Mengkaji kecukupan dan ketelusan kawalan dalaman dan sistem maklumat pengurusan, termasuk sistem bagi pematuhan undangundang

dokumen-dokumen yang mirip
Berkhidmat sebagai badan tertinggi untuk meluluskan semua perbelanjaan kewangan yang penting. Pengerusi dan Pengarah Urusan Kumpulan

Prinsip 2: Pengerusi dan Pengarah Urusan Kumpulan

Pengerusi dan Pengarah Urusan Kumpulan

TERMA-TERMA RUJUKAN JAWATANKUASA AUDIT

PIAGAM LEMBAGA PENGARAH

PEMILIHAN PENGARAH. Prinsip 4: Prestasi Lembaga

Tadbir Urus Korporat. Lembaga Pengarah

PIAGAM AUDIT UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA GP14 : GARIS PANDUAN PENGURUSAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KOPERASI

BAHAGIAN EMPAT. Taksiran Prestasi dan Keberkesanan

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA

RISIKO-RISIKO ORGANISASI

PROFIL AUDIT DALAM SECARA RINGKAS. Audit Dalam USM ditubuhkan pada tahun 1982

GARIS PANDUAN PENYELIAAN KOPERASI KANDUNGAN

BAHAGIAN TUJUAN. makna. yang lain. kredit;

mesyuarat agung perwakilan diadakan. Sebarang usul tergempar tidak dibenarkan.

Koperasi 33 BAHAGIAN V. Mesyuarat agung

Pengawalseliaan Berteraskan Penzahiran

ASAS RUJUKAN JAWATANKUASA AUDIT UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

INDEKS AKAUNTABILITI PENGURUSAN KEWANGAN KEMENTERIAN/ JABATAN DAN AGENSI KERAJAAN PERSEKUTUAN DAN NEGERI

KOD KELAKUAN DAN ETIKA BAGI APACMED SEMASA BERINTERAKSI DENGAN PENJAGA KESIHATAN PROFESIONAL

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA GP22: GARIS PANDUAN PERMOHONAN PEMBAYARAN HONORARIUM KEPADA ANGGOTA LEMBAGA KOPERASI BAHAGIAN A : PENGENALAN

Amalan Dengan Ketekunan Wajar. 5. Siapa Yang Harus Melaksanakan Ketekunan Wajar? 6. Apakah Skop Sesuatu Kajian Semula Ketekunan Wajar?

SINOPSIS KURSUS. Jabatan Perakaunan Dan Kewangan

Kod etika perniagaan Disemak Februari 2016

DIMENSIKOOP PENGAUDITAN: TANDA ARAS KEJAYAAN KOPERASI. Norhazilina Abdul Halim Maktab Koperasi Malaysia Zon Timur

PENYATA KEWANGAN 132 LPI CAPITAL BHD LAPORAN TAHUNAN ANALISIS PENYATA KEWANGAN 137 PENYATA TANGGUNGJAWAB PARA PENGARAH 138 LAPORAN PENGARAH

BAB 14 AUDIT DALAMAN

UNDANG-UNDANG KECIL KOPERASI PKNS 2013

PENYATA KAWALAN DALAMAN

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA GP2: GARIS PANDUAN PERMOHONAN PEMBAYARAN DIVIDEN OLEH KOPERASI (PINDAAN) 2012 BAHAGIAN A: PENGENALAN

ASAS RUJUKAN JAWATANKUASA AUDIT UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

DASAR PENGURUSAN REKOD ARKIB ELEKTRONIK DAN

GARIS PANDUAN PENYELIAAN KOPERASI KANDUNGAN

Nilai-nilai dan Kod Etika Kumpulan Pirelli

Kawalan PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN

kawalan dalaman PENYATA RANGKA KERJA PENGURUSAN RISIKO TANGGUNGJAWAB LEMBAGA PENGARAH

Tatakelakuan. Tatakelakuan berkenaan hubungan Syarikat dengan Pentadbiran Awam

STANDARD AUDIT DALAM UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA. 1.1 Tujuan Standard Audit Dalam adalah untuk:

DASAR PELANTIKAN DAN PELAKSANAAN SKIM PEMBANTU PENYELIDIK DAN PENGAJAR PASCASISWAZAH [GRADUATE RESEARCH & TEACHING ASSISTANT (GRTA)]

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA GP19 : GARIS PANDUAN MENGENAI KUMPULAN WANG LIKUIDITI PUSAT BAHAGIAN A : PENGENALAN

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING KEMAJUAN PENTADBIRAN AWAM BILANGAN 2 TAHUN 1991

Maklumat Am. Supaya dapat menyediakan bahan atau perkhidmatan kepada Kumpulan NSG, para pembekal dikehendaki mematuhi Kod Tatalaku ini.

Bahagian Tiga. Mempengaruhi Ekosistem Pelaporan Kewangan Dan Memanfaatkan Sokongan Pihak Berkepentingan

NOTIS PRIVASI. Di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 ( APDP ), kami dikehendaki untuk memaklumkan kepada anda:

Perilaku Beretika bagi Pembekal dan Orang Tengah: Tataetika Perniagaan Pembekal. Tataetika Perniagaan Pembekal Smiths

DASAR dan GARIS PANDUAN PERUNDINGAN Universiti Teknologi MARA

GARIS PANDUAN PENYELIAAN KOPERASI KANDUNGAN

Perancangan Kewangan PENGENALAN 9.1 PERANCANGAN KEWANGAN HASIL PEMBELAJARAN SEMAK KENDIRI 9.1

MANUAL RUJUKAN INSTITUSI KEWANGAN ISLAM KEPADA MAJLIS PENASIHAT SHARIAH

Akaun Pelaburan Wafiyah

L P I C a p i t a l B h d 129. penyata kewangan

LONPAC INSURANCE BHD Tinjauan Insurans Euromoney 2010 Syarikat Insurans Ketiga Terbaik Keseluruhan Mengikut Rantau - Asia

NOTIS PRIVASI. 1.4 Untuk tujuan-tujuan Notis Privasi ini, sila ambil perhatian bahawa:

Minerals Technologies Inc. Ringkasan Dasar Kelakuan Perniagaan. Kelakuan yang Sah dan Beretika Diperlukan pada Setiap Masa

PENGURUSAN BAJET 1.0 DEFINISI

JPA.BK (S) 230/ 19 Jld.3 ( 26 ) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2011

BAHAGIAN I PERMULAAN. (1) Undang-undang Kecil ini boleh dinamakan Undang-undang Kecil Koperasi Tenaga Nasional Berhad.

