GARIS PANDUAN PELAKSANAAN RASIONALISASI LAMAN WEB SEKTOR AWAM

dokumen-dokumen yang mirip
JPA(S)(BPTM)146/1-130( 12 ) KERAJAAN MALAYSIA SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 8 TAHUN 2008

PROGRAM KESEDARAN DASAR DAN GARIS PANDUAN ICT SEKTOR AWAM JANUARI 2016

KERAJAAN MALAYSIA. Pekeliling Am Bilangan 6 Tahun 1999 PELAKSANAAN PERKONGSIAN PINTAR ANTARA AGENSI-AGENSI KERAJAAN DALAM BIDANG TEKNOLOGI MAKLUMAT

BAB 14 AUDIT DALAMAN

Lampiran 1 GARIS PANDUAN PERMOHONAN ANUGERAH INOVASI TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (AIICT)

KERAJAAN MALAYSIA. SURAT PEKELILING AM BIL. 1 TAHUN 2004 Surat Pekeliling Am Bil. 11 Tahun 1981 (Tambahan)

I~ & II~ [ij1msc '-..tntrn..,rtrr.i.

,ffi, 1. Surat pekeliling ini bertujuan untuk memaklumkan mengenai garis panduan

INDEKS AKAUNTABILITI PENGURUSAN KEWANGAN KEMENTERIAN/ JABATAN DAN AGENSI KERAJAAN PERSEKUTUAN DAN NEGERI

GARIS PANDUAN MENGENAI PEROLEHAN HARTANAH OLEH KEPENTINGAN TEMPATAN DAN ASING

KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA

PANDUAN MENAMBAH BAIK PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN MENERUSI PENGGUNAAN KIOS DI AGENSI-AGENSI KERAJAAN

PROSEDUR PENGELASAN SEMULA REKOD TERPERINGKAT SEBELUM 1972 BAGI JABATAN YANG MASIH BEROPERASI DI BAWAH JAGAAN DAN KAWALAN ARKIB NEGARA MALAYSIA

KERAJAAN MALAYSIA SURAT PEKELILING AM BILANGAN 1 TAHUN 2013 PENYERAGAMAN FORMAT KEPALA SURAT BAGI KEMENTERIAN/JABATAN/AGENSI PERSEKUTUAN

PEKELILING AM BILANGAN 2 TAHUN 2006 PENGUKUHAN TADBIR URUS JAWATANKUASA IT DAN INTERNET KERAJAAN

4. Sistem rangkaian laman web MCSL dan laman web agensi-agensi Kerajaan adalah seperti dalam Rajah 1.

PANDUAN APLIKASI PSIKOLOGI DALAM PENGURUSAN SUMBER MANUSIA SEKTOR AWAM

JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN MALAYSIA BAHAGIAN UKUR BAHAN DAN PENGURUSAN KONTRAK LAPORAN PENUH CABARAN INOVASI JPS 2011 SISTEM UNIT TENDER

KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA SURAT PEKELILING PERBENDAHARAAN BIL.8 TAHUN 2011

BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

NO. DOKUMEN IPS 631/2017 TARIKH KUATKUASA NO. SEMAKAN 03 HALAMAN 1/11

PEMANTAPAN PENGURUSAN PENILAIAN PRESTASI

PELAKSANAAN PELAN LATIHAN SUMBER MANUSIA SEKTOR AWAM

BAB 1 PENGENALAN PROJEK

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING KEMAJUAN PENTADBIRAN AWAM BIL. 1 TAHUN 2001

PELAKSANAAN PROGRAM SKIM LATIHAN 1MALAYSIA (SL1M)

SURAT PEKELILING KEMAJUAN PENTADBIRAN AWAM BILANGAN 2 TAHUN 2002

3 JUN 2016 (JUMAAT) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA (UTM) KUALA LUMPUR

PENGURUSAN. PROSEDUR KOMUNIKASI Tarikh: 20/02/2014

BORANG PENCALONAN ANUGERAH MALAYSIAN GOVERNMENT OPEN SOURCE SOFTWARE 2012 (MyGOSS 2012)

ANUGERAH PENARAFAN BINTANG PENGURUSAN PENTADBIRAN 2016

LAMPIRAN A BORANG PENCALONAN ANUGERAH MALAYSIAN GOVERNMENT OPEN SOURCE SOFTWARE (MYGOSS) Nama Organisasi: Jabatan Peguam Negara

DASAR PENGURUSAN REKOD KERAJAAN

POLITEKNIK MUADZAM SHAH

PANDUAN PELAKSANAAN PENYELARASAN SISTEM PENGURUSAN REKOD KENDIRI DI PTJ SELURUH UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2016

