Terma & Syarat Kad AFFINBANK Debit MasterCard ISI KANDUNGAN

dokumen-dokumen yang mirip
Sila harap maklum bahawa perubahan berikut (perkataan digelapkan) telah dibuat ke atas Terma & Syarat AFFINBANK Debit MasterCard anda.

Fasal-fasal yang dipinda

Fasal-fasal yang dipinda bagi Terma & Syarat Kad AFFINBANK World MasterCard

Sila harap maklum bahawa perubahan berikut (perkataan digelapkan) telah dibuat ke atas Terma & Syarat Kad AFFINBANK World MasterCard.

Terma & Syarat Kad AFFINBANK Debit MasterCard ISI KANDUNGAN. 1. Takrif. 2. Penerimaan Kad. 3. Kemudahan Kad. 4. PIN dan Bayar. 5.

VERSI-1/04/01/2017/CIP/T&C/BM. Terma dan Syarat Pelan Ansuran Tunai Melalui Panggilan Telefon ( CIP ) AFFINBANK

VERSI-1/11/2016/EPP/T&C/BM

TERMA DAN SYARAT PELAN PEMBAYARAN MUDAH ( EPP ) AFFINBANK

Fasal-fasal yang dipinda bagi Terma & Syarat Pelan Ansuran Tunai Melalui Panggilan Telefon ( CIP ) AFFIN

Fasal-fasal yang dipinda

Terma & Syarat AFFINBANK World MasterCard ISI KANDUNGAN. 1.0 Takrif. 2.0 Penerimaan Kad. 3.0 Kemudahan Kad. 4.0 Penggunaan Kad. 5.

Terma dan Syarat, Kempen AFFINBANK BHPetrol Touch & Fuel MasterCard Contactless

2 November Fasal-fasal yang dipinda bagi Terma & Syarat Pelan Ansuran Mudan (EiPlan) AFFINBANK

Terma & Syarat Kad Kredit AFFINBANK

Terma & Syarat Kad Kredit AFFINBANK ISI KANDUNGAN

TERMA & SYARAT PELAN ANSURAN MUDAH (EiPLAN) AFFINBANK UNTUK YURAN GUAMAN PINJAMAN PERUMAHAN

Bagi tujuan Notis Privasi ini, sila ambil perhatian bahawa:

Kempen esaver Affin. Hak Cipta 2014 Affin Bank Berhad (25046-T)

1. Di Kumpulan AFFINBANK, kami menghargai privasi anda dan berusaha untuk melindungi maklumat peribadi anda selaras dengan undang undang Malaysia.

Fasal-fasal yang dipinda bagi Terma & Syarat Pelan Ansuran Pindahan Baki ( BTiP ) AFFIN

TERMA DAN SYARAT KEMPEN THE WOW SMART PHONE PELAN BAYARAN MUDAH 0% (EPP)

KEMPEN PEMBELANJAAN LUAR NEGARA DAN DAPAT 12% PULANGAN TUNAI KAD KREDIT HONG LEONG BANK

Terma & Syarat Kad Kredit AFFINBANK ISI KANDUNGAN. 1.0 Takrif. 2.0 Penerimaan Kad. 3.0 Kemudahan Kad. 4.0 Penggunaan Kad

Perjanjian Maybankard Platinum

Terma & Syarat Kad Kredit AFFINBANK ISI KANDUNGAN. 1.0 Takrif. 2.0 Penerimaan Kad. 3.0 Kemudahan Kad. 4.0 Penggunaan Kad. 5.

TERMA & SYARAT PELAN ANSURAN MUDAH (EiPLAN) AFFINBANK UNTUK INSURANS GAP SEWA BELI

KEMPEN PEMBELANJAAN LUAR NEGARA DAN DAPAT 1% PULANGAN TUNAI KAD KREDIT HONG LEONG BANK

AKAUN MATAWANG ASING TERMA DAN SYARAT

ARAHAN TELEKOMUNIKASI

Bayar dengan UOBM Mighty. Terma & Syarat

SOALAN LAZIM BAGI KAD PIN & BAYAR (Pindaan 17 Ogos 2017)

Kad Debit-i Visa Bank Islam Team Harimau

Transaksi ATM bermaksud segala urus niaga yang dilakukan melalui ATM. Cawangan bermaksud cawangan-cawangan AFFINBANK dan AFFIN ISLAMIC.

Syarat-Syarat dan Terma-Terma Kad Bank (PMPC)

(iv) Pemegang kad kredit utama kad kredit CIMB Tesco Platinum sedia ada; dan/atau

Pemegang Kad hendaklah membaca dan memahami Terma dan Syarat Kad Debit-i Visa BSN sebelum menggunakan Kad

Terma-terma dan Syarat-syarat 0% Easy Pay CIMB

jika Bank mengetahui atau mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa permintaan, arahan atau perintah tersebut akan menjejaskan Bank,

Kempen Isi, Leret & Menang. Terma dan Syarat

Ditentukan oleh pihak Bank menurut budi bicara mutlaknya berdasarkan pendapatan tahunan anda seperti berikut:

Had Kemudahan: Ditentukan oleh pihak Bank menurut budi bicara mutlaknya berdasarkan pendapatan tahunan anda seperti berikut:

TERMA & SYARAT TruRewards Program Loyalty

KEMPEN PULANGAN TUNAI LUAR NEGARA 30% UOBM TERMA & SYARAT KAD KREDIT DAN/ATAU DEBIT UOBM

TERMA DAN SYARAT KEMPEN BAWA PULANG HADIAH LUMAYAN TAHUN BARU 2016

NOTIS PENTING: INI ADALAH PRODUK AKAUN PELABURAN YANG TERIKAT KEPADA PRESTASI ASET, DAN BUKAN PRODUK DEPOSIT.

Program Penukaran Baki CIMB Bank Terma-Terma dan Syarat-Syarat setakat 7 MEI Program Penukaran Baki

LEMBARAN PENDEDAHAN PRODUK

Program Kongsi Kemeriahan Raya: Jamu Selera & Barangan Runcit Cash Back. Terma dan Syarat

CashLite CIMB Terma-terma dan Syarat-syarat

TERMA-TERMA & SYARAT-SYARAT KEMPEN SAMBUTAN HARI GURU & JURURAWAT 2017

CIMB BANK BERHAD TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT KAWAL SELIA PRIME BANKING

KEMPEN PULANGAN TUNAI AUTOPAY BILL UOBM TERMA & SYARAT KAD KREDIT UOBM ("KAD")

Terma dan Syarat Program AFFIN Rewards

Bank Islam Malaysia Berhad (98127-X) BICTH/03/2015

Terma dan Syarat Peraduan untuk 5X Mata BonusLink pada hari Jumaat & Hujung Minggu

TERMA DAN SYARAT KAD DEBIT HONG LEONG TOUCH N GO (TNG) ZING

Terma dan Syarat Kempen Scootvaganza dengan Kad AFFIN ( Kempen )

Akaun Perniagaan-i Terma & Syarat (Berkuatkuasa: 5 Disember 2016)

PENYATA PENDEDAHAN PRODUK

TERMA & SYARAT ( T&S ) Berikut adalah terma dan syarat yang berkuat kuasa ke atas Kempen:- KELAYAKAN

jika Bank mengetahui atau mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa permintaan, arahan atau perintah tersebut akan menjejaskan Bank,

Kempen Rebat Tunai RM1,000 Penyata-E CIMB Islamic Bank Terma-terma dan Syarat-syarat

CashLite CIMB Terma-terma dan Syarat syarat seperti pada 22 Dec 2016

1. Apakah produk ini?

Cara-cara permohonan Kad Debit i-kopenas/bank Rakyat

POLISI PERLINDUNGAN DATA PERIBADI

LEMBARAN MAKLUMAT PRODUK

Terma dan Syarat untuk Program Kad Kredit. Terma dan Syarat

ID BIG SHOT YANG TELAH DIPERUNTUKKAN DAN KAD KESETIAAN BIG TIDAK DIPERIBADIKAN

TERMA DAN SYARAT CIMB BANK BERHAD YANG MENTADBIR KEMPEN PULANGAN TUNAI PEMILIK TUNGGAL DAN PERKONGSIAN UNTUK AKAUN SEMASA PERNIAGAAN

HELAIAN PENDEDAHAN PRODUK

NOTIS PRIVASI PERUNDING UNIT AMANAH/PERUNDING PRS

a) Untuk layak menerima Insentif RRP, semua syarat berikut perlu dipenuhi oleh Ejen ("Rujukan Berjaya"):

Terma dan Syarat Kad AmBank Debit MasterCard

Terma & Syarat Peti Deposit Keselamatan

NOTIS PRIVASI. Di bawah PDPA, AmFIRST Real Estate Investment Trust ( AmFIRST REIT ) dikehendaki untuk memaklumkan kepada anda seperti yang berikut:

AmBank (M) Berhad Perjanjian MasterCard/VISA

Transaksi Runcit Bayaran minimum diterima sebelum atau pada tarikh tamat tempoh bayaran Bayaran minimum diterima selepas tarikh tamat tempoh bayaran

TERMA DAN SYARAT. Bermakna individu atau entiti yang telah meohon atau sedang memohon untuk mana-mana Perkhidmatan Perbankan.

