KERAJAAN MALAYSIA. Garis Panduan Perbelanjaan Secara Berhemat Bagi Mengawal Perbelanjaan Awam

dokumen-dokumen yang mirip
KEMENTERIAN KEWANGAN PEKELILING PERBENDAHARAAN BIL. 7 TAHUN 2008

UTHM/PB/100 6/4/1 (14 ) Tarikh: 25Julai 2008 PEKELILING BENDAHARI BIL. 8 / 2008

PEKELILING BENDAHARI BIL 2 TAHUN 2008 GARIS PANDUAN BAGI PERBELANJAAN SECARA BERHEMAT

PEKELILING BENDAHARI BILANGAN 1/2008

KEMENTERIAN KEWANGAN SURAT PEKELILING PERBENDAHARAAN BIL. 4 TAHUN 2013

11 LANGKAH PENJIMATAN

PERBENDAHARAAN MALAYSIA

PENGURUSAN BAJET 1.0 DEFINISI

BAYARAN PASPORT DAN VISA BAGI PEGAWAI YANG DILULUSKAN MENGIKUTI KURSUS JANGKA SEDERHANA DAN KURSUS JANGKA PANJANG DI LUAR NEGARA

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 14 TAHUN 2005

PENYEDIAAN CADANGAN ANGGARAN BELANJA MENGURUS UNTUK DUA TAHUN (TAHUN 2008 DAN 2009) Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

DRAF GARIS PANDUAN PELAKSANAAN MAJLIS DAN IPG KPM

INDEKS AKAUNTABILITI PENGURUSAN KEWANGAN KEMENTERIAN/ JABATAN DAN AGENSI KERAJAAN PERSEKUTUAN DAN NEGERI

SURAT PEKELILING PERBENDAHARAAN BIL. 11 TAHUN 1995 PANDUAN LAWATAN KE LUAR NEGERI KERANA PEROLEHAN KERAJAAN

MALAYSIA PEKELILING PERBENDAHARAAN BIL. 3 TAHUN 2002

JABATAN BENDAHARI. Bil. Kami : Bil. Tuan : Tarikh :

KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA SURAT PEKELILING PERBENDAHARAAN BIL.8 TAHUN 2011

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN MAJLIS DAN ACARA IPG KPM

KERAJAAN MALAYSIA. Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan : Kehilangan Dan Hapus Kira

BAB 14 AUDIT DALAMAN

KERAJAAN MALAYSIA. Garis Panduan Pelaksanaan Jawatankuasa Pengurusan Kewangan Dan Akaun

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA GP14 : GARIS PANDUAN PENGURUSAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KOPERASI

PANDUAN PELAKSANAAN DAN SYARAT PENTAULIAHAN SISTEM PERSIJILAN KEMAHIRAN MALAYSIA BAGI PROGRAM PELAJAR ANTARABANGSA DI DALAM NEGARA

BAB 2 BAJET Di peringkat Universiti, pengurusan bajet meliputi proses penyediaan bajet, pengagihan peruntukan dan kawalan perbelanjaan.

JPA. BK 43/12/2 Jld. 32 (30) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 29 TAHUN 2009

PEKELILING BENDAHARI BIL. 1 TAHUN 2013 TATACARA PEROLEHAN PERKHIDMATAN KEMUDAHAN LATIHAN SECARA PAKEJ

KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA SURAT PEKELILING PERBENDAHARAAN BIL. 11 TAHUN 2007

PEKELILING PENTADBIRAN BILANGAN 3 TAHUN 2007 KEMEMTERIAN PENGAJIAN TINGGI

JPA.BK (S) 230/ 19 Jld.3 ( 26 ) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2011

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK-PROJEK DI BAWAH MAKSUD PEMBANGUNAN P.16 (02) DAN (03)

KERAJAAN MALAYSIA. Tatacara Dan Peraturan Mengenai Pengurusan Pendahuluan Pelbagai

KANDUNGAN TAKLIMAT 1. SISTEM KEWANGAN NEGARA 2. KUMPULANWANG YANG DISATUKAN 3. PERATURAN KEWANGAN YANG BERKAITAN DENGAN BELANJAWAN 4

