GARIS PANDUAN SUMBER MANUSIA PICOMS

dokumen-dokumen yang mirip
KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2016

JPA.BK (S) 230/ 19 Jld.3 ( 26 ) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2011

JPA. BK 43/12/2 Jld. 32 (30) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 29 TAHUN 2009

MAKTAB KERJASAMA MALAYSIA

FASAL III CUTI HARI REHAT Hari Ahad atau hari Jumaat di mana berkenaan dan hari Sabtu akan dianggap sebagai Hari Rehat Mingguan yang biasa.

PEKELILING PERKHIDMATAN UPM BILANGAN 3 TAHUN 2011 DASAR DAN PROSEDUR PENGAMBILAN PEKERJA SAMBILAN HARIAN

PERATURAN-PERATURAN PEGAWAI AWAM (PELANTIKAN, KENAIKAN PANGKAT & PENAMATAN PERKHIDMATAN) AHSAN AHMAD BAHAGIAN SUMBER MANUSIA JABATAN PENDAFTAR

GARIS PANDUAN PASCA-KEDOKTORAN

ISI KANDUNGAN SYARAT SYARAT DAN PERATURAN CUTI SABATIKAL UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA 1. PENDAHULUAN 1 2. TAFSIRAN 1-2

DASAR PERTUKARAN PEGAWAI UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

Universiti Malaysia PAHANG

Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) Nama dan Permulaan Kuatkuasa

BAB 10 GAJI DAN EMOLUMEN

POLISI CUTI JOHOR CORPORATION. Johor Corporation menyediakan kemudahan / faedah cuti seperti berikut :-

TAFSIRAN. Sebarang tempoh seseorang pegawai tersebut dibenarkan meninggalkan tugasnya (dikira sebagai putus perkhidmatan)

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SKIM KEMUDAHAN PERUBATAN PEGAWAI PENGENALAN

PEKELILING JABATAN PENDAFTAR PEKELILING JABATAN PENDAFTAR BILANGAN 2 TAHUN 2011

JPA.SARAAN 223/5/4-3 JLD.2 (3) No. Siri : KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2014 KEMUDAHAN CUTI MENJAGA ANAK

PEJABAT PENDAFTAR BAHAGIAN PENGURUSAN MODAL INSAN SINERGI TERAS KUALITI

PERATURAN PRAKTIKUM UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

doktor panel ertinya pengamal perubatan yang bertauliah yang bertugas di klinik panel;

GARIS PANDUAN PENANGGUNGAN KERJA

GARIS PANDUAN LATIHAN PROFESIONAL/INDUSTRI

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA PENAMBAHBAIKAN DASAR DAN GARIS PANDUAN INSENTIF BAGI STAF PENTADBIRAN YANG MELANJUTKAN PENGAJIAN

PERATURAN-PERATURAN PEGAWAI AWAM PENAMATAN PERKHIDMATAN) Oleh INA MD. YASIN

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 18 TAHUN 2009

PERATURAN PEPERIKSAAN

PERATURAN SKIM SANGKUT INDUSTRI / LATIHAN INDUSTRI UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2005].

MAKTAB KERJASAMA MALAYSIA

Bu k u in i k ep u n y a a n : Tandatangan:...

KERAJAAN SERI PADUKA BAGINDA MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 3 TAHUN 2004 PANDUAN PERTUKARAN PEGAWAI AWAM

SYARAT-SYARAT TAWARAN BIASISWA SUB KEPAKARAN & PASCA KEDOKTORAN BAGI KURSUS IJAZAH LANJUTAN DI UNIVERSITI-UNIVERSITI DALAM & LUAR NEGARA


JPA.BPO(S)324/14/9-6 Jld.14 s.k.3 (78) KERAJAAN MALAYSIA SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 1 TAHUN 2013

PERJANJIAN SKIM DERMASISWA PENGAJIAN TAHUN ASAS UNIVERSITI SELANGOR SEMESTER (SESI )

UNIVERSITI MALAYA (PUSAT PERUBATAN UNIVERSITI MALAYA) KUALA LUMPUR PERJANJIAN PERKHIDMATAN. Perjanjian Ini Dibuat pada haribulan tahun CONTOH

JPA.BK(S)173/9/3Jld.2(1) No Siri : KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 23 TAHUN 2009

SKIM PERKHIDMATAN KESIHATAN PELAJAR. (pindaan 2013)

AKTA UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI SUSUNAN PERATURAN

Kenapa membeli insurans atau menyertai skim takaful? Apakah jenis produk insurans/ takaful yang saya perlukan?

Unit Perkhidmatan, Bahagian Sumber Manusia

ISI KANDUNGAN SYARAT-SYARAT DAN PERATURAN CUTI SANGKUTAN INDUSTRI (CSI) UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA 1. TUJUAN 1 2.

PUSAT PENGETAHUAN, KOMUNIKASI & TEKNOLOGI (PPKT) KAMPUS PULAU PINANG UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

PANDUAN BUDAYA KERJA CEMERLANG PPKT. KAMPUS KEJURUTERAAN, USM Versi 3 (25 April 2017)

PERMOHONANPENUBUHAN PERSATUAN/KELAB PELAJAR

UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG PEKELILING PENTADBIRAN BILANGAN 2 TAHUN 2011 DASAR DAN GARIS PANDUAN CUTI SABATIKAL UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG

JPA.BK (S) 43/13/1Jld. 3 (15) KERAJAAN MALAYSIA SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 4 TAHUN 2009

PERJANJIAN BIASISWA SELANGORKU TAHUN 2017

Garis panduan ini menerangkan kaedah permohonan dan pelantikan Pembantu Penyelidikan di bawah peruntukan geran projek penyelidikan.

PERJANJIAN LATIHAN KEMAHIRAN ANTARA DAN MAJLIS AMANAH RAKYAT DAN PADA HARIBULAN 20

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA. UTHM/PP/100-6/3 Jld 9 (05) 2009 PEKELILING PENGURUSAN BIL. 05/2009

JPA.BPO(S)324/14/16-4 (14) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 15 TAHUN 2013

JPA(S)(K)173/18/Jld.15(30) KERAJAAN MALAYSIA PENURUNAN KUASA MENIMBANG PELANTIKAN SECARA KONTRAK OLEH INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI AWAM

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 14 TAHUN 2005

PANDUAN PENGURUSAN PEMANGKUAN DAN KENAIKAN PANGKAT DALAM PERKHIDMATAN AWAM

PEJABAT PENDAFTAR BAHAGIAN PENGURUSAN MODAL INSAN SINERGI TERAS KUALITI

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

Bab A : lantikan dan kenaikan pangkat Bab B : elaun-elaun dan kemudahan dalam perkhidmatan

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 1 TAHUN 2009

Peraturan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Pengurusan Keselamatan Pekerja Luar 2016

GARIS PANDUAN LATIHAN INDUSTRI Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)

JPA (K)(S)263/7/6 Klt.8(39) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 6 TAHUN 2016 PANDUAN PERTUKARAN PELANTIKAN

1.0 Langkah-langkah Sebelum Latihan Mengajar

PERATURAN-PERATURAN TABUNG KEBAJIKAN BERSAMA KOPERASI KAKITANGAN UiTM BERHAD

PUSAT TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA GARIS PANDUAN PENGGUNAAN PERALATAN DAN PERKAKASAN ICT UNTUK STAF UPNM

PENGENALAN LAPOR DIRI

PERJANJIAN PENDIDIKAN GURU

Panduan Am Untuk Staf Sekolah SK Taginambur Tamparuli, SABAH, MALAYSIA

UPSI (ISO) / BSM / P05 PINDAAN : 01

PEKELILING PENDAFTAR

BAB 12 BIASISWA & AKAUN PELAJAR

KELAYAKAN KEMUDAHAN PERUBATAN UNTUK PESARA (Awam Persekutuan) BAHAGIAN PASCA PERKHIDMATAN JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA

SYARAT TAWARAN DAN PERATURAN CUTI BELAJAR / BIASISWA (DALAM NEGARA)

M / S : 1/16 TARIKH : 1 APRIL 2015 PELANTIKAN DAN KENAIKAN PANGKAT KAKITANGAN PENTADBIRAN PINDAAN : 01 UPSI(ISO)/BSM/P09 KELUARAN : A 1.

TABUNG KEBAJIKAN KESATUAN KEBANGSAAN WARTAWAN SEMENANJUNG MALAYSIA

PERINGATAN KEPADA PEMOHON-PEMOHON

SYARAT PERMOHONAN BANTUAN KEWANGAN UNTUK MENGHADIRI KONFERENSI/WOKSYOP LUAR NEGARA

JPA(L)S. 175/4/1-1 KLT. 17 ( ) Siri No.

PEKELILING BENDAHARI BIL. 3 TAHUN 2013 TATACARA PERMOHONAN DAN PELARASAN WANG PENDAHULUAN

DASAR PASCA DOKTORAL UKM-SPKP-CRIM-PK04-GP05

PERJANJIAN PROGRAM SANGKUTAN DI ANTARA

IKLAN JAWATAN PEKERJA SAMBILAN HARIAN PEMBANTU TADBIR (P/O) GED N17 (SAMBILAN)

PEKELILING BENDAHARI BIL.2/2009 PERATURAN PEMBAYARAN PELAJAR

SURUHANJAYA HAK ASASI MANUSIA MALAYSIA PEKELILING SETIAUSAHA BILANGAN 1 TAHUN 2008 KADAR BARU PERUNTUKAN RAWATAN PERUBATAN

SOKONGAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA. PEJABAT PENDAFTAR Kod Dokumen: UPM/SOK/BUM/P003 PROSEDUR PELANTIKAN STAF KONTRAK BUKAN AKADEMIK

ISI KANDUNGAN SYARAT-SYARAT DAN PERATURAN CUTI SANGKUTAN INDUSTRI (CSI) UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA 1. TUJUAN 1 2.

