BAB 7 KESIMPULAN. dibincangkan, iaitu data korpus, dapatan kajian dan kajian hadapan.

dokumen-dokumen yang mirip
BAB 6 FUNGSI PREDIKAT DAN PENERANG PREDIKAT

BAB 5 FUNGSI PENERANG

meneliti aspek bahasa yang tertentu bergantung kepada tujuan kajian. Hal ini korpus beberapa aspek perlu diambil kira, iaitu dari segi:

ULASAN BUKU. Hasmidar Hassan, 2011, Kata Hubung Dan dan Tetapi dari Sudut Pragmatik, 201 halaman, ISBN

BAB 4 ANALISIS DATA. dijalankan. Kajian ini telah dianalisis dengan menggunakan sistem Statistical

Mengukuhkan Kemahiran Interaksi Penulisan. Abstrak

BAB 1 PENGENALAN. terjemahan, seseorang dapat menyebar ilmu terkini untuk manfaat masyarakat.

Peluasan Ayat Melalui Strategi Penggunaan Pelbagai Keterangan. Abstrak

BAB LIMA : KESIMPULAN DAN CADANGAN

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN

Pelajar-pelajar lembam dalam kajian ini masih lagi mengalami proses. pembelajaran dan penguasaan bahasa yang tidak sempurna seperti pelajarpelajar

BAB 3 : METODOLOGI KAJIAN. kajian ini secara terperinci. Ini kerana metodologi merupakan satu aspek yang penting

TEORI SEGITIGA SEMIOTIK

Oleh. Nurnee Bukehmatee Idris Mohd Radzi Abu Hassan Abdul Fakulti Bahasa dan Komunikasi Universiti Pendidikan Sultan Idris

BAB VI RUMUSAN DAN CADANGAN. Dalam bab ini penulis akan merumuskan hasil dapatan kajian yang dilakukan sepanjang

PELUASAN KOSA KATA BAHASA MELAYU

BAB 5 PENUTUP. ayat tanpa penafian (مثبت) maka yang lainnya ayat penafian.(منفي) Kedua-duanya

berimbuhan berdasarkan frasa / ayat dan juga rangkap ayat.

Unit-unit Bahasa dalam Analisis Tatabahasa

BAB V DAPATAN DAN IMPLIKASI KAJIAN

RANCANGAN PELAJARAN BAHASA MELAYU PENGGAL DUA TINGKATAN ENAM 2013

ASPEK TATABAHASA DALAM KURIKULUM STANDARD BAHASA MALAYSIA SEKOLAH RENDAH TAHUN SATU KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

lik Satiah Karim Farid M. Onn Hashim Hj. Musa Abdul Hamid Mahmood Tatabahasa Pewan JILID1: AYAT

BAB 5 KESIMPULAN DAN SARANAN. Setelah kajian secara teliti dilakukan terhadap tajuk yang dipilih dan dipersetujui,

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN. Bab ini menghuraikan kaedah pengumpulan data serta cara penganalisisan data yang

Penggunaan PetaK dalam Memperkasakan Imbuhan Pelajar. Abstrak

BAB 6 KATA KERJA BAHASA MELAYU. berlari dan keadaan terkandung dalam perkataan seperti berfikir dan tidur. Kata

SINTAKSIS PROSES PENERBITAN AYAT

Penggunaan Kata Hubung dalam Penulisan Melalui Pengajaran secara Eksplisit. Abstrak

BAB 5 KESIMPULAN. sosial dan mesej segera dalam kalangan mahasiswa Cina di Universiti Malaya, Kuala

Pengenalan kepada Ekonomi

BAB 1 LATAR BELAKANG KAJIAN

BAB I PENDAHULUAN. Arab. Tiada sesiapapun yang menyangkal bahawa bahasa Arab dan al-qur an al-karim

BAB LIMA DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN. Bab ini menghuraikan dan merumuskan dapatan-dapatan daripada kajian

