Mesin dan Kelengkapan Perniagaan Terma & Syarat

dokumen-dokumen yang mirip
Diri Semua Risiko Terma & Syarat

Semua Risiko Kontraktor Terma & Syarat

Liabiliti Majikan Terma & Syarat

Insurans Wang Terma & Syarat

Semua Risiko (Peralatan Pejabat) Terma & Syarat

Jaminan Fideliti Terma & Syarat

Kecurian Terma & Syarat

PAMPASAN PEKERJA SYARAT & TERMA

Dandang dan Bekas Tekanan Terma & Syarat

Teman Pemandu Kenderaan Terma & Syarat

Kebakaran (Salinan Induk) Terma & Syarat

DUTI SETEM JELAS UW-NM-F413(E)

HELAIAN PENERANGAN PRODUK. Kebakaran. Sila baca Helaian Penerangan Produk ini sebelum anda membuat keputusan untuk menyertai Skim Kebakaran.

Insurans Pampasan Pekerja Terma & Syarat

HELAIAN PENERANGAN PRODUK. Skim Pemilik Rumah Kediaman Jangka Panjang

1.1. Travel Care Insurance Contest yang dianjurkan oleh CIMB Bank Berhad (selepas ini dirujuk sebagai CIMB Bank atau Bank ).

HELAIAN PENERANGAN PRODUK. mysme BizPartner Takaful

LAMPIRAN MAKLUMAT PRODUK. Skim Isi Rumah myhome

HELAIAN PENERANGAN PRODUK. Skim Pemilik Rumah/Isi Rumah

Anda boleh menyertai takaful empunya rumah atau takaful isi rumah atau kedua-duanya sekali.

HELAIAN KETERANGAN PRODUK

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT YANG MENTADBIR PERADUAN INSURANS TRAVEL CARE - HOKKAIDO

Bayar dengan UOBM Mighty. Terma & Syarat

UNIVERSITI MALAYA (PUSAT PERUBATAN UNIVERSITI MALAYA) KUALA LUMPUR PERJANJIAN PERKHIDMATAN. Perjanjian Ini Dibuat pada haribulan tahun CONTOH

IKHLAS CRITICAL ILLNESS SECURE TAKAFUL RIDER

PERJANJIAN PENYELENGGARAAN. Bertarikh. Antara. CIMB ISLAMIC BANK BERHAD (No Syarikat H) ("Bank") dan. ("Pelanggan")

2. Ahli Kad yang layak untuk menikmati perkhidmatan ini adalah ditentukan sebagai Ahli Kad United Overseas Bank Lady s Solitaire World Card.

HELAIAN PENERANGAN PRODUK. Skim Pemilik Rumah/Isi Rumah

Kenapa membeli insurans atau menyertai skim takaful? Apakah jenis produk insurans/ takaful yang saya perlukan?

SIJIL KEBAKARAN TAKAFUL

Terma & Syarat Peti Deposit Keselamatan

Notis kepada pelanggan Akaun Pelaburan e-emas CIMB Bank ( egia ) (Tarikh Notis: 20 April 2018) Kepada pelanggan,

PERJANJIAN LATIHAN KEMAHIRAN ANTARA DAN MAJLIS AMANAH RAKYAT DAN PADA HARIBULAN 20

Borang Permohonan bermaksud borang permohonan yang dikeluarkan oleh Bank untuk langganan kepada Perkhidmatan (seperti yang ditafsirkan di sini).

Apakah terma dan syarat yang dimaksudkan? Kami akan membimbing anda satu persatu bermula dengan:

4.1.2 Deposit Tetap Konventional ( DT ) dan ASNB Harga Berubah (ASNB HB) terpilih

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

HELAIAN KETERANGAN PRODUK

Tarikh : 21/01/2015. Jumlah Dilindungi. 1. Kematian dan Hilang Keupayaan Kekal Bagi setiap RM10, Perbelanjaan Pengkebumian RM1,000.

LAMPIRAN MAKLUMAT PRODUK. Sila baca Helaian Penerangan Produk ini sebelum anda membuat keputusan untuk menyertai Skim Kenderaan Persendirian.

SIJIL TAKAFUL PELAJAR SEKOLAH MALAYSIA (TPSM)

Promosi TMgo Double Raya merupakan promosi khas untuk pengguna TMgo menikmati kuota berganda sehingga 12GB dengan setiap tambah nilai RM50.

