKAT MARTABAT BANGSA

EzLearn2U.my. Tingkatan 3 Sejarah Bab 4 : Kerjasama antara kaum ke Arah Kemerdekaan. Soalan Objektif. Pilih jawapan yang paling tepat

PN. MASARIAH BINTI MISPARI

Soal Jawab: UMNO PERLU PEMUGARAN UNTUK JADI PARTI RELEVAN

[UNIT UPACARA & PROTOKOL

MENGAPA ANDA TIDAK DAPAT MEMPEROLEHI PEKERJAAN?

MALAYSIA AKTA PERTUBUHAN 1966 BORANG 9 (PERATURAN 10)

Bagaimanakah orang Melayu menentang penubuhan Malayan Union?

TATA CARA KUMPULAN SOKONGAN IBU BAPA (SARANA) SMK KING GEORGE V SEREMBAN NEGERI SEMBILAN

1.1 Perancangan Projek

TUGASAN 2 (INDIVIDU) SITI AIDA BINTI MUHAMAD A152797

PEGAWAI PERUBATAN TETAP

BAB 4 MALAYAN UNION SEBAB-SEBAB PEMBENTUKAN MALAYAN UNION

MAKTAB KOPERASI MALAYSIA (AGENSI DI BAWAH KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN)

Bab Kelima PENUTUP. Oleh yang demikian, rumusan ini akan diklasifikasikan kepada tiga bahagian mengikut

Seminar Penyelidikan Kebangsaan 2014

SUNGAI MUDA: TIADA ASAS BAGI KEDAH TUNTUT CAJ AIR MENTAH DARI PULAU PINANG.

Kekayaan Ekonomi Sarawak Mendorong Penjajahan Keluarga Brooke. Abad ke-19

PERATURAN-PERATURAN TABUNG KEBAJIKAN KOPERASI JABATAN PERDANA MENTERI

UNDANG-UNDANG TUBUH BADAN KHAIRAT KEMATIAN MASJID AL-FAIZIN DESA JAYA-TAMAN EHSAN BAGI

Kisah pelarian Rohingya: 'Myanmar tanah air kami' RUZY ADILA IDRIS 20 Ogos 2012

TEORI DAN PRINSIP PERKAMUSAN

SEKOLAH KEBANGSAAN BATU BERENDAM, MELAKA. Penjajahan & Kebangkitan Tokoh

UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH 20XX

Parti Islam Se-Malaysia - Wikipedia

Rampasan Tanah Penduduk Kampung Banggol Donas; Fakta Yang Mesti DiKetahui

Memilih Perkataan. kedatangan mengucapkan memohon SAMPEL. membuat berangkat berpindah. kesalahan memberi tiba. pergi sibuk banyak

Program Menara Impian diadakan pada 20 hingga 22 Disember 2013 di Kolej Matrikulasi. Melaka yang bertemakan merintih keperitan menggapai kejayaan.

Bincangkan Sistem Pembesar di China pada abad ke 16 hingga ke 18. (20M)

TOPIK 2 : TARAF MASTATUTIN (INDIVIDU)

REAKSI BRITISH TERHADAP KEGIATAN HIZBUL MUSLIMIN DI TANAH MELAYU,

BAB 8: KEBANGKITAN SEMANGAT KEBAGSAAN UNTUK MENGANGKAT MARTABAT BANGSA

Lagu Kebangsaan ada tiga bentuk sebagaimana berikut: Lagu "Negara Ku" yang penuh (Full Version of National Anthem):

Nur Hafiza Osman (Fiza O)

MAJLIS PENGETUA SEKOLAH MALAYSIA (KEDAH)

MELEPAK DAN FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHINYA DI KALANGAN PELAJAR SEKOLAH MENENGAH DI NEGERI JOHOR

TABUNG KEBAJIKAN KESATUAN KEBANGSAAN WARTAWAN SEMENANJUNG MALAYSIA

Bil 07/2010 Edisi JULAI

TEKS UCAPAN Y.BHG. NAIB CANSELOR SEMPENA PELANCARAN KIBAR JALUR GEMILANG DAN SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN 2007

Sejarah Pengakap Dunia

Hassan ta. kg bidang logistik. Syarikat miliknya mempunyai lebih 60 lori kontena yang beroperasi di seluruh negara ,/"IT" I "A~..

