EBook Panduan Kumpul List. Ebook ini diedarkan percuma di

dokumen-dokumen yang mirip
Terima kasih kerana mendapatkan laporan 'Rahsia List 4 Angka' Ini hanyalah laporan bagaimana seorang usahawan

Pemasaran emel adalah antara cara paling berkesan untuk anda menghasilkan. pendapatan yang berterusan. Bayangkan syarikat besar seperti ADIDAS

12.00 TGH MLM, 15 OKTOBER

Siri Native Ads #1 - Produk Ilmu Membina Syarikat Aqif Azizan Hakcipta terpelihara milik Write to Wealth.

USAHAWAN DIGITAL Teknik Power Penghasilan Produk Digital dan Jana Wang Tanpa Had Oleh: Ferdy Fauzi

Teknik Buat Duit Affiliate Tanpa Modal

Rahsia Tarik Klik Facebook Ads

3 Idea Simple Kerja Dari Rumah Secara Online Untuk Surirumah. oleh Zamri Nanyan

Sejarah Penting 100 Tahun Dahulu

Hakcipta terpelihara jombuatduit.com. Dilarang mencetak, mengeluar dan mengedarkannya tanpa izin penerbit yang sah. Page 1

Sebelum tu izinkan saya perkenalkan diri dulu. Nama saya Norihan Bin Suhadak.

The Death of Internet Marketing

#7 Teknik Bina Killer HEADLINE kurang 3 Minit

SISTEM BISNES PRO [MODUL 7]

Bagaimana Menulis Ayat Jualan POWER!!

9 perkara yang perlu diambil kira sebelum memilih produk affiliate.

Jimatkan RM 3-5 Angka Dengan Meneladani 70 Pengajaran Bisnes, Kehidupan dan Spiritual

SISTEM BISNES PRO [MODUL 6]

Pecah Rahsia Bisnes Online PALING SEMPOI...

Kelebihan Perniagaan Internet

Polisi Privasi. Pengenalan

PRINSIP KEKAYAAN. Oleh : Ir. Ezwan Laman web -

Hakcipta Terpelihara Irfan Khairi Sdn. Bhd. Page 1


Berurusan dengan Pengantara Takaful

Penjamin PINJAMAN ANDA. Penjamin. Program pendidikan pengguna oleh:

TERMA & SYARAT KEMPEN BUAT TRANSAKSI ONLINE & MENANG OCBC

Pertama sekali saya ingin ucapkan tahniah kerana anda telah mengambil langkah yang tepat dengan mendapatkan panduan ini bagi mengukuhkan bisnes anda.

Rahsia! Bagaimana seorang guru mendapat 5 keuntungan apabila membeli emas secara konsisten 1 gram setiap bulan.

LMCK 1421 PEMIKIRAN KRITIKAL & PENYELESAIAN MASALAH SEM /2017 SET 4 LAPORAN AKHIR

POLISI PEMBELIAN. Pembelian Produk Samak. Produk Pesanan SAMAK SERTU SERVICES SDN BHD POLISI PEMBELIAN

Bagi tujuan Notis Privasi ini, sila ambil perhatian bahawa:

Bagaimana Bina Aset Hartanah RM1 Juta (Kajian kes) Hakcipta Gila Hartanah a.k.a Tok Penghulu

SOALAN LAZIM BAGI KAD PIN & BAYAR (Pindaan 17 Ogos 2017)

Rahsia Pendapatan Lumayan Mengunakan Marketing

Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada para sponsor yang telah membantu saya menerbitkan ebook mini.

Mengenali Apa Itu Emel Phishing

Terma dan Syarat Kempen Berbelanja Kad-i Bank Islam Visa (Debit & Kredit) Wow! Senangnya nak menang wang tunai.

MAHUKAH KALAU SAYA TUNJUKAN PELUANG PERNIAGAAN DROPSHIP YANG BOLEH JANA PENDAPATAN 4 HINGGA 5 ANGKA SEBULAN. Kalau mahu, teruskan membaca,..!