TERMA DAN SYARAT KAD-i DEBIT CIMB ISLAMIC


Terma dan Syarat Kempen Berbelanja Kad-i Bank Islam Visa (Debit & Kredit) Wow! Senangnya nak menang wang tunai.

2. KESAHAN MATA GANJARAN

Polisi Privasi Data Peribadi (September 2016) 1

TERMA DAN SYARAT CIMB BANK DEBIT MASTERCARD 1. TAKRIF

KEMPEN RM1,000,000 PULANGAN TUNAI UOBM Terma dan Syarat KAD KREDIT DAN/ATAU DEBIT UOBM ( KAD )

Promosi Hujung Minggu UOB Preferred Platinum Terma dan Syarat

TERMA DAN SYARAT WANG TUNAI PERIBADI (PERSONAL CASH)

Kempen Faedah Bonus Savings Plus UOBM Terma dan Syarat

(RD/T&C/Debit MasterCard/BM/MAR2018) Muka surat 1 daripada 11

1. Setiap penyebutan CIMB merujuk kepada CIMB Bank Berhad (13491-P).

TERMA DAN SYARAT Kempen Rebat Tunai CIMB-Sunshine (16hb Mei hb Jun 2018)

Page 1 of 7. TERMA TERMA & SYARAT-SYARAT AKAUN SIMPANAN Layak menerima perlindungan PIDM 1. MEMBUKA AKAUN

Perlindungan Keahlian Kad Premier Terma dan Syarat

Terma dan Syarat Kad Touch N Go Zing (Credit) Hong Leong

PROGRAM KEAHLIAN KESETIAAN BIG TERMA DAN SYARAT. Perjanjian Keahlian

POLISI PERLINDUNGAN DATA PERIBADI

Di Kumpulan CIMB, kami menghargai privasi anda dan berusaha untuk melindungi maklumat peribadi anda selaras dengan undang-undang Malaysia.

Kadar Faedah Rata* Sehingga 8.99% setahun 12, 24, 36, 48 bulan Kadar Faedah Efektif Sehingga 16.23% 1. Apa produk ini berkenaan?

Kad Kredit PIN & BAYAR Soalan Lazim

Transkripsi:

Terma & Syarat Kad AFFINBANK Debit MasterCard ISI KANDUNGAN 1. Takrif 2. Penerimaan Kad 3. Kemudahan Kad 4. PIN dan Bayar 5. Penggunaan Kad 6. Arahan-arahan Telekomunikasi 7. Tanggungjawab dan Liabiliti 8. Akaun Kad 9. Yuran dan Bayaran 10. Pulangan Tunai Affin 11. Kesilapan/Pertikaian dan Pemberitahuan 12. Pengecualian Liabiliti 13. Hak-hak pihak yang terlibat 14. Transaksi Luar Negara 15. Penamatan 16. Pelbagai PERJANJIAN AHLI KAD Ahli Kad dengan tidak boleh dibatalkan dan tanpa syarat, bersetuju terhadap terma-terma dan syaratsyarat berikut sebagai balasan di atas persetujuan Affin Bank Berhad (25046-T) (kemudian dari ini dirujuk sebagai 'pihak Bank') untuk menyediakan kemudahan-kemudahan yang ditawarkan oleh pihak Bank kepada Ahli Kad. Terma dan syarat ini hendaklah dibaca bersama-sama secara keseluruhan dengan terma dan syarat Am Akaun pihak Bank dan mana-mana terma dan syarat Akaun yang berkaitan, dan juga garis panduan dan peraturan-peraturan lain yang mengikat pihak Bank. Takrif yang berikut diterima pakai melainkan dinyatakan sebaliknya: 1. TAKRIF Perkataan-perkataan dan fasal-fasal yang dirujuk di bawah di dalam Perjanjian Ahli Kad ini (kemudian dari ini dirujuk sebagai "Perjanjian ini") membawa maksud seperti berikut: 1.1. "Saudagar yang Sah" hendaklah bermaksud mana-mana peruncit atau orang lain, firma atau perbadanan yang bersetuju untuk menerima atau menyebabkan rangkaiannya untuk menerima Kad tersebut apabila diserahkan secara teratur. 1.2. "ATM" hendaklah bermaksud Mesin Teler Automatik. 1.3. Cawangan hendaklah bermaksud cawangan-cawangan AFFINBANK. 1

1.4. "Hari Perniagaan" hendaklah bermaksud mana-mana hari yang mana pihak Bank dibuka untuk perniagaan. 1.5. "Kad" hendaklah bermaksud Kad AFFINBANK Debit MasterCard yang dikeluarkan oleh pihak Bank. 1.6. "Akaun Kad" hendaklah bermaksud Akaun Simpanan atau Semasa Ahli Kad yang dikeluarkan oleh pihak Bank bagi tujuan Perjanjian ini. 1.7. "Pengeluaran Wang Tunai" merujuk kepada pengeluaran Wang Tunai dari Akaun Kad di Cawangan AFFINBANK atau di ATM-ATM Bank yang ditetapkan dan di ATM-ATM MasterCard dan ATM-ATM bank-bank ahli yang mengambil bahagian. 1.8. Transaksi Tanpa Kad merujuk kepada bayaran transaksi Kad dimana fisikal Kad tiada di tempat jualan. 1.9. "e-perbankan" hendaklah bermaksud pemberian produk dan perkhidmatan perbankan melalui saluran elektronik, termasuk dalam talian, peranti mudah alih, telefon, ATM dan mana-mana saluran elektronik lain. 1.10. "Yuran-yuran & Caj-caj Kewangan" bermaksud yuran-yuran yang dicaj yang dirujuk dalam Fasal 9. 1.11. "MasterCard International" hendaklah bermaksud MasterCard International Incorporated, perbadanan keahlian yang ditubuhkan di bawah undang-undang Negeri Delaware, Amerika Syarikat dan berpejabat serta mempunyai tempat perniagaan utama di 888 Eleventh Avenue, New York 10106, Amerika Syarikat. 1.12. "PIN" hendaklah bermaksud Nombor Pengenalan Peribadi yang dikeluarkan kepada Ahli Kad untuk membolehkan akses ke transaksi-transaksi Kad melalui ATM atau di Terminal Tempat Jualan Elektronik. 1.13. "Penyata" hendaklah bermaksud Penyata Akaun Simpanan atau Semasa atas nama Ahli Kad yang dihantar sebulan sekali kepada Ahli Kad. 1.14. "Resit-resit Transaksi" hendaklah bermaksud slip-slip pembayaran, borang-borang atau kertas-kertas yang relevan yang dibekalkan oleh pihak Bank untuk tujuan merekod, mengesah dan sebagai bukti terhadap pembelian-pembelian ataupun perkhidmatanperkhidmatan digunakan oleh Ahli Kad melalui penggunaan Kad yang akan dicaj ke Akaun Kad. 1.15. Perkataan-perkataan yang menunjukkan nombor tunggal meliputi nombor jamak dan begitu juga sebaliknya. 2

