PERLEMBAGAAN PERSATUAN PEGAWAI PENGURUSAN DAN PROFESIONAL BUKAN AKADEMIK UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

dokumen-dokumen yang mirip
PERLEMBAGAAN PERSATUAN ALUMNI KOLEJ MATRIKULASI YAYASAN SAAD, LEMBAH BERINGIN, SELANGOR, MALAYSIA (AKMATYS)

UNDANG-UNDANG BAGI PERSATUAN SPINAL MALAYSIA

UNDANG-UNDANG BAGI PERTUBUHAN. Kelab Sukan Dan Rekreasi UniKL RCMP Ipoh Perak

UNDANG-UNDANG BAGI PERSATUAN PENDUDUK TAMAN IXORA, BANDAR BARU SALAK TINGGI, SEPANG, SELANGOR (2008)

UNDANG-UNDANG PERSATUAN CAPAIAN MAKLUMAT DAN PENGURUSAN PENGETAHUAN (PECAMP) MALAYSIA

Contoh undang-undang ini menepati kehendak Akta Pertubuhan 1966 (Akta 335) dan disebarkan untuk tujuan pendidikan semata-mata.

PERLEMBAGAAN Persatuan Penduduk Taman Anggerik Emas... Pertubuhan ini dikenali dengan nama Persatuan Penduduk Taman Anggerik Emas

UNDANG-UNDANG DAN PERLEMBAGAAN PERTUBUHAN PENGANUT DEWA SI THIAN KONG, KUALA PILAH, N.S.

PERLEMBAGAAN BAGI PERSATUAN BEKAS PELAJAR SEKOLAH MENENGAH AYER HITAM BATCH 84 (ALUMNI SMAH 84)

PERLEMBAGAAN BAGI PERTUBUHAN INDUK PERSATUAN PESARA UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA, BANGI, SELANGOR

UNDANG-UNDANG BAGI PERSATUAN MURID-MURID TUA SEROLAH CHUNG TUCK KAMPONG SIMEE, IPOH, PERAK.

UNDANG-UNDANG PERSATUAN PENDUDUK PANGSAPURI LANGAT JAYA (PPPLJ) CHERAS, SELANGOR DARUL EHSAN.

UNDANG-UNDANG BAGI PERTUBUHAN PERSATUAN ORANG PEKAK ISLAM MALAYSIA MALAYSIAN DEAF MUSLIM ASSOCIATION 1

Perlembagaan Persatuan Linguistik Malaysia

PERLEMBAGAAN BAGI PERSATUAN ALUMNI PELATIH JABATAN PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA(JPSM) NEGERI SABAH

UNDANG UNDANG BAGI PERTUBUHAN PERSATUAN SENIFOTO PETALING JAYA

PERLEMBAGAAN PERSATUAN PENDUDUK TAMAN BELIMBING SETIA DURIAN TUNGGAL, MELAKA

PERLEMBAGAAN PERSATUAN PERSATUAN PENDUDUK TAMAN PUNCAK SAUJANA (TPS) KAJANG SEKSYEN 5

UNDANG-UNDANG BAGI PERSATUAN PENDUDUK PANGSAPURI TAMAN PUNCAK KINRARA TKK 2/3, PUCHONG, SELANGOR

UNIT KOMUNIKASI BENCANA TERENGGANU

PERSATUAN PEDAGANG SARANG BURUNG MALAYSIA UNDANG-UNDANG BAGI PERSEKUTUAN

PERLEMBAGAAN BAGI PERTUBUHAN INDUK KELAB PACUAN EMPAT RODA UNIVERSITI MALAYSIA SABAH (UMS 4WDVC)

PERLEMBAGAAN BAGI PERTUBUHAN PEMBANGUNAN PENYELIDIKAN DAN DASAR PENDIDIKAN TINGGI MALAYSIA

PERTUBUHAN PERKUBURAN ORANG RAMAI, KUALA LUMPUR DAN SELANGOR. PERTUBUHAN PERKUBURAN ORANG RAMAI, KUALA LUMPUR DAN SELANGOR.

(1) Alamat dan tempat urusan Pertubuhan ialah. Ibu Pejabat KDCA Hongkod, Jalan Penampang, Peti Surat 907, Penampang, Sabah.

(2) Selepas ini disebut Persatuan.

PERLEMBAGAAN PERSATUAN KAKITANGAN POLITEKNIK SULTAN HAJI AHMAD SHAH (PKPK)

PERLEMBAGAAN PERSATUAN PEMBIMBING IBU MENYUSU MALAYSIA

PERLEMBAGAAN BAGI KELAB PENYOKONG LIVERPOOL FC SABAH (THE LIVERPOOL FC SUPPORTERS CLUB OF SABAH)

PERLEMBAGAAN PERSATUAN ALUMNI UNIVERSITI SAINS MALAYSIA (UNIVERSITI SAINS MALAYSIA ALUMNI ASSOCIATION)

PERSATUAN ALUMNI UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA (PAUPM) KANDUNGAN FASAL PERKARA MUKASURAT PEMBERHENTIAN DAN PEMECATAN AHLI

PERLEMBAGAAN BAGI PERTUBUHAN ALUMNI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AYER HITAM KELAS , AYER HITAM, JOHOR

PERLEMBAGAAN BAGI PERSATUAN PENDUDUK TAMAN PUNCAK UTAMA KAJANG SELANGOR\R\N PERSATUAN PENDUDUK TAMAN PUNCAK UTAMA KAJANG SELANGOR\R\N