4 Langkah Refinance Rumah Untuk Langsaikan Semua Hutang Hakcipta Gila Hartanah a.k.a Tok Penghulu

Rahsia Marketing Plan Guru Coklat

CABARAN PROGRAM BLITZ SELAMA 6 MINGGU

POS MALAYSIA NOTIS PERLINDUNGAN DATA PERIBADI

2.0 Isu Keprihatinan Yang Dikaji Fokus Kajian 3.0 Objektif Kajian

PERNYATAAN PRIVASI INREACH

7 Kesilapan Kritikal Resume Dilongkangkan

Bank of America Malaysia Berhad Piagam Perkhidmatan Pelanggan

4. Peraduan ini terpakai di semua stesen runcit Shell di Malaysia, seperti yang tersenarai di ( Stesen Shell ).

Celik Wang Pengurusan Wang Secara Bijak. Diterbitkan oleh: Not To Be Reproduced

INFOKERJAYA BONUS. Rujukan Kerjaya Online No. 1 Malaysia SEBAB GAGAL TEMUDUGA HARGAI PANEL TEMUDUGA

MODUL 6: HUTANG KAWAN ATAU LAWAN? Isi Kandungan. 6.0 Pengenalan. 6.1 Definisi dan tujuan pinjaman. 6.2 Sumber-sumber dan jenis-jenis pinjaman

1. Di Kumpulan AFFINBANK, kami menghargai privasi anda dan berusaha untuk melindungi maklumat peribadi anda selaras dengan undang undang Malaysia.

Diterbitkan oleh: AKPK_HB_BM_FA.indb 1 2/25/11 11:47:07 AM

Apakah terma dan syarat yang dimaksudkan? Kami akan membimbing anda satu persatu bermula dengan:

PERSATUAN BANK SINGAPURA. Engenai Akaun- Akaun Bank. Apakah yang anda perlu tahu...

Kempen Faedah Bonus Savings Plus UOBM Terma dan Syarat

Terma dan Syarat Kad Debit MasterCard TRUE Kempen UM

Mencari Ilmu Adalah Lebih Baik Daripada Mencari Duit -

Dasar Privasi kami. Terakhir diubah suai: 12 Dis Ringkasan perubahan boleh dirujuk di bahagian bawah Dasar Privasi ini.

PENILAIAN MENENGAH RENDAH /2 GEOGRAFI KERJA KURSUS Kertas 2 Februari Julai

[Rahsia Bisnes Printing] RAHSIA BISNES PRINTING Kini Peluang Anda Untuk Menjadi BOSS Besar Syarikat Printing!

TEKNIK PM PROSPEK ADL

SaifulSham.com Gerbang Informasi Keusahawanan Perdana

7 Kesilapan Kritikal Resume Dilongkangkan

Kad Kredit PIN & BAYAR Soalan Lazim

TERMA DAN SYARAT Kempen Rebat Tunai CIMB-Sunshine (16hb Mei hb Jun 2018)

Go Digital with CIMB Terma-terma dan Syarat-syarat

Tempoh Kempen bermaksud 2 Oktober 2017 sehingga 30 Mac 2018 (termasuk kedua-dua tarikh tersebut) melainkan jika diberitahu sebaliknya.

Cek Tak Laku AKAUN ANDA DAN PERKHIDMATAN. Cek Tak Laku. Program pendidikan pengguna oleh:

Koleksi Bahan Cg Narzuki Online

VERSI-1/04/01/2017/CIP/T&C/BM. Terma dan Syarat Pelan Ansuran Tunai Melalui Panggilan Telefon ( CIP ) AFFINBANK

KEMENTERIAN KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH MANUAL PENGGUNA PENDAFTARAN ONLINE

Kesetiaan kepada Syarikat

Diterbitkan oleh: AKPK_HB_BM_FA.indb 1 2/25/11 11:47:07 AM

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT Kempen RM1 for 1 Swipe CIMB 2016

TERMA & SYARAT PERADUAN

POLISI PERLINDUNGAN DATA PERIBADI

Perjanjian rakan kongsi

Panduan Pengguna PayBillsMalaysia

Peperiksaan Penolong Akauntan W27 Sesi 21 Oktober 2015

Notis Laman Web Berkenaan Dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010

Terma dan Syarat, Kempen AFFINBANK BHPetrol Touch & Fuel MasterCard Contactless

5 Masalah Terbesar Import Produk Dari China!

Real Case-Study 13 Skrip Step By Step - Closing Di Whatsapp. Produk : Garcicut Kecantikan & Kesihatan