UCAPAN TIMBALAN PERDANA MENTERI, DALAM UPA- CARA PENUTUP KONGRES EKONOMI BUMIPUTERA DI DEWAN TUNKU ABDUL RAHMAN, KUALA LUMPUR PADA 7 JUN, 1965

Prosa Tradisional (Merah Silu)

KOLEJ UNIVERSITI ISLAM MELAKA

Faktor-faktor pemangkin nasionalisme di Tanah Melayu sehingga Perang Dunia Kedua.

KERTAS KERJA PENDIDIKAN DINAMIK INTELEK. ANJURAN : MALTIVO MALAYSIA dan PERTUBUHAN KEBAJIKAN MELATI MALAYSIA

LAPORAN PROGRAM MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 2015 MASIHI / 1436 HIJRAH

Cadangan Balas POASM berkenaan dengan CADANGAN JHEOA MENGENAI DASAR DAN KAEDAH PEMILIKAN TANAH ORANG ASLI

TEKS UCAPAN PENGARAH INTAN MAJLIS MAKAN MALAM BERADAT KETUA PENGARAH PERKHIDMATAN AWAM BERSAMA PESERTA KURSUS DIPLOMA PENGURUSAN AWAM BIL.

Ulasan Buku/Book Review

SEJARAH - TINGKATAN 3. Malaysia yang Berdaulat

TAJUK 7 SISTEM PERSEKUTUAN. Konsep asas persekutuan Pembahagian kuasa antara kerajaan persekutuan dan negeri Pentadbiran negeri dan kerajaan tempatan

dengan anak isteri mereka dalam bulan yang mulia ini dalam suasana yang meriah itu.

BAB 3 : METODOLOGI. Parit Keroma dan komuniti Bugis dari kampung itu yang telah menetap di Kuala Lumpur.

BUKU PERATURAN KUMPULAN WANG KHAIRAT KEMATIAN

AKTA (LARANGAN) KUMPULAN WANG KUTU 1971

GARIS PANDUAN PENYELIAAN KOPERASI KANDUNGAN

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM TAHUN /2 EKONOMI ASAS Kertas 2 Mei 2 jam Dua jam

Tetamu terhormat, Dr. Yaacob Ibrahim Menteri Penerangan, Perhubungan & Kesenian merangkap Menteri Bertanggungjawab Atas Ehwal Masyarakat Islam

PENTAKSIRAN DIAGNOSTIK AKADEMIK SEKOLAH BERASRAMA PENUH 2017

Jadual Keempat. (Subperenggan 6(l)(m)(ii)) AKTA INDUSTRI PELANCONGAN PERATURAN-PERATURAN INDUSTRI PELANCONGAN (PERNIAGAAN PENGENDALIAN PELANCONGAN DAN

UCAPAN Y.BHG. PROF DATO DR. MUSA AHMAD NAIB CANSELOR UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA

TERMA-TERMA & SYARAT-SYARAT KEMPEN SAMBUTAN HARI GURU & JURURAWAT 2017

KENYATAAN SEBUTHARGA

Transkripsi:

