Kertas Cadangan Sambutan Hari Kebangsaan 2015 YBB 6217 SK Nanga Sengaih Julau
1.0 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Sambutan perayaan hari kebangsaan pada tahun ini akan diadakan bermula 24 Ogos hingga 18 September 2015 bagi mengisi takwim SK Nanga Sengaih bagi tahun 2015. Bertemakan Sehati Sejiwa, sambutan selama sebulan ini akan dikenali sebagai Bulan Patriotisme. Sambutan Bulan Patriotisme ini akan dibantu bersama oleh beberapa panitia seperti Panitia Bahasa Melayu, Panitia Sejarah dan Panitia Seni Visual. Pihak panitia akan mengambil inisiatif mengadakan pelbagai aktiviti yang melibatkan murid-murid dari prasekolah sehingga tahun 6. Semoga aktiviti yang dilaksanakan akan memberi manfaat dan pendedahan kepada murid selain sebagai pemangkin untuk memupuk hubungan mesra dan kerjasama daripada warga SK Nanga Sengaih, Julau. 1.2 Matlamat Berikut adalah matlamat program yang ingin dicapai: i. Memupuk semangat patriotisme dan cinta akan Negara Malaysia. ii. Mencungkil bakat terpendam murid-murid SK Nanga Sengaih secara menyeluruh. iii. Memupuk minda yang positif, kreatif dan inovatif hasil dari pengalaman Bulan Patriotisme yang dijalankan. 1.3 Objektif Berikut adalah objektif yang ingin kami capai: i. Murid-murid dapat menghayati makna kemerdekaan dan berusaha untuk mengekalkan kemerdekaan ini. ii. Murid-murid mengetahui tokoh-tokoh negara dari pelbagai bidang yang telah mengharumkan nama Malaysia. iii. Murid-murid dapat mengamalkan hidup bersatu padu antara kaum dan menghayati tema sambutan kemerdekaan. iv. Murid-murid mengetahui tarikh kemerdekaan Malaysia dan bersyukur atas nikmat kemerdekaan yang mereka kecapi selama ini. 1.4 Kumpulan Sasaran Kumpulan sasaran program ini adalah seperti berikut: i. Semua warga SK Nanga Sengaih, Julau
2.0 JAWATANKUASA PELAKSANA Jawatankuasa yang akan melaksanakan program ini adalah seperti di bawah: JAWATANKUASA INDUK Penasihat Pengerusi Naib Pengerusi Penyelaras Setiausaha Bendahari : Wakil dari PPD Julau : Guru Besar : GPK Akademik : GPK HEM : En. Nor Hafidzul bin Baharom : GPK Kokurikulum : Pn. Akiu anak Tabau AJK PELAKSANA Pengacara Majlis : En. Mohd Hafiz Safwan bin Mohd Ridzuan Pembaca Doa : En. Mohd Najib bin Alias Ajk Hadiah : Pn. Noryah binti Bol Ali Pn. Nurasmah binti Hussen Pn. Salmah binti Bakar Ajk Dokumentasi : En. Mohd Hanafee bin Mohd Zaki (Jurufoto) En. Nor Hafidzul bin Baharom (Laman Sesawang) Pn. Salmah binti Bakar (Dokumentasi) Ajk Persiapan Tempat : En. Rudy bin Sabri En. Majang anak Unsa Ajk Persembahan : En. Calvin Rentap anak Cliffton Akoi (Rumah Rentap) Pn. Salmah binti Bakar (Rumah Kanang) En. Mohd Hanafee bin Mohd Zaki (Rumah Rosly Dhobi) Pn. Akiu anak Tabau (Persembahan Khas) Ajk Buku Program : En. Calvin Rentap anak Cliffton Akoi (Majlis Penutupan)
Ajk Disiplin & Kebersihan : En. Humphrey Raymond Ketua Pengawas Penolong Ketua Pengawas Ajk Backdrop / Banner : Pn. Lenny anak Menji AJK PA Sistem : En. Rudy bin Sabri En. Majang anak Unsa Ajk Semarak Kemerdekaan : En. Abdul Halim bin Arbain En. Nyambar anak Engkamat En. Ganya anak Balang En. Nelson anak Ojay En. Tiu anak Manggan Pn. Bunyi anak Engkamat Pn. Belula Penyelaras Pertandingan : En. Nor Hafidzul bin Baharom (Kelas Ceria & Nyanyian Solo & Koir) : Pn. Salmah binti Bakar (Program Panitia Bahasa Malaysia) En. Mohd Hafiz Safwan bin Mohd Ridzuan (Program Panitia Sejarah) En. Humphrey Raymond (Program Panitia Seni Visual) Cik Shiella Pingin (Program Prasekolah) Penyelaras Persembahan : Pn. Akiu anak Tabau (Persembahan Khas)
