HARTA SEPENCARIAN EMBUN BIN AWANG LWN MELAH TEH DAN TIGA YANG LAIN JH 42(1) 1437H

dokumen-dokumen yang mirip
ULASAN KES HARTA SEPENCARIAN EMBUN BIN AWANG LWN MELAH TEH DAN TIGA YANG LAIN JH 42(1) 1437H

KURSUS TEKNIKAL UNDANG-UNDANG KADI DAN PENDAKWA NEGERI PULAU PINANG 7 Oktober 1992 hingga 8 Oktober 1992

BAB V KESIMPULA DA SARA A. harta antara pasangan suami isteri. Mengikut amalan di rantau ini, ia boleh dituntut

ULASAN KES JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN & YL LWN BERJAYA BOOKS SDN. BHD. & YL [2015] 3 CLJ 461

ISU-ISU TERHADAP TUNTUTAN HARTA SEPENCARIAN DI BAWAH ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM NEGERI SELANGOR (2003)

Koperasi 33 BAHAGIAN V. Mesyuarat agung

i) HARTA SEPENCARIAN ii) MUTAAH iii) PENGUATKUASAAN PERINTAH NAFKAH ORANG ISLAM Macam mana nak tentukan sesuatu harta itu adalah Harta Sepencarian?

ULASAN KES VIEW ESTEEM SDN. BHD.

ENAKMEN WAKAF (NEGERI SELANGOR) /1999. BETA PERKENANKAN, TENGKU IDRIS SHAH IBNI SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH AL-HAJ, Pemangku Raja Selangor

SYARAT-SYARAT JUALAN

0C2B F A4?OpenDocument

KOPERASI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN MELAYU PAHANG TIMUR BERHAD

UNDANG-UNDANG KECIL KOPERASI PKNS 2013

PERISYTIHARAN JUALAN DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI IPOH PERMOHONAN UNTUK PELAKSANAAN NO /2012 SAMAN PEMULA NO TAHUN 2010

PERISYTIHARAN JUALAN DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI PULAU PINANG SAMAN PEMULA NO PERMOHONAN UNTUK PELAKSANAAN NO.

AKTA PROFESION UNDANG-UNDANG 1976 PERINTAH SARAAN PEGUAM CARA 2005

TAKLIMAT FAEDAH TERBITAN. BAHAGIAN PASCA PERKHIDMATAN Bahagian Pasca Perkhidmatan

MUZAKARAH HAKIM-HAKIM MAHKAMAH RENDAH SYARIAH SE MALAYSIA PULAU PINANG 3 JUN 1998

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

TAKLIMAT FAEDAH TERBITAN. BAHAGIAN PASCA PERKHIDMATAN Bahagian Pasca Perkhidmatan

Ulasan Buku Undang-undang [ULASAN Islam di Malaysia: BUKU] Prinsip dan Amalan 179. Mohd Norhusairi Mat Hussin

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA GP2: GARIS PANDUAN PERMOHONAN PEMBAYARAN DIVIDEN OLEH KOPERASI (PINDAAN) 2012 BAHAGIAN A: PENGENALAN

Mahkamah Rendah (Pindaan) 1 D.R. 21/2010 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Akta Mahkamah Rendah 1948.

JPA(S)TT. 71/3/1 ( 16 ) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 26 TAHUN 2008

PENDAKWAAN DI MAHKAMAH BAHAGIAN UNDANG-UNDANG KEMENTERIAN KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN

KOPERASI KAKITANGAN MAKTAB KERJASAMA MALAYSIA BERHAD D/A MAKTAB KERJASAMA MALAYSIA, 103, JALAN TEMPLER, PETALING JAYA, SELANGOR DARUL EHSAN.

NO. AWARD : 900 TAHUN 2016

Amalan Dengan Ketekunan Wajar. 5. Siapa Yang Harus Melaksanakan Ketekunan Wajar? 6. Apakah Skop Sesuatu Kajian Semula Ketekunan Wajar?

(c) suatu guaranti dalam suatu amaun yang ditetapkan oleh mahkamah dari plaintif berkenaan tuntutan (b) itu.