22/06/2003 Pejuang tulen ibarat lilin... Azran Jaafar; Hassan Omar HARIMAU mati meninggalkan belang, gajah mati meninggalkan tulang dan kepergian Datuk Onn Jaafar pada Januari 1962 pula meninggalkan nama, Umno dan maruah bangsa. Dia tidak meninggalkan harta yang banyak. Sebagai pengasas Umno, Datuk Onn memang seorang pejuang berjiwa kental yang lebih mengutamakan negara dan bangsa. Beliau tidak mementingkan diri dan kemewahan berdasarkan jumlah wang dalam akaun terakhir dan kereta yang dimilikinya sebelum menghembuskan nafas terakhir pada Januari 1962. Datin Halimah Hussein, isteri beliau yang setia menjadi tunggak perjuangannya dan sanggup berkorban apa saja termasuk sama-sama ketika senang dan susah hingga rumah kesayangannya di Johor Bahru terpaksa di jual dan turut merasai menerima kecaman dan sindiran masyarakat Melayu ketika Onn meninggalkan Umno. Bagi Halimah, suaminya sanggup berkorban apa saja asalkan negara terlepas daripada belenggu penjajah dan bangsa Melayu menjadi tuan di negara sendiri. Apa yang pasti, memang ramai terutama generasi muda tidak mengetahui secara dekat mengenai sejarah penubuhan Umno oleh Datuk Onn Jaafar. Malah Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad sendiri berasa sedih kerana generasi muda tidak tahu mengenainya. Ia kini dipaparkan untuk pengetahuan masyarakat melalui penerbitan sebuah buku `Reflections of Pre-Independence Malaya' terbitan Pelanduk Publications yang ditulis oleh cucu saudara Onn, Datuk Mohamed Abid yang menceritakan sebahagian daripada kisah di sebalik tabir yang belum pernah dicatat secara bertulis sebelum ini. Buku berharga RM50 itu dihasilkan berdasarkan galakan Dr Mahathir sendiri selepas Perdana Menteri mendengar penulis menceritakan kehidupan yang dilaluinya bersama Onn. Dalam kata pengantar buku setebal 193 halaman, Dr Mahathir menyanjung Onn sebagai tokoh utama dalam perjuangan bersejarah Umno. Pencapaian itu bukannya mudah kerana pada ketika itu bangsa Melayu lebih mengutamakan negara dan pemimpin daripada bangsa sendiri. Mohamed adalah cucu saudara Onn. Bapa Mohamed, iaitu Abid adalah anak saudara Onn. Pengasas Umno itu mengahwini Datin Halimah, iaitu adik iparnya selepas Halimah kematian suaminya, iaitu Muhammad Jaafar. Muhammad mempunyai dua anak, iaitu Abid dan Zainal Abidin. Penulis (Mohamed) adalah anak Abid. Ketika Onn berpindah dari Johor Bahru ke Batu Pahat untuk bertugas sebagai Pegawai Daerah, Abid tinggal bersama Onn. Selepas Abid meninggal dunia, Mohamed yang ketika itu berusia tiga tahun tinggal bersama datuk saudaranya, iaitu Onn. Mohamed berhijrah ke Kuala Lumpur untuk melanjutkan pengajian pada Ogos 1961. Bagaimanapun, beliau sering berulang balik dari Kuala Lumpur ke Johor Bahru untuk melawat Onn

yang uzur hinggalah Onn meninggal dunia pada Januari 1962. Penulis membesar bersama anak-anak Onn - Azah, Norziah dan Tahir. Ketika itu, anak Onn, yang juga Perdana Menteri ketiga, Hussein, juga tinggal di rumah berkenaan hinggalah beliau berkahwin dan berpindah. Dua orang lagi anak Onn, iaitu Ja'afar dan Garib pula melanjutkan pengajian di Kolej Melayu Kuala Kangsar, Perak. Apabila Ja'afar pulang dari England, beliau menyertai Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Penulis pernah tinggal bersama Ja'afar di Sungai Udang, Melaka dan Port Dickson, Negeri Sembilan. Ketika Onn meninggal dunia pada Januari 1962, bendera Malaya di Congo dikibarkan setengah tiang. Penulis menceritakan bagaimana Onn berada dalam buangan negeri ke Singapura dari 1927 hingga 1936. Beliau dibuang negeri ketika berusia 32 tahun kerana mengkritik Sultan. Ketika hidup dalam buangan, Onn memulakan kerjayanya sebagai wartawan. Onn memulakan kerjayanya itu dengan tabloid mingguan, `Sunday Mirror.' Kemudian, beliau menjadi pengarang pertama akhbar Melayu - `Warta Malaya' sebelum bertugas dengan akhbar mingguan `Lembaga Malaya' dan `Lembaga,' Bagaimanapun, perkhidmatan beliau tidak diberikan upah yang banyak. Ini menyebabkan anggota keluarganya terpaksa menjual kuih untuk menambah pendapatan. Jaafar dan keluarga Onn tinggal dalam rumah papan berhampiran pantai di Siglap. Abang sulung Onn, Datuk Abdullah adalah Menteri Besar ketiga Johor. Beliau membantu keluarga Onn. Bagaimanapun, Abdullah juga dibuang negeri ke Singapura. Bagaimanapun, Onn bernasib baik kerana dibenarkan pulang ke Johor oleh Sultan Ibrahim pada 1936. Abdullah meninggal dunia dalam buangan dan dikebumikan di Teluk Blangah, Singapura. Apabila pulang ke Johor, Onn dilantik sebagai Setiausaha Sulit Tengku Mahkota Johor dan Ahli Majlis Negeri. Beliau menerima tugas itu dengan syarat Sultan membenarkan beliau menyatakan fikirannya tanpa rasa takut atau menyebelahi mana-mana pihak. Penulis juga menggarapkan sejarah Onn dilantik mengetuai delegasi Johor ke Pameran Perdagangan Dunia di San Francisco, Amerika Syarikat pada 1939. Onn membawa produk seperti kain songket, pewter dan tembaga, kaki gajah dan harimau. Beliau berada di negara itu selama 12 bulan. Sejarah pendudukan Jepun di Tanah Melayu dari Disember 1941 hingga Februari 1945 juga digarap penulis. Penulis menceritakan bagaimana tentera Jepun mengebom rumah Onn di Johor Bahru. Onn mengetuai penduduk memasuki hutan Kempas. Onn terpaksa berjalan kaki dalam kawasan ladang getah dan mendirikan khemah di tepi sungai. Mereka tinggal di sana selama dua minggu dan makan nanas yang diambil dari ladang. Seterusnya, penulis menceritakan sejarah penubuhan Umno. Selepas Perang