BAB TIGA METODOLOGI KAJIAN

5.2.1 Kekerapan peringkat penukaran bahasa dalam perbualan responden

3.0 PENGENALAN : METODOLOGI PENYELIDIKAN. Penyelidikan ini bertujuan meneliti keupayaan pelajar Melayu mentranskripsikan dan

Cerpen Sebagai Wahana Memupuk Minat Membaca. Norazlina Abdul Jalil

BAB I PENGENALAN. Sejarah pendidikan bahasa Arab di Malaysia telah mula semenjak awal abad ke-19

Sejarah Perkembangan Ilmu Linguistik

BAB 5 RUMUSAN DAN CADANGAN. bertentangan dalam arena bacaan al-quran, bahkan in menambahkan lagi khazanah kaedah

BAB PERTAMA: PENDAHULUAN. Arab di seluruh dunia selepas bahasa ibunda masing-masing. Ia dituturkan oleh semua

BAB 5: KESIMPULAN, CADANGAN DAN PENUTUP. pembelajaran bahasa Arab di Malaysia masih memerlukan kajian lanjutan. Ini kerana

Pengaruh Gaya Hidup Pelajar Kejuruteraan di Kolej Kediaman UTM Terhadap Pencapaian Akademik

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN. Kajian tinjauan (survey) ini merupakan kajian inferensi dengan menggunakan

Abstrak. Penerapan Penanda Wacana dalam Pengajaran dan Pembelajaran Kemahiran Menulis. Muhammad Faizrin Hashim

BAB 5 RUMUSAN DAN SARANAN

BAB LIMA: RUMUSAN DAN CADANGAN. Di dalam bab ini, penyelidik merumuskan dapatan kajian yang dihuraikan menerusi

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

METODOLOGI PENYELIDIKAN. Kajian ini merupakan satu penyelidikan lapangan dari perspektif pragmatik yang

BAB TIGA METODOLOGI PENYELIDIKAN. Bab ini akan membincangkan panduan dan kaedah yang digunakan dalam kajian ini.

BAB TIGA : KAEDAH PENYELIDIKAN

BAB 5 RUMUSAN DAN CADANGAN. sebelumnya. Seterusnya pengkaji akan mengemukakan beberapa cadangan yang

BAB 4 DAPATAN KAJIAN DAN ANALISIS

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

1.0 PENDAHULUAN. ini dijalankan di SKBC dalam tempoh masa selama tiga bulan semasa saya

BAB 2: KEMAHIRAN MENDENGAR

BAB LIMA PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN. bertujuan untuk meningkatkan lagi penguasaan bahasa Arab khususnya dalam

Abstrak. Sebagai Wahana Memupuk Minat Membaca

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN. mendapatkan data yang boleh dipercayai, ia merangkumi tiga aspek penting yang menjadi METODOLOGI KUANTITATIF

CATATAN ANALISIS KANDUNGAN

BAB 1 PENDAHULUAN. bahasa Arab, supaya kamu (menggunakan akal) memahaminya. ( Al-Zukhruf 43:3)

2.0 Isu Keprihatinan Yang Dikaji Fokus Kajian 3.0 Objektif Kajian

BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN. segi proses-proses pembentukan kata dan item leksikal (KIL) berserta beberapa

Model Pengurusan Strategik

BAB III METODOLOGI KAJIAN. tertentu yang boleh memberikan data yang sahih dan dikehendaki untuk menyelesaikan

BAB 6 RINGKASAN, IMPLIKASI DAN KESIMPULAN. Bab ini membincangkan tentang ringkasan, implikasi kajian, cadangan kajian

BAB LIMA KESIMPULAN, CADANGAN DAN PENUTUP. penyelidik dalam bab yang pertama. Di samping itu juga penyelidik akan

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

MASALAH PEMBELAJARAN MATEMATIK TAHUN LIMA DALAM BAHASA INGGERIS

BAB 4 ANALISIS DAN DAPATAN KAJIAN. I. Mengenal pasti strategi membaca teks yang paling kerap dan biasa digunakan

