BAB I PENGENALAN. Mandarin di Kelantan serta faktor-faktor yang mempengaruhinya. Pada zaman moden ini,

dokumen-dokumen yang mirip
BAB III METODOLOGI KAJIAN. tertentu yang boleh memberikan data yang sahih dan dikehendaki untuk menyelesaikan

5.2.1 Kekerapan peringkat penukaran bahasa dalam perbualan responden

BAB V DAPATAN DAN IMPLIKASI KAJIAN

Oleh yang demikian, pengkaji memilih kaedah kajian lapangan dalam kajiannya. Bab

METODOLOGI PENYELIDIKAN. Kajian ini merupakan satu penyelidikan lapangan dari perspektif pragmatik yang

BAB 5 KESIMPULAN. berkaitan perwakilan dapatan kajian juga disentuh, sebelum diakhiri dengan cadangan

Di dalam bab ini, pengkaji akan membincangkan mengenai kerangka teori, kaedah-kaedah yang digunakan, di mana pengkaji juga turut meninjau kerangka dan

Pelajar-pelajar lembam dalam kajian ini masih lagi mengalami proses. pembelajaran dan penguasaan bahasa yang tidak sempurna seperti pelajarpelajar

BAB 1 : PENGENALAN. Walau bagaimanapun, Membeczka (2008) menyatakan bahawa pengajaran sebutan

BAB SATU PENGENALAN. 1.0 Pendahuluan. Istilah merupakan perkataan atau paduan perkataan-perkataan yang

BAB 5 RUMUSAN DAN SARANAN

KANDUNGAN. 1.1 Pendahuluan dan Latar Belakang Kajian Pernyataan Masalah Kepentingan Kajian Objektif Kajian 1.

BAB LIMA DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN. Bab ini menghuraikan dan merumuskan dapatan-dapatan daripada kajian

BAB LIMA : KESIMPULAN DAN CADANGAN

GE 1155 KOMPUTER DALAM PENDIDIKAN SEMESTER 1, SESI 2015/2016

BAB 6 PENUTUP. juga, ia akan menjawab beberapa persoalan yang timbul daripada objektif kajian. Oleh

BAB 5 KESIMPULAN. sosial dan mesej segera dalam kalangan mahasiswa Cina di Universiti Malaya, Kuala

2.0 Isu Keprihatinan Yang Dikaji Fokus Kajian 3.0 Objektif Kajian

Faktor pergaulan luas digunakan dalam hal ini kerana pengkaji berpendapat

Prosiding Seminar Penyelidikan Tindakan tahun 2005

Pengaruh Gaya Hidup Pelajar Kejuruteraan di Kolej Kediaman UTM Terhadap Pencapaian Akademik

BAB 5 PENUTUP. Mahar merupakan harta berharga dan bermanfaat yang wajib diberikan oleh suami

PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN. prosedur menjalankan penyelidikan kajian. Pengkaji

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB LIMA PENUTUP. pensyarah-pensyarah yang mengajar kursus tersebut.

Cerpen Sebagai Wahana Memupuk Minat Membaca. Norazlina Abdul Jalil

PENGENALAN. Hasil Pembelajaran. ACIS, UiTM CTU553/555 MARUWIAH AHMAT

BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN

BAB 3 : METODOLOGI. Parit Keroma dan komuniti Bugis dari kampung itu yang telah menetap di Kuala Lumpur.

PELUASAN KOSA KATA BAHASA MELAYU

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN. Kajian tinjauan (survey) ini merupakan kajian inferensi dengan menggunakan

Abstrak. Sebagai Wahana Memupuk Minat Membaca

BAB KELIMA TINJAUAN KEBERKESANAN MODUL

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

BAB SATU PENGENALAN. Bab pertama mengandungi perkara-perkara asas yang perlu ada dalam setiap kajian

Memorandum Pertubuhan-Pertubuhan Cina. Y. A. B. Dato Sri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak Perdana Menteri Malaysia

BAB 4 ANALISIS DATA. dijalankan. Kajian ini telah dianalisis dengan menggunakan sistem Statistical

