PruBSN CrisisCover. Di kala memerlukan, kami sentiasa bersama anda.

dokumen-dokumen yang mirip
PruBSN CRISISCOVER DI KALA MEMERLUKAN, KAMI SENTIASA BERSAMA ANDA.

Giro Takaful Asas. Perlindungan Takaful yang MENINGKAT bersama anda BSNMalaysia

PruBSN PROTECT LINDUNGI HAK DAN KEUTAMAAN KITA. LINDUNGILAH YANG TERSAYANG.

PruBSN Anugerah. Sentiasa disisimu.

PruBSN Warisan. Mampukah dia berdikari tanpamu satu hari nanti?

Giro Takaful Impian. Berikan anak anda inspirasi untuk CAPAI YANG TERBAIK

HELAIAN KETERANGAN PRODUK

Giro Takaful Pelindung

DALAM USAHA MEMENUHI IMPIAN HIDUP ANDA, RANCANGLAH LEBIH AWAL. PruBSN UmmahLink DALAM USAHA MEMENUHI IMPIAN HIDUP ANDA, RANCANGLAH LEBIH AWAL

Giro Takaful Premier. Pelan yang melindungi segala yang penting bagi anda BSNMalaysia

HELAIAN KETERANGAN PRODUK

HELAIAN KETERANGAN PRODUK

PruBSN TakafulLink. PruBSN SmartLink. PruBSN FirstLink

DASAR TABUNG KEBAJIKAN PEKERJA KERETAPI TANAH MELAYU BERHAD (KTMB)

HELAIAN KETERANGAN PRODUK

Bersama kami untuk mempersiapkan keperluan rohaniah anda.

Takaful Keluarga. i-great MURNI. Ia Pasti Mudah! TIADA pengunderaitan perubatan. Jumlah Perlindungan Asas sehingga RM500,000.

HELAIAN KETERANGAN PRODUK

HELAIAN PENERANGAN PRODUK. Skim Pampasan Pekerja Asing

ATURAN-ATURAN BAGI KUMPULAN WANG KEBAJIKAN AM KOPERASI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN MELAYU PAHANG TIMUR BERHAD

PLUS Tarikh: 21/01/2015. Pelan Takaful ini matang apabila Orang Yang Dilindungi berumur seratus (100) tahun.

IKHLAS PAYOR SAVINGS SECURE TAKAFUL RIDER

PRUcash premier. Inilah yang kami mahu memaksimumkan simpanan kami dan mendapat ganjaran pula! SIMPANAN. Sentiasa Mendengar. Sentiasa Memahami.

HELAIAN KETERANGAN PRODUK

TAKAFULINK DANA SIMPANAN PROFIL DANA 2015

Perlindungan yang disediakan oleh takaful perubatan dan kesihatan adalah seperti berikut:

PRUretirement growth PERSARAAN. Kami kini mempunyai pendapatan terjamin untuk kesenangan selepas bersara.

PILIHAN UNGGUL ANDA MENUJU HARI PERSARAAN YANG SELESA

LAMPIRAN MAKLUMAT PRODUK. Sila baca Helaian Penerangan Produk ini sebelum anda membuat keputusan untuk menyertai Skim Kenderaan Persendirian.

PruBSN GADAI JANJI DAN TAKAFUL RUMAHKU LINDUNGI ASET PALING BERNILAI KELUARGA ANDA

Crisis Defender & Early Crisis Protector PERUBATAN

PRUguard my family. Pelan perlindungan lengkap direka untuk anda sekeluarga. Strategic Alliance. Sentiasa Mendengar. Sentiasa Memahami.

IKHLAS CRITICAL ILLNESS SECURE TAKAFUL RIDER

PRUvantage. Jangan sia-siakan simpanan anda. Perolehi pulangan terjamin dan perlindungan daripadanya.

K E L U A R G A D E N G G

IKHLAS HOSPITAL BENEFIT SECURE TAKAFUL RIDER

PRUwealth Melindungi masa depan orang tersayang INSURANS BERKAITAN PELABURAN

HELAIAN KETERANGAN PRODUK

Rider Ultra Medic (Rider Tambahan Pilihan) Mulakan hari ini dengan pelan perubatan kami.

