membuatnya menurut Peraturan Mesyuarat Dewan ini. Dan Ahli Yang Berhormat yang telah membentangkan cadangan supaya ditangguhkan Dewan ini untuk

dokumen-dokumen yang mirip
UCAPAN TIMBALAN PERDANA MENTERI, DALAM UPA- CARA PENUTUP KONGRES EKONOMI BUMIPUTERA DI DEWAN TUNKU ABDUL RAHMAN, KUALA LUMPUR PADA 7 JUN, 1965

dengan anak isteri mereka dalam bulan yang mulia ini dalam suasana yang meriah itu.

Pekerja seluruhnya di satu pihak, dan di satu pihak yang lain pula, di antara Kerajaan dengan Kesatuan-kesatuan Sekerja dan Persatuan-persatuan

Bab 2. Bab. Bab. Bab 1. Bab 3 Bab 8. 4 Bab 9. Tingkatan 5. Bab. Bab

PAKATAN MURNI. Maksud Pakatan Murni

Parti X. Menyokong idea pembentukan Persekutuan Melayu Mencadangkan pembentukan Melayu Raya

Bab 2. Bab. Bab. Bab 1. Bab 3 Bab 8. 4 Bab 9. Tingkatan 5. Bab. Bab

ATURAN-ATURAN TETAP MESYUARAT AGUNG KAWASAN. mercantile

Institusi Raja Berperlembagaan dan bidang kuasa Yang di-pertuan Agong. Konsep Raja Berperlembagaan

PERTUBUHAN KEBANGSAAN MELAYU BERSATU (UNITED MALAYS NATIONAL ORGANISATION) No. Pendaftaran 676/88 (Wilayah Persekutuan) UMNO

MASARIAH MISPARI SEKOLAH SULTAN ALAM SHAH PUTRAJAYA

1 Gambar rajah berikut menggambarkan suasana yang dapat dilihat semasa pentadbiran Brooke di Sarawak.

OLEH AZI RAHIMEE BIN MOHAMED

TAJUK 9 PERUNDANGAN. Parlimen Dewan Rakyat Dewan Negara Penggubalan Undang-Undang

AKTA (LARANGAN) KUMPULAN WANG KUTU 1971

AKTA PILIHAN RAYA 1958

Kemerdekaan Negara 31 Ogos Penyediaan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

PINDAAN AKTA 355: SOALAN-SOALAN LAZIM. Oleh. Tun Abdul Hamid Mohamad

Tuan-tuan dan Puan-puan. Berbalik semula kepada Pertandingan Membaca Al-Quran tahun ini, saya sukalah mengucapkan setinggi-tmggi penghargaan dan

Bertempat di. Aras 5, Imperial Grand Ballroom 1 Imperial Hotel, Jalan Datuk Tawi Sli Kuching

KENYATAAN MEDIA LAPORAN PEMBIAYAAN POLITIK JAWATANKUASA KONSULTATIF NASIONAL MENGENAI PEMBIAYAAN POLITIK

UNDANG-UNDANG MALAYSIA CETAKAN SEMULA. Akta 15 AKTA HASUTAN Mengandungi segala pindaan hingga 1 Januari 2006

PN. MASARIAH BINTI MISPARI

ETIKA MESYUARAT AGUNG

KELAB SUKAN BANK RAKYAT (KEBARA) NO. PENDAFTARAN 1939 (SELANGOR) 30HB. NOVEMBER, 1976.

SEJARAH - TINGKATAN 3. Malayan Union Dan Persekutuan Tanah Melayu

FUNGSI BADAN EKSEKUTIF

TAJUK 6 DEMOKRASI BERPARLIMEN

KENALI PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN MALAYSIA

TR 1:8:71. Y.B. Encik Ghafar, 1

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

Pasukan Sukarelawan Malaysia 1 D.R. 21/2012 RANG UNDANG-UNDANG PASUKAN SUKARELAWAN MALAYSIA 2012

BAB 5: PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA YANG MERDEKA

D.R. 38/91. Naskhah Sahih Bahasa Malaysia RANG UNDANG-UNDANG

TAJUK 4 PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN MALAYSIA

Bab 2. Bab. Bab. Bab 1. Bab 3 Bab 8. 4 Bab 9. Tingkatan 5. Bab. Bab

MASARIAH MISPARI SEKOLAH SULTAN ALAM SHAH PUTRAJAYA

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BADAK BACHOK KELANTAN

PERMOHONANPENUBUHAN PERSATUAN/KELAB PELAJAR

TAJUK 6 Demokrasi Berparlimen. Konsep demokrasi berparlimen Pilihan raya Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia

1 Y.B. Datuk Hussein Onn.

PERLEMBAGAAN PERSATUAN PENDUDUK TAMAN BELIMBING SETIA DURIAN TUNGGAL, MELAKA

AKTA UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI SUSUNAN PERATURAN

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

SEJARAH - TINGKATAN 3. Malaysia yang Berdaulat


OBJEKTIF. 100% Pelajar dapat menyenaraikan 3 Bidang Kuasa Badan Kehakiman

Apakah persamaan kedua-dua buah parti yang dinyatakan di atas? 2. Apakah sebabnya orang Melayu tidak dapat menerima ideologi komunis?

Datuk Seri Panglima Haji Abdul Ghapur bin Haji Salleh [ Kalabakan ] NO. SOALAN: 30 PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN DEWAN RAKYAT LISAN

PERANCANGAN BANDAR & WILAYAH DI MALAYSIA:

Perlembagaan Persatuan Linguistik Malaysia

KENYATAAN MEDIA SURUHANJAYA PILIHAN RAYA MALAYSIA

UNDANG-UNDANG MALAYSIA AKTA 226 AKTA TAMAN NEGARA 1980

BAB 7 KESIMPULAN. Sejajar dengan perkembangan ideologi komunis di Soviet Union, fahaman komunis

SYARAT-SYARAT DAN PERATURAN PERTANDINGAN DEBAT PIALA MENTERI BESAR PERAK 2017

UNDANG-UNDANG MALAYSIA. Akta 308

UCAPAN PERDANA MENTERI DI MAJLIS JAMUAN TAHUNAN PERSATUAN PERKHIDMATAN TADBIR DAN DIPLOMATIK (PTD) DI HOTEL HILTON, KUALA LUMPUR, PADA 9 JUN, 1979.

2.2 Sekolah bermaksud semua sekolah menengah di Malaysia. 2.3 Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan adalah individu yang dilantik oleh pihak penganjur.

BORANG SOALAN KESELAMATAN. Dokumen ini adalah harta Kerajaan. Ia hendaklah dianggap SULIT dalam semua peringkat. Kepada...

TEKS UCAPAN OLEH: MAJLIS: SEMINAR PEMBANGUNAN KAPASITI USAHAWAN BUMIPUTERA PADA: TEMPAT:

Sistem Pemerintahan dan Pentadbiran Negara Malaysia

1. Persekutuan Persatuan-Persatuan Lembaga Pengurus. Sekolah Cina Malaysia, atau nama singkatannya Dong Zong,

BAB 5. Permuafakatan Politik dalam Konteks Hubungan Etnik di Malaysia

KENEGARAAN TOPIK 3 28/9/2015. Sinopsis topik 4. Hasil pembelajaran

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN DEWAN RAKYAT MALAYSIA 27 JULAI 2017

SEJARAH SPM 1249/2 (Set C)

RUKUN NEGARA. B.006(B.M) Januari 2013 (100.)

AKTA UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI 1971

RANG UNDANG-UNDANG. bernama. .Suatu Akta untuk meminda Akta Institut Teknologi MARA 1976.

MASARIAH MISPARI SEKOLAH SULTAN ALAM SHAH PUTRAJAYA

Laman Graduan, Dewan Canselor 27 Julai 2008, jam 8.00 malam.

Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman 1 D.R. 27/2008. Rang Undang-Undang Suruhanjaya pelantikan kehakiman 2008

BAB IV TAHAP LITERASI POLITIK DAN KERENGGANGAN TERHADAP PARTI: TINJAUAN TERHADAP DATA-DATA SURVEI SEBELUM PRU 12

KETEGUHAN NEGARA DAN CABARAN DI HADAPAN KITA

PERLEMBAGAAN PARTI IKATAN BANGSA MALAYSIA (IKATAN) PADA 19 FEBRUARI 2015

Isi BAHAGIAN I LATAR BELAKANG DAN PERIBADI 1 BAHAGIAN II PENTADBIRAN BRITISH DAN PERGERAKAN MELAYU SEMENANJUNG JOHOR 75

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BAGI JAWAPAN BUKAN LISAN MESYUARAT PERTAMA, DEWAN RAKYAT PENGGAL KELIMA. PARLIMEN KETIGA BELAS MAJLIS MESYUARAT DEWAN RAKYAT