BAB 5: KESIMPULAN, CADANGAN DAN PENUTUP. pembelajaran bahasa Arab di Malaysia masih memerlukan kajian lanjutan. Ini kerana

FENOMENA PERCAMPURAN KOD DALAM BERITA HIBURAN SURATKHABAR BAHASA CINA DI MALAYSIA

NAMA PELAJAR : SITI NUR HASINAH BINTI HUSSIAN NO MATRIK : P79063 TAJUK: STRATEGI PEMBELAJARAN BAHASA OLEH PELAJAR CEMERLANG PENSYARAH:

BAB V KESIMPULAN. Setelah meneliti hasil kajian yang dirancangkan di Bab IV, bab ini akan

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

BAB 7 CABARAN HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN

Penggunaan Kata Hubung dalam Penulisan Melalui Pengajaran secara Eksplisit. Abstrak

BAB LIMA PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN. bertujuan untuk meningkatkan lagi penguasaan bahasa Arab khususnya dalam

BAB KELIMA RUMUSAN DAN CADANGAN. Rumusan di sini membawa pengertian kesimpulan kepada semua fakta-fakta

Kepelbagaian Budaya Menurut kamus Dewan (2005) edisi keempat muka surat 102, kepelbagaian ialah perihal berbagai-bagai jenis. Kepelbagaian merangkumi

BAB IV METODOLOGI KAJIAN. mencapai objektif dan matlamat kajian. Metodologi kajian menjadikan kajian yang

BAB TIGA METODOLOGI KAJIAN

BESAR dan kecil. Oleh. Zailan Bin Jeman Sekolah Kebangsaan Tarat, Serian, Sarawak. Abstrak

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

BAB I PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

SIKAP GENERASI MUDA TERHADAP BAHASA MELAYU: SENARIO DI MALAYSIA, NEGARA BRUNEI DARUSSALAM DAN INDONESIA. Aminah Awang Basar

BAB 1: PENGENALAN KEMAHIRAN MENDENGAR

BAB SATU PENGENALAN. Hikmat terbesar daripada penurunan al-qur an al-karim dengan tujuh

LAPORAN PENYELIDIKAN

Mengukuhkan Kemahiran Interaksi Penulisan. Abstrak

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB KELIMA KESIMPULAN DAN CADANGAN. menunjukkan bahawa unsur penyebutan huruf al-qur an al-karim memain peranan

PENGGUNAAN DAN FUNGSI BAHASA

BAB LIMA: RUMUSAN DAN CADANGAN. Di dalam bab ini, penyelidik merumuskan dapatan kajian yang dihuraikan menerusi

CHIA CHONG YANG A143398

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN. mendapatkan data yang boleh dipercayai, ia merangkumi tiga aspek penting yang menjadi METODOLOGI KUANTITATIF

SKW 101 Pengantar Perancangan dan Pengurusan Pembangunan

7.0 KAEDAH PENGUMPULAN DATA. yang kukuh semasa menjawab soalan-soalan kajian tindakan ini.

8.0 ANALISIS DATA DAN INTERPRETASI. soal selidik, dokumen, borang pemerhatian, dan temu bual. Data-data yang berbentuk

BAB I PENGENALAN 1.0 PENGENALAN

PERSPEKTIF KOMUNITI LESBIAN, GAY DAN TRANSGENDER MUSLIM DI MALAYSIA TERHADAP PERLAKUAN HOMOSEKSUAL DAN KONSEP PERKAHWINAN DI DALAM AL-QUR AN

RUKUN NEGARA. B.006(B.M) Januari 2013 (100.)

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

KANDUNGAN. Perakuan Keaslian Penulisan. Abstract Penghargaan Kandungan Singkatan Panduan Sebutan Senarai Jadual. 1.1 Pengenalan 1

Pelaksanaan Pentaksiran Kerja Kursus Kemahiran Hidup Bersepadu Sekolah Menengah Dalam Bandar Di Daerah Kuantan, Pahang

BAB 5 RUMUSAN DAN CADANGAN. sebelumnya. Seterusnya pengkaji akan mengemukakan beberapa cadangan yang

PERMASALAHAN KEMAHIRAN LISAN PRASEKOLAH SJK (TAMIL) Aisyah Amin & Abdul Rasid Jamian Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia.