PERLEMBAGAAN BAGI PERTUBUHAN INDUK PERSATUAN PENOLONG AKAUNTAN JANM (PERPENA) PERSATUAN PENOLONG AKAUNTAN JANM (PERPENA)

UNDANG-UNDANG TUBUH BADAN KHAIRAT KEMATIAN MASJID AL-FAIZIN DESA JAYA-TAMAN EHSAN BAGI

PERLEMBAGAAN INSTITUSI PEMBANGUNAN FELO UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

1. Alamat berdaftar dan tempat urusan pertubuhan ini ialah:

PERLEMBAGAAN BADAN KHAIRAT KELANA JAYA, SELANGOR

UNDANG-UNDANG TUBUH PERTUBUHAN KERABAT D RAJA KELANTAN AL-MUHAMMADI

PERLEMBAGAAN BAGI PERTUBUHAN INDUK PERSATUAN ALUMNI UNIVERSITI TENAGA NASIONAL (UNIVERSITI TENAGA NASIONAL ALUMNI ASSOCIATION)

UNDANG PEMBINA (PERSATUAN BELIA ISLAM NASIONAL)

PERLEMBAGAAN BAGI PERSATUAN ADVOKASI KESIHATAN KANSER MALAYSIA (TOGETHER AGAINST CANCER ASSOCIATION MALAYSIA (TAC))

PERLEMBAGAAN BAGI PERSATUAN PENDUDUK PETALING JAYA 2017 (MYPJ) PERSATUAN PENDUDUK PETALING JAYA 2017 (MYPJ)

PERLEMBAGAAN BAGI PERTUBUHAN INDUK PERSATUAN ALUMNI PROGRAM PERSAHABATAN ASEAN-JEPUN ABAD KE 21 MALAYSIA

PERLEMBAGAAN PERSATUAN PEGAWAI EKSEKUTIF HASIL DALAM NEGERI MALAYSIA (NO PPM WKL 0296/08) & NO PPP WKL0023/08)

PERLEMBAGAAN BAGI KELAB JURURAWAT PUSAT PERUBATAN UNIVERSITI MALAYA KELAB JURURAWAT PUSAT PERUBATAN UNIVERSITI MALAYA

5.1 Mewujudkan dan menjalinkan perhubungan, kerjasama dan perpaduan di kalangan Juruteknologis Makmal Universiti Malaya.

PERLEMBAGAAN BAGI PERSATUAN PERKHIDMATAN DIALISIS SWASTA MALAYSIA (ASSOCIATION OF PRIVATE KIDNEY CARE PROVIDERS OF MALAYSIA)

KELAB SUKAN BANK RAKYAT (KEBARA) NO. PENDAFTARAN 1939 (SELANGOR) 30HB. NOVEMBER, 1976.

PERLEMBAGAAN BAGI MAJLIS AKRAB KEBANGSAAN MAJLIS AKRAB KEBANGSAAN

PERLEMBAGAAN PERSATUAN WANITA BUMIPUTERA DALAM PERNIAGAAN DAN PROFESYEN, MALAYSIA

PERLEMBAGAAN PERSATUAN SISWAZAH WANITA MALAYSIA (Pindaan 2016)

PERLEMBAGAAN BAGI MAJLIS PENGASUHAN DAN PENDIDIKAN AWAL KANAK KANAK MALAYSIA

PERLEMBAGAAN BAGI PERTUBUHAN INDUK PERSATUAN SEL PERUBATAN MALAYSIA (MALAYSIA ASSOCIATION FOR CELL THERAPY)

PERMOHONANPENUBUHAN PERSATUAN/KELAB PELAJAR

BADAN KHAIRAT KEMATIAN KARIAH SURAU AT-TAQWA BUKIT BANDARAYA, SEKSYEN U11, SHAH ALAM, SELANGOR

PERLEMBAGAAN PERSATUAN SAINS ANALISIS MALAYSIA (MALAYSIAN ANALYTICAL SCIENCES SOCIETY) No. Pendaftaran: 5269/93 (Selangor)

Perlembagaan Kelab Sukan & Rekreasi ELTC

PERLEMBAGAAN BADAN KHAIRAT KEMATIAN BANDAR TUN HUSSEIN ONN

8 DISEMBER 2013 (Ahad) Nur Lembah Bestari, Training & Eco Resort Hutan Lipur Sungai Tua, Jalan Ulu Yam Baru, Batu Caves, Selangor

(Logo Kelab) Kelab Catur UNISEL. Kertas kerja Perlembagaan Kelab Catur UNISEL (KECAS UNISEL) Kampus Shah Alam. Disediakan Oleh:

Tiap-tiap anggota hendaklah diberi dengan percuma satu naskhah Undangundang Kecil ini. Naskhah tambahan akan dikenakan bayaran.

Warna biru adalah melambangkan kehormatan, ketahanan, kemajuan dan daya saing.

UNDANG-UNDANG BAGI PERSATUAN KEBAJIKAN DAN PENGUBATAN ISLAM

4. Wilayah Kegiatan Kegiatan PSM meliputi seluruh Malaysia. 5. Bidang Aktiviti PSM tidak boleh melibatkan diri dalam politik.