TEKS UCAPAN DATO' SERI DR SITI HASMAH BINTI HAJI MOHD ALI MENARA PERKESO, KUALA LUMPUR SIMPOSIUM KERJAYA ORANG KURANG UPAYA 12 MAC 2001

MAJLIS PENGETUA SEKOLAH MALAYSIA (KEDAH)

PERANAN PIHAK BERKUASA PERANCANG TEMPATAN DALAM PEMBANGUNAN TANAH

CATATAN ANALISIS KANDUNGAN

SEJARAH SPM 1249/2 Tingkatan 5

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2011

BAB 6: PENGUKUHAN NEGARA DAN BANGSA MALAYSIA

PELANTIKAN AHLI JAWATANKUASA RUKUN TETANGGA

PERLEMBAGAAN BAGI PERTUBUHAN INDUK PERSATUAN PESARA UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA, BANGI, SELANGOR

Deklarasi. Permatang Pauh 12 September Keadilan! Keadilan rakyat kita Jana arus! Kami arus perjuangan bangsa

PERJANJIAN PENGAJIAN ANTARA DAN MAJLIS AMANAH RAKYAT DAN PERJANJIAN BERTARIKH :

KELAB SUKAN DAN REKREASI VETERINAR FAKULTI PERUBATAN VETERINAR BUKU PANDUAN UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

PERISYTIHARAN Hak Asasi Manusia Sejagat

NO. SOALAN: 356 PEMBERITAHUAN PERTANYAAN MESYUARAT KETIGA, PENGGAL KEEMPAT PARLIMEN KETIGA BELAS (2016) DEWAN RAKYAT BUKAN LISAN PERTANYAAN

PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA YANG MERDEKA

PERATURAN-PERATURAN JAWATANKUASA KENAIKAN PANGKAT MAKTAB KERJASAMA MALAYSIA 1999

1249/2 SEJARAH Kertas 2 September 2½ jam

Kerjasama Antara Kaum Ke Arah Kemerdekaan. Sistem Ahli. Pembentukan Parti Perikatan. Pilihan raya Negeri

Bab 2. Bab. Bab. Bab 1. Bab 3 Bab 8. 4 Bab 9. Tingkatan 5. Bab. Bab

AKTA PENDIDIKAN 1996 PERATURAN-PERATURAN PENDIDIKAN (PERSATUAN IBU BAPA-GURU) 1998

Contoh undang-undang ini menepati kehendak Akta Pertubuhan 1966 (Akta 335) dan disebarkan untuk tujuan pendidikan semata-mata.

A.RASHID RAHMAN PENJALANAN

Transkripsi:

TR 2:12:62 UCAPAN TIMBALAN PERDANA MENTERI ATAS USUL MENYOKONG ATAS PEN- DIRIAN KERAJAAN TERHADAP PEM- BERONTAKAN BERSENJATA DI BRUNEI, DI DEWAN RAKYAT, KUALA LUMPUR PAD A 12HB DISEMBER, 1962 Saya dengan sukacitanya mengemukakan usul yang berbunyi demikian: Bahawa Majlis Mesyuarat ini menyokong penuh akan pendirian Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu terhadap pemberontakan bersenjata yang berbangkit di Brunei, sebagaimana yang dijelaskan oleh Perdana Menteri dalam kenyataannya kepada Majlis ini pada 11hb Disember, 1962. Kerajaan mensifatkan usul ini satu usul yang sangat penting dan usul kepercayaan kepada pihak Kerajaan. Dengan adanya usul ini dapatlah Ahli-ahli Yang Berhormat dan parti-parti siasah yang mempunyai wakil-wakil dalam Dewan ini menentukan pendirian masing-masing terhadap kejadian yang penting di Brunei itu supaya rakyat jelata negeri ini dan rakyat jelata negeri Brunei dan wilayah-wilayah Sabah dan Sarawak boleh faham dengan sepenuh-penuhnya bagaimana pendirian satu-satu parti siasah di Persekutuan Tanah Melayu ini terhadap diri mereka itu. Saya sangat dukacita dan sangat kesal di atas kelakuan yang ditunjukkan oleh Parti-parti Pembangkang terhadap kenyataan yang dibuat oleh Yang Berhormat Perdana Menteri pada hari semalam. Tuan, sebagai Yang Dipertua Dewan ini, telah membuat keputusan yang saya fikir adil dan bijaksana, iaitu disebabkan Yang Berhormat Perdana Menteri akan memberi kenyataan yang lanjut di atas kejadian di Brunei itu maka belumlah patut dibahaskan perkara itu sebelum daripada Yang Berhormat Perdana Menteri dapat memberi keterangan dan sebelum perkara itu tetap ataupun tentu. Keputusan itu adalah hak, Tuan sendiri 166