Berurusan dengan Pengantara Takaful

KOD ETIKA MENJALANKAN PERNIAGAAN DENGAN KUMPULAN AIR SELANGOR SYABAS PNSBW KONSORTIUM ABASS KASB

(2) Tugas pengerusi menurut perenggan (a) dan (b) fasal (1), boleh diamanahkan kepada naib pengerusi atau mana-mana anggota Lembaga, jika perlu.

UNDANG-UNDANG (PERUNTUKAN KHAS) Akta 202 CETAKAN SEMULA. Mengandungi segala pindaan hingga 1 Januari 2006

Suruhanjaya Sekuriti (Pindaan) 1 D.R. 28/2009 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993.

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA

Akaun Pelaburan Waheed

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (Pindaan) 1 D.R. 9/2014 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a

NOTIS PRIVASI. Di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 ( APDP ), kami dikehendaki untuk memaklumkan anda:

Bagi tujuan Notis Privasi ini, sila ambil perhatian bahawa:

Akaun Pelaburan Waheed Laporan Prestasi Dana Bagi Suku Tahunan Berakhir 31 Mac 2017

Tiap-tiap anggota hendaklah diberi dengan percuma satu naskhah Undangundang Kecil ini. Naskhah tambahan akan dikenakan bayaran.

Nota-nota Penyata Kewangan (Samb.)

BAB 1 Dasar Pengurusan ICT

Deskripsi Polisi Pengurusan Perhubungan Media Di Dalam Universiti Putra Malaysia. Naib Canselor

KOPERASI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN MELAYU PAHANG TIMUR BERHAD

tanggungjawab korporat

Jawatan 1 : Pengurus Kanan (Perancangan Bisnes) - (1 Kekosongan )

Bank of America Malaysia Berhad Piagam Perkhidmatan Pelanggan

78 Undang-Undang Malaysia AKTA 502

POLISI PENYELIAAN PELAJAR IJAZAH TINGGI DI UNIVERSITI MALAYA

KERAJAAN MALAYSIA SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 3 TAHUN 2009 BORANG LAPORAN PENILAIAN PRESTASI KHAS BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM

korporat PENYATA TADBIR URUS

Notis Perlindungan Data Peribadi Menurut Seksyen 7 Akta Perlindungan Data Peribadi 2010

UNDANG-UNDANG MALAYSIA. Akta 502 AKTA KOPERASI 1993

Laporan Pengarah Penyata oleh Para Pengarah 21. Akuan Berkanun 21. Laporan Juruaudit Bebas Kunci Kira-kira 24

15 HARTANAH DALAM PEMBINAAN DAN UNTUK DIJUAL Kumpulan

PERLEMBAGAAN MAJLIS BERSAMA JABATAN SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA

Polisi Privasi. Pengenalan

SUNEDISON, INC. September 2013 DASAR ANTI-RASUAH ASING

Bahagian. Penaksiran Prestasi dan Keberkesanan

Nilai-nilai dan Kod Etika Kumpulan Pirelli

1. Di Kumpulan AFFINBANK, kami menghargai privasi anda dan berusaha untuk melindungi maklumat peribadi anda selaras dengan undang undang Malaysia.

TATA CARA KUMPULAN SOKONGAN IBU BAPA (SARANA) SMK KING GEORGE V SEREMBAN NEGERI SEMBILAN

UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA

Akaun Pelaburan Wafiyah Laporan Prestasi Dana Bagi Suku Tahunan Berakhir 31 Mac 2017

D.R. 44/96 RANG UNDANG-UNDANG LAPORAN KEWANGAN 1996

DIMENSIKOOP. melibatkan aktiviti perekodan, pengkelasan, menganalisis dan mentafsir kegiatan urus niaga.

Notis Data Peribadi dan Maklumat kepada individu

Lembaran Fakta Dana. Dana Income Plus Select Balanced Fund Select Bond Fund Select Dividend Fund

Transkripsi:

