AKTA PENDIDIKAN 1996 PERATURAN-PERATURAN PENDIDIKAN (PERSATUAN IBU BAPA-GURU) 1998

dokumen-dokumen yang mirip
TATA CARA KUMPULAN SOKONGAN IBU BAPA (SARANA) SMK KING GEORGE V SEREMBAN NEGERI SEMBILAN

PERLEMBAGAAN PERSATUAN IBUBAPA DAN GURU (PIBG) MAAHAD/ SEKOLAH MENENGAH UGAMA (ARAB) YAYASAN ISLAM KELANTAN

(6) Rekod-rekod ini boleh diperiksa oleh anggota pada bila-bila masa mengikut syarat-syarat pemeriksaan yang ditetapkan oleh Lembaga.

PERLEMBAGAAN BAGI PERTUBUHAN INDUK PERSATUAN PESARA UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA, BANGI, SELANGOR

Tiap-tiap anggota hendaklah diberi dengan percuma satu naskhah Undangundang Kecil ini. Naskhah tambahan akan dikenakan bayaran.

PERMOHONANPENUBUHAN PERSATUAN/KELAB PELAJAR

KAEDAH KUMPULAN WANG KEBAJIKAN AM PERTUBUHAN PELADANG KEBANGSAAN (NAFAS)

D.R. 44/96 RANG UNDANG-UNDANG LAPORAN KEWANGAN 1996

mesyuarat agung perwakilan diadakan. Sebarang usul tergempar tidak dibenarkan.

PERLEMBAGAAN Persatuan Penduduk Taman Anggerik Emas... Pertubuhan ini dikenali dengan nama Persatuan Penduduk Taman Anggerik Emas

BAHAGIAN VII AKAUN DAN AUDIT

UNDANG-UNDANG KECIL KOPERASI PKNS 2013

PERJANJIAN PENGAJIAN ANTARA DAN MAJLIS AMANAH RAKYAT DAN PERJANJIAN BERTARIKH :

AKTA UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI SUSUNAN PERATURAN

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

Contoh undang-undang ini menepati kehendak Akta Pertubuhan 1966 (Akta 335) dan disebarkan untuk tujuan pendidikan semata-mata.

78 Undang-Undang Malaysia AKTA 502

PERLEMBAGAAN PERSATUAN PENDUDUK TAMAN BELIMBING SETIA DURIAN TUNGGAL, MELAKA

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2016

PEKELILING PERKHIDMATAN UPM BILANGAN 3 TAHUN 2011 DASAR DAN PROSEDUR PENGAMBILAN PEKERJA SAMBILAN HARIAN

KAEDAH KUMPULAN WANG KEBAJIKAN AHLI PERTUBUHAN PELADANG KEBANGSAAN (NAFAS)

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA

PERLEMBAGAAN INSTITUSI PEMBANGUNAN FELO UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Suruhanjaya Sekuriti (Pindaan) 1 D.R. 28/2009 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993.

PERLEMBAGAAN KELAB / PERSATUAN

KAEDAH KUMPULAN WANG PENDIDIKAN PERTUBUHAN PELADANG KEBANGSAAN (NAFAS)

SENARAI SEMAK MAKLUMAT YANG DIBERIKAN OLEH PERTUBUHAN BELIA BERDAFTAR SEKSYEN 22 AKTA ) Borang PPB 09-2 salinan

MAKTAB KERJASAMA MALAYSIA

PERLEMBAGAAN BADAN KHAIRAT KELANA JAYA, SELANGOR

STATUT UNIVERSITI STATUT XXIII (SIRI BAHARU) STATUT UNIVERSITI MALAYA (BADAN-BADAN PELAJAR) 1979 BAHAGIAN I: PERMULAAN

SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 7/1999: Penubuhan Kelab Pencegahan Jenayah di Sekolah Menengah

UNDANG-UNDANG KECIL KOPERASI PKNS 2013

Universiti Teknologi MARA 1C / 2010

ESS 222 AKTIVITI KO-KURIKULUM

BAHAGIAN KEWANGAN, KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA GARIS PANDUAN BANTUAN KHAS AWAL PERSEKOLAHAN RM100 KEPADA MURID

D.R. 38/98 RANG UNDANG-UNDANG LEVI KEUNTUNGAN LUAR BIASA 1998

PANDUAN MENGISI BORANG PERMOHONAN IPS

PERJANJIAN LATIHAN KEMAHIRAN ANTARA DAN MAJLIS AMANAH RAKYAT DAN PADA HARIBULAN 20

JPA. BK 43/12/2 Jld. 32 (30) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 29 TAHUN 2009