1.16. Perkataan-perkataan yang menunjukkan jantina maskulin meliputi feminin. 2. PENERIMAAN KAD 2.1. Penggunaan Kad dihadkan kepada orang yang mana Kad dikeluarkan kepadanya ("Ahli Kad") dan Ahli Kad hendaklah menandatangani Kad dengan serta-merta sebaik sahaja menerima Kad tersebut. 2.2. Ahli Kad hendaklah menghubungi pihak Bank untuk mengaktifkan Kad bagi tujuan menguatkuasakan transaksi Kad. 2.3. Pihak Bank akan mengeluarkan PIN untuk Kad tersebut kepada Ahli Kad bagi tujuan menguatkuasakan transaksi ATM dan di Terminal Tempat Jualan Elektronik. 2.4. Dengan penerimaan Kad, Ahli Kad adalah bertanggungjawab untuk: a. patuh kepada terma dan syarat penggunaan Kad; b. mengambil langkah berjaga-jaga yang munasabah untuk memastikan Kad dan PIN selamat setiap masa, termasuk di tempat kediaman Ahli Kad. Ini termasuk tidak: i. mendedahkan butiran Kad atau PIN kepada pihak lain; ii. menyimpan PIN di atas Kad, atau di atas apa-apa yang disimpan berdekatan dengan Kad; iii. menggunakan PIN yang dipilih dari tarikh lahir Ahli Kad, kad pengenalan, lesen memandu atau nombor perhubungan; iv. membenarkan pihak lain menggunakan Kad atau PIN; dan v. Melakukan penipuan c. memaklumkan kepada pihak Bank dengan segera yang munasabah selepas mendapati Kad telah hilang, dicuri, transaksi tidak sah telah berlaku atau PIN telah terjejas; d. memaklumkan kepada pihak Bank dengan segera apabila menerima Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) amaran transaksi bagi transaksi tidak sah; e. memaklumkan dengan segera kepada pihak Bank mengenai apa-apa pertukaran nombor perhubungan Ahli Kad; f. menggunakan Kad dengan bertanggungjawab, termasuk tidak menggunakan Kad untuk aktiviti yang tidak dibenarkan; dan g. menyemak Penyata Akaun Kad dan laporkan sebarang pencanggahan tanpa berlengah. 2.5. Sekiranya Ahli Kad tidak mahu terikat kepada terma dan syarat ini, Ahli Kad hendaklah memotong Kad kepada dua dengan melintasi jalur magnetik dan cip untuk memastikan ianya telah dirosakkan sepenuhnya dan serta-merta menghantar kembali kepada pihak Bank, dengan satu notis bertulis bahawa Kad telah dikembalikan bagi pembatalan dilakukan. Meskipun dengan pembatalan Kad, Ahli Kad masih bertangungjawab ke atas segala obligasi yang mungkin timbul berikutan daripada pembatalan dan juga segala dan 3

kesemua pelanggaran perjanjian kebelakangan.yuran tahunan atau sebahagian daripadanya tidak akan dikembalikan kepada Ahli Kad. 3. KEMUDAHAN KAD 3.1. Kad tersebut dikeluarkan bagi tujuan penggunaan yang berkaitan dengan kemudahankemudahan yang disediakan oleh pihak Bank dari semasa ke semasa mengikut budi bicara mutlak pihak Bank yang termasuk tetapi tidak terhad kepada yang perkara berikut: a. Pembayaran untuk sebarang pembelian barang-barang dan/atau perkhidmatan, yang mana pembayaran tersebut boleh dicajkan ke akaun Ahli Kad. b. Sebarang transaksi ATM yang dikuatkuasakan melalui akaun Ahli Kad yang lain. c. Kemudahan-kemudahan yang lain, tertakluk pada praperjanjian dengan pihak Bank, jika berkenaan. 4. CIP & PIN ( PIN & BAYAR ) - PIN DAN PENGGUNAAN KAD YANG MANA BERKENAAN 4.1. Pihak Bank akan memperuntukkan PIN Sementara kepada Ahli Kad melalui Mel PIN. Mel PIN akan di hantar ke alamat berdaftar Ahli Kad melalui Mel biasa. 4.2. Ahli Kad setelah menerima PIN Sementara hendaklah menukar PIN Sementara di ATM pihak Bank sendiri dan/atau di saluran lain yang dijamin yang dibenarkan oleh pihak Bank. 4.3. Sekiranya Ahli Kad terlupa PIN beliau, pihak Bank akan mengeluarkan PIN Sementara baru kepada Ahli Kad atas permintaan Ahli Kad. 4.4. Sekiranya Kad hilang atau dicuri, atau nombor PIN telah terdedah kepada mana-mana pihak yang lain, Ahli Kad hendaklah dengan segera menghantar borang pertikaian yang lengkap kepada pihak Bank sekiranya Kad telah digunakan untuk transaksi yang tidak sah. Satu salinan laporan polis hendaklah dihantar kepada pihak Bank dalam tempoh 7 hari dari tarikh transaksi tidak sah diketahui. Kad baharu dan PIN akan dikeluarkan apabila diminta oleh Ahli Kad. Ahli Kad tidak boleh menggunakan PIN yang sedia ada untuk Kad gantian. 4.5. Ahli Kad perlu merahsiakan PIN dan tidak boleh mendedahkan PIN kepada mana-mana pihak di bawah mana-mana keadaan. Sekiranya PIN telah terdedah kepada mana-mana pihak, Ahli Kad hendaklah melaporkan kepada pihak Bank dengan segera. 4.6. Dalam memilih PIN, Ahli Kad TIDAK BOLEH memilih PIN yang jelas atau mudah diramal, termasuk: a. mewakili tarikh lahir beliau; b. selaku PIN abjad, sebahagian di mana namanya dikenali; c. terdiri daripada nombor urutan (contohnya 123456, 654321 dan sebagainya; d. terdiri daripada semua nombor yang sama (contohnya 111111); atau e. terdiri daripada nombor yang berulang (contohnya 112233, 123123). 4

4.7. Ahli Kad hendaklah memastikan bahawa amaun transaksi adalah betul sebelum menandatangani sebarang Resit Transaksi atau rekod transaksi dan sebelum memasukkan PIN Ahli Kad pada mana-mana Terminal Tempat Jualan Elektronik yang memerlukan kemasukan PIN Ahli Kad. Dengan menandatangani Resit Transaksi atau rekod transaksi atau memasukkan PIN Ahli Kad atau sebaliknya menggunakan Kad Ahli Kad pada mana-mana Terminal Tempat Jualan Elektronik, Ahli Kad dianggap telah bersetuju dengan transaksi dan mengesahkan amaun adalah betul. 4.8. Ahli Kad memberi kebenaran dan bersetuju bahawa PIN adalah sebagai satu cara untuk mengesahkan transaksi Ahli Kad di bawah terma-terma dan syarat-syarat di Terminal Tempat Jualan Elektronik. 5. PENGGUNAAN KAD 5.1. Ahli Kad hendaklah menandatangani Resit Transaksi/atau memasukkan PIN 6 digit beliau di Terminal Tempat Jualan Elektronik, yang disediakan oleh Saudagar yang Sah untuk menguatkuasakan sesuatu pembelian menggunakan Kad tersebut. Ia akan membentuk bukti muktamad bahawa Urus Niaga Kad dan amaun yang direkodkan padanya telah dibuat dengan sepatutnya apabila Bank menerima Resit Urus Niaga atau apa-apa dokumen kembali dengan tandatangan Ahli Kad atau Ahli Kad memasukkan PIN 6 digit di Terminal Tempat Jualan Elektronik. 5.2. Ahli Kad hendaklah memberikan maklumat berkaitan Kad beliau seperti yang diminta untuk melengkapkan urus niaga dalam talian melalui laman sesawang yang selamat. Apabila diperlukan, kod pengesahan atau One-Time-Password (OTP) akan dihantar ke nombor telefon bimbit Ahli Kad yang berdaftar dengan pihak Bank bagi melengkapkan transaksi dalam talian. Dengan memberikan maklumat tersebut bagi tujuan untuk melaksanakan transaksi dalam talian, ia akan dianggap oleh pihak Bank sebagai satu Transaksi Kad yang ditanggung. 5.3. Ahli Kad dikehendaki menggunakan PIN untuk mendapat akses kepada Akaun Kadnya bagi menguatkuasakan Pengeluaran Wang Tunai melalui ATM. Dokumen yang direkodkan akibat pengaktifan PIN Ahli Kad bagi tujuan memperoleh Pengeluaran Wang Tunai dari ATM akan dianggap oleh pihak Bank sebagai satu Transaksi Kad yang ditanggung 5.4. Amaun bagi setiap pengeluaran hendaklah dihadkan kepada Akaun Kad/Had perbelanjaan Harian. 5.5. Walau apa pun peruntukan yang dinyatakan dalam Fasal 5.1 di atas, tandatangan tidak boleh menjadi satu-satunya syarat terdahulu kepada liabiliti Ahli Kad mengenai barangbarang dan perkhidmatan yang dibekalkan, jika pihak Bank berpendapat berdasarkan bukti dokumen yang memuaskan, pelaksanaan transaksi tanpa tandatangan atau kegagalan menandatangan adalah disebabkan oleh sifat dan/atau kaedah transaksi yang digunakan atau disebabkan oleh kesilapan di pihak ahli Kad dan/atau Saudagar Dibenarkan dan ahli bank VISA/MasterCard. 5