Perluasan Kosa Kata Melalui Penggunaan Gaya Bahasa Perbandingan dalam Penulisan Deskriptif. Abstrak

MAKLUMAT TUGASAN KEDUA BBM3402 SISTEM TULISAN JAWI

Tinjauan Kelas Peralihan di Malaysia: Suatu Kajian untuk Menilai Keberkesanannya

Di dalam bab ini, pengkaji akan membincangkan mengenai kerangka teori, kaedah-kaedah yang digunakan, di mana pengkaji juga turut meninjau kerangka dan

BAB KETUJUH RUMUSAN DAN CADANGAN. ayat bahasa Arab dan bahasa Melayu secara terperinci, maka terbuktilah di sana wujud

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB KEENAM RUMUSAN, CADANGAN DAN PENUTUP

SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU. Tajuk 2: Teori Semantik

BAB I PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN. Bab ini akan membincangkan kaedah-kaedah yang digunakan untuk mengumpul

BAB 5 DAPATAN DAN CADANGAN. diketengahkan kepada pengkaji-pengkaji pada masa akan datang.

Pengajian Am (900) Pencapaian calon bagi mata pelajaran ini mengikut gred adalah seperti yang berikut:

BAB LIMA KESIMPULAN, CADANGAN DAN PENUTUP

BAB 1 PENGENALAN. 1.0 Pendahuluan

BAB SATU PENGENALAN. 1.0 Pendahuluan. Istilah merupakan perkataan atau paduan perkataan-perkataan yang

Jilid 13 Bil. 2 Disember 2013 ISSN: KK:

BENTUK DAN JENIS PENGUJIAN DALAM PENGAJARAN

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

Mempertingkatkan Kemahiran Membaca Di Kalangan Murid Tahun Dua Melalui Kaedah Stesen

SMK TUN TUAH PENYELIDIKAN DAN KONSULTASI SESI 2010/2011 KERTAS CADANGAN UNTUK MENGKAJI :

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB I PENGENALAN. Mandarin di Kelantan serta faktor-faktor yang mempengaruhinya. Pada zaman moden ini,

BAB PERTAMA PENGENALAN. Pembinaan ayat dalam bahasa Arab terdiri daripada tiga bentuk : Jumlat ismiyyat,

Oleh yang demikian, pengkaji memilih kaedah kajian lapangan dalam kajiannya. Bab

menggunakannya dengan lebih tepat dan berkesan dalam proses pengajaran dan

BAB 1 PENGENALAN Latar belakang kajian

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Latar Belakang Kajian

Memperkaya Kata Adjektif Melalui Penerokaan Taman Herba dan Rempah Ratus. Abstrak

Transkripsi:

BAB 7 KESIMPULAN 7.1 Pendahuluan Kajian ini membincangkan perilaku kata sifat bahasa Melayu berdasarkan data korpus berkomputer. Bagi menjelaskan kata sifat ini, sejumlah 150,000 patah perkataan diteliti dan dianalisis. Dengan menggunakan kaedah gatra dan unsur pengisi, tiga fungsi utama kata sifat diselidiki, iaitu kata sifat yang berfungsi sebagai penerang, sebagai predikat dan sebagai penerang predikat. Setiap fungsi ini diteliti menerusi perlakuan sintaktik dan morfologinya. Walaupun aspek semantik penting dan menjadi salah satu kriteria dalam penentuan golongan kata, tetapi disebabkan kajian ini hanya terbatas kepada aspek sintaktik dan morfologi, maka aspek semantik tidak dianalisis. Justeru, kajian lain diperlukan bagi meneliti kata sifat berasaskan kepada kriteria semantik. Oleh itu, dalam bab kesimpulan ini tiga aspek akan dibincangkan, iaitu data korpus, dapatan kajian dan kajian hadapan. 7.2 Data Korpus Daripada kajian ini, kepentingan penggunaan data korpus berkomputer sebagai bukti empirikal bagi menjelaskan perlakuan sesuatu aspek linguistik yang 226