44 Laporan Tahunan 2014 Lembaga Pengarah Syarikat ( Lembaga ) adalah komited sepenuhnya untuk memastikan bahawa Syarikat terus mengekalkan piawaian tadbir urus korporat yang tinggi, dengan pandangan untuk terus mengukuhkan nilai pemegang kepentingan. Lembaga memberi bimbingan dan pengawasan agenda strategik dan operasinya dan mengakui tanggungjawab utamanya untuk bertindak dengan tekun dan bertanggungjawab, selaras dengan undang-undang dan peraturan demi menjaga kepentingan pemegang saham, serta pelanggan, kakitangan dan komuniti secara amnya. Syarikat mematuhi prinsip-prinsip dan cadangan Kod Malaysia mengenai Tadbir Urus Korporat 2012 ( MCCG 2012 ), kecuali bagi pengecualian kepada cadangan-cadangan berikut, yang masing-masing dijelaskan di bawah tajuk Komposisi Lembaga Pengarah dan Tempoh, dalam kenyataan ini di bawah lembaga mesti terdiri daripada majoriti pengarah bebas yang mana pengerusi lembaga bukan merupakan seorang pengarah bebas. tempoh seorang pengarah bebas tidak patut melebihi tempoh terkumpul sembilan (9) tahun. LEMBAGA PENGARAH Peranan dan Tanggungjawab Lembaga Menyemak dan meluluskan rancangan perniagaan strategik secara keseluruhan dan setiap unit operasi. Ini merangkumi belanjawan tahunan, aspirasi tempoh sederhana, pelaburan baru/pelupusan pelaburan serta penggabungan dan pengambilalihan. Mengawal selia pengendalian perniagaan untuk memastikan pengurusan sewajarnya termasuk penetapan objektif dan dasar yang jelas dalam mana eksekutif kanan harus beroperasi. Mengenal pasti dan meluluskan dasar-dasar berhubung pengurusan semua kategori risiko termasuk, tetapi tidak terhad kepada, risiko kredit, kewangan, pasaran, kecairan, operasi, undang-undang dan reputasi. Mengkaji kecukupan dan ketelusan kawalan dalaman dan sistem maklumat pengurusan, termasuk sistem bagi pematuhan undangundang yang diguna pakai, kaedahkaedah, peraturan-peraturan, arahan dan garis panduan yang berkenaan. Berkhidmat sebagai badan tertinggi untuk meluluskan semua perbelanjaan kewangan yang penting. Pengerusi dan Pengarah Urusan Peranan Pengerusi dan Pengarah Urusan adalah berasingan dan berbeza dengan jelas. Pengerusi Lembaga adalah bukan bebas dan bukan eksekutif. Pengerusi memainkan peranan kepimpinan yang penting dalam dan terlibat dalam: Mempengerusikan mesyuarat Pemegang-pemegang Saham dan Lembaga; Memantau prestasi Lembaga dan gabungan kemahiran dan keberkesanan sumbangan ahli-ahli Lembaga secara individu; dan Mengekalkan dialog berterusan dengan Ketua-ketua Pegawai Eksekutif dari pelbagai subsidiari utama dan memberi bimbingan dan panduan yang sewajarnya. Lembaga mewakilkan kuasa dan tanggungjawab untuk menguruskan hal urusan harian kepada Pengarah Urusan dan melalui beliau dan tertakluk kepada pengawasan beliau, kepada Pengurusan Kanan lain. Lembaga memantau pengurusan dan prestasi Pengarah Urusan bagi pihak pemegang saham. Komposisi Lembaga Lembaga dipengerusikan oleh seorang Pengarah Bukan Bebas Bukan Eksekutif dan kini terdiri daripada dua belas (12) Pengarah, empat (4) daripadanya adalah Pengarah Bebas Bukan Eksekutif. Lembaga Pengarah terus mencapai keseimbangan kemahiran, pengetahuan, pengalaman dan perspektif di kalangan Pengarah-pengarahnya. Cadangan 3.5 daripada MCCG 2012 menyatakan bahawa Lembaga hendaklah terdiri daripada majoriti Pengarah Bebas jika Pengerusi bukan Pengarah Bebas. Walaupun Lembaga terdiri daripada majoriti Pengarah Bukan Bebas Bukan Eksekutif, Lembaga percaya dengan yakin bahawa semua Pengarah bertindak demi kepentingan semua pihak yang berkepentingan. Pemilihan Para Pengarah: Kebebasan Lembaga Para Pengarah Bebas Bukan Eksekutif adalah dari pelbagai latar belakang perniagaan. Pengalaman mereka membolehkan mereka melaksanakan penilaian bebas dan penyertaan yang objektif dalam prosiding dan proses membuat keputusan Lembaga.

AMMB Holdings Berhad (223035-V) 45 Keputusan mengenai isu-isu utama berkaitan Syarikat dan subsidiari dipertimbangkan sepenuhnya oleh para Pengarah. Keputusan Lembaga dibuat dengan mengambil kira pandangan para Pengarah Bebas Bukan Eksekutif, yang mempunyai pengaruh besar. Mereka memenuhi peranan mereka dalam memastikan strategi yang dicadangkan oleh pihak Pengurusan dibincangkan dan diteliti sepenuhnya serta memastikan kepentingan para pemegang saham dan pemegang kepentingan Syarikat adalah dilindungi. Kebebasan Selaras dengan kriteria yang dinyatakan di bawah Syarat-syarat Penyenaraian Pasaran Utama Bursa Malaysia Securities Berhad ( Bursa Malaysia ), Jawatankuasa Pencalonan dan Imbuhan dan Lembaga memutuskan sama ada atau tidak Pengarah Bukan Eksekutif mungkin mempunyai hubungan dengan AmBank yang boleh menjejaskan pembuatan keputusan mereka. Pemilihan dalam Mesyuarat Agung Tahunan Akan Datang Tataurusan Syarikat membenarkan Lembaga untuk melantik seorang menjadi Pengarah Syarikat pada bila-bila masa, tetapi orang berkenaan mesti memohon pelantikan semula oleh para pemegang saham pada Mesyuarat Agung Tahunan ( AGM ) yang akan datang. Tempoh Perkhidmatan Tataurusan memperuntukkan bahawa semua Pengarah mesti bersara sekurangkurangnya sekali dalam tempoh tiga tahun dan boleh dilantik semula di AGM. Cadangan 3.2 daripada MCCG 2012 menyatakan tempoh seorang pengarah bebas tidak boleh melebihi tempoh terkumpul 9 tahun. Ini adalah selaras dengan dasar Syarikat yang sedia ada yang menyatakan bahawa seorang Pengarah Bebas Bukan Eksekutif hendaklah berkhidmat sehingga maksimum sembilan (9) tahun dan sebarang pengecualian akan tertakluk kepada cadangan Jawatankuasa Pencalonan dan kelulusan Lembaga Pengarah. Dalam hal ini, Lembaga Pengarah, dengan saranan Jawatankuasa Pencalonan telah meluluskan lanjutan tempoh Y Bhg Tan Sri Datuk Clifford Francis Herbert dan Y Bhg Tan Sri Datuk Dr Aris Othman yang perkhidmatannya dalam Lembaga masing-masing mencapai sembilan (9) tahun pada 15 April 2013 dan pada 31 Mac 2013. Kedua-dua Pengarah telah mempamerkan kebebasan dan menjalankan pertimbangan yang objektif. Jawatankuasa Pencalonan dan Lembaga yakin bahawa kedua-dua Pengarah tersebut akan terus mendukung penyertaan dan pertimbangan bebas mereka tanpa mengira tempoh perkhidmatan mereka. Pemilihan Pengarah Semakan kemahiran pengetahuan, pengalaman dan perspektif seluruh Lembaga Pengenalpastian jurang dan keperluan tambahan Pengenalpastian calon yang sesuai dan penilaian oleh Jawatankuasa Pencalonan dan Imbuhan Pelantikan oleh Lembaga dan pemilihan semula pada Mesyuarat Agung Tahunan Penilaian Prestasi Penilaian prestasi dilaksanakan secara tahunan dan meliputi Lembaga, setiap Pengarah dan Jawatankuasa Lembaga. Rangka kerja yang digunakan untuk menilai para Pengarah adalah berdasarkan jangkaan bahawa mereka menjalankan tugas mereka dengan cara yang harus mewujudkan dan terus membina nilai yang mapan kepada para pemegang saham dan selaras dengan tugas dan kewajipan yang dikenakan ke atas mereka di bawah undang-undang dan garis panduan yang dikeluarkan oleh pihak kawal selia. Keperluan Latihan & Pembangunan Pengarah Lembaga Pengarah mengiktiraf kepentingan latihan dan keperluan pembangunan Pengarah yang memainkan peranan penting dalam membantu para Pengarah untuk mengemaskinikan dan meningkatkan kemahiran dan pengetahuan mereka dengan tujuan bagi membolehkan para Pengarah melaksanakan tugas mereka dengan berkesan dan cekap. Pusat Pembangunan dan Pembelajaran menjalankan peranan sebagai penyelaras latihan bagi program latihan untuk Pengarah yang merangkumi yang berikut:- Kawal selia Menurut keperluan penyenaraian Bursa Malaysia, para Pengarah yang baru dilantik dikehendaki menghadiri Program Akreditasi Mandatori ( MAP ) dalam tempoh empat (4) bulan selepas pelantikannya. Pengarah yang baru mengambil bahagian dalam program induksi yang membolehkan para Pengarah bertemu eksekutif kanan AmBank dan kakitangan utama lain dan membiasakan dengan rangka kerja tadbir urus, pengurusan kewangan dan operasi perniagaan.