UNITED OVERSEAS BANK (MALAYSIA) BHD (271809K)

DUTI SETEM JELAS UW-NM-F006(E)

Borang Cadangan Skim Insurans Pembantu Rumah (SIPR)

Produk ini memberi perlindungan kepada harta anda dari kerugian atau kerosakan akibat kebakaran atau kilat.

Jadual Manfaat JUMLAH YANG DIINSURANSKAN (RM) KELUARGA PELAN INDIVIDU PELAN. 1. KEMALANGAN DIRI Kematian Akibat Kemalangan 300,000 50,000

Tempoh Kempen bermaksud 2 Oktober 2017 sehingga 30 Mac 2018 (termasuk kedua-dua tarikh tersebut) melainkan jika diberitahu sebaliknya.

Perjanjian Penyewaan Untuk (MASUKKAN ALAMAT DI SINI),

UNI ASIA GENERAL INSURANCE BERHAD (Co. No K) MICROSOFT COMPLETE FOR BUSINESS INSURANS PERLINDUNGAN PERANTI MICROSOFT

HELAIAN PENERANGAN PRODUK

TERMA DAN SYARAT CIMB BANK BERHAD YANG MENTADBIR KEMPEN PULANGAN TUNAI PEMILIK TUNGGAL DAN PERKONGSIAN UNTUK AKAUN SEMASA PERNIAGAAN

SIJIL IKHLAS NIAGA TAKAFUL (COMMERCIAL NIAGA)

PERJANJIAN PENDIDIKAN GURU

PERJANJIAN BELAJAR. PERJANJIAN INI dibuat pada haribulan... tahun... (selepas ini dirujuk sebagai Perjanjian ini ) ANTARA

Borang Cadangan Insurans Mesin

TERMA DAN SYARAT KEMPEN THE WOW SMART PHONE PELAN BAYARAN MUDAH 0% (EPP)

SIJIL IKHLAS COMPUTER COMPREHENSIVE PERILS TAKAFUL

1.1 Maklumat mengenai cara untuk menyertai Peraduan ini adalah sebahagian daripada terma-terma dan syarat-syarat penyertaan.

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT ( Terma dan Syarat ) KEMPEN KFH MALAYSIA KAD DEBIT-i SWIPE & WIN II (Kempen )

IKHLAS HOSPITAL BENEFIT SECURE TAKAFUL RIDER

3. Untuk tujuan Kempen ini, hanya Pemegang Akaun utama Pelanggan yang Layak berhak untuk mendapatkan Hadiah

Pelan Perlindungan Perniagaan (Bispro) Terma & Syarat

HELAIAN KETERANGAN PRODUK

NOTIS PENTING: INI ADALAH PRODUK AKAUN PELABURAN YANG TERIKAT KEPADA PRESTASI ASET, DAN BUKAN PRODUK DEPOSIT.

Terma dan Syarat Promosi Memperkenalkan Ahli Baharu AmSignature Priority Banking

HELAIAN PENERANGAN PRODUK. Skim Pampasan Pekerja Asing

Secara amnya, terdapat dua jenis perlindungan di bawah pelan takaful motor:

Notis kepada pelanggan Akaun Pelaburan Emas CIMB BANK melalui CIMB CLICKS

BORANG CADANGAN KEMALANGAN DIRI PENGEMBARA

RINGKASAN PERLINDUNGAN

Borang Cadangan Insurans Dandang dan Bekas Tekanan

CIMB Islamic Kempen Wealth Starter 3.0 ( Kempen ) Terma-Terma dan Syarat-Syarat

Perayaan Terma & Syarat

HELAIAN KETERANGAN PRODUK

b e r n a m a Suatu Akta untuk meminda Akta Duti Timbal Balas dan Anti- Lambakan DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut:

Pembiayaan Auto CIMB Pembiayaan Kenderaan Khas untuk Bumiputera Terma-terma dan Syarat-syarat

TERMA DAN SYARAT Kempen Activate Your RHB Now

RINGKASAN PERLINDUNGAN

Motosikal Terma & Syarat

TERMA DAN SYARAT KHUSUS BAGI DEPOSIT BERTEMPOH BERASASKAN KOMODITI MURABAHAH (Tarikh Berkuatkuasa: Oktober 2016) [Layak dilindungi oleh PIDM]

IKHLAS COMPREHENSIVE PERSONAL ACCIDENT BENEFIT SECURE TAKAFUL RIDER

Mighty Dine UOBM. Terma Penggunaan

Jumlah minimum transaksi (RM) (i) Melakukan log masuk kali pertama ke Aplikasi Perbankan Mudah Alih RHB Now*

BORANG CADANGAN KEMALANGAN DIRI PEMANDU DAN PENUMPANG PELAN

PLET PERDAGANGAN (RISIKO JALAN RAYA) TERMA & SYARAT

Empunyarumah / Isirumah Terma & Syarat

Bank" bermaksud Hong Leong Bank Berhad ( HLBB ) dan/atau Hong Leong Islamic Bank Berhad ( HLISB ).

UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 680 AKTA AKTIVITI KERAJAAN ELEKTRONIK 2007 SUSUNAN SEKSYEN

TERMA DAN SYARAT CABUTAN EXTRAVAGANZA KT 2018

Istilah dan ungkapan yang digunakan dalam Terma dan Syarat ini mempunyai makna seperti berikut:-

CIMB ISLAMIC BANK BERHAD ( H)

PUSAT PERUBATAN UNIVERSITI MALAYA SYARAT-SYARAT AM SEBUT HARGA / TENDER

b) e-mandate merujuk kepada kemudahan Direct Debit secara elektronik melalui dalam talian yang disediakan oleh PayNet.

Terma-Terma dan Syarat-Syarat Kempen MasterCard Guaranteed Overseas Spend CIMB Bank

POLISI PERLINDUNGAN DATA PERIBADI

PERJANJIAN BIASISWA SELANGORKU TAHUN 2017

Undang-Undang Malaysia

TERMA & SYARAT KEMPEN BUAT TRANSAKSI ONLINE & MENANG OCBC

HELAIAN KETERANGAN PRODUK

Transkripsi:

Mesin dan Kelengkapan Perniagaan Terma & Syarat

POLISI INSURANS MESIN DAN KELENGKAPAN PERNIAGAAN BAHAWASANYA Pihak Diinsuranskan telah melalui suatu cadangan yang telah dipersetujui untuk menjadi asas kontrak ini dan disifatkan sebagai terkandung dalam ini menerima pakai untuk LIBERTY INSURANCE BERHAD (Dahulu dikenali sebagai Uni.Asia General Insurance Berhad) (terkemudian dari ini dipanggil Syarikat ) bagi indemniti yang terkandung terkemudian dari ini. SEBAGAI BALASAN BAGI Pihak Diinsuranskan membayar Syarikat Premium Pertama bagi atau atas indemniti tersebut Syarikat bersetuju tertakluk pada terma, had pengecualian dan syarat-syarat yang terkandung dalam ini atau diendors padanya bahawa jika semasa tempoh Indemniti Harta Benda tersebut atau sebahagian daripadanya mengalami kerugian atau kerosakan disebabkan oleh mana-mana Kontigensi yang dinyatakan terkemudian dari ini semasa dalam Situasi tersebut maka barulah Syarikat melalui bayaran atau dengan pilihannya melalui pengembalian semula atau pembaikan mengganti rugi Pihak Diinsuranskan daripada kerugian atau kerosakan tersebut. KONTIGENSI: (1) Kebakaran (2) Kecurian berikutan daripada kemasukan secara paksaan atau kekerasan (3) Kemalangan akibat sebab luaran PENGECUALIAN Indemniti yang terkandung sebelum ini hendaklah tidak menerima pakai atau mengambil kira 1. Apa-apa akibat daripada (a) Peperangan, pencerobohan, tindakan musuh luar Negara, pertempuran (sama ada peperangan diisytiharkan atau tidak) perang saudara, penentangan, revolusi, pemberontakan atau pemerintahan tentera atau rampasan kuasa. (b) Gempa bumi mogok rusuhan atau kegemparan awam. 2. Kerugian akibat kelewatan disebabkan oleh rampasan atau penahanan oleh Pihak Kastam atau oleh Pihak Berkuasa lain. 3. Kerugian atau kerosakan disebabkan oleh keadaan atmosfera (selain daripada kilat ribut atau taufan) haus dan lusuh kemerosotan beransuransur apa-apa proses pembersihan atau pemulihan atau atau daripada pembaikan pelarasan atau pembukaan mana-mana bahagian harta benda atau kerugian atau kerosakan terhadap mana-mana bahagian semasa memindahkannya daripada keadaan kerja biasa. 4. Kerugian atau kerosakan disebabkan oleh kerosakan mekanik atau gangguan mekanik pada harta benda atau mana-mana yang tersebut. 5. Kemusnahan atau kerosakan pada mana-mana bahagian Harta Benda disebabkan oleh kerosakan elektrik atau terbakar. 6. Kerugian atau kerosakan bahan rakaman filem atau pita selain daripada disebabkan oleh kebakaran atau kecurian (dan bernilai sebagai bahan yang tidak digunakan). 7. Kerugian turutan dalam apa-apa bentuk disebabkan oleh kemalangan atau kerugian atau kemusnahan atau kerosakan ke atas harta benda yang dengan ini diinsuranskan. 1