Dunia Kedua, Onn diberikan pilihan oleh Sultan Ibrahim, sama ada ingin terus berkhidmat sebagai Menteri Besar Johor atau menerima jawatan Presiden Umno. Oleh sebab sayang akan Umno, Onn memilih untuk menjadi Presiden Umno dan berpindah ke Kuala Lumpur. Onn dilantik sebagai ahli Hal Ehwal Dalam Negeri (kini sama dengan Kementerian Dalam Negeri) dan tinggal di banglo di Nombor 3, Stonor Drive yang kini dikenali sebagai Persiaran Stonor. Penulis yang pernah mengunjungi rumah Onn terkejut kerana tiada polis berkawal di rumah itu berbanding ketika Onn bertugas sebagai Menteri Besar di kediaman Nombor 303, Jalan Mariamah, Johor Bahru yang dikawal enam anggota polis. Bagi Onn, kalau dijaga oleh polis pun, jika sudah tiba masa untuk mati, beliau akan mati juga. Penulis menggarap hubungan rapatnya dengan Onn melalui pengalaman penulis berhubung kumpulan perbincangan Onn ketika beliau bertugas sebagai Menteri Besar Johor. Onn sering berbincang dengan beberapa rakan pada malam Khamis. Antaranya ialah Abdullah Mohammad, lulusan undang-undang dari University Oxford dan cendekiawan Sultan Ibrahim; Setiausaha Sulit Onn, Haji Anwar Malek, anak buah Wan Abdul Hamid, Ungku Aziz, Syed Muhammad Naquib al-attas dan Syed Abdul Kadir Muhammad serta Syed Alwi Sheikh al-hadi. Nama Umno pertama kali dicadangkan oleh bapa mentua penulis, iaitu Haji Anwar Malek. Ketika itu, beliau mencadangkan nama `United Malays Organisation' (UMO) berdasarkan idea United Nation Organisation (UN) yang baru ditubuhkan. Nama UMO itu kemudiannya menjadi UMNO apabila Za'aba menambah huruf N untuk melambangkan bangsa dan kini dikenali sebagai UMNO. Sebagai ahli politik, penulis menceritakan kehidupan Onn sebagai amat sibuk. Selepas Perang Dunia Kedua, Onn dilantik sebagai Pegawai Daerah Batu Pahat. Ketika itu, British dan orang Melayu sedang menghadapi ancaman keganasan Bintang Tiga atau komunis. Penulis menceritakan Onn amat sibuk hinggakan pada ketika bapa penulis (Abid) meninggal dunia pada 10 September 1945, isteri Onn, iaitu Datin Halimah gagal mengesan di mana Onn berada untuk menyampaikan berita sedih itu. Menurut penulis, anak perempuan, Onn, iaitu Norziah menceritakan, bapanya jarang berada di rumah kerana terlalu sibuk dengan urusan politik. Jika Onn berada di rumah pun, Norziah mendapati rumah mereka sering dikunjungi tetamu untuk berbincang dengan Onn mengenai politik. Pada 1959, Onn terpaksa menjual rumahnya di Nombor 19, Jalan Petrie, Johor Bahru kepada Kerajaan Johor pada harga RM100,000 untuk melunaskan baki cukai pendapatan sebanyak RM10,000. Dengan sedikit wang yang masih ada, Onn membeli sebuah rumah yang lebih