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

UNDANG-UNDANG PERSATUAN CAPAIAN MAKLUMAT DAN PENGURUSAN PENGETAHUAN (PECAMP) MALAYSIA

PERLEMBAGAAN BAGI PERSATUAN ALUMNI PELATIH JABATAN PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA(JPSM) NEGERI SABAH

JPA.BK (S) 230/ 19 Jld.3 ( 26 ) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2011

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA. UTHM/PP/100-6/3 Jld 9 (05) 2009 PEKELILING PENGURUSAN BIL. 05/2009

PERJANJIAN PENDIDIKAN GURU

BAHAGIAN III KEWAJIPAN-KEWAJIPAN DAN KEISTIMEWAAN-KEISTIMEWAAN KOPERASI-KOPERASI

4. Wilayah Kegiatan Kegiatan PSM meliputi seluruh Malaysia. 5. Bidang Aktiviti PSM tidak boleh melibatkan diri dalam politik.

Pasukan Sukarelawan Malaysia 1 D.R. 21/2012 RANG UNDANG-UNDANG PASUKAN SUKARELAWAN MALAYSIA 2012

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (Pindaan) 1 D.R. 9/2014 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a

20 Undang-Undang Malaysia AKTA 502

D.R. 35/2009 RANG UNDANG-UNDANG PERLINDUNGAN DATA PERIBADI 2009

TERMA-TERMA RUJUKAN JAWATANKUASA AUDIT

P.U. (A) 8/2008 AKTA PASARAN MODAL DAN PERKHIDMATAN 2007 PERATURAN-PERATURAN PASARAN MODAL DAN PERKHIDMATAN (MEKANISME PENSTABILAN HARGA) 2008

TABUNG KEBAJIKAN KESATUAN KEBANGSAAN WARTAWAN SEMENANJUNG MALAYSIA

Undang-Undang Malaysia

Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman 1 D.R. 27/2008. Rang Undang-Undang Suruhanjaya pelantikan kehakiman 2008

BAHAGIAN I PERMULAAN. (1) Undang-undang Kecil ini boleh dinamakan Undang-undang Kecil Koperasi Tenaga Nasional Berhad.

(Logo Kelab) Kelab Catur UNISEL. Kertas kerja Perlembagaan Kelab Catur UNISEL (KECAS UNISEL) Kampus Shah Alam. Disediakan Oleh:

PEKELILING JABATAN PENDAFTAR PEKELILING JABATAN PENDAFTAR BILANGAN 1 TAHUN 2011

UNDANG-UNDANG DAN PERLEMBAGAAN PERTUBUHAN PENGANUT DEWA SI THIAN KONG, KUALA PILAH, N.S.

D.R. 35/95 RANG UNDANG-UNDANG PENDIDIKAN 1995

PERTUBUHAN PERKUBURAN ORANG RAMAI, KUALA LUMPUR DAN SELANGOR. PERTUBUHAN PERKUBURAN ORANG RAMAI, KUALA LUMPUR DAN SELANGOR.

UNDANG-UNDANG (PERUNTUKAN KHAS) Akta 202 CETAKAN SEMULA. Mengandungi segala pindaan hingga 1 Januari 2006

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA GP14 : GARIS PANDUAN PENGURUSAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KOPERASI

GARIS PANDUAN PENYELIAAN KOPERASI KANDUNGAN

AKTA UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI 1971

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

PELANTIKAN AHLI JAWATANKUASA RUKUN TETANGGA

EXAMPLE 1 (NAMA SYARIKAT) Berikut ini ialah pindaan ke atas Memorandum & Artikel ( Nama Syarikat) yang telah diluluskan pada.

PENGURUSAN BAJET 1.0 DEFINISI

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA

GARIS PANDUAN PENANGGUNGAN KERJA

NOTIS PRIVASI. Untuk tujuan Notis ini:

Koperasi 33 BAHAGIAN V. Mesyuarat agung

R2001 PENGURUSAN ORGANISASI

PERLEMBAGAAN BAGI PERSATUAN BEKAS PELAJAR SEKOLAH MENENGAH AYER HITAM BATCH 84 (ALUMNI SMAH 84)

PERLEMBAGAAN PERSATUAN SISWAZAH WANITA MALAYSIA (Pindaan 2016)

Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari 1 D.R. 43/2010

PERLEMBAGAAN KELAB SETEM DAN FILATELI SEKOLAH-SEKOLAH MALAYSIA

D.R. 20/2007 RANG UNDANG-UNDANG MAKMAL PATOLOGI 2007

KELAB SUKAN BANK RAKYAT (KEBARA) NO. PENDAFTARAN 1939 (SELANGOR) 30HB. NOVEMBER, 1976.

