Kisah pelarian Rohingya: 'Myanmar tanah air kami' RUZY ADILA IDRIS 20 Ogos 2012

dokumen-dokumen yang mirip
Rangka karangan. Pendahuluan. - Alamat pengirim - Tarikh - Kata-kata aluan dan bertanya khabar

40 PrOsPEK hartanah malaysia

NO. 45, JALAN SI 8, TAMAN SAUJANA INDAH, BUKIT KATIL, MELAKA

Teks Ulasan Negara Malaysia Dalam Laporan TIP 2009:

UNIVERSITI MALAYA KUALA LUMPUR MALAYSIA

Wawancara Berita Minggu bersama Encik Marimuthu Nadason, Presiden FOMCA. Siri Pemikiran FOMCA - 6

BAB 3 : METODOLOGI. Parit Keroma dan komuniti Bugis dari kampung itu yang telah menetap di Kuala Lumpur.

BAHAGIAN B. Dari SOALAN 24 hingga SOALAN 41, tulis jawapan kamu di tempat kosong yang disediakan di Kertas Soalan ini.

Undang-Undang Malaysia

Alkitab untuk Anak-anak memperkenalkan.

Mellisa (Abdullah Hussain)

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Latar Belakang Kajian

Alkitab untuk Anak-anak memperkenalkan. Paskah Pertama

Drama Cempaka Berdarah (A.Rahim Abdullah)

Alkitab untuk Anak-anak. memperkenalkan. Paskah Pertama

MENGAPA ANDA TIDAK DAPAT MEMPEROLEHI PEKERJAAN?

Cabaran dalam Menjaga Kanak-kanak Berkeperluan Khas. Erica Lovel

Bagaimana Bina Aset Hartanah RM1 Juta (Kajian kes) Hakcipta Gila Hartanah a.k.a Tok Penghulu

Pakar Sosiologi: Perang Dunia Pertama Mengakibatkan Penderitaan Ekonomi Dan Pergolakan Sosial Di M Khamis, 14 Ogos :36

SS 5 Sangat Setuju TS 2 Tidak setuju S 4 Setuju STS 1 Sangat Tidak Setuju TP 3 Tidak Pasti

DARI BURUK KE BAIK. Oleh. June Sim Mei Lin ABSTRAK

PENGARAH (GRED 54) Taraf Jawatan : Tetap Gaji : RM6, RM13, (tidak termasuk imbuhan/elaun) Kekosongan : 1

TIP UNTUK MEMPERTAHANKAN DIRI

SEMINARI THEOLOJI MALAYSIA

Laporan Awal Pasca Pilihan Raya Bagi Pilihan Raya Umum Malaysia Ke Mei 2018

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA CAWANGAN NEGERI SEMBILAN

TUGASAN 2 (INDIVIDU) SITI AIDA BINTI MUHAMAD A152797

2 SULIT 3757/2 Bahagian A [75 markah] Jawab mana-mana tiga soalan daripada bahagian ini

PUSAT PELABURAN NEGERI JOHOR IKLAN JAWATAN KOSONG

PERHATIAN KEPADA SEMUA PELAJAR SESI PENGAMBILAN APRIL, MAY & JUN 2013 DAN PELAJAR LAMA YANG MEMOHON PINJAMAN PTPTN ONLINE

Ia disertakan dengan contoh bagi meningkatkan pemahaman kita terhadap cara penggunaan bonus ini.

Hassan ta. kg bidang logistik. Syarikat miliknya mempunyai lebih 60 lori kontena yang beroperasi di seluruh negara ,/"IT" I "A~..

Pembacaan Kitab: Filipi 2: 1-11, Mazmur 140: 12. Cepatkanlah tindak anda untuk membantunya Demi menyelesaikan kebimbangannya. --Puan E. E. William.