CONTOH PERLEMBAGAAN BADAN SUKAN PERINGKAT KEBANGSAAN

UNDANG-UNDANG PERSATUAN KHAIRAT KEMATIAN TAMAN SAMUDRA MITRA DAN DELPHINA BATU CAVES, SELANGOR

PERLEMBAGAAN PERSATUAN IBUBAPA DAN GURU (PIBG) MAAHAD/ SEKOLAH MENENGAH UGAMA (ARAB) YAYASAN ISLAM KELANTAN

PERUNDANGAN PERLEMBAGAAN PERDASAMA (Pindaan 12 November 2016)

FASAL 1 NAMA FASAL 2 TEMPAT URUSAN FASAL 3 TUJUAN/MATLAMAT FASAL 4 KEAHLIAN FASAL 5 PERBERHENTIAN DAN PEMECATAN AHLI FASAL 6 SUMBER KEWANGAN

PERATURAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN, MESYUARAT AGUNG KHAS DAN MESYUARAT JAWATANKUASA

PERUNDANGAN PERLEMBAGAAN PERDASAMA (PINDAAN 10 DISEMBER 2017)

2.1 Warna Persatuan ini ialah Merah, Biru dan Putih.

TATA CARA KUMPULAN SOKONGAN IBU BAPA (SARANA) SMK KING GEORGE V SEREMBAN NEGERI SEMBILAN

PERLEMBAGAAN PERSATUAN/ KELAB: 1.1 Nama pertubuhan ini ialah *Persatuan/Kelab. 1.2 Nama ringkas persatuan/kelab ini ialah UPM

UNDANG-UNDANG KECIL KOPERASI PKNS 2013

KANDUNGAN PERLEMBAGAAN (PAKAT) UKM

TABUNG KEBAJIKAN KESATUAN KEBANGSAAN WARTAWAN SEMENANJUNG MALAYSIA

ATURAN-ATURAN TETAP MESYUARAT AGUNG KAWASAN. mercantile

mesyuarat agung perwakilan diadakan. Sebarang usul tergempar tidak dibenarkan.

Koperasi 33 BAHAGIAN V. Mesyuarat agung

PERLEMBAGAAN PARTI IKATAN BANGSA MALAYSIA (IKATAN) PADA 19 FEBRUARI 2015

BUKU PANDUAN PERLEMBAGAAN BADAN KEBAJIKAN PUSAT TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (CICT) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

AKTA UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI SUSUNAN PERATURAN

UNDANG-UNDANG KECIL KOPERASI PKNS 2013

PERLEMBAGAAN UNIVERSITI MALAYSIA SABAH PERATURAN NO. I PERATURAN UNIVERSITI MALAYSIA SABAH (PERATURAN-PERATURAN MESYUARAT SENAT) 1998

(2) Tugas pengerusi menurut perenggan (a) dan (b) fasal (1), boleh diamanahkan kepada naib pengerusi atau mana-mana anggota Lembaga, jika perlu.

UNDANG-UNDANG & PERLEMBAGAAN PERSATUAN RADIO AMATOR MELAYU MALAYSIA (ASTRA)

PERLEMBAGAAN Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air

KELAB SUKAN DAN REKREASI VETERINAR FAKULTI PERUBATAN VETERINAR BUKU PANDUAN UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

perlembagaan harakah islamiah hikmah no pendaftaran : 11/69 (sarawak) PPM

PERLEMBAGAAN KELAB SUKAN, SOSIAL DAN KEBAJIKAN ANGKATAN TENTERA MALAYSIA (KSSKA)

(6) Rekod-rekod ini boleh diperiksa oleh anggota pada bila-bila masa mengikut syarat-syarat pemeriksaan yang ditetapkan oleh Lembaga.

Rekod permohonan, siasatan, tindakan dan keputusan Lembaga berhubung dengan kumpulan wang hendaklah disenggara oleh setiausaha.

ISI KANDUNGAN. Perkara

UNDANG-UNDANG KELAB BUKIT PERDANA

DASAR DAN PERLEMBAGAAN DEWAN PERNIAGAAN DAN PERUSAHAAN MELAYU BRUNEI

PERLEMBAGAAN MAJLIS BERSAMA JABATAN SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA

PERLEMBAGAAN KELAB / PERSATUAN

SENARAI SEMAK MAKLUMAT YANG DIBERIKAN OLEH PERTUBUHAN BELIA BERDAFTAR SEKSYEN 22 AKTA ) Borang PPB 09-2 salinan

Transkripsi:

PERLEMBAGAAN PERSATUAN PEGAWAI PENGURUSAN DAN PROFESIONAL BUKAN AKADEMIK UNIVERSITI MALAYSIA SABAH FASAL 1 : NAMA (1) Pertubuhan ini dikenali dengan nama Persatuan Pegawai Pengurusan dan Profesional Bukan Akademik Universiti Malaysia Sabah atau ringkasnya PPUMS selepas ini disebut Persatuan. FASAL 2 : TEMPAT URUSAN (1) Alamat dan tempat urusan Pertubuhan ialah d/a Bahagian Perhubungan Korporat, Beg Berkunci 2073, Universiti Malaysia Sabah, 88999 Kota Kinabalu Sabah. (2) Tempat urusan berdaftar dan alamat surat-menyurat Persatuan tidak boleh diubah tanpa kebenaran Pendaftar Pertubuhan terlebih dahulu. FASAL 3 : LOGO Logo adalah seperti lampiran A. (1) Huraian Rekabentuk Logo Logo Persatuan ini menggunakan huruf P berwarna keemasan dan perak yang dilingkari oleh satu bulatan berwarna emas dan mengelilingi logo Universiti Malaysia Sabah dan huruf P secara condong ke atas. Huruf P berdiri di atas garisan lurus mendatar yang dituliskan dengan nama Persatuan di dalamnya dengan warna emas. (2) Maksud Warna Logo Warna keemasan dan perak pada huruf P dan bulatan yang melingkarinya melambangkan hasrat Persatuan dalam menghadapi persaingan antarabangsa ke arah kecemerlangan universiti.

