LOT 20528 & 20529 RUMAH KEDAI PERMINT PERDANA II, SEBERANG TAKIR, 21300 KUALA TERENGGANU, TERENGGANU (09 662 4444)
PENGENALAN Adeq Sue Resources Sdn. Bhd. (Adeq Sue) telah ditubuhkan secara rasmi pada 19 Mac 2014 dan merupakan syarikat milik penuh bumiputera. Aktiviti perniagaan utama Adeq Sue Resources Sdn. Bhd. ialah menghasilkan sos ikan bakar. Selain itu, terdapat beberapa produk lain yang dihasilkan iaitu sos ikan bakar petai, sos tiga rasa, sambal bilis, tepung serbaguna dan sambal belacan segera. Perniagaan beroperasi di kilang utama yang bertempat di Lot Rumah Kedai Taman Permint Perdana II, Seberang Takir, Kuala Terengganu, Terengganu. Perniagaan ini dimulakan kira-kira 3 tahun yang lepas apabila pemilik menjalankan perusahaan kedai makan yang menjadikan ikan bakar sebagai menu utama dengan nama Adeq Sue Ikan Bakar di bawah perniagaan milikan tunggal Adeq Sue Enterprise. Kini, perusahaan tersebut telah mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada pelanggan dan mendapat banyak permintaan agar perniagaan Adeq Sue Enterprise menghasilkan sos ikan bakar segera. Bertitik tolak dari itu, pemilik membuat keputusan untuk mengembangkan lagi perniagaan dengan memberi fokus kepada penghasilan pes & sos dengan menubuhkan syarikat Adeq Sue Resources Sdn. Bhd. Kini, syarikat telah dianugerahkan sijil HALAL daripada JAKIM (Mac 2015) dan telah merangka beberapa strategi bagi meluaskan pasaran dengan memasuki pasaraya-pasaraya besar di seluruh Malaysia seperti Pasaraya Econsave, Pasaraya Giant, Pasaraya Mydin dan lain-lain. Syarikat juga menyasarkan pasaran negara jiran seperti Thailand, Brunei, Singapura, China & Indonesia. Untuk jangka masa panjang, syarikat akan meneroka pasaran Eropah dan Timur Tengah. Pada September 2014, syarikat telah menyertai Manchester Food Festival di Manchester, UK dan sambutan yang diterima adalah sangat menggalakkan.
Produk Adeq Sue mempunyai potensi yang sangat besar untuk dikembangkan pada masa hadapan kerana produk produk syarikat ini sangat ringkas dan mudah untuk disediakan seterusnya membantu memudahkan masyarakat moden sekarang yang sering kesuntukan masa dalam menjalani kehidupan seharian. Syarikat amat yakin produk Adeq Sue akan menjadi produk pilihan utama seluruh negara dan seterusnya ke peringkat antarabangsa menerusi penyediaan pelan tindakan yang terperinci dan melalui sokongan dari pelbagai agensi yang berkenaan.
MAKLUMAT KORPORAT VISI Memajukan perniagaan agar menjadi pengeluar sos ikan bakar yang terunggul di negara dan meluaskan pasaran ke peringkat antarabangsa di bawah jenama Adeq Sue MISI Meneroka pasaran tempatan dengan menjadi pembekal utama di seluruh negara. Mempelbagaikan produk di bawah jenama Adeq Sue. OBJEKTIF Menjadikan Adeq Sue sebagai satu jenama yang dikenali dan digemari oleh pelanggan di Malaysia dan peringkat antarabangsa. FALSAFAH PERNIAGAAN Percaya, hubungan berteruskan dengan pelanggan boleh dikekalkan melalui perkhidmatan berkualiti dan dinilai lebih daripada sekadar nilai wang. Percaya, kepuasan pelanggan boleh dicapai melalui penawaran produk berkualiti, perkhidmatan pelanggan yang mesra, cekap dan berkesan. Percaya, mengekalkan hubungan baik secara berterusan dengan pelanggan dan pembekal akan mewujudkan kesetiaan yang akan memberi faedah dan pulangan lumayan dalam jangka masa panjang.