membuatnya menurut Peraturan Mesyuarat Dewan ini. Dan Ahli Yang Berhormat yang telah membentangkan cadangan supaya ditangguhkan Dewan ini untuk membahaskan perkara yang berkaitan dengan Brunei itu telah mengaku bahawa ia akan menerima keputusan yang dibuat itu. Akan tetapi, selepas, Tuan, membuat keputusan itu, dan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah mula membuat keterangannya, Ahli-ahli Yang Berhormat daripada pihak Pembangkang telah keluar daripada Dewan ini meninggalkan tempat masing-masing. Perbuatan ini saya kesalkan. Dan menunjukkan Parti-parti Pembangkang tidak menurut aturan dan peraturan Demokrasi yang Berparlimen, dan lagi perbuatan ini ialah menunjukkan mereka itu tidak memberi kehormatan yang sepatutnya kepada Tuan, sebagai Yang Dipertua Dewan ini dan kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sebagai Ketua Dewan ini. Ahli-ahli Yang Berhormat pihak Pembangkang sentiasa menyatakan mereka itu kononnya mempertahankah dasar demokrasi dan berkehendakkan demokrasi yang tulin dijalankan dalam negara ini tetapi perbuatan mereka itu adalah menunjukkan yang mereka itu tidak mengikut perjalanan demokrasi yang sebenarnya. Dan lagi selepas daripada itu Ahli Yang Berhormat daripada parti Pembangkang telah membuat siaran dalam suratsurat khabar membantah peraturan yang dikatakan tidak demokratik. Peraturan Majlis ini telah dibuat oleh Dewan ini dan yang menjalankan peraturan ini adalah Tuan Yang Dipertua Dewan ini. Oleh itu perkataan tidak democratic nampaknya dihadapkan dari keputusan yang diberi oleh Tuan Yang Dipertua itu tidak dihormati kedudukan-kedudukan dan keputusan-keputusan yang dibuat oleh Tuan Yang Dipertua Dewan ini. Tuan Yang Dipertua, sebenarnya pihak Kerajaan sentiasa tahu bagaimana caranya berparlimen berdasarkan demokrasi. Kerajaan tahu hanyalah selepas Perdana Menteri telah membuat keterangan di atas kejadian di Brunei ini dan selepas Ahli-ahli Yang Berhormat faham bagaimana kedudukan-kedudukan yang sebenarnya baharulah patut perkara ini dibahaskan. Sebab itulah Kerajaan telah membentangkan usul di hadapan Dewan ini supaya membolehkan perkara yang diterangkan itu dibahaskan. Dan lagi saya mendapat tahu selepas sahaja Perdana Menteri membuat ucapan iaitu pihak Pembangkang ada membuat permintaan supaya ucapan itu dibahaskan, adakah kita hendak 167