PENILAIAN MENENGAH RENDAH /2 GEOGRAFI KERJA KURSUS Kertas 2 Februari Julai

Ditentukan oleh pihak Bank menurut budi bicara mutlaknya berdasarkan pendapatan tahunan anda seperti berikut:

Fasal-fasal yang dipinda bagi Terma & Syarat Pelan Ansuran Tunai Melalui Panggilan Telefon ( CIP ) AFFIN

Melaksanakan Pemberian Anda

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT Kempen Belanja dan Menang Rebat Tunai CIMB-IKEA (1hb September hb November 2017)

PIAGAM PERKHIDMATAN PELANGGAN PIAWAIAN PERKHIDMATAN

1.0 PENDAHULUAN. ini dijalankan di SKBC dalam tempoh masa selama tiga bulan semasa saya

Di Kumpulan CIMB, kami menghargai privasi anda dan berusaha untuk melindungi maklumat peribadi anda selaras dengan undang-undang Malaysia.

Kenapa membeli insurans atau menyertai skim takaful? Apakah jenis produk insurans/ takaful yang saya perlukan?

MANUSIA LEBIH PERCAYA KEPADA MANUSIA BERBANDING JENAMA

Webinar Teknik Jana RM3-4Angka Komisyen Setiap Bulan. By: Affiq Fadzil

PERKONGSIAN ILMU HANYA BOLEH DIDAPATI DI. Discover Your Potential

Sila harap maklum bahawa perubahan berikut (perkataan digelapkan) telah dibuat ke atas Terma & Syarat AFFINBANK Debit MasterCard anda.

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT SAHABAT AGRO REWARD CAMPAIGN BANK PERTANIAN MALAYSIA BERHAD ( AGROBANK ) ( U)

Peraduan InstaHarapan AADK

Dasar Privasi. Skop. Jenis Data dan Kaedah Pengumpulan

Transkripsi:

EBook Panduan Kumpul List Ebook ini diedarkan percuma di www.panduankumpullist.my

Pendahuluan Terima kasih kerana mendapatkan laporan Panduan Kumpul List' Ini hanyalah laporan ringkas bagaimana seorang usahawan berjaya meraih 1,000 sehari, untuk konsisten memperolehi 1,000 list SETIAP hari - banyak usaha perlu digiatkan dan anda perlu konsisten melakukannya. Apa itu list? List = senarai emel=duit! Sebagaimana yang kita tahu, email list ini sangat penting kerana kita boleh melakukan promosi secara berulang dan bila- masa sahaja boleh hantar, selagi mana anda mengamalkan konsep 'pemasaran email beretika'. Laporan ini tidak akan menceritakan panduan teknikal, tetapi lebih kepada idea dan strategi bagaimana mencapai jumlah list yang diperlukan. Bagi mereka yang sudah tahu apa perisian atau servis yang diperlukan untuk mengamalkan 'pemasaran email beretika', maka anda memerlukan software sehebat www.aweber.com, www.getresponse.com www.trafficwave.net dengan yuran bulanan tertentu. Tiada jalan singkat untuk berjaya. Apa yang dikongsikan di sini adalah maklumat penting yang anda perlu tahu. Saya ringkaskan dan padatkan supaya anda terus dapat 'sedut' maklumat. :) Saya akan dedahkan kepada anda 3 cara yang beliau lakukan untuk mengumpul banyak list. Ada masa boleh mendapat 600 list satu-satu kempen harian, dan ada kala mencecah sehingga 1,000 list sehari. Konsisten dengan jumlah yang sama setiap hari adalah misi sukar dan anda perlu tahu strateginya. Saya boleh katakan ketiga-tiga strategi ini telah digunakan oleh usahawan ini, dan hasilnya memuaskan. Rahsia ini diperolehi secara peribadi harap anda tidak menyebarkan laporan ini kepada sesiapa kerana ia sangat bernilai.