PERSATUAN PEDAGANG SARANG BURUNG MALAYSIA UNDANG-UNDANG BAGI PERSEKUTUAN

TATACARA TERIMAAN WANG 2.0 TANGGUNGJAWAB BENDAHARI/ KETUA JABATAN

PERLEMBAGAAN BAGI PERTUBUHAN INDUK PERSATUAN PENOLONG AKAUNTAN JANM (PERPENA) PERSATUAN PENOLONG AKAUNTAN JANM (PERPENA)

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

PANDUAN PEMBANGUNAN KOLEKSI AUDIOVISUAL

PERLEMBAGAAN BAGI PERTUBUHAN PEMBANGUNAN PENYELIDIKAN DAN DASAR PENDIDIKAN TINGGI MALAYSIA

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

PERLEMBAGAAN BAGI PERTUBUHAN INDUK KELAB PACUAN EMPAT RODA UNIVERSITI MALAYSIA SABAH (UMS 4WDVC)

PERATURAN-PERATURAN JAWATANKUASA KENAIKAN PANGKAT MAKTAB KERJASAMA MALAYSIA 1999

TERMA-TERMA & SYARAT-SYARAT KEMPEN SAMBUTAN HARI GURU & JURURAWAT 2017

GARIS PANDUAN AM UNTUK PERKONGSIAN LIABILITI TERHAD DAN PERKARA-PERKARA BERKAITAN

UNDANG-UNDANG BAGI PERSATUAN MURID-MURID TUA SEROLAH CHUNG TUCK KAMPONG SIMEE, IPOH, PERAK.

UNDANG-UNDANG KECIL KOPERASI PROFESIONAL PUTRAJAYA BERHAD

Rekod permohonan, siasatan, tindakan dan keputusan Lembaga berhubung dengan kumpulan wang hendaklah disenggara oleh setiausaha.

(1) Alamat dan tempat urusan Pertubuhan ialah. Ibu Pejabat KDCA Hongkod, Jalan Penampang, Peti Surat 907, Penampang, Sabah.

PERLEMBAGAAN PERSATUAN PEMBIMBING IBU MENYUSU MALAYSIA

GARIS PANDUAN PENYELIAAN KOPERASI KANDUNGAN

BORANG PERMOHONAN HIBAH AMANAH

Transkripsi:

(PERSATUAN IBU BAPA-GURU) 1998 PADA menjalankan kuasa yang diberikan oleh perenggan 130(2)(i) Akta Pendidikan 1996, Menteri membuat peraturan-peraturan yang berikut: BAHAGIAN I PERMULAAN 1. (1) Peraturan-peraturan ini bolehlah dinamakan Peraturan-Peraturan Pendidikan (Persatuan Ibu Bapa-Guru)1998. (2) Peraturan-Peraturan ini hendaklah mula berkuat kuasa pada 26 Mac 1998. 2. Peraturan-Peraturan ini hendaklah terpakai bagi sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan. 3. Dalam Peraturan-Peraturan ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain pemegangpemegang jawatan ertinya (a) mana-mana orang yang telah dicalon dan dipilih oleh anggota Persatuan Ibu Bapa-Guru dalam mesyuarat agung tahunan; atau (b) mana-mana anggota yang dilantik oleh Yang Dipertua untuk menggantikan anggota jawatankuasa Persatuan Ibu Bapa-Guru yang sebelum mesyuarat agung tahunan yang akan datang telah meninggal dunia atau meletak jawatan; atau (c) mana-mana orang yang dilantik oleh Pegawai Pendidikan Daerah atau Pegawai Pendidikan Bahagian atau Pendaftar (bagi sesuatu Negeri yang tidak mempunyai Pegawai Pendidikan Daerah atau Pegawai Pendidikan Bahagian) melalui kuasa yang diperuntukkan di bawah Peraturan-Peraturan ini menjadi anggota jawatankuasa Persatuan Ibu Bapa-Guru. Persatuan Ibu Bapa-Guru ertinya persatuan yang ditubuhkan di bawah peraturan 4; sekolah bagi maksud Peraturan-Peraturan ini ertinya sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan. BAHAGIAN II PENUBUHAN PERSATUAN IBU BAPA-GURU 4. (1) Maka hendaklah ditubuhkan dalam tiap-tiap sekolah suatu persatuan yang akan dinamakan sebagai Persatuan Ibu Bapa-Guru (kemudian daripada ini disebut Persatuan ) yang terdiri daripada (a) semua guru yang mengajar dalam sekolah itu; (b) ibu bapa kepada murid yang belajar dalam sekolah itu; dan (c) Guru Besar atau Pengetua sekolah sebagai anggota ex-officio dan Penasihat Persatuan. (2) Warganegara Malaysia yang tidak mempunyai anak atau jagaan yang belajar dalam sekolah itu tetapi berminat menjadi anggota Persatuan boleh memohon sama ada kepada Pegawai Pendidikan Daerah atau Pegawai Pendidikan Bahagian atau Pendaftar (bagi sesuatu Negeri yang tidak mempunyai Pegawai Pendidikan Daerah atau Pegawai Pendidikan Bahagian), untuk menjadi anggota. (3) Tiap-tiap ibu bapa dan guru dalam sekolah hendaklah disifatkan sebagai anggota Persatuan. (4) Bagi maksud Peraturan-Peraturan ini, Persatuan bukanlah suatu persatuan dalam erti mana-mana undang-undang berhubungan dengan pendaftaran pertubuhan.