8. Apa-apa liabiliti undang-undang dalam apa-apa bentuk disebabkan secara langsung atau tidak atau timbul daripada radiasi pengionan atau pencemaran radioaktif daripada mana-mana bahan api nuklear atau daripada mana-mana bahan buangan nuklear daripada pembakaran bahan apai nuklear. Semata-mata bagi tujuan pengecualian ini, pembakaran termasuk mana-mana proses pembelahan nuklear atas pembiayaan sendiri. 9. Indemniti atau pampasan yang disediakan oleh Polisi ini tidak seharusnya digunakan ke atas atau mengambil kira mana-mana kemalangan kerugian kemusnahan kerosakan atau libiliti perundangan disebabkan secara langsung atau sebaliknya atau disumbangkan oleh atau timbul daripada bahan senjata nuklear. NOTIS PENTING 1. Pihak Diinsuranskan hendaklah membaca Polisi ini dengan teliti, dan jika terdapat sebarang kesilapan atau kesalahuraian dalam perjanjian ini, atau jika perlindungan tidak menepati kehendak Pihak Diinsuranskan, makluman segera hendaklah diberikan kepada Syarikat dan Polisi perlu dipulangkan untuk dipinda. 2. Semua Premium perlu dibayar kepada Syarikat, bayaran melalui cek hendaklah dipalang Akaun Penerima Sahaja dan dibayar kepada LIBERTY INSURANCE BERHAD. SYARAT-SYARAT 1. KEJADIAN BERLAKUNYA TUNTUTAN Pihak diinsuranskan hendaklah mengambil semua langkah pencegahan yang munasabah bagi keselamatan Harta Benda Yang Diinsuranskan dan apabila mengetahui akan apa-apa kejadian yang membawa kepada atau yang berkemungkinan membawa kepada tuntutan di bawah Polisi ini hendaklah dengan serta merta- (a) sekiranya berlaku kecurian atau kehilangan memberi notis kepada pihak polis dan memberi semua bantuan yang munasabah bagi membolehkan pesalah ditemui dan dihukum dan Harta Benda dikesan dan dijumpai. (b) dalam semua kes, bagi notis bertulis kepada Syarikat dan dalam masa empat belas hari selepas itu menyerahkan kepada Syarikat tuntutan secara bertulis dan membekalkan semua bukti dan butiran sebagaimana yang dikehendaki sewajarnya. Syarikat tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa kerugian dan kerosakan yang tidak dilaporkan dalam masa tiga puluh hari selepas kejadian. 2. MENYELAMATKAN DAN MENDAPATKAN KEMBALI Syarikat boleh pada bila-bila masa atas tanggungannya sendiri menggunakan semua ikhtiar perundangan atas nama Pihak Diinsuranskan bagi mendapatkan kembali Harta Benda yang hilang dan Pihak Diinsuranskan hendaklah memberi semua bantuan yang sewajarnyanya untuk tujuan tersebut. Syarikat berhak ke atas mana-mana Harta benda yang tuntutan kerugian baginya dibayar di bawah ini dan Pihak Diinsuranskan hendaklah melaksanakan semua tugasan dan jaminan terhadap Harta benda tersebut sebagaimana yang dikehendaki sewajarnya tetapi Pihak Diinsuranskan tidak berhak untuk meninggalkan Harta Benda Syarikat. 3. SUMBANGAN Jika pada masa berlakunya apa-apa kerugian atau kerosakan terdapat Insurans lain yang diambil oleh Pihak Diinsuranskan atau diambil bagi pihaknya yang melindungi apa-apa Harta Benda liabiliti Syarikat di bawah ini hanya terbatas ke atas kerugian dan kerosakan kadaran bahagiannya. 2