Bengkel Ibu Bapa Hari Sabtu. Sesi Perkongsian Strategi Pembelajaran Lisan oleh : Cikgu Ardriza & Cikgu Ernie

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

Prosa Tradisional (Hikayat Indera Nata)

Masalah Kesihatan Mental Kurang Menerima Perhatian

MOSES CHOO MEMBINA KERJAYA, MEMBANTU RAKAN SENASIB. Oleh Amy Suzani Mohd. Ainuddin

HALATUJU SELEPAS PMR TAHUN 2012

PANDUAN MENGISI BORANG

Pelajar layak memohon pembiayaan pendidikan sekiranya memenuhi syaratsyarat

KUMPULAN PERKHIDMATAN : PENGURUSAN DAN PROFESIONAL JADUAL GAJI : RM2, RM9,546.00

MODUL PERNIAGAAN TRONEXUS

Memilih Sikap Positif

Alkohol. Merosakkan tindak balas refleks mental dan fizikal. Kanser otak, lidah, mulut, esofagus, larink dan pundi kencing.

Apakah persamaan kedua-dua buah parti yang dinyatakan di atas? 2. Apakah sebabnya orang Melayu tidak dapat menerima ideologi komunis?

PERSIDANGAN KEBANGSAAN PENGETUA-PENGETUA SEKOLAH MENENGAH MALAYSIA (PKPSM) KEDAH PEPERIKSAAN PERCUBAAN PMR 2008 BAHASA MELAYU

(TUGASAN INDIVIDU: PENYALAHGUNAAN LORONG KECEMASAN DI MALAYSIA)

MAJLIS PERBANDARAN KOTA BHARU

kotor kuat kusut lagi

PEMBANGUNAN JANJI-JANJI SELANGOR. 2. Membina Terminal Pengangkutan Awam Bersepadu di Shah Alam, ibu negeri Selangor. Penjelasan:

MODUL 10: KESIMPULAN. Isi Kandungan Pengenalan Rumusan Buku Kerja Asas Perancangan Kewangan Soalan penilaian

PRINSIP KEKAYAAN. Oleh : Ir. Ezwan Laman web -

PERHATIAN KEPADA SEMUA PELAJAR SESI PENGAMBILAN JULAI 2012 DAN PELAJAR LAMA YANG MEMOHON PINJAMAN PTPTN ONLINE

BUKU PERATURAN KUMPULAN WANG KHAIRAT KEMATIAN

PANDUAN MENGISI BORANG PERJANJIAN ASASI IPTA

Detik terbaik henti merokok

BUKU B. (5) yang selalu mengambil berat tentang diri saya. (6) belajar dan melakukan aktiviti-aktiviti yang lain

SULIT 3757/ /2 Ekonomi Asas Kertas 2 2 jam

Syarikatnya melaksanakan pelbagai projek perumahan dan kondominium di sekitar Kuala Lumpur

Membina Perniagaan Gaya AirAsia

KETAGIHAN INTERNET SATU PENYAKIT MENTAL? Ketahuilah sama ada anda seorang penagih internet atau tidak. Oleh Redy Jeffry Mohamad Ramli

1. (1) menyiapkan (2) bersiap (3) disiap (4) tersiap ( )

PAMPASAN PEKERJA SYARAT & TERMA

BORANG PERMOHONAN MEMASUKI MAKTAB TENTERA DIRAJA. e. Kewarganegaraan * Warganegara / Penduduk Tetap / Sementara / Bukan Warganegara *

Giro Takaful Asas. Perlindungan Takaful yang MENINGKAT bersama anda BSNMalaysia

CSOC(GT) - Malay Sample Questions Set 4

Anda boleh menyertai takaful empunya rumah atau takaful isi rumah atau kedua-duanya sekali.