46 Laporan Tahunan 2014 telah menerima pakai program FIDE sebagai latihan teras Pengarahnya. Program FIDE adalah program tadbir urus yang memberi tumpuan kepada peranan, tanggungjawab dan isu-isu utama yang dihadapi oleh lembaga pengarah institusi kewangan untuk memastikan tadbir urus korporat yang berkesan, semakan strategi yang konstruktif, pengurusan risiko yang mantap, kawalan dalaman yang kukuh dan laporan kewangan yang tepat dan penglibatan pihak berkepentingan yang proaktif. Elektif Selepas menamatkan Program Utama FIDE, Lembaga Pengarah layak untuk mengikuti Program Elektif yang dianjurkan oleh ICLIF, seperti berikut Program Elektif FIDE Program Teknikal Program Tadbir Urus Program Kemahiran (Soft Skills) Program separuh hari bukan FIDE Pematuhan dan Pencegahan Pengubahan Wang Haram/Pencegahan Pembiayaan Keganasan ( AML/ATF ) Pengurusan Risiko Memperkayakan Secara keseluruhan, program latihan ini dilaksanakan dengan objektif berikut:- Bagi menyokong pembelajaran berterusan kepada Lembaga Pengarah Bagi mengikuti dengan dekat perkembangan semasa dalam pasaran Bagi mendapatkan maklumat terbaru mengenai keperluan berkanun dan kawal selia yang terbaru Seminar, persidangan dan kursus latihan yang dihadiri Pengarah bagi tahun kewangan semasa termasuk antara lain mengikut bidang-bidang yang berikut Kemampuan Lembaga Program Akreditasi Mandatori FIDE Program Teras Modul A dan Modul B FIDE Program Elektif Jawatankuasa Pencalonan dan Imbuhan Pengesanan dan Pencegahan Penipuan Satu Keperluan, Bukan Satu Pilihan Rangka kerja Pengurusan Risiko/ Perundangan dan Kawal Selia Pencegahan Pengubahan Wang Haram untuk Lembaga Pengarah Akta Perkhidmatan Kewangan, 2013 dan Akta Perkhidmatan Kewangan Islam, 2013 Bengkel Pengurusan Risiko Operasi Akta Pelindungan Data Peribadi dan Akta Persaingan Tahap dan Pembuatan Imbuhan: Rangka Kerja Imbuhan Rangka kerja imbuhan direka untuk memastikan bahawa terus menarik dan mengekalkan Pengarah dan kakitangan Pengurusan Kanan lain yang mempunyai kemahiran dan pengalaman yang sesuai untuk menguruskan dengan jayanya. Lembaga menentukan imbuhan bagi Pengarah Bukan Eksekutif, Pengarah Eksekutif dan kakitangan pengurusan kanan lain dengan para Pengarah yang berkepentingan mengecualikan diri daripada perbincangan mengenai imbuhan mereka. Akses kepada Para Pengarah Pihak pengurusan boleh berunding dengan para Pengarah secara kerap sebagaimana yang diperlukan. Pekerja dan pemegang saham boleh mempunyai akses kepada para Pengarah melalui Pengerusi, Pengarah Kanan Bukan Eksekutif Bebas dan Setiausaha Syarikat. Akses kepada Maklumat Dalam melaksanakan tanggungjawab mereka, semua Pengarah mempunyai akses penuh dan tidak terbatas kepada maklumat yang berkaitan dengan. Lembaga boleh mendapatkan nasihat dan khidmat Setiausaha Syarikat pada bila-bila masa berkaitan hal-hal tadbir urus dan pematuhan terhadap tanggungjawab berkanun, termasuk pematuhan dengan Keperluan Penyenaraian Pasaran Utama Bursa Malaysia. Dalam usaha untuk membantu Pengarah memenuhi tanggungjawab mereka, setiap Pengarah mempunyai hak untuk mendapatkan nasihat profesional bebas berhubung dengan tanggungjawab mereka di bawah tanggungan. Di samping itu, Lembaga dan setiap Jawatankuasa Lembaga Pengarah, boleh mendapatkan nasihat profesional yang mereka perlukan untuk membantu dalam kerja-kerja mereka dan perbelanjaannya ditanggung oleh. Setiausaha Syarikat Setiausaha Syarikat melapor terus kepada Lembaga Pengarah dan merupakan sumber panduan dan nasihat kepada para Pengarah berhubung bidang tadbir urus korporat, undang-undang yang berkenaan, peraturan-peraturan dan dasardasar, di samping memastikan pematuhan dengan Keperluan Penyenaraian Pasaran Utama Bursa Malaysia dan keperluan undang-undang lain. Setiausaha Syarikat menghadiri mesyuarat Lembaga dan Jawatankuasa Lembaga dan bertanggungjawab terhadap ketepatan dan kecukupan rekod prosiding Lembaga dan mesyuarat dan resolusi Jawatankuasa Lembaga. Mesyuarat Lembaga Pengarah Lembaga Pengarah bermesyuarat sekurang-kurangnya sepuluh (10) kali setiap tahun, di mana laporan Lembaga diedarkan sebelum mesyuarat, membolehkan Pengarah menyemak maklumat selanjutnya yang mungkin diperlukan. Mesyuarat Lembaga tambahan akan diadakan sekiranya perlu. Pasukan Pengurusan Kanan syarikat subsidiari dijemput menghadiri mesyuarat Lembaga untuk memberi penerangan dan penjelasan terperinci tentang perkara-perkara yang dibentangkan.

