PERATURAN LALULINTAS UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS (UPSI) 2012

dokumen-dokumen yang mirip
UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA (USIM) PERATURAN-PERATURAN LALU LINTAS JALAN USIM 2007

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA PERATURAN-PERATURAN LALULINTAS JALAN UKM 1998

Peraturan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Pengurusan Keselamatan Pekerja Luar 2016

AKTA UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI SUSUNAN PERATURAN

PEMILIKAN DAN PERISYTIHARAN HARTA OLEH PEKERJA UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

GARIS PANDUAN PEMILIKAN DAN PERISYTIHARAN HARTA STAF UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

BAB 12 BIASISWA & AKAUN PELAJAR

KUASA PENGUATKUASA. Pekeliling Pentadbiran bil 22/2014. Pekeliling Pentadbiran bil 30/2015

KAEDAH-KAEDAH UNIVERSITI SAINS MALAYSIA (TATATERTIB PELAJAR-PELAJAR), 1999

ISI KANDUNGAN SYARAT SYARAT DAN PERATURAN CUTI SABATIKAL UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA 1. PENDAHULUAN 1 2. TAFSIRAN 1-2

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA PEJABAT BENDAHARI

AKTA UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI 1971 PERLEMBAGAAN UNIVERSITI MALAYA 1997 KAEDAH-KAEDAH UNIVERSITI MALAYA (IJAZAH DOKTOR FALSAFAH) 2007

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BAB 10 GAJI DAN EMOLUMEN

GARIS PANDUAN PASCA-KEDOKTORAN

D.R. 8/94 RANG UNDANG-UNDANG. Suatu Akta untuk meminda Akta Pengangkutan Jalan 1987.

PEKELILING JABATAN PENDAFTAR PEKELILING JABATAN PENDAFTAR BILANGAN 1 TAHUN 2011

PERJANJIAN SKIM DERMASISWA PENGAJIAN TAHUN ASAS UNIVERSITI SELANGOR SEMESTER (SESI )

PERJANJIAN PINJAMAN PENDIDIKAN

Pasukan Sukarelawan Malaysia 1 D.R. 21/2012 RANG UNDANG-UNDANG PASUKAN SUKARELAWAN MALAYSIA 2012

POLISI PERUMAHAN UNIVERSITI. Polisi Perumahan Universiti ini adalah sebagai panduan kepada tadbir urus dan penghuni rumah Universiti.

JPA.BK (S) 230/ 19 Jld.3 ( 26 ) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2011

MAKTAB KERJASAMA MALAYSIA

KOLEJ UNIVERSITI TEKNOLOGI TUN HUSSEIN ONN PEKELILING BENDAHARI BIL. 7 / 2003 PERATURAN PEMBAYARAN PELAJAR. KUiTTHO.(PB) 10.12/04 (14) 15 Oktober 2003

AKTA UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI 1971

PERATURAN-PERATURAN UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS (ETIKA BERPAKAIAN DAN SAHSIAH RUPADIRI PELAJAR) 2014

BUKU PANDUAN KEWANGAN PROGRAM DIPLOMA SEPENUH MASA UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

ISI KANDUNGAN SYARAT-SYARAT DAN PERATURAN CUTI SANGKUTAN INDUSTRI (CSI) UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA 1. TUJUAN 1 2.

GARIS PANDUAN HADIAH LATIHAN SKIM LATIHAN AKADEMIK BUMIPUTERA (SLAB)/SKIM LATIHAN AKADEMIK IPTA (SLAI)

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2016

PERJANJIAN BIASISWA SELANGORKU TAHUN 2017

DASAR PERTUKARAN PEGAWAI UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

PUSAT PERUBATAN UNIVERSITI MALAYA SYARAT-SYARAT AM SEBUT HARGA / TENDER

PERATURAN PENGGUNAAN DAN PEMINJAMAN KENDERAAN UMT

POLISI KEMUDAHAN ALAT KOMUNIKASI MUDAH ALIH UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

PUSAT PERUBATAN UNIVERSITI MALAYA SYARAT-SYARAT AM SEBUT HARGA / TENDER

PERATURAN-PERATURAN PEGAWAI AWAM (PELANTIKAN, KENAIKAN PANGKAT & PENAMATAN PERKHIDMATAN) AHSAN AHMAD BAHAGIAN SUMBER MANUSIA JABATAN PENDAFTAR