HELAIAN KETERANGAN PRODUK

HELAIAN KETERANGAN PRODUK

IKHLAS COMPREHENSIVE PERSONAL ACCIDENT BENEFIT SECURE TAKAFUL RIDER

TAKAFULINK DANA BON PROFIL DANA 2015

TAKAFULINK DANA EKUITI PROFIL DANA 2015

HELAIAN KETERANGAN PRODUK

Nikmati detik indah bersama keluarga dan keupayaan untuk melindungi mereka.

TAKAFUL PUTERI. Hayatilah hidup anda hari ini dengan kebebasan sepenuhnya.

HELAIAN KETERANGAN PRODUK

HELAIAN KETERANGAN PRODUK

Tarikh : 21/01/ ) Produk apakah ini?

PruBSN Gadai Janji dan Takaful Rumahku

Skim ini adalah berasaskan Unit dan ringkasan Skim ini adalah seperti berikut:

HELAIAN PENERANGAN PRODUK

HELAIAN KETERANGAN PRODUK

RISALAH PENDEDAHAN PRODUK AKAUN PELABURAN KHAS (SIA)

Skim mypa Care. Date: 12 July 2016

PELAN SEMUA-DALAM-SATU YANG MERANGKUMI SEGALA KEPERLUAN PERLINDUNGAN DAN PELABURAN ANDA

HELAIAN KETERANGAN PRODUK

HELAIAN PENERANGAN PRODUK. Kebakaran. Sila baca Helaian Penerangan Produk ini sebelum anda membuat keputusan untuk menyertai Skim Kebakaran.

Tarikh : 21/01/2015. Jumlah Dilindungi. 1. Kematian dan Hilang Keupayaan Kekal Bagi setiap RM10, Perbelanjaan Pengkebumian RM1,000.

HELAIAN KETERANGAN PRODUK

HELAIAN KETERANGAN PRODUK

HELAIAN KETERANGAN PRODUK

HELAIAN PENERANGAN PRODUK. mysme BizPartner Takaful

HELAIAN KETERANGAN PRODUK

IKHLAS BASIC TERM TAKAFUL

Kenapa membeli insurans atau menyertai skim takaful? Apakah jenis produk insurans/ takaful yang saya perlukan?

PERLINDUNGAN GAYA HIDUP WANITA

i-secure Soalan Lazim:

LAMPIRAN MAKLUMAT PRODUK. Skim Isi Rumah myhome

PRUcash double reward

JENIS-JENIS TAKAFUL PERUBATAN DAN KESIHATAN

Simpanan. Dapatkan Pemangkin untuk. Manfaat. Sentiasa Mendengar. Sentiasa Memahami.

Kehidupan tanpa bebanan bil perubatan.

GANJARAN KEPADA SI MANJA ANDA DENGAN HADIAH PENDIDIKAN

INSURANS BERKAITAN PELABURAN. PRUlife partner. Sehati sejiwa, dilindungi bersama

Elitelink Pilih perlindungan paling bersesuaian dengan gaya hidup anda dan kemewahan berterusan.


Pelan kemalangan komprehensif untuk seisi keluarga.

IKHLASlink Lady Secure Takaful Rider

Pengenalan. Apakah Pelan Takaful Pendidikan Anak? Konsep Takaful dalam Pelan Takaful Pendidikan Anak

Crisis Defender & Early Crisis Protector

HELAIAN KETERANGAN PRODUK

HELAIAN KETERANGAN PRODUK

IKHLASlink SECURE TAKAFUL. Pelan perlindungan menyeluruh yang disesuaikan bagi memenuhi keperluan anda

4. Apakah kewajipan yang perlu pelanggan laksanakan sekiranya pelanggan membeli produk ini?

Takaful keluarga. Apakah takaful keluarga?