Langkah Pertama : Membina Laman Squeeze Anda 1. Sebelum menggunakan salah satu daripada strategi di bawah yang saya akan ceritakan, anda perlu mempunyai laman web sendiri. Laman web boleh didaftarkan di www.sempoihosting.com atau di www.jomhosting.com atau boleh juga di www.hostgator.com. 2. Laman web ini tujuannya satu sahaja, iaitu sebagai landing page untuk bakal subscriber. Dalam bahasa saintifik dan inggerisnya, ia diberi nama laman web squeeze. Untuk tujuan mengumpul list, anda akan memberikan tawaran produk untuk dimuat turun (download) secara percuma seperti produk digital (virtual) yang anda janjikan seperti Panduan Memasak, Panduan Beriklan di Facebook dan sebagainya. Dan mereka yang berminat perlulahdaftar dengan anda. Ini adalah asas timbal balik, di mana anda perlu memberi jika anda mahu menerima. Asas bagi borang pendaftaran anda ini hendaklah hanya mempunyai ruang untuk diisi Nama dan Email sahaja. Jangan minta lebih daripada itu, kelak ia hanya akan merimaskan prospek dan mereka akan rasa malas untuk daftar jika langkahnya sukar. Untuk mendapatkan borang nama dan email, anda perlukan software mailing list, sekaligus ia akan menyimpan database email list anda. Contohnya seperti www.aweber.com, www.getresponse.com atau www.emelmaik.com. Ini adalah rupa contoh borang pendaftaran (opt in form atau signup form):

Dan 'host'kan fail tu di server percuma seperti MediaFire.com, DropBox (keduanya boleh guna cara percuma) dan sebagainya. Boleh juga guna hosting berbayar seperti yang saya telah sebutkan sebelum ini. Sekali lagi, dalam konteks ini, anda akan gunakan salah satu strategi saya akan sebutkan nanti untuk mempromosi laman web squeeze anda ini. Anda hanya perlu setkan link download dalam email autoresponder tersebut yang pertama anda (biasanya saya akan 'set'kan sebagai immediately ). Email pertama ini akan diperolehi secara automatik dan dihantar secara automatik kepada mereka yang daftar sebaik sahaja pendaftaran selesai. Ya, ianya automatik. 3. Pastikan laman web utama anda ini mempunyai ciri-ciri berikut:

a. Menyenaraikan 3-4 point utama tentang kelebihan produk percuma anda. Anda perlu ceritakan dengan baik dan dalam satu ayat bagi setiap point. Jangan kita sangkat, kalau percuma je, pasti orang nak - ia pemikiran yang salah! Pastikan point anda menyebut (a) apa isi kandungan ebook, (b) part mana yang anda paling sukai dalam laporan tersebut beserta muka suratnya, (c) testimoni orang ramai terhadap ebook percuma itu dan (d) berapa orang yang telah download. Susunan sebegini lebih memudahkan anda faham. b. Maklumkan ia terhad sehingga tarikh tertentu sahaja. Ini bagi mewujudkan 'sense of urgency' di mana mereka perlu bertindak secepat mungkin sebelum tamat tempoh tawaran. Dan anda perlu mematuhi apa yang anda tetapkan kerana anda adalah usahawan yang jujur. Untuk membuka semula kelak, buatlah ia sebagai 'tawaran kini dibuka semula' dan sebagainya. c. Letakkan headline di bahagian paling atas. Pastikan headline anda menceritakan kelebihan produk anda dan juga sebutkan perkataan percuma. Contohnya : "Ketahui Bagaimana Bermain Gitar Dalam 7 Hari Sahaja Tanpa Perlu Bayar Ribuan Ringgit." Ini adalah format yang cukup berkesan. Saya letakkan bagaimana format ayat headline tersebut: "Ketahui Bagaimana (faedah) Dalam Masa TANPA " d. Pastikan ada borang pendaftaran yang mempunyai ruang nama dan email, yang anda

perolehi dalam sistem/software autoresponder yang anda telah daftar tersebut. e. Ada gambar ebook cover bagi ebook percuma tersebut. Sebaiknya upah designer yang menghasilkan grafik berkualiti. Atau buat screenshot sebahagian kecil dari keseluruhan isi kandungan, terutama di bahagian bab pertama. Atau bab paling best bagi anda, dengan menunjukkan sebahagian sahaja dan ia membuatkan prospek tertanya-tanya serta ingin tahu isi kandungannya. 4. Anda juga perlu 'set'kan supaya selepas mereka daftar di laman web anda, mereka akan dibawa ke laman web anda yang ke-2, iaitu produk berbayar. Untuk produk berbayar ini hanyalah pilihan dan perlulah sebagai laman web ke-2, bukannya utama. Letakkan harga sekitar RM15 - RM30, saya yakin ia akan menghasilkan jualan yang memberangsangkan. Dengan strategi sebegini, anda mendapat dua faedah. Faedah pertama, anda dapat email prospek anda.