PENGURUSAN KUMPULANWANG AMANAH

MAKTAB KERJASAMA MALAYSIA

KERAJAAN MALAYSIA. Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bil. 9/1991 PANDUAN MENGENAI PELAKSANAAN DASAR PERSYARIKATAN MALAYSIA

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2016

Deskripsi Polisi Pengurusan Perhubungan Media Di Dalam Universiti Putra Malaysia. Naib Canselor

UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

UTHM.PB/100-6/4/1( 15 ) 4 Februari 2009 SURAT PEKELILING BENDAHARI BIL. 1/2009

KERAJAAN MALAYSIA. Kemudahan Perjalanan Udara Rasmi

PEKELILING BENDAHARI BIL. 4 TAHUN 2008 PENYEDIAAN CADANGAN PERBELANJAAN MENGURUS UNIVERSITI MALAYSIA SABAH BAGI TAHUN 2010 DAN 2011

KERAJAAN MALAYSIA. Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan : Penggunaan, Penyimpanan Dan Pemeriksaan

DRAF GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM KERJASAMA IPG KPM

PEKELILING PEJABAT BENDAHARI BIL. 5 TAHUN 2010 POLISI PERBELANJAAN BERHEMAT

GARIS PANDUAN GERAN UNIVERSITI PENYELIDIKAN (GUP) UNIVERSTI KEBANGSAAN MALAYSIA

KEMENTERIAN KEWANGAN PEKELILING PERBENDAHARAAN BIL. 7 TAHUN 2013 TATACARA DAN PERATURAN MENGENAI PENGURUSAN PENDAHULUAN PELBAGAI

PELAKSANAAN PROGRAM SKIM LATIHAN 1MALAYSIA (SL1M)

NOTA PERCAKAPAN YBHG. DATO HAJI ISMAIL BIN IBRAHIM KETUA PENGARAH BHEUU SEMPENA PERHIMPUNAN BULANAN BHEUU BIL. 2/ FEBRUARI 2013 (SELASA), 8.

KERAJAAN MALAYSIA. Pengurusan Aset Kerajaan

PERATURAN PEROLEHAN PERKHIDMATAN PERUNDING

KERAJAAN MALAYSIA. Peraturan Dan Kadar Bekalan Pakaian Seragam

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING KEMAJUAN PENTADBIRAN AWAM BILANGAN 2 TAHUN 1991

GARIS PANDUAN PENYEDIAAN KEMUDAHAN KOMPUTER DAN PERALATAN ICT GUNASAMA BAGI UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG

PEKELILING PERBENDAHARAAN BIL. 13 TAHUN 2008 PENGURUSAN KEHILANGAN DAN HAPUS KIRA WANG AWAM

JPA(S)(K)173/18/Jld.15(30) KERAJAAN MALAYSIA PENURUNAN KUASA MENIMBANG PELANTIKAN SECARA KONTRAK OLEH INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI AWAM

SUKATAN PEPERIKSAAN PENINGKATAN SECARA LANTIKAN (PSL) BAGI KERTAS PENOLONG PEGAWAI TADBIR - GRED N29

3 JUN 2016 (JUMAAT) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA (UTM) KUALA LUMPUR

JPA.BK(S)173/9/3Jld.2(1) No Siri : KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 23 TAHUN 2009

TATACARA PENJAGAAN ASET, PENGURUSAN KEHILANGAN DAN TINDAKAN YANG BOLEH DIKENAKAN APABILA BERLAKU KEHILANGAN

KERAJAAN MALAYSIA. Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan : Penggunaan, Penyimpanan Dan Pemeriksaan

JAWATAN BAGI SKIM PERKHIDMATAN KEWANGAN (W)

Bursar Office Rujukan : UKM 3.1/224/8 Jld XI Tarikh : 17 September 2014

GARIS PANDUAN MENGANJURKAN PERSIDANGAN UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

PIAGAM AUDIT UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

JPA.BK(S)250/1( 12 ) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 4 TAHUN 2009

ISI KANDUNGAN SYARAT-SYARAT DAN PERATURAN CUTI SANGKUTAN INDUSTRI (CSI) UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA 1. TUJUAN 1 2.