PERATURAN PEROLEHAN PERKHIDMATAN PERUNDING

DRAF GARIS PANDUAN PELAKSANAAN MAJLIS DAN IPG KPM

GARIS PANDUAN KUMPULAN INOVATIF DAN KREATIF (KIK) HYBRID DALAM PERKHIDMATAN AWAM NEGERI SARAWAK

JPA.BK (S) 230/ 19 Jld.3 ( 26 ) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2011

DRAF GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM KERJASAMA IPG KPM

MQA merupakan agensi baru yang ditubuhkan dengan penggabungan Lembaga Akreditasi

JPA(S)K. 256/6/27 KLT.2 ( 31 ) KERAJAAN MALAYSIA SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 2 TAHUN 2009

BAYARAN PASPORT DAN VISA BAGI PEGAWAI YANG DILULUSKAN MENGIKUTI KURSUS JANGKA SEDERHANA DAN KURSUS JANGKA PANJANG DI LUAR NEGARA

DASAR PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA

PEJABAT PENDAFTAR BAHAGIAN PENGURUSAN MODAL INSAN SINERGI TERAS KUALITI

PANDUAN PELAN DATA GURU 2GB SEKOLAH-SEKOLAH 4G PROJEK PERKHIDMATAN 1BESTARINET FASA 2 KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

GARIS PANDUAN BAGI MELAKSANAKAN ANUGERAH INOVASI JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN MALAYSIA

DASAR E-PEMBELAJARAN UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK INOVASI ( PEMBUATAN ATAU PERKHIDMATAN ) KELAB/PERSATUAN SEKOLAH

PANDUAN MEWUJUDKAN SEARCH COMMITTEE DAN PROSES PELAKSANAAN PELAN PENGGANTIAN (SUCCESSION PLANNING)

Latihan MyMesyuarat -URUS SETIA- DibentangkanOleh

B. KEPENTINGAN DOKUMEN

LAMPIRAN A BORANG PENCALONAN ANUGERAH MALAYSIAN GOVERNMENT OPEN SOURCE SOFTWARE (MYGOSS) Nama Organisasi: Jabatan Peguam Negara

BAHAGIAN 3 - PENGURUSAN BELANJAWAN

PENGURUSAN BAJET 1.0 DEFINISI

1. Kenal pasti pegawai yang berkelayakan untuk dilantik sebagai Pengawal Dokumen. MEWUJUDKAN DOKUMEN SPK ISO 9001:2008 dan RUJUKAN DALAMAN

Polisi dan Prosedur. Nama Polisi: Polisi dan Prosedur Pengurusan Senat. Nombor Polisi: UTM P.A. 01

BUKU LOG LATIHAN. Tahun : Kementerian Kesihatan Malaysia. No. K.P. Gred Jawatan :. Tempat Bertugas :

KERAJAAN MALAYSIA. Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bil. 1/1993 PANDUAN MENGENAI MESYUARAT PAGI

GARIS PANDUAN LIBATSAMA KOMUNITI UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG

PEKELILING BENDAHARI BIL : 12/2009 PEJABAT BENDAHARI

JPA.BK(S)250/1( 12 ) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 4 TAHUN 2009

1. Kenal pasti pegawai yang berkelayakan untuk dilantik sebagai Pengawal Dokumen. MEWUJUDKAN DOKUMEN SPK ISO 9001:2008 dan RUJUKAN DALAMAN

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PENILAIAN BERSEPADU PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN PBPPP

SOKONGAN PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT & KOMUNIKASI Kod Dokumen : UPM/ISMS/SOK/P001 PROSEDUR PELAN TINDAK BALAS INSIDEN ICT

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK-PROJEK DI BAWAH MAKSUD PEMBANGUNAN P.16 (02) DAN (03)

PENGENDALIAN AUDIT DALAMAN

GARIS PANDUAN OPERASI BIL. 2 TAHUN 2016 LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI MALAYSIA

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN MAJLIS DAN ACARA IPG KPM

Deskripsi Polisi Pengurusan Perhubungan Media Di Dalam Universiti Putra Malaysia. Naib Canselor

DASAR PENGURUSAN REKOD UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

UTHM.PB/100-6/4/1( 15 ) 4 Februari 2009 SURAT PEKELILING BENDAHARI BIL. 1/2009

DASAR PENERBITAN JURNAL

Arkib Negara Malaysia

FUNGSI PERMOHONAN PERTUKARAN 20/10/2015 PANDUAN PENGGUNA SISTEM MAKLUMAT PENGURUSAN SUMBER MANUSIA (HUMAN RESOURCE MANGEMENT INFORMATION SYSTEM)