terdapat dalam sesebuah bahasa tidak dapat dinafikan. Hal ini disebabkan bagi mendapatkan bentuk perlakuan sebenar bahasa yang dihasilkan oleh penutur natif, data korpus yang besar jumlahnya amat diperlukan. Menerusi data korpus, rumus atau model sesuatu bahasa dapat dihuraikan dengan tepat kerana bentuk bahasa yang diteliti merupakan bahasa yang terbentuk secara tabii dan di luar sedar. Tambahan pula, penelitian aspek linguistik menerusi data korpus dapat mengelakkan pengkajian ini daripada mereka-reka ayat bahasa Melayu bagi tujuan penelitian bahasa. Hal ini bererti ayat yang diteliti tidak berdasarkan intuisi, tetapi berdasarkan bahasa sebenar yang digunakan oleh penutur natif. Bentuk perlakuan kata sifat bahasa Melayu yang dihasilkan dan digunakan oleh penutur natif dapat huraikan. Justeru, kajian ini berbeza daripada konsep teori dahulu kerana konsep teori dahulu merupakan kajian yang mengutamakan teori terlebih dahuludan kemudian baru disesuaikan dengan bahasa yang dikaji (Azhar, 1993:9-10, 40; Knowles dan Zuraidah Mohd. Don, 2006:5-6). Bagaimanapun, kajian ini adalah sebaliknya. Di samping itu, data korpus yang diteliti bukan sahaja tinggi kuantitinya, tetapi peranti analisis data korpus seperti senarai perkataan dan konkordans membolehkan data yang dianalisis disusun secara sistematik. Susunan yang sistematik ini membolehkan bentuk-bentuk lazim yang hadir berulang kali dapat diteliti dan bentuk tipikal kata sifat dapat diitunjukkan menerusi kekerapan kehadirannya dalam data yang dikaji. Ini menunjukkan bahawa penggunaan data korpus berkomputer membolehkan penelitian terhadap kata sifat menjadi lebih andal. Jadual 7.1 yang berikut menunjukkan kehadiran tiga fungsi utama kata sifat, iaitu sebagai penerang, predikat dan penerang predikat. 227

Jadual 7.1 Tiga Fungsi Utama Kata Sifat Bil. Fungsi Kata Sifat Penerang Nama dan Kerja (%) Predikat (%) Penerang Predikat (%) Lain-lain (%) 1. besar 81.4 5.6 0 13 2. baik 52.9 11.5 11.1 24.5 3. kecil 47.2 6.1 0 46.7 4. penting 47.1 44.1 0 8.8 5. tinggi 85.3 8.2 0 6.5 6. awal 62.2 0 0 37.8 7. baharu 98.9 1.1 0 0 8. kuat 83.3 13.1 3.6 0 9. muda 71.1 4.8 0 24.1 10. rapat 50.6 39.8 0 9.6 11. sedar 0 97.4 0 2.6 12. sibuk 13.3 66.7 0 21 13. pandai 11.0 86.3 0 2.7 14. mesra 57.4 33.8 7.4 1.4 15. susah 43.0 26.2 0 30.8 16. aktif 36.8 49.1 14.1 0 17. senang 33.9 21.4 23.3 21.4 18. berat 47.1 21.6 0 31.3 19. tua 97.9 2.1 0 0 20. yakin 0 88.6 0 11.4 21. ikhlas 28.5 11.9 42.9 16.7 22. tegas 54.8 23.8 2.4 19.0 23. bijak 40 42.5 0 17.5 24. penyayang 73.7 26.3 0 0 25. rendah 83.3 11.1 0 5.6 26. tertinggi 100 0 0 0 27. terkenal 52.9 44.1 0 3 28. gigih 50.0 15.6 9.4 25 29. selesa 3.2 64.5 6.5 25.8 30. erat 73.4 20.0 3.3 3.3 228