PEKELILING BENDAHARI

KERAJAAN SERI PADUKA BAGINDA MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 3 TAHUN 2004 PANDUAN PERTUKARAN PEGAWAI AWAM

KERAJAAN MALAYSIA. Pengurusan Kehilangan Dan Hapuskira Wang Awam

SURAT PEKELILING PERBENDAHARAAN BIL. 13 TAHUN 1999

KERAJAAN MALAYSIA SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 3 TAHUN 2009 BORANG LAPORAN PENILAIAN PRESTASI KHAS BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM

JPA.BK (S) 43/13/1Jld. 3 (15) KERAJAAN MALAYSIA SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 4 TAHUN 2009

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

PEKELILING BENDAHARI BIL. 3 TAHUN 2013 TATACARA PERMOHONAN DAN PELARASAN WANG PENDAHULUAN

PEKELILING JABATAN PENDAFTAR PEKELILING JABATAN PENDAFTAR BILANGAN 1 TAHUN 2011

Bilangan pengawal adalah seperti yang dinyatakan dalam Jadual Harga Tawaran (Lampiran F) dalam Borang Tender.

JPA.BK(R)149/3/5Jld.2(26) KERAJAAN MALAYSIA SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 7 TAHUN 2011

PELAKSANAAN PELAN LATIHAN SUMBER MANUSIA SEKTOR AWAM

PEJABAT BENDAHARI. Dekan Fakulti/ Ketua Bahagian/ Pusat/ Akademi UiTM Shah Alam. Ketua Bahagian / Unit Kewangan Zon Pejabat Bendahari UiTM Shah Alam

PANDUAN PERMOHONAN PEMBENTANGAN KERTAS PENYELIDIKAN DI LUAR NEGARA BAGI SEMINAR PERINGKAT ANTARABANGSA

GARIS PANDUAN LATIHAN PROFESIONAL/INDUSTRI

2.1. Bertugas rasmi bermaksud apa-apa sahaja lawatan ke luar negara yang Pegawai Pengawal membuat keputusan dengan memastikan pegawai

DASAR PENGURUSAN REKOD KERAJAAN

FADZILLAH BINTI RAHMAN

PEKELILING PERKHIDMATAN UPM BILANGAN 3 TAHUN 2011 DASAR DAN PROSEDUR PENGAMBILAN PEKERJA SAMBILAN HARIAN

TERMA ASAS RUJUKAN PERUNTUKAN PERKHIDMATAN PROFESIONAL BAGI KAJIAN KEMUNGKINAN PENGGUBALAN AKTA STANDARD KESELAMATAN SIBER

PENGURUSAN BELANJAWAN NEGARA KURSUS PENGURUSAN KEWANGAN

,ffi, 1. Surat pekeliling ini bertujuan untuk memaklumkan mengenai garis panduan

3. Tujuan Peperiksaan : Untuk pengesahan dalam perkhidmatan bagi Pembantu Tadbir (Kewangan) Gred W17 yang dilantik;

LPP(A)5/10 Jld.18 ( 12 ) LEMBAGA PERTUBUHAN PELADANG PEKELILING KETUA PENGARAH BILANGAN 3 TAHUN 2015

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

JPA(S)(BPTM)146/1-130( 12 ) KERAJAAN MALAYSIA SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 8 TAHUN 2008

PEKELILING BENDAHARI BIL. 3 TAHUN 2016 GARIS PANDUAN KEMUDAHAN BAYARAN MENGGUNAKAN KAD KORPORAT UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

3. Pegawai Yang Layak: Pengawal Keselamatan (Gred KP11/14) yang telah Menduduki peperiksaan disahkan dalam perkhidmatan.

3. Pegawai Yang Layak Penyelia Asrama (Gred N17) yang telah Menduduki Peperiksaan: disahkan dalam perkhidmatan.

KERAJAAN MALAYSIA SURAT PEKELILING AM BILANGAN 1 TAHUN 2013 PENYERAGAMAN FORMAT KEPALA SURAT BAGI KEMENTERIAN/JABATAN/AGENSI PERSEKUTUAN

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN TATACARA DAN SYARAT-SYARAT MELAKUKAN PEKERJAAN LUAR

BIL SENARAI SEMAK ZON/ SEKSYEN. 4. Tandatangan dan Cop Ketua PTJ yang berkaitan di ruang Melalui ke atas borang permohonan

Kertas ini bertujuan untuk melaporkan status sumber manusia UPM sehingga pada 18 Ogos 2017.