KOPERASI KKGLM MALAYSIA BERHAD ATURAN AKTIVITI PINJAMAN

BAHAGIAN III KEWAJIPAN-KEWAJIPAN DAN KEISTIMEWAAN-KEISTIMEWAAN KOPERASI-KOPERASI

PERISYTIHARAN JUALAN DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI ALOR SETAR SAMAN PEMULA NO PELAKSANAAN NO

RHB Bank Berhad (No. Syarikat : 6171-M) DAN

Terma-Terma dan Peraturan Pengurusan Kes (Peringkat Pertama)

PENGLIBATAN ORANG BUKAN ISLAM DALAM SISTEM KEHAKIMAN SYARIAH: BUKAN ISLAM SEBAGAI SAKSI DI MAHKAMAH SYARIAH MALAYSIA

AKTA KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 1997 (AKTA 561)

Undang-Undang Malaysia

20 Undang-Undang Malaysia AKTA 502

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA GP22: GARIS PANDUAN PERMOHONAN PEMBAYARAN HONORARIUM KEPADA ANGGOTA LEMBAGA KOPERASI BAHAGIAN A : PENGENALAN

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

TUNTUTAN TAKAFUL PERUBATAN DAN KESIHATAN

AKTA (LARANGAN) KUMPULAN WANG KUTU 1971

Bantuan Guaman (Pindaan) 1 D.R. 25/2017 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Akta Bantuan Guaman 1971.

Tiap-tiap anggota hendaklah diberi dengan percuma satu naskhah Undangundang Kecil ini. Naskhah tambahan akan dikenakan bayaran.

MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA KES NO: 21(26)/4-840/12 ANTARA RIDWAN FARID BIN SUBAIRI DAN MERCURY MARINE SDN. BHD. AWARD NO: 551 TAHUN 2017

Umur Persaraan Minimum 1 D.R. 26/2012 RANG UNDANG-UNDANG UMUR PERSARAAN MINIMUM 2012

PERISYTIHARAN JUALAN DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI PULAU PINANG SAMAN PEMULA NO. 24F /2013 PERMOHONAN UNTUK PELAKSANAAN NO.

Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman 1 D.R. 27/2008. Rang Undang-Undang Suruhanjaya pelantikan kehakiman 2008

ANALISA KES MELIBATKAN ANAK TAK SAH TARAF DI MAHKAMAH SYARIAH

PERATURAN-PERATURAN TABUNG KEBAJIKAN KOPERASI JABATAN PERDANA MENTERI

D.R. 20/2007 RANG UNDANG-UNDANG MAKMAL PATOLOGI 2007

PERJANJIAN BIASISWA SELANGORKU TAHUN 2017

Rekod permohonan, siasatan, tindakan dan keputusan Lembaga berhubung dengan kumpulan wang hendaklah disenggara oleh setiausaha.

Prof. Madya Dr. Mohamed Azam Mohamed Adil Deputy CEO, IAIS Malaysia

PERISYTIHARAN JUALAN DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI PULAU PINANG SAMAN PEMULA NO PERMOHONAN UNTUK PELAKSANAAN NO.

Tribunal Tuntutan Pengguna. Written by Administrator Thursday, 13 August :17 -

AKTA PERANTI PERUBATAN 2012 (AKTA 737)

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

KOPERASI PEGAWAI-PEGAWAI KERAJAAN NEGERI PAHANG DARUL MAKMUR BERHAD ATURAN-ATURAN PINJAMAN PERIBADI (AL-BAI AINAH)

PERJANJIAN PINJAMAN PENDIDIKAN

MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA KES NO. 6/4-274/15 DI ANTARA TAN POH THIAM DENGAN DAILY FRESH FOODS SDN. BHD. AWARD NO: 308 TAHUN 2017

BAB EMPAT : WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR. bermastautin. Setiap kes yang difailkan akan melalui prosiding tertentu dari awal

Undang-Undang Malaysia

Kenapa membeli insurans atau menyertai skim takaful? Apakah jenis produk insurans/ takaful yang saya perlukan?