Jadual ini, memuatkan 30 kata sifat yang paling tinggi kekerapannya dalam data korpus yang diteliti. 30 kata sifat ini dipilih sebagai sempel bagi meneliti fungsi tipikal kata sifat. Tiga kolum di sebelah kiri menunjukkan tiga fungsi utama kata sifat, manakala satu kolum lagi merupakan kolum lain-lain. Kolum lain-lain ini merupakan kekecualian daripada tiga fungsi utama kata sifat yang dinyatakan, antaranya kata sifat sebagai pelengkap, kata sifat yang merupakan nama kawasan, kata sifat yang hadir selepas kata sendi dan sebagainya. Dalam jadual ini, kata sifat yang mempunyai fungsi tertinggi digelapkan warnanya bagi menandakan bahawa kata sifat tersebut menjalankan sesuatu fungsi lebih tinggi daripada fungsi yang lain. Jadual 7.1 ini secara umum dapat menjelaskan bahawa fungsi asas atau fungsi teras kata sifat dalam bahasa Melayu ialah fungsi penerang, predikat dan penerang predikat. Antara ketiga-tiga fungsi, fungsi penerang dianggap sebagai fungsi tipikal kata sifat kerana kebanyakan kata sifat memiliki fungsi ini sebagai fungsi tertinggi dan hampir keseluruhan sampel ini menjalankan fungsi penerang kecuali kata sifat sedar ( sampel 11) dan yakin (sampel 20). Daripada 30 sampel kata sifat ini, 22 (73.3 peratus) daripadanya mempunyai peratusan tertinggi apabila berfungsi sebagai penerang sama ada penerang kepada kata nama atau kata kerja, manakala 7 (23.4 peratus) daripadanya mempunyai fungsi tertinggi sebagai predikat. Dalam kajian ini, hanya satu sahaja (3.3 peratus) kata sifat yang mempunyai fungsi tertinggi sebagai penerang predikat, iaitu kata sifat ikhlas. Perbandingan antara ketiga-tiga fungsi kata sifat ini ditunjukkan menerusi Carta Pai yang berikut: 229

23.4 3.3 73.3 Penerang Predikat Penerang Predikat Carta 7.1 Peratusan Fungsi Kata sifat Carta 7.1 ini menunjukkan bahawa sebilangan besar kata sifat menjalankan fungsi penerang berbanding fungsi predikat dan penerang predikat. Hal ini disebabkan menerusi baris-baris konkordans yang dikaji, didapati sebahagian besar kata sifat menjalankan fungsi ini. Oleh itu, kajian ini menganggap bahawa ciri prototaip bagi kata sifat bahasa Melayu adalah sebagai penerang, khususnya penerang kata nama (lihat 4.2). Walaupun fungsi penerang merupakan fungsi tipikal atau ciri prototaip kata sifat, tetapi ini tidak bererti semua kata sifat menjalankan fungsi ini kerana terdapat kata sifat yang tidak berperilaku sebagai penerang. Daripada data yang diteliti, kata sifat sedar (sampel 11) dan yakin (sampel 11) tidak memperlihatkan bahawa kata sifat ini berfungsi sebagai penerang, sebaliknya kata sifat ini berfungsi sepenuhnya sebagai predikat. Oleh itu, bagi kata sifat yang memiliki ketiga-tiga fungsi ini, kata sifat tersebut dapat digolongkan sebagai ahli tipikal atau ahli utama kata sifat, manakala yang 230

memiliki sebahagian daripada kriteria tersebut (tidak memiliki ciri penerang) dianggap sebagai ahli bukan utama atau ahli peripheri (lihat 4.2). 7.3 Dapatan Kajian Dalam kajian ini, kaedah gatra dan unsur pengisi digunakan untuk meneliti fungsi kata sifat. Menerusi kaedah ini, berdasarkan data korpus berkomputer, posisi kata sifat yang terdapat dalam sesuatu ayat diteliti. Ayat yang dikaji merupakan ayat yang digunakan oleh penutur natif itu sendiri, iaitu ayat yang dijana daripada teks tulisan. Bagi mengenal pasti kata sifat, kajian ini meneliti kehadiran atau posisi kata sifat dalam ayat. Berdasarkan kehadiran kata sifat ini, tiga posisi kata sifat yang juga merupakan fungsinya diteliti, iaitu i. kata sifat yang hadir dalam posisi penerang, iaitu berfungsi sebagai penerang ii. kata sifat yang hadir dalam posisi predikat, iaitu berfungsi sebagai predikat, dan iii. kata sifat yang hadir dalam posisi selepas predikat, iaitu pada posisi di luar unsur teras dan di sini kata sifat berfungsi sebagai penerang predikat. 231