4. PELUCUTHAKAN Jika tuntutan yang dibuat, merupakan penipuan atau jika akuan palsu dibuat atau digunakan sebagai sokongan tuntutan tersebut, atau jika apaapa cara penipuan atau alatan yang digunakan oleh Pihak Diinsuranskan atau sesiapa yang bertindak bagi pihaknya bagi mendapatkan manfaat daripada Polisi ini, atau, jika kerugian atau kerosakan berlaku disebabkan oleh tindakan yang disengajakan oleh atau dengan kerjasama Pihak Diinsuranskan; atau, jika tuntutan dibuat dan ditolak dan tindakan atau tindakan guaman tidak bermula dalam masa tiga bulan selepas tolakan itu, atau (dalam keadaan berlakunya penimbangtaraan sebagai menurut Syarat ke 9 Polisi ini) dalam masa tiga bulan selepas penimbangtara atau para penimbangtara atau wasit telah memberikan award, semua manfaat di bawah Polisi ini adalah dilucutkan. 5. HAD LIABILITI Semua jumlah yang mungkin dari semasa ke semasa perlu dibayar di bawah Polisi ini di bawah setiap Tempoh Indemniti perlu dikira dengan penghausan nilai bagi setiap jumlah yang diinsuranskan supaya semasa Tempoh Indemniti jumlah perlu dibayar oleh Syarikat tidak melebihi jumlah ditetapkan bagi setiap Harta Benda atau bagi seluruh Jumlah Yang Diinsuranskan. 6. NOTIS KEPADA PIHAK DIINSURANSKAN Tiada tuntutan boleh diusahakan di bawah ini jika manfaat bagi kontrak yang terkandung dalam perjanjian ini memberikan hak kepada manamana pihak selain Pihak Diinsuranskan melainkan jika persetujuan bertulis diperoleh dahulu daripada Syarikat. 7. Pematuhan dan pengabulan sewajarnya ke atas terma dan syarat-syarat dan endorsan Polisi ini oleh Orang yang Diinsuranskan setakat mana ia dikaitkan dengan apa-apa yang perlu dibuat atau dipatuhi olehnya dan kebenaran kenyataan dan jawapan dalam cadangan tersebut hendaklah menjadi syarat duluan bagi liabiliti Syarikat untuk membuat apa-apa bayaran di bawah Polisi ini. 8. PEMBATALAN INSURANS Syarikat boleh pada bila-bila masa dengan memberi notis selama empat belas hari kepada Pihak Diinsuranskan melalui Surat Berdaftar yang dihantar kepada alamat Pihak Diinsuranskan sebagaimana yang terakhir diketahui oleh Syarikat bebas untuk menentukan dan membatalkan polisi ini, dengan syarat sekiranya berlaku, Syarikat hendaklah atas permintaan, memulangkan kepada Pihak Diinsuranskan mengikut perkadaran bahagian Premium berpadanan dengan tempoh insurans belum tamat. Polisi ini juga boleh dibatalkan pada bila-bila masa oleh Pihak Diinsuranskan dengan notis kepada Syarikat, jika itu berlaku Pihak Diinsuranskan berhak terhadap pemulangan premium ditolak dengan premium Kadar Tempoh Pendek Syarikat atau pada masa Polisi telah berkuat kuasa pada masa tempoh insurans semasa. KADAR TEMPOH PENDEK Tidak melebihi satu bulan kalendar 25% Melebihi satu bulan tetapi sehingga 3 bulan 50% Melebihi tiga bulan tetapi sehingga 6 bulan 75% Melebihi enam bulan tetapi sehingga 9 bulan 90% Melebihi sembilan bulan 100% 9. PENIMBANGTARAAN Jika berlaku perbezaan bagi amaun yang perlu dibayar di bawah Polisi ini (liabiliti yang diakui sebaliknya) perbezaan tersebut hendaklah dirujuk kepada Penimbangtara yang dilantik oleh pihak daam perbezaan selaras dengan peruntukan Berkanun semasa ia berkuat kuasa. Apabila perbezaan daripada syarat ini perlu dirujuk kepada penimbangtaraan pemberian Award hendaklah menjadi syarat terdahulu bagi sebarang tindakan terhadap Syarikat. 3