Garis Panduan Mengikuti Kursus Anjuran Dalaman, Luaran dan Luar Negara

GARIS PADUAN PELAKSANAAN POLISI PENAWARAN KERJA SAMBILAN KEPADA PELAJAR UniMAP MENGGUNAKAN PERUNTUKAN TABUNG DEDIKASI DIRI.

Bahagian Penyelidikan & Inovasi, Universiti Sains Malaysia Jun 2010

SOAL & JAWAB UNIT PERJAWATAN AKADEMIK BAHAGIAN SUMBER MANUSIA (BSM)

GARIS PANDUAN DAN PERATURAN PROGRAM CUTI SABATIKAL

JPA(S)(BPO)324/14/12-4 Klt. 2 ( 22 ) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 27 TAHUN 2007

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT SAHABAT AGRO REWARD CAMPAIGN BANK PERTANIAN MALAYSIA BERHAD ( AGROBANK ) ( U)

IKLAN JAWATAN KOSONG

Staf yang ingin mengikuti Latihan Sub Kepakaran hendaklah memenuhi kelayakan berikut:-

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BAHAGIAN PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL

AKTA UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI 1971 PERLEMBAGAAN UNIVERSITI MALAYA 1997 KAEDAH-KAEDAH UNIVERSITI MALAYA (IJAZAH DOKTOR FALSAFAH) 2007

Kod Sebut Harga: INTAN(E): 3/2017

PEKELILING BENDAHARI BIL.2/2009 PERATURAN PEMBAYARAN PELAJAR

Transkripsi:

PENDAHULUAN Kolej Sains dan Kejururawatan Pusrawi Sdn Bhd (Dahulu dikenali sebagai Anggun Mulia Sdn Bhd) adalah sebuah syarikat yang ditubuhkan oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) pada 19hb Mei 2003 bagi mematuhi keperluan pendaftaran Kolej Kejururawatan PUSRAWI dengan Jabatan Pendidikan Swasta (JPS)/Kementerian Pengajian Tinggi (KPT). Kolej Sains dan Kejururawatan Pusrawi Sdn Bhd mula mengambil alih pentadbiran Kolej dari Pusat Rawatan Islam Sdn. Bhd. (kini Hospital PUSRAWI Sdn.Bhd.) diawal tahun 2004. Kolej Sains Perubatan Antarabangsa Pusrawi [PICOMS] yang ditukar (Dahulu dikenali sebagai Kolej Kejururawatan PUSRAWI) yang ditubuhkan pada April 1994 oleh Pusat Rawatan Islam Sdn. Bhd. (kini Hospital PUSRAWI Sdn. Bhd.), mengendalikan kursus peralihan dari Pembantu Jururawat kepada Penolong Jururawat pada peringkat awal penubuhannya dan pada Julai 1997 Kolej mendapat kelulusan untuk mengendalikan Program Diploma Kejururawatan. Pada tahun Oktober, 2010, Kolej telah bertukar kepada Kolej Sains Perubatan Antarabangsa Pusrawi yang lebih dikenali dengan nama singkatan PICOMS (Pusrawi International College of Medical Sciences). Nama baru ini lebih realistik dan mencerminkan sebuah institusi pengajian tinggi setanding dengan kolej universiti swasta lain dan sejajar dengan perancangannya untuk menawarkan program-program baru bidang sains perubatan dan kesihatan peringkat Diploma serta Ijazah secara usahasama dengan Universiti-universiti tempatan dan luar negara, selain memperkasakan program Diploma Sains Kejururawatan sediada. 2

MOTTO Ke Arah Kecemerlangan Holistik Dalam Pendidikan & Penjagaan Pesakit FALSAFAH Melahirkan generasi berilmu, beretika tinggi dan mendukung nilai-nilai murni insan dengan berpaksikan prinsip-prinsip Islam VISI Menjadi peneraju utama kecemerlangan akademik dalam bidang sains kesihatan dan perubatan menjelang tahun 2020 dengan melahirkan graduan yang berkualiti, bertanggungjawab dan mempunyai etika tinggi dalam penjagaan pesakit secara holistik MISI Pemantauan ketat dan komitmen tinggi untuk mengekalkan tahap akademik yang terbaik agar graduan dari PICOMS bersifat bertanggungjawab, dedikasi, efisyen, berkemahiran tinggi dan berkeperibadian mulia dalam aspek penjagaan pesakit secara holistik serta keinginan untuk meningkatkan tahap professional yang berterusan. 3

1. PEMAKLUMAN UMUM 1.1. Garis Panduan ini merupakan syarat-syarat perkhidmatan bagi staf Bergaji Bulan yang berjawatan tetap / kontrak bagi menentukan tatacara berhubung dengan perkhidmatan staf; 1.2 Staf yang dilantik adalah tertakluk kepada syarat-syarat perkhidmatan ini, polisi dan peraturan syarikat serta pindaannya dari semasa ke semasa; 1.3 Bagi perkara-perkara yang tidak disebut dalam garis panduan ini, syarikat berhak atas pertimbangan dan budi bicaranya membuat keputusankeputusan serta mengambil tindakan berpandukan kepentingan syarikat dan undang-undang yang berkuat kuasa; 1.4 Syarikat berhak menambah, membetul, meminda, mengubah atau membatalkan apa-apa dan mana-mana peruntukan di dalam perenggan ini melalui Pekeliling dan Arahan Pengurusan dari semasa ke semasa mengikut keperluan; 1.5 Sebarang perubahan ke atas kelayakan staf adalah tertakluk kepada undang-undang yang berkuatkuasa. 4

2. PELANTIKAN 2.1 Peraturan Umum a. Semua skim dan gred jawatan yang diwujudkan atau dijumudkan telah diluluskan oleh Lembaga Pengarah. i- pelantikan staf adalah mengikut keperluan syarikat dari masa ke semasa yang telah diluluskan oleh Lembaga Pengarah ii- pemilihan staf berdasarkan kepada merit, kelayakan, latihan yang diperolehi, pengalaman dan rekod pengalaman calon yang lepas. b. Syarikat adalah dibenarkan membuat lantikan bukan warganegara bekerja mengikut keperluan setelah mendapat kebenaran/kelulusan dari Lembaga Pengarah. 2.2. Calon yang dilantik oleh syarikat untuk memegang jawatan akan diberitahu secara rasmi melalui surat pelantikan yang akan menjelaskan syarat-syarat kontrak perkhidmatan, taraf jawatan, tempoh percubaan dan lain-lain syarat. 2.3 Calon yang dilantik dikehendaki memaklumkan kepada syarikat sebarang pertalian persaudaraan dengan mana-mana ahli keluarga syarikat ( jika ada). 5

3. PENEMPATAN DAN PERTUKARAN TEMPAT PERKHIDMATAN 3.1 Syarikat boleh menentukan penempatan staf yang dilantik mengikut kelayakan, kesesuaian dan keperluan syarikat. 3.2 Syarikat boleh menentukan pertukaran staf mengikut kelayakan, kesesuaian dan keperluan syarikat. 3.3 Kegagalan mematuhi arahan adalah dianggap engkar perintah dan boleh dikenakan tindakan tatatertib termasuklah ditamatkan daripada perkhidmatan. 6

4. TATACARA PENGAMBILAN 4.1 Semua pengambilan staf kedalam perkhidmatan boleh diiklankan melalui pelbagai cara seperti di tampal di notis syarikat, laman sesawang atau akhbar (jika perlu). 4.2 Calon-calon yang layak akan melalui proses temuduga oleh Panel Penemuduga/Pengambilan mengikut jawatan atau kaedah lain yang difikirkan sesuai. 4.3 Calon yang berjaya dalam temuduga akan diberitahu secara rasmi melalui surat pelantikan yang akan menjelaskan syarat-syarat kontrak perkhidmatan, gaji asas, elaun tarikh mula kerja, tempoh percubaan, pengesahan dan lain-lain syarat. 7

5. PEMERIKSAAN KESIHATAN DAN AKUAN BERKANUN 5.1 Sebelum memulakan perkhidmatan calon yang berjaya mestilah menjalankan pemeriksaan di Hospital atau klinik yang ditetapkan oleh Syarikat bagi menentukan yang calon sihat untuk menjalankan tugas jawatan yang ditawarkan oleh syarikat. 5.2 Sekiranya didapati tidak sihat tawaran jawatan oleh syarikat boleh dibatalkan. 5.3 Perbelanjaan pemeriksaan kesihatan hendaklah ditanggung oleh calon berkenaan. Walaubagaimanapun tuntutan perbelanjaan pemeriksaan boleh ditanggung oleh syarikat sekiranya calon itu didapati sihat dan layak untuk berkhidmat. Kos rawatan ini akan termasuk dalam peruntukan perbelanjaan rawatan tahunan calon. 5.4 Calon itu hendaklah membuat suatu akuan berkanun di bawah Akta Akuan Berkanun 1960 (Akta 13) bahawa dia :- a. tidak mempunyai apa-apa rekod jenayah; b. tidak pernah dibuang kerja; c. bukan penagih dadah; d. tidak memiliki kewarganegaraan asing; dan e. bukan seorang bankrap. 8