AMMB Holdings Berhad (223035-V) 47 Dua belas (12) mesyuarat Lembaga Pengarah telah diadakan sepanjang tahun kewangan berakhir 31 Mac 2014 ( TK2014 ). Kehadiran setiap ahli Lembaga di mesyuarat Lembaga Pengarah dan Jawatankuasa Lembaga adalah seperti di bawah: Bilangan Mesyuarat Dihadiri pada TK2014 Lembaga Pengarah Jawatankuasa Audit dan Pemeriksaan Jawatankuasa Pengurusan Risiko Jawatankuasa Teknologi Maklumat Jawatankuasa Penamaan dan Ganjaran Tan Sri Azman Hashim 12 (Pengerusi) T/B T/B T/B T/B Dato Azlan Hashim 9 5 T/B 2 T/B Tun Mohammed Hanif bin Omar 11 T/B T/B T/B 9 Tan Sri Datuk Clifford Francis Herbert 7 5 4 (Pengerusi) T/B 7 (Pengerusi) Tan Sri Datuk Dr Aris Osman @ Othman 12 7 (Pengerusi) 7 T/B 10 Dato Rohana binti Mahmood 12 T/B T/B 3 10 Dato Gan Nyap Liou @ Gan Nyap Liow 10 6 T/B 3 (Pengerusi) 10 Shayne Cary Elliott 8 T/B T/B T/B T/B Mark David Whelan 11 T/B 7 T/B T/B Gilles Planté 11 7 T/B T/B 9 Soo Kim Wai 12 T/B T/B T/B 10 Ashok Ramamurthy 12 T/B T/B 3 T/B Bilangan mesyuarat diadakan pada TK2014 12 7 7 3 10 Nota: 1. Semua kehadiran menunjukkan bilangan mesyuarat yang dihadiri sepanjang tempoh perkhidmatan para Pengarah. 2. T/B mewakili bukan ahli jawatankuasa. Jawatankuasa Lembaga Lembaga menugaskan tanggungjawab tertentu kepada Jawatankuasa Lembaga. Jawatankuasa yang membantu Lembaga adalah seperti berikut: 1. Jawatankuasa Pencalonan dan Imbuhan 2. Jawatankuasa Audit dan Pemeriksaan 3. Jawatankuasa Pengurusan Risiko 4. Jawatankuasa Teknologi Maklumat Kriteria untuk keahlian adalah berdasarkan kemahiran dan pengalaman Pengarah, serta kemampuan untuk menambah nilai kepada Jawatankuasa Lembaga. Pengarah Urusan, Ketua Pegawai Eksekutif dan kakitangan Pengurusan Kanan adalah dijemput untuk menghadiri mesyuarat Jawatankuasa Lembaga Pengarah yang berkaitan. Jawatankuasa Penamaan dan Ganjaran Jawatankuasa ini mempunyai tujuh (7) anggota yang semuanya terdiri daripada Pengarah Bukan Eksekutif dengan majoritinya adalah Pengarah Bebas dan dipengerusikan oleh Pengarah Bebas Bukan Eksekutif. Jawatankuasa ini bertanggungjawab untuk: Membuat penilaian secara kerap struktur lembaga, saiz dan komposisi selain membuat cadangan kepada Lembaga Pengarah Syarikat terhadap sebarang perubahan yang dirasakan perlu. Mencadangkan pelantikan Pengarah ke Lembaga dan Jawatankuasa-jawatankuasa Lembaga selain melakukan penilaian tahunan gabungan kepakaran, pengalaman dan kecekapan yang perlu dibawa oleh Pengarah Bukan Eksekutif dan Eksekutif ke dalam Lembaga Pengarah.