7.3.1 Posisi Penerang Dalam posisi penerang, kata sifat mengisi posisi selepas kata inti, iaitu selepas kata nama dan kata kerja. Di sini, penelitian dilakukan dari sudut frasa. Dalam posisi ini, kata sifat berfungsi sebagai penerang nama dan penerang kerja. Fungsi penerang ini dengan jelas menunjukkan bahawa kata sifat bahasa Melayu adalah berbeza sama sekali dengan kata sifat dalam bahasa Eropah, khususnya bahasa Inggeris kerana selain berfungsi sebagai penerang kata nama, kata sifat juga berfungsi sebagai penerang kata kerja (lihat 5.3). Fungsi penerang ini juga menyebabkan istilah kata sifat digunakan dalam kajian ini, iaitu sifat nama bagi penerang nama dan sifat kerja bagi penerang kerja berbanding kata adjektif kerana kata adjektif hanya berfungsi sebagai penerang nama dan tidak sebagai penerang kerja. Tanggapan bahawa jika sesuatu bahasa, misalnya bahasa Inggeris mempunyai kata adjektif sebagai golongan utama, maka kata sifat bahasa Melayu juga perlu sama seperti kata adjektif dalam bahasa Inggeris adalah tidak tepat. Bahkan anggapan bahawa dalam bahasa Melayu tiada kata sifat sebagai penerang kerja, tetapi sebagai kata adverba juga kurang tepat kerana apabila kata sifat hadir dalam gatra penerang, iaitu selepas kata inti tanpa mengira golongan kata inti tersebut, label bagi golongan gatra penerang masih kekal, iaitu masih kata sifat. Perubahan dalam label tidak diperlukan kerana perubahan ini tidak membawa kesan dalam aspek linguistik (lihat 5.3.1). Ini disebabkan dalam gatra penerang, kata daripada golongan nama, kerja atau sifat boleh mengisi gatra ini dan sebagai unsur pengisi, label bagi sesuatu golongan kata tidak berubah jika berlaku perubahan pada kata inti yang diterangkannya. 232

Berdasarkan kepada kriteria sintaktik, terdapat lima pola kata sifat nama, iaitu [kata nama + kata sifat], [ber- + kata nama + kata sifat], [kata nama + kata hubung relatif + kata sifat], [kata nama + kata hubung relatif + penanda intensiti / penanda perbandingan + kata sifat] dan [kata nama + kata hubung relatif + penanda aspek/modalitas + kata sifat] (lihat 5.2.1). Pola ini, dapat menjelaskan bahawa dalam gatra penerang, kata hubung, penanda intensiti, penanda perbandingan dan penanda aspek serta modalitas juga boleh mengisi gatra ini bersama-sama kata sifat. Di samping itu, kata sifat juga dianggap sebagai penerang nama dalam pola [ber- + kata nama + kata sifat] kerana kata sifat dikatakan menerangkan kata nama terlebih dahulu dan kemudian baharulah kata nama ini diimbuhkan dengan awalan ber- (lihat 5.2.1.2). Berdasarkan kepada pola ini juga didapati bahawa dalam fungsi penerang, kata sifat dari segi sintaktiknya memaparkan perilaku yang hampir menyamai kata kerja, iaitu di dalam kajian ini didapati kata kerja yang berfungsi sebagai penerang nama mempunyai empat pola yang menyamai kata sifat, kecuali pola [ber- + kata nama + kata sifat]. Dari sudut morfologi pula, didapati kata sifat lazimnya terdiri daripada bentuk dasar dan sebilangan kecil sahaja kata sifat yang terdiri daripada kata terbitan. Dalam fungsi penerang ini, hanya terdapat dua sahaja kata sifat terbitan, iaitu kata sifat dengan imbuhan awalan pen- dan awalan ter-. Walaupun dalam buku-buku tatabahasa sebelum ini lazimnya menjelaskan bahawa imbuhan awalan kata sifat yang tipikal ialah imbuhan ter- dan se-, tetapi kajian ini mendapati bahawa kata sifat dengan awalan se- hanya berfungsi sebagai predikat dan tidak menjalankan fungsi tipikal kata sifat, iaitu sebagai penerang. Berdasarkan aspek 233