6. ARAHAN-ARAHAN TELEKOMUNIKASI 6.1. Pihak Bank mengikut budi bicaranya boleh menerima arahan daripada Ahli Kad melalui telefon untuk menguatkuasakan mana-mana transaksi berkaitan dengan Kad termasuk tetapi tidak terbatas kepada pemindahan yang melibatkan pengeluaran atau deposit wang. 6.2. Pihak Bank akan menentusahkan identiti Ahli Kad melalui proses sekuriti yang dilaksanakan oleh pihak Bank (yang boleh ditukar dari semasa ke semasa). 6.3. Ahli Kad dikehendaki menyimpan PIN dan kata laluan dan tidak mendedahkannya kepada sesiapa pun. 6.4. Pihak Bank tidak akan dipertanggungjawabkan atau bertanggungjawab terhadap Ahli Kad bagi sebarang kerugian atau kerosakan yang ditanggung akibat daripada mematuhi atau tidak mematuhi arahan-arahan yang demikian. 6.5. Ahli Kad hendaklah mengakui perkara yang berikut bahawasanya: a. Pihak Bank boleh merekod semua perbualan telefon di antara Ahli Kad dengan wakil pihak Bank bagi tujuan pengawasan dan penilaian untuk mengelakkan timbulnya sebarang kekeliruan; dan b. Pihak Bank tidak akan bertanggungjawab sekiranya perbualan tersebut terdengar oleh pihak ketiga yang tidak dibenarkan. 6.6. Pemberian kuasa dan Ganti Rugi untuk Arahan Telefon, Telefon Bimbit, Teleks dan Faksimile: a. Ahli Kad memberi kuasa kepada pihak Bank untuk bergantung pada dan bertindak selaras dengan sebarang notis, arahan tuntutan atau komunikasi lain yang mungkin diberi melalui telefon, transaksi teleks atau faksimile oleh Ahli Kad atau bagi pihaknya ("Arahan") dan pihak Bank berhak untuk menganggap Arahan tersebut sebagai pemberian kuasa penuh oleh Ahli Kad dan pihak Bank berhak mengambil apa-apa langkah menurut arahan yang diberi yang pihak Bank anggap sesuai. b. Perkhidmatan pertanyaan baki telefon bimbit: i. Ahli Kad memberi kuasa kepada pihak Bank untuk menghantar kepada telefon bimbit Ahli Kad sebagaimana yang didaftarkan oleh Ahli Kad dalam permohonan kad debit jika berkenaan, melalui Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) berkaitan dengan Akaun Kad Ahli Kad dengan pihak Bank. 7. TANGGUNGJAWAB DAN LIABILITI 7.1. Kad adalah kekal sebagai harta pihak Bank pada setiap masa dan Ahli Kad tidak boleh memindahmilikkan atau sebaliknya melepaskan kawalan atau pegangan Kad bagi sebarang penggunaan atau tujuan yang tidak dibenarkan oleh pihak Bank. 7.2. Sekiranya Kad tersebut hilang dan/atau dicuri ataupun PIN telah terdedah kepada sesiapa yang tidak mempunyai kuasa, Ahli Kad hendaklah dengan serta-merta, 6

memberitahu pihak Bank melalui telefon, telegram, teleks, faksimili ataupun melalui pemberitahuan secara bertulis. Satu salinan laporan polis hendaklah dihantar kepada pihak Bank dalam tempoh 7 hari dari tarikh transaksi tidak sah diketahui. 7.3. Ahli Kad tidak boleh dipertanggungjawabkan oleh pihak Bank terhadap: a. Transaksi Kad tidak sah dimana pengesahan PIN diperlukan, kecuali Ahli Kad terbukti telah: i. melakukan penipuan; ii. kelewatan yang munasabah memaklumkan kepada pihak Bank selepas mengetahui kehilangan atau penggunaan Kad tidak sah; iii. mendedahkan PIN dengan sengaja kepada pihak lain; atau iv. menyimpan PIN di atas Kad, atau di atas apa-apa yang disimpan berdekatan dengan Kad dan kemungkinan hilang atau dicuri bersama Kad. b. Transaksi Kad tidak sah dimana pengesahan tandatangan diperlukan atau penggunaan Kad tanpa sentuh, kecuali Ahli Kad Ahli Kad terbukti telah: i. melakukan penipuan; ii. kelewatan yang munasabah untuk memaklumkan kepada pihak Bank selepas mengetahui kehilangan atau penggunaan Kad tidak sah; iii. meninggalkan Kad atau barang mengandungi Kad tanpa dijaga, di tempat yang boleh dilihat dan diakses oleh pihak lain, kecuali di tempat kediaman Ahli Kad. Walaubagaimanapun, Ahli Kad diharapkan mengambil langkah berjaga-jaga untuk melindungi Kad walaupun di tempat kediaman Ahli Kad; atau iv. secara sengaja membenarkan pihak lain menggunakan Kad. c. Transaksi e-perbankan, kecuali Ahli Kad terbukti telah: i. melakukan penipuan; ii. sengaja mendedahkan kata laluan (ID) dan kod laluan kepada mana-mana pihak, melalui e-mail yang tidak dikenali atau di laman sesawang selain dari laman sesawang rasmi pihak Bank; iii. tidak mengambil langkah yang musabah untuk melindungi peranti keselamatan selamat setiap masa; atau iv. gagal melaksanakan kewajipan untuk melaporkan pelanggaran keselamatan kod laluan atau kehilangan peranti keselamatan kepada pihak Bank dengan segera yang munasabah, apabila Ahli Kad menyedari tentang pelanggaran keselamatan kod laluan atau kehilangan peranti keselamatan. d. Transaksi debit langsung atau tanpa Kad, kecuali Ahli Kad terbukti telah: i. melakukan penipuan; ii. gagal melaksanakan kewajipan untuk melaporkan sebarang transaksi tidak sah kepada pihak Bank dengan segera yang munasabah, apabila Ahli Kad menyedari tentang transaksi tidak sah tersebut. 7.4. Ahli Kad hendaklah memberitahu pihak Bank sekiranya Ahli Kad tahu mengenai sebarang transaksi tanpa kebenaran/yang menimbulkan kesangsian. 7