48 Laporan Tahunan 2014 Secara tahunan, menilai keberkesanan Lembaga secara keseluruhan dan Jawatankuasa serta sumbangan Pengerusi dan setiap Pengarah terhadap keberkesanan Lembaga. Mencadangkan kepada Lembaga rangka kerja/metodologi bagi imbuhan para Pengarah, Ketuaketua Pegawai Eksekutif dan kakitangan pengurusan kanan lain yang mempunyai pengalaman dan kepakaran yang diperlukan untuk mengurus dengan berkesan. Perkhidmatan perunding digunakan untuk mengkaji kaedah bagi Pengarah Eksekutif dan kakitangan Pengurusan mengikut Petunjuk Prestasi Utama yang perlu dicapai. Melaksanakan Skim Saham Eksekutif (Skim) mengikut undangundang kecil skim yang diluluskan pemegang saham Syarikat. Jawatankuasa ini telah bermesyuarat sebanyak sepuluh (10) kali sepanjang TK2014. Jawatankuasa Teknologi Maklumat Jawatankuasa Teknologi Maklumat ( GITC ) terdiri daripada empat (4) orang ahli, dua (2) daripadanya adalah Pengarah Bukan Eksekutif bebas. Jawatankuasa ini bertanggungjawab untuk menyediakan tadbir urus bagi Teknologi Maklumat dan memastikan hala tuju strategik keseluruhan IT diselaraskan dengan objektif dan strategi perniagaan. Tanggungjawab utama GITC termasuk yang berikut: Untuk menyediakan hala tuju strategik bagi pembangunan IT di dalam dan memastikan bahawa pelan strategik IT adalah sejajar dengan objektif perniagaan dan strategi. Untuk memastikan pembentukan dasar seluruh IT, prosedur dan rangka kerja termasuk keselamatan IT dan pengurusan risiko IT. Untuk memberi pengawasan terhadap rancangan strategik dan belanjawan jangka panjang IT. Untuk menubuhkan dan memantau prestasi keseluruhan, kecekapan dan keberkesanan perkhidmatan IT termasuk metriks prestasi. Untuk mengkaji kecukupan dan penggunaan sumber-sumber IT termasuk perkakasan komputer, perisian, kakitangan dan pelaburan berkaitan IT. Untuk menasihatkan Lembaga Pengarah mengenai isu-isu berkaitan IT; dan Untuk menyemak dan meluluskan sisihan yang dibenarkan di bawah garis panduan BNM. Tiga (3) mesyuarat telah diadakan sepanjang TK2014. PENGURUSAN RISIKO Jawatankuasa Pengurusan Risiko Jawatankuasa Pengurusan Risiko memantau kecukupan pengurusan risiko dalam. Keahlian Jawatankuasa ini terdiri daripada tiga (3) orang ahli, yang mana semua adalah Pengarah Bukan Eksekutif dan dipengerusikan oleh seorang Pengarah Bebas Bukan Eksekutif. Tanggungjawab Jawatankuasa termasuk menyemak dan menilai: Aktiviti-aktiviti pengurusan kanan dalam menguruskan risiko; Pendedahan risiko tahap tinggi dan komposisi portfolio; Strategi risiko utama, dasar dan piawaian toleransi risiko Syarikat/ ; dan Keberkesanan keseluruhan pengurusan risiko dan infrastruktur kawalan. Tujuh (7) mesyuarat telah diadakan dalam TK2014. KEBERTANGGUNGJAWABAN DAN AUDIT Jawatankuasa Audit dan Pemeriksaan Jawatankuasa Audit dan Pemeriksaan ( AEC ) bertanggungjawab ke atas pengawasan dan pemantauan: Pelaporan kewangan, dasar dan kawalan perakaunan ; Fungsi Audit Dalaman ; Pematuhan terhadap keperluan kawal selia; Pelantikan, penilaian prestasi pertukaran dan pemecatan Ketua Audit Dalaman; dan Pelantikan, skop kerja dan penilaian juruaudit luar. Adalah menjadi dasar Lembaga Pengarah bahawa sekurang-kurangnya seorang (1) ahli Jawatankuasa AEC hendaklah mempunyai kelayakan atau pengalaman perakaunan dalam bidang kewangan. AEC kerap bermesyuarat dengan juruaudit luar dan Audit Dalaman. AEC bermesyuarat sebanyak tujuh (7) kali dalam TK2014. Kawalan Kewangan Penyataan Tanggungjawab Lembaga Pengarah dikehendaki mengikut Akta Syarikat, 1965 untuk menyediakan penyata kewangan bagi setiap tahun kewangan yang memberi gambaran yang benar dan saksama mengenai dan keadaan urusannya, keputusan dan aliran tunai pada akhir tahun kewangan. Selepas perbincangan dengan juruaudit luaran berkanun, para Pengarah menganggap bahawa dasar perakaunan yang sesuai digunakan secara konsisten dan disokong oleh pertimbangan dan anggaran yang munasabah serta berhemah dan bahawa semua piawaian perakaunan yang mereka anggap boleh diguna pakai telah diikuti semasa penyediaan penyata kewangan.