FACT SHEET

2.5 Memberikan penjelasan secara spontan tentang sesuatu perkara yang berkaitan dengan isu yang dikemukakan. Pada akhir pelajaran, murid dapat:

(Gaji permulaan ialah pada Gred S19: RM1,352.00); atau

# $% &'( # )*+,-. )*+ - )*+ /,0 )*+ 1(*+!" * 2 # 32,

b.. Pengkalan Chepa, Tanjong Mas, Kota Bharu, mempunyai dua cawangan termasuk di Tanah Merah serta pusat sulaman dan kilang menjahit pakaian

Rakyat Negeri Perak Darul Ridzuan yang berkelayakan adalah dipelawa memohon jawatan kosong seperti berikut:-

3. akan dibimbing dan dibantu oleh guru-guru di sekolah itu ( )

Diterbitkan oleh: AKPK_HB_BM_FA.indb 1 2/25/11 11:47:07 AM

Hasrat Penjagaan Saya

Jubah akademik graduan, hood dan topi (mortar board/bannet) yang disediakan oleh Universiti.

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA CAWANGAN PAHANG

Diterbitkan oleh: AKPK_HB_BM_FA.indb 1 2/25/11 11:47:07 AM

TEKS UCAPAN NAIB CANSELOR PROF. DR. MOHD ISMAIL ABD. AZIZ PERASMIAN PROGRAM HARI UNESCO SOLIDARITY WITH PALESTINE

KEMUDAHAN. Dijawab Oleh : Persatuan Penduduk Kampung Ampangan, Tanjong Karang

BAB VI RUMUSAN DAN CADANGAN. Dalam bab ini penulis akan merumuskan hasil dapatan kajian yang dilakukan sepanjang

IKLAN JAWATAN KOSONG KAKITANGAN BUKAN AKADEMIK KUMPULAN PERKHIDMATAN PELAKSANA

Teks Ulasan Negara Malaysia Dalam Laporan Tip 2008: MALAYSIA (SENARAI PEMERHATIAN TINGKAT 2)

Salah faham tentang maksud IKHLAS

LMCK PEMIKIRAN KRITIKAL & PENYELESAIAN MASALAH

OPERA ESTATE PRIMARY SCHOOL PENILAIAN PRELIM BAHASA MELAYU LANJUTAN PRIMARI 6 MARKAH:

BORANG SOALAN KESELAMATAN. Dokumen ini adalah harta Kerajaan. Ia hendaklah dianggap SULIT dalam semua peringkat. Kepada...

MAKLUMAT PEMOHON (ANGGOTA)

PUSAT PELABURAN NEGERI JOHOR IKLAN JAWATAN KOSONG

IKLAN JAWATAN PEKERJA SAMBILAN HARIAN PEMBANTU TADBIR (P/O) GED N17 (SAMBILAN)

Latar Tempat dalam novel Di Sebalik Wajah

METODOLOGI PENYELIDIKAN. Kajian ini merupakan satu penyelidikan lapangan dari perspektif pragmatik yang

PERTANIAN DAN INDUSTRI

MAJLIS PENGETUA SEKOLAH MALAYSIA CAWANGAN MELAKA. Kertas 2. Duajam

BAB V KESIMPULAN. Tenggara, yakni Association South East Asian Nations atau yang dikenal

AMANAT HARI KEBANGSAAN 2016

UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA J A W A T A N K O S O N G

Nur Hafiza Osman (Fiza O)

Transkripsi:

Kisah pelarian Rohingya: 'Myanmar tanah air kami' RUZY ADILA IDRIS 20 Ogos 2012 Inilah rumah yang menjadi tempat berlindung Abd Rashid bersama rakan-rakan senegaranya. (Dari kiri) Mohd Alam Shamsudin dan Abd Rashid Azizulhuk bersama rakan serumah turut mengikuti perkembangan keluarga melalui akhbar.