5. (1) Tujuan-tujuan Persatuan ialah (a) untuk mengadakan sesuatu forum dan perkhidmatan bagi kebajikan dan kemajuan murid-murid dalam sekolah dalam meningkatkan imej sekolah; (b) untuk membantu dan menambah usaha sekolah dalam memenuhi kehendak dan keperluan kebendaan murid-murid dalam kegiatan mereka; (c) untuk membolehkan ibu bapa dan guru dalam sekolah bertukar-tukar fikiran dan maklumat mengenai pendidikan; (d) untuk memberi peluang kepada ibu bapa dan guru dalam sekolah berunding antara satu sama (e) lain berkenaan dengan cara memperbaiki taraf pendidikan anak-anak mereka pada amnya; dan untuk membolehkan ibu bapa dan guru dalam sekolah untuk berusaha menambah kewangan sekolah dan meningkatkan kemudahan fizikal bagi tujuan meningkatkan kemudahan pengajaran dan pembelajaran. (2) Kegiatan Persatuan hendaklah diarahkan kepada kebajikan dan kemajuan murid-murid dalam sekolah di mana Persatuan ditubuhkan. (3) Persatuan boleh, dengan kebenaran Guru Besar atau Pengetua menganjurkan kegiatan kurikulum dan kokurikulum di dalam atau di luar sekolah, dengan menggunakan tenaga mahir atau pakar daripada kalangan anggota atau bukan anggota Persatuan bagi tujuan meningkatkan pencapaian akademik atau perkembangan murid secara menyeluruh. (4) Persatuan dibenarkan mengutip apa-apa sumbangan yang diputuskan dalam mesyuarat agung tahunan daripada anggota dan keputusan itu hendaklah dimaklumkan kepada Pendaftar. (5) Persatuan tidak boleh memperluaskan bidang kuasa Persatuan kepada perkara-perkara yang berkaitan dengan pentadbiran sekolah, pekerjaan dan syarat-syarat perkhidmatan guru dan kakitangan yang lain dalam sekolah. (6) Persatuan tidak boleh menjadi jentera bagi menyelesaikan pertikaian atau perkara-perkara lain yang berkaitan antara Persatuan dengan Guru Besar atau Pengetua atau kakitangan sekolah di mana Persatuan ditubuhkan atau Pejabat Pendidikan Daerah atau Pejabat Pendidikan Bahagian atau Jabatan Pendidikan Negeri atau Kementerian Pendidikan atau Kerajaan Negeri atau Persekutuan. BAHAGIAN III ORGANISASI DAN PENGURUSAN PERSATUAN 6. (1) Persatuan hendaklah ditubuhkan oleh Guru Besar atau Pengetua dalam tiap-tiap sekolah. (2) Persatuan hendaklah diuruskan oleh suatu jawatankuasa mengikut perlembagaan Persatuan. (3) Jawatankuasa hendaklah mengandungi tidak kurang daripada lima dan tidak lebih daripada lima belas orang anggota yang dipilih dalam mesyuarat agung tahunan Persatuan. (4) Tanpa menjejaskan keluasan subperaturan (2), Pegawai Pendidikan Daerah atau Pegawai Pendidikan Bahagian atau Pendaftar (bagi sesuatu Negeri yang tidak mempunyai Pegawai Pendidikan Daerah atau Pegawai Pendidikan Bahagian) boleh melantik tidak lebih daripada dua orang orang perseorangan yang bukan anggota Persatuan untuk menjadi anggota jawatankuasa. (5) Orang perseorangan yang disebut dalam subperaturan (4) hendaklah orang yang mempunyai integriti, minat dan terbukti boleh menyumbang secara positif kepada kemajuan pendidikan. (6) Pegawai Pendidikan Daerah atau Pegawai Pendidikan Bahagian hendaklah mendapat kelulusan daripada Pendaftar berkenaan dengan perlantikan yang dibuat di bawah subperaturan (4). 7. (1) Apabila sesuatu Persatuan telah ditubuhkan oleh Guru Besar atau Pengetua, dia hendaklah mengemukakan kepada Pendaftar permohonan bagi pendaftaran Persatuan sebagaimana yang terkandung dalam Jadual Pertama. (2) Guru Besar atau Pengetua hendaklah mengemukakan berserta permohonan itu salinan draf perlembagaan Persatuan yang hendaklah memperuntukkan perkara-perkara yang dinyatakan dalam Jadual Kedua. (3) Pendaftar boleh, apabila berpuas hati bahawa permohonan bagi pendaftaran dibuat dengan sewajarnya, mendaftarkan Persatuan dan mengeluarkan perakuan pendaftaran sebagaimana yang terkandung dalam Jadual Ketiga. 8. Pendaftar atau wakil Pendaftar berhak menghadiri semua mesyuarat Persatuan.