AMMB Holdings Berhad (223035-V) 49 Lembaga Pengarah bertanggungjawab untuk memastikan bahawa menyimpan rekod perakaunan yang didedahkan dengan ketepatan yang munasabah, dan untuk memastikan bahawa penyata kewangan mematuhi Akta Syarikat, 1965. Lembaga Pengarah dan Jawatankuasa Lembaga Pengarah mempunyai tanggungjawab umum untuk mengambil langkah-langkah untuk melindungi aset. Penyata mengenai Pengurusan Risiko dan Kawalan Dalaman dibentangkan di muka surat 56 hingga 57 laporan tahunan ini. Laporan Jawatankuasa Audit dan Pemeriksaan ( AEC ) Terma Rujukan Fungsi AEC adalah seperti berikut: 1) Untuk menyediakan pengawasan bebas pelaporan kewangan dan sistem kawalan dalaman Syarikat/, dan memastikan sekatan dan imbangan dalam Syarikat/. 2) Untuk berkhidmat sebagai pihak yang bebas dan objektif dalam mengkaji maklumat kewangan Syarikat/ yang dibentangkan oleh Pengurusan kepada Lembaga dan Pemegang Saham. 3) Untuk mengkaji keputusan suku tahunan dan penyata kewangan akhir tahun Syarikat/ untuk memastikan pematuhan dengan piawaian perakaunan dan keperluan undang-undang, dan untuk memastikan pelaporan yang adil dan telus dan akaun kewangan diterbitkan tepat pada masanya. 4) Untuk menentukan bahawa Syarikat / mempunyai dasar, prosedur dan garis panduan yang mantap, kawalan operasi dan kawalan dalaman yang mencukupi, dan bahawa semuanya dipatuhi dan beroperasi secara berkesan dalam menggalakkan kecekapan dan amalan yang betul, dan melindungi aset Syarikat/. 5) Untuk menilai kecukupan dan keberkesanan sistem kawalan Pengurusan Syarikat/ melalui semakan laporan juruaudit luar dan dalaman yang menekankan perakaunan dalaman, kelemahan kawalan operasi dan organisasi, dan untuk memastikan bahawa tindakan pembetulan yang sewajarnya dilaksanakan oleh pihak Pengurusan. 6) Untuk mengkaji semula dan meluluskan skop audit, pelan audit dan laporan audit juruaudit luar dan dalaman. 7) Untuk memastikan, melalui perbincangan dengan juruaudit luar dan dalaman bahawa tiada sekatan yang dikenakan oleh pihak Pengurusan dan kakitangan ke atas skop pemeriksaan mereka. 8) Untuk memastikan bahawa audit bidang khusus adalah mencukupi dengan mengarahkan penglibatan pakar luar untuk menjalankan semakan, jika perlu dan memastikan bahawa terma-terma dan skop penglibatan, pengaturan kerja dengan juruaudit dalaman dan keperluan pelaporan yang jelas diwujudkan. 9) Untuk memastikan kecukupan dan kewajaran skop, fungsi dan sumber audit dalaman dan bahawa mereka mempunyai kuasa yang diperlukan untuk menjalankan tugas mereka. 10) Untuk menubuhkan satu mekanisme untuk menilai prestasi dan keberkesanan fungsi audit dalaman. 11) Untuk mengarah dan menyelia sebarang projek atau siasatan khas yang dianggap perlu. 12) Untuk menyemak sebarang urus niaga pihak berkaitan dan situasi konflik kepentingan yang mungkin timbul dalam Syarikat/ termasuk sebarang urus niaga, prosedur atau kelakuan yang boleh menimbulkan persoalan tentang integriti pengurusan. 13) Untuk mengkaji dan meluluskan Piagam Audit Dalaman Syarikat. 14) Menyediakan apabila perlu, laporan berkala kepada Lembaga dengan merumuskan tugasan yang telah dilaksanakan dalam memenuhi tanggungjawab utama Jawatankuasa. 15) Untuk menyemak pelantikan tahunan juruaudit luaran, atau peletakan jawatan atau pemecatan juruaudit luar, untuk merundingkan dan meluluskan yuran audit tahunan atau yuran audit khas dan/atau yuran perkhidmatan bukan audit. 16) Untuk menyemak pelantikan, penilaian prestasi, pertukaran dan pemecatan, dan imbuhan untuk Ketua Audit Dalaman. Ringkasan Aktiviti Utama Berikut adalah ringkasan aktiviti utama yang dilaksanakan oleh Jawatankuasa ini sepanjang tahun: Audit Dalaman Menyemak dan meluluskan pelan audit tahunan Audit Dalaman, termasuk keperluan sumber dan penilaiannya mengenai paras risiko pelbagai bidang boleh diaudit bagi memastikan penekanan audit telah diberikan kepada bidang risiko kritikal. Menyemak pencapaian Audit Dalaman dalam inisiatif strategik utama yang telah dijalankan untuk meningkatkan kecekapan, keberkesanan dan profil Audit Dalaman. Menyemak kecukupan dan keberkesanan sistem kawalan, pelaporan dan pengurusan risiko untuk memastikan wujud metodologi yang sistematik dalam pengenalpastian, penilaian dan pengurangan bidang risiko.

50 Laporan Tahunan 2014 Menyemak laporan Audit Dalaman (termasuk siasatan dalaman, susulan ke atas penyelesaian isu yang dibangkitkan dalam laporan yang dikeluarkan oleh Pengawal selia, juruaudit luar dan pihak-pihak luar yang lain) dan mempertimbangkan maklum balas Pengurusan dan sehubungan dengan itu mengarahkan agar Pengurusan mengambil tindakan pembaikan yang perlu. Jawatankuasa juga membuat susulan ke atas penyelesaian isuisu utama yang dibangkitkan dalam laporan dan meminta Pengurusan membuat pembentangan berasingan jika perlu. Selepas setiap mesyuarat Jawatankuasa Audit dan Pemeriksaan, ringkasan laporan Audit Dalaman yang dibincangkan pada mesyuarat itu akan dibentang kepada Lembaga Pengarah. Memantau kemajuan Audit Dalaman dalam melengkapkan pelan auditnya dan menilai prestasi Jabatan Audit Dalaman dan Juruaudit Dalaman. Menyemak dan meluluskan pelantikan pihak luaran bagi melakukan Semakan Jaminan Kualiti ke atas fungsi Audit Dalaman. Audit Luaran Mengkaji pelantikan juruaudit luaran dan kebebasan dan keberkesanannya untuk perkhidmatan audit berkanun, berkaitan audit dan bukan berkaitan audit. Menyemak/Meluluskan pelan audit, fi tahunan audit dan skop kerja bagi tugasan audit dan bukan audit. Menyemak keputusan dan laporan juruaudit luaran serta maklum balas susulan Pengurusan terhadap penemuan juruaudit luaran. Keputusan Kewangan Mengkaji keputusan suku tahunan dan penyata kewangan sebelum mengesyorkannya kepada Lembaga Pengarah untuk kelulusan. Mengkaji penyata kewangan tahunan dengan juruaudit luaran sebelum diserahkan kepada Lembaga Pengarah untuk kelulusan. Pematuhan terhadap keperluan kawal selia berikut dipastikan: Peruntukan-peruntukan Akta Syarikat 1965, Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 dan Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993 Syarat-syarat Penyenaraian Pasaran Utama Bursa Malaysia Securities Berhad Piawaian perakaunan yang diguna pakai di Malaysia Keperluan kawal selia lain yang berkaitan Menyemak penyataan mengenai Pengurusan Risiko dan Kawalan Dalaman. Urus Niaga Pihak Berkaitan Menyemak transaksi pihak berkaitan dan kecukupan prosedur dalam pengenalpastian, pemantauan, pelaporan dan semakan transaksi pihak berkaitan. Menyemak laporan sukuan ke atas transaksi pihak berkaitan yang berulang ke atas perolehan dan transaski pihak berurus niaga ke atas perolehan dan jenis urus niaga ( RRPTs ). Audit Dalaman Fungsi Audit Dalaman Fungsi Audit Dalaman beroperasi di bawah piagam yang dikeluarkan oleh AEC yang memberikannya akses tidak terbatas untuk menyemak semua aktiviti. Ketua Audit Dalaman melapor kepada AEC. Fungsi audit dalaman dilaksanakan ke atas seluruh AmBank untuk memastikan keseragaman dalam persekitaran kawalan dan pelaksanaan dasar dan prosedur. Audit Dalaman memberi tumpuan kepada perlaksanaan audit berdasarkan pelan audit, yang diberi keutamaan berdasarkan penilaian risiko menyeluruh terhadap semua aktiviti yang dijalankan oleh. Pendekatan penilaian risiko berstruktur memastikan semua bahagian berisiko sentiasa diawasi bagi memastikan liputan dan kekerapan audit yang bersesuaian. Pelan audit yang berasaskan risiko dikaji setiap tahun dengan mengambil kira perubahan kewangan yang penting dalam persekitaran perniagaan dan risiko. AEC menyemak dan meluluskan rancangan audit tahunan Audit Dalaman. Audit Dalaman juga melakukan siasatan dan kajian khas, dan mengambil bahagian secara aktif dalam aktiviti pembangunan sistem yang penting dan dalam jawatankuasa projek untuk memberi nasihat dalam bidang pengurusan risiko dan langkah-langkah kawalan dalaman. AEC meluluskan pelan kerja audit tahunan, dan pendekatan audit berasaskan risiko digunakan untuk memastikan bahawa aktiviti berisiko tinggi dalam setiap unit perniagaan diaudit setiap tahun. Aktiviti-aktiviti audit boleh diringkaskan seperti berikut: i) Audit berjadual dan mandatori ii) Semakan sistem pembangunan kitaran hayat ke atas projek infrastruktur IT utama iii) Semakan tidak berjadual dan tumpuan khusus Objektif utama semakan audit adalah untuk menilai kecukupan dan keberkesanan pengurusan risiko dan sistem kawalan dalaman dalam bidang berikut: Perbankan Runcit Perbankan Islam Perbankan Borong Perbankan Pelaburan Insurans Am