GARIS PANDUAN PELANTIKAN FELO KOLEJ KEDIAMAN. (1) Kakitangan Pengurusan dan Profesional Universiti Malaya yang berjawatan tetap atau kontrak; atau

GARIS PANDUAN ELAUN KEMUDAHAN KOMPUTER/NOTEBOOK KEPADA PENSYARAH DAN PEGAWAI PENGURUSAN DAN PROFESIONAL UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

D.R. 35/2007 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Akta Takaful DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut:

PENGURUSAN KERJA LUAR STAF

D.R. 20/2007 RANG UNDANG-UNDANG MAKMAL PATOLOGI 2007

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN

PANDUAN BUDAYA KERJA CEMERLANG PPKT. KAMPUS KEJURUTERAAN, USM Versi 3 (25 April 2017)

UNDANG-UNDANG MALAYSIA. Akta 308

KERAJAAN SERI PADUKA BAGINDA MALAYSIA PEKELILING SURUHANJAYA PERKHIDMATAN PELAJARAN BILANGAN 4 TAHUN 2013

PEKELILING BENDAHARI BIL. 3 TAHUN 2013 TATACARA PERMOHONAN DAN PELARASAN WANG PENDAHULUAN

BAB 6 PENGURUSAN ASET

PERJANJIAN PENGAJIAN ANTARA DAN MAJLIS AMANAH RAKYAT DAN PERJANJIAN BERTARIKH :

PERJANJIAN PENDIDIKAN GURU

JPA. BK 43/12/2 Jld. 32 (30) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 29 TAHUN 2009

JPA(L)S. 175/4/1-1 KLT. 8

TATACARA DAN PANDUAN PEMILIHAN Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Teknikal Malaysia Melaka

PERJANJIAN ini dibuat pada...haribulan... Diantara. yang beralamat di.. (selepas ini disebut sebagai Tuan..Beralamat...No.Kad

POLISI KEMUDAHAN ALAT KOMUNIKASI MUDAH ALIH UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

UNIVERSITI MALAYSIA SABAH 1/12 GARIS PANDUAN PELAKSANAAN GERAN BRING YOUR OWN DEVICE (BYOD)

PERJANJIAN BELAJAR. PERJANJIAN INI dibuat pada haribulan... tahun... (selepas ini dirujuk sebagai Perjanjian ini ) ANTARA

RANG UNDANG-UNDANG. bernama. .Suatu Akta untuk meminda Akta Institut Teknologi MARA 1976.

Deskripsi Polisi Pengurusan Perhubungan Media Di Dalam Universiti Putra Malaysia. Naib Canselor

GARIS PANDUAN PELANTIKAN PEMBANTU PENYELIDIK SISWAZAH, PEMBANTU PENYELIDIK, FELO PENYELIDIK DAN PASCA DOKTORAL

GARIS PANDUAN PENANGGUNGAN KERJA

Garis panduan ini merangkumi semua jenis pinjaman / pembiayaan kenderaan bagi staf UPM yang bertaraf tetap dan kontrak.

LAMPIRAN MAKLUMAT PRODUK. Sila baca Helaian Penerangan Produk ini sebelum anda membuat keputusan untuk menyertai Skim Kenderaan Persendirian.

PEJABAT PENDAFTAR BAHAGIAN PENGURUSAN MODAL INSAN SINERGI TERAS KUALITI

UPNM BUSINESS CENTRE SDN. BHD. UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA

BAB 11 PINJAMAN Berikut adalah pihak berkuasa melulus mengikut kategori: 2) Pinjaman Komputer Bendahari

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN

PERATURAN PRAKTIKUM UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

PERJANJIAN PENYELIDIKAN

Rekod permohonan, siasatan, tindakan dan keputusan Lembaga berhubung dengan kumpulan wang hendaklah disenggara oleh setiausaha.