10. PURATA Jika dengan ini harta benda yang diinsuranskan, pada masa kerugian atau kerosakan, mempunyai nilai melebihi jumlah yang diinsuranskan ke atasnya, maka Pihak Diinsuranskan dianggap sebagai menjadi Penanggung Insuransnya sendiri bagi perbezaan itu dan hendaklah menganggung perkadaran kerugian dengan sewajarnya. Setiap item, jika lebih daripada satu, bagi Polisi hendaklah secara berasingan tertakluk pada Syarat ini. Sebaliknya tertakluk pada Terma, Syarat dan Pengecualian Polisi ini. JAMINAN/ENDORSAN/KLAUSA JAMINAN/ENDORSAN/KLAUSA BERIKUT HANYA DITERIMA PAKAI APABILA DITENTUKAN DALAM JADUAL JAMINAN ISTIMEWA: PERUBAHAN MATERIAL BAGI RISIKO Walaupun apa-apa yang dinyatakan adalah bertentangan, dengan ini dijamin bahawa kecuali notis bertulis diberi kepada Syarikat dan persetujuan Syarikat diendors dengan khusus padanya, perlindungan bagi Polisi ini akan dengan serta-merta terbatal dan Syarikat tidak akan menanggung rugi Pihak Diinsuranskan berkenaan dengan kerugian, kerosakan atau liabiliti yang disebabkan secara langsung atau tidak langsung atau yang timbul daripada atau bertambah buruk disebabkan oleh:- (a) sebarang pertukaran dalam pemilikan Perniagaan Pihak Diinsuranskan, dan/atau (b) Penamatan perniagaan, sama ada sepenuhnya atau sebahagian, atas apa-apa sebab, dan.atau (c) Pihak Diinsuranskan termasuk dalam pembubaran atau penerimaan operasi, semasa Polisi ini berlangsung. ENDORSAN PEMAJAKAN Dengan ini adalah difahami dan dipersetujui bahawa Pemajak (merujuk kepada jadual di bawah Endorsan Pemajakan di dalamnya) adalah pemilik Harta Benda dan Harta Benda itu adalah subjek bagi Perjanjian Pemajakan yang dibuat di antara Pemajak dan Pihak Diinsuranskan (merujuk kepada jadual di bawah Endorsan Pemajakan di dalamnya). Ia selanjutnya difahami dan dipersetujui bahawa apa-apa pembayaran yang dibuat terhadap kerugian atau kerosakan (kerugian atau kerosakan tidak diperelokkan oleh pembaikian, pengembalian semula atau penggantian) di bawah terma Polisi ini yang dibuat ke atas Pemajak selagi mereka kekal sebagai pemilik Harta Benda dan penerimaan mereka merupakan pembuangan penuh dan akhir kepada Syarikat terhadap kerugian atau kerosakan. Ini adalah difahami dan dipersetujui bahawa walaupun peruntukan dalam Perjanjian Pemajakan adalah bertentangan Polisi ini dikeluarkan kepada Pihak Diinsuranskan sebagai pihak Prinsipal dan bukan sebagai agen atau Pemegang Amanah bagi Pemajak dan tiada yang di dalam ini boleh ditafsirkan sebagai terdiri daripada Pihak Diinsuranskan, agen atau pemegang amanah bagi Pemajak atau sebagai penyerahakan (sama ada mengikut undang-undang atau saksama) oleh Pihak Diinsuranskan kepada Pemajak terhadap hak, manfaat dan tuntutannya di bawah Polisi ini, tiada yang di bawah ini boleh ditafsirkan sebagai memberikan hak kepada Pemajak untuk menyaman Syarikat dalam apa-apa kapasiti bagi pelanggaran obligasinya yang disyaki di bawah ini. Tertakluk sebaliknya kepada Terma Polisi ini. 4