6. PERNYATAAN TIDAK BENAR Pada bila-bila masa selepas pelantikan, jika didapati apa-apa butiran yang diberikan di dalam borang permohonannya tidak benar, staf tersebut boleh ditamatkan dari perkhidmatan. 9

7. TARIKH KUAT KUASA PELANTIKAN 7.1 Pelantikan staf mula berkuat kuasa pada tarikh dia memulakan tugas dan staf itu akan menerima gaji dari tarikh tersebut. 7.2 Sekiranya hari staf itu sepatutnya memulakan tugas jatuh pada hari kelepasan am, maka tarikh kuat kuasa pelantikan staf itu akan dikira bermula pada hari kelepasan am tersebut. 10

8. PELANTIKAN DENGAN GAJI LEBIH DARIPADA GAJI MINIMUM 8.1 Pelantikan jawatan adalah mengikut gred jawatan selaras dengan struktur gaji. Sekiranya struktur gaji telah ditetapkan untuk jawatan tertentu, gaji permulaan ialah gaji minima dalam struktur gaji berkenaan. 8.2 Kecuali setelah mempertimbangkan kelulusan, pengalaman yang bersesuaian atau sebab-sebab khusus, syarikat dibenarkan membayar gaji permulaan di mana-mana kedudukan mata gaji atau gred mengikut pertimbangan Ahli Lembaga Pengarah / Pengurusan yang diwakilkan kuasa. 11

9. PEMBAYARAN DAN PERGERAKAN GAJI TAHUNAN 9.1 Pembayaran Gaji Pembayaran gaji adalah pada sebelum hari terakhir bulan berkenaan mengikut kalendar dan tidak akan melebihi 7hb pada bulan berikutnya. 9.2 Pergerakan Gaji Tahunan a. Asas Pemberian Pergerakan gaji tahunan adalah tertakluk kepada perkhidmatan yang memuaskan. Penilaian prestasi hendaklah dibuat oleh Ketua Jabatan/ Ketua Program masing-masing dan diperakukan / diluluskan oleh Ketua Pegawai Eksekutif atau Lembaga Pengarah. b. Kadar pergerakan Penentuan kadar Pergerakan Gaji Tahunan (PGT) pada setiap tahun adalah atas budi bicara syarikat tertakluk kepada merit, prestasi staf dan kedudukan kewangan syarikat. Pergerakan gaji tidak dilaksanakan secara automatik dan ia boleh ditahan, diberhentikan atau ditangguhkan mengikut kesesuaian sekiranya staf mempunyai masalah prestasi kerja atau tatatertib. c. Pemakluman pergerakan Pemaklumkan pergerakan gaji dibuat secara bertulis kepada setiap staf bagi mempastikan kerahsiaan (confidentiality) terjamin. d. Tarikh pergerakan Tarikh pergerakan gaji tahunan adalah pada 1 Januari pada setiap tahun (berkuatkuasa Januari 2013). Jika perkhidmatan seseorang staf kurang daripada 12 bulan, kadar kenaikan gajinya akan diselaraskan mengikut kesesuaian. 12

10. TEMPOH PERCUBAAN 10.1 Setiap staf dikehendaki menjalani tempoh percubaan bagi jawatan yang disandangnya sekurang-kurangnya selama 6 bulan. 10.2 Staf yang berkhidmat dalam tempoh percubaan akan dibayar gaji pokok permulaan mengikut jadual gaji yang telah ditentukan. 10.3 Walau apa pun, Ahli Lembaga / Pengurusan yang diberi kuasa boleh meletakkan tangga gaji yang lebih tinggi bagi sesuatu lantikan berdasarkan pengalaman atau keperluan perjawatan. 10.4 Jika penilaian prestasi seseorang staf dalam tempoh percubaan tidak mencapai tahap yang memuaskan, perkhidmatannya boleh ditamatkan. Walaubagaimanapun, jika pada pendapat Ketua Program/ Ketua Jabatan staf tersebut patut diberi peluang untuk memperbaiki mutu perkhidmatannya lanjutan tempoh percubaan boleh diberikan selama 6 bulan berikutnya kepada staf tersebut. (Peraturan ini tidak terpakai kepada staf yang dilantik secara kontrak). 13

11. PENGESAHAN JAWATAN 11.1 Seseorang staf yang melaksanakan tugasnya dengan cekap / cemerlang dalam tempoh percubaan atau dalam tempoh percubaan yang dilanjutkan boleh disahkan dalam jawatan. 11.2 Jabatan Sumber Manusia akan mengeluarkan Surat Pengesahan Dalam Jawatan kepada staf berkenaan bagi memaklumkan bahawa staf tersebut telah disahkan jawatannya. 14

12. KEPERLUAN DALAM PERKHIDMATAN 12.1 Seseorang staf dikehendaki menjalankan dan menyempurnakan tugastugas mengikut keperluan jawatannya dan hendaklah menumpukan sepenuh masa dan perhatian terhadap tugas tersebut atau lain-lain tugas yang diarahkan kepada staf itu dari semasa ke semasa. 12.2 Syarikat boleh menukarkan staf bagi menjalan tugas yang pelbagai untuk program meningkatkan tugas (job enrichment), memperluaskan tugas (job enlargement) dan pusingan tugas (job rotation) 12.3 Staf juga boleh diberi tugas yang dibawah gred tugasnya sebagai kesan penyusunan semula struktur organisasi atau sebab-sebab lain yang pada pandangan syarikat adalah wajar tetapi syarikat akan memastikan staf itu dibayar gaji mengikut gred gaji asalnya. 12.4 Seseorang staf hendaklah sepanjang masa mematuhi perintah / arahan ketuanya atau sesiapa jua yang diwakilkan kuasa untuk mengeluarkan perintah / arahan tersebut dan hendaklah sentiasa mengutamakan kepentingan syarikat berbanding dengan kepentingan-kepentingan lain. 15

13. PERTUKARAN DAN PINDAH KHIDMAT 13.1 Seseorang staf boleh diarahkan bertukar di mana-mana Negeri dalam Malaysia atau di Luar Negara, dimana khidmatnya diperlukan. 13.2 Seseorang staf boleh dipindah khidmat ke mana-mana syarikat atau organisasi yang syarikat mempunyai kepentingan dan perkhidmatan staf itu dianggap tidak terputus. 16

14. PEMINJAMAN PEGAWAI Syarikat berhak untuk melantik staf untuk bertugas secara pinjaman di manamana syarikat miliknya dan melantik staf untuk bertugas secara pinjaman di syarikat bagi jawatan yang difikirkan sesuai. Tempoh pinjaman adalah selama 2 tahun dan tidak melebihi 5 tahun. 17

15. KENAIKAN PANGKAT 15.1 Kenaikan pangkat seseorang staf adalah berdasarkan merit iaitu: a. Kecekapan dan prestasi kerja staf; b. kelayakan, pengetahuan, kemahiran dan pengalaman staf; c. sifat-sifat peribadi, termasuk kesesuaiannya dengan jawatan kenaikan pangkat, keutuhan, potensi dan kepimpinan staf; dan d. kegiatan luar dan sumbangan staf kepada syarikat, 15.2 Keputusan dalam kenaikan pangkat adalah hak mutlak syarikat dan boleh dipertimbangkan. 15.3 Jika di dalam pertimbangan kenaikan pangkat, terdapat dua atau lebih staf yang sama kebolehannya, keutamaan akan diberi kepada staf yang lebih kekananan perkhidmatannya. 18

16. URUSAN PEMANGKUAN 16.1 Jika berlaku kekosongan sementara akibat dari perletakan jawatan, percutian yang panjang atau ketiadaan mana-mana staf, seseorang staf boleh dipertimbangkan oleh syarikat untuk dilantik secara pemangkuan. 16.2 Pelantikan secara pemangkuan bagi jawatan Pengurusan Tertinggi (Ketua Eksekutif, Pengurus, Dekan, Pendaftar, Bendahari) hendaklah diluluskan oleh Ahli Lembaga Pengarah. 16.3 Bagi jawatan selain daripada yang tersebut di atas, pelantikan secara pemangkuan hendaklah diluluskan oleh Ketua Pegawai Eksekutif / Pengerusi. 16.4 Ahli Lembaga Pengarah/Pengerusi berhak menetapkan sebarang jumlah elaun yang munasabah mengikut kesesuaian jawatan yang dipangku. 17. TANGGUNG KERJA Seseorang staf yang diarahkan menanggung kerja staf lain akan dibayar dengan kadar elaun ¼ daripada gaji pokok staf yang di tanggung kerja itu atau tertakluk kepada syarat-syarat pekeliling semasa. 18. PEMBERIAN ELAUN Syarikat memperuntukkan beberapa jenis elaun kepada staf berdasarkan tugas dan tanggungjawab jawatan yang disandang. Syarat-syarat, kaedah dan kadar elaun adalah mengikut peraturan yang ditetapkan oleh syarikat dan berhak membuat semakan dari semasa ke semasa. 19