BAB PERTAMA PENDAHULUAN. dan digunakan secara meluas sebagai media dakwah, politik, perdagangan, ilmu

BAB LIMA RUMUSAN DAN CADANGAN. Bab ini merupakan penutup bagi kajian yang dijalankan. Ia membincangkan hasil

BAB 1: PENGENALAN 1 BAB 2: KAJIAN KEPUSTAKAAN 16

BAB LIMA KESIMPULAN, CADANGAN DAN PENUTUP

2.0 PENYATAAN MASALAH

BAB 5: RUMUSAN DAN CADANGAN. membuat rumusan kepada kajian yang bertajuk Penguasaan Maṣdar : Satu Kajian Di

BAB 1 PENDAHULUAN. Bab ini membincangkan secara ringkas berkenaan aspek-aspek seperti kedudukan

Nama : Charnan A/L Murliah COUSE CODE: MPU 2323.(G2) LECTURER S NAME: ENCIK AHMAD TARMIZI BIN ZAKARIA. SUBJECT: AGAMA-AGAMA DI MALAYSIA.

BAB I PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

10.0 RUMUSAN DAN REFLEKSI

BAB 4 ANALISIS DAN DAPATAN KAJIAN. Keputusan kajian akan dianalisis dalam tiga bahagian seperti berikut:

BAB 5 DAPATAN DAN CADANGAN. diketengahkan kepada pengkaji-pengkaji pada masa akan datang.

BORANG PEMARKAHAN: INDIVIDU ANUGERAH NILAM KEBANGSAAN

BAB 1 PENGENALAN. 1.0 Pendahuluan

BAB LIMA KESIMPULAN, CADANGAN DAN PENUTUP. penyelidik dalam bab yang pertama. Di samping itu juga penyelidik akan

BAB I PENDAHULUAN. Arab. Tiada sesiapapun yang menyangkal bahawa bahasa Arab dan al-qur an al-karim

KAJIAN KES: PERNIAGAAN HOMESTAY OLEH KOPERASI

BAB IV TAHAP LITERASI POLITIK DAN KERENGGANGAN TERHADAP PARTI: TINJAUAN TERHADAP DATA-DATA SURVEI SEBELUM PRU 12

BAB EMPAT KESIMPULAN DAN CADANGAN. tradisi dalam kalangan masyarakat Islam pada umumnya. Oleh kerana itu, amalan

Tinjauan Kelas Peralihan di Malaysia: Suatu Kajian untuk Menilai Keberkesanannya

Tamadun Islam & tamadun asia. Sinopsis:

Penilaian Holistik Darjah 1 & 2

Transkripsi:

BAB I PENGENALAN 1.0 PENDAHULUAN Kajian ini dijalankan untuk meninjau fenomena percampuran kod dalam bahasa Mandarin di Kelantan serta faktor-faktor yang mempengaruhinya. Pada zaman moden ini, jelas sekali menunjukkan kehidupan manusia sekarang adalah terlalu mudah dan cepat dipengaruhi oleh unsur-unsur asing, terutamanya unsur-unsur bahasa asing yang mempunyai kuasa politik dan ekonomi yang kuat dan kukuh. Bahasa pertuturan harian manusia juga tidak dikecualikan, akan menerima pengaruh dan menyerap pengaruh asing sehingga menimbulkan fenomena percampuran kod. Hal ini disebabkan semua bahasa di dunia ini mempunyai daya penerimaan dan penyerapan kosa kata bahasa lain kerana dipengaruhi faktor dalaman dan luaran bahasa lain. Sifat kesemulajadian bahasa ini telah membawa kepada fenomena percampuran kod dan peralihan kod dalam sesuatu bahasa terutamanya dalam masyarakat yang berbilang kaum. Menurut Jendra (1988), kod biasanya disamakan dengan bahasa, gaya bahasa dan variasi bahasa. Jadi, boleh kita katakan kod merupakan satu sistem pertuturan yang menerapkan unsur-unsur bahasa yang mempunyai ciri-ciri khas yang sesuai dengan latar belakang penutur dan konteks pertuturan. Jadi, percampuran kod merupakan salah satu cara penggunaan bahasa, di mana terdapat percampuran kod atau kombinasi antara bahasabahasa yang berbeza dalam satu ayat yang sama. Jadi, dalam kata lain, fenomena percampuran kod boleh dikatakan sebagai fenomena bahasa yang bercampur aduk di antara sesuatu bahasa natif dengan bahasa asing. 1