AKTA (LARANGAN) KUMPULAN WANG KUTU 1971

2. Pemegang kad tambahan dan Kad Kredit-i Korporat adalah TIDAK LAYAK untuk menyertai Kempen Pindahan Baki 2016/17 ini.

KEMPEN #BankRakyatCares AKAUN DEPOSIT BERJANGKA-i Terma dan Syarat A. Syarat-syarat Kelayakan dan Kempen

BUKU PERATURAN DAN TATACARA PEMILIHAN MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR UNIVERSITI MALAYA

PEKELILING PENDAFTAR

GARIS PANDUAN PENGURUSAN PENGGANTIAN KAD UNIVERSITI PELBAGAI GUNA (UMPC)

GARIS PANDUAN DAN PERATURAN PROGRAM CUTI SABATIKAL

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING SURUHANJAYA PERKHIDMATAN PELAJARAN BILANGAN 1TAHUN 2011

SESI PERKONGSIAN PERKARA-PERKARA BAHARU TADBIR URUS SUMBER MANUSIA UPM

PERJANJIAN PEMBIAYAAN PENDIDIKAN GURU ANTARA KERAJAAN MALAYSIA DAN ZURAIDA HAMSIAH BINTI MOHAMED NASIR

PERJANJIAN PENDIDIKAN GURU

Koperasi 33 BAHAGIAN V. Mesyuarat agung

GARIS PANDUAN PERMOHONAN PINJAMAN KENDERAAN/KOMPUTER/TELEFON PINTAR (SMARTPHONES) UPSI

Majlis Keselamatan Negara 1 D.R. 38/2015 RANG UNDANG-UNDANG MAJLIS KESELAMATAN NEGARA 2015

GARIS PANDUAN LATIHAN PROFESIONAL/INDUSTRI

KAEDAH & PERATURAN TATATERTIB PELAJAR KOLEJ UNIVERSITI ISLAM MELAKA (TATATERTIB PELAJAR - PINDAAN 2016)

2017/2018 [ BUKU PERATURAN DAN TATACARA PEMILIHAN MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR UNIVERSITI MALAYA SESI 2017/2018]

PERATURAN SKIM SANGKUT INDUSTRI / LATIHAN INDUSTRI UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

SYARAT PERMOHONAN BANTUAN KEWANGAN UNTUK MENGHADIRI KONFERENSI/WOKSYOP LUAR NEGARA

Undang-Undang Malaysia

(PPG/KDPM KDC-Pin.2/2014) No. Pendaftaran Institut...

2. Staf biasa boleh memohon untuk tinggal di Perumahan Staf Universiti sekiranya rumah disediakan untuk staf biasa atau terdapat kekosongan.

BAHAGIAN I PERMULAAN. (1) Undang-undang Kecil ini boleh dinamakan Undang-undang Kecil Koperasi Tenaga Nasional Berhad.

4.1.2 Deposit Tetap Konventional ( DT ) dan ASNB Harga Berubah (ASNB HB) terpilih

Undang-Undang Malaysia

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN. BAHAGIAN KESELAMATAN UNIVERSITI Kod Dokumen: UPM/OPR/BKU/AK01/PELEKAT ARAHAN KERJA PERMOHONAN PELEKAT KENDERAAN

3. Tujuan Peperiksaan : i. Untuk pengesahan dalam perkhidmatan bagi jawatan Pengawal Keselamatan yang dilantik terus;

Transkripsi:

PERATURAN LALULINTAS UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS (UPSI) 2012 Pada menjalankan kuasa yang diberikan oleh subseksyen 38(1) Perlembagaan Universiti Pendidikan Sultan Idris [P.U (A) 452/2010], Lembaga Pengarah Universiti Pendidikan Sultan Idris dengan ini membuat peraturan berikut; 1. NAMA DAN PEMAKAIAN 2.1 Peraturan ini boleh dinamakan Peraturan LaluLintas Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). 2.2 Peraturan ini hendaklah terpakai bagi semua yang disenaraikan seperti berikut- 2.2.1 Kakitangan UPSI 2.2.2 Pelajar UPSI 2.2.3 Kakitangan anak syarikat UPSI 2.2.4 Pekerja bukan kakitangan 2.2.5 Pelawat 2. TAFSIRAN Dalam peraturan-peraturan ini, jika konteksnya mengkehendaki makna yang lain- Arahan lalulintas ertinya apa-apa perintah, arahan atau petunjuk yang diberi oleh seseorang orang yang diberi kuasa kepada mana-mana orang yang menggunakan jalan atau kenderaan di dalam kampus; Isyarat lalulintas termasuklah isyarat, tiang isyarat amaran, tiang arahan, isyarat, tanda atau alat yang didirikan atau disediakan pada atau berhampiran dengan jalan untuk pengetahuan, panduan atau penunjuk orang-orang yang menggunakan jalan; 1 P a g e