membahas ucapan yang mereka itu sendiri tidak sudi hendak mendengarnya? Pada pagi semalam Dewan ini telah berpeluang mendengar kenyataan yang lanjut yang diberikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri terhadap kejadian yang berlaku di Brunei pada hari ini dan bagaimana sikap Kerajaan Persekutuan mengenai perkara yang begitu keji dan mendukacita. Adalah pemberontakan bersenjata dijalankan oleh Parti Rakyat Brunei terhadap Duli Yang Maha Mulia Sultan Brunei dan Kerajaan Brunei. Saya harap Ahli-ahli Yang Berhormat faham bahawa negeri Brunei adalah sebuah negeri yang beraja di bawah naungan Kerajaan British. Kerajaan British adalah berkuasa dalam hal luar negeri dan dalam hal pertahanan dan hal-hal lain Dull Yang Maha Mulia Sultan ada mempunyai kuasa yang penuh. Dan berkenaan dengan hal Malaysia iaitu samada Brunei hendak masuk atau tidak dalam Malaysia, perkara ini terpulang kepada Kerajaan Brunei dan Duli Yang Maha Mulia Sultan bagi menentukan. Oleh itu keterangan yang diberikan oleh Parti Rakyat Azahari bahawa partinya tidak menentang Sultan dan Kerajaan Brunei, itu adalah semata-mata tidak benar. Duli Yang Maha Mulia Sultan telah menerangkan dengan jelas bahawa dia tidak menyertai pemberontakan ini dan mensifatkan pemberontakan itu terhadap dirinya sendiri dan menderhaka kepada dirinya sendiri dan kepada Kerajaan Brunei. Parti Rakyat telah menang dalam pilihanraya dalam negeri Brunei dan telah mendapat semua sekali kerusi iaitu enam belas buah di dalam Majlis Undangan negeri Brunei. Jikalau mereka itu hendak berjuang dengan cara berparlimen tentulah mereka itu akan berjaya akan tetapi ketua-ketua Parti Rakyat itu berniat begitu. Mereka hendak memberontak suka menumpahkan darah rakyat Brunei kerana kepentingan diri mereka itu sendiri. Masa pemberontakan itu berlaku dan beberapa orang Parti Rakyat telah menumpahkan darah, Azahari dan rakan-rakannya berihat di Manila. Inikah cara perbuatan yang adil sebagai penganjur sebagai Perdana Menteri, Menteri Luar Negeri dan Menteri Pertahanan. Adakah penganjur semacam itu boleh dipercayai. Dia duduk berihat bila pengikutnya terpaksa mengorbankan nyawanya. Dan 168

lagi saya suka menerangkan kepada Dewan ini bahawa Azahari bukan rakyat negeri Brunei. Sungguhpun dia ada mempunyai hak menjadi rakyat Brunei tetapi dia tidak mengambil kerakyatan negeri Brunei. Jadi, apakah tujuannya yang sebenar dia adalah menjadi ketua Parti Rakyat yang hendak menuntut kemerdekaan bagi negeri Brunei untuk kepentingan negeri Brunei dan mempunyai taat setia kepada Raja dan Kerajaan negeri Brunei. Kita boleh faham apakah sikap orang ini. Apakah tujuan yang sebenarnya. Adakah perbuatan Parti Rakyat patut atau adil atau munasabah perbuatan pemberontakan dan derhaka kepada Raja negeri itu? Duli Yang Maha Mulia Sultan Brunei telah mengharamkan Parti Rakyat itu kerana perbuatan derhakanya itu merosakkan keamanan negeri Brunei dan mengalirkan darah negeri Brunei itu. Perbuatan semacam ini disokong oleh setengahtengah parti siasah negeri ini iaitu Socialist Front dan PAS. Perbuatan Parti Rakyat Brunei adalah pemberontakan bukan perjuangan kemerdekaan. Oleh itu saya percaya rakyat Tanah Melayu boleh faham apakah tujuan dan pendirian parti-parti Socialist Front dan PAS yang sebenarnya. Adakah kejadian itu ada udang di sebalik batu ataupun tidak. Sikap Kerajaan Persekutuan terhadap pemberontakan di Brunei ini terang dan nyata seperti yang telah diterangkan oleh Perdana Menteri pada hari semalam Kerajaan Persekutuan menentang segala kekerasan dan pemberontakan. Kerajaan Persekutuan adalah menyokong kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan dan rakyat Brunei yang taat setia. Kerajaan menghantarkan pasukan polis dengan permintaan Duli Yang Maha Mulia Sultan untuk menjaga keselamatan dan keamanan negeri Brunei dan keselamatan pegawai-pegawai Persekutuan Tanah Melayu yang berkhidmat di Brunei. Negeri Brunei dan Persekutuan Tanah Melayu adalah mempunyai perhubungan tali persahabatan yang rapat berkurun-kurun lamanya. Beberapa banyak anak-anak negeri Brunei yang menuntut pelajaran dan menerima latihan di Tanah Melayu dan begitu juga rakyat Tanah Melayu telah berkhidmat di Brunei dan penduduk di Brunei terutama sekali semenjak lepas kemerdekaan. Negeri Brunei telah memandang bahawa Tanah Melayu adalah memberi pertolongan dalam berbagai-bagai cawangan dan pentadbiran. Dan semenjak tahun 1956 Persekutuan Tanah Melayu telah meminjamkan pasukan polis untuk menjaga keselamatan negeri Brunei, pegawai tinggi Tanah Melayu telah berkhidmat dengan permintaan Duli Yang Maha Mulia Sultan Brunei. Dan juga banyak rakyat 169