morfologi ini, kata sifat memaparkan ciri yang hampir menyamai kata nama apabila kata nama berfungsi sebagai penerang. Yang membezakan kedua-dua golongan ini hanyalah kata dasar yang membina kata nama terbitan dan kata sifat terbitan, iaitu kata sifat terbitan biasanya terdiri daripada kata dasar yang merupakan kata sifat, manakala bagi kata nama terbitan, kata dasarnya boleh terdiri daripada kata nama, kata kerja atau kata sifat. Justeru, dalam fungsi penerang ini dari sudut morfologi kata sifat banyak menyamai kata nama dari segi ciri-cirinya berbanding kata kerja. 7.3.2 Posisi Predikat Kata sifat yang hadir dalam posisi predikat berfungsi pebagai predikat ayat. Dalam fungsi predikat ini, kata sifat menjadi inti predikat dalam klausa utama dan bukan utama. Disebabkan posisi predikat ini merupakan gatra asal bagi kata kerja, maka kata sifat yang mengisi gatra ini agak sedikit berbanding fungsi tipikalnya sebagai penerang (lihat Jadual 7.1). Dalam posisi ini, dari sudut sintagmatik, predikat ayat dibahagikan kepada dua, iaitu kata sifat perbandingan dan kata sifat tanpa bandingan. Pembahagian kepada dua subgolongan ini melibatkan kehadiran atau tanpa kata bandingan, iaitu kata bandingan lebih/kurang. Seperti yang telah dinyatakan pada bahagian 6.2.1, bagi kata sifat tanpa bandingan terdapat empat pola, iaitu pola [ kata sifat ], pola [ penanda intensiti + kata sifat ], pola [ penanda aspek + kata sifat ] dan pola [ penanda modalitas + kata sifat ]. 234

Bagi pola kata sifat bandingan pula, terdapat dua pola, iaitu pola [ kata bandingan + kata sifat + (...) + daripada ] dan pola [ penanda intensiti + se- + kata sifat ]. Daripada kesemua pola ini, didapati apabila kata sifat tunggal menjadi predikat, jumlahnya amat sedikit berbanding kehadiran kata sifat bersama-sama unsur penerang yang lain. Dari sudut morfologi pula, lazimnya kata sifat ini terdiri daripada kata dasar berbanding kata terbitan dan dalam kajian ini hanya satu sahaja kata terbitan yang menjadi unsur pengisi predikat, iaitu kata sifat dengan awalan ter-, iaitu kata terbitan terkenal. 7.3.3 Posisi Penerang Predikat Kata sifat yang berfungsi sebagai penerang predikat perlu ditandai dengan kata sendi dengan dan secara, iaitu kata sendi ini mendahului kata sifat. Dalam kajian ini, kata sendi dengan dan secara dianggap sebagai penanda kepada penerang predikat atau adverba. Oleh itu, kesemua pola kata sendi dengan / secara + kata sifat dianggap sebagai penerang predikat. Penerang predikat ini merupakan unsur yang mengisi gatra adjung, iaitu gatra yang kedudukannya di luar teras ayat. Dalam kajian ini, walaupun penerang predikat lazimnya hadir selepas posisi predikat ayat, tetapi posisi penerang predikat ini agak luwes, iaitu unsur ini bukan sahaja mengisi gatra selepas predikat, tetapi turut mengisi gatra sebelum predikat, antara subjek dan predikat, dan antara kata kerja transitif dan objek. Dalam fungsi ini, hanya terdapat dua pola sahaja, iaitu pola [ dengan / secara + kata sifat ] dan pola [ dengan/secara + penanda intensiti + kata sifat ]. 235