7.5. Sekiranya Kad hilang atau dicuri, PIN telah terdedah kepada mana-mana pihak lain dan/atau berlaku pengunaan Kad tidak sah, Ahli Kad hendaklah menghubungi pihak Bank dengan segera di 03-5522 3000 (semasa waktu pejabat) atau 03-7947 5488 (selepas waktu pejabat). 7.6. Di atas permintaan Ahli Kad, pihak Bank boleh tetapi tanpa mempunyai obligasi di bawah undang-undang, menggantikan Kad yang hilang atau dicuri sebaik sahaja pembayaran penalti penggantian seperti berikut dilakukan: RM15.00 untuk sebarang laporan kehilangan atau kecurian Kad. 7.7. Ahli Kad hendaklah memulangkan Kad yang dipotong kepada dua dengan melintasi jalur magnetik dan cip kepada pihak Bank dengan serta-merta sebaik sahaja sekiranya berlaku peluputan, penggantungan (yang dituntut oleh pihak Bank) ataupun sebaik sahaja Kad ditemui selepas pemberitahuan mengenai kehilangannya dan Ahli Kad tidak mempunyai hak lanjutan untuk menggunakan Kad tersebut. 7.8. Rekod pihak Bank mengenai sebarang transaksi yang dikuatkuasakan melalui penggunaan Kad adalah muktamad dan mengikat Ahli Kad. 7.9. Semua transaksi yang dipertikaikan akan disiasat dan hasil siasatan akan diberitahu kepada Ahli Kad apabila tiba waktunya. Permintaan untuk bayaran balik segera walau bagaimanapun tertakluk pada budi bicara pihak Bank. 7.10. Ahli Kad akan bertanggungjawab ke atas semua transaksi yang dicaj kepada Ahli Kad. 7.11. Aktiviti-aktiviti yang Menyalahi Undang-Undang - Ahli Kad tidak dibenarkan menggunakan Kad beliau untuk sebarang aktiviti yang menyalahi undang-undang seperti pertaruhan dalam talian. Pihak Bank berhak, mengikut budi bicara, pada bila-bila masa, dengan notis terlebih dahulu yang mencukupi, memutuskan untuk tidak memperbaharui, membatalkan atau memansuhkan Kad, atau menggantung atau mengehadkan penggunaan Kad oleh Ahli Kad dan sekiranya Ahli Kad didapati telah menggunakan Kad untuk perbuatan yang menyalahi undang-undang. 8. AKAUN KAD 8.1. Semua pembayaran untuk pembelian barang-barang atau perkhidmatan yang dikuatkuasakan melalui penggunaan Kad, yuran tahunan dan caj-caj kewangan yang lain akan didebitkan ke Akaun Kad dan dinyatakan pada Penyata bulanan. 8.2. Rekod dan kemasukan Akaun Kad yang tertera pada Penyata bulanan akan dianggap betul dan mengikat Ahli Kad kecuali pemberitahuan melalui telefon, telegram, teleks, faksimili ataupun melalui pemberitahuan secara bertulis yang disertai dengan laporan polis diterima oleh pihak Bank dalam masa 14 hari dari Tarikh Penyata. 8

8.3. Pihak Bank akan melakukan penyelarasan dan pembetulan terhadap akaun Ahli Kad (sekiranya ada) sebaik sahaja menerima pemberitahuan Ahli Kad. 8.4. Untuk transaksi praizin seperti petrol dan penginapan hotel, amaun yang dibenarkan akan dipotong dari Akaun Semasa atau Akaun Simpanan Ahli Kad dan diselaraskan selepas amaun sebenar digunakan telah dijelaskan. 8.5. Sekiranya baki yang ada tidak mencukupi di dalam Akaun untuk membayar sebarang Transaksi atau amaun lain yang mesti dibayar dari Akaun, termasuk sebarang faedah, yuran, caj atau bayaran lain yang mesti dibayar kepada pihak Bank, mengikut budi bicara mutlaknya, pihak Bank boleh (dan tanpa sebarang kewajipan untuk melakukannya) memindahkan atau mengaturkan pindahan bagi dana yang mencukupi dari mana-mana akaun yang dipegang oleh Ahli Kad dengan Bank ke Akaun tersebut. 8.6. Meskipun yang terkandung di dalam ini bertentangan, sekiranya baki yang ada tidak mencukupi di dalam Akaun Kad untuk membayar sebarang transaksi atau sebarang amaun lain yang mesti dibayar dari Akaun Kad, termasuk sebarang faedah yuran-yuran, caj-caj atau bayaran-bayaran lain yang mesti dibayar kepada pihak Bank akibat dari apaapa sebab termasuk sebarang kelulusan silap yang telah diberikan atau sebarang kesilapan pihak Bank seperti kesilapan dalam mengkredit sebarang amaun kepada Akaun Kad atau kesilapan dalam mengdebit sebarang amaun kepada Akaun Kad atau akibat dari sebarang kesilapan, Ahli Kad dengan ini bersetuju bahawa pihak Bank mempunyai budi bicara mutlaknya untuk membuat penyelarasan atau pembetulan yang perlu dan mengdebit Akaun Kad tersebut dan Ahli Kad dengan ini bersetuju tanpa syarat untuk membayar sebarang amaun yang didebitkan kepada Akaun kad. 8.7. Sekiranya terdapat sebarang kesilapan atau atas apa-apa sebab yang lain, penyelarasan atau pembetulan perlu dibuat ke dalam Akaun kad untuk menunjukkan amaun yang betul, pihak Bank berhak untuk membuat penyelarasan atau pembetulan yang perlu dan Ahli Kad dengan ini bersetuju tanpa syarat untuk membayar sebarang amaun yang didebitkan ke dalam Akaun Kad. 9. YURAN DAN BAYARAN 9.1. Ahli Kad dengan tidak boleh dibatalkan dan tanpa syarat, bersetuju untuk membayar dan memberikan kuasa kepada pihak Bank untuk mendebitkan Akaun Kad dengan yuranyuran dan caj-caj kewangan berikut: a. Yuran Tahunan RM21.20. b. Yuran Pengeluaran Wang Tunai melalui Rangkaian Cirrus di seluruh dunia RM7.42. c. Yuran Pertanyaan Baki melalui Rangkaian Cirrus di seluruh dunia RM1.06. 9.2. Penalti penggantian Kad sebanyak RM15.00 untuk setiap Kad yang dikeluarkan bagi penggantian. 9

9.3. Yuran perkhidmatan sebanyak RM10.60 berhubung dengan sebarang permintaan salinan bagi Resit Transaksi. Walau bagaimanapun, bayaran ini akan dikecualikan jika kesilapan dalam pemprosesan yang berikutnya berpunca daripada Bank. 9.4. Sebarang yuran dan caj kewangan lain yang dianggap sesuai yang dikenakan oleh pihak Bank dari semasa ke semasa untuk perkhidmatan dan kemudahan yang diberikan kepada Ahli Kad dengan memberi notis 21 hari kepada Ahli Kad terlebih dahulu sebelum pelaksanaan berkuatkuasa. 9.5. Yuran Perkhidmatan, kadarnya akan ditentukan oleh pihak Bank dari semasa ke semasa mengikut budi bicara mutlaknya untuk perkhidmatan, kos dan perbelanjaan yang ditanggung dengan memberi notis 21 hari terlebih dahulu sebelum tarikh pindaan caj dan kadar berkuatkuasa. 9.6. Yuran guaman (berdasarkan Peguam Cara dan Klien) dan perbelanjaan lain yang ditanggung oleh pihak Bank dalam menguatkuasakan hak-hak pihak Bank dan kelayakan dan perolehan semula wang yang dihutang oleh Ahli Kad kepada pihak Bank di bawah Akaun Kadnya. 9.7. Meskipun dengan peruntukan di atas, pihak Bank berhak mengikut budi bicara mutlaknya untuk mengubah kadar dan kaedah pengiraan yuran tahunan, yuran pengendalian dan caj-caj tambahan dari semasa ke semasa dengan notis 21 hari terlebih dahulu kepada Ahli Kad. 10. PULANGAN TUNAI AFFIN 10.1. Pulangan tunai ke atas transaksi yang dilakukan akan dinyatakan pada Penyata akaun Ahli Kad. 10.2. Pulangan tunai sah untuk pembelian runcit tetapi tidak termasuk petrol dan transaksi yang berkaitan dengan kerajaan. 10.3. Jumlah pulangan tunai yang terkumpul akan dikreditkan ke dalam akaun Ahli Kad sebulan sekali pada Penyata yang seterusnya 11. KESILAPAN/PERTIKAIAN DAN PEMBERITAHUAN 11.1. Ahli Kad dikehendaki memeriksa rekod Akaun Kad dengan segera dan cermat. 11.2. Ahli Kad perlu memberitahu pihak Bank Pihak mengenai sebarang kesilapan pada Penyata akaun Ahli Kad atau sebarang kemungkinan transaksi tanpa kebenaran berhubung dengan Kad dalam masa 14 hari dari Tarikh Penyata. 10