JPA.SARAAN 223/5/4-3 Jld.3 (12) No. Siri : KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 10 TAHUN 2016 BAYARAN KHAS TAHUN 2016

Transkripsi:

PB 3.1 KERAJAAN MALAYSIA Garis Panduan Perbelanjaan Secara Berhemat Bagi Mengawal Perbelanjaan Awam PERBENDAHARAAN MALAYSIA

KANDUNGAN PENGURUSAN PERBELANJAAN AWAM... 2 PB 3.1 Garis Panduan Perbelanjaan Secara Berhemat Bagi Mengawal Perbelanjaan Awam... 2 1. Tujuan... 2 2. Latar Belakang... 2 3. Garis Panduan Bagi Memantapkan Amalan Perbelanjaan Berhemat 2 3.1 Pengurusan Kewangan... 2 3.2 Elaun Lebih Masa... 3 3.3 Perjalanan Di Dalam Negeri... 3 3.4 Perjalanan Ke Luar Negara... 4 3.5 Pengurusan Aset... 5 3.6 Sewaan/Pengubahsuaian Pejabat... 5 3.7 Penggunaan Utiliti Dan Bahan... 5 3.8 Penganjuran Persidangan/ Seminar/ Pameran/ Mesyuarat/ Kursus/ Bengkel/ Retreat Tempatan/Antarabangsa... 5 3.9 Penganjuran Majlis/Keraian Rasmi... 6 3.10 Pelaksanaan Kempen... 6 3.11 Bayaran Kepada Pengurus Majlis (Event Manager)... 6 3.12 Pelaksanaan Projek Pembangunan... 7 3.13 Bayaran Bil Dan Tuntutan... 7 3.14 Pewujudan Jawatan... 7 3.15 Penyusunan Semula Organisasi/Pewujudan Badan Berkanun.. 8 3.16 Pematuhan Garis Panduan... 8 3.17 Arahan-arahan Umum... 8 M.S. 1/8

PENGURUSAN PERBELANJAAN AWAM PB 3.1 Garis Panduan Perbelanjaan Secara Berhemat Bagi Mengawal Perbelanjaan Awam 1. Tujuan 1.1 Tujuan Pekeliling ini adalah untuk memaklumkan semua Ketua Setiausaha Kementerian/Ketua Jabatan/Ketua Badan Berkanun mengenai langkah-langkah untuk melaksanakan perbelanjaan secara berhemat bagi mengawal perbelanjaan awam dan mengelakkan pembaziran. 2. Latar Belakang 2.1 Selaras dengan Akta Tatacara Kewangan 1957 (Akta 61), Arahan Perbendaharaan dan konsep Let Managers Manage, Pegawai Pengawal adalah bertanggungjawab untuk memastikan segala dasar perbelanjaan Kementerian /Jabatan dilakukan secara teliti, cekap, berkesan, mempunyai nilai untuk wang (value for money), berjimat dan berpegang kepada amalan-amalan yang terbaik supaya pengurusan kewangan berada pada tahap yang terkawal dan telus. Perkara ini telah diberi peringatan secara bertulis dalam surat pelantikan Pegawai Pengawal. 3. Garis Panduan Bagi Memantapkan Amalan Perbelanjaan Berhemat 3.1 Pengurusan Kewangan 3.1.1 Pegawai Pengawal hendaklah memastikan pengurusan kewangan di Kementerian/Jabatan dikendalikan berdasarkan sistem kawalan dalaman yang kukuh dan mengikut peraturan kewangan yang telah ditetapkan. Adalah menjadi amalan pengurusan yang baik untuk berbelanja secara berhemat dan mempunyai nilai untuk wang (value for money). 3.1.2 Pegawai Pengawal juga hendaklah mempertingkatkan peranan Unit Audit Dalam Kementerian/Jabatan untuk memastikan audit pengurusan kewangan dan audit prestasi dilaksanakan bagi menentukan sistem kewangan, perbelanjaan, hasil, aset dan stor diuruskan mengikut undang-undang, peraturan dan arahan berkaitan serta M.S. 2/8