(Dari kiri) Mohamad Talib dan Noor kini memilih Malaysia sebagai tempat mencari rezeki. PELARIAN Rohingya Islam yang berada di Malaysia masih menaruh harapan agar episod penindasan terhadap komuniti itu yang sudah berlangsung sejak sekian lama segera berakhir. Harapan mereka dapat kembali bersatu dengan keluarga masing-masing di Myanmar. Walaupun keganasan etnik yang berlaku sejak awal Jun lalu menyebabkan lebih 80 terbunuh manakala lebih 80,000 hilang tempat tinggal, beberapa anggota komuniti Rohingya yang ditemui di Kuala Lumpur masih berharap agar konflik itu segera berakhir. Presiden Myanmar mengumumkan pembentukan sebuah suruhanjaya 27 anggota untuk menyiasat keganasan etnik di wilayah Barat negara itu. Dalam pertemuan dengan Sinar Harian Online minggu lalu, Mohd Alam Shamsudin, 47, yang berasal dari daerah Mongdu di negeri Rakhien (Arakan) berkata, walaupun hak kewarganegaraan etniknya dinafikan, namun ia adalah tanah kelahiran mereka. "Mana mungkin saya lupakan tanah air saya, tanah kelahiran saya dan kaum keluarga yang terpaksa saya tinggalkan demi keselamatan. "Saya memutuskan untuk meninggalkan kampung halaman pada tahun 1989 dan menjadi pelarian ketika berusia 24 tahun kerana tidak tahan menanggung penderitaan akibat ditindas. "Orang Rakhien ketika itu memang memandang orang Islam Rohingya dengan penuh kebencian dan setiap apa yang dilakukan oleh kami adalah salah di mata mereka, sebaliknya apa yang mereka buat adalah betul belaka," katanya. Ujar Mohd Alam, orang Rohingya bukan sahaja sukar mendapatkan status warganegara, malah mereka juga terpaksa menghadapi diskriminasi selain pergerakan yang dihadkan termasuk dalam isu perkahwinan serta anak.

Menyingkap bibit awal ketika berada di negara ini, Mohd Alam mengakui pernah ditangkap pihak polis kerana tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah pada 1992. "Saya gagal menunjukkan pasport seperti yang diminta pihak berkuasa kerana apa yang saya ada hanyalah surat daripada Pesuruhjaya Tinggi Pelarian Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNCHR). "Saya kemudiannya dihantar ke Penjara Kajang selama dua bulan sebelum dihantar ke Penjara Pudu selama lebih kurang tiga hari dan dihantar ke Hadyai, Thailand. "Dari sana, saya berusaha masuk kembali masuk ke negara ini kerana di sana pelarian-pelarian ini dilayan dengan teruk sekali," kata bekas pelajar sekolah tinggi ini. Anak saudaranya, Mohd Alam yang turut berada di negara ini, Abd Rashid Azizulhuk, 37, berkata, walaupun pernah melalui beberapa episod sedih sepanjang menjadi pelarian, namun hatinya tetap bersemangat untuk meneruskan kehidupannya. "Dari kampung, saya berjalan kaki ke Thailand yang memakan masa berhari-hari dan bekerja di kilang pengimpal selama sembilan bulan," katanya. Duit yang dikumpul itulah dia gunakan untuk datang ke Malaysia pada 1993 dengan menaiki bas. Tambang ketika itu RM25. "Pada awal ketibaan saya di sini, saya berhadapan dengan pelbagai kesukaran hidup termasuklah terpaksa menahan perut kerana tidak ada duit untuk makan selama beberapa hari, tidak dibayar upah selepas selesai membuat pekerjaan dan kesukaran berkomunikasi kerana sukar memahami bahasa Melayu. "Saya juga pernah ditahan selama tujuh bulan dan 27 hari di kem tahanan pelarian di Sepang. "Kini hidup saya lebih teratur kerana mempunyai kerja yang tetap dan di sini saya bekerja di sebuah kilang besi," katanya ketika ditemui di rumah yang di sewa bersama kawan-kawan Rohingya di Kampung Cheras Baru, baru-baru ini. Selain Mohd Alam dan Abd Rashid, turut tinggal serumah ialah Mohd Nesar Kamal Hussain, 40. Dia mengakui sering merindui kampung halamannya hanya mampu mengikuti setiap perkembangan yang berlaku di Arakan melalui televisyen ataupun akhbar. Dia turut menyuarakan kebimbangan mengenai peningkatan ketegangan di negara itu terutamanya sepanjang bulan Ramadan lalu. "Saya juga ada menelefon keluarga di kampung. Saya juga tidak boleh bayangkan kesukaran umat Islam di sana kerana walaupun mereka ada wang, belum tentu mereka boleh membeli apaapa," katanya. Selain Mohd Nesar, Noor Mohammed, 46, yang berasal dari Sittwe, berhijrah ke Malaysia pada 1966 pada usia 28 tahun. Dia tidak dapat kembali ke Arakan.