BULETIN KUMPULAN HAL EHWAL PESERTA

40 Undang-Undang Malaysia AKTA 502

Bab 4. Pelaksanaan Permohonan Perintah Faraid Menurut Undang-undang Islam di Mahkamah Syariah di Malaysia

Soalan-Soalan Lazim Mengenai Yuran Majlis Peguam

PERISYTIHARAN JUALAN PERINTAH JUALAN ATAS PERMINTAAN PEMEGANG GADAIAN 0701AUC

AKTA JUALAN BARANGAN (Akta 382) SUSUNAN SEKSYEN-SEKSYEN

KOPERASI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN MELAYU PAHANG TIMUR BERHAD

TATACARA PENDAFTARAN KES TANGKAPAN SAMAN & WARAN DI MAHKAMAH SYARIAH

PERISYTIHARAN JUALAN

D.R. 32/90 RANG UNDANG-UNDANG CUKAI AKTIYITI PERNIAGAAN LUAR PESISIR LABUAN- 1990

JPA.SARAAN 223/5/4-3 JLD.3 (2) No. Siri : KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 4 TAHUN 2015

BAB V PENUTUP. pertolongan sehingga berjaya menyelesaikan disertasi ini. Disertasi ini akan ditutup

UNDANG-UNDANG TUBUH BADAN KHAIRAT KEMATIAN MASJID AL-FAIZIN DESA JAYA-TAMAN EHSAN BAGI

KEMPEN Perayaan Faedah SIFAR 12 Bulan PINJAMAN PERIBADI HONG LEONG

UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 680 AKTA AKTIVITI KERAJAAN ELEKTRONIK 2007 SUSUNAN SEKSYEN

Undang-Undang Malaysia

BORANG PERMOHONAN HIBAH AMANAH

PENDAKWA SYARIE LWN NOOR WAHIDA BT AHMAD AZRI [2013] 3 SHLR 116

Terma-terma dan Syarat-syarat 0% Easy Pay CIMB

PROGRAM PINJAMAN LATIHAN KEMAHIRAN KEPADA GOLONGAN PEKERJA

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA GP7B: GARIS PANDUAN PEMBERIAN IBRA (REBAT) BAGI PEMBIAYAAN ISLAM BERASASKAN JUAL BELI BAHAGIAN A: PENGENALAN

RISALAH PENDEDAHAN PRODUK AKAUN PELABURAN KHAS (SIA)

DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI SHAH ALAM DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN [GUAMAN SIVIL NO. MT ] ANTARA JASRA ENTERPRISE...

PERLEMBAGAAN BADAN KHAIRAT KELANA JAYA, SELANGOR

AKTA PENGURUSAN STRATA 2013 (AKTA 757)

Shamrahayu A. Aziz, 2016, Isu Penguatkuasaan Undang-undang Jenayah Islam di Malaysia, 88 halaman, ISBN

Pertikaian Perdagangan dan Resolusi Pertikaian

MAKTAB KERJASAMA MALAYSIA

Program Penukaran Baki CIMB Bank Terma-Terma dan Syarat-Syarat setakat 7 MEI Program Penukaran Baki

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

ULASAN BUKU PENGENALAN

Jaminan Fideliti Terma & Syarat

ATURAN-ATURAN MODAL SYER. Aturan-aturan ini adalah dinamakan Aturan-aturan Modal Syer Koperasi.

Penjamin PINJAMAN ANDA. Penjamin. Program pendidikan pengguna oleh:

ATURAN-ATURAN PEMBIAYAAN IHSAN QARDHUL HASSAN. Aturan-aturan ini adalah dinamakan Aturan-aturan Pembiayaan Ihsan Qardhul Hassan Koperasi.

Transkripsi:

[ULASAN KES] 29 KANUN (2) 135 HARTA SEPENCARIAN EMBUN BIN AWANG LWN MELAH TEH DAN TIGA YANG LAIN JH 42(1) 1437H Mohd. Norhusairi Mat Hussin husairi@um.edu.my Jabatan Syariah dan Undang-undang, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya. PENDAHULUAN Kes ini merupakan kes tuntutan harta sepencarian antara plaintif dengan defendan yang menuntut harta yang ditinggalkan oleh si mati. Plaintif merupakan isteri si mati dan defendan pula merupakan waris si mati. Kes ini dibicarakan dan diputuskan di Mahkamah Tinggi Syariah Negeri Kedah. Pertikaian dalam kes ini adalah terhadap harta tak alih yang melibatkan dua bidang tanah hasil peninggalan si mati. Kes ini menarik untk dikaji kerana kes ini melibatkan tuntutan harta sepencarian si mati, serta melibatkan pihak yang berkepentingan antara seorang isteri dengan para waris si mati. Selain itu, kes ini juga melibatkan perkahwinan yang berlangsung sekian lama, serta ketiadaan dokumen pengesahan perkahwinan antara plaintif dengan si mati. Sementelahan pula, defendan merupakan adik-beradik tiri si mati yang meragui wujudnya pernikahan antara plaintif dengan si mati. FAKTA KES Kes ini melibatkan plaintif, iaitu Embun bin Awang Teh yang merupakan balu si mati, iaitu Allahyarham Shaari bin Puteh. Defendan pula merupakan adik tiri si mati. Harta yang menjadi pertikaian dalam kes ini ialah (i) Sebidang tanah yang didaftarkan sebagai HS (M) 31/1974 mukim Rambai, daerah Pendang, Kedah, dan (ii) Sebidang tanah yang didaftarkan sebagai HS (M) 31/1994 mukim Rambai, daerah Pendang, Kedah. KANUN 16 JUN 2017 NSK.indb 135