Malaysia merupakan sebuah masyarakat yang terdiri daripada berbilang kaum dan di mana sebahagian besar rakyatnya adalah golongan bilingual ataupun multilingual. Oleh kerana penerimaan dan penyerapan daripada pelbagai bahasa yang berlainan dan sikap penutur, serta populasi masyarakat yang berbilang kaum dan bermultilingual, fenomena percampuran kod adalah satu fenomena yang biasa yang berlaku di kalangan masyarakat Malaysia, terutamanya percampuran kosa kata bahasa Inggeris ke dalam bahasa natif penutur. Dalam kajian ini, pengkaji ingin mengkaji fenomena percampuran kod yang telah pun wujud di dalam bahasa Mandarin yang dipertuturkan oleh kaum Cina di Kelantan dan meninjau faktor-faktor yang mendorong kepada perebakan fenomena tersebut. Fenomena percampuran kod dalam bahasa Mandarin di Kelantan dipilih menjadi topik perbincangan dalam kajian kerana sebagai anak jati Cina Kelantan, pengkaji menyedari bahawa perebakan fenomena percampuran kod dalam bahasa Mandarin di Kelantan ini telah pun membawa kepada kelainan bahasa yang menyebabkan penutur bahasa Mandarin yang bukan berasal dari Kelantan tidak dapat memahami bahasa Mandarin yang dipertuturkan oleh kaum Cina di Kelantan. Dalam bab pengenalan ini, pengkaji akan membincangkan tentang latar belakang bahasa Mandarin kaum Cina di Kelantan, permasalahan kajian, objektif kajian, kepentingan kajian, limitasi kajian dan definisi istilah yang pengkaji gunakan dalam kajian ini. Jadi, pengkaji mengharapkan kajian ini dapat memberikan satu gambaran awal berkenaan dengan fenomena percampuran kod yang berlaku dalam bahasa Mandarin di Kelantan dan menggalakkan penutur bahasa Mandarin di Kelantan lebih menggunakan bahasa Mandarin piawai. 2

1.1 LATAR BELAKANG KAJIAN Dalam kajian ini, pengkaji memilih golongan belia kaum Cina yang menetap di Kota Bharu, Kelantan sebagai responden kajian. 1.1.1 Kaum Cina di Kelantan Kaum Cina di Kelantan merupakan satu kaum minoriti kerana hanya mencatat 3.3%. Walaupun kaum Cina di Kelantan mencatat jumlah penduduk yang sangat rendah, namun asal-asul kaum Cina di Kelantan boleh dikatakan amat bersejarah. Menurut presiden Persatuan Cina Peranakan Kelantan, Gan Awang, 79 tahun, dengan adanya sebuah patung lama di tokong Sui Yek Khong di Pulai, Gua Musang, yang disahkan berasal dari zaman Dinasti Ming yang memerintah Negeri China antara 1368 sehingga 1644, ini telah membuktikan kedatangan awal kaum Cina di Malaysia sebenarnya bermula di Kelantan, dan bukannya di Melaka. Berbeza dengan kaum Cina di negeri lain, kaum Cina di Kelantan boleh dibahagikan kepada dua golongan, iaitu Cina bandar dan Cina peranakan. Menurut Teo Kok Seong (2003), kaum Cina bandar di Kelantan juga digelar Cina asli, manakala Cina peranakan di Kelantan pula juga digelar Cina kampung. Perbezaan yang amat ketara yang boleh kita lihat di antara kaum Cina peranakan dan Cina bandar di Kelantan, iaitu dari segi pemakaian, budaya, corak hidup, makanan, bahasa dan sebagainya. Cina bandar merujuk kepada kaum Cina yang tinggal di bandar-bandar Kelantan, corak kehidupan dan penggunaan bahasa mereka seiras dengan kaum Cina umum di Semenanjung Malaysia. Namun, corak kehidupan Cina Peranakan Kelantan adalah berbeza dengan kaum Cina di Malaysia. Corak kehidupan Cina peranakan di Kelantan lebih cenderung kepada corak kehidupan orang Melayu, mereka memakai sarung dan baju kebaya pendek, makan dengan 3