Faedah kedua, anda dapat untung wang tunai (cash) jika mereka membeli produk anda. 5. Pastikan tawaran anda berkaitan dengan apa yang anda tawarkan percuma. Dalam konteks yang biasa, saya biasanya menawarkan ebook percuma, dan selepas mereka daftar, mereka akan dibawa ke laman web kedua yang menjual ebook versi berbayar yang lebih banyak maklumat dan lebih banyak maklumat berkualiti. Saya berikan contoh : a. Produk PERCUMA : '7 Resipi Memasak'.?Manakala produk BERBAYAR adalah : '101 Resipi Memasak'. b. Produk PERCUMA : Ebook Panduan Pemasaran Facebook.Manakala produk BERBAYAR lebih advance iaitu 'Ebook Panduan FB Ads Pada Kos $0.01'. c. Atau jika anda jual produk fizikal seperti minyak wangi, anda boleh buat seperti berikut : Produk PERCUMA : '7 Cara Elakkan Bau Busuk Ketika Bertemu Si Dia'. Produk BERBAYAR : adalah produk fizikal utama anda iaitu minyak wangi. Laporan saya tidak akan fokus kepada bagaimana membina hubungan dan interaksi dengan mereka yang telah berdaftar ke dalam list saya, tetapi sebagaimana tajuk ini, ia fokus kepada proses dan strategi mengumpul sebagai teras utama laporan ini. Strategi-strategi yang saya maksudkan ada TIGA (3). Cara 1 - Bekerjasama Dengan Otai atau Usahawan Besar 1. Apa yang beliau lakukan adalah bekerjasama dengan otai atau sifu yang telah mempunyai list yang besar, seperti 10,000-30,000 mailing list. Ini bukan email database yang beliau simpan

dalam fail.xls atau excel, tetapi ia adalah jumlah individu yang telah berdaftar dengan mereka secara sedar dan dengan rela. Jika anda masih belum memahami konsep asas 'pemasaran email' dan masih baru dalam bidang ini, saya cadangkan anda rujuk sumber yang ada diinternet terlbih dahulu. 2. Sesetengah daripada mereka menyediakan bayaran tertentu seperti RM 700 - RM 1,000 untuk membolehkan anda tumpang promosi. Anda berikan teks iklan dan link laman web yang anda promosi, dan beliau akan promosikan kepada list beliau. Inilah adalah kos yang tak boleh anda elakkan. Bukan senang sesiapa yang sudah berjaya dan mempunyai list prospek yang ramai untuk mempromosi secara percuma bagi pihak anda. Lebih si sifu ni promosi sendiri dan buat duit sendiri. Kan? Petua tambahan : Jika anda mahu sifu atau otai tersebut mempromosi produk anda dengan mudah atau dengan kos lebih, anda perlu melakukan beberapa perkara sehingga beliau mengganggap anda sebagai kawan. Pertama, bina hubungan dengan sifu itu dengan berhubung melalui Facebook serta hadir ke salah satu seminar atau program yang beliau anjurkan. Jangan sedih labur sedikit wang, tetapi impaknya anda akan nampak apabila anda berhubung. Kemudian, promosi program affiliate yang sifu tersebut anjurkan. Buktikan kepada beliau betapa bersungguh anda dalam membantu beliau. Kelak, apabila tiba masa anda ingin menyampaikan hajat anda kepada sifu itu, beliau akan bantu anda sebagai rakan. Kemudian setelah itu baru anda sampaikan hajat anda. Sediakan satu email panjang yang sopan dan lengkap tentang apa yang anda ingin beliau promosi. 3. Setelah sifu bersetuju, beliau akan meminta dua perkara penting, iaitu teks email anda, dan yang kedua adalah alamat URL laman web squeeze anda. Untuk teks email yang akan digunakan oleh sifu anda, bab paling penting adalah tajuk