Kakitangan ertinya mana-mana orang yang diambil kerja oleh UPSI sama ada secara tetap, kontrak, sementara, sambilan dan termasuk seseorang yang berkhidmat di UPSI secara pinjaman yang dibayar emolumen oleh UPSI; Kakitangan anak syarikat UPSI ertinya mana-mana orang yang bukan kakitangan universiti yang menjalankan sesuatu kerja tetap atau sementara di Universiti ini. Kampus ertinya kawasan kampus Universiti Pendidikan Sultan Idris termasuklah semua asrama, institusi dan bangunan Universiti; Kenderaan ertinya suatu struktur yang boleh bergerak atau digerakkan atau digunakan bagi membawa mana-mana orang atau benda dan yang bersentuhan dengan permukaan bumi apabila bergerak; Kenderaan motor ertinya tiap-tiap perihalan kenderaan yang digerakkan oleh jentera mekanisme yang terkandung di dalam badan kenderaan itu dan dibina atau disesuaikan supaya boleh digunakan di atas di jalan dan termasuklah apa-apa kenderaan yang ditarik oleh sesuatu kenderaan motor sama ada atau tidak bahagian daripadanya kenderaan yang ditarik itu menindih atas kenderaan motor yang menariknya; Ketua Pegawai Keselamatan ertinya seseorang pegawai yang mengetuai Bahagian Keselamatan UPSI; Meletak Kenderaan ertinya membawa sesuatu kenderan kepada keadaan yang tidak bergerak dan menyebabkan kenderaan itu menunggu bagi apa-apa maksud selain mengambil atau menurunkan dengan serta merta orang, barang/bagasi; Pekerja Bukan Kakitangan ertinya seseorang bukan kakitangan UPSI yang menjalankan sesuatu kerja dalam kawasan kampus; 2 P a g e

Pelajar termasuklah mana-mana pelajar lepasan ijazah, pelajar sambilan, pelajar di bawah rancangan pengajian jarak jauh atau luar kampus, pelajar diploma, pelajar matrikulasi, pelajar bukan siswazah universiti dan pelajar-pelajar yang mengikuti kursus sepenuh masa atau sambilan di Universiti; Pelawat ertinya seseorang atau kumpulan orang yang memasuki kampus UPSI selain daripada kakitangan, pelajar, Kakitangan anak syarikat UPSI dan pekerja bukan kakitangan UPSI; Pegawai Keselamatan ertinya semua peringkat anggota keselamatan yang dilantik oleh pihak berkuasa UPSI dan ditugaskan mengawal keselamatan di dalam kampus UPSI; Pelekat Kenderaan ertinya pelekat kenderaan motor yang dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa UPSI; 3. AKTA, KAEDAH DAN PERATURAN LAIN YANG TERPAKAI 3.1 Peraturan ini hendaklah dipakai bersama-sama dengan peruntukan-peruntukan undang-undang lalu lintas iaitu- 3.1.1 Akta Pengangkutan Jalan 1987; 3.1.2 Akta Badan-badan Berkanun (Tatatertib & Surcaj) 2000; dan 3.1.3 Kaedah-Kaedah Universiti Pendidikan Sultan Idris (Tatatertib Pelajar- Pelajar) 1999; dan 3.1.4 Mana-mana undang-undang, kaedah atau peraturan yang berkuatkuasa dari semasa ke semasa. 3.2 Tiada apa-apa jua peruntukan dalam peraturan ini boleh mengurangkan tanggungan mana-mana kakitangan, pelajar, kakitangan anak syarikat, pekerja 3 P a g e

bukan kakitangan dan pelawat atau mana-mana orang lain dalam kampus bagi apa-apa kesalahan di bawah mana-mana undang-undang bertulis. 4. KEBENARAN BERTULIS BAGI MENYIMPAN, MEMILIKI ATAU MENGGUNAKAN KENDERAAN MOTOR DI DALAM KAMPUS 4.1 Mana-mana orang yang bercadang untuk menyimpan, mempunyai dalam milikannya atau menggunakan apa-apa kenderaan motor di dalam kawasan kampus hendaklah, pada mulanya, memohon dan memperoleh suatu kebenaran bertulis berkenaan dengan kenderaan motor itu daripada Naib Canselor, permohonan dan kebenaran bertulis itu hendaklah dalam apa-apa bentuk sebagaimana yang ditetapkan oleh Naib Canselor, tertakluk kepada subperaturan 4.2. 4.2 Permohonan bagi kebenaran itu hendaklah dibuat secara bertulis dengan menyatakan perakuan kenderaan motor itu dan hendaklah disertai dengan perakuan pendaftaran kenderaan, lesen kenderaan motor(roadtax) semasa dan polisi insuran pihak ketiga semasa berkenaan dengan kenderaan motor itu dan lesen memandu yang sah berkenaan dengan pemohon itu. 4.3 Kebenaran tersebut hendaklah dipamerkan pada bila-bila masa secara mudah dilihat di atas kenderaan motor. 4.4 Kebenaran yang dinyatakan di dalam subperaturan 4.1 dan 4.2 akan diberikan dalam bentuk pelekat kenderaan atau pas pelawat yang hendaklah dipamerkan pada setiap masa dan mudah dilihat di atas kenderaan motor. 4 P a g e

5.0 KESALAHAN LALULINTAS Mana-mana orang yang memandu atau mengawal sesebuah kenderan atau kenderaan motor- 5.1 Tidak mempunyai atau tidak membawa bersamanya suatu lesen memandu yang sah yang dokehendaki kepadanya di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987; 5.2 Tiada cukai jalan; 5.3 Tidak mempunyai atau mempamerkan kebenaran Universiti bagi menyimpan, memiliki atau menggunakan apa-apa kenderaan motor di dalam kampus; 5.4 Memandu atau menunggang di dalam kawasan kampus pada kelajuan yang lebih daripada yang ditunjukkan oleh isyarat lalu lintas; 5.5 Meletak kenderaan atau kenderaan motor di tempat selain di bahagian jalan yang digunakan sebagai laluan bagi kenderaan motor; termasuklah laluan pejalan kaki, bahu jalan, atas rumput, koridor, beranda, kaki lima, laman dalam atau dalam mana-mana bangunan atau tempat lain sama ada di sisi jalan laluan atau selainnya, yang biasanya tidak dimaksudkan atau tidak disediakan secara khas untuk laluan kenderaan motor; 5.6 Meletak kenderaan atau kenderaan motor di mana-mana tempat atau dalam apaapa cara yang menyebabkan bahaya, halangan atau kesulitan kepada mana-mana orang atau kenderaan lain. 5.7 Meletak kenderaan atau kenderaan motor di ruang Parkir khas. 5.8 Memandu secara cuai, merbahaya atau menyebabkan kemalangan; 5 P a g e

5.9 Berkelakuan dalam apa-apa cara atau melakukan apa-apa perbuatan yang menghalang atau menganggu perjalanan lalu lintas yang licin dan teratur di dalam kawasan kampus; 5.10 Menghalang atau mengingkari arahan Pegawai Keselamatan dalam menguatkuasakan peraturan ini; atau 5.11 Melakukan apa-apa kesalahan lalulintas lain yang ditafsirkan sebagai suatu kesalahan lalu lintas oleh Universiti; Telah melakukan suatu kesalahan lalu lintas di bawah peraturan ini dan boleh diambil tindakan berdasarkan peraturan 6. 6. TINDAKAN PENGUATKUASAAN 6.1 Mengeluarkan Saman 6.1.1 Notis saman dikeluarkan dan diberi terus kepada pesalah atau diletakkan pada kenderaan atau kenderaan motor berkenaan. 6.1.2 Maklumat berkaitan kesalahan akan direkodkan di pejabat Bahagian Keselamatan. 6.1.3 Kadar bayaran saman bagi semua kesalahan lalu lintas di bawah peraturan ini adalah sebanyak Ringgit Malaysia Lima Puluh (RM50.00) sahaja. 6.1.4 Bayaran saman hendaklah dibayar di kaunter bayaran Bahagian Keselamatan secara tunai atau melalui pemotongan gaji. 6.1.5 Semua bayaran saman hendaklah dibayar dalam tempoh empat belas (14) hari dari tarikh notis saman dikeluarkan. 6 P a g e