136 KANUN [JULAI 2017] Tuntutan ini dibuat oleh plaintif di bawah seksyen 122 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Negeri Kedah untuk mendapatkan perintah pengisytiharan harta sepencarian terhadap harta tak alih yang diperoleh oleh plaintif dan si mati. Plaintif turut memohon kepada mahkamah supaya harta tersebut diisytiharkan sebagai harta sepencarian dan plaintif mendapat sebahagian daripada harta tersebut. Dalam kes ini terdapat tuntutan balas yang dituntut oleh defendan, iaitu hasil jualan kayu getah yang dijual kepada seorang peniaga berbangsa Cina yang dimasukkan ke dalam senarai harta si mati dan difaraidkan kepada warisnya. ISU DALAM KES Isu dalam kes ini ialah: 1. Hartanah yang dipohon oleh plaintif merupakan harta sepencarian antara plaintif dengan si mati; 2. Jika sabit sebagai harta sepencarian, berapakah kadar yang patut diperoleh perayu; 3. Adakah ketiadaan keterangan dokumen yang membuktikan plaintif dan si mati sebagai suami isteri yang sah memberikan kesan terhadap tuntutan harta sepencarian? PENGHAKIMAN KES MAHKAMAH TINGGI SYARIAH NEGERI KEDAH Dalam kes ini mahkamah memutuskan bahawa: 1. Hartanah yang dipohon oleh plaintif diisytiharkan sebagai harta sepencarian; 2. Mahkamah memerintahkan 1/3 daripada harta tersebut atau nilainya diberikan kepada plaintif dan bakinya dibahagikan mengikut faraid kepada warisnya yang berhak; KANUN 16 JUN 2017 NSK.indb 136

HARTA SEPENCARIAN EMBUN BIN AWANG LWN MELAH BINTI TEH DAN TIGA YANG LAIN JH 42(1) 1437H 29 KANUN (2) 137 3. Mahkamah memerintahkan tuntutan balas defendan ditolak. ULASAN KES Kes ini melibatkan tuntutan harta sepencarian terhadap harta peninggalan si mati antara balu si mati yang bertindak sebagai plaintif dengan waris si mati yang merupakan adik-beradik tiri si mati sebagai defendan. Harta yang dipertikaikan pada peringkat awalnya melibatkan harta tak alih si mati, iaitu hartanah di mukim Pendang, Kedah. Walau bagaimanapun, pihak defendan memfailkan pembelaan dan pada masa yang sama membuat tuntutan balas yang melibatkan harta alih, iaitu sejumlah hasil jualan kayu getah yang dijual kepada seorang peniaga berbangsa Cina. Pihak defendan membuat permohonan kepada mahkamah supaya wang tersebut dimasukkan ke dalam senarai harta si mati dan perlu difaraidkan kepada warisnya yang berhak. Secara umumnya, harta sepencarian boleh ditakrifkan sebagai sebarang harta alih atau harta tak alih yang diperoleh oleh pasangan suami isteri secara langsung atau tidak langsung dalam tempoh sesuatu perkahwinan yang sah. Seksyen 2 Enakmen Undangundang Keluarga Islam mentakrifkan harta sepencarian sebagai harta yang diperoleh bersama oleh suami isteri semasa perkahwinan berkuat kuasa mengikut syarat yang ditentukan oleh hukum syarak. Hal ini bermakna sebarang harta yang diperoleh dalam sesuatu tempoh perkahwinan yang sah di sisi hukum syarak, termasuk dalam takrifan harta sepencarian. Takrifan ini juga secara jelas tidak mengiktiraf sesuatu harta yang tidak diperoleh dalam sesuatu tempoh perkahwinan yang sah sebagai harta sepencarian. Dalam kes ini, pihak defendan dalam keterangannya mempertikaikan status pihak plaintif sebagai isteri si mati kerana pihak plaintif gagal mengemukakan sijil nikah atau sebarang dokumen yang membuktikan plaintif berkahwin dengan si mati. Sememangnya plaintif pada peringkat awal perbicaraan tidak dapat mengemukakan sebarang dokumen pernikahan antara plaintif dengan si mati. Namun, selepas itu, pihak plaintif mengemukakan Lampiran B dalam hujah bertulis plaintif, iaitu daftar pernikahan pihak no. cas KANUN 16 JUN 2017 NSK.indb 137