AMMB Holdings Berhad (223035-V) 51 Insurans Hayat Perniagaan Takaful Keluarga Pengurusan Dana dan Aset Pengurusan Aset dan Liabiliti Lain-lain Institusi Bukan Kewangan dan Operasi Luar Negeri Fungsi Sokongan Audit Dalaman memainkan peranan aktif dalam memastikan pematuhan dengan keperluan Pihak Berkuasa Pengawal Selia. Audit Dalaman juga bekerjasama dengan Juruaudit Luar, Jabatan Pengurusan Risiko dan Pematuhan Kawal Selia untuk memastikan kebergantungan maksimum dan mengelakkan pertindihan usaha. Terdapat proses efektif untuk memastikan penyelesaian segera bagi isu audit. Audit Dalaman kerap membentangkan perkembangan terkini kepada AEC mengenai kemajuan isu penting sehingga isu tersebut diselesaikan. Bagi tahun kewangan, jumlah kos yang ditanggung untuk fungsi Audit Dalaman berjumlah RM15.9 juta (TK2013: RM15.3 juta). Juruaudit luaran dilantik semula oleh pemegang saham Syarikat secara tahunan, selepas semakan perkhidmatan yang diberikan oleh AEC dan saranan Lembaga. Perkhidmatan Bukan Audit Juruaudit luaran tidak boleh memberikan perkhidmatan yang dianggap bercanggah dengan peranan juruaudit. Ini termasuk membantu dalam penyediaan penyata kewangan dan subkontrak aktiviti operasi yang kebiasaannya dijalankan oleh Pengurusan, dan penglibatan yang mana juruaudit mungkin diperlukan untuk menyatakan pendapat mengenai kerja-kerjanya sendiri. Secara khususnya, dasar adalah: Menghadkan perkhidmatan bukan audit yang boleh diberikan; dan PASARAN KREDIT OPERASI Mengkehendaki bahawa audit dan perkhidmatan bukan audit yang dibenarkan, mesti diluluskan oleh AEC. KECAIRAN REPUTASI KATEGORI RISIKO Kawasan Risiko Utama dan Fokus Dalaman Audit Luaran Tetuan Ernst & Young ( E&Y ) adalah juruaudit berkanun luaran Syarikat dan juruaudit bagi akaun digabungkan Syarikat untuk penyediaan Laporan Tahunan ini. Juruaudit luaran melaksanakan audit bebas, selaras dengan piawaian pengauditan yang diluluskan di Malaysia, dan melaporkan terus kepada AEC. Sebagai tambahan AEC juga: Meluluskan terlebih dahulu semua perkhidmatan audit dan bukan audit; Mengkaji secara berterusan kebebasan juruaudit luaran; Menilai keberkesanan juruaudit luaran; dan PERUNDANGAN & KAWAL SELIA TAJA JAMIN INSURANS Kebebasan Pengarah AEC yang bertemu dengan juruaudit berkanun luaran. AEC telah menyemak ringkasan perkhidmatan bukan audit yang disediakan oleh juruaudit luaran dalam TK2014 dan telah mengesahkan bahawa peruntukan perkhidmatan adalah bersesuaian dengan piawaian kebebasan am bagi juruaudit. Yuran Audit Jumlah yuran audit berkanun dan bukan berkanun bagi (tidak termasuk perbelanjaan dan cukai perkhidmatan) dalam TK2014 berjumlah RM2.88 juta (TK2013: RM3.96 juta). Yuran Berkaitan dengan Jaminan dan Bukan Audit Lain Yuran berkaitan jaminan dan perkhidmatan bukan audit yang lain bagi TK2014 (tidak termasuk perbelanjaan dan cukai perkhidmatan) berjumlah RM1.94 juta (TK2013: RM1.18 juta). Yuran ini kebanyakannya berkaitan perkhidmatan jaminan seperti semakan terhad, semakan terhadap pematuhan Piawaian Pelaporan Kewangan, pengesahan Hasil oleh Perbadanan Insurans Deposit Malaysia dan kerja-kerja pengesahan model risiko.