19. PEMBAYARAN ELAUN Syarikat memperuntukan pembayaran elaun kepada staf yang berkelayakan mengikut peraturan dan undang-undang yang berkuatkuasa. Elaun-elaun yang diperkenalkan adalah bagi kemudahan staf kerana menjalankan tugas-tugas luar atas permintaan/arahan syarikat: 19.1 Elaun Perjalanan / Elaun Penginapan / Elaun Makan Apabila Melibatkan Perjalanan Elaun perjalanan bermaksud elaun yang dibayar oleh syarikat kepada staf yang melakukan perjalanan atas urusan rasmi syarikat. a. Elaun Perjalanan i. Sekiranya staf menggunakan kenderaan sendiri, staf layak membuat tuntutan elaun per kilometer seperti yang ditetapkan oleh syarikat seperti berikut :- GRED JAWATAN KADAR TUNTUTAN BAWAH 501 KM PENTADBIRAN AKADEMIK 500 KM KEATAS Ketua Eksekutif Timbalan Ketua Eksekutif /Pengurus Besar Pengurus Kanan Pengurus Penolong Pengurus Eksekutif Kerani Pembantu Pejabat Principal Lecturer RM 0.70 sen RM 0.55 sen Pensyarah Kanan Pensyarah Jururawat Klinikal RM 0.60 sen RM 0.50 sen Motorsikal RM 0.30 sen ii. iii. Staf layak membuat tuntutan tol dan meletak kenderaan (parking) dengan mengemukakan resit. Jika perjalanan staf secara berkumpulan menggunakan kenderaan sendiri dimana tempat yang sama dan waktu yang sama, hanya seorang 20

sahaja yang dibenarkan membuat tuntutan. Kecuali staf tersebut mempunyai urusan-urusan lain syarikat yang tidak membolehkan staf pergi secara berkumpulan. iv. Kadar tuntutan per km ini boleh dipinda oleh Lembaga Pengarah atas nasihat dan pandangan dari Pengurusan mengikut keadaan semasa. v. Staf yang diminta menjalankan tugas ke luar kawasan / daerah dengan menggunakan kenderaan awam boleh membuat tuntutan seperti berikut:- GRED JAWATAN JENIS PENGANGKUTAN PENERBANGAN LAIN-LAIN Semua Kategori Kelas Ekonomi Keretapi Kelas Pertama Bas Ekspress Hawa Dingin MESTI mengemukakan resit asal untuk tuntutan vi. Jika perjalanan perlu dilakukan ke satu tempat dimana terdapat perkhidmatan pesawat/ penerbangan adalah lebih murah, perjalanan perlu dilakukan melalui cara tersebut kecuali terdapat sebab-sebab yang tertentu yang tidak membenarkan keadaan tersebut. b. Elaun Penginapan i. Mana-mana staf yang dikehendaki berada dan bermalam diluar kawasan dengan tujuan menjalankan tugas-tugas syarikat layak mendapat elaun penginapan seperti berikut kecuali disediakan :- 21

GRED JAWATAN KELAYAKAN MAKSIMA PENTADBIRAN AKADEMIK DENGAN RESIT TANPA RESIT Ketua Eksekutif Principal Lecturer RM 250.00 RM 125.00 Pengurus Besar Pengurus Kanan Pensyarah Kanan RM 200.00 RM 100.00 Pengurus Pensyarah RM 150.00 RM 75.00 Penolong Pengurus Eksekutif Kerani Pembantu Pejabat Jururawat Klinikal RM100.00 RM 50.00 ii. Sebarang tuntutan mestilah disertakan dengan resit-resit asal yang berkaitan. c. Elaun Makan Apabila Melibatkan Perjalanan i- Mana-mana staf yang dikehendaki berada dan bermalam diluar kawasan dengan tujuan menjalankan tugas-tugas syarikat layak mendapat Elaun Makan seperti berikut kecuali disediakan:- GRED JAWATAN KADAR TUNTUTAN PENTADBIRAN AKADEMIK DENGAN RESIT TANPA RESIT Ketua Eksekutif RM 100.00 RM 50.00 Timbalan Ketua Principal Lecturer RM 90.00 RM 45.00 Eksekutif / Pengurus Besar Pengurus Kanan Pensyarah Kanan RM 80.00 RM 40.00 Pengurus Pensyarah RM 60.00 RM 30.00 Penolong Pengurus Jururawat RM50.00 RM 25.00 Eksekutif Kerani Pembantu Pejabat RM 40.00 RM 25.00 22 o o Staf yang bertugas diluar kawasan lebih dari 24 jam (seharian) layak membuat tuntutan seperti diatas ini. Staf yang bertugas di luar kawasan bagi tempoh 8 jam tetapi kurang dari 24 jam termasuk dalam perjalanan adalah layak menuntut Elaun Harian sebanyak separuh dari Elaun Makan ini.

o o o Elaun Makan ini tidak boleh dituntut di dalam bandar dan kawasan yang sama ia berada. Petaling Jaya di kira didalam kawasan Kuala Lumpur. Elaun Makan tidak layak dituntut jika kemudahan makan disediakan. Masa Perjalanan dan Kelayakan yang dibenarkan adalah : Tempoh Masa Bertolak sebelum 7 pagi dan kembali selepas 2 petang Bertolak sebelum 7 pagi dan kembali selepas 7 petang Bertolak selepas 7 pagi dan kembali selepas 7 petang Kelayakan Minum Pagi + Makan Tengahari Minum Pagi + Makan Tengahari + Makan Malam Makan Tengahari + Makan Malam Pengiraan tuntutan Elaun Makan adalah seperti berikut : 20% : Minum Pagi 40% : Makan Tengahari 40% : Makan Malam 19.2 Elaun Lebih Masa i- Istilah Kerja Lebih Masa ialah kerja-kerja sepatutnya diselesaikan dalam waktu kerja biasa tetapi tidak dapat disempurnakan dan memerlukan waktu dilanjutkan selepas waktu kerja biasa. ii- iii- Kerja Lebih Masa ini hanya akan diiktiraf/dibayar setelah mendapat kebenaran atau diminta berbuat demikian oleh Ketua Jabatan / Ketua Akademik / Pengetua atau Ketua Eksekutif sahaja. Pembayaran Kerja Lebih Masa:- a. Pengiraan kerja lebih masa pada hari kerja biasa adalah seperti berikut:- Kadar Sehari = Gaji Pokok 26 hari Kadar Gaji Sejam = Kadar Sehari 8 jam 23

Jumlah tuntutan lebih masa = Jumlah Jam x Kadar Gaji Sejam x 1.5 b. Pengiraan kerja lebih masa pada hari rehat adalah seperti berikut: Jumlah jam bekerja kurang daripada separuh jumlah jam bekerja biasa akan dibayar ½ hari gaji. Jumlah jam bekerja lebih daripada separuh jumlah jam bekerja biasa akan dibayar satu (1) hari gaji. Jumlah jam bekerja lebih daripada lapan (8) jam akan dibayar dua (2) kali kadar per jam. c. Pengiraan kerja lebih masa pada cuti umum adalah seperti berikut:- Staf yang bertugas lebih satu jam atau kurang lapan jam semasa cuti umum akan dibayar dua (2) kali pada kadar gaji sehari. Staf yang bekerja lebih daripada lapan (8) jam akan dibayar tiga (3) kali kadar per jam. iv- Staf yang gaji pokoknya melebihi RM 1,500.00 sebulan adalah tidak layak untuk membuat tuntutan kerja lebih masa. Pihak syarikat berhak memberi cuti rehat bagi menggantikan kerja lebih masa yang dibuat. 19.3 Elaun Pakaian Seragam a. Staf dalam kategori berikut dikehendaki memakai pakaian seragam yang ditetapkan oleh syarikat semasa bertugas. i. Pengajar Klinikal b. Staf yang dikehendaki memakai pakaian seragam akan diperuntukkan dua (2) pasang pakaian seragam untuk satu (1) tahun perkhidmatan oleh syarikat. Pakaian seragam ini meliputi : 24 i. Staf Perempuan : Baju, kain, tudung dan kasut

ii. Staf Lelaki : Baju, seluar dan kasut c. Jumlah peruntukan setahun untuk pakaian seragam adalah ditetapkan oleh syarikat. 19.4 Elaun Dobi Staf yang diberikan pakaian seragam adalah layak menerima Elaun Dobi sebanyak RM 30.00 sebulan. Jumlah ini tertakluk kepada semakan dari tahun ke tahun. 25