menggunakan tangan dan ada di kalangan mereka yang tidak boleh berbahasa Cina. Walaupun corak kehidupan kaum Cina Peranakan Kelantan mirip corak kehidupan masyarakat Melayu, namun mereka berpegang teguh kepada adat dan budaya Cina, sebagai contohnya di dalam kediaman golongan Peranakan Cina Kelantan biasanya mempunyai tempat khas yang menyembah tokong dan nenek moyang. Upacara dan peralatan penyembahan upacara agama mereka sangat terperinci. Dalam kajian ini, responden yang akan pengkaji kajikan hanya ditumpukan kepada golongan Cina bandar di Kelantan kerana pengkaji ingin meninjau bagaimanakah fenomena percampuran kod yang berlaku dalam bahasa Mandarin di Kelantan serta faktor-faktor yang mempengaruhinya. 1.2 PERMASALAHAN KAJIAN Bahasa Mandarin yang dituturkan oleh kaum Cina di Kelantan yang sering bercampur dengan pelbagai kod asing adalah lebih kurang sama dengan istilah bahasa rojak yang dikemukakan oleh Awang Sariyan(2004). Menurut Awang Sariyan (2004), dalam bidang linguistik atau ilmu bahasa, sebenarnya tidak pernah wujudnya istilah bahasa rojak. Istilah bahasa rojak ditimbulkan oleh sejumlah orang yang melihat adanya fenomena bahasa yang bercampur dengan unsur bahasa asing. Istilah bahasa rojak ini adalah timbul daripada pandangan orang awam, kerana mereka mengaitkan sesuatu yang bercampur aduk sebagai rojak di mana kita mengetahui rojak merupakan sejenis makanan yang terdiri daripada campuran pelbagai bahan yang bercampur aduk. Fenomena bahasa 4

yang bercampur dengan unsur bahasa asing boleh kita kenali sebagai fenomena percampuran kod atau peralihan kod dalam bidang linguistik. Fenomena percampuran kod ini berlaku dengan berleluasa dalam bahasa Mandarin di Kelantan kerana sama dengan keadaan di Malaysia, penutur-penutur bahasa Mandarin di Kelantan semuanya adalah penutur multibahasa. Jadi, memang tidak hairan bahasa Mandarin di Kelantan telah banyak menerima pengaruh dan pinjaman daripada dialek Kelantan, bahasa Melayu, bahasa Inggeris, bahasa Siam dan dialek-dialek Cina lain seperti dialek Hokkien, Kantonis, Hakka dan sebagainya. Fenomena ini telah pun dianggap sebagai kelainan bahasa kerana ia telah menjejaskan kejituan bahasa Mandarin piawai. Pengkaji mengibaratkan bahasa Mandarin yang dipertuturkan oleh kaum Cina di Kelantan sebagai bahasa Mandarin rojak yang telah menjejaskan proses komunikasi harian kerana sesetengah ujaran bahasa Mandarin yang dipertuturkan oleh mereka hanya mampu difahami oleh kaum Cina di Kelantan sahaja. Mungkin kaum Cina tempatan tidak menyedari bahawa bahasa Mandarin yang digunakan selama ini telah mencapai satu tahap kelainan bahasa yang ketara, namun fenomena yang berterusan ini telah menimbulkan pelbagai masalah dan konflik bahasa ketika kaum Cina di Kelantan merantau di luar negara seperti Hong Kong, Taiwan dan China, malahan juga berlakunya ketidaksefahaman semasa berkomunikasi dengan kaum Cina yang bukan berasal di Kelantan. Hakikat menunjukkan bahawa fenomena percampuran kod ini telah berlaku secara berleluasa dalam bahasa Mandarin di Kelantan, jadi faktor-faktor yang mendorong kepada perebakan fenomena ini adalah wajar ditinjau dan diharapkan usaha-usaha dapat dijalankan untuk mewujudkan kesedaran masyarakat berkenaan dengan fenomena ini. 5