KLAUSA SEWA BELI Dengan ini adalah difahami dan dipersetujui bahawa Pemilik (Merujuk kepada jadual di bawah Klausa Sewa Beli di dalamnya) adalah pemilik bagi harta benda yang diinsuranskan dan harta benda yang diinsuranskan adalah subjek bagi Perjanjian Sewa Beli yang dibuat di antara Pemilik dan Pihak Diinsuranskan (Merujuk kepada jadual di bawah Klausa sewa beli di dalamnya). Ia selanjutnya difahami dan dipersetujui bahawa sebarang bayaran yang dibuat terhadap kerugian atau kerosakan (kerugian atau kerosakan tidak diperelokkan oleh pembaikian, pengembalian semula atau penggantian) di bawah Polisi ini yang dibuat ke atas pemilik selagi mereka kekal sebagai pemilik harta benda yang diinsuranskan dan penerimaan mereka merupakan pembuangan penuh dan akhir kepada Syarikat terhadap kerugian atau kerosakan. Ini adalah juga difahami dan dipersetujui bahawa walaupun peruntukan dalam Perjanjian Sewa Beli adalah bertentangan Polisi ini dikeluarkan kepada Pihak Diinsuranskan sebagai pihak prinsipal dan bukan sebagai agen atau pemegang amanah bagi Pemilik dan tiada yang di dalam ini boleh ditafsirkan sebagai terdiri daripada Pihak Diinsuranskan, agen atau pemegang amanah bagi Pemilik atau sebagai penyerahakan (sama ada mengikut undang-undang atau saksama) oleh Pihak Diinsuranskan kepada Pemilik terhadap hak, manfaat dan tuntutannya di bawah Polisi ini. Adalah akhirnya difahami dan dipersetujui bahawa Pihak Diinsuranskan tidak boleh menyerahkan hak manfaat dan tuntutann tanpa persetujuan bertulis daripada Syarikat. MOGOK, RUSUHAN DAN KEGEMPARAN AWAM Ini adalah dipersetujui dan difahami sebaliknya tertakluk pada terma, pengecualian, peruntukan dan syarat-syarat yang terkandung di dalam Polisi atau diendors di atasnya dan tertakluk pada sama ada Pihak Diinsuranskan telah membayar premium tambahan yang dipersetujui, polisi ini diperluaskan untuk mengambil kira kerugian atau kerosakan terhadap kepentingan yang diinsuranskan yang timbul secara langsung daripada atau disebabkan oleh mogok, rusuhan dan kegemparan awam bagi tujuan klausa ini yang bermaksud: 1) Tindakan oleh seseorang yang mengambil bahagian berserta dengan yang lain dalam mana-mana kekacauan ketenteraman awam (sama ada berkaitan dengan mogok atau sekatan masuk atau tidak) tidak termasuk dalam kejadian yang dinyatakan dalam pengecualian di bawah. 2) Tindakan oleh mana-mana pihak berkuasa dilantik yang sah dalam menumpaskan atau cubaan untuk menumpaskan apa-apa kekacauan atau mengurangkan kesan akibat daripada kekacauan itu. 3) Tindakan sengaja oleh pemogok atau pekerja yang menyekat masuk yang dilakukan untuk melanjutkan mogok atau sebagai menentang sekatan masuk. 4) Tindakan oleh mana-mana pihak berkuasa dilantik yang sah dalam menghalang atau cubaan untuk menghalang apa-apa tindakan atau mengurangkan kesan akibat daripada tindakan itu. PENGECUALIAN Dengan sentiasa menjadi syarat bahawa Syarikat tidak akan bertanggungjawab terhadap apa-apa kerugian atau kerosakan bagi kepentingan yang diinsuranskan yang disebabkan oleh atau melalui atau diakibatkan secara langsung atau tidak langsung oleh mana-mana kejadian berikut:- a) Peperangan, pencerobohan, tindakan musuh luar negara, pertempuran atau operasi seakan peperangan (sama ada peperangan diisytiharkan atau tidak), perang saudara. b) Penderhakaan, kegemparan awam yang berkadaran dengan atau bersamaan dengan kemunculan popular, pemberontakan ketenteraan, penentangan, revolusi, pemerintahan tentera atau rampasan kuasa. 5

c) Apa-apa tindakan oleh seseorang yang bertindak bagi pihak atau berkaitan dengan sebarang organisasi dengan aktiviti yang menjurus kepada penggulingan secara paksaan oleh Kerajaan de jure atau de facto atau melalui pengaruh itu dengan keganasan atau kekejaman. Dalam mana-mana tindakan, guaman atau prosiding lain di mana Penanggung Insurans mengatakan bahawa atas alasan peruntukan bagi pengecualian ini mana-mana kerugian atau kerosakan tidak dilindungi oleh insurans ini beban membukti agar kerugian atau kerosakan sedemikian dilindungi adalah atas pihak diinsuranskan. ENDORSAN JAMINAN PREMIUM Adalah merupakan Syarat Istimewa yang asasi dan mutlak bagi kontrak insurans bahawa bayaran premium perlu dibayar dan diterima oleh penanggung insurans dalam masa enam puluh (60) hari daripada tarikh bermulanya polisi ini. Jika syarat ini tidak dipatuhi kontrak ini akan terbatal secara automatik dan penanggung insurans berhak ke atas premium pro rata bagi tempoh selama mereka berhadapan dengan risiko. Apabila premium yang perlu dibayar bagi jaminan ini diterima oleh agen Syarikat yang dibenarkan, bayaran adalah dianggap telah diterima oleh Syarikat bagi tujuan jaminan ini dan beban membukti bahawa premium yang perlu dibayar telah diterima oleh seseorang, termasuk oleh agen insurans yang tidak dibenarkan untuk menerima premium tersebut adalah atas Syarikat. Tertakluk sebaliknya pada Terma Polisi ini. ENDORSAN KECURIAN PENUH Walaupun apa-apa yang terkandung dalam perjanjian ini adalah bertentangan, dengan ini adalah diisytiharkan dan dipersetujui bahawa Insurans yang diberikan oleh Polisi ini hendaklah juga diterima pakai bagi kecurian yang tidak disebabkan oleh kemasukan secara paksa. KLAUSA PENAMBAHAN KAPITAL Insurans dengan ini diperluaskan bagi melindungi pindaan, penambahan dan pembaikan (tetapi bukan kenaikan nilai melebihi jumlah yang diinsuranskan) ke atas harta benda yang ditentukan dalam item (sebagaimana yang ditentukan dalam jadual polisi) tersebut bagi amaun tidak melebihi 10% ia adalah difahami bahawa Pihak Diinsuranskan berjanji menanggung untuk memaklumkan kepada Syarikat pada setiap suku tahun bagi pindaan, penambahan dan pembaikan tersebut dan membayar premium tambahan yang munasabah di atasnya. KLAUSA PENETAPAN Bagi tujuan menentukan apabila perlu tajuk bagi harta benda yang diinsuranskan, Penanggung Insurans bersetuju untuk menerima penetapan bagi harta benda yang telah dimasukkan ke dalam buku Pihak Diinsuranskan. KLAUSA PENGEMBALIAN SEMULA KERUGIAN Sebagai balasan bagi Pihak Diinsuranskan berjanji untuk membayar premium tambahan pada kadar yang dipersetujui bagi amaun rugi yang dikira pada asas pro rata dari tarikh kerugian hingga tamatnya tempoh insurans semasa, adalah dipersetujui bahawa sekiranya berlaku kerugian insurans di bawah ini akan tetap berkuat kuasa bagi jumlah penuh yang diinsuranskan. 6