FASAL 4 : TUJUAN / MATLAMAT (1). Meningkatkan tahap profesionalisma ahli untuk pembangunan diri dan kerjaya. (2). Mencapai persefahaman, kerjasama, dan kesejahteraan di kalangan ahli menerusi kegiatan-kegiatan Persatuan. (3). Memupuk semangat patriotik cintakan Universiti Malaysia Sabah dan negara melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan. (4). Menyumbang ide kepada pembangunan Universiti Malaysia Sabah khususnya dan negara amnya. (5). Menyediakan saluran untuk ahli-ahlinya melibatkan diri dan bekerjasama dengan mana-mana badan atau pertubuhan berdaftar yang mempunyai tujuan yang sama. (6). Menjaga hal-hal kebajikan ahli. FASAL 5 : KEAHLIAN (1) Keahlian Persatuan ini terbahagi kepada tiga (3) kategori iaitu: (a) Ahli Biasa - Terbuka kepada semua Pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional bukan akademik yang berkhidmat dengan Universiti Malaysia Sabah, berwarganegara Malaysia, berumur 18 tahun dan ke atas dan bermastautin di Sabah. (b) Ahli Bersekutu - Terbuka kepada semua kakitangan selain daripada kakitangan kumpulan Pengurusan dan Profesional bukan akademik Universiti Malaysia Sabah, berwarganegara Malaysia, berumur 18 tahun dan ke atas dan bermastautin di Sabah. Ahli Bersekutu berhak sebagaimana Ahli Biasa kecuali hak mengundi dan memegang jawatan dalam Persatuan (c) Ahli Kehormat Jawatankuasa Eksekutif boleh melantik seseorang yang telah memberikan sumbangan kepada Persatuan dan yang pada pendapat Persatuan Layak dan dapat membantu mencapai matlamat Persatuan. Ahli Kehormat adalah dikecualikan daripada bayaran masuk dan yuran bulanan dan berhak untuk menikmati semua keistimewaan sebagai ahli Persatuan tetapi tidak berhak untuk mengundi dan memegang jawatan dalam Persatuan. (2). Tiap-tiap permohonan menjadi ahli hendaklah dicadang dan disokong oleh dua orang ahli dan dihantar kepada Setiausaha yang kemudiannya hendaklah mengemukakan permohonan itu secepat mungkin kepada Jawatankuasa Eksekutif untuk kelulusan. Jawatankuasa Eksekutif boleh, mengikut budibicaranya menolak sebarang permohonan tanpa memberi sebab-sebabnya.

(3) Tiap-tiap pemohon yang permohonannya telah diluluskan seperti yang tersebut di atas hendaklah membayar bayaran masuk dan yuran bulan pertama seperti yang ditetapkan diterima menjadi ahli Persatuan dan berhaklah ia sebagai seorang ahli. (4) Seseorang pelajar Universiti atau Kolej Universiti tidak boleh diterima menjadi ahli Persatuan ini kecuali ia telah dibenarkan terlebih dahulu secara bertulis oleh Naib Canselor Universiti yang berkenaan. FASAL 6 : BAYARAN MASUK, YURAN DAN BAYARAN LAIN (1). Bayaran masuk dan yuran yang perlu dibayar ialah :- Jenis Keahlian Bayaran Masuk Yuran Bulanan Ahli Biasa RM10.00 Tiada (Sepuluh Ringgit Sahaja) Ahli Bersekutu RM50.00 (Lima Puluh Ringgit Sahaja) RM10.00 (Sepuluh Ringgit Sahaja) (2) Yuran bulanan hendaklah dibayar selewat-lewatnya pada 4hb. setiap bulan kepada Bendahari Persatuan. (3) Ahli yang tidak membayar hutang yurannya lebih 2 bulan berturut-turut akan diberi surat peringatan oleh Setiausaha dan gugurlah hak-hak keistimewaannya sebagai ahli sehingga hutang yuran itu dijelaskan. (4) Ahli yang gagal membayar hutang yurannya lebih 3 bulan dengan sendiri keahliannya dalam Persatuan telah terhenti. Jawatankuasa boleh memerintahkan supaya tindakan sah diambil terhadapnya dengan syarat mereka berpuashati yang ahli itu telah menerima kenyataan berkenaan hutangnya terlebih dahulu. (5). Jawatankuasa mempunyai kuasa menetapkan yuran masuk semula bagi sesiapa yang telah membiarkan keahliannya terlucut disebabkan hutang. (6). Yuran khas atau kutipan wang daripada ahli-ahli untuk perkara yang tertentu boleh dipungut dengan persetujuan majoriti mesyuarat agung ahli-ahlinya. Sekiranya ada ahli yang mungkir membayar wang yuran tersebut dalam tempoh yang telah ditetapkan, maka wang itu akan dianggap sama seperti hutang yuran bulanan. FASAL 7 : PEMBERHENTIAN DAN PEMECATAN AHLI (1) Ahli yang ingin berhenti menjadi ahli Persatuan hendaklah membuat kenyataan bertulis sekurang-kurangnya 14 hari terlebih dahulu kepada Setiausaha dan menjelaskan segala hutangnya. (2). Mana-mana ahli yang gagal mematuhi undang-undang Persatuan atau bertindak dalam apa cara yang mencemar nama baik Persatuan bolehlah dipecat atau digantung keahliannya dalam satu tempoh