20. NOTIS PELETAKAN JAWATAN DAN PENAMATAN PERKHIDMATAN 20.1 NOTIS PERLETAKAN JAWATAN a. Perkhidmatan Dalam Tempoh Percubaan Staf dalam tempoh percubaan boleh menamatkan perkhidmatan bersama syarikat dengan syarat : i. memberi notis 24 jam dan bayaran satu (1) bulan gaji bagi keduadua pihak iaitu staf atau syarikat. ii. iii. memberi notis satu (1) bulan tanpa dikenakan apa-apa bayaran bagi kedua-dua pihak iaitu staf atau syarikat. Staf dalam tempoh percubaan yang memberi notis berhenti kurang dari satu (1) bulan adalah dikira berhenti 24 jam. b. Setelah Disahkan Dalam Jawatan Staf yang telah disahkan dalam jawatan boleh menamatkan perkhidmatan bersama syarikat dengan syarat : i. memberi notis 24 jam dan bayaran dua (2) bulan gaji bagi Staf Pentadbiran dan bayaran tiga (3) bulan gaji bagi Staf Akademik bagi kedua-dua pihak iaitu staf atau syarikat. ii. iii. memberi notis dua (2) bulan bagi staf Pentadbiran dan memberi notis tiga (3) bulan bagi staf Akademik tanpa dikenakan apa-apa bayaran bagi kedua-dua pihak iaitu staf atau syarikat. Staf Pentadbiran yang telah disahkan dalam jawatan yang memberi notis kurang dari dua (2) bulan dan Staf Akademik yang telah disahkan dalam jawatan memberi notis kurang dari tiga (3) bulan adalah dikira berhenti 24 jam. c. Staf Akademik yang meletakkan jawatan, pihak pengurusan akan mengambilkira semester pelajar yang sedang berjalan bagi memberi kelulusan penerimaan perletakan jawatan mereka. Sekiranya perletakan tersebut di pertengahan semester, maka pengurusan tidak akan menerima perletakan tersebut sehinggalah 26

semester tersebut tamat bagi mengelakkan kerumitan di pihak syarikat / kolej. d. Sekiranya di dalam tempoh percubaan atau setelah disahkan dalam jawatan staf didapati melanggar apa-apa peraturan dan tatatertib sebagaimana yang terkandung di dalam syarat-syarat perkhidmatan serta peraturan tatatertib, maka perkhidmatan staf boleh ditamatkan dengan serta merta dengan tanpa apa-apa faedah atau bayaran pampasan. 20.2 PENAMATAN PERKHIDMATAN 20.2.1 Syarikat boleh menamatkan perkhidmatan mana-mana pegawai dengan kelulusan Ahli Lembaga 20.2.2 Notis penamatan perkhidmatan hendaklah mengikut Akta Kerja 1955 (Akta 265). 20.2.2 Perkhidmatan seseorang pekerja boleh ditamatkan atas sebab-sebab yang berikut: (a) Dikenakan tindakan tatatertib (b) Telah disabitkan dengan suatu kesalahan jenayah oleh mahkamah syariah atau mahkamah sivil; (c) Telah diisytiharkan bankrap oleh mahkamah (d) Memalsukan maklumat kesihatan. (e) Penstrukturan semula syarikat (f) Penutupan syarikat (g) Pengurangan pengeluaran (h) Penggabungan syarikat (i) Kegawatan ekonomi dan (j) Penambahan teknologi. 20.2.3 memberi notis penamatan perkhidmatan sebagaimana yang ditetapkan di bawah akta 265 mengikut ketetapan yang berikut: a. 4 minggu notis jika pekerja telah bekerja selama kurang daripada 2 tahun; b. 6 minggu notis jika pekerja telah bekerja selama 2 tahun tetapi kurang daripada 5 tahun; atau c. 8 minggu notis jika pekerja telah bekerja lebih daripada 5 tahun. 27

atau mengikut tempoh notis perkhidmatan yang dinyatakan dalam kontrak perkhidmatan pekerja itu. 20.2.4 melaksanakan pemberhentian pekerja secara berperingkat dalam tempoh yang lebih panjang. 28

21. BONUS TAHUNAN 21.1 Syarikat hanya akan mengisytiharkan peruntukan bonus tahunan setelah mengambilkira kewangan syarikat bagi tahun kewangan sebelumnya diluluskan oleh Ahli Lembaga Pengarah. 21.2 Pengiraan bonus staf pula adalah berdasarkan penilaian prestasi masingmasing pada tahun berkenaan. Staf yang mempunyai penilaian prestasi tahunan tidak memuaskan, rekod kedatangannya tidak memuaskan atau yang dikenakan tindakan tatatertib atau sedang mengambil cuti tanpa gaji atau melanggar syarat-syarat pemberian bonus yang ditetapkan oleh Lembaga Pengarah tidak layak menerima bonus yang diisytiharkan. 29

22. UMUR PERSARAAN 22.1 Umur persaraan wajib bagi staf ialah 60 tahun. 22.2 Seseorang staf yang berumur lebih daripada 60 tahun boleh dilantik semula secara kontrak dengan syarat kesihatan staf diperakui baik dan memuaskan.. 22.3 Faedah persaraan wajib ini adalah ditentukan oleh Ahli Lembaga Pengarah. 30

23. CUTI 23.1 Cuti Umum Sekiranya cuti umum tersebut jatuh pada hari cuti rehat maka cuti rehat akan diganti pada hari bekerja berikutnya. (Klausa ini tidak melibatkan cuti umum yang jatuh pada hari Sabtu). Pihak Syarikat berhak meminta dalam keadaan tertentu sekiranya diperlukan mana-mana staf bertugas pada hari cuti umum. 23.2 Cuti Rehat Tahunan a. Kelayakan Cuti i. Hanya staf yang berjawatan tetap layak mendapat peruntukan cuti tahunan bergaji. Manakala staf bukan berjawatan tetap adalah mengikut Surat Perlantikan (kontrak, sambilan dsbnya). ii. iii. iv. Staf yang berjawatan tetap tetapi belum disahkan jawatan hanya layak mengambil cuti selepas 3 bulan perkhidmatan. Jika dalam 3 bulan pertama staf tersebut mengambil cuti, cuti yang diambil dikira sebagai Cuti Tanpa Gaji. Selepas tempoh 3 bulan tersebut, staf dibenarkan menggunakan kelayakan cuti tahunannya. Staf perlu bekerja lengkap setahun (12 bulan) bagi mendapat kelayakan cuti tahunan penuh. Jika tempoh perkhidmatan tidak genap setahun untuk tahun berkenaan, kelayakan cuti akan berdasarkan kiraan prorata dari tarikh perlantikan staf. v. Kelayakan cuti tahunan staf yang berjawatan tetap adalah seperti berikut: 31

GRED JAWATAN KELAYAKAN CUTI PENTADBIRAN AKADEMIK DIBAWAH 5 TAHUN PERKHIDMATAN LEBIH 5 TAHUN PERKHIDMATAN Ketua Eksekutif 28 32 Pengurus Besar Principal Lecturer 26 30 Pengurus Kanan Pensyarah Kanan 24 28 Pengurus Pensyarah 20 24 Penolong Pengurus Jururawat Klinikal 18 22 Eksekutif Kerani 16 20 Pembantu Pejabat 14 17 b. Cara Memohon Cuti Tahunan i. Permohonan dengan mengisi borang yang disediakan oleh syarikat. ii. Mendapatkan sokongan dari pegawai dan diluluskan dari Ketua Jabatan/ Ketua Program masing-masing. iii. Menyerahkan Borang Cuti ke Jabatan Sumber Manusia tiga (3) hari sebelum staf memulakan cuti bagi tujuan rekod. iv. Sekiranya kurang dari 3 hari akan dikira sebagai Cuti Kecemasan. c. Kelulusan Bercuti Jabatan Sumber Manusia berhak tidak meluluskan cuti yang telah diluluskan oleh Ketua Jabatan/Ketua Program masing-masing sekiranya tidak mematuhi polisi permohonan cuti tahunan yang ditetapkan kecuali dalam keadaan kecemasan. Pengurusan berhak untuk memanggil balik staf yang sedang bercuti ataupun membatalkan cuti tahunan atau sebahagian darinya pada bila-bila sama sekiranya memerlukan kehadiran staf tersebut. d. Sambungan Cuti 32

Staf tidak dibenarkan menyambung cuti tanpa kebenaran dari Ketua Jabatan/Ketua Program masing-masing. Sebarang permohonan untuk melanjutkan cuti hendaklah dibuat kepada Ketua Jabatan/Ketua Program masing-masing sebelum cuti yang diambil itu tamat. e. Cuti Tahunan Untuk Tempoh Yang Panjang Staf yang ingin memohon cuti tahunan lebih dari 14 hari bekerja berturut-turut adalah dikehendaki memohon secara bertulis dengan menyatakan alasan munasabah untuk bercuti bagi satu tempoh yang lama beserta Borang Cuti. Permohonan bertulis juga mestilah mendapatkan kelulusan dan disahkan oleh Ketua Jabatan masing-masing. f. Cuti Tahunan Yang Tidak Dihabiskan Staf dibenarkan membawa baki cuti rehat tahunan ke tahun hadapan sebanyak 7 hari sahaja. Atas sebab-sebab tertentu staf yang ingin membawa baki lebih dari yang ditetapkan, perlu mendapat kelulusan dari Pengurusan terlebih dahulu. Baki cuti tersebut pula perlu dihabiskan dalam tempoh 4 bulan pertama tahun semasa. Sekiranya staf gagal berbuat demikian dalam tempoh yang ditetapkan, Pengurusan berhak untuk memansuhkan baki cuti tersebut. Syarikat tidak akan membuat sebarang bayaran bagi baki cuti tahunan yang tidak habis digunakan. g. Cuti Melebihi Had Kelayakan Sekiranya staf mengambil cuti tahunan berlebihan dari kelayakan yang diperuntukkan, syarikat berhak memotong dari gaji bulanan staf berkenaan. 23.3 Cuti Kecemasan Cuti kecemasan adalah sebarang cuti yang dipohon atau diambil oleh staf kurang daripada 3 hari sebelum tarikh bercuti. Staf dibenarkan mengambil cuti kecemasan hanya jika berlaku, i. Kematian. 33