4. Apakah kewajipan yang perlu pelanggan laksanakan sekiranya pelanggan membeli produk ini?

TAKAFUL IKHLAS BERHAD IKHLAS link Secure Takaful

Lembaran Maklumat Produk- Pembiayaan Aliran Tunai Peribadi-i LEMBARAN MAKLUMAT PRODUK

HELAIAN PENERANGAN PRODUK. Skim Pemilik Rumah/Isi Rumah

ALIRAN TUNAI PERIBADI-i TAWARRUQ

IKHLAS VALUE TERM TAKAFUL. Merentangi jurang ketidaktentuan

SYARAT DAN KELAYAKAN PEMOHON. a) Kelayakan pemohon

SOALAN-SOALAN LAZIM : KEMPEN BELI RUMAH DAPAT KERETA BERSAMA BANK RAKYAT

Savings. Dapatkan pemangkin untuk. Manfaat

Bonus Tanpa Tuntutan Tahunan RM100 RM150 RM300 RM400 RM500 RM600 RM700

HELAIAN PENERANGAN PRODUK. Skim Pemilik Rumah Kediaman Jangka Panjang

Hadiahkan masa depan yang cerah untuk yang tersayang.

HELAIAN KETERANGAN PRODUK

Transkripsi:

PruBSN CrisisCover Di kala memerlukan, kami sentiasa bersama anda.

PruBSN CrisisCover Kerana anda patut menerima yang terbaik Ramai antara kita tidak sedar tentang kepentingan penjagaan kesihatan. Kita sering mendengar tentang berlakunya peristiwa-peristiwa yang tidak dijangka hampir setiap hari di dalam kehidupan kita. Berapa kerapkah anda mendengar rakan atau ahli keluarga yang jatuh sakit, dan mendapati dirinya disahkan menghidap penyakit kritikal? Tanpa perlindungan yang secukupnya, kita kadang kala berasa tidak berdaya apabila dilanda musibah. Bersiap sedia dengan satu perancangan kewangan adalah satu langkah bijak yang perlu diambil sekarang. Hidup anda amat berharga. Bukan hanya kepada anda, tetapi juga kepada mereka yang anda kasihi. Satu perancangan kewangan yang baik akan membantu anda di saat memerlukan, membolehkan anda memberi tumpuan untuk pulih, manakala hal-hal lain diuruskan untuk anda. Temui satu pelan kewangan yang memberi anda yang terbaik PruBSN CrisisCover adalah satu pelan yang dihasilkan dengan teliti untuk memberi perlindungan meluas untuk anda dan orang tersayang daripada krisis kewangan sekiranya kejadian yang tidak diingini berlaku. Penyakit-penyakit kritikal seperti serangan jantung, kanser, penyakit arteri koronari, strok, kegagalan buah pinggang, penyakit hati kronik adalah antara penyakit-penyakit berkaitan yang dilindungi, serta kehilangan nyawa dan hilang upaya kekal dan menyeluruh. Selain daripada itu, anda juga boleh mengambil perlindungan tambahan untuk mengukuhkan lagi tahap perlindungan anda. PruBSN CrisisCover. Bantuan di saat anda paling memerlukannya.

Bagaimana PruBSN CrisisCover membantu anda Bantuan kewangan di saat memerlukan Perlindungan kewangan untuk keluarga anda Perlindungan kewangan untuk anda Lindungi anda daripada tekanan kewangan Dapatkan rawatan perubatan yang lebih baik Kos minimum dengan manfaat maksimum Jaminan tempat tinggal bagi keluarga anda Memberikan anda wang tunai sekiranya anda disahkan menghidap salah satu daripada 36 penyakit kritikal yang dilindungi supaya anda boleh mendapatkan rawatan yang sepatutnya. Memberikan keluarga anda wang tunai sekiranya anda kehilangan nyawa, supaya mereka dapat meneruskan kehidupan mereka tanpa perlu risau tentang kewangan. Memberikan anda wang tunai sekiranya anda tidak dapat terus menyara hidup disebabkan hilang upaya kekal dan menyeluruh. Anda tidak perlu bimbang tentang masalah kewangan ketika berdepan dengan krisis. Dengan menerima wang tunai tersebut, rawatan perubatan yang terbaik boleh diperolehi. Memastikan perlindungan kewangan sepenuhnya dengan sumbangan serendah RM0.67 1 sehari! Gunakan wang tunai dari pelan ini untuk menyelesaikan gadai janji rumah anda bagi menjamin tempat tinggal keluarga anda sekiranya sesuatu yang tidak dijangka berlaku kepada anda. 1 Anggaran berdasarkan pada umur dan pelan.