9. Persatuan mempunyai kuasa untuk memiliki, mengguna dan melupuskan apa-apa harta alih atau harta tak ahli Persatuan yang Persatuan berpendapat akan memudahkan Persatuan menjalankan kuasa dan kewajipan Persatuan di bawah Peraturan-Peraturan ini. 10. (1) Maka hendaklah ditubuhkan dan diuruskan oleh Persatuan suatu kumpulan wang yang ke dalamnya hendaklah dibayar semua derma atau sumbangan daripada mana-mana anggota terhadap tujuantujuan Persatuan. (2) Persatuan hendaklah menyimpan atau mengarahkan supaya disimpan akaun yang sepatutnya dan rekod-rekod yang lain berkenaan dengan perjalanan Persatuan dan hendaklah juga mengarahkan supaya disediakan penyata kira-kira bagi tiap-tiap tahun kewangan. (3) Akaun Persatuan hendaklah diaudit pada tiap-tiap tahun oleh dua orang yang bukan anggota jawatankuasa dan mereka hendaklah dicalon dan dipilih oleh anggota Persatuan. (4) Persatuan dengan persetujuan mesyuarat agung tahunan dibenarkan mendapatkan khidmat juruaudit bertauliah bagi tujuan mengaudit akaun Persatuan. (5) Guru Besar atau Pengetua dibenarkan memeriksa akaun Persatuan. BAHAGIAN IV AM 11. (1) Guru Besar atau Pengetua sekolah di mana Persatuan ditubuhkan hendaklah membantu keperluan perkeranian dan alat tulis Persatuan. (2) Semua keperluan lain Persatuan selain daripada yang disebut dalam subperaturan (1) hendaklah menjadi tanggungjawab Persatuan. 12. (1) Jika Pendaftar berpuas hati sama ada atas sesuatu aduan atau atas yang lain-lain bahawa sesuatu Persatuan atau anggota Persatuan (a) telah bertindak atau bercadang untuk bertindak secara tidak munasabah berkenaan dengan penjalanan apa-apa kuasa yang diberikan atau penunaian apa-apa kewajipan yang dikenakan oleh atau di bawah Peraturan-Peraturan ini atau oleh Perlembagaan Persatuan; atau (b) telah tidak menunaikan mana-mana kewajipan yang dikenakan ke atas Persatuan atau anggota Persatuan oleh atau di bawah Peraturan-Peraturan ini; Pendaftar boleh (aa) memberikan apa-apa arahan secara bertulis tentang penjalanan kuasa atau penunaian kewajipan sebagaimana yang Pendaftar dapati suaimanfaat, dan adalah menjadi kewajipan Persatuan atau anggota Persatuan mematuhi arahan itu; atau (bb) menggantung atau membuang semua atau mana-mana pemegang jawatan Persatuan dan, walau apa pun peruntukan mana-mana peraturan-peraturan atau perlembagaan Persatuan, melantik seorang atau beberapa orang sebagaimana yang Pendaftar fikirkan layak untuk mempunyai dan menjalankan semua fungsi pemegang-pemegang jawatan Persatuan itu selama apa-apa tempoh yang diarahkan oleh Pendaftar. (2) Jika pada bila-bila masa, bagi sesuatu Persatuan dalam mana-mana sekolah tiada ada pemegang jawatan, Pendaftar boleh melantik seorang atau beberapa orang yang Pendaftar fikirkan layak untuk menjalankan fungsi-fungsi pemegang jawatan bagi Persatuan itu selama apa-apa tempoh yang diarahkan oleh Pendaftar. 13. Persatuan tidak boleh bergabung dengan mana-mana parti politik atau kesatuan sekerja atau lain-lain pertubuhan atau persatuan yang didaftarkan atau diperbadankan di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang berkuat kuasa berhubungan dengannya. 14. Kaedah-Kaedah Persatuan Ibu Bapa-Guru-Guru, 1973 dibatalkan.