ii. iii. masalah kesihatan yang serius ahli keluarga terdekat. perkara / masalah staf yang memerlukan perhatian segera dari staf Ketua Jabatan hendaklah dimaklumkan terlebih dahulu pada hari cuti dipohon dan tempoh maksima sesuatu cuti kecemasan yang dibenarkan ialah 3 hari sahaja. Staf perlu mengisi Borang Cuti terlebih dahulu sekembalinya bertugas. Bukti dokumen atau Sijil Kematian perlu dikepilkan bersama Borang Cuti berkenaan. Pengambilan cuti kecemasan yang banyak dan / atau kerap akan diambilkira dalam penilaian prestasi tahunan staf. 23.4 Cuti Sakit Staf yang sakit dan tidak dapat menjalankan tugas hendaklah mendapatkan cuti sakit dari doktor kerajaan atau doktor panel syarikat. Dalam keadaan kecemasan, dimana jika tiada klinik/hospital kerajaan atau panel klinik syarikat, staf dibenarkan mendapat cuti sakit dari mana-mana klinik swasta. a. Kelayakan Cuti Sakit Had cuti sakit yang dibenarkan adalah seperti berikut: BERKHIDMAT KURANG DARI 2 TAHUN 2 TAHUN ATAU LEBIH TETAPI TIDAK LEBIH DARI 5 TAHUN BERKHIDMAT LEBIH 5 TAHUN Semua jawatan 14 hari 18hari 25 hari i. Staf perlu memaklumkan sendiri atau melalui pihak ketiga memaklumkan kepada Ketua Jabatan masing-masing dengan segera apabila mereka mengambil cuti sakit dan menyerahkan surat/ Sijil Cuti Sakit dengan segera atau apabila kembali bertugas. 34 ii. Ketua Jabatan hendaklah mengesahkan kesahihan cuti sakit tersebut sebelum diserahkan ke Jabatan Sumber Manusia. Staf yang mengemukakan Sijil Cuti Sakit palsu atau yang diperolehi dengan cara yang tidak sah boleh diambil tindakan tatatertib oleh pihak syarikat.

iii. Syarikat mempunyai hak menolak cuti sakit yang disebabkan perkara yang disengajakan seperti: pembedahan plastik untuk tujuan kosmetik atau mengambil dadah dengan sengaja atau mengugurkan kandungan dengan sengaja atau kerana hamil luar nikah iv. Staf yang mengambil cuti sakit semasa bercuti tahunan maka cuti tahunan mereka tidak akan ditolak. v. Jika staf mengambil cuti sakit melebihi kelayakan, cuti tahunan staf akan ditolak. Jika cuti tahunan telah habis digunakan, maka tindakan pemotongan gaji boleh diambil ke atas staf tersebut. 35 b. Cuti Sakit Yang Tidak Diambil Mana-mana staf yang tidak mengambil cuti sakit dalam satu-satu tahun semasa mengikut kalender tahunan, pengurusan dari masa kesemasa boleh memberi imbuhan/ganjaran sebagai galakan. c. Cuti Masuk Hospital / Cuti Sakit Berpanjangan Staf syarikat yang menjalani pemeriksaan kesihatan oleh doktor kerajaan atau doktor panel syarikat (kecuali diminta membuat rujukan ke hospital atau doktor lain oleh doktor panel) dan disahkan tidak sihat serta dimasukkan ke hospital layak mendapat cuti masuk hospital bergaji tertakluk kepada peraturan berikut : i. Bagi tempuh 60 hari bergaji penuh ii. Bagi 30 hari berikut bergaji separuh iii. Bagi 30 hari seterusnya tanpa gaji Staf perlu memaklumkan sendiri atau melalui pihak ketiga memaklumkan kepada Jabatan Sumber Manusia dengan segera apabila mereka dimasukkan ke manamana hospital. Staf dikehendaki menyerahkan surat/ sijil masuk hospital kepada Jabatan Sumber Manusia apabila kembali bertugas.

Pihak syarikat mempunyai hak tidak menerima cuti masuk hospital jika di sebabkan perkara yang disengajakan seperti pembedahan plastik, akibat penyalahgunaan dadah, arak dan perkara yang menyalahi undang-undang. Staf yang dimasukkan ke hospital semasa mengambil cuti tahunan, cuti tahunan mereka tidak akan ditolak. Staf yang sakit berpanjangan sehingga satu (1) tahun atau mengambil cuti sakit melebihi had dibenarkan 3 tahun berturut-turut boleh diminta menjalani pemeriksaan kesihatan oleh satu Lembaga Perubatan (Medical Board) bagi menentukan tahap kesihatan staf. Bagi maksud pengiraan cuti sakit, staf yang disahkan sakit berlanjutan tetapi tidak dimasukkan ke hospital atas sebab-sebab tertentu dan atas nasihat berserta surat akuan dari doktor yang merawat dianggap sebagai dirawat di hospital. Staf yang tidak bertugas kerana cuti sakit pada hari berkenaan tanpa mendapat pengesahan dari doktor panel Syarikat atau hospital kerana ataupun setelah mendapat pengesahan akuan sakit tidak memberitahu atau berusaha memberitahu syarikat dalam tempoh 2 hari berturut-turut dari tarikh cuti sakitnya bermula akan dianggap tidak hadir bertugas tanpa kelulusan Syarikat. 23.5 Cuti Bersalin 23.5.1 Setiap staf wanita berhak mendapat cuti bersalin selama 60 hari secara berterusan. Tempoh ini adalah termasuk hari cuti rehat dan cuti umum. Untuk layak menerima faedah cuti bersalin ini, seseorang staf itu mestilah telah berkhidmat tidak kurang dari 90 hari dalam masa 4 bulan sebelum bersalin. 23.5.2 Ketidakhadiran selepas dari 60 hari akan dikira sebagai cuti tanpa gaji. 23.5.3 Keguguran selepas 7 bulan, cuti kerana keguguran dianggap cuti bersalin biasa dan cuti 60 hari diberikan. Jika keguguran kurang dari 7 bulan (28 minggu) akan dikira cuti sakit biasa. 36

23.5.4 Kemudahan cuti bersalin bergaji ini dibenarkan tidak lebih dari lima (5) kali termasuk kelahiran anak sebelum berkhidmat dengan syarikat dan mengambilkira bilangan lima (5) anak yang masih hidup. Kos bersalin selepas 5 orang anak akan ditanggung sendiri oleh staf. 23.6 Cuti Paterniti Peruntukan cuti dengan bergaji penuh diberikan selama 2 hari bagi staf lelaki bilamana isteri bersalin bagi menguruskan kelahiran anak. 23.7 Cuti Tanpa Rekod 23.7.1 Cuti tanpa rekod adalah diberi kepada staf atas budi bicara syarikat tertakluk kepada kes-kes tertentu atau istimewa, diwajibkan, khas atau yang tidak dapat dielakkan seperti : a. Mewakili syarikat, negeri, negara dalam sebarang aktiviti sukan atau kebudayaan. b. Melanjutkan pelajaran, atau menduduki peperiksaan yang ditaja atau diluluskan oleh syarikat. c. Menghadiri aktiviti latihan pertubuhan beruniform atau persatuan yang diluluskan oleh kerajaan (bagaimana pun ianya mesti tidak melebihi 21 hari setahun). d. Menghadiri mesyuarat, kursus, seminar, persidangan atau aktiviti pertubuhan atau persatuan yang diluluskan oleh syarikat. e. Menggantikan tempoh kerja lebih masa yang telah dilakukan. f. Terpaksa melalui proses kuarantin di pintu masuk negara, lapangan terbang atau pelabuhan yang diarah pihak berkuasa. g. Kehadiran yang diperlukan oleh undang-undang seperti menjadi saksi mahkamah dan sebagainya. 23.7.2 Hanya staf yang berjawatan tetap, telah disahkan dalam jawatan serta telah berkhidmat melebihi dua (2) tahun sahaja layak diberi cuti tanpa rekod. 37

23.7.3 Cuti tanpa rekod yang akan diluluskan mestilah membawa kebaikan kepada kedua-dua belah pihak iaitu staf dan syarikat atau pun kepentingan umum. Dokumen atau bukti bertulis adalah diperlukan sebelum kelulusan boleh diberikan. 23.7.4 Syarikat akan menentukan samada memberi cuti tanpa rekod bergaji penuh, separuh gaji atau tiada gaji berdasarkan status cuti tersebut. 23.8 Cuti Tanpa Gaji 23.8.1 Cuti tanpa gaji hanya diberi kepada staf yang berjawatan tetap, telah disahkan dalam jawatan serta telah berkhidmat melebihi dua (2) tahun. 23.8.2 Staf perlu menggunakan atau menghabiskan semua cuti tahunan masingmasing sebelum layak memohon cuti tanpa gaji. 23.8.3Kelulusan permohonan cuti tanpa gaji hanya akan diberikan tertakluk kepada syarat-syarat berikut : a. menyumbang meningkatkan mutu kerja staf. b. mengatasi masalah, perlindungan atau peningkatan tahap kesihatan samada bagi diri sendiri, ibu bapa, suami isteri atau anak. (Laporan kesihatan daripada doktor adalah dikehendaki sebelum kelulusan diberikan). c. melanjutkan pelajaran, menghadiri kursus atau seminar atau sebarang program memajukan diri yang boleh memberi kebaikan kepada syarikat secara langsung atau tidak langsung. d. Menunaikan haji atau umrah. (Tempoh maksima cuti diberi untuk tujuan ini ialah 40 hari). e. mengikut suami atau isteri yang ditugaskan ke luar negara. Cuti maksima diberi ialah 2 tahun sahaja. 23.8.4 Staf perlulah mendapat sokongan dan kelulusan dari Ketua Jabatan masing-masing bagi cuti tanpa gaji ini. 38