memastikan sumber-sumber digunakan secara berhemat, cekap dan berkesan. 3.1.3 Pegawai Pengawal hendaklah memastikan pelaksanaan sesuatu program/aktiviti/projek adalah selaras dengan jumlah peruntukan yang telah diluluskan. Peruntukan tambahan tidak akan disediakan kecuali dalam keadaan tertentu. Pegawai Pengawal hendaklah memastikan tanggungan tahun lalu yang belum dijelaskan atau pelaksanaan sesuatu keputusan baharu ditampung melalui penjimatan peruntukan tahun semasa, dilakukan secara trade-off dengan Dasar Sedia Ada atau menyusun semula keutamaan perbelanjaan masing-masing bagi memperoleh penjimatan untuk menampung keperluan (jika ada). Pihak Jabatan Akauntan Negara tidak akan membuat sebarang bayaran bagi perbelanjaan yang melebihi peruntukan yang diluluskan melainkan perbelanjaan emolumen. Perbelanjaan emolumen yang melebihi peruntukan akan diselaraskan oleh Perbendaharaan pada penghujung tahun. 3.1.4 Pegawai Pengawal hendaklah memastikan semua peruntukan yang diluluskan mempunyai jadual pelan tindakan supaya dapat dibelanjakan mengikut perancangan sebelum akhir tahun. Perbelanjaan secara bunching pada penghujung tahun hendaklah dielakkan. 3.2 Elaun Lebih Masa 3.2.1 Perbelanjaan bagi kerja lebih masa hendaklah dikawal. Ketua Jabatan/Agensi dan pegawai yang mengarahkan kerja lebih masa hendaklah berpuas hati bahawa kerja lebih masa itu benar-benar penting untuk disiapkan atau dilaksanakan dalam tempoh yang ditetapkan. Semua arahan kerja lebih masa hendaklah dikeluarkan secara bertulis sebelum sesuatu tempoh kerja lebih masa dimulakan. 3.3 Perjalanan Di Dalam Negeri 3.3.1 Perbelanjaan bagi perjalanan di dalam negeri hendaklah dihadkan kepada perjalanan yang benar-benar perlu sahaja dengan bilangan pegawai yang minima dan kaedah perjalanan yang menjimatkan, tertakluk kepada jumlah peruntukan yang telah diluluskan. M.S. 3/8

3.4 Perjalanan Ke Luar Negara 3.4.1 Tugasan Rasmi Berkaitan Persidangan/Mesyuarat Pegawai Pengawal hendaklah merancang dengan teliti semua perjalanan ke luar negara dan memastikan pegawai yang diberi kelulusan ke luar negara adalah pegawai yang terlibat secara langsung serta perbelanjaan yang terlibat adalah pada kos yang berpatutan. Perjalanan ke luar negara yang didapati tidak mendatangkan faedah hendaklah dielakkan sama sekali walaupun Kementerian/Jabatan mempunyai peruntukan yang mencukupi. Tugasan rasmi ke luar negara hendaklah dihadkan kepada persidangan dan mesyuarat antarabangsa yang penting sahaja atau mesyuarat di antara Kerajaan. Pegawai yang hadir hendaklah yang terlibat secara langsung dengan tugas yang dipertanggungjawabkan dan bilangan pegawai tidak melebihi tiga (3) orang pegawai Kementerian/Jabatan. Permohonan kelulusan ke luar negara hendaklah dikemukakan kepada Perbendaharaan sekurang-kurangnya dua (2) minggu daripada tarikh perjalanan dan disertakan dengan perincian tujuan lawatan, anggaran perbelanjaan dan bilangan delegasi yang terlibat. 3.4.2 Tugasan Rasmi Berkaitan Pelaksanaan Kontrak/Projek Tugasan rasmi ke luar negara yang berkaitan dengan pelaksanaan sesuatu kontrak/projek sama ada dibiayai di bawah perbelanjaan mengurus atau perbelanjaan pembangunan perlu mendapatkan kelulusan Perbendaharaan. 3.4.3 Tugasan Rasmi Berkaitan Anggota Pentadbiran Tugasan rasmi ke luar negara yang melibatkan Y.B. Menteri, Y.B. Timbalan Menteri dan lain-lain Anggota Pentadbiran hendaklah mematuhi Arahan Setiausaha Jemaah Menteri Bilangan 1 Tahun 2008 Jabatan Perdana Menteri. Bilangan pegawai yang mengiringi Y.B. Menteri hendaklah bergantung pada keperluan/kepentingan perkhidmatan mereka semasa lawatan tersebut. Walau bagaimanapun, bilangan yang berpatutan adalah dua (2) orang pegawai, selain daripada seorang pegawai dari pejabat Y.B. Menteri yang berkenaan. Y.B. Timbalan Menteri tidak dibenarkan membawa manamana pegawai dari pejabat masing-masing. Ketua Setiausaha tidak dibenarkan menyertai bersama delegasi Y.B. Menteri menghadiri lawatan/mesyuarat di luar negara kecuali bagi mesyuarat-mesyuarat berjadual tertentu. M.S. 4/8