Bagaimana anda boleh meningkatkan lagi perlindungan PruBSN CrisisCover anda? Anda boleh mempertingkatkan perlindungan PruBSN CrisisCover anda menerusi manfaat-manfaat tambahan pilihan berikut. Memastikan bantuan kewangan berterusan untuk keluarga anda Memastikan perlindungan berterusan Family Income Benefit memberikan orang yang anda kasihi pendapatan bulanan untuk 120 bulan sekiranya anda hilang upaya kekal dan menyeluruh sebelum berumur 70 tahun atau disahkan menghidap penyakit kritikal atau kehilangan nyawa. Spouse Contributor membayar sumbangan-sumbangan anda pada masa depan sekiranya pasangan anda disahkan menghidap penyakit kritikal, atau hilang upaya kekal dan menyeluruh atau meninggal dunia. Parent Contributor akan membayar untuk sumbangansumbangan pada masa depan anak anda sekiranya anda disahkan menghidap penyakit kritikal, atau hilang upaya kekal dan menyeluruh atau meninggal dunia. Siapakah yang boleh menyertai PruBSN CrisisCover? Anda boleh mengambil pelan ini seawal umur 19 tahun sehingga umur 65 tahun. Anda juga boleh mula melindungi anak anda seawal umur 2 minggu. Anda boleh memilih tempoh perlindungan tertakluk kepada minimum 10 tahun dan umur tamat tempoh sehingga 80 tahun. Apakah manfaat-manfaat yang diberikan untuk umur 5 tahun ke bawah? Jika berlaku penyakit kritikal, hilang upaya atau kehilangan nyawa sebelum umur 5 tahun, jumlah perlindungan asas yang dikurangkan akan dibayar seperti berikut. Ini dinamakan lien juvenil. Umur 1 2 3 4 5 dan ke atas Peratusan Jumlah Perlindungan Asas yang Dibayar 20% 40% 60% 80% 100%

Berapakah sumbangan bagi PruBSN CrisisCover? Sumbangan bulanan minimum untuk pelan ini ialah RM20. Walaubagaimanapun, sumbangan sebenar adalah tertakluk kepada yang berikut: umur anda jumlah dan tempoh perlindungan anda status kesihatan anda pekerjaan anda (jika berkenaan) jantina anda kaedah dan kekerapan pembayaran anda Apakah caj-caj yang dikenakan dalam PruBSN CrisisCover? PruBSN CrisisCover adalah berlandaskan model Wakalah Bil Ajr di mana sumbangan anda akan dimasukkan ke dalam akaun anda setelah kami mengambil caj wakalah. Ini adalah yuran bagi perkhidmatan-perkhidmatan yang kami sediakan. Butiran mengenai caj wakalah dan lain-lain caj berkaitan disenaraikan seperti dalam jadual di bawah. Jenis caj Caj wakalah pendahuluan Butiran caj Caj ini digunakan untuk membayar komisen dan perbelanjaan berkaitan pengagihan serta untuk menguruskan dan melabur Dana Tabarru. Caj sebagai peratusan 2 daripada sumbangan anda adalah seperti di bawah. Tahun sijil 1 2 3 4 5 6 7 dan ke atas Caj wakalah pendahuluan 75% 55% 35% 20% 0% Caj sijil Tabarru Caj sebanyak RM24 dikenakan setiap tahun. Caj ini adalah bagi kos pengurusan sijil anda. Kami menolak suatu amaun setiap bulan berdasarkan umur, jantina, status kesihatan, pekerjaan (jika berkenaan) dan jumlah perlindungan sepanjang tempoh perlindungan. 2 Ini adalah caj untuk sijil yang bertempoh 20 tahun atau lebih. Untuk sijil yang mempunyai tempoh kurang daripada 20 tahun, ia akan dikurangkan sewajarnya. Sila rujuk kepada ilustrasi pelan untuk maklumat yang lebih terperinci.