138 KANUN [JULAI 2017] 135419, bil. 11/2011 bertarikh 25/10/2011. Walau bagaimanapun, perkara ini masih dipertikaikan oleh pihak defendan kerana pada peringkat ini pihak defendan tidak berpeluang untuk menyoal balas tentang dokumen tersebut kerana tidak ditandakan sebagai ekshibit (barang kes). Selain itu, dokumen tersebut dikeluarkan pada tahun 2011, sedangkan pernikahan didakwa berlaku pada tahun 1950. Tambahan pula, dokumen pernikahan tersebut tidak mempunyai tanda tangan si mati dan tanda tangan kadi. Mahkamah yang meneliti dokumen tersebut menolak hujah defendan berkenaan dengan keraguan yang ditimbulkan berhubung dengan status dokumen pengesahan pernikahan antara plaintif dengan si mati kerana mahkamah mendapati tiada bantahan awal dikemukakan oleh defendan berhubung dengan status pernikahan antara plaintif dengan si mati bermula dari kes ini difailkan sehingga kes dibicarakan. Malah, keraguan yang dikemukakan oleh defendan juga bercanggah dengan penyata jawapan pihak defendan terhadap tuntutan pihak plaintif yang mengakui bahawa pihak plaintif merupakan isteri kepada si mati. Bantahan yang berlaku pada saat akhir perbicaraan adalah sesuatu yang tidak adil dan bercanggah dengan sesuatu aturan perbicaraan. Mahkamah berpandangan bahawa isu tersebut merupakan isu baharu yang dibangkitkan dalam hujah balas defendan yang sebelum ini tidak pernah dipertikaikan dalam mana-mana prosiding. Mahkamah turut mengambil kira dakwaan secara konsisten daripada pihak plaintif yang menyatakan bahawa beliau merupakan isteri si mati sepanjang tempoh perbicaraan berlangsung. Plaintif dalam keterangannya yang diterima oleh mahkamah sebagai ikrar seperti kehendak seksyen 17 Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah Negeri Kedah 1989 yang mengakui dan menjawab soal balas peguam berkalikali bahawa beliau bernikah dengan si mati pada tahun 1950, namun mengakui bahawa surat nikah dan surat mati si mati hilang daripada simpanannya. Mahkamah juga bertindak dengan betul apabila mahkamah menyatakan bahawa catatan atau simpanan dokumen perkahwinan si mati pada tahun 1950 tidak wujud lagi kerana sudah terlalu lama. Kaedah rekod atau simpanan dokumen pada waktu itu masih belum tersusun, tidak sistematik dan tidak KANUN 16 JUN 2017 NSK.indb 138

HARTA SEPENCARIAN EMBUN BIN AWANG LWN MELAH BINTI TEH DAN TIGA YANG LAIN JH 42(1) 1437H 29 KANUN (2) 139 lengkap seperti pada hari ini. Oleh sebab itu, keputusan mahkamah menolak keraguan yang ditimbulkan oleh pihak defendan adalah tepat dan betul berdasarkan ikrar pihak plaintif, saksi plaintif yang dikemukakan semasa perbicaraan dan keterangan pihak defendan yang bercanggah dengan penyata jawapan pihak defendan. Dalam undang-undang yang berkuat kuasa di Malaysia, harta sepencarian diberikan pengiktirafan oleh undang-undang keluarga Islam di setiap negeri. Seksyen 122, Undang-undang Keluarga Islam Negeri Kedah 2008 memperuntukkan: (1) Mahkamah adalah mempunyai kuasa apabila membenarkan lafaz talaq atau apabila membuat suatu perintah perceraian untuk memerintahkan supaya apa-apa aset yang diperoleh oleh pihak-pihak itu dalam masa perkahwinan dengan usaha bersama mereka dibahagikan antara mereka atau supaya mana-mana aset yang diperoleh oleh pihak itu dalam masa perkahwinan dengan usaha bersama mereka dibahagikan antara mereka atau supaya mana-mana aset itu dijual dan hasil jualan itu dibahagikan antara pihak-pihak itu. (2) Pada menjalankan kuasa yang diberikan oleh subseksyen (1), Mahkamah hendaklah mengambil perhatian tentang- (a) takat sumbangan yang telah dibuat oleh tiap-tiap satu pihak dalam bentuk wang, harta, atau kerja bagi memperoleh aset-aset itu; (b) apa-apa hutang yang terhutang oleh salah satu pihak yang telah dilakukan bagi manfaat bersama mereka; (c) keperluan anak-anak yang belum dewasa daripada perkahwinan itu, jika ada. (3) Mahkamah adalah mempunyai kuasa, apabila membenarkan lafaz talaq atau apabila membuat perintah perceraian, KANUN 16 JUN 2017 NSK.indb 139