23.8.5 Bagi staf yang mengambil cuti tanpa gaji untuk tempuh 30 hari ke atas, tarikh kenaikkan gaji tahunan mereka akan tertunda. 23.9 Cuti Ehsan 23.9.1 Pertimbangan untuk kelulusan Cuti Ehsan kepada staf adalah berdasarkan keadaan seperti berikut : a. Kematian keluarga terdekat. Maksud keluarga terdekat: i- Suami / isteri staf ii- Anak-anak iii- Ibu bapa staf iv- Ibu Bapa Mertua staf v- Adik- Beradik staf b. Bencana alam seperti kebakaran, banjir, tanah runtuh dan sebagainya 23.9.2 Kelayakan Cuti Ehsan bergaji penuh yang diberikan dalam setahun ialah selama 5 hari. Staf hanya dibenarkan mengambil maksima 3 hari Cuti Ikhsan bagi setiap kali permohonan. Bagaimanapun dalam keadaan yang tertentu, Ketua Jabatan boleh menimbangkan untuk memberikan lebih dari 3 hari. 23.9.3 Bagi keadaan kecemasan staf perlu memaklumkan kepada Ketua Jabatan masing-masing melalui telefon secepat mungkin. 23.9.4 Staf perlu mengisi Borang Cuti sebaik sahaja balik bekerja dan mengemukakan dokumen atau bukti bagi kejadian tersebut. Kegagalan mengemukakan dokumen atau bukti, staf akan dianggap cuti tanpa kebenaran. 23.9.5 Sekiranya staf mengambil lebih dari 5 hari yang dibenarkan maka cuti yang selebihnya itu akan ditolak dari cuti tahunan. 23.10 Cuti Belajar dan Cuti Peperiksaan 39

23.10.1 Cuti belajar/peperiksaan diberi kepada semua kategori staf syarikat tertakluk kepada syarat-syarat berikut : a. Ianya menyumbang meningkatkan mutu kerja staf. b. Kursus atau program diikuti dapat memajukan diri staf dan memberi kebaikan kepada syarikat. 23.10.2 Staf perlu mengemukakan bukti atau dokumen pendaftaran sebagai pelajar dan mendapat kebenaran bertulis dari syarikat untuk menyambung pengajian. 23.10.3 Semua permohonan cuti belajar/cuti peperiksaan mestilah dikemukakan kepada pengurusan satu (1) bulan sebelum mengambil cuti belajar/cuti peperiksaan dan pengurusan akan meneliti terlebih dahulu bagi memastikan ianya membawa kebaikan kepada syarikat dan juga staf. 23.10.4 Kelulusan bagi cuti belajar hanya bagi tempoh staf itu belajar (termasuk hari-hari peperiksaan). 23.10.5 Kelulusan bagi cuti belajar melebihi 1 tahun hanya akan diberi sekali sahaja bagi setiap (3) tahun berkhidmat dan kelulusan cuti belajar untuk tempuh 6 bulan hingga 1 tahun hanya akan diberi sekali sahaja bagi setiap dua (2) tahun berkhidmat. 23.10.6 Syarikat akan menentukan samada staf diberi cuti belajar bergaji penuh, separuh gaji atau tanpa gaji dalam tempoh cuti belajar tersebut. 23.10.7 Cuti belajar/peperiksaan hanya layak kepada staf yang telah disahkan jawatan sahaja. Bagi staf yang belum disahkan jawatan perlu mengambil cuti tanpa gaji. 23.11 Cuti Untuk Menunaikan Fardu Haji Cuti menunaikan Fardhu Haji diberikan kepada semua staf Islam dengan syarat-syarat berikut : yang berugama 40

23.11.1 Staf telah berkhidmat berterusan melebihi lima (5) tahun layak diberi Cuti Haji bergaji penuh sekali bagi sepanjang perkhidmatan dengan syarikat. 23.11.2 Staf yang tidak layak dibawah peruntukan di para 4.12.1 hendaklah mengambil cuti tahunan mereka atau mengambil cuti tanpa gaji bagi tujuan ini. 23.11.3 Tempoh cuti diberi ialah 40 hari dikira dari hari staf berangkat ke Mekah. 23.11.4 Staf hendaklah menggunakan cuti rehat masing-masing (jika perlu) untuk tujuan persiapan dan lain-lain tujuan sebelum dan / atau sekembali dari menunaikan haji. 23.11.5 Semua permohonan bagi cuti menunaikan Fardu Haji perlu dibincangkan dan mendapat kelulusan dari Lembaga Pengarah / Ketua Eksekutif dua (2) bulan terlebih dahulu supaya tidak mengganggu perkhidmatan. 23.12 Cuti Kahwin Staf yang berkahwin kali pertama semasa perkhidmatan dengan syarikat adalah layak untuk mendapat cuti kahwin sebanyak 2 hari. Kelayakan ini hanya untuk staf yang telah disahkan dalam jawatan sahaja. 23.13 Cuti Gantian Staf yang bekerja pada hari cuti rehat atau cuti umum tetapi tidak layak membuat tuntutan kerja lebih masa adalah dibenarkan mendapat cuti gantian. Cuti gantian hanya akan diberi kelulusan sekiranya tugas yang perlu dilakukan pada hari cuti tersebut adalah benar-benar diperlukan dan tidak boleh ditangguh. Kelayakan dan syarat mendapat cuti diatas: a. telah bekerja lebih dari 4 jam pada hari cuti rehat / cuti umum tersebut. b. diarahkan bertugas oleh Ketua masing-masing (Ketua Jabatan /Ketua Akademik / Ketua Eksekutif / Pengetua). 41

c. memaklumkan terlebih dahulu kepada Jabatan Sumber Manusia keperluan untuk bekerja pada hari cuti rehat / cuti umum. Staf tidak digalakkan mengambil cuti gantian pada hari yang berikutnya. 24. KEMUDAHAN PERUBATAN Definisi Panel Doktor Bermaksud doktor perubatan yang berdaftar dan dilantik oleh syarikat. Nama-nama doktor panel ini disenaraikan dan akan dimaklumkan kepada semua staf. Sebarang penambahan doktor panel akan dimaklumkan. Definisi Tanggungan a. Isteri bagi staf lelaki b. Anak kandung, anak tiri atau anak angkat yang sah staf itu, dengan syarat anak tersebut masih belum berkahwin dan berumur tidak lebih dari 21 tahun atau jika masih belajar dalam Malaysia, anak tersebut hendaklah berumur tidak lebih dari 23 tahun. 24.1 Rawatan Pesakit Luar Semua staf dan tanggungan mereka boleh mendapat rawatan pesakit luar atau/ dan pakar di rangkaian klinik kendalian Hospital PUSRAWI Sdn. Bhd atau panel doktor yang dilantik atau mana-mana klinik/hospital kerajaan. Kelayakan had tanggungan syarikat setahun adalah seperti berikut :- a. Staf Berkahwin - RM 1,000.00 setahun b. Staf Bujang - RM 500.00 setahun Dalam keadaan tertentu/kecemasan sekiranya rawatan tidak dapat diperolehi dari klinik/hospital yang dinyatakan diatas, maka staf dibenarkan mendapatkan rawatan dari mana-mana klinik swasta yang berdaftar. 24.2 Rawatan Pesakit Dalam 42

Had kos rawatan yang ditanggung oleh syarikat untuk pesakit yang dimasukan ke dalam wad (In-Patient) termasuk rawatan bersalin adalah seperti berikut :- a. Rawatan Sakit Dalam - RM 8,000.00 setahun 24.2.1 Kemasukkan Ke Wad Hospital Kerajaan Staf yang dimasukkan ke Hospital Kerajaan jika dirujuk oleh Doktor / Pakar Hospital PUSRAWI Sdn.Bhd. layak mendapat kemudahan wad kelas 2 tertakluk kepada perenggan 24.2 diatas. 24.2.2 Rujukan Kepada Pakar Luar a. Mana-mana staf yang dirujuk oleh Doktor / Pakar Hospital PUSRAWI Sdn.Bhd. kepada Pakar Luar layak menuntut separuh dari jumlah bil rawatan Pakar luar tersebut tertakluk kepada had maksima RM3,000.00 bagi setiap kes. b. Mana-mana staf yang TIDAK dirujuk oleh Doktor / Pakar Hospital PUSRAWI Sdn.Bhd. TIDAK layak mendapat kemudahan perubatan seperti di perenggan 24.2 (a) dan dikehendaki menjelaskan bil perubatannya sendiri. 24.2.3 Ubat-Ubatan/ Rawatan Yang Tidak Ditanggung Ubat-ubatan dari kategori kosmetik, vitamin dan pil perancang keluarga atau rawatan bertujuan untuk melansingkan badan, pengguguran kandungan yang disengajakan atau bersalin (tanpa penikahan yang sah) adalah tidak ditanggung oleh syarikat. 24.3 Rawatan Pergigian Kemudahan rawatan pergigian diberikan kepada staf sahaja tidak lebih dari RM 200.00 setahun. Kemudahan ini tidak termasuk gigi palsu, crowning, braces dan rawatan yang berbentuk kosmetik. 43