Bagaimanakah perkongsian keuntungan pelaburan berdasarkan prinsip-prinsip Mudharabah dilaksanakan? Prinsip Mudharabah membenarkan sebarang keuntungan pelaburan daripada Akaun Khas Individu (ISA) dikongsi di antara anda dan kami. Anda akan menerima 80% daripada keuntungan pelaburan, sementara kami akan menerima baki 20%. Bahagian keuntungan anda akan dimasukkan semula ke dalam ISA anda. Adakah saya akan menerima sebarang lebihan daripada pelan ini? Anda layak menerima sekurang-kurangnya 50% 3 daripada lebihan yang boleh diberikan (jika ada) pada setiap tahun. Baki sehingga 50% 3 dikongsi bersama kami sebagai insentif untuk mengurus Dana Tabarru. Bahagian lebihan anda yang boleh diberikan akan dimasukkan semula ke dalam ISA anda. 3 Amaun sebenar bagi lebihan yang boleh diberikan akan diputuskan secara tahunan dan tertakluk kepada kelulusan daripada Jawatankuasa Syariah dan Lembaga Pengarah Prudential BSN Takaful Berhad.

Nota-nota penting 1. Risalah ini bukan merupakan satu kontrak di antara anda dan Prudential BSN Takaful Berhad. Terma dan syarat yang lengkap boleh didapati dalam dokumen sijil. Sila minta sampel terma-terma dan syarat-syarat jika anda perlukan maklumat terperinci mengenai pelan tersebut. 2. Risalah ini diterbitkan hanya untuk maklumat dan tidak berkaitan dengan matlamat-matlamat kewangan, situasi dan keperluan mana-mana individu tertentu. 3. Dalam risalah ini, Umur merujuk kepada Umur pada Tarikh Lahir akan Datang, melainkan dinyatakan sebaliknya. 4. Pulangan daripada pelaburan anda adalah berdasarkan pada prestasi sebenar dana dan ia tidak dijamin. 5. Risiko pelaburan dana anda ditanggung sepenuhnya oleh anda dan manfaatnya mungkin kurang daripada jumlah sumbangan anda. 6. Anda hendaklah terus membayar sumbangan anda secara tetap sehingga pelan anda matang bagi memastikan bahawa anda atau anak anda dilindungi sepenuhnya di bawah pelan ini pada setiap masa. Kegagalan untuk berbuat demikian mungkin menyebabkan perlindungan anda tamat sebelum masanya. 7. Anda berhak mendapat pelepasan cukai individu dari segi sumbangan anda sehingga RM6,000 setahun apabila anda mengambil bahagian di dalam pelan ini, tertakluk kepada terma dan syarat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). 8. PruBSN CrisisCover tidak menyediakan sebarang amaun manfaat daripada Dana Tabarru pada penamatan, tamat tempoh atau kematangan sijil. 9. Pelan ini boleh dibatalkan melalui permintaan bertulis kepada kami di dalam tempoh lima belas (15) hari dari tarikh penghantaran dokumen-dokumen sijil, yang mana kami akan membayar balik sumbangan yang diterima daripada anda selepas ditolak sebarang caj pemeriksaan perubatan yang ditanggung oleh PruBSN semasa menilai risiko di bawah sijil. 10. Mengambil bahagian di dalam pelan takaful keluarga adalah satu komitmen jangka panjang. Penamatan awal sijil selalunya melibatkan kos-kos yang tinggi dan nilai serahan yang akan dibayar kepada anda mungkin kurang daripada jumlah sumbangan keseluruhan yang telah anda bayar.