1.3 OBJEKTIF KAJIAN Seperti mana yang telah dinyatakan, kajian ini dijalankan atas tujuan melihat sejauh mana fenomena percampuran kod yang berlaku di dalam komunikasi kalangan kaum Cina di Kelantan. Dalam kajian ini, pengkaji ingin melihat bahawa kod apakah yang paling kerap dicampurkan ke dalam bahasa Mandarin di Kelantan, sama ada bahasa Melayu, bahasa Inggeris, ataupun dialek-dialek tempatan sehingga menyebabkan penutur-penutur bahasa Mandarin yang bukan berasal dari Kelantan tidak dapat memahami bahasa Mandarin yang dituturkan oleh kaum Cina di Kelantan. Di samping itu, kajian ini juga dijalankan untuk mengenal pasti golongan kata manakah yang kerap dilandai oleh fenomena percampuran kod apabila interaksi dilakukan oleh kaum Cina di Kelantan semasa mereka menggunakan bahasa Mandarin, sama ada kata-kata nama khas ataupun golongan kata yang selain daripada kata nama khas. Justeru itu, kajian ini juga dijalankan untuk meninjau faktor-faktor yang menyebabkan fenomena percampuran kod berlaku dengan begitu berleluasa dalam bahasa Mandarin di Kelantan. Tinjauan ke atas faktor-faktor yang menyebabkan fenomena percampuran kod dalam bahasa Mandarin di Kelantan ini dijalankan atas harapan dapat menentukan faktor utama yang membawa kepada perebakan fenomena ini. Di samping itu, dalam kajian ini, pengkaji juga ingin menyampaikan apakah pandangan dan sikap kaum Cina di Kelantan terhadap fenomena percampuran kod yang berlaku dengan begitu berleluasa di dalam bahasa Mandarin yang dipertuturkan oleh kaum Cina di Kelantan, sama ada bersikap positif ataupun negatif terhadap fenomena percampuran kod yang berlaku ini. 6

Oleh kerana kekurangan kajian berkaitan dengan percampuran kod di kalangan kaum Cina di Kelantan dan Malaysia, jadi pengkaji mengharapkan kajian ini dapat memberikan satu gambaran yang jelas mengenai fenomena percampuran kod yang berlaku di Kelantan dan memantapkan lagi kajian yang tersedia ada. 1.4 SOALAN KAJIAN Berpandukan objektif kajian yang dihuraikan, beberapa soalan kajian telah dipertimbangkan oleh pengkaji. Soalan-soalan kajian berkaitan adalah seperti berikut: (a) Kod dalam bahasa apakah yang paling kerap dicampurkan ke dalam bahasa Mandarin di Kelantan (b) Apakah golongan kata yang kerap mengalami fenomena percampuran kod yang digunakan dalam pertuturan bahasa Mandarin di Kelantan? (c) Apakah faktor-faktor yang mencetuskan fenomena percampuran kod ini dalam bahasa Mandarin di Kelantan? (d) Apakah sikap-sikap dan pandangan kaum Cina di Kelantan berkenaan dengan fenomena percampuran kod yang berlaku dalam bahasa Mandarin di Kelantan? 1.5 KEPENTINGAN KAJIAN Seperti mana yang dihuraikan dalam bab pengenalan, kajian ini adalah penting untuk mengkaji fenomena percampuran kod dalam bahasa Mandarin yang dipertuturkan 7