JADUAL PERTAMA PERMOHONAN BAGI PENDAFTARAN PERSATUAN (Subperaturan 7(1)) Kepada: Pendaftar Sekolah dan Guru, d/a Jabatan Pendidikan, 1. Butir-butir Persatuan: (a) Nama: (b) Tempat di mana urusan akan dijalankan atau mesyuarat-mesyuarat akan diadakan, dan alamat pos (jika berlainan): (c) Bilangan anggota: (d) Tahun kewangan Persatuan bermula pada: (e) Nama (termasuk apa-apa nama lain), nombor kad pengenalan, pekerjaan dan alamat pemegang-pemegang jawatan dan jawatan yang dipegang: 2. Dua salinan perlembagaan Persatuan yang diperakui dilampirkan bersama. Bertarikh 19 (Tandatangan) (Nama) (Jawatan)

JADUAL KEDUA PERKARA-PERKARA YANG PERLU DALAM PERLEMBAGAAN PERSATUAN (Subperaturan 7 (2)) perkara-perkara yang berikut hendaklah diperuntukkan dalam perlembagaan Persatuan: (a) nama dan pejabat berdaftar atau alamat pos berdaftar Persatuan; (b) tujuan-tujuan Persatuan; (c) tempat di mana mesyuarat-mesyuarat Persatuan akan diadakan, jika sekiranya tempat itu berlainan dengan pejabat berdaftar Persatuan; (d) keanggotaan dan cara perlantikan jawatankuasa dan jawatan, kuasa dan fungsi-fungsi pemegang-pemegang jawatan bagi Persatuan; (e) punca-punca pendapatan Persatuan; (f) kuasa atau kuasa-kuasa membelanjakan wang Persatuan; (g) penyimpanan akaun-akaun pendapatan dan perbelanjaan Persatuan dan penyiaran akaun-akaun itu kepada anggota Persatuan tiap-tiap tahun; (h) kuorum yang dikehendaki untuk menjalankan urusan dalam mana-mana mesyuarat Persatuan; (i) mesyuarat agung tahunan dan mesyuarat agung tergempar; dan (j) cara bagaimana perlembagaan Persatuan boleh dipinda. Bertarikh 19 (Tandatangan) (Nama) (Jawatan) JADUAL KETIGA PERAKUAN PENDAFTARAN (Subperaturan 7(3)) Adalah diperakui bahawa Persatuan Ibu Bapa-Guru (Nama Sekolah) telah didaftarkan di bawah kuasa Pendaftar. No. Pendaftaran : Didaftarkan pada : haribulan 19 Tandatangan : Nama : Jawatan : Cop Rasmi : Tarikh : Dibuat 3 Mac 1998 [KP (PUU) S10075/07/1/J1D.III(20);PN.(PU2)569.] DATO SRI MOHD NAJIB BIN TUN HAJI ABDUL RAZAK, Menteri Pendidikan ( : 1998 )