3.5 Pengurusan Aset 3.5.1 Bagi aset sedia ada, kerja-kerja penyelenggaraan hendaklah dilaksanakan secara optimum supaya dapat menjimatkan tenaga dan mengurangkan perbelanjaan dalam tempoh jangka masa akan datang. 3.6 Sewaan/Pengubahsuaian Pejabat 3.6.1 Semua cadangan untuk menyewa pejabat baru/tambahan sewaan ruang pejabat atau pengubahsuaian pejabat sedia ada adalah tidak dibenarkan kecuali dengan kelulusan Perbendaharaan. 3.7 Penggunaan Utiliti Dan Bahan 3.7.1 Usaha penjimatan penggunaan utiliti seperti air, elektrik, alat perhubungan dan bahan bakar serta bahan-bahan lain hendaklah dipertingkatkan melalui penyediaan dan penguatkuasaan peraturan dalaman Kementerian/Jabatan. 3.7.2 Pegawai Pengawal adalah diingatkan supaya membuat perbelanjaan secara berhemat dan menggunakan penjimatan untuk menampung perbelanjaan peningkatan tarif elektrik. Kementerian/jabatan/agensi perlu berusaha untuk menjimatkan perbelanjaan sama ada bagi perbelanjaan utiliti atau lain-lain perbelanjaan supaya dapat menampung sebarang keperluan baru dan seboleh-bolehnya mengelakkan permohonan peruntukan tambahan. 3.8 Penganjuran Persidangan/ Seminar/ Pameran/ Mesyuarat/ Kursus/ Bengkel/ Retreat Tempatan/Antarabangsa 3.8.1 Semua agensi Kerajaan hendaklah mengehadkan penganjuran persidangan/ seminar/ pameran/ mesyuarat/ kursus/ bengkel/ retreat dan memberi keutamaan kepada premis Kerajaan kecuali bagi persidangan/ seminar/ pameran/ mesyuarat antarabangsa yang melibatkan bilangan peserta yang lebih besar dan memerlukan kemudahan logistik yang lebih baik. Pegawai Pengawal hendaklah memastikan premis yang digunakan bersesuaian dengan matlamat penganjuran persidangan/ seminar/ pameran/ mesyuarat/ kursus/ bengkel/ retreat tersebut. M.S. 5/8