Pengecualian PruBSN CrisisCover tidak akan memberi perlindungan untuk situasi-situasi berikut. Sekiranya ini berlaku, manfaat-manfaat yang disediakan di bawah pelan TIDAK AKAN dibayar kepada anda. 1. Jika tanda-tanda penyakit kritikal dilihat di dalam tempoh yang dinyatakan dari tarikh permulaan sijil 60 hari bagi angioplasti dan rawatan invasif lain untuk penyakit arteri koronari, kanser, pembedahan pintasan arteri koronari, serangan jantung atau penyakit arteri koronari serius. 30 hari bagi penyakit-penyakit kritikal yang lain. 2. Jika penyakit kritikal tersebut merebak daripada keadaan yang telah wujud sebelum ini. 3. Jika penyakit kritikal tersebut disebabkan secara langsung atau tidak langsung oleh AIDS yang diperolehi atau sebarang jangkitan HIV, kecuali AIDS dengan gejala penuh atau HIV yang disebabkan oleh transfusi darah. 4 Jika berlaku kehilangan nyawa akibat bunuh diri di dalam tempoh setahun dari tarikh permulaan sijil. 5. Jika berlaku hilang upaya kekal dan menyeluruh disebabkan percubaan membunuh diri dan kecederaan akibat perbuatan sendiri. 6. Jika hilang upaya kekal dan menyeluruh terjadi kerana anda terlibat di dalam aktiviti udara berbahaya (termasuk payung terjun dan penerjunan udara) melainkan anda adalah sebahagian daripada anak kapal atau penumpang yang membayar di dalam pesawat komersial berlesen yang beroperasi pada laluan biasa dan ditetapkan. 7. Jika anda tidak mendedahkan maklumat penting seperti sebarang penyakit yang telah anda hidapi sebelum ini dan sebagainya semasa anda memohon pelan ini.

Penyakit-penyakit Kritikal Senarai 36 penyakit-penyakit kritikal yang dilindungi 1. Penyakit Alzheimer/ Demensia teruk 13. Ensefalitis 25. Transplan organ utama/sumsum tulang 2. Angioplasti dan rawatan invasif lain untuk penyakit arteri koronari 14. Kegagalan hati tahap akhir 26. Penyakit sistik medular 3. Meningitis bakteria 15. Penyakit paru-paru tahap akhir 4. Tumor otak benign 16. AIDS dengan gejala penuh 5. Buta 17. Hepatitis viral fulminan 27. Penyakit neuron motor 28. Sklerosis Multipel 29. Kelumpuhan anggota 6. Pembedahan otak 18. Serangan jantung 30. Penyakit Parkinson 7. Kanser 19. Pembedahan injap jantung 8. Kardiomiopati 20. Jangkitan HIV melalui transfusi darah 31. Hipertensi arteri pulmonari primer 32. Penyakit arteri koronari serius 9. Anemia aplastik kronik 21. Kegagalan buah pinggang 33. Strok 10. Koma 22. Kehilangan upaya hidup sendiri (berdikari) 34. Pembedahan aorta 11. Pembedahan pintasan arteri koronari 23. Hilang keupayaan bertutur 35. Lupus eritematosus sistemik dengan komplikasi buah pinggang yang teruk 12. Pekak 24. Trauma kepala major 36. Kelecuran tahap ketiga Ketahuilah bagaimana untuk melindungi diri dan keluarga anda melalui satu pelan yang menyeluruh dan sesuai yang direka khas untuk anda. Dapatkan pelan yang paling sesuai untuk anda dan keluarga daripada kami di Prudential BSN Takaful dengan menghubungi kakitangan atau ejen kami untuk mendapatkan khidmat nasihat dan pilihlah perlindungan yang terbaik untuk anda hari ini.

PruBSN CrisisCover adalah produk yang berasaskan Syariah. Prudential BSN Takaful Berhad merupakan Pengendali Takaful yang berdaftar di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 dan di kawalselia oleh Bank Negara Malaysia. Bagi maklumat/pertanyaan lanjut, sila hubungi: PRUDENTIAL BSN TAKAFUL BERHAD (740651-H) Tingkat 8A, Menara Prudential, No. 10, Jalan Sultan Ismail 50250 Kuala Lumpur 03 2053 7188 03 2072 6188 customer@prubsn.com.my SMS PruBSN dan hantarkan kepada 33080 www.facebook.com.my/prubsn www.linkedin.com/company/prudential-bsn-takaful-berhad AHLI Penting: Anda seharusnya berpuas hati bahawa produk ini mampu memenuhi keperluan anda dan sumbangan yang dibayar di bawah sijil ini merupakan jumlah yang anda mampu bayar. Semua maklumat adalah betul semasa percetakan. Dicetak Mei 2017