140 KANUN [JULAI 2017] memerintah supaya apa-apa aset yang diperoleh dalam masa perkahwinan dengan usaha tunggal satu pihak kepada perkahwinan itu dibahagikan antara mereka atau supaya aset itu dijual dan hasil jualan itu dibahagikan antara mereka atau supaya mana-mana aset itu dijual dan hasil jualan itu dibahagikan antara pihak-pihak itu. (4) Pada menjalankan kuasa yang diberikan oleh subseksyen (3), mahkamah hendaklah memberikan perhatian kepada- (a) takat sumbangan-sumbangan yang telah dibuat oleh pihak yang tidak memperoleh aset itu, kepada kebajikan keluarga dengan memelihara rumah tangga atau menjaga keluarga; (b) keperluan anak-anak yang belum dewasa daripada perkahwinan itu, jika ada, dan tertakluk kepada pertimbanganpertimbangan itu, Mahkamah boleh membahagikan aset-aset itu atau hasil jualan itu mengikut apa-apa kadar yang difikirkannya munasabah, tetapi, walau bagaimanapun, pihak yang telah memperoleh aset-aset itu dengan usahanya hendaklah menerima suatu kadar yang lebih besar; (5) Bagi maksud seksyen ini, rujukan-rujukan mengenai aset yang diperoleh dalam masa perkahwinan termasuklah asetaset yang dipunyai oleh satu pihak sebelum perkahwinan itu yang telah dimajukan pada sebahagian besarnya dalam masa perkahwinan itu oleh pihak yang satu lagi itu atau dengan usaha bersama mereka. Peruntukan ini menunjukkan bahawa undang-undang Islam memelihara dan menjamin hak pihak yang terlibat dalam pertikaian harta sepencarian. Sungguhpun begitu, peruntukan yang ada hanya memberikan hak kepada mahkamah untuk membahagikan harta sepencarian bagi kes perceraian yang berlaku dengan talak atau perceraian hidup. Kes ini pula melibatkan tuntutan harta sepencarian terhadap harta si mati yang melibatkan plaintif dengan ahli waris si KANUN 16 JUN 2017 NSK.indb 140

HARTA SEPENCARIAN EMBUN BIN AWANG LWN MELAH BINTI TEH DAN TIGA YANG LAIN JH 42(1) 1437H 29 KANUN (2) 141 mati. Sebenarnya, tiada sebarang peruntukan dalam undang-undang keluarga Islam di Malaysia yang memperuntukkan tuntutan harta sepencarian boleh dituntut selepas kematian mana-mana pihak dalam sesebuah perkahwinan. Sungguhpun begitu, tuntutan harta sepencarian kerana kematian boleh dituntut berdasarkan Arahan Amalan yang dikeluarkan oleh Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia. Arahan Amalan No. 5 Tahun 2003 menyatakan bahawa masa tuntutan harta sepencarian boleh dibuat sama ada semasa tuntutan perceraian, selepas perceraian atau selepas kematian. Bagi menguatkan lagi kedudukan tuntutan harta sepencarian selepas kematian, terdapat beberapa negeri yang mengeluarkan fatwa keharusan membuat tuntutan tersebut selepas kematian pasangan. Antaranya termasuklah fatwa yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor bertarikh 18 April 2005 yang menyatakan: 1. Harta sepencarian selepas kematian salah satu pihak dalam perkahwinan di Selangor boleh dibahagikan kepada suami dan isteri sebelum difaraidkan, termasuk selepas dilepaskan tanggungan si mati. 2. Pembahagian harta sepencarian tersebut hendaklah diberikan mengikut takat sumbangan sama ada secara langsung atau tidak langsung daripada kedua-dua belah pihak. 3. Persetujuan pembahagian hendaklah dibuat melalui perintah mahkamah. Bagi menjamin harta yang dituntut tidak dilupuskan atau diubah, tuntutan injunksi secara ex-parte boleh dibuat secara berasingan. Peruntukan ini dinyatakan dalam seksyen 108 Perintah Tegahan melupuskan harta sepencarian, Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Selangor 2003. Arahan dan fatwa yang dinyatakan secara jelas membenarkan tuntutan harta sepencarian dituntut semasa kematian pasangan. Kes ini merupakan kes yang hampir sama dengan kes Aisny lwn Fahro Razi bin Mohdi. 1 Plaintif dibenarkan untuk mengkaveat tanah yang 1 Aisny lwn Fahro Razi bin Mohdi [1990] 7 JH 216. KANUN 16 JUN 2017 NSK.indb 141

142 KANUN [JULAI 2017] didaftarkan atas nama suaminya. Secara logiknya, harta sepencarian merupakan hak yang thabit kepada suami dan isteri semasa mereka masih hidup lagi. Seandainya boleh dibahagikan akibat berlaku perceraian atau kerana suami ingin berpoligami, maka pembahagian selepas kematian adalah sesuatu yang rasional. Kedua-dua kes ini menunjukkan bahawa tuntutan harta sepencarian dibuat terhadap harta si mati (suami) dan harta tersebut merupakan harta yang diperoleh semasa perkahwinan berlangsung. Dari aspek agihan bahagian yang diperoleh, mahkamah dalam kes ini memerintahkan sebanyak 1/3 hak hartanah atau senilai dengan bahagian itu diberikan kepada plaintif berdasarkan sumbangan yang diberikan oleh plaintif semasa hayat si mati untuk memperoleh harta tersebut. Sungguhpun demikian, pembahagian 1/3 oleh mahkamah dirasakan kurang adil kerana plaintif dalam keterangannya secara konsisten menyatakan bahawa plaintif terlibat secara langsung untuk mendapatkan harta tersebut. Apabila membincangkan soal harta sepencarian, maka dua konsep sumbangan perlu diberikan perhatian oleh mahkamah, iaitu sumbangan langsung dan sumbangan tidak langsung. Sumbangan langsung merupakan sumbangan yang diberikan secara langsung oleh isteri yang melibatkan sumbangan tenaga, wang ringgit, masa, dan sebagainya yang menunjukkan penyertaan bersama antara suami dengan isteri untuk mendapatkan sesuatu harta. Malah, dibawah seksyen 2 Enakmen Undangundang Keluarga Islam (Negeri Kedah) 2008, harta sepencarian ditafsirkan sebagai harta yang diperoleh bersama oleh suami isteri semasa perkahwinan berkuat kuasa mengikut syarat yang ditentukan oleh hukum syarak. Berdasarkan takrif tersebut difahami bahawa harta sepencarian, termasuklah harta alih atau harta tak alih yang diperoleh suami dan isteri melalui usaha mereka bersama-sama dan bukannya daripada satu pihak sahaja dalam tempoh perkahwinan. Harta yang dikumpul selepas perceraian atau kematian tidak boleh dianggap sebagai harta sepencarian. Bagi kes yang melibatkan sumbangan secara langsung pihak isteri, kebiasaannya mahkamah membahagikan hak 1/2 daripada harta yang dituntut. Namun, kini konsep harta sepencarian mula diperluas, termasuk harta yang diperoleh suami melalui usahanya KANUN 16 JUN 2017 NSK.indb 142