Tanah Melayu yang menjadi pegawai-pegawai di negeri Brunei dan begitu juga Duli Yang Maha Mulia Sultan Brunei ada hubungan tali persaudaraan yang rapat dengan Raja-raja Melayu di Persekutuan Tanah Melayu ini. Dan juga pada masa ini Persekutuan Tanah Melayu adalah menjalankan latihan bagi askar-askar Melayu di Brunei. Oleh itu, nyatalah sudah menjadi kewajipan bagi Persekutuan Tanah Melayu memberi apa pertolongan kepada negeri Brunei jika dikehendaki. Oleh itu apabila Duli Yang Maha Mulia Sultan berkehendakkan pertolongan pasukan polis, kita bersedia menghantar bukan tujuan melawan mana-mana pihak melainkan semata-mata hendak menolong mengawal keselamatan dan menjaga pegawai-pegawai Persekutuan Tanah Melayu yang ada di Brunei yang ramai itu. Menurut Undang-undang Polis bilangan 14 tahun 1952, kita ada kuasa menghantar polis kita ke Brunei, Sabah, Sarawak jika dikehendaki bila-bila masapun. Dan lagi pertolongan diberikan itu semata-mata saya katakan guna dengan permintaan Duli Yang Maha Mulia Sultan yang pertama itu mempunyai kuasa yang penuh dalam negeri Brunei. Keterangan dalam Malaysia dicadangkan oleh Yang Teramat Mulia Tunku Perdana Menteri setelah menerangkan beberapa kali bahawa Malaysia yang hendak ditubuhkan itu adalah dengan kehendak dan persetujuan rakyat di wilayah-wilayah itu sendiri. Berkenaan dengan Brunei, oleh sebab Duli Yang Maha Mulia Sultan mempunyai kuasa maka terpulanglah kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan menentukan perkara itu. Rundingan-rundingan telahpun dijalankan dengan pegawaipegawai tinggi negeri Brunei dan wakil-wakil Duli Yang Maha Mulia Sultan, dan dalam Perundingan itu sentiasalah diterangkan kepada pihak wakil-wakil Brunei bahawa Persekutuan Tanah Melayu tidak memaksa mereka masuk dalam Malaysia, melainkan terpulanglah kepada kehendak dan persetujuan mereka itu sendiri. Oleh sebab itu, pemberontak yang dijalankan itu tidaklah berkaitan dengan Malaysia. Pemberontakan ini adalah bercadang hendak menubuhkan satu Kerajaan Brunei, Sarawak dan Sabafl dengan cara kekerasan. Maka nyatalah penduduk-penduduk Sabah dan Sarawak tidak menyokong pemberontakan itu, Duli Yang Maha Mulia Sultan dan rakyat-rakyat yang baik dan taat setia 170

kepada Raja dan negeri tidak menerima pemberontakan itu. Oleh itu pemberontakan itu adalah perbuatan Azahari, Ketua Parti Rakyat dengan tujuan hendak memaksa dengan kekerasan kepada penduduk-penduduk Brunei, Sabah dan Sarawak menerima Kerajaan yang diisytiharkan oleh mereka itu. Saya yakin dan percaya bahawa perbuatan yang tidak baik ini tidak akan disertai oleh Allah dan tidak akan jaya. Nyata juga pihak pemberontak tidak mempunyai taat setia kepada tanah airnya, jika mereka itu berjaya, mereka itu akan serahkan negaranya kepada pihak lain yang tidak diterima oleh penduduk-penduduk di wilayah Brunei itu.» Inilah perbuatan pemberontakan di Brunei itu patut dikeji dengan sedalam-dalamnya, mereka derhaka kepada Raja, derhaka kepada negara, mereka memecahkan keamanan dan ketenteraman negeri Brunei dan mengkorbankan jiwa rakyat yang tidak ada berdosa dengan tidak ada apa-apa sebab. Saya percaya Dewan ini dan sebahagian besar daripada rakyat negeri ini tidak menerima dan saya percaya bahawa sebahagian besar daripada rakyat negeri ini menerima dan menyokong sikap yang dibuat oleh Kerajaan Persekutuan terhadap Brunei itu. Saya menaruh penuh kepercayaan bahawa pemberontakan itu tidak berapa lama lagi akan hapus, negeri Brunei yang kita mempunyai tali perhubungan yang rapat akan pulih seperti sedia-kala akan menjadi aman dan damai. Saya dengan sukacita mengemukakan cadangan ini. 171