3.8.2 Pegawai Pengawal hendaklah memastikan perbelanjaan yang terlibat dalam penganjuran persidangan/ seminar/ pameran/ mesyuarat/ kursus/ bengkel/ retreat tersebut dibuat secara sederhana pada kadar yang diluluskan Kerajaan dan tanpa perbelanjaan yang keterlaluan untuk perhiasan, acara persembahan, cenderamata dan jamuan makan. 3.9 Penganjuran Majlis/Keraian Rasmi 3.9.1 Sebarang penganjuran majlis/upacara keraian seperti pembukaan pejabat/ penganugerahan/perasmian/pelancaran program/persidangan/mesyuarat, penyampaian hadiah, perasmian bengkel/kursus hendaklah dihadkan. Sekiranya perlu diadakan, Pegawai Pengawal/Ketua Jabatan hendaklah memastikan ia dibuat pada tahap sederhana, perbelanjaan dihadkan kepada perkara yang penting dan tidak melibatkan perbelanjaan yang besar. Majlis sebolehnya hendaklah dibuat menggunakan kemudahan/premis sedia ada Kerajaan. 3.9.2 Pemberian cenderamata tidak digalakkan tetapi sekiranya benar-benar diperlukan, hendaklah dihadkan kepada buku, kraf tangan tempatan atau produk makanan tempatan. 3.10 Pelaksanaan Kempen 3.10.1 Pelaksanaan kempen oleh Kementerian/Jabatan hendaklah diadakan bersesuaian dengan kumpulan sasaran yang dikenal pasti. Pegawai Pengawal dikehendaki menilai keberkesanannya serta memastikan tujuan kempen memenuhi impak yang hendak dicapai. 3.11 Bayaran Kepada Pengurus Majlis (Event Manager) 3.11.1 Sekiranya Kementerian/Jabatan menggunakan pengurus majlis (event manager) untuk menganjurkan acara/majlis seperti di perenggan 3.8 hingga 3.10, Pegawai Pengawal hendaklah memastikan item-item perbelanjaan yang termasuk dalam pakej dan akan dibayar oleh event manager adalah mengikut kadar yang ditetapkan oleh Kerajaan serta mematuhi semua peraturan kewangan yang berkuat kuasa. M.S. 6/8

3.12 Pelaksanaan Projek Pembangunan 3.12.1 Pelaksanaan projek pembangunan hendaklah mematuhi skop dan siling yang diluluskan oleh Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri sebagaimana arahan Ketua Setiausaha Negara dalam Surat Pekeliling Am Bilangan 1 Tahun 2007. Pegawai Pengawal hendaklah memastikan semua projek Kementerian/Jabatan yang telah diluluskan dilaksanakan mengikut jadual dan siap dalam tempoh yang ditetapkan. 3.13 Bayaran Bil Dan Tuntutan 3.13.1 Pegawai Pengawal hendaklah memastikan tiada tunggakan bayaran bil dan tuntutan ke atas bekalan dan perkhidmatan yang telah diberikan oleh pembekal dan kontraktor selaras dengan Arahan Perbendaharaan (AP) 103. Pegawai Pengawal juga dikehendaki memastikan semua bil dan tuntutan bagi sesuatu tahun dijelaskan sebelum berakhirnya tahun kewangan berkenaan. 3.14 Pewujudan Jawatan 3.14.1 Pewujudan jawatan baharu adalah dibekukan kecuali : 3.14.1.1 Jawatan tertentu dan kritikal yang terlibat secara langsung dalam bidang pendidikan, kesihatan dan penguatkuasaan. 3.14.1.2 kritikal yang memberikan perkhidmatan kepada orang ramai khususnya bagi projek-projek baharu yang telah siap seperti sekolah, hospital/klinik, balai polis dan sebagainya. 3.14.1.3 Jawatan yang secara langsung dapat menambah kutipan hasil negara. M.S. 7/8

3.15 Penyusunan Semula Organisasi/Pewujudan Badan Berkanun 3.15.1 Penyusunan semula organisasi Kementerian/Jabatan/Badan Berkanun tidak dibenarkan kecuali penyusunan semula tersebut bertujuan untuk memperkemaskan struktur organisasi tanpa melibatkan pewujudan jawatan baharu atau untuk mengurangkan bilangan tenaga pekerja. Pewujudan Badan Berkanun tidak dibenarkan. 3.16 Pematuhan Garis Panduan 3.16.1 Pegawai Pengawal hendaklah mengawasi setiap perbelanjaan dengan rapi dan sentiasa mengingatkan pegawai bahawa tindakan surcaj dan tatatertib boleh dikenakan ke atas mereka sekiranya didapati garis panduan dan syarat-syarat yang dinyatakan ini dan juga peraturanperaturan pengurusan kewangan yang sedia ada tidak dipatuhi. 3.17 Arahan-arahan Umum 3.17.1 Kerajaan Negeri termasuk Agensi-agensi Kerajaan Negeri, Badan Berkanun Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan adalah digalakkan mengadakan langkah-langkah kawalan mengikut garis panduan ini. M.S. 8/8