Kajian ini juga tidak menganggap kata sifat yang menerangkan kata selain daripada kata nama sebagai adverba. Hal ini disebabkan dalam menjalankan fungsi adverba, kata sifat perlu mempunyai pola [ kata sendi dengan / secara + kata sifat ] dan kata sifat ini mengisi gatra sampingan/peripheri ayat. Kehadiran kata sendi ini, secara langsung dapat membezakan fungsi penerang predikat dengan fungsi penerang. Tambahan pula, fungsi penerang predikat melibatkan analisis pada peringkat klausa, manakala penerang nama dan kerja melibatkan analisis pada peringkat frasa. 7.4 Kajian Hadapan Kajian ini hanya memfokuskan kata sifat dari sudut sintaktik dan morfologi berbanding aspek semantik walaupun aspek semantik ini penting dalam penentuan golongan kata. Berdasarkan kajian ini, didapati bahawa penerokaan terhadap kata sifat menjadi lebih lengkap jika aspek semantik turut diteliti. Menerusi aspek semantik ini, penjenisan kata sifat yang mengisi setiap gatra dapat ditunjukkan. Hal ini kerana didapati bahawa tidak semua subgolongan kata sifat menjalankan fungsi yang sama. Justeru, aspek semantik dapat membantu memastikan subgolongan kata sifat yang manakah yang menjalankan sesuatu fungsi dengan lebih baik berbanding subgolongan yang lain. Seperti yang dikatakan oleh Raskin dan Nirenburg (2007:26) bahawa perbezaan dalam perlakuan sintaktik bagi kata sifat menunjukkan dengan jelas bahawa wujud perbezaan semantik yang signifikan. Menerusi aspek semantik ini, perlakuan kata sifat dapat dijelaskan dengan lebih tepat lagi. 236

Di samping itu, aspek semantik juga dapat menentukan kata inti yang bagaimanakah yang memerlukan unsur penerang. Hal ini disebabkan dalam kajian ini, tidak semua penerang boleh digugurkan, walaupun sifat penerang ialah kemampuannya untuk mengalami proses pengguguran kerana penerang bersifat optional atau pilihan. Oleh hal yang demikian, kajian ini menganggap bahawa kata sifat yang terdapat dalam frasa nama yang tidak boleh digugurkan sebagai unsur penyambut kepada kata nama. Walau bagaimanapun, aspek ini tidak dijelaskan secara mendalam, tetapi hanya memaparkan beberapa contoh penerang sifat kerana aspek ini membabitkan aspek semantik (lihat Azhar Simin, 1993: 230). Oleh itu, kajian lain yang menumpukan perhatian terhadap aspek semantik diperlukan untuk membincangkan kriteria ini. Di samping itu, walaupun kajian ini hanya menumpukan perhatian terhadap kata sifat, tetapi dalam kajian ini didapati dalam fungsi penerang, kata kerja yang menjalankan fungsi ini lazimnya terdiri daripada kata kerja dengan awalan di-. Hal ini disebabkan kata kerja berawalan di- ini lazimnya hadir pada posisi selepas kata nama inti dalam frasa nama kerana kata kerja ini merupakan awalan pasif (bagi ganti nama diri orang ketiga) dalam ayat pasif. Oleh itu, dalam fungsi penerang penelitian perlu diberikan terhadap kata kerja pasif berawalan dikerana dalam kajian-kajian sebelum ini, awalan di- dianggap sebagai kata kerja pasif semata-mata, tetapi tidak sebagai penerang kata nama. Justeru, kajian lanjut dalam aspek ini adalah diperlukan terutama dalam kajian yang melibatkan penggunaan data korpus berkomputer yang tinggi frekuensinya. 237