Hak Cipta Terpelihara Arkib Negara Malaysia PELUPUSAN REKOD AWAM

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 4 TAHUN 2008

BUKU LOG LATIHAN TAHUN : NAMA : NO. K.P : GRED JAWATAN : TEMPAT BERTUGAS :

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

1 Hakcipta Terpelihara 2007 Universiti Teknologi Malaysia


ANUGERAH PENARAFAN BINTANG PENGURUSAN PENTADBIRAN merupakan salah satu anugerah HKIP UPM 2016 Yang telah diadakan pada 28 OKTOBER 2016

BORANG PERMOHONAN KELULUSAN BAGI PEMBINAAN, PENGUBAHAN DAN PENUTUPAN KEMUDAHAN PENGURUSAN SISA PEPEJAL DITETAPKAN

KOLEJ UNIVERSITI TEKNIKAL KEBANGSAAN MALAYSIA

) DI BAWAH JAGAAN DAN KAWALAN ARKIB NEGARA MALAYSIA

JPA. BK 43/12/2 Jld. 32 (30) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 29 TAHUN 2009

BAB 1 Dasar Pengurusan ICT

PEJABAT PENDAFTAR BAHAGIAN PENGURUSAN MODAL INSAN SINERGI TERAS KUALITI

PIAGAM AUDIT UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

2.0 PEKELILING KEMAJUAN PENTADBIRAN AWAM BILANGAN 1 TAHUN 2009

BORANG PENCALONAN ANUGERAH MALAYSIAN GOVERNMENT OPEN SOURCE SOFTWARE 2012 (MyGOSS 2012)

NORAFFENDY B. ABD. KHALID JPPN SELANGOR

KERAJAAN MALAYSIA SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 20 TAHUN 2008

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 11 TAHUN 2006

SOALAN LAZIM BERKENAAN BIL BARU TM. (M1R2 Drop 2)

DASAR PENGURUSAN REKOD ARKIB ELEKTRONIK DAN

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PENGGUNAAN LOG LATIHAN BAGI PEGAWAI JABATAN PERKHIDMATAN AWAM

Transkripsi:

Lampiran kepada Surat Arahan Ketua Pengarah MAMPU : MAMPU.600-1/8/2(1) GARIS PANDUAN PELAKSANAAN RASIONALISASI LAMAN WEB SEKTOR AWAM Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) Jabatan Perdana Menteri

KANDUNGAN PERKARA MUKA SURAT 1. TUJUAN 1 2. LATAR BELAKANG 1 3. TAKRIFAN 2 4. OBJEKTIF 3 5. KATEGORI RASIONALISASI LAMAN WEB SEKTOR AWAM 4 6. TADBIR URUS RASIONALISASI LAMAN WEB AGENSI 6 7. LANGKAH-LANGKAH PELAKSANAAN RASIONALISASI LAMAN WEB AGENSI 6 8. PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB 8 9. PENUTUP 9 10. MAKLUMAT LANJUT 9 i

SENARAI LAMPIRAN Lampiran A - Lampiran B - Lampiran C - Lampiran D - Maklumat Rasionalisasi Laman Web Agensi Carta Alir Pelaksanaan Rasionalisasi Laman Web Agensi Senarai Semak Pelaksanaan Rasionalisasi Laman Web Agensi Induk Senarai Semak Pelaksanaan Rasionalisasi Laman Web Agensi Pelaksana ii

1. TUJUAN Garis Panduan ini bertujuan memberi panduan kepada agensi sektor awam bagi melaksanakan rasionalisasi laman web sektor awam sedia ada ke arah peningkatan keberkesanan sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan yang berpaksikan rakyat (citizen-centric). 2. LATAR BELAKANG 2.1. Malaysian Government Portal Web Assessment (MGPWA) adalah penilaian bagi penarafan bintang ke atas semua laman web sektor awam yang dilaksanakan setiap tahun. Pada tahun 2013 sebanyak 1,285 laman web agensi telah dinilai dan 31.6% laman web mendapat penarafan tiga (3) bintang dan ke bawah. Manakala pada tahun 2014 sebanyak 1,086 laman web agensi telah dinilai dan 30.0% laman web mendapat penarafan tiga (3) bintang dan ke bawah. 2.2. Penilaian laman web di peringkat global yang dijalankan oleh United Nations e- Government Survey 2014 bagi Indeks Perkhidmatan Dalam Talian (Online Service Index, OSI) telah menunjukkan kedudukan Malaysia di tangga ke-20 pada tahun 2012 menurun kepada tangga ke-31 pada tahun 2014 dalam kalangan 193 negara. 2.3. Peningkatan kualiti laman web agensi sektor awam dapat memastikan kedudukan Malaysia di dalam penilaian yang dijalankan oleh United Nations e- Government Survey dapat ditingkatkan. Pelaksanaan rasionalisasi laman web sektor awam adalah untuk memastikan semua laman web agensi adalah berkualiti dan mematuhi kriteria penilaian laman web. 2.4. Pelbagai usaha telah dilaksanakan untuk meningkatkan prestasi laman web sebagai saluran pilihan penyampaian perkhidmatan kerajaan yang berkualiti dan sejajar dengan amalan baik di peringkat global. Walau bagaimanapun masih terdapat laman web yang tidak dikemaskini secara berkala, tidak diselenggara dengan baik dan tidak dapat diakses. Selain dari itu, terdapat juga agensi yang mempunyai lebih daripada satu laman web. Bagi mengatasi 1