PROFIL PERNIAGAAN Nama Perniagaan : ADEQ SUE RESOURCES SDN. BHD. (100 % Pemilikan Bumiputera) Bentuk Perniagaan : SYARIKAT SENDIRIAN BERHAD Tarikh diperbadankan : 19 MAC 2014 Tarikh Mula Operasi : 1 APRIL 2014 No. Pendaftaran Syarikat : 1085567 K Alamat Pejabat & Kilang : Lot 20528 & 20529 RUMAH KEDAI PERMINT PERDANA II, SEBERANG TAKIR 21300 KUALA TERENGGANU TERENGGANU Nombor Telefon : 09-6662444 Jenis Industri : PERKILANGAN Jenis Pembuatan : MENGELUAR, MEMBUNGKUS DAN MENGEDAR PRODUK DI BAWAH JENAMA ADEQ SUE Bank Syarikat : BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD CAWANGAN JALAN SULTAN ISMAIL TERENGGANU ( 13017018286455) PROFIL USAHAWAN
PENGARAH 1 Nama Pemilik : Hairuddin Omar No. K/P Baru : 790929-11-5309 Bangsa : Melayu Jantina : Lelaki Taraf Perkahwinan : Bujang Taraf Pendidikan : SPM Agama : Islam Pekerjaan Sekarang : Pemain bola sepak professional Malaysia Usahawan Kemahiran/Kebolehan : Pengurusan Pemasaran Jawatan Dalam Syarikat : Pengarah & Pengurus Pemasaran PENGARAH 2 Nama Pemilik : Mohd Kamal Ariffin B. Ramli No. K/P Baru : 710517-11-5393 Bangsa : Melayu Jantina : Lelaki Taraf Perkahwinan : Berkahwin Taraf Pendidikan : Politeknik Agama : Islam Pekerjaan Sekarang : Pengarah Urusan Kemahiran/Kebolehan : Kewangan & Pentadbiran Jawatan Dalam Syarikat : Pengarah & Pengurus Kewangan/Pentadbiran CARTA ORGANISASI SYARIKAT
AHLI LEMBAGA PENGARAH HAIRUDDIN OMAR MOHD KAMAL ARIFFIN RAMLI PENGARAH URUSAN SHUKURIAH ABD. GHAFAR PENGARAH EKSEKUTIF PENTADBIRAN/KEWANGAN MOHD KAMAL ARIFFIN RAMLI PENGARAH EKSEKUTIF PEMASARAN HAIRUDDIN OMAR EKSEKUTIF PENTADBIRAN/KEWANGAN INTAN RAHAYU HAMDAN EKSEKUTIF PENGELUARAN MOHD ZUHAIRI ABD. GHAFAR EKSEKUTIF PEMASARAN MOHAMAD BORHAN MOHAMAD ZAKI PENOLONG EKSEKUTIF PENTADBIRAN/KEWANGAN NUR FHATIHAH MAT ALI PENOLONG EKSEKUTIF PENGELUARAN NUR HAYATI IBRAHIM PENOLONG EKSEKUTIF PEMASARAN MOHD AZRULLAH BAKRI PEMBANTU PENGELUARAN SITI ZALEHA SHAIKH NORALIL PEMBANTU PENGELUARAN ROSLINA ABDUL WAHAB PEMBANTU PENGELUARAN M.SYAFIQ IDRUS AZMAN
PENCAPAIAN: Mendapat Sijil Halal pada 10 Mac 2015 Mewakili Usahawan Terengganu ke Manchester Food Festival (September 2014) Mewakili Terengganu untuk karnival SDSI (Satu Daerah Satu Industri) Melaka (Disember 2014) Ekspo HALAL di Hatyai (November 2014) SENARAI PRODUK
BIL. PRODUK BERAT (g) BAR KOD 1 PES IKAN BAKAR 220 9555 42221 5200 2 PES IKAN BAKAR PETAI 200 9555 42221 3671 3 SOS 3 RASA 220 9555 42221 5217 4 SAMBAL IKAN BILIS 200 9555 42221 5194 5 SAMBAL BELACAN 70 9555 42221 5248 6 TEPUNG SERBAGUNA BEREMPAH 120 9555 42221 3688 7 PES TOMYAM 100 9555 42221 7716 8 BELACAN ASLI 100 9555 42221 7693 9 IKAN BILIS HALUS 100 9555 42221 7679 10 IKAN BILIS BELAH 100 9555 42221 7686 11 KEROPOK KEPING 200 9555 42221 7709 12 PES IKAN BAKAR (BOTOL) 330 9555 42221 8645 13 PES IKAN BAKAR PETAI (BOTOL) 350 9555 42221 8652 14 SOS 3 RASA (BOTOL) 385 9555 42221 8669 15 SAMBAL IKAN BILIS (BOTOL) 300 9555 42221 8676 16 SAMBAL BELACAN (BOTOL) 210 9555 42221 8683 17 PES TOMYAM (BOTOL) 220 9555 42221 8690 18 SOS PENCICAH (BOTOL) 290 9555 42221 5903 PRODUK AKAN DATANG PERENCAH KARI IKAN PERENCAH KARI DAGING/AYAM BAWANG GORENG