kecil di Larkin yang kini dikenali sebagai Kampung Datuk Onn. Penulis mengisahkan Onn bukanlah seorang yang kaya. Ketika Onn meninggal dunia, beliau hanya mempunyai RM300 dalam buku akaunnya. Menurut anak Onn, Azah, bapanya selalu menyebut bahawa RM30 cukup untuk perbelanjaan pengkebumiannya. Ketika itu, Onn hanya memiliki sebuah kereta, iaitu Austin 70 yang bernombor pendaftaran JB 4188. Onn meninggal dunia pada kira-kira jam 7 petang, 18 Januari 1962 ketika berusia 67 tahun. Beliau menghembuskan nafas terakhirnya di Wad Pegawai, Hospital Besar Johor Bahru. Anaknya, Hussein tiba dari Kuala Lumpur selepas Onn meninggal dunia. Ketika itu, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Abdul Rahman Musa yang juga sahabat Hussein menyatakan kepada keluarga Onn bahawa beliau menerima arahan daripada Kerajaan Persekutuan untuk mengatur upacara pengebumian negeri. Ketika itu, penulis mengingatkan neneknya bahawa Onn sering menyatakan bahawa beliau enggan menerima upacara pengebumian negeri. Menurut Azah, Onn sering menyebut bahawa beliau hanya inginkan agar kerandanya diusung oleh anak-anak dan cucu-cucunya. Bagaimanapun, Abdul Rahman menegaskan bahawa Onn adalah milik rakyat. Penulis masih ingat beliau bertanya kepada Abdul Rahman: "Mengapa hanya sekarang? Hanya selepas beliau meninggal dunia, beliau menjadi milik rakyat. Kenapa ketika beliau masih hidup, tiada siapa pun yang ambil peduli?" Hussein menerima panggilan telefon daripada Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj dan menyatakan bahawa Kerajaan Persekutuan akan menganjurkan upacara pengebumian negeri. Hussein memberitahu Tunku Abdul Rahman bahawa beliau akan membincangkan perkara itu dengan anggota keluarganya. Pada mulanya, nenek penulis enggan menerima upacara berkenaan tetapi akhirnya terpaksa juga menerimanya berdasarkan persetujuan Hussein sebagai anak sulung. Selain pengalaman itu, penulis juga memuatkan 18 teks ucapan Onn mulai 1946 hingga 1951. Mohamed turut menceritakan detik dan pertemuan dengan Hussein; Datuk Mohd Seth Mohd Said, Prof Dr Syed Muhammad Naquib Al-Attas; Perdana Menteri pertama, Tunku Abdul Rahman; Gabenor Jeneral Malcolm MacDonald, Pesuruhjaya Tinggi Britain, Sir Gerald Templer dan Datin Paduka Siti Saleha Mohamed Ali, kakak Datin Seri Dr Siti Hasmah. Secara keseluruhannya, buku berkenaan menceritakan apa yang tidak pernah dicatatkan dalam buku sejarah. Kenangan peribadi penulis berhubung seorang insan yang bertanggungjawab menubuhkan Umno seharusnya dikongsi bersama oleh pembaca. Melalui pembacaan buku ini, sejarah penubuhan Umno dan bangsa Melayu menentang penguasaan British mampu dikenali secara lebih dekat, sekali gus memperkukuh pemahaman, terutama generasi muda terhadap perjuangan awal