25.0 WAKTU BEKERJA 25.1 Waktu Kerja Hari bertugas dan waktu kerja biasa bagi staf adalah seperti berikut:- HARI Isnin Jumaat WAKTU BEKERJA 8.00 pagi 5.00 petang Staf di Bahagian Akademik tidak tertakluk kepada waktu kerja yang ditetapkan tetapi tertakluk kepada jadual mengajar yang ditetapkan oleh fakulti masing-masing 25..2 Waktu Rehat HARI Isnin Khamis Jumaat WAKTU REHAT 1.00 petang 2.00 petang 12.15 tengahari 2.45 petang 25.3 Meninggalkan Tempat Kerja Semasa Bertugas 25.3.1 Mana-mana staf yang perlu meninggalkan tempat kerja semasa waktu bertugas (kecuali waktu rehat tengahari) dikehendaki mendapatkan kebenaran daripada Ketua Jabatan masing-masing terlebih dahulu. 25.3.2 Staf yang keluar pejabat sehingga dua (2) jam bagi urusan peribadi atau kecemasan perlu mendapat kebenaran Ketua Jabatan / Ketua Eksekutif terlebih dahulu. 25.3.3 Jika staf keluar melebihi dua (2) jam tetapi tidak melebihi empat (4) jam maka staf dikehendaki mengambil cuti separuh hari dan jika melebihi empat (4) jam staf dikehendaki mengambil cuti penuh satu (1) hari. 25.4 TIdak Hadir Bertugas 25.4.1 Staf syarikat diwajibkan menelefon untuk memaklumkan ketidakhadirannya ke pejabat segera mungkin atau sebelum bermula waktu bekerja supaya kerja-kerja mereka boleh dijadualkan semula. 44

25.4.2 Panggilan hendaklah dibuat untuk setiap hari tidak hadir kecuali pada panggilan pertama satu tempoh tertentu dinyatakan. Ketua Jabatan berhak mengetahui sebab-sebab ketidakhadiran staf berkenaan. 25.4.3Tidak hadir bekerja tanpa meminta cuti atau kebenaran bererti melanggar tatasusila kerja dan tindakan tatatertib tertentu akan dikenakan terhadap staf yang berkenaan. Perhatian: Seksyen 15 (2) Akta Kerja 1955 memperuntukan bahawa seseorang pekerja yang telah tidak hadir bertugas lebih dari dua (2) hari berturut-turut tanpa memberitahu atau cuba apa-apa notis terdahulu dengan sendirinya memutuskan kontrak pekerjaan dengan majikan. 45

26. CARUMAN KUMPULAN WANG SIMPANAN PEKERJA (KWSP) 26.1 Caruman staf ialah 11% daripada gaji pokok, elaun-elaun tetap, dan bonus yang diterima oleh staf manakala caruman oleh syarikat ialah 12 % daripada gaji pokok dan lain-lain pendapatan staf. 26.2 Kadar caruman adalah tertakluk kepada sebarang perubahan Akta KWSP yang dikeluarkan dari masa kesemasa. 27. CARUMAN PERTUBUHAN KESELAMATAN SOSIAL (PERKESO) Kadar caruman adalah tertakluk adalah mengikut polisi dan undang-undang yang berkuatkuasa. 46

28. LATIHAN DAN PEMBANGUNAN Syarikat menggalakkan staf untuk mengikuti latihan dan pembangunan bagi peningkatan pengetahuan dan kemahiran supaya staf boleh melaksanakan tugas dengan cekap dan berkesan yang boleh membawa kebaikan kepada syarikat. 28.1 Umum a. Staf boleh dikehendaki menghadiri apa-apa latihan/kursus/seminar/forum atau menduduki apa-apa ujian/penilaian/peperiksaan yang dikehendaki oleh syarikat. b. Syarikat juga akan membantu mana-mana staf yang ingin melanjutkan pelajaran dalam bidang yang diperkenalkan dalam bentuk pemberian subsidi kepada yuran kelas atau ditanggung terus oleh syarikat dan/atau mengikut persetujuan kedua-dua pihak. c. Staf yang diberi peluang untuk mengikuti latihan dan pembangunan yang bersesuaian dengan keperluan syarikat mestilah mendapat kelulusan dari pihak pengurusan / Lembaga Pengarah terlebih dahulu sebelum memohon untuk dibiaya. d. Staf yang dibiayai bagi mengikuti latihan dan pembangunan ini, setelah tamat tempoh latihan dan pembangunan kehendaki menandatangani satu perjanjian dan akan terus berkhidmat dengan syarikat mengikut kontrak perjanjian. e. Bagi latihan atau kursus yang dipohon melebihi tempoh 3 bulan, syarikat perlu mendapatkan kelulusan dari Lembaga Pengarah. 47

29. TATATERTIB 29.1 Umum Staf adalah sentiasa terikat dengan etika kerja, peraturan, polisi dan prosedur syarikat yang berkuatkuasa. a. Staf syarikat pada amnya adalah dikehendaki menjalankan tugas dan tanggungjawab dengan sempurna dan meletakkan sepenuh kesetiaan kepada syarikat bagi memajukan syarikat dalam bidang kerja masingmasing. b. Etika kerja, peraturan, polisi dan prosedur yang akan dikuatkuasakan bertujuan memastikan staf memahami serta mengenalpasti garispanduan tertentu. Ianya juga usaha pihak syarikat dalam mewujudkan suasana tempat kerja yang harmoni, adil dan saksama bagi semua staf. 29.2 Jenis-jenis Kesalahan dan Salahlaku Staf yang gagal menjalankan tugas, tanggungjawab serta mematuhi peraturan dan polisi syarikat seperti berikut, maka tindakan tatatertib boleh di ambil ke atas mereka seperti berikut: 1. Engkar perintah yang diberikan oleh Lembaga Pengarah atau mana-mana Pengurusan Atasan yang menjalankan peraturan-peraturan syarikat. 2. Enggan menerima pemberitahuan yang dikeluarkan atas urusan tatatertib. 3. Enggan melakukan kerja lebih masa dengan sengaja tanpa sebab-sebab munasabah. 4. Enggan atau menolak daripada menjalankan sebarang tugas yang di arahkan. 48

49 5. Enggan memberi perkhidmatan kepada pelanggan tanpa sebab-sebab yang munasabah. 6. Berkelakuan atau bertutur dengan pelanggan dengan cara yang sumbang atau menyakitkan hati pelanggan. 7. Memberikan maklumat palsu dengan tujuan untuk di ambil bekerja. 8. Mengemukakan tuntutan-tuntutan yang didapati palsu atau tidak benar. 9. Memalsukan atau memadam apa-apa rekod atau dokumen rasmi mengenai staf dengan tujuan menipu atau mengelirukan pihak syarikat. 10. Meminda atau mengubah maklumat dalam dokumen, surat pekeliling atau notis yang dikeluarkan oleh syarikat dengan tanpa kebenaran. 11. Memberi atau membocorkan atau cuba membocorkan mana-mana rahsia atau maklumat terperinci syarikat kepada mana-mana pihak. 12. Mencuri, menipu atau bersubahat melakukan sebarang perbuatan yang boleh ditakrifkan tidak jujur berkaitan dengan harta benda syarikat, atau stafnya atau mana-mana pelanggannya atau harta benda atau barangan pihak lain yang melawat atau berurusan dengan syarikat. 13. Merosakkan atau menyebabkan akan kehilangan harta benda atau barangan milik syarikat. 14. Mengubah, memindah atau menyorokkan harta benda syarikat atau staf lain tanpa izin samada di kawasan syarikat atau di tempat kerja. 15. Menerima atau memberikan rasuah. 16. Menerima apa-apa bentuk barangan atau hadiah yang boleh ditaksirkan sebagai rasuah. 17. Tidak hadir bertugas tanpa melebihi dua (2) hari atau lebih berturut-turut tanpa dapat dikesan atau sebab-sebab yang munasabah. 18. Melazimkan datang lewat atau pulang lebih awal daripada waktu kerja yang dijadualkan. 19. Meninggalkan atau tiada berada di tempat kerja semasa waktu bekerja atau kembali lewat ke tempat kerja apabila keluar pada waktu rehat dengan tanpa keizinan pegawai atasan.

20. Cuai dalam melakukan tugas. 21. Tidak cekap atau gagal menepati syarat mutu kerja minima atau penghasilan kerja minima yang ditetapkan. 22. Tidur dalam waktu bekerja. 23. Merusuh atau berkelakuan diluar kesopanan semasa waktu kerja atau di dalam kawasan tempat kerja. 24. Menumbuk atau memukul atau melakukan perbuatan yang sama dengan sengaja yang boleh menederakan staf atau pelanggan. 25. Bersama-sama atau membantu atau bersubahat melakukan perbuatanperbuatan di perenggan 24. 26. Berkelakuan yang boleh mendatangkan bahaya ke atas nyawa dan keselamatan orang lain di tempat kerja. 27. Didapati tidak siuman atau mengalami kesan dadah atau minum minuman yang memabukkan semasa berada di tempat kerja atau diluar syarikat. 28. Didapati bersalah atau dihukum oleh mana-mana mahkamah termasuk mahkamah syariah. 29. Melakukan perbuatan sumbang yang dilarang oleh Agama Islam di dalam atau di luar kawasan syarikat. 30. Mengambil bahagian atau bersubahat dalam apa-apa bentuk perjudian ditempat kerja. 31. Melibatkan diri dalam kegiatan meminjamkan wang secara riba atau di isytihar bankrap. 32. Tidak memakai atau enggan memakai pakaian seragam yang dibekalkan oleh syarikat semasa bertugas. 33. Tidak mematuhi kod berpakaian yang ditetapkan oleh syarikat. 34. Gagal mematuhi undang-undang atau peraturan keselamatan atau prosedur yang ditetapkan bagi mengelakkan kemalangan atau jangkitan penyakit. 50