masalah tersebut, rasionalisasi laman web sektor awam perlu dilaksanakan. Beberapa negara maju telah melaksanakan rasionalisasi laman web masingmasing seperti United Kingdom bermula tahun 2006, Kesatuan Eropah bermula tahun 2010 dan Amerika Syarikat bermula tahun 2011. Antara faedah yang diperolehi daripada pelaksanaan rasionalisasi laman web oleh negara-negara berkenaan adalah kemudahan kepada rakyat untuk mendapatkan maklumat dengan cepat dan mudah, penjimatan kos pelaksanaan dan penyenggaraan laman web. 2.5. Mesyuarat Jawatankuasa Koordinasi Aplikasi Perdana MSC Malaysia (MSC Malaysia Flagship Coordination Committee) ke-38 pada 19 November 2014 telah memutuskan rasionalisasi laman web perlu dilaksanakan bagi mengurangkan jumlah laman web kerajaan menjelang akhir tahun 2015. Mesyuarat Jawatankuasa IT dan Internet Kerajaan (JITIK) Bil. 1/2015 yang diadakan pada 6 Mac 2015 telah bersetuju rasionalisasi laman web sektor awam perlu diteruskan ke arah mengurangkan sehingga 50% laman web sektor awam. 3. TAKRIFAN 3.1. Takrifan yang digunakan dalam garis panduan ini adalah seperti yang berikut: (i) (ii) (iii) Agensi merujuk kepada agensi yang tersenarai dalam Senarai Agensi sektor awam terbitan 1 Januari 2014 atau yang terkini, keluaran Bahagian Pembangunan Organisasi (BPO), Jabatan Perkhidmatan Awam. Agensi Induk merujuk kepada Kementerian dan Pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri yang melulus dan memantau pelaksanaan rasionalisasi laman web Agensi Pelaksana. Agensi Pelaksana merujuk kepada Kementerian dan agensi-agensi di bawah Kementerian, Pejabat SUK Negeri, agensi-agensi Negeri, Badan Berkanun (Persekutuan dan Negeri), serta Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang melaksanakan rasionalisasi laman web. 2

(iv) Domain merujuk kepada domain laman web rasmi Agensi Pelaksana. Sebagai contoh, http://www.mampu.gov.my merupakan domain laman web rasmi Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), Jabatan Perdana Menteri. (v) Subdomain merujuk kepada pecahan daripada domain agensi. Ia dianggap sebagai sebuah laman web tersendiri yang mempunyai hubungkait dengan domain agensi. Contoh, http://sddsa.mampu.gov.my di mana Data Dictionary Sektor Awam merupakan subdomain kepada domain www.mampu.gov.my. (vi) Subdirektori merujuk kepada mana-mana komponen kepada domain agensi. Contoh, http://www.mampu.gov.my/mampu_sbh di mana MAMPU Sabah merupakan subdirektori kepada domain www.mampu.gov.my. Subdirektori boleh juga mengandungi direktori-direktori lain di bawahnya. Subdirektori juga dikenali sebagai subfolder. (vii) Rasionalisasi laman web merujuk kepada penyusunan semula dan pengintegrasian laman web serta penghapusan elemen yang tidak berkaitan. (viii) Laman web rasmi agensi merujuk kepada laman web utama yang menyediakan maklumat dan perkhidmatan agensi secara dalam talian sejajar dengan bidang kuasa agensi. 4. OBJEKTIF Objektif pelaksanaan rasionalisasi laman web sektor awam adalah seperti berikut: (i) Mengurangkan jumlah laman web di Agensi Pelaksana yang mempunyai laman web berganda, laman web tidak diperlukan lagi dan laman web yang tidak diselenggara. 3

(ii) Mengkonsolidasi laman web agensi sektor awam dengan menyusun semula dan mengintegrasi laman web serta menghapuskan elemen yang tidak berkaitan. (iii) Meningkatkan keberkesanan penyampaian perkhidmatan yang berpaksikan rakyat. (iv) Menjimatkan kos agensi dari segi penