PINDAAN PERATURAN PERATURAN TETAP SUKAN MALAYSIA

dokumen-dokumen yang mirip
PERATURAN TETAP SUKAN ORANG PEKAK MALAYSIA

PERATURAN AM KARNIVAL SUKAN STAF UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA ( KARiSTA UiTM ) 1.2 PSKK akan mencadangkan jenis-jenis permainan yang dipertandingkan.

PERATURAN PERTANDINGAN SUKAN PING PONG

PERATURAN PERTANDINGAN SUKAN BADMINTON

PERATURAN AM SUKAN PERSATUAN BADAN BERKANUN MALAYSIA SUKANUN Kejohanan ini dinamakan SUKAN PERSATUAN BADAN BERKANUN MALAYSIA atau SUKANUN.

PESTA SUKAN DAN KEBUDAYAAN BELIA MALAYSIA 2014

UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN BOLA SEPAK PIALA MASUM 2014

PERATURAN AM KEJOHANAN SUKAN KOLEJ KOMUNITI

PERATURAN AM PESTA SUKAN DAN KEBUDAYAAN BELIA MALAYSIA

SUKAN MALAYSIA IX, 2002 PERATURAN PERTANDINGAN MEMANAH ( LELAKI & WANITA )

MAJLIS SUKAN POLITEKNIK MALAYSIA PERATURAN AM KARNIVAL SUKAN atau KEJOHANAN

PERATURAN PERTANDINGAN SUKAN BOLA JARING

PESTA SUKAN DAN KEBUDAYAAN BELIA MALAYSIA 2014

SUKAN MALAYSIA IX, 2002 PERATURAN PERTANDINGAN SEPAK TAKRAW

PERATURAN PERTANDINGAN OLAHRAGA

PERATURAN AM KEJOHANAN SUKAN MAJLIS SUKAN KOLEJ KOMUNITI MALAYSIA (MASKOM) KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

SUKAN MALAYSIA IX, 2002 PERATURAN PERTANDINGAN HOKI (LELAKI & WANITA)

PERATURAN PERTANDINGAN SUKAN SEPAKTAKRAW

PERATURAN ANUGERAH SUKAN MASUM 2016 PERATURAN ANUGERAH SUKAN MASUM

PERATURAN AM KARNIVAL SUKAN SISWA UNIVERSITI KUALA LUMPUR. Karnival Sukan Siswa Universiti Kuala Lumpur (KSSU)

SUKAN MALAYSIA XV, PAHANG 2012 PERATURAN PERTANDINGAN KARATE (LELAKI DAN WANITA)

SUKAN JOHOR KOTA TINGGI 2017 PERATURAN PERTANDINGAN MEMANAH RECURVE DAN COMPOUND (LELAKI & WANITA)

PERATURAN PERTANDINGAN SUKAN TENPIN BOLING

/^-/ KEJOHANAN PIALA MENTERI PELAJARAN l MURID l SUKAN 2014 PERATURAN AM BAHAGIAN SUKAN, KPM

PERATURAN PERTANDINGAN SUKAN BOLA SEPAK

PERATURAN ANUGERAH SUKAN MASUM 2014 PERATURAN ANUGERAH SUKAN MASUM

[PERATURAN PERTANDINGAN KARNIVAL SUKAN SISWA UNIVERSITI KUALA LUMPUR] PERATURAN AM KARNIVAL SUKAN SISWA UNIVERSITI KUALA LUMPUR

KEJOHANAN PIALA MENTERI PENDIDIKAN 1MURID 1SUKAN 2017 FUTSAL BAHAGIAN SUKAN, KPM PERINGKAT KEBANGSAAN

PERATURAN PERTANDINGAN SIRKIT REMAJA KEBANGSAAN

KEJOHANAN BADMINTON MASISWA & IPT JEMPUTAN 2013 ANJURAN MAJLIS SUKAN IPTS MALAYSIA (MASISWA)

PERATURAN AM SUKAN MASUM

PERATURAN AM. 1.2 Ahli Jawatankuasa Pembangunan dan Teknikal akan mencadangkan jenis-jenis permainan yang dipertandingkan.

PERATURAN AM SUKAN DWI TAHUNAN PEJABAT-PEJABAT KEWANGAN DAN PERBENDAHARAAN SE-MALAYSIA (SUPERB) KALI KE XIV

SYARAT-SYARAT DAN PERATURAN PERTANDINGAN PROGRAM KECEMERLANGAN DAN KECERGASAN KEMENTERIAN PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI

SYARAT-SYARAT DAN PERATURAN PERTANDINGAN PROGRAM KECEMERLANGAN DAN KECERGASAN KEMENTERIAN PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI

PERATURAN AM MAJLIS SUKAN SEKOLAH DAERAH MUAR

SYARAT-SYARAT DAN PERATURAN PERTANDINGAN PROGRAM KECEMERLANGAN DAN KECERGASAN KEMENTERIAN PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI

PERATURAN AM 1.0 PENGELOLAAN

SYARAT-SYARAT DAN PERATURAN PERTANDINGAN PROGRAM KECEMERLANGAN DAN KECERGASAN KEMENTERIAN PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI

PERATURAN ANUGERAH SUKAN MASUM PERATURAN ANUGERAH SUKAN MASUM

PERATURAN PERTANDINGAN SUKAN DART

KEJOHANAN PIALA MENTERI PENDIDIKAN 1MURID 1SUKAN 2017 BOLA JARING 3 ON 3 BAHAGIAN SUKAN, KPM PERINGKAT KEBANGSAAN

MAJLIS SUKAN POLITEKNIK MALAYSIA PERATURAN PERTANDINGAN PERMAINAN PING PONG ( LELAKI DAN WANITA)

Pertandingan Badminton

PERATURAN-PERATURAN AM PESTA SUKAN SE MALAYSIA (PESUMA) KE-31 TAHUN 2017

PESTA SUKAN DAN KEBUDAYAAN BELIA MALAYSIA KALI KE-VI 2014

KEJOHANAN KARATE JEMPUTAN MASUM 2008 PERATURAN PERTANDINGAN KARATE (LELAKI DAN WANITA)

(Logo Kelab) Kelab Catur UNISEL. Kertas kerja Perlembagaan Kelab Catur UNISEL (KECAS UNISEL) Kampus Shah Alam. Disediakan Oleh:

PESTA SUKAN DAN KEBUDAYAAN BELIA MALAYSIA KALI KE-4 PERATURAN PERTANDINGAN TARIAN RAMPAIAN 1 MALAYSIA

SENARAI SEMAK MAKLUMAT YANG DIBERIKAN OLEH PERTUBUHAN BELIA BERDAFTAR SEKSYEN 22 AKTA ) Borang PPB 09-2 salinan

MAJLIS SUKAN POLITEKNIK MALAYSIA PERATURAN AM KARNIVAL SUKAN atau KEJOHANAN

PERATURAN AM KEJOHANAN SUKAN STAF UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA 2015

KEJOHANAN BOLA SEPAK BAWAH 11TAHUN DAERAH JOHOR BAHRU TAHUN 2012 PEMBANGUNAN SUKAN

KEJOHANAN SUKAN GEMAPUTERA KE-XV PERLIS 2018

KEJOHANAN SUKAN GEMAPUTERA KE-XV PERLIS 2018

SUKAN MALAYSIA IX, 2002 PERATURAN PERTANDINGAN BOLA JARING

PERMOHONANPENUBUHAN PERSATUAN/KELAB PELAJAR

PESTA SUKAN DAN KEBUDAYAAN BELIA MALAYSIA KALI KE-4

PERATURAN SEPAK TAKRAW (ANTARA REGU)

SUKAN JOHOR 2017 PERATURAN PERTANDINGAN OLAHRAGA (LELAKI & WANITA)

SYARAT-SYARAT DAN PERATURAN PERTANDINGAN PROGRAM KECEMERLANGAN DAN KECERGASAN KEMENTERIAN PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI

SUKAN MALAYSIA IX, 2002 PERATURAN PERTANDINGAN BOLING PADANG (LELAKI & WANITA)

PERLEMBAGAAN MAJLIS BERSAMA JABATAN SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA

KEJOHANAN SUKAN GEMAPUTERA KE-XV PERLIS

SYARAT-SYARAT DAN PERATURAN PERTANDINGAN PROGRAM KECEMERLANGAN DAN KECERGASAN KEMENTERIAN PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI

MAJLIS SUKAN POLITEKNIK MALAYSIA PERATURAN PERTANDINGAN PERMAINAN BADMINTON ( LELAKI DAN WANITA )

KEJOHANAN PIALA MENTERI PENDIDIKAN 1MURID 1SUKAN 2016 BOLA JARING 3 ON 3 BAHAGIAN SUKAN, KPM

SUKAN MALAYSIA IX, 2002 PERATURAN PERTANDINGAN OLAHRAGA (LELAKI & WANITA )

UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN-PERATURAN AM KEJOHANAN SUKAN ANTARA FAKULTI UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

MAJLIS SUKAN POLITEKNIK MALAYSIA PERATURAN PERTANDINGAN PERMAINAN TENIS ( LELAKI DAN WANITA)

PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG SUKAN BOLA SEPAK TUJUH SEBELAH

PERATURAN PERTANDINGAN OLAHRAGA

PERATURAN AM SUKAN MALAYSIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA PERATURAN AM KEJOHANAN SUKAN KOLEJ

PERATURAN PERTANDINGAN PERMAINAN BADMINTON KARNIVAL SUKAN, SIRKIT BADMINTON POLITEKNIK MALAYSIA & GRAND FINALE (LELAKI DAN WANITA)

KELAB SUKAN BANK RAKYAT (KEBARA) NO. PENDAFTARAN 1939 (SELANGOR) 30HB. NOVEMBER, 1976.

TATA CARA KUMPULAN SOKONGAN IBU BAPA (SARANA) SMK KING GEORGE V SEREMBAN NEGERI SEMBILAN

PERTUBUHAN KEBANGSAAN MELAYU BERSATU (UNITED MALAYS NATIONAL ORGANISATION) No. Pendaftaran 676/88 (Wilayah Persekutuan) UMNO

SYARAT-SYARAT DAN PERATURAN PERTANDINGAN PROGRAM KECEMERLANGAN DAN KECERGASAN KEMENTERIAN PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI

SOFBOL. 1.1 Selain dari peraturan peraturan yang terkandung, pertandingan ini akan dijalankan :

SUKAN MALAYSIA IX, 2002 PERATURAN PERTANDINGAN PENCAK SILAT (LELAKI DAN WANITA)

PERATURAN AM SUKAN ANTARA FAKULTI UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA CAWANGAN KEDAH

KEJOHANAN PIALA MENTERI PENDIDIKAN 1MURID 1SUKAN 2014 BOLA JARING 3 ON 3 BAHAGIAN SUKAN, KPM

KEJOHANAN BOLA JARING ANTARA STAF UniMAP ( SUKAS ), 2018 BORANG PENDAFTARAN. Bil Nama Pemain No K/P No. Staf

RENANG. Kejohanan Renang ini akan dijalankan mengikut undang-undang Kesatuan Renang Malaysia

PERATURAN PERTANDINGAN PERMAINAN BOLA JARING

UNDANG-UNDANG DAN FORMAT PERTANDINGAN BOLA JARING

PERATURAN AM SUKAN ANTARA STAF KAMPUS SHAH ALAM (SASSA) 2017

BORANG PENCALONAN ANUGERAH SUKAN 2016 UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

PENGURUSAN MAJLIS RASMI. Anwar Mohd Zain Unit Komunikasi Korporat

PERLEMBAGAAN PERSATUAN SISWAZAH WANITA MALAYSIA (Pindaan 2016)

Kejohanan Sukan Ekstrem Paintball Murid Asrama Harian Kementerian Pendidikan Malaysia

FUTSAL. 3. JENIS PERTANDINGAN Pertandingan Antara Pasukan Universiti-Universiti Awam Malaysia dan Universiti Jemputan MASUM.

AKTA UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI SUSUNAN PERATURAN

KEPEGAWAIAN OLAHRAGA PENASIHAT 3/12/2018 KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN SEKOLAH PENGURUS KEJOHANAN PENGURUS KEJOHANAN PENGURUS TEKNIK PANEL JURI RAYUAN

Kejohanan Bola Sepak Piala Timbalan Naib Canselor HEP dan Piala Pengarah Pembangunan Pelajar HEP

PERATURAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN, MESYUARAT AGUNG KHAS DAN MESYUARAT JAWATANKUASA

MAJLIS SUKAN UNIVERSITI MALAYSIA Peraturan Sepaktakraw (Berpasukan)

PERATURAN PERTANDINGAN SIRKIT KEBANGSAAN

PERATURAN PERMAINAN BOLA SEPAK

Transkripsi:

PINDAAN PERATURAN PERATURAN TETAP SUKAN MALAYSIA 1. DEFINISI 1.1 SUKAN MALAYSIA adalah bermaksud satu pertandingan beraneka jenis sukan (multi sports event) yang dipertandingkan antara Negeri di Malaysia 1.2 NEGERI bermaksud Majlis Sukan Negeri yang ditubuhkan di bawah Seksyen 7.1 Akta 29 Undang-Undang Malaysia dan kontinjen-kontinjen yang dipersetujui oleh Majlis Sukan Malaysia. 1.3 MAJLIS SUKAN MALAYSIA bermaksud sebuah badan yang dilantik oleh Menteri Belia dan Sukan merangkap Pengerusi Majlis Sukan Negara Malaysia 1.4 JAWATANKUASA TERTINGGI bermaksud Jawatan Tertinggi SUKAN MALAYSIA bagi penyelarasan penyertaan kontinjen yang dilantik oleh Menteri Belia dan Sukan merangkap Pengerusi Majlis Sukan Negara Malaysia 1.5 JAWATANKUASA PENGELOLA bermaksud Jawatankuasa yang dilantik untuk mengelolakan SUKAN MALAYSIA. 1.6 PENGERUSI bermaksud Pengerusi Majlis Sukan Malaysia. 2. PRINSIP-PRINSIP ASAS 2.1 'SUKAN MALAYSIA' adalah satu acara kebangsaan di bawah anjuran Majlis Sukan Negara Malaysia dan akan diadakan setiap tahun dengan setiap sukan yang dipertandingkan dengan secara berselang seli iaitu, setiap sukan dan setiap displin 2 tahun sekali bermula dari tahun 2012setiapbermula pada tahun 2012. 2.2 SUKAN MALAYSIA akan diperhitungkan mulai daripada SUKAN MALAYSIA Pertama berlangsung di Kuala Lumpur pada tahun 1986. 1/15

2.3 Arahan pengelolaan SUKAN MALAYSIA akan terletak hak kepada Majlis Sukan Malaysia. 2.4 Penghormatan pengelolaan 'SUKAN MALAYSIA' haruslah diamanahkan kepada semua negeri secara bergilir-gilir pada tahun-tahun genap. Pengelolaan SUKAN MALAYSIA akan dikelolakan oleh Majlis Sukan Negara Malaysia pada tahuntahun ganjil bermula pada tahun 2011. 3. MAJLIS SUKAN MALAYSIA 3.1 Pengerusi Majlis Sukan Negara Malaysia hendaklah menjadi Pengerusi Majlis Sukan Malaysia. 3.2 Ahli-ahli Majlis Sukan Malaysia hendaklah dilantik oleh Pengerusi Majlis Sukan Negara Malaysia terdiri daripada yang berikut:- a. KETUA SETIAUSAHA, Kementerian Belia dan Sukan atau wakilnya. b. KETUA PENGARAH, Majlis Sukan Negara Malaysia atau wakilnya. c. PRESIDEN, Majlis Olimpik Malaysia atau wakilnya. d. Seorang WAKIL Jawatankuasa Pengelola Sukan Malaysia yang lepas. e. Seorang WAKIL, Jawatankuasa Pengelola Sukan Malaysia semasa. f. Seorang WAKIL, Jawatankuasa PengelolaSukan Malaysia akan datang. 3.3 Ahli-ahli Majlis akan menjawat jawatan selama dua tahun kecuali Pengerusi. Ahli-ahli boleh dilantik semula. 3.4 Tempoh jawatan bagi seseorang ahli yang dilantik untuk mengisi sesuatu kekosongan ialah selama baki tempoh jawatan ahli yang mengosongkan jawatan itu. 3.5 Tugas-tugas Majlis Sukan Malaysia ialah :- a. Majlis Sukan Malaysia sebagai sebuah organisasi bebas yang akan menetapkan perkara-perkara dasar dan Peraturan Sukan Malaysia. b. Menjamin SUKAN MALAYSIA dapat berjalan dengan lancar menurut masa dan giliran yang ditetapkan 2/15

3.6 Kuasa-kuasa Majlis Sukan Malaysia ialah: - a. Pengerusi Majlis Sukan Malaysia berkuasa memanggil sesuatu mesyuarat apabila difikirkan perlu. Separuh daripada ahli Majlis Sukan Malaysia yang menghadiri mesyuarat adalah dikira sebagai korum. b. SUKAN MALAYSIA akan mempertandingkan maksimum 24 jenis sukan sahaja setahun. SUKAN MALAYSIA pada tahun genap akan mempertandingkan kesemua 19 jenis sukan wajib dan Majlis Sukan Malaysia akan menentukan 5 jenis sukan pilihan lagi untuk dipertandingkan. Manakala pada tahun ganjil Majlis Sukan Negara akan mengelolakan pertandingan yang melibatkan sukan pilihan sahaja mengikut gilirannya. c. Prosedur dan tarikh akhir pendaftaran penyertaan bagi pertandingan sukan dalam Sukan Malaysia ditetapkan oleh Majlis Sukan Malaysia. d. Majlis Sukan Malaysia boleh menggantung negeri, pasukan, pegawai, jurulatih atau atlet yang melanggar peraturan daripada mengambil bahagian di SUKAN MALAYSIA yang berikutnya. e. Majlis Sukan Malaysia mempunyai kuasa untuk menjemput atau menerima permohonan mana-mana negara untuk bertanding dalam mana-mana acara sukan yang dipertandingkan dalam SUKAN MALAYSIA sebagai peserta/kontinjen jemputan. f. Majlis Sukan Malaysia boleh mengarah atau menarik balik semua keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa-Jawatankuasa yang lain sekiranya difikirkan perlu. 4. JAWATANKUASA TERTINGGI 4.1 Jawatankuasa Tertinggi hendaklah mengandungi seorang Pengerusi, seorang Timbalan Pengerusi dan beberapa orang ahli yang terdiri daripada ahli-ahli yang dinyatakan dalam seksyen-seksyen kecil 4.2 dan 4.3. 4.2 Pengerusi Jawatankuasa Pengelola Sukan Malaysia semasa hendaklah menjadi Pengerusi Jawatankuasa Tertinggi dan Pengerusi Jawatankuasa Pengelola Sukan Malaysia sebelumnya sebagai Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Tertinggi 3/15

4.3 Ahli-ahli Jawatankuasa Tertinggi yang lain hendaklah dilantik oleh Pengerusi Jawatankuasa Pengelola Sukan Malaysia semasa dan hendaklah terdiri dari yang berikut:- a. Ketua Pengarah, Majlis Sukan Negara Malaysia atau wakilnya b. Semua Yang Dipertua Majlis Sukan Negeri atau wakil 4.4 Tempoh jawatan bagi Ahli-ahli Jawatankuasa Tertinggi kecuali Pengerusi ialah selama tempoh dua tahun. Ahli-ahli boleh dilantik semula. 4.5 Tempoh jawatan bagi seseorang ahli yang dilantik untuk mengisi sesuatu kekosongan ialah selama baki tempoh jawatan ahli yang mengosongkan jawatan itu. 4.6 Tugas-tugas Jawatankuasa Tertinggi ialah:- a. Memastikan SUKAN MALAYSIA dilaksanakan berdasarkan kepada prinsip-prinsip asas dan perkara yang tercatat di dalam peraturan SUKAN MALAYSIA. 4.7 Kuasa-kuasa Jawatankuasa Tertinggi :- a. Pengerusi Jawatankuasa Tertinggi berkuasa memanggil sesuatu mesyuarat apabila difikirkan perlu. Separuh daripada ahli Jawatankuasa Tertinggi yang menghadiri mesyuarat adalah dikira sebagai korum. b. Di dalam sesuatu mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi, Pengerusi boleh menjemput wakil dari mana-mana badan yang berkaitan untuk menghadiri mesyuarat jika dengan kehadiran mereka dapat membantu Jawatankuasa. c. Jawatankuasa Tertinggi SUKAN MALAYSIA bertanggungjawab untuk menyelaras persiapan dan mengemukakan maklum balas kontinjen-kontinjen serta hal-hal lain yang berkaitan dengannya. 5. JAWATANKUASA KHAS TEKNIKAL 5.1 Jawatankuasa Khas Teknikal dipengerusikan oleh Presiden Majlis Olimpik Malaysia atau wakilnya. 5.2 Ahli-ahli Jawatankuasa Teknikal yang lain adalah seperti berikut: - a. KETUA PENGARAH, Majlis Sukan Negara Malaysia atau wakilnya 4/15

b. KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF, Sekretariat Sukan Malaysia XV, Pahang 2012 c. PRESIDEN, Persatuan Sukan Kebangsaan yang terlibat atau wakilnya 5.3 Jawatankuasa Khas Teknikal bertanggungjawab untuk mengendalikan segala aspek persiapan, persediaan dan pengurusan teknikal pertandingan semua sukan dalam SUKAN MALAYSIA. 6. JAWATANKUASA PENGELOLA 6.1 Jawatankuasa Pengelola SUKAN MALAYSIA mengandungi seorang Pengerusi, seorang Timbalan Pengerusi, Setiausaha, Bendahari dan beberapa orang ahli yang difikirkan perlu yang dilantik oleh Pengerusi Majlis Sukan Malaysia atau oleh Pengerusi Majlis Sukan Negeri-Negeri dan hendaklah disahkan oleh Pengerusi 6.2 Tempoh perkhidmatan Ahli-Ahli Jawatankuasa Pengelola bermula dari tarikh ianya dilantik sehingga selesai pekerjaannya dan tidak lebih dari tarikh SUKAN MALAYSIA berikutnya diadakan. 6.3 Jawatankuasa Pengelola adalah bertanggungjawab dalam:- a. Menyediakan sepenuhnya pengelolaan SUKAN MALAYSIA. b. Mengadakan mesyuarat-mesyuarat Jawatankuasa Pengelola dari masa ke semasa. c. Menubuh dan melantik Jawatankuasa-jawatankuasa Kecil dengan mempunyai bidang tugas khusus dalam melaksanakan pengelolaan SUKAN MALAYSIA. d. Pada amnya bertanggungjawab kepada Majlis Sukan Malaysia. 6.4 Tugas-tugas Jawatankuasa Pengelola:- a. Majlis Sukan Malaysia menyerahkan segala tugas penganjuran SUKAN MALAYSIA kepada negeri yang telah dipilih mengikut kandungan perjanjian yang telah dipersetujui oleh kedua belah pihak. b. Negeri hendaklah menubuhkan sebuah Jawatankuasa Pengelola yang disahkan oleh pihak berkuasa negeri dan segala urusan Penganjuran SUKAN MALAYSIA perlulah mendapat kerjasama Majlis Sukan Malaysia, Jawatankuasa Tertinggi, Majlis Sukan Negara 5/15

Malaysia, Persatuan Sukan Kebangsaan dan Negeri supaya pengelolaan SUKAN MALAYSIA dibuat mengikut peraturan-peraturan yang ditetapkan c. Jawatankuasa Pengelola adalah bertanggungjawab membuat segala persediaan yang perlu untuk SUKAN MALAYSIA dan ianya adalah tertakluk kepada kelulusan Majlis Sukan Malaysia. d. Wakil Majlis Sukan Malaysia dari semasa ke semasa hendaklah dijemput hadir ke Mesyuarat-Mesyuarat Jawatankuasa Pengelola e. Jawatankuasa Pengelola hendaklah menubuhkan Jawatankuasa Teknikal yang terdiri daripada Persatuan Sukan Kebangsaan dan Negeri dan tiap-tiap sukan hendaklah menubuhkan Jawatankuasa Kecil Teknikal dan Pertandingan yang mengandungi wakilwakil Majlis Sukan Negeri berkenaan bagi tiap-tiap sukan yang dipertandingkan. 7. JAWATANKUASA TETAP 7.1 Sebuah Jawatankuasa Tetap akan ditubuhkan oleh Majlis Sukan Malaysia yang dipengerusikan oleh Ketua Pengarah, Majlis Sukan Negara Malaysia atau wakilnya dan dua orang ahli terdiri daripada wakil Majlis Olimpik Malaysia dan Pengerusi Majlis Sukan Negeri yang menjadi tuan rumah. Jawatankuasa Tetap ini berkuasa meneliti dan seterusnya membuat keputusan bagi pihak Majlis Sukan Malaysia dan Jawatankuasa Pengelola SUKAN MALAYSIA sekiranya terdapat perkara-perkara berbangkit yang boleh menjejaskan perjalanan pertandingan SUKAN MALAYSIA. Segala keputusan Jawatankuasa Tetap adalah muktamad. 8. SEKRETARIAT 8.1 Sekretariat adalah sebuah badan eksekutif yang bertugas sepenuh masa, dalam membantu mengelolakan SUKAN MALAYSIA 8.2 Sekretariat adalah bertanggungjawab kepada Majlis Sukan Malaysia dan Jawatankuasa Pengelola 9. PERATURAN PENGELOLAAN 9.1 Majlis Sukan Malaysia akan menetapkan tarikh, bandar dan negeri di mana SUKAN MALAYSIA berikutnya akan diadakan. Negeri yang diamanahkan bagi mengelolakan SUKAN MALAYSIA adalah bertanggungjawab kepada Majlis Sukan Malaysia untuk membentuk sebuah Jawatankuasa Pengelola bagi mengendalikannya. 6/15

9.2 Negeri yang diberi penghormatan pengelolaan hendaklah memberi pengakuan bertulis atas kesanggupan bagi mengelolakan SUKAN MALAYSIA 9.3 SUKAN MALAYSIA hendaklah seboleh-bolehnya diadakan dua tahun sekali berselang-seli dengan SUKAN SEA 9.4 Tempoh perlaksanaan SUKAN MALAYSIA hendaklah tidak melebihi 10 hari termasuk masa untuk acara perasmian dan penutup 9.5 Majlis Sukan Malaysia akan menetapkan jumlah dan jenis sukan yang akan dipertandingkan dalam SUKAN MALAYSIA. 9.6 Jemputan untuk menyertai SUKAN MALAYSIA hendaklah dihantar oleh Jawatankuasa Pengelola atas arahan Majlis Sukan Malaysia dan hendaklah dialamatkan kepada Pengerusi Majlis Sukan Negeri-Negeri dan dengan mencatatkan perkataan-perkataan berikut : - Sesuai dengan arahan yang dikeluarkan oleh Majlis Sukan Malaysia maka inilah Jawatankuasa Pengelola SUKAN MALAYSIA..., 20... dengan segala hormatnya menjemput Negeri... menyertai dalam pertandingan yang akan diadakan di... dari... sehingga... 9.7 Semua dokumen seperti kad-kad jemputan, borang penyertaan, borang-borang teknik, program dan sebagainya, dicetak, diukir atau yang digunakan sewaktu SUKAN MALAYSIA mahupun lencana hendaklah melahirkan atau menggambarkan SIRI BILANGAN SUKAN MALAYSIA dan nama Bandar di mana berlangsungnya SUKAN MALAYSIA 10. BENDERA DAN LAMBANG 10.1 Lambang SUKAN MALAYSIA yang mengandungi empat jalur aerodinamik yang berwarna merah, lima rangkaian gelang di sebelah kanan dan jalur kiri jalur aerodinamik yang berwarna biru, merah dan kuning dan Bulan dan Bintang yang berwarna kuning dalam kotak heksagon yang berwarna biru. Lambang ini tidak boleh digunakan untuk tujuan perniagaan kecuali dengan kelulusan Majlis Sukan Malaysia. 10.2 Bendera SUKAN MALAYSIA hendaklah dikibarkan bersamasama dengan Bendera Negeri atau Logo SUKAN MALAYSIA yang disediakan oleh Jawatankuasa Pengelola di tempattempat pertandingan, di Kampung Sukan dan lain-lain tempat yang sesuai. 7/15

10.3 Bendera negeri-negeri hendaklah dikibarkan di tempattempat pertandingan dan di kampung sukan yang di tetapkan oleh Jawatankuasa Pengelola 10.4 Satu batang tiang bendera bagi Bendera SUKAN MALAYSIA hendaklah disediakan di atas rumput di dalam Stadium Utama diadakan dan hendaklah dikibarkan sepanjang tempoh SUKAN MALAYSIA yang diadakan. 10.5 Bendera SUKAN MALAYSIA hendaklah diserahkan kepada Menteri Besar atau Ketua Menteri bagi negeri yang menjadi tuan rumah berikutnya dalam Upacara Penutup SUKAN MALAYSIA 11. PENAJAAN DAN KUTIPAN DERMA 11.1 Lambang atau Logo SUKAN MALAYSIA tidak boleh digunakan bagi maksud perniagaan kecuali dengan kebenaran Majlis Sukan Malaysia 11.2 Setiap Negeri dan Jawatankuasa Pengelola boleh memasukkan ciri-ciri Logo SUKAN MALAYSIA untuk menghasilkan rekabentuk Logo SUKAN MALAYSIA yang berkenaan 11.3 Jawatankuasa Tertinggi mempunyai hak milik penuh ke atas SUKAN MALAYSIA dan juga eksplotasi promosi dan penyiaran 11.4 Semua rundingan penajaan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa serta hak penyiaran TV dan Radio hendaklah dibuat bersama antara Jawatankuasa Pengelola, Majlis Sukan Malaysia dan pihak penaja. 11.5 Setelah Jawatankuasa Pengelola dimansuhkan, Majlis Sukan Negeri tersebut hendaklah menyedia dan menyerahkan satu laporan lengkap Penyata Kewangan yang telah diaudit kepada Majlis Sukan Malaysia selewat-lewatnya enam bulan selepas SUKAN MALAYSIA berakhir 12. PEMILIHAN TUAN RUMAH SUKAN MALAYSIA 12.1 Pemilihan tuan rumah SUKAN MALAYSIA dibuat secara giliran mengikut negeri yang diputuskan oleh Majlis Sukan Malaysia. 12.2 Tuan Rumah SUKAN MALAYSIA bagi 4 tahun berikutnya akan dibuat pemilihan pada mesyuarat Majlis Sukan Malaysia yang diadakan setiap kali sebelum Upacara Pembukaan Rasmi SUKAN MALAYSIA. 8/15

12.3 Negeri yang terpilih dikehendaki menandatangani perjanjian setuju-terima dengan Majlis Sukan Malaysia. Perjanjian itu hendaklah ditandatangani oleh Pengerusi Majlis Sukan Malaysia atau wakilnya bagi pihak Majlis Sukan Malaysia dengan pihak berkuasa Majlis Sukan Negeri dan pihak berkuasa Kerajaan Negeri bagi negeri berkenaan. 13. PENETAPAN BILANGAN DAN JENIS SUKAN 13.1 Jumlah dan jenis-jenis sukan yang akan dipertandingkan akan ditentukan oleh Majlis Sukan Malaysia dengan mengambilkira kepada keperluan pembangunan sukan semasa dan cadangan-cadangan yang dikemukakan oleh negeri-negeri termasuk tuan rumah. 14. ACARA PEMBUKAAN 14.1 DYMM Sultan atau TYT Yang Dipertua Negeri atau wakilnya bagi negeri yang diberi penghormatan pengelolaan SUKAN MALAYSIA. DYMM/TYT akan disambut di pintu masuk stadium oleh Pengerusi Majlis Sukan Malaysia dan Pengerusi Jawatankuasa Pengelola. Kedua-dua Pengerusi ini akan mempersembah-kenalkan ahli-ahli Jawatankuasa masingmasing kepada DYMM/TYT 14.2 DYMM/TYT akan diringi masuk ke Pentas Diraja setelah itu Lagu Kebesaran Negeri berkenaan dimainkan 14.3 Lintas Hormat oleh semua negeri yang mengambil bahagian bermula, setiap negeri akan berpakaian rasmi masingmasing menurut susunan abjad kecuali pasukan negeri tuan rumah akan mengekori dari belakang 14.4 Sebaik sahaja pasukan akan melintas di hadapan Pentas Diraja, maka pasukan hendaklah memberi tabik hormat dengan memalingkan kepala ke arah Pentas Diraja. Semua pasukan akan berbaris di tengah-tengah padang menghadapi Pentas Diraja 14.5 Pengerusi Jawatakuasa Pengelola menyampaikan ucapan dan seterusnya menjemput DYMM/TYT atau wakil untuk merasmikan pembukaan SUKAN MALAYSIA dengan pengisytiharan berikut : - Beta/Saya dengan sukacitanya mengisytiharkan bahawa SUKAN MALAYSIA... 20... berlangsung di... dari... hingga...dibuka dengan rasminya. Ini akan diikuti dengan Bendera SUKAN MALAYSIA dikibarkan secara perlahan-lahan dan pembawa obor berlari 9/15

masuk ke Stadium dan terus menyalakannya kemudian diikuti dengan melafazkan IKRAR KEJOHANAN oleh seorang atlit dari negeri tuan rumah iaitu :- KAMI BERIKRAR BAHAWA KAMI AKAN MENGAMBIL BAHAGIAN DALAM SUKAN MALAYSIA... DENGAN IKHLAS, PATUH KEPADA SEGALA UNDANG- UNDANG DAN AKAN BERTANDING DENGAN PENUH SEMANGAT KESUKANAN BAGI MENINGKATKAN MUTU SUKAN NEGARA. 14.6 Semua pasukan akan berjalan keluar dari padang dan diikuti oleh pertandingan atau pertunjukan yang dijadualkan 15. UPACARA KEMENANGAN 15.1 Pingat-pingat kemenangan akan dihadiahkan kepada pemenang-pemenang sebaik sahaja selesai acara sesuatu pertandingan di tempat berlangsungnya pertandingan berkenaan. Pemenang pertama berdiri di tengah-tengah pemenang kedua di kanannya dan pemenang ketiga di kirinya. 15.2 Sebaik sahaja penyampaian pingat-pingat, maka lagu kebesaran bagi negeri pemenang akan dimainkan. Semua pemenang dan peserta akan berdiri menghormati Bendera Pemenang. Serentak dengan lagu Negeri Pemenang Pertama dimainkan, bendera negeri pemenang Pertama, Kedua dan Ketiga dikibarkan di sebelah kanan atau kiri Pentas Orang Kenamaan. 15.3 Di dalam hubungan ini, Jawatankuasa Pengelola adalah diminta untuk menyediakan semua lagu-lagu negeri dan bendera semua negeri yang mengambil bahagian di Sukan Malaysia tersebut. 16. PINGAT KEMENANGAN 16.1 Pingat kemenangan untuk SUKAN MALAYSIA hendaklah di sediakan oleh Jawatankuasa Pengelola dan ia mestilah di dalam bentuk medal sahaja. 16.2 Bagi acara individu dan pasukan, pemenang pertama akan memenangi medal emas, pemenang kedua akan memenangi medal perak dan pemenang ketiga akan memenangi medal gangsa. 16.3 Sekiranya Majlis Sukan Malaysia/Jawatankuasa Tetap membuat keputusan pertandingan mesti dijalankan atas sebab-sebab yang perlu dan munasabah walaupun 10/15

penyertaan tidak mencukupi 8 peserta/pasukan, medal kemenangan individu dan berpasukan akan diberikan mengikut peraturan berikut :- 16.3.1 Sukan-sukan selain daripada seni mempertahankan diri (combat sports). a. 5 peserta / pasukan dan lebih : emas, perak dan gangsa. b. 4 peserta / pasukan : emas, perak sahaja. c. 3 atau 2 peserta/pasukan : emas sahaja d. perserta / pasukan yang tewas di peringkat separuh akhir akan bertarung untuk menentukan pingat gangsa. 16.3.2 Sukan-sukan seni mempertahankan diri a. 5 peserta dan lebih : emas, perak dan gangsa b. 4 atau 3 peserta : emas dan perak sahaja c. 2 peserta : emas sahaja d. Kedua-dua peserta yang tewas diperingkat separuh akhir secara automatik akan menerima pingat gangsa. 16.4 Setiap peserta yang didaftarkan di dalam acara yang dimenangi adalah layak untuk menerima medal kemenangan. 17. PIALA PUSINGAN 17.1 Majlis Sukan Negara akan menyediakan piala-piala pusingan bagi anugerah seperti berikut :- i. Johan Keseluruhan ii. Atlet Lelaki Terbaik iii. Atlet Wanita Terbaik 17.2 Pemilihan johan keseluruhan adalah berdasarkan kepada jumlah pungutan pingat yang diperolehi oleh mana-mana kontinjen. 11/15

18. UPACARA PENUTUPAN 18.1 Upacara Penutupan Rasmi hendaklah dilakukan sebaik sahaja selesai acara pertandingan yang terakhir. Tempatnya adalah ditetapkan oleh Jawatankuasa Pengelola. 18.2 Semua peserta akan berbaris masuk ke Stadium menurut jenis sukan berdasarkan abjad dan mengambil tempat di tengah-tengah padang menghadapi Pentas Diraja. 18.3 Tetamu Kehormat yang dijemput untuk merasmikan penutupan SUKAN MALAYSIA akan membuat pengisytiharan berikut :- Beta/Saya dengan sukacitanya mengisytiharkan SUKAN MALAYSIA ditutup dengan rasminya. Semoga semua pegawai, jurulatih dan atlit akan dapat berhimpun semula dua tahun dari sekarang di... untuk menyertai SUKAN MALAYSIA KE... 19. SENARAI TERTIB ORANG-ORANG KENAMAAN YANG DISYORKAN 19.1 Panduan senarai tertib Orang-orang Kenamaan yang disyorkan adalah seperti berikut : - i. DYMM Seri Padukan Baginda Yang DiPertuan Agong, keluarga Baginda dan wakil-wakil rasmi Baginda. ii. DYMM Sultan dan Sultanah/TYT Gabenor dan Isteri. iii. DYTM Tengku Mahkota/Raja Muda dan Isteri. iv. Perdana Menteri dan Isteri. v. Timbalan Perdana Menteri dan Isteri. vi. Menteri Besar. vii. Menteri Belia dan Sukan. viii. Pengerusi Jawatankuasa Pengelola. ix. Menteri-Menteri Kabinet. x. Ahli Majlis Sukan Malaysia. xi. Jawatankuasa Tertinggi SUKAN MALAYSIA xii. Lembaga Pengurus Majlis Sukan Negara Malaysia 12/15

xiii. Lembaga Eksekutif Majlis Olimpik Malaysia xiv. Panel Penasihat Sukan xv. Ahli Majlis Undangan Negeri xvi. Jawatankuasa Pengelola 20. TEMPAT DUDUK KHAS 20.1 Tempat duduk hendaklah dikhaskan di semua tempat pertandingan berdasarkan peraturan-peraturan berikut :- 20.1.1 Pentas DiRaja - DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong dan DYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong. - DYMM Sultan dan Sultanah/TYT Gebenor dan Isteri - DYMM Tengku Mahkota/Raja Muda dan DYTM Tengku Puan - Perdana Menteri dan Isteri - Timbalan Perdana Menteri dan Isteri - Menteri Besar - Menteri Belia dan Sukan - Pengerusi Jawatankuasa Pengelola 20.1.2 Susunan pentas orang kenamaan adalah mengikut keutamaan berikut :- Tempat Duduk Orang Kenamaan I - Menteri-Menteri Kabinet mengikut keutamaan dari segi kekananan. - Ahli Majlis Sukan Malaysia. - Jawatankuasa Tertinggi SUKAN MALAYSIA. - Lembaga Pengurus Majlis Sukan Negara Malaysia - Lembaga Eksekutif Majlis Olimpik Malaysia 13/15

- Panel Penasihat Sukan Tempat Duduk Orang Kenamaan II - Ahli Majlis Undangan Negeri. - Keluarga DiRaja. 21. KAD PENGENALAN DIRI Tempat Duduk Orang Kenamaan III - Jawatankuasa Pengelola. - Pegawai-Pegawai Majlis Sukan Negeri. - Tetamu Kehormat yang tidak disenaraikan dalam tempat duduk Orang Kenamaan I dan II 21.1 Jawatankuasa Pengelola hendaklah mengeluarkan Kad Pengenalan Diri SUKAN MALAYSIA kepada pegawai-pegawai dan atlet yang didaftarkan mengikut Peraturan Am SUKAN MALAYSIA dan kepada tetamu-tetamu khas yang diiktiraf (accredited) oleh Jawatankuasa Pengelola. 21.2 Pengeluaran Kad Pengenalan Diri hendaklah dikeluarkan mengikut kategori yang ditetapkan seperti berikut : - 21.2.1 MERAH (A) AX - Pengerusi dan Ahli Majlis Sukan Malaysia - Ahli Jawatankuasa Tertinggi - Lembaga Pengurus Majlis Sukan Negara Malaysia - Lembaga Eksekutif Majlis Olimpik Malaysia - Panel Penasihat Sukan AXX - Pengerusi dan Ahli Jawatankuasa Pengelola AY - Pengerusi Majlis Sukan Negeri dan Majlis Sukan yang berkenaan. - Ketua Kontinjen AYY - Yang DiPertua 14/15

21.2.2 BIRU (B) - Persatuan/Pertubuhan Sukan Kebangsaan - Pengarah-Pengarah Majlis Sukan Negeri. BX - Pegawai-pegawai sukan seperti berikut :- a. Doktor b. Pengurus Pasukan c. Jurulatih d. Pegawai Urusetia Kontinjen Negeri BXX - Pegawai Teknikal seperti Pengadil, Hakim, Ahli Juri, Penjaga Masa dan sebagainya 21.2.3 KUNING (C) i. Atlet-atlet yang mengambil bahagian 21.2.4 HIJAU (D) i. Pembantu-pembantu dan sebagainya seperti Penyambut Tetamu, Kerani-kerani dan sebagainya. 21.2.5 PUTIH (E) i. Para media massa yang berkenaan. 21.3 Di semua tempat pertandingan hendaklah disediakan tempat duduk khas bagi pegawai atau tetamu khas yang memegang Kad Pengenalan Diri Kategori Kad A (merah) dan kepada Pemberita Akhbar yang memegang Kad Pengenalan Diri dalam Kategori E (putih). 22. PINDAAN UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN 22.1 Semua undang-undang, Peraturan Tetap dan Peraturan Am SUKAN MALAYSIA hanya boleh dipinda setelah dibincangkan dan dipersetujui Majlis Sukan Malaysia sahaja. Disk Peraturan SUKMA 090307 - hasni 15/15