email yang 'mengancam' dan membuatkan ramai sangat terdesak mahu membuka email tersebut. 4. Ciri-ciri tajuk email yang power adalah : a. tajuk email yang membuatkan timbul rasa misteri dan ingin tahu, seperti... 'Saya Pernah Buat Duit Cara Ni' b. tajuk email yang menawarkan unsur percuma, seperti... 'PERCUMA 7 Cara Kurus dalam 7 Hari' c. Sebaiknya tajuk email tidak melebihi 7 patah perkataan. d. tajuk email anda menggunakan idea dari dada-dada akhbar tempatan seperti Harian Metro. Ia berkesan dan pandai sesuaikan dengan apa anda tawarkan, seperti berikut...tajuk : 'Ibu Syaitan Tipu Duit Saya' isi kandungan :... dalam berniaga, kita tidak boleh meniru seperti laporan akhbar hari ini yang mendedahkan ada seorang ibu sanggup menipu duit anaknya sendiri. tetapi hendaklah kita berusaha sendiri. Tajuk ini saya berikan dengan sedemikian kerana saya rasa kesal dengan apa yang si ibu itu lakukan... e. tajuk email yang memberikan faedah maksimum dan seperti mereka perlu relaks atau goyang kaki sahaja. Contoh... 'Anda Relaks, Biar Saya Kuruskan Berat Anda' atau contoh : 'Tiru Strategi Bisnes Saya (TANPA Kos)' f. tajuk email yang menggunakan unsur dialog dan berkata-kata terus dengan pelanggan anda, di samping banyak guna huruf kecil pada semua tempat kecuali awal ayat. Lebih kepada bentuk soalan. Contoh: 'Anda bila lagi nak download ni?'?atau : ''Bisnes Fesbuk ni susah ke?' - unsur pertanyaan g. tajuk email power juga jika menggunakan unsur 'cemas' dan 'perlu bertindak segera'. Antaranya dengan cara: i. Menyatakan kuantiti. Contoh ; 'Tinggal 7 Unit PERCUMA Sahaja'. ii. Memberitahu perlu buat sekarang atau sebelum waktu tertentu. Contoh : 'Download percuma sebelum 11 malam ini!'.

5. Untuk isi kandungan email anda itu, saya sarankan setiap baris ada 4-6 patah perkataan sahaja, dan menceritakan dalam bentuk point 1,2, 3 dan seterusnya secara tersusun supaya mereka boleh baca dengan baik. Legakan mata dan penglihatan pembaca dengan membuatkan selang / langkau satu atau dua baris bagi setiap perenggan. 6. Cuba usahakan supaya mendapat lebih daripada sekali untuk servis blast atau hantar email yang disediakan oleh sifu itu. 7. Minta sifu promosi pada hari minggu iaitu dari Isnin hingga Khamis sahaja. Waktu cuti, peratusan yang membuka email adalah lebih kecil. Pukul 9-10 pagi, pukul 4-6 petang dan pukul 8-10 malam adalah waktu-waktu terbaik untuk menghantar email promosi ke laman web squeeze anda. 8. Usahakan supaya kos pemasaran yang anda bayar kepada sifu tersebut, dapat di'cover' dengan jumlah jualan di laman kedua (yang menawarkan produk ebook berbayar tersebut). Jika tidak sampai, saya sarankan anda mohon sekali atau dua kali lagi dari belas sifu supaya boleh sampai cover kos. Kadangkala untung kita akan melebihi kos! 9. Catat berapa kos dan keuntungan balik untuk rujukan akan datang dan supaya anda tahu siapakah yang lebih berkesan memberikan lebih banyak kelebihan kepada usaha anda mengumpul list. Cara 2 - Menganjurkan Program Pay Per Lead (PPL) 1. Dengan penganjuran ini, anda akan membayar setiap agen affiliate yang berjaya mempromosi program anda. Apa yang anda perlu sediakan adalah perkara yang sama, iaitu sistem autoresponder, laman web squeeze dan laman web kedua (produk berbayar). Yang berbezanya adalah anda perlu pasang dengan 'Sistem PPL'. Apakah yang dimaksudkan dengan 'Sistem PPL'? Ianya mudah. Katakan contohnya anda membayar 50 sen bagi setiap orang (lead) yang