11.3. Ahli Kad hendaklah membuat pemberitahuan sedemikian dengan segera sebaik sahaja menerima surat atau Penyata akaun daripada pihak Bank secara terus kepada: AFFIN BANK BERHAD Jabatan Perniagaan Kad 301 Block C, Tingkat 3 Menara Glomac, Kelana Business Centre 97, Jalan SS7/2, 47301 Kelana Jaya, Selangor No. Telefon: 03-5522 3000 (semasa waktu pejabat) 03-7947 5488 (selepas waktu pejabat) Faksimili : 03-7804 0750 E-mel: cardservices@affinbank.com.my Atau membuat laporan dengan melengkapkan borang aduan pelanggan di mana-mana Cawangan-cawangan yang berdekatan atau e-mel yourvoice@affinbank.com.my atau hubungi AFFINBANK Careline di nombor 1 800 88 3883. 12. PENGECUALIAN LIABILITI 12.1. Pihak Bank tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerosakan atau kerugian yang ditanggung akibat daripada kecuaian Ahli Kad. 12.2. Pihak Bank tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian atau kerosakan yang dialami oleh Ahli Kad akibat daripada perbuatan atau kesilapan mana-mana Saudagar yang Sah atau MasterCard International. 12.3. Ahli Kad boleh mengendalikan sebarang tuntutan atau pertikaian secara terus dengan Saudagar atau MasterCard International. 13. HAK-HAK PIHAK YANG TERLIBAT 13.1. Pihak Bank berhak mengikut budi bicaranya: a. Untuk menyekat atau menghadkan perbelanjaan harian Ahli Kad atau menahan Akaun Kad (mengikut budi bicara mutlak pihak Bank dan tanpa memberi sebarang notis atau sebab). b. Menolak untuk mengeluarkan semula, membaharui dan menggantikan Kad dengan notis terlebih dahulu jika Ahli Kad didapati telah menggunakan Kad untuk aktiviti menyalahi undang-undang atau Akaun Kad Ahli Kad tidak atau telah tidak dikendalikan dengan memuaskan. c. Untuk menyemak Akaun Kad pemohon bagi Kad tersebut dan Ahli Kad pada bila-bila masa yang pihak Bank anggap perlu dengan notis terlebih dahulu kepada pemohon atau Ahli Kad. 11

14. TRANSAKSI LUAR NEGARA 14.1. Ahli Kad boleh menggunakan Kad di luar Malaysia yang memaparkan logo MasterCard International. 14.2. Ahli Kad boleh menggunakan Kad untuk Pengeluaran Wang Tunai melalui ATM dengan logo MasterCard Cirrus yang telah ditetapkan dan hendaklah memastikan bahawa semua transaksi antara negara yang dilakukan oleh Ahli Kad melalui ATM tidak melanggar undang-undang yang wujud di negara di mana transaksi tersebut dilakukan. 14.3. Sekiranya Ahli Kad menggunakan Kad di luar Malaysia, transaksi yang dibuat akan ditukarkan kepada Ringgit Malaysia dimana kadar pertukaran akan ditentukan oleh MasterCard International pada tarikh transaksi berkenaan diproses berserta margin pertukaran mata wang asing sebanyak 1% (sebelum ini dikenali sebagai kos pentadbiran). 14.4. Di mana berkenaan, Ahli Kad hendaklah mematuhi Peraturan Pentadbiran Pertukaran Asing 2013 yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia berkaitan dengan transaksi luar negara. 14.5. Ahli Kad hendaklah bertanggungjawab ke atas pencabulan atau ketidakpatuhan terhadap peraturan-peraturan tersebut dan sebarang pindaan terhadapnya. 15. PENAMATAN 15.1. Bank boleh menamatkan perjanjian yang terkandung dalam terma dan syarat ini dengan memaklumkan kepada Ahli Kad secara bertulis bagi melaksanakannya pada bila-bila masa. Ahli Kad boleh menamatkan perjanjian yang terkandung dalam terma dan syarat ini dengan memaklumkan kepada Bank secara bertulis, memotong Kad tersebut kepada dua melalui jejalur magnetik dan cip dan mengembalikan Kad tersebut kepada pihak Bank. Penamatan tersebut akan berkuatkuasa, tertakluk pada peruntukan dalam perenggan berikut bagi fasal ini, sebaik sahaja pihak yang lain menerima notis yang berkenaan. a. Kegagalan Ahli Kad untuk melaksanakan dan/atau mematuhi mana-mana terma dan syarat yang mengawal penggunaan Kad di sini; atau b. Penggantungan, penamatan atau pembatalan hak Ahli Kad untuk menggunakan Kad tersebut dengan notis terlebih dahulu yang mencukupi; apabila berlakunya manamana daripada yang berikut: i. Ahli Kad meninggal dunia atau diisytiharkan muflis, melakukan kegiatan yang menjurus kepada kemuflisan, atau di dalam kes-kes di mana Ahli Kad merupakan sebuah syarikat, sebuah petisyen untuk penggulungannya telah diserahkan atau pun sebuah resolusi untuk penggulungan sengaja telah diluluskan; atau ii. Ahli Kad gagal membayar mana-mana keterhutangan yang terhutang kepada pihak Bank apabila perlu dibayar; atau iii. Sekiranya pada pandangan pihak Bank, kemudahan kredit Ahli Kad dengan pihak Bank (termasuk mana-mana akaun Ahli Kad yang boleh wujud dengan pihak Bank atau mana-mana institusi lain) adalah atau tidak dikendalikan dengan baik dan/atau sekiranya Ahli Kad melakukan atau mengugut untuk melakukan 12

pengingkaran terhadap mana-mana perjanjian, atau sekuriti yang berkaitan dengan akaun-akaun lain atau kemudahan pinjaman yang diberikan oleh pihak Bank atau pihak-pihak lain kepada Ahli Kad yang mana Ahli Kad merupakan penjamin, penggadai atau penyerah hak; atau iv. Sebarang arahan untuk pelaksanaan, writ penahanan, garnishmen atau manamana prosiding undang-undang yang dikeluarkan terhadap Ahli Kad; atau v. Sekiranya sesuatu keadaan wujud atau berlaku yang mana menurut budi bicara mutlak pihak Bank mampu: Mewujudkan prejudis terhadap kemampuan Ahli Kad untuk melaksanakan dan/atau mematuhi obligasi di sini; atau Prejudis terhadap pembayaran balik sebarang amaun yang perlu dibayar kepada pihak Bank. c. Atau Ahli Kad telah membatalkan Kadnya. 15.2. Perjanjian yang terkandung dalam terma dan syarat ini akan dianggap kekal untuk dikuatkuasakan sepenuhnya dan berkuatkuasa jika dan setakat sebarang transaksi telah selesai dilakukan tetapi tidak didebitkan ke akaun sebelum penamatan. 15.3. Penamatan perjanjian yang terkandung dalam terma dan syarat ini tidak akan menjejaskan sebarang liabiliti berhubung dengan perkara yang telah dilakukan atau lalai untuk melakukannya sebelum penamatan. 15.4. Hak dan remedi Bank terhadap Ahli Kad tidak akan terjejas berikutan penamatan. 15.5. Berikutan penamatan, pihak Bank berhak untuk mengambil tindakan terhadap Ahli Kad untuk mendapat kembali sebarang amaun yang dihutang oleh Ahli Kad di bawah Perjanjian ini termasuk sebarang faedah, yuran-yuran, caj-caj atau lain-lain bayaran yang dihutang kepada pihak Bank dan Ahli Kad bertanggungjawab untuk membayar kos-kos yang ditanggung oleh pihak Bank (termasuk yuran-yuran guaman atas dasar peguam dan anakguam). 15.6. Pihak-pihak di sini bersetuju bahawa penyampaian sebarang proses guaman, termasuk saman, hendaklah disampaikan kepada pihak lain secara serahan tangan atau dihantar melaui pos berbayar kepada alamat pihak yang lain yang tercatit di dalam borang permohonan atau kepada alamat lain yang dimaklumkan oleh Ahli Kad kepada Bank dari semasa ke semasa dan penyampaian sedemikian hendaklah dianggap telah diterima oleh Ahli Kad 3 hari selepas pengeposan. 15.7. Berikutan penamatan, pihak Bank mungkin juga akan menamatkan Akaun Kad jika ia menganggap perlu untuk berbuat demikian dan budi bicara demikian tidak dicabar oleh Ahli Kad. 13