3.0 AKTIVITI 3.1 Aliran Aktiviti Minggu Pertama [24.08.2015-28.08.2015] 1. Majlis Pelancaran Bulan Patriotisme 2. Pertandingan Kuiz Kemerdekaan (02.08.2015 - Panitia BM) 3. Pertandingan Mewarna Tahun 1 & Tahun 2 (Panitia SV) Minggu Kedua [31.08.2015-04.09.2015] 1. Pertandingan Mendeklamasikan Sajak (02.09.2015 - Panitia BM) 2. Pertandingan Mewarna Tahun 3 & Tahun 4 (Panitia SV) Minggu Ketiga [07.09.2015-11.09.2015] Minggu UPSR 1. Pertandingan Mewarna Prasekolah (Prasekolah) Minggu Keempat [14.09.2015-18.09.2015] 1. Pertandingan Mewarna Tahun 5 & Tahun 6 (Panitia SV) 2. Pertandingan Nyanyian Hari Kebangsaan (Solo - Rumah Sukan) 3. Pertandingan Nyanyian Hari Kebangsaan (Koir - Rumah Sukan) 4. Majlis Penutupan Bulan Patriotisme Sepanjang Bulan Patriotisme 1. Pertandingan Kelas Ceria (Induk) 2. Menjejaki Tokoh Sejarah (Panitia Sejarah) 4.0 TENTATIF PELANCARAN BULAN PATRIOTISME Sila rujuk Lampiran A1 5.0 TENTATIF PENUTUPAN BULAN PATRIOTISME Sila rujuk Lampiran A2
6.0 TEMPAT Sekolah Kebangsaan Nanga Sengaih, Julau 7.0 TEMPOH PELAKSANAAN Tarikh: 24 Ogos 2015 hingga 18 September 2015 8.0 ANGGARAN PERBELANJAAN Sila rujuk Lampiran B1 9.0 ANGGARAN PENDAPATAN Sila rujuk Lampiran B2 10.0 PERTIMBANGAN Diharapkan permohonan untuk mengadakan aktiviti bagi Sambutan Hari Kebangsaan pada tahun ini mendapat pertimbangan dan perhatian yang sewajarnya dari pihak tuan. 11.0 PENUTUP Sambutan ini, diharapkan dapat mempertingkatkan dan mengukuhkan lagi budaya membaca di kalangan pelajar sekolah ini. Semoga warga SK Nanga Sengaih, Julau dapat memanfaatkan ilmu yang diperolehi sepanjang program ini nanti di samping memupuk budaya semangat patriotisme dan cinta akan Malaysia.
Lampiran A1 TENTATIF PELANCARAN BULAN PATRIOTISME Tarikh: 24.08.2015 (Isnin) Masa: 7.30 pagi - 8.30 pagi Tempat: Tapak Perhimpunan Masa Perkara Catatan 7:30 pagi Murid berkumpul di tapak perhimpunan. Nyanyian lagu Negaraku dan Ibu Pertiwiku. Pengerusi Majlis 7:45 pagi Ucapan Guru Ko-kurikulum sempena sambutan bulan kemerdekaan dan sedikit info tentang program yang akan diadakan sepanjang Bulan Patriotisme. Mengedarkan Jalur Gemilang kepada murid. GPK Kokurikulum 7.55 pagi Ucapan Guru Besar. Perasmian Sambutan Bulan Patriotisme. Guru Besar 8:15 pagi Persembahan murid. Nyanyian lagu patriotik. Guru Penyelaras Persembahan 8.30 pagi Majlis bersurai. Pengerusi Majlis
Lampiran A2 TENTATIF PENUTUPAN BULAN PATRIOTISME Tarikh: 18.09.2015 (Jumaat) Masa: 7.30 pagi - 9.30 pagi Tempat: Dewan Makan Masa Perkara Catatan 7:30 pagi Murid berkumpul di dewan makan. Nyanyian lagu Negaraku dan Ibu Pertiwiku. Pengerusi Majlis 7:45 pagi Ucapan Alu-aluan Guru Ko-kurikulum. Mengedarkan Jalur Gemilang kepada murid. GPK Kokurikulum 7.55 pagi Ucapan Alu-aluan Guru Besar. Perasmian Penutupan Bulan Patriotisme. Guru Besar 8:15 pagi Persembahan murid. Penyampaian hadiah. Nyanyian lagu patriotik. Guru Penyelaras Persembahan 9.30 pagi Majlis bersurai. Pengerusi Majlis
Lampiran B1 ANGGARAN PERBELANJAAN Bil Aktiviti Jumlah (RM) 1 Pertandingan Nyanyian (Solo) Tempat Pertama: RM 30.00 Tempat Kedua: RM 20.00 Tempat Ketiga: RM 10.00 60.00 2 Pertandingan Nyanyian (Koir) Tempat Pertama: RM 40.00 Tempat Kedua: RM 30.00 Tempat Ketiga: RM 20.00 90.00 3 Pertandingan Mewarna (7 kategori) Tempat pertama: RM 3.50 Tempat kedua: RM 3.00 Tempat ketiga: RM 2.50 Saguhati: RM1.00 70.00 4 Pertandingan Kelas Ceria Tempat Pertama: RM 30.00 Tempat Kedua: RM 20.00 Tempat Ketiga: RM 10.00 60.00 5 Kuiz Kemerdekaan Tempat Pertama: RM 30.00 Tempat Kedua: RM 20.00 Tempat Ketiga: RM 10.00 60.00 6 Mendeklamasi Sajak Tempat Pertama: RM 30.00 Tempat Kedua: RM 20.00 Tempat Ketiga: RM 10.00 60.00 7 Keceriaan Kelas Tahun 1 hingga Tahun 6 300.00 Jumlah Keseluruhan 700.00
Lampiran B2 ANGGARAN PENDAPATAN Bil Perkara Jumlah (RM) 1 PIBG 300.00 2 Sumbangan Perseorangan 400.00 Jumlah Keseluruhan 700.00