mana-mana agen berjaya pujuk untuk daftar dan download produk percuma anda. Sebagai contoh : Jika ada agen A berjaya mempromosi dan mendapatkan 100 orang untuk daftar dan download produk percuma anda, maka anda akan membayar beliau 50 sen X 100 orang bersamaan RM50. Oleh itu, sistem PPL ini akan merekodkan sejumlah komisen RM50 bagi agen A. Untuk pemasangan sistem PPL ini, anda boleh upah orang lain yang pandai memasangnya dan memiliki skrip sistem PPL tersebut. Upah sekitar RM50 sahaja untuk sekali pemasangan di laman web anda. 2. Dengan cara ini, ramai orang akan berpusu-pusu mempromosi laman web squeeze anda. Ini kerana dengan hanya mendapatkan lead untuk download percuma ebook anda, mereka sudah mendapat komisen. Mendapatkan orang daftar + download percuma adalah lebih mudah berbanding mendapatkan pembeli yang mengeluarkan wang dari dompet mereka. 3. Anda perlu tetapkan berapa had maksimum jumlah orang download yang anda sanggup bayar. Sebagai contoh, anda tetapkan bahawa anda akan bayar hanya untuk pendaftaran 2,000 orang terawal sahaja. Jadi dengan komisen 50 sen, anda telah mengehadkan kos anda kepada RM1,000 sahaja. Anda juga boleh meletakkan jumlah minimum lead yang anda akan bayar. Contoh, agen akan dibayar setiap bulan, dan kepada agen yang mempunyai komisen minimum RM5 ke atas. Bagi mereka yang tidak mencapai syarat komisen RM5, anda boleh berikan hadiah lain seperti ebook, software atau sebagainya. Dengan cara ini, anda mampu menjimatkan kos sehingga 20% - 30%. 4. Anda perlu memeriksa dalam sistem PPL tersebut mereka yang melakukan penipuan atau fraud. Sistem ini akan mengesan IP mereka yang daftar. Jika IP yang sama berulang 20 kali, maka sudah pasti ia adalah penipuan. Ambil gambar screenshot rekod tersebut, kemudian baru hapuskan (delete), supaya ia menjadi rujukan

pada masa akan datang jika ada yang mempertikaikan komisen mereka (sedangkan mereka menipu). Kalau berulang setakat 2-3 kali sahaja IP tersebut, jangan labelkan agen itu sebagai penipu, tetapi padamkan sahaja rekod bertindih tersebut. Kadangkala ada orang tersilap daftar dua kali kerana internet lembap atau kerana tersilap. 5. Untuk mendapatkan agen yang sudi promosi, hebahkan di Facebook dan mana-mana forum online berkaitan. Maklumkan syarat program anda dan masukkan mereka ke dalam satu group khas di Facebook. Dalam group ini, mereka boleh tanya apa sahaja dan anda beri bantuan kepada para agen affiliate ini agar mereka senang untuk mempromosi program anda. Bukan itu sahaja, anda perlu selalu update dan kemaskini perkembangan program anda, statistik carta top agen dari segi jumlah pendaftaran (lead) dan juga mungkin boleh menawarkan hadiah kepada tiga tempat teratas mengikut bajet kemampuan anda. 6. Jangan pening dengan masalah kos. Jika laman web ke-2 dibuat dengan baik, mereka yang daftar akan membeli produk anda dan akan menampung sedikit sebanyak kos program PPL yang anda anjurkan ini. Malah, dengan adanya list, anda masih boleh promosi pada masa akan datang, dari semasa ke semasa. List email prospek anda adalah 'aset' paling bernilai untuk menjadi seorang jaguh perniagaan internet. :) 7. Pastikan anda bayar komisen para agen dan jangan lambat. Kelak ia akan membuatkan mereka gembira untuk mempromosi program anda akan datang jika ada lagi. 8. Saya cadangkan anda umumkan program Pay per Lead (PPL) anda untuk cabaran agen dalam tempoh 3-4 minggu sebelum pelancaran. Malah anda boleh mendapat list tambahan dengan mensyaratkan para agen affiliate yang ingin mempromosi agar daftar dengan anda terlebih dahulu melalui sistem autoresponder anda. Oleh itu, buat lagi satu laman web squeeze yang dikhaskan untuk para agen affiliate anda