16. PELBAGAI 16.1. UNDANG-UNDANG Perjanjian ini hendaklah tertakluk dan ditafsirkan menurut undang-undang semasa Malaysia. Ahli Kad dengan ini bersetuju dan patuh terhadap bidang kuasa Mahkamah undang-undang di Malaysia. Ahli Kad dengan ini bersetuju bahawa penyampaian proses boleh dikuatkuasakan dengan mengeposnya kepada Ahli Kad dengan cara yang disebutkan di dalam Fasal 16.8. 16.2. PENGECUALIAN Masa hendaklah menjadi intipati Perjanjian ini tetapi kegagalan untuk melaksanakan dan penangguhan untuk melaksanakan mana-mana hak, kuasa, keistimewaan atau remedi tidak akan dianggap sebagai penepian bagi pihak Bank dan mana-mana sesuatu pelaksanaan hak, kuasa, keistimewaan atau remedi tidak akan menghalang pelaksanaan selanjutnya atau pelaksanaan hak, kuasa, keistimewaan atau remedi yang lain. Hak dan remedi yang tertera di sini adalah kumulatif dan tidak termasuk mana-mana hak atau remedi yang diberikan oleh undang-undang. 16.3. PEMELIHARAAN HAK DAN KELAYAKAN Meskipun apa-apa yang terkandung di dalam Perjanjian ini, hak dan kelayakan pihak Bank di bawah Perjanjian ini hendaklah kekal berkuatkuasa dan melewati sebarang pembatalan, pengguguran dan penggantungan Kad oleh pihak Bank. 16.4. PENGUBAHAN PERJANJIAN Ahli Kad bersetuju bahawa pihak Bank boleh, dari semasa ke semasa dengan memberi 21 hari notis bertulis terlebih dahulu kepada Ahli Kad, mengubah, menambah dan/atau meminda terma-terma dan syarat-syarat yang terkandung di sini. Sekiranya Ahli Kad tidak bersetuju dengan pengubahan, penambahan dan/atau pindaan tersebut, Ahli Kad hendaklah menyerah dan mengembalikan Kad yang dipotong dua melintasi jalur magnetik dan cip kepada pihak Bank. Jika tidak, Ahli Kad hendaklah dianggap menerima pengubahan, penambahan dan/atau pindaan tersebut. 16.5. PENDEDAHAN Ahli Kad dengan ini memberi kuasa kepada pihak Bank untuk mendedahkan apa jua maklumat-maklumat berkaitan dengan Akaun Kad Ahli, Ahli Kad dan kemudahankemudahan seperti yang dikehendaki oleh undang-undang atau mana-mana pihak berkuasa kawal selia atau sebagaimana yang pihak Bank rasakan sesuai bagi pelaksanaan kontrak itu: a. Kepada mana-mana Saudagar, bank atau institusi kewangan, MasterCard International atau mana-mana ahli institusi MasterCard International atau mana-mana pihak yang berminat untuk memanfaatkan penggunaan Kad tersebut. b. Kepada mana-mana pihak berkuasa atau badan yang ditubuhkan oleh Bank Negara Malaysia atau mana-mana pihak berkuasa yang mempunyai bidang kuasa ke atas pihak Bank. 14

c. Untuk atau berkaitan dengan mana-mana tindakan atau prosiding yang diambil untuk mendapat kembali wang yang perlu dibayar dan dibayar oleh Ahli Kad kepada pihak Bank. d. Bagi maksud melaksanakan kontrak atau transaksi atau seperti yang dikehendaki oleh undang-undang. 16.6. NOTIS DAN KOMUNIKASI KEPADA PIHAK BANK a. Ahli Kad dengan ini mengaku untuk memberitahu pihak Bank dalam bentuk bertulis dengan segera tentang sebarang perubahan butir-butir peribadi, pertukaran alamat kediaman, nombor telefon dan/atau penggajian atau perniagaan. b. Sebarang Penyata akaun, surat-menyurat atau notis kepada Ahli Kad boleh dihantar melalui tangan atau dihantar melalui kiriman prabayar ke alamat Ahli Kad yang tertera di dalam borang permohonan Kad Bank atau ke mana-mana alamat lain yang diberitahu oleh Ahli Kad kepada pihak Bank dari semasa ke semasa dan hendaklah dianggap telah diterima oleh Ahli Kad dalam masa 7 hari bekerja selepas kiriman dilakukan. Sebarang kegagalan oleh pihak Ahli Kad untuk memberitahu pihak Bank tentang pertukaran alamatnya yang mengakibatkan penangguhan atau pemulangan semula mana-mana Penyata bulanan, surat-menyurat dan notis tidak akan menjejaskan hak pihak Bank di bawah Perjanjian ini. c. Alamat dan nombor telefon terakhir Ahli Kad adalah alamat dan nombor telefon Ahli Kad yang betul sekiranya tiada apa-apa pengakuan penerimaan perubahan alamat dan nombor telefon oleh pihak Bank. Bebanan adalah ke atas Ahli Kad untuk membuktikan bahawa pihak Bank telah menerima dan melaksanakan perubahan,sekiranya ada. 16.7. DOKUMEN LANJUTAN Ahli Kad dengan ini mengaku untuk menandatangani dokumen-dokumen lanjutan yang diminta oleh pihak Bank dari semasa ke semasa dan Ahli Kad dengan ini berjanji dan bersetuju bahawasanya dokumen-dokumen lanjutan tersebut pada pilihan pihak Bank boleh dianggap berkuatkuasa secara retrospektif. 16.8. PENYAMPAIAN NOTIS Pihak-pihak kepada Perjanjian ini dengan ini bersetuju bahawa penyampaian sebarang notis dan/atau saman dan Penyata tuntutan akibat daripada atau berkaitan dengan saman tersebut melalui pos ke alamat Ahli Kad yang terakhir yang dinyatakan dalam borang permohonan Bank atau alamat lain yang dimaklumkan kepada Bank oleh Ahli Kad dari semasa ke semasa akan dianggap telah disampaikan pada masa kiriman notis dan/atau saman dan Penyata tuntutan dibuat. 16.9. SIJIL KETERHUTANGAN Sesuatu Sijil Keterhutangan yang dikeluarkan oleh pihak Bank hendaklah muktamad dan dijadikan keterangan muktamad di dalam Mahkamah Undang- Undang yakni ke atas jumlah semasa yang perlu dibayar dan dibayar oleh Ahli Kad kepada pihak Bank. 15

16.10. PENGASINGAN Ketidaksahan atau ketidakbolehan penguatkuasaan fasal-fasal di sini tidak akan memansuhkan tujuan Perjanjian ini dan fasal-fasal yang tidak sah atau tidak boleh dikuatkuasakan hendaklah diasingkan dan ketidaksahan dan ketidakbolehan penguatkuasaan mana-mana terma-terma atau syarat-syarat. Perjanjian ini tidak akan menjejaskan kesahan terma-terma atau fasal-fasal yang lain dan hendaklah kekal berkuatkuasa. 16.11. FASAL PRIVASI KUMPULAN a. Ahli Kad dengan ini mengesahkan bahawa Ahli Kad telah membaca, memahami dan bersetuju untuk terikat dengan Notis Privasi Kumpulanpihak Bank dan fasal ini, sebagaimana yang berkaitan dengan pemprosesan maklumat peribadinya. Bagi mengelakkan keraguan, Ahli Kad bersetuju bahawa Notis Privasi Kumpulan tersebut hendaklah dianggap sebahagian daripada Perjanjian ini. b. Ahli Kad mengesahkan dan bersetuju dengan terma-terma Notis Privasi Kumpulan di dalam laman sesawang pihak Bank. c. Sekiranya Ahli Kad memberi maklumat peribadi dan / atau maklumat kewangan yang berkaitan dengan pihak ketiga, termasuk maklumat yang berkaitan dengan saudara mara atau tanggungan atau maklumat berkaitan dengan pengarah, pemegang saham, pegawai, penjamin individu dan pemberi sekuriti ( bagi syarikat), bagi tujuan pembukaan atau operasi akaun/ kemudahan dengan pihak Bank atau sebaliknya melanggan produk dan perkhidmatan pihak Bank, Ahli Kad: i. mengesahkan bahawa dia telah mendapat persetujuan mereka dan / atau selainnya berhak untuk memberikan maklumat ini kepada pihak Bank bagi tujuan mengikut perjanjian ini; ii. bersetuju untuk memastikan bahawa maklumat peribadi dan kewangan pihak ketiga tersebut adalah tepat; dan iii. bersetuju untuk mengemaskini maklumat kepada Bank secara bertulis sekiranya berlaku apa-apa perubahan yang material kepada maklumat peribadi dan kewangan tersebut. d. Dimana Ahli Kad mengarahkan pihak Bank untuk melaksanakan sebarang bentuk transaksi merentas sempadan (termasuk untuk membuat atau menerima pembayaran), butiran yang berkaitan dengan transaksi merentas sempadan (termasuk maklumat berkaitan kepada mereka yang terlibat di dalam transaksi tersebut) boleh diterima daripada atau dihantar ke luar negara, di mana ia boleh diakses (sama ada secara langsung atau tidak langsung) dengan pengawal selia luar negara dan pihak berkuasa yang mempunyai kewajipannya yang sah (pencegahan jenayah). Dalam mengarahkan pihak Bank atau ejen-ejennya untuk memasuki apaapa transaksi merentas sempadan bagi pihak Ahli Kad, Ahli Kad dengan ini bersetuju pendedahan yang disebut di atas bagi pihaknya dan lain-lain yang terlibat dalam urus niaga merentas sempadan tersebut. 16