6.1.6 Pengurangan bayaran saman bagi kesalahan lalu lintas di bawah peraturan ini adalah tertakluk kepada budi bicara Ketua Pegawai Keselamatan. 6.2 Mengunci Roda 6.2.1 Roda kenderaan akan dikunci bagi kenderaan yang diletakkan di kawasan larangan meletak kenderaan. 6.2.2 Notis saman akan dikeluarkan kepada pesalah dan pesalah hendaklah membayar saman membuka kunci sebelum kunci tersebut dibuka- i. Ringgit Malaysia Lima Puluh (RM50.00) bagi membuka kunci roda; dan ii. Ringgit Malaysia Dua Puluh (RM20.00) bagi membuka kunci rantai. 6.2.3 Setelah bayaran saman diterima, Pegawai Keselamatan yang bertugas akan membuka kunci roda atau kunci rantai kenderaan atau kenderaan motor dengan segera. 6.3 Kegagalan membayar saman dalam tempoh yang ditetapkan akan menyebabkan- 6.3.1 Tindakan Tatatertib Tindakan tatatertib boleh diambil di bawah Akta Badan-Badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000 [Akta 605] bagi kesalahan lalu lintas yang dilakukan oleh kakitangan dan Kaedah-kaedah Universiti Pendidikan Sultan Idris (Tatatertib Pelajar-Pelajar) 1999 bagi kesalahan lalu lintas yang dilakukan oleh pelajar. 7 P a g e

6.3.2 Senarai Hitam Menyenaraihitamkan mana-mana kenderaan motor kakitangan anak syarikat UPSI, pekerja bukan kakitangan atau pelawat yang mempunyai saman tertunggak melebihi tiga (3) kali dan melarang kenderaan tersebut daripada memasuki kawasan kampus sehingga saman tertunggak dijelaskan sepenuhnya. 7. PELEKAT KENDERAAN MOTOR 7.1 Semua kenderaan motor kakitangan, pelajar, kakitangan anak syarikat UPSI, pekerja bukan kakitangan UPSI atau pelawat yang diletakkan di mana-mana lot parkir UPSI hendaklah mempamerkan pelekat kenderaan motor yang sah tempoh. 7.2 Pelekat kenderaan motor adalah pas rasmi yang menunjukkan kelayakan sesebuah kenderaan motor menggunakan kemudahan parkir di dalam kawasan kampus. Setiap pelekat kenderaan motor hendaklah diperbaharui mengikut tahun atau sesi yang ditetapkan dan sah digunakan untuk tahun atau sesi berkenaan sahaja. 7.3 Ketua Pegawai Keselamatan boleh menyenarai hitam, membatalkan atau menggantung kemudahan pelekat kenderaan bagi suatu tempoh masa yang difikirkan wajar kepada seseorang kakitangan, pelajar, kakitangan anak syarikat UPSI atau pekerja bukan kakitangan UPSI kerana kegagalan menjelaskan saman tertunggak atas mana-mana kesalahan yang dilakukan di bawah peraturan ini. 7.4 Seseorang kakitangan, pelajar, kakitangan anak syarikat UPSI atau pekerja bukan kakitangan UPSI yang dibatalkan atau digantung kemudahan pelekat kenderaannya tidak dibenarkan meletakkan kenderaan motor di kawasan kampus bagi suatu tempoh masa kemudahan tersebut dibatalkan atau digantung. 8 P a g e

7.5 Mana-mana kenderaan motor yang tiada pelekat kenderaan atau pelekat kenderaan telah tamat tempoh tidak dibenarkan menggunakan kawasan parkir di Kawasan Kampus. 8. KESELAMATAN KENDERAAN Keselamatan mana-mana kenderaan atau kenderaan motor yang diletakkan di manamana kawasan parkir UPSI adalah di bawah tanggungjawab pemiliknya (park at your own risk). UPSI tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan yang diakibatkan oleh bencana alam, kemalangan, vandalisme, apa-apa perbuatan jenayah dan sebagainya. 9. PELEPASAN TANGGUNGJAWAB UPSI tidak akan bertanggungjawab terhadap apa-apa jua tuntutan oleh pemilik Kenderaan atau kenderaan motor disebabkan kemalangan dan kerugian yang berpunca daripada ketidaksempurnaan struktur jalan, struktur binaan dan lanskap yang berhubungkait dengan kawasan kampus. 10. TARIKH BERKUATKUASA Tarikh berkuatkuasa Peraturan LaluLintas Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) 2012 ini adalah pada 1 Januari 2013. 9 P a g e