sebagaimana yang difikirkan munasabah oleh Jawatankuasa Eksekutif. Sebelum Jawatankuasa Eksekutif memecat atau menggantung keahliannya, ahli itu hendaklah diberitahu akan sebab-sebab bagi pemecatan atau penggantungannya secara bertulis. Ahli tersebut juga hendaklah diberi peluang membela dirinya. Pemecatan atau penggantungan itu hendaklah dilaksanakan melainkan Mesyuarat Agung menunda atau membatalkan keputusan itu atas rayuan ahli berkenaan. (3) Ahli yang dipecat dari Persatuan dan hendak memohon semula menjadi ahli, permohonannya adalah tertakluk kepada Fasal 5 (3) sekiranya permohonannya diterima semula. FASAL 8 : MESYUARAT AGUNG (1) Pengelolaan Persatuan ini adalah terserah kepada Mesyuarat Agung ahli-ahlinya. Sekurang-kurangnya satu perdua (1/2) daripada jumlah ahli yang berhak mengundi atau dua kali ganda jumlah ahli Jawatankuasa Eksekutif, mengikut mana yang kurang, hendaklah hadir di dalam mesyuarat agung bagi mengesahkan perjalanan mesyuarat dan mencukupi korum untuk mesyuarat. (2) Jika korum tidak cukup selepas setengah jam daripada waktu yang telah ditetapkan untuk mesyuarat agung, maka mesyuarat agung itu hendaklah ditangguhkan kepada suatu tarikh (tidak lebih daripada 30 hari) yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Eksekutif; dan jika korum tidak cukup selepas setengah jam daripada waktu yang telah ditetapkan untuk mesyuarat agung yang ditangguhkan itu maka berkuasalah ahli-ahli yang hadir menjalankan mesyuarat agung tetapi tidaklah berkuasa meminda undang-undang Persatuan dan membuat keputusankeputusan yang melibatkan semua ahli. (3) Mesyuarat Agung Tahunan bagi Persatuan hendaklah diadakan dengan secepat mungkin setelah berakhirnya tahun kewangan tetapi tidak lewat daripada 31hb. Mac pada tarikh, masa dan tempat yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Eksekutif. Kerja-kerja Mesyuarat Agung Tahunan ialah: (a) (b) (c) (d) menerima laporan Jawatankuasa berkenaan perjalanan Persatuan di dalam tahun lalu; menerima laporan Bendahari dan penyata kewangan yang telah diaudit bagi tahun yang lalu; memilih ahli-ahli Jawatankuasa dan Pemeriksa Kira-Kira dua tahun sekali; dan mengurus perkara-perkara lain yang dibentangkan di dalam mesyuarat itu. (4) Setiausaha hendaklah menghantar kepada tiap-tiap ahli selewatlewatnya 14 hari sebelum Mesyuarat Agung Tahunan diadakan satu agenda mesyuarat agung termasuk salinan peringatan mesyuarat agung

dan laporan serta penyata kira-kira Pertubuhan bagi tahun lalu yang telah diaudit. Salinan surat-surat ini juga hendaklah dibekalkan untuk dibaca oleh ahli-ahli di alamat tempat urusan Persatuan. (5) Mesyuarat Agung Khas bagi Persatuan ini boleh diadakan: (a). (b). bila difikirkan mustahak oleh Jawatankuasa Eksekutif, atau atas permintaan beramai-ramai dengan bertulis oleh tidak kurang dari satu perlima (1/5) dari jumlah ahli yang berhak mengundi dengan menerangkan tujuan dan sebab mengadakannya. Permintaan itu hendaklah dihantar kepada Setiausaha Persatuan. (6). Mesyuarat Agung Khas yang diminta oleh alhi-ahli hendaklah diadakan pada satu tarikh di dalam tempoh satu bulan dari tarikh penerimaan permintaan Mesyuarat Agung Khas itu. (7). Pengumuman dan agenda untuk Mesyuarat Agung Khas itu hendaklah diedarkan oleh Setiausaha kepada semua ahli sekurang-kurangnya 14 hari sebelum tarikh yang telah ditetapkan untuk bermesyuarat. (8) Fasal 8 (1) dan 8 (2) di dalam undang-undang ini berkenaan korum dan penangguhan Mesyuarat Agung Tahunan boleh digunakan untuk Mesyuarat Agung Khas, tetapi dengan syarat jika korum tidak mencukupi selepas setengah jam dari waktu yang telah ditetapkan bagi Mesyuarat Agung Khas atas permintaan ahli-ahli itu maka mesyuarat tersebut hendaklah dibatalkan dan dalam masa 6 bulan dari tarikh ini, Mesyuarat Agung Khas atas permintaan ahli-ahli dengan tujuan yang sama tidaklah boleh diadakan. (9) Setiausaha hendaklah menghantar kepada tiap-tiap ahli satu salinan draf peringatan tiap-tiap Mesyuarat Agung Tahunan dan Mesyuarat Agung Khas dengan seberapa segera yang boleh setelah selesainya mesyuarat itu. FASAL 9 : JAWATANKUASA EKSEKUTIF (1). Satu Jawatankuasa Eksekutif seperti berikut yang dinamakan Pegawai Persatuan hendaklah dipilih dua tahun sekali di dalam Mesyuarat Agung Tahunan: (a). (b). (c). (d). (e). Seorang Presiden Seorang Timbalan Presiden Seorang Setiausaha Seorang Penolong Setiausaha Seorang Bendahari (f ). Sepuluh (10) Ahli Jawatankuasa Biasa