e. Selain itu, tetapi sentiasa tertakluk kepada sebarang undang-undang (termasuk peraturan-peraturan, garis panduan dan/atau kewajipan) berkaitan dengan pihak Bank (sama ada di dalam atau di luar Malaysia), Ahli Kad dengan ini bersetuju bahawa pihak Bank dan syarikat-syarikat lain di dalam Kumpulan Affin Holdings Berhad boleh menghubungi Ahli Kad tentang produk, perkhidmatan dan tawaran, yang mungkin menarik minat Ahli Kad atau memberi manfaat kepada mereka dari segi kewangan. Walau bagaimanapun, Ahli Kad boleh memilih untuk opt-out daripada pemasaran secara terus dengan menghubungi nombor telefon atau menulis kepada alamat di bawah. Merujuk kepada peniaga-peniaga, rakan kongsi strategik, ejen dan penasihat profesional yang bukan sebahagian daripada Kumpulan Affin Holdings Berhad, pihak Bank tidak akan membuat apa-apa usaha pemasaran langsung melainkan kebenaran telah diperolehi daripada Ahli Kad. f. Pihak Bank boleh berkomunikasi dengan Ahli Kad melalui pelbagai saluran, termasuk telefon, komputer atau surat menyurat dengan menggunakan maklumat hubungan yang telah Ahli Kad berikan. g. Ahli Kad boleh opt-out dengan memberitahu pihak Bank pada bila-bila masa jika dia tidak mahu menerima komunikasi pemasaran daripada pihak Bank, ahli-ahli lain di dalam Kumpulan Affin Holdings Berhad, dan peniaga, rakan kongsi strategik, ejen dan penasihat profesionalpihak Bank dengan dengan menghubungi Pusat Panggilan kami di nombor 03-5522 3000 atau menulis kepada mana-mana Pengurus Cawangan Perkhidmatan atau Pengurus Perhubungan atau dengan menulis kepada Jabatan Perniagaan Kad: AFFIN BANK BERHAD Jabatan Perniagaan Kad 301 Blok C, Tingkat 3 Menara Glomac Kelana Business Centre 97 Jalan SS7/2 47301 Kelana Jaya, Selangor h. Ahli Kad dengan ini mengakui bahawa komunikasi tertentu seperti Penyata akaun dan laman sesawang Bank yang mengandungi maklumat standard mengenai produk dan perkhidmatan lain Bank yang tidak boleh dikeluarkan tanpa menjejaskan penghantaran/perkhidmatan dan/atau produk-produknya, operasi akaun Ahli Kad dan/atau kemudahan dengan Bank, dan/atau kos tambahan kepada Bank. i. Pihak Bank boleh menggunakan agensi rujukan kredit untuk membantu membuat keputusan, contohnya apabila ada keperluan untuk: i. menyemak butiran pada permohonan kredit dan berkaitan kredit atau lain-lain kemudahan; ii. menguruskan kredit dan akaun atau kemudahan berkaitan kredit, termasuk menjalankan ulasan portfolio Ahli Kad; dan/atau iii. mendapatkan semula hutang. j. Ahli Kad akan dihubungkan oleh agensi-agensi rujukan kredit kepada mana-mana nama lain yang mungkin digunakan atau telah digunakan, dan mana-mana pemohon bersama dan berasingan. Pihak Bank juga boleh berkongsi maklumat tentang Ahli Kad dan bagaimana pengurus beliau menguruskan akaun/kemudahan dengan agensi-agensi rujukan kredit yang berkaitan. 17

k. Ahli Kad tidak boleh menahan pihak Bank untuk bertanggungjawab ke atas manamana semakan kredit yang pihak Bank langgani. Ahli Kad hendaklah bertanggungjawab untuk mengemaskini kepada agensi laporan kredit sekiranya terdapat apa-apa perubahan dalam status kredit mereka seperti yang dinyatakan di dalam laporan kredit. Ahli Kad bersetuju bahawa pihak Bank tidak akan bertanggungjawab sekiranya laporan kredit mereka diterbitkan tanpa sebarang kecuaian di pihak Bank. Pihak Bank berhak untuk meminda fasal ini dari semasa ke semasa mengikut budi bicara mutlaknya dan hendaklah memberikan notis 21 hari terlebih dahulu kepada Ahli Kad secara bertulis dan meletakkan pindaan tersebut pada laman sesawang pihak Bank dan / atau dengan meletakkan notis di ruang perbankan atau di tempat yang mudah dilihat dalam cawangancawangan pihak Bank. 16.12. CUKAI BARANG DAN PERKHIDMATAN (GST) Apa-apa jumlah yang dinyatakan dalam dokumen ini atau yang harus dibayar oleh manamana pihak kepada pihak lain dalam dokumen ini adalah dianggap tidak termasuk Cukai Barangan dan Perkhidmatan ("GST") atau mana-mana cukai yang serupa yang boleh dikenakan ke atas bekalan dimana jumlah itu (keseluruhan atau sebahagian) adalah bagi tujuan pembayaran GST. Caj-caj yang dikenakan oleh pihak Bank tidak termasuk cukai yang akan dikenakan pada masa akan datang (termasuk GST). Apabila GST dilaksanakan, pihak Bank berhak mendapat kembali GST daripada Ahli Kad seperti yang dikehendaki oleh undang-undang. 16.13. TERMA DAN SYARAT YANG LAIN Terma-terma dan syarat-syarat yang terkandung di sini hendaklah dianggap sebagai tambahan dan bukannya pengurangan terhadap mana-mana perjanjian spesifik atau susun atur berkaitan dengan setiap satu kemudahan di bawah kemudahan Kad semasa atau yang wujud dari semasa ke semasa di antara pihak Bank dan Ahli Kad atau manamana terma-terma dan syarat-syarat yang dinyatakan di dalam mana-mana surat tawaran yang diberikan oleh pihak Bank kepada Ahli Kad dari semasa ke semasa. Selaras dengan komitmen pihak Bank untuk meningkatkan kemudahan dan faedah-faedah Ahli Kad, pihak Bank boleh menilai semula dan menyemak ciri-ciri dan faedah-faedah yang disenaraikan di dalam Perjanjian Ahli Kad ini dari semasa ke semasa dengan memberi notis 21 hari terlebih dahulu, melalui laman sesawang pihak Bank atau notis bertulis kepada Ahli Kad. Ahli Kad dinasihatkan untuk merujuk kepada terma dan syarat yang dikemas kini di laman sesawang pihak Bank di www.affinbank.com.my dari semasa ke semasa. Terma dan syarat terkini yang terdapat di laman sesawang pihak Bank hendaklah menggantikan semua terma dan syarat terdahulu yang dibuat di antara pihak Bank dan Ahli Kad di bawah Perjanjian ini. 18

Nota: Walau apa pun yang tersebut di atas, apabila permintaan dibuat oleh anda untuk mendapatkan versi dalam Bahasa Malaysia, Bank hendaklah menyediakan anda dengan versi dalam Bahasa Malaysia dengan sewajarnya. JABATAN PERNIAGAAN KAD AFFIN BANK BERHAD Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pusat Panggilan kami di talian: 03-5522 3000 E-mel: cardservices@affinbank.com.my Isi Kandungan 2017 Affin Bank Berhad. (Versi- 2 Januari 2017) 19