berdaftar, dan dengan ini anda sudah mempunyai satu list di kalangan para agen promosi. Hebat kan? :) 9. Dalam kebanyakan kes, anda akan mencapai jumlah sasaran list anda mahu kumpul, dan selalunya akan melebihi daripada apa yang anda sasarkan. Jangan bimbang, kerana anda sudah mengawal kos anda jika anda mengikut cara yang saya telah sebutkan sebelum ini sebagaimana di atas. 10. Lebih baik jika anda berjaya memujuk dan menjemput para sifu untuk mempromosi program PPL anda. Oh, ya! Sebelum melancarkan program ini, pastikan anda minta para agen anda cuba terlebih dahulu sama ada sistem PPL itu berfungsi atau tidak. Ini bagi mengelakkan masalah ketika pelancaran kelak. Sebaik-baik masa pelancaran adalah pada akhir bulan, iaitu waktu ramai orang mendapat gaji bulanan mereka. Sekitar 25 hb - 31hb. Cara 3 - Menawarkan Produk Percuma Kepada Penjual Produk 1. Cara ini agak menarik, kerana anda akan tawarkan kepada mana-mana penjual produk dengan tawaran menarik. Bagi meningkatkan jualan produk penjual tersebut, anda tawarkan produk anda sebagai bonus percuma kepada pelanggan beliau. Tetapi dengan syarat, mereka perlu daftar dengan borang autoresponder anda. 2. Berikan sahaja kod borang autoresponder dalam format HTML atau Javascript yang anda boleh perolehi dalam sistem autoresponder anda. Jika saya, saya ambil kod dari akaun Emelmatik. Penjual tersebut akan letakkan kod borang tersebut pada laman download produk beliau. 3. Atau sesetengah penjual akan letakkan link ke laman web squeeze anda. Jangan lupa kekalkan laman web utama dan laman web ke-2 anda. Dengan cara ini, anda bukan sahaja mudah mendapat list, malah anda juga mendapat list di kalangan pembeli, kerana pembeli yang download produk penjual itu sahaja yang akan

mengakses laman web squeeze anda. Dan list di kalangan pembeli jauh lebih baik daripada list di kalangan mereka yang masih belum tentu akan membeli. Konsepnya, 'Sekali seseorang itu pernah membeli, orang itu pasti akan membeli dan membeli lagi pada masa akan datang.' 4. Untuk meletakkan tawaran percuma anda di laman download mana-mana penjual, anda perlu memujuk atau berunding dengan baik. Pastikan design ebook cover anda lebih menyerlah, cantik dan professional serta isi kandungan ebook anda memang mantap - supaya ia tidak menjejaskan kredibiliti penjual tersebut. 5. Bayangkan jika 30 orang penjual lain telah bersetuju meletakkan tawaran produk percuma anda di laman download mereka, maka sebagai contoh purata setiap penjual mendapat 40 orang pelanggan sehari. Maka 30 laman download X 40 pelanggan sehari = 1,200 list sehari! Walaupun saya jarang menggunakan strategi, tetapi ia sangat berkesan. Selesai! Jika anda belum daftar mana-mana akaun autoresponder, boleh daftar di: http://getresponse.com http://aweber.com http://emelmatik.com << PERCUMA! Cara Alternatif Dapatkan List Anda! Saya taniah jika anda telah baca sampai bahagian ini, ada telah menutup ebook ini sebab telah tersangkut cara setup squeeze page, opt-in form, autoresponder dan sebagainya. Ya, ia amat sukar bagi seorang newbies jika masih kosong dalam bad ini. Adakah cara short-cut untuk kumpul list tanpa melalui bad teknikal? Jawapan = ADA! PanduanKumpulList.my telah menyediakan satu platform mudah untuk anda kumpul list tanpa setup semua perkara yang dinyatakan diatas. Anda boleh

mula promosi dan kumpul list segera. Malah platform ini juga membolehkan anda buat duit segera melalui list yang anda dapat melalui sistem auto-followup (autoresponder) yang telahpun disediakan oleh kami. Dalam kata lain, anda Cuma perlu daftar sebagai agen, promosikan link affiliate anda dan tunggu komisyen masuk sahaja. Anda tidak perlu buat apa lagi Cuma perlu promosi link affiliate anda sahaja. Adakah ini penyelesaian TERBAIK? Sila daftar dan aktifkan akaun anda serta merta sebelum program ini ditamatkan bila-bila masa. >> http://www.panduankumpullist.my/affiliates.php Sekian, Boon Lee Pengasas Emelmatik.com