"Pada tahun 1995, saya baru habis belajar dalam jurusan Tafsir, Fekah dan Hadis dari Madrasah Al-Jamiah Islamiah di Cittagong, Bangladesh. "Ketika cuba masuk kembali Myanmar, saya telah dihalang oleh tentera dan dituduh sebagai ektremis Islam hanya kerana penampilan pakaian saya yang berjubah, berkopiah serta menyimpan janggut," katanya. Atas nasihat guru-gurunya, Noor kemudiannya datang ke Malaysia kerana mereka berpendapat adalah lebih selamat datang ke sini kerana sebuah negara Islam. "Saya agak bernasib baik kerana mempunyai pasport kerana sudah lama tinggal di Bangladesh dan berjaya mendapat status Penduduk Tetap. "Disebabkan saya mempunyai sijil agama dan kebetulan sebuah masjid di Sentul memerlukan imam, saya kemudiannya ditawarkan untuk bekerja di situ," katanya yang bertindak sebagai imam hingga sekarang. Bapa kepada dua orang cahayamata lelaki ini berkata, setiap kali menjelang Aidilfitri, lebih 200 orang Rohingya yang datang dari sekitar Kuala Lumpur termasuk Ampang, Sentul dan Selayang untuk solat di masjid itu. Katanya, peluang inilah yang digunakan oleh sesama mereka untuk bertanya khabar sambil mengeratkan hubungan. Mohamad Talib Mohd Muslim, 39, yang juga sepupu Noor, merupakan rakan sekuliah di madrasah yang sama ketika ditemui di rumahnya di Pangsapuri Sentul Utara berkata, jika diberi pilihan untuk memilih negara ketiga, dia tetap mahu tinggal di Malaysia kerana negara ini sangati aman dan damai. Mohamad Talib yang sudah berkahwin dengan seorang wanita Indonesia tiga tahun lalu itu tiba di Malaysia 10 tahun lalu selepas tidak tahan dengan tekanan yang dihadapi di Myanmar. "Saya bersama 100 orang yang lain datang ke sini dengan menaiki bot dari Myanmar dan tiba di Thailand. Dari sana saya dihantar ke Klang. "Pada peringkat awal, saya terpaksa bertukar-tukar kerja kerana berhadapan dengan masalah komunikasi sehinggalah sekarang saya sudah bekerja sebagai penghantar ayam di Pasar Chow Kit. "Walaupun dengan gaji RM45 sehari dan waktu bekerja dari 3 pagi hingga 8 pagi, saya gembira dan bahagia di sini," kata pemegang kad pelarian UNHCR ini. Penafian hak warganegara kumpulan ini bermula apabila Myanmar tidak mengiktiraf etnik Rohingya yang berketurunan Bengali sebagai rakyatnya kerana kumpulan itu hanya memasuki negara itu pada kurun ke-19 ketika pemerintahan British.

Rata-rata setiap anggota etnik Rohingya yang berada di Malaysia meletakkan harapan yang tinggi agar segala kerintangan yang dilalui akan berakhir dalam wakt terdekat. Bila? Itu yang menjadi tanda tanya!