(2) Semua pemegang-pemegang jawatan Persatuan ini dan tiap-tiap pegawai yang menjalankan tugas eksekutif dalam Persatuan ini hendaklah terdiri dari warganegara Malaysia. (3) Semua Jawatan yang dinyatakan di atas mestilah dicadang dan disokong dan pemilihan dijalankan dengan cara mengundi oleh ahli-ahli di dalam Mesyuarat Agung Tahunan. Semua pegawai boleh dilantik semula. (4) Perlantikan untuk jawatan Presiden hanya boleh disandang untuk dua penggal berturut sahaja. (5) Tugas Jawatankuasa Eksekutif ialah mengelola dan mengatur semua tugas harian Persatuan dan membuat keputusan atas perkara-perkara mengenai perjalanan Persatuan mengikut dasar am yang telah ditetapkan oleh mesyuarat agung. Jawatankuasa Eksekutif tidak boleh membuat sebarang tindakan yang bertentangan dengan dasar yang diputuskan dalam mesyuarat agung. Jawatankuasa Eksekutif mestilah membuat laporan mengenai aktiviti-aktivitinya di dalam tahun lalu kepada tiap-tiap Mesyuarat Agung Tahunan. (6) Jawatankuasa Eksekutif hendaklah mengadakan mesyuarat sekurangkurangnya satu kali dalam tempoh 3 bulan. Makluman bagi setiap mesyuarat hendaklah diberikan kepada ahli-ahli dalam tempoh 7 hari sebelum mesyuarat diadakan. Presiden dengan bersendirian atau tidak kurang daripada 4 orang ahli Jawatankuasa Eksekutif bersama-sama boleh memanggil supaya diadakan mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif pada bila-bila masa. Sekurang-kurangnya setengah (1/2) daripada bilangan ahli Jawatankuasa Eksekutif hendaklah hadir bagi mengesahkan perjalanan dan mencukupkan korum mesyuarat. (7) Jika timbul perkara mustahak yang berkehendakkan kelulusan Jawatankuasa Eksekutif dan Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif tidak dapat diadakan, maka Setiausaha bolehlah mendapatkan kelulusan daripada ahli-ahli Jawatankuasa Eksekutif secara pengedaran surat pekeliling. Syarat-syarat mengenainya seperti berikut hendaklah disempurnakan sebelum keputusan Jawatankuasa Eksekutif dianggap sebagai telah diterima: (a). Masalah berkenaan mestilah dinyatakan dengan jelas dalam surat pekeliling yang dihantar kepada tiap-tiap ahli Jawatankuasa Eksekutif; (b). Sekurang-kurangnya setengah daripada bilangan ahli-ahli Jawatankuasa Eksekutif hendaklah menyatakan persetujuan atau bantahan bertulis mereka terhadap cadangan itu; dan (c). Keputusan hendaklah dengan undi yang terbanyak. Sebarang keputusan yang diperolehi melalui surat pekeliling hendaklah dilaporkan oleh Setiausaha kepada Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif berikutnya untuk disahkan dan dicatat di dalam peringatan mesyuarat.

(8) Mana-mana ahli Jawatankuasa Eksekutif yang tidak hadir mesyuarat 3 kali berturut-turut tanpa alasan yang munasabah adalah dianggap telah meletakkan jawatan di dalam Jawatankuasa Eksekutif tersebut. (9) Jika seorang ahli Jawatankuasa Eksekutif meninggal dunia atau meletakkan Jawatan, calon kedua mendapat undi terbanyak di dalam pemilihan lalu hendaklah dipanggil untuk mengisi kekosongan itu. Jika calon sedemikian tidak ada atau menolak jawatan itu, maka berkuasalah Jawatankuasa melantik ahli Persatuan lain mengisi kekosongan itu sehingga Mesyuarat Agung Tahunan diadakan. (10) Jawatankuasa Eksekutif boleh memberi arahan kepada Setiausaha dan pegawai-pegawai lain untuk menjalankan urusan-urusan Persatuan, dan melantik pegurus dan kakitangan yang difikirkan mustahak. Ia boleh menggantung atau melucutkan jawatan sebarang pengurus atau kakitangan kerana cuai di dalam pekerjaan, curang, tidak cekap, engkar menjalankan keputusan Jawatankuasa Eksekutif atau kerana sebab yang difikirkan boleh merosakkan kepentingan Persatuan. (11) Jawatankuasa Eksekutif boleh menubuhkan Jawatankuasa Kecil jika difikirkan mustahak dan memberikan kewajipan khas kepada sebarang ahli Jawatankuasa. FASAL 10 : KEWAJIPAN-KEWAJIPAN PEGAWAI (1) Presiden dalam masa jawatannya, adalah bertanggungjawab atas perkara-perkara berikut:- (a) (b) (c) Menjadi Pengerusi semua mesyuarat agung, mesyuarat khas dan Jawatankuasa Eksekutif, serta bertanggungjawab atas kesempurnaan perjalanan semua mesyuarat tersebut. Mempunyai kuasa undi pemutus dan menandatangani semua peringatan mesyuarat bila telah diluluskan. Menandatangani semua cek Persatuan dengan Setiausaha dan Bendahari. (2) Timbalan Presiden hendaklah membantu Presiden menjalankan tugastugasnya dan memangku Jawatan Presiden semasa ketiadaan Presiden. (3) Setiausaha adalah bertanggungjawab atas perkara-perkara berikut:- (a) Menjalankan semua kerja pentadbiran Persatuan mengikut undang-undang dan perintah-perintah Mesyuarat Agung serta Jawatankuasa Eksekutif. (b) Mengurus hal-hal surat menyurat dan menyimpan buku-buku, surat-surat dan kertas-kertas kecuali yang berkaitan dengan kewangan.

(c) (d) (e) (f) Menyimpan Buku Daftar Ahli yang mengandungi butir-butir seperti nama, tempat dan tarikh lahir, nombor kad pengenalan, pekerjaan, nama dan alamat majikan dan alamat rumah tiap-tiap ahli. Menghadiri semua mesyuarat dan membuat catatan-catatan Mesyuarat. Menandatangani semua cek Persatuan bersama-sama dengan Presiden dan Bendahari. Mengirim penyata tahunan seperti yang dikehendaki Persatuan kepada Pendaftar Pertubuhan di bawah Seksyen 14 [1] Akta Pertubuhan 1966. (4). Penolong Setiausaha hendaklah membantu Setiausaha dalam menjalankan tugas-tugasnya dan memangku jawatan itu semasa ketiadaan Setiausaha. (5). Bendahari adalah bertanggungjawab atas perkara-perkara berikut:- (a). Membuat dan menyimpan kira-kira mengenai semua perkara kewangan serta bertanggungjawab atas ketepatannya. (b). Menandatangani cek-cek Persatuan bersama-sama dengan Presiden dan Setiausaha. (6) Ahli Jawatankuasa Biasa hendaklah membantu Jawatankuasa Eksekutif menjalankan tugas yang diarahkan olehnya. (7) Jawatankuasa Eksekutif boleh menubuhkan Jawatankuasa kecil jika difikirkan mustahak dan memberikan kewajipan khas kepada sebarang ahli Jawatankuasa serta boleh melantik tidak lebih daripada enam orang di kalangan ahli bagi mewakili kumpulan Pengurusan dan Profesional Bukan Akademik mengikut gred jawatan sekiranya tiada di kalangan kumpulan gred itu termasuk dalam Jawatankuasa Eksekutif yang dilantik oleh ahli. FASAL 11 : KEWANGAN (1). Tertakluk kepada peruntukan-peruntukan berikut dalam undang-undang ini, wang Persatuan boleh digunakan bagi menjalankan tujuan-tujuan Persatuan seperti belanja pentadbiran, bayaran gaji dan belanja pegawai-pegawai dan kakitangan yang bergaji serta upah memeriksa kira-kira. Wang Persatuan tidak boleh digunakan untuk menjamin manamana ahli yang ditahan di bawah undang-undang atau untuk membayar denda ahli yang dijatuhkan hukuman oleh mahkamah. (2). Bendahari dibenarkan menyimpan wang runcit tidak lebih daripada RM200.00 (Dua Ratus Ringgit sahaja) pada satu masa. Wang yang lebih daripada jumlah itu, hendaklah dimasukkan ke dalam bank yang dipersetujui oleh Jawatankuasa Eksekutif. Kira-kira bank itu hendaklah atas nama Persatuan.

(3). Segala cek atau kenyataan pengeluaran wang Persatuan hendaklah ditandatangani bersama oleh Presiden, Bendahari dan Setiausaha. Semasa ketiadaan mereka Jawatankuasa boleh melantik sesiapa di antara mereka sebagai pengganti untuk urusan di atas. (4). Perbelanjaan yang lebih daripada RM1,000.00 (Satu Ribu Ringgit Sahaja), bagi sesuatu masa tidak boleh dibayar tanpa diluluskan terlebih dahulu oleh Jawatankuasa Eksekutif; dan perbelanjaan yang lebih daripada RM10,000.00 (Sepuluh Ribu Ringgit Sahaja) bagi sesuatu masa tidak boleh dilakukan tanpa kebanaran Mesyuarat Agung terlebih dahulu. Perbelanjaan yang kurang daripada RM1,000.00 (Satu Ribu Ringgit Sahaja) bagi sesuatu masa boleh diluluskan oleh Presiden bersama dengan Bendahari dan Setiausaha. (5). Penyata penerimaan dan perbelanjaan serta kunci kira-kira bagi setahun hendaklah disediakan oleh Bendahari dan diperiksa oleh Pemeriksa Kira-Kira yang dilantik di bawah Fasal 12 undang-undang ini seberapa segera setelah tamat tahun kewangan. Penyata Kira-Kira yang telah diodit itu hendaklah dikemukakan untuk kelulusan Mesyuarat Agung Tahunan yang berikutnya dan salinannya dibekalkan untuk makluman ahli di alamat berdaftar Persatuan. (6). Tahun kewangan Persatuan ini bermula 1 Januari dan berakhir 31 Disember tiap-tiap tahun. FASAL 12 : PEMERIKSA KIRA-KIRA (1). Dua (2) orang yang bukan pegawai Persatuan boleh dilantik dua tahun sekali di dalam Mesyuarat Agung Tahunan sebagai Pemeriksa Kira-Kira. Mereka menjawat jawatan ini selama dua tahun dan boleh dilantik semula. (2). Pemeriksa Kira-Kira bertanggungjawab memeriksa penyata kewangan Persatuan bagi setahun dan membuat laporan atau pengesahan untuk Mesyuarat Agung Tahunan. Mereka boleh pada bila-bila masa dalam tempoh jawatan mereka, dikehendaki oleh Presiden memeriksa penyata kewangan Persatuan dan membuat laporan kepada Jawatankuasa Eksekutif. FASAL 13 : PENGAMANAH (1). Tiga orang Pengamanah yang berumur lebih daripada 21 tahun hendaklah dilantik di dalam Mesyuarat Agung Tahunan dan mereka akan berkhidmat selama yang dikehendaki oleh Persatuan. Semua harta tak alih yang dipunyai oleh Persatuan akan diamanahkan kepada mereka dengan menandatangani suatu Surat Amanah (Deed of Trust).