PEMASANGAN ELEKTRIK- 4(B) Kerugian atau kerosakan disebabkan oleh kebakaran peralatan dan pemasangan elektrik yang diinsuranskan oleh (Item sebagaimana yang ditentukan dalam jadual polisi) polisi ini yang timbul daripada atau yang disebabkan oleh lebihan kuasa, tekanan berlebihan, litar pintas. arking, terbakar sendiri atau kebocoran elektrik, yang disebabkan oleh apa-apa sebab (termasuk kilat) adalah dilindungi tertakluk pada terma dan syarat polisi ini, tetapi ia jelas difahami bahawa tiada liabiliti wujud di bawah Polisi ini bagi kerugian atau kerosakan pada mana-mana mesin elektrik, perkakas, lekapan dan lengkapan, atau pada mana-mana bahagian pemasangan elektrik, melainkan jika disebabkan oleh kebakaran atau kilat. JAMINAN SET/PASANGAN Apabila mana-mana item yang diinsuranskan mengandungi artikel dalam pasangan dan dalam set Syarikat tidak akan bertanggungjawab untuk membayar lebih daripada nilai bahagian tertentu atau bahagian-bahagian nilai istimewa yang mana artikel atau artikel-artikel tersebut mungkin merupakan sebahagian pasangan atau set tersebut, tidak lebih daripada bahagian perpatutan bagi nilai pasangan atau set yang diinsuranskan. KLAUSA SAMUN/ROMPAKAN BERSENJATA Dengan ini diisytiharkan dan dipersetujui bahawa Polisi ini diperluaskan untuk melindungi risiko Samun/Rompakan Bersenjata dan perkataan Rompakan hendaklah bermaksud pengambilan Harta Benda Yang Diinsuranskan:- i) Dengan melakukan kekejaman ke atas penjaga ii) Menyebabkan dia berada dalam ketakutan atau kekerasan iii) Daripada penjaga yang telah terbunuh atau tidak sedarkan diri. KLAUSA KO-INSURANS Dengan ini diakui bahawa Polisi ini dikeluarkan berasaskan KO-INSURANS dan apa-apa rujukan bagi terma SYARIKAT tentang polisi atau dalam apa-apa endorsan yang dilampirkan dalam perjanjian ini hendaklah bermaksud setiap Syarikat yang disebut di bawah ini bersetuju untuk membayar pampasan kepada Pihak Diinsuranskan Sekiranya berlaku kerugian bagi bahagian yang dipadankan dengan nama sebagaimana yang direkodkan di bawah ini:- PENANGGUNG INSURANS BAHAGIAN YANG DITENTUKAN AMAUN NO. POLISI 1 Liberty Insurance Bhd (Sebagaimana yang ditentukan dalam Jadual polisi) 2 3 Dengan ini selanjutnya diakui dan dipersetujui oleh semua Penanggung Insurans Bersama bahawa Penaja Jamin Utama LIBERTY INSURANCE BHD hendaklah menandatangani polisi semua Endorsan bagi pihak semua Penanggung Insurans Bersam 7