oleh kaum Cina di Kelantan. Selain daripada itu, kajian ini juga penting dalam mengesan faktor-faktor yang mempengaruhi dan membawa kepada fenomena percampuran kod yang berlaku dengan begitu berleluasa dalam bahasa Mandarin di Kelantan. Dengan membincangkan faktor-faktor yang membawa kepada penggunaan percampuran kod yang begitu berleluasa dalam bahasa Mandarin di Kelantan, pengkaji berharap ia juga akan memberikan satu gambaran awal yang jelas tentang fenomena percampuran kod yang berlaku dalam bahasa Mandarin kepada kaum Cina di negeri-negeri lain di Malaysia. Di samping itu, kajian ini juga menambah kefahaman akan fenomena tertentu yang wujud dalam bahasa Mandarin akibat kekurangan kajian terhadap percampuran kod dalam bahasa Mandarin di Malaysia, terutamanya kajian terhadap penggunaan bahasa minoriti di Kelantan. Memandangkan kekurangan kajian yang berasaskan penggunaan bahasa masyarakat minoriti di Kelantan, sebagai anak jati Kelantan, pengkaji mengharapkan kajian ini dapat memantapkan lagi kajian yang sudah tersedia ada. Selain daripada itu, kajian ini juga diharapkan dapat menjadi kajian asas bagi pengkaji-pengkaji lain yang berminat dalam persoalan percampuran kod ataupun persoalan yang berkaitan dengan kaum Cina di Kelantan. 1.6 BATASAN KAJIAN Kajian ini hanya merupakan satu kajian mengenai fenomena percampuran kod dalam bahasa Mandarin di Kelantan sahaja dan meninjaukan faktor-faktor yang mencetuskan fenomena yang berleluasa ini. Jadi, hal ini menggambarkan responden yang 8

dipilih hanya terhad kepada kaum Cina di Kelantan sahaja dan bahasa yang dikaji hanya terhad kepada bahasa Mandarin. Berkenaan dengan responden, pengkaji menggunakan dua pengkelasan persampelan responden yang berlainan mengikut kaedah kajian, iaitu pemerhatian berserta dan soal selidik. Dalam kaedah pemerhatian berserta, persampelan responden yang dipilih adalah golongan belia Cina Kelantan. Responden yang dipilih ialah 15 orang dari golongan belia Cina yang berlingkungan umur 15-22. Di samping itu, untuk menggunakan kaedah soal selidik ini, pengkaji memilih 60 orang responden untuk melengkapkan soal selidik. 60 orang responden tersebut juga terdiri daripada golongan belia kaum Cina di Kelantan, yang berumur dalam lingkungan 15-30 tahun, di mana 30 responden ialah lelaki dan 30 responden perempuan. Manakala, untuk menyempurnakan kaedah temu bual yang dijalankan dalam kajian rintis, pengkaji memilih 10 orang sampel untuk ditemuramahkan. Jadi, dapatan kajian ini hanya menggambarkan maklum balas yang diperolehi daripada jumlah sampel yang dikaji, dan bukan seluruh kaum Cina di Kelantan. Di samping itu, semua responden yang dipilih dalam kajian ini sekurang-kurangnya menerima pendidikan sekolah Cina semasa sekolah rendah. Maka kajian ini menggambarkan gaya pertuturan mereka yang pernah menerima pendidikan Cina, dan bukannya mereka yang tidak pernah menerima pendidikan bahasa Cina. Begitu juga dengan syarat pemilihan sampel kajian, pengkaji hanya memilih mereka yang terdiri daripada golongan Cina bandar, dan bukannya Cina peranakan di Kelantan. Dalam kajian ini, kawasan kajian hanya dibataskan di Kota Bharu, Kelantan sahaja. Pengkaji memilih penduduk di Kota Bharu sahaja kerana Kota Bharu merupakan ibu negeri di Kelantan dan majoriti kaum Cina di Kelantan menetap di Kota Bharu. Sehubungan itu, 9

dalam kajian ini, pengkaji tidak mengukur kejituan penggunaan bahasa Cina responden dan juga tidak menilai tahap penguasaan bahasa Mandarin responden, analisis dapatan kajian hanya berdasarkan pungutan data yang diperolehi daripada responden melalui kaedah kajian yang dijalankan. 10