HARTA SEPENCARIAN EMBUN BIN AWANG LWN MELAH BINTI TEH DAN TIGA YANG LAIN JH 42(1) 1437H 29 KANUN (2) 143 sendiri dalam tempoh perkahwinan dengan sumbangan secara tidak langsung daripada isteri. Sumbangan tidak langsung bermaksud terdapat sedikit usaha yang disumbangkan oleh pasangan untuk mendapatkan harta tersebut jika dibandingkan dengan hasil atau manfaat sumbangan itu bagi mendapatkan harta yang besar. Hal ini bermaksud, pasangan memberikan sumbangan secara tidak langsung sama ada melalui idea, dorongan, nasihat, keselesaan, ketenteraman, dan sebagainya kepada pasangan yang berusaha dan berjaya mendapatkan harta tersebut. Dalam kes Tengku Anum Zaharah contohnya, mahkamah memutuskan bahawa harta yang menjadi pertikaian ialah harta sepencarian hasil sumbangan tidak langsung isteri yang berasal daripada keturunan yang berpengaruh. Kesan daripada pengaruh keturunan isteri tersebut membolehkan suaminya mendapat gelaran Dato dan berjaya memajukan perniagaannya. Kedua-dua jenis sumbangan ini memberikan kesan yang berbeza dari aspek pembahagian harta sepencarian. Bagi kes yang melibatkan sumbangan secara tidak langsung, mahkamah biasanya akan membahagikan hak sebanyak 1/3 kepada pihak yang memberikan sumbangan secara tidak langsung. Dalam kes ini, plaintif dalam keterangannya menyatakan bahawa beliau dan si mati bersama-sama bekerja sebagai petani. Plaintif dalam keterangannya menyatakan bahawa plaintif bertungkuslumus bersama-sama suaminya memugar, menebas, menanam pokok getah, dan lain-lain lagi yang memberikan pendapatan kepada mereka, dan seterusnya membolehkan mereka untuk mendapatkan hartanah yang dituntut oleh plaintif. Mereka hanya balik seminggu sekali ke rumah di kampung kerana tinggal di kebun (dangau) yang diusahakan. Apabila pulang ke rumah, plaintif turut menjalankan tugas sebagai suri rumah tangga dan berkhidmat sebagai isteri si mati. Mahkamah dalam ulasannya sebelum membuat penghakiman bersetuju dengan keterangan yang dikemukakan oleh plaintif dan juga berdasarkan keterangan saksi yang dibawa oleh plaintif dalam perbicaraan. Namun, mahkamah masih memberikan hak 1/3 daripada harta si mati yang dituntut kepada plaintif. Meskipun plaintif masih mempunyai hak dalam harta pusaka si mati sebagai seorang isteri, namun hak 1/2 daripada harta sepencarian sepatutnya KANUN 16 JUN 2017 NSK.indb 143

144 KANUN [JULAI 2017] diberikan juga kepada plaintif berdasarkan usaha dan sumbangan langsung yang diberikannya untuk mendapatkan harta tersebut. KESIMPULAN Kes ini merupakan satu kes yang menarik kerana melibatkan tuntutan harta sepencarian harta si mati yang dalam keadaan ketiadaan dokumen pembuktian bahawa wujudnya perkahwinan yang sah antara plaintif dengan si mati. Dalam kes harta sepencarian, pembuktian pasangan sebagai suami atau isteri yang sah sangat penting kerana hak terhadap sesuatu harta yang diiktiraf sebagai harta sepencarian bergantung pada sesuatu tempoh perkahwinan yang sah. Sungguhpun wujud isu teknikal dari segi tatacara perbicaraan apabila pihak defendan tidak mengemukakan bantahan awal berhubung dengan status perkahwinan plaintif dengan si mati, namun kebijaksanaan Yang Arif Hakim untuk menerima keterangan lain seperti keterangan saksi, serta logik catatan atau rekod perkahwinan pada tahun 1950 adalah tepat dan boleh diterima. Tuntutan balas yang dikemukakan oleh pihak defendan yang tidak disertai dengan bukti yang kukuh menyebabkan tuntutan defendan ditolak. Sungguhpun demikian, pembahagian 1/3 daripada harta si mati yang diperintahkan terhadap harta si mati dilihat kurang tepat dan tidak adil, jika dibandingkan dengan sumbangan langsung yang diberikan oleh plaintif. Hakikatnya, amalan pembahagian harta sepencarian di Malaysia mengalami suatu transformasi yang baik untuk menjamin hak pihak yang bertikai, termasuk pihak yang tidak memberikan sumbangan secara langsung. Tuntutan dikemukakan bukan sahaja apabila berlaku perceraian, malah semasa permohonan poligami dan kematian. Keadaan ini dilihat sebagai suatu perkembangan yang baik untuk menjamin keadilan pihak isteri. Usaha ini seharusnya bergerak seiiring dengan kualiti penghakiman dan penghujahan para peguam di mahkamah syariah di Malaysia. KANUN 16 JUN 2017 NSK.indb 144