(2). Pengamanah tidak boleh menjual, menarik balik dan menukar harta kepunyaan Persatuan dengan tidak ada persetujuan dan kuasa yang diberi oleh Mesyuarat Agung Tahunan. (3). Seseorang Pengamanah itu boleh dilucutkan daripada jawatannya oleh Mesyuarat Agung Tahunan oleh sebab uzur kerana penyakit, tidak siuman, tidak berada di dalam negeri atau kerana lain sebab yang mengakibatkan ia tidak boleh menjalankan tugas-tugasnya atau pekerjaannya dengan memuaskan. Jika berlaku kematian, perletakan jawatan atau pemecatan seseorang Pengamanah maka kekosongan itu boleh dipenuhkan oleh Pengamanah yang baru yang dilantik di dalam Mesyuarat Agung dengan secepat mungkin. FASAL 14 : TAFSIRAN UNDANG-UNDANG (1). Di antara berlangsungnya Mesyuarat Agung Tahunan, Jawatankuasa Eksekutif boleh memberikan tafsirannya kepada undang-undang ini dan Jawatankuasa Eksekutif, jika mustahak, boleh memutuskan perkaraperkara yang tidak terkandung di dalam undang-undang ini. (2). Kecuali perkara-perkara yang bertentangan atau tidak selaras dengan dasar yang telah dibuat dalam mesyuarat agung, keputusan Jawatankuasa Eksekutif terhadap ahli-ahli adalah muktamad jika tidak diubah oleh keputusan Mesyuarat Agung Tahunan. FASAL 15 : PENASIHAT DAN PENAUNG (1). Jawatankuasa Eksekutif boleh, jika difikirkan perlu, melantik orang-orang yang layak menjadi Penasihat dan Penaung bagi Persatuan ini dengan syarat orang yang dilantik itu menyatakan persetujuannya secara bertulis. FASAL 16 : LARANGAN (1). Persatuan atau ahli-ahlinya tidak boleh menjalankan kegiatan-kegiatan yang berbentuk judi. (2). Persatuan atau ahli-ahlinya tidak boleh menjalankan kegiatan menjual loteri samada dikhaskan kepada ahli atau tidak, atas nama Persatuan, Jawatankuasa Eksekutif, ahli atau pegawai-pegawainya tanpa kelulusan pihak berkuasa berkenaan. (3). Persatuan atau ahli-ahlinya tidak boleh melibatkan diri dalam manamana kumpulan AJARAN SESAT. (4). Persatuan atau ahli-ahlinya tidak harus cuba menghalang atau dengan apa cara juga mengganggu perniagaan atau harga barang-barang atau

mengambil peranan dalam gerakan Kesatuan Sekerja seperti definisi di dalam Akta Kesatuan Sekerja 1959. (5). Permainan yang tersebut di bawah ini tidak boleh dimainkan di dalam rumah Persatuan: Roulette, Lotto, Fan Tan, Poh, Peh Bin, Belangkai, Pai Kau, Tau Ngau, Tien Kow, Chap Ji Kee, Sam Cheong, Dua Puluh Satu, Tiga Puluh Satu, Sepuluh dan setengah, semua permainan dadu, banker s game dan semua permainan yang bergantung semata-mata kepada nasib dan pertaruhan. (6). Faedah seperti yang ditafsirkan di bawah Seksyen 2 Akta Pertubuhan, 1966 tidaklah boleh diberi oleh Persatuan kepada mana-mana ahlinya. FASAL 17 : PINDAAN UNDANG-UNDANG Undang-undang ini tidak boleh diubah atau dipinda kecuali dengan keputusan mesyuarat agung. Permohonan untuk perubahan atau pindaan kepada undangundang hendaklah dibuat kepada Pendaftar Pertubuhan dalam masa 60 hari dari tarikh keputusan mesyuarat agung meluluskan perubahan atau pindaan itu dan hanya boleh dikuatkuasakan mulai daripada tarikh perubahan atau pindaan itu diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan. FASAL 18 : PEMBUBARAN (1). Persatuan ini hanya boleh dibubar secara sukarela dengan persetujuan dua pertiga (2/3) daripada semua jumlah wakil yang berhak mengundi di dalam Mesyuarat Agung Khas yang diadakan untuk tujuan tersebut. (2). Jika Persatuan dibubar mengikut kaedah di atas, semua hutang dan tanggungan Persatuan yang sah di sisi undang-undang, mestilah dibayar dan sekiranya ada baki wang yang tinggal, ia hendaklah diselesaikan mengikut cara yang dipersetujui di dalam Mesyuarat Agung. (3). Kenyataan pembubaran Persatuan mestilah disampaikan kepada Pendaftar Pertubuhan dalam masa 14 hari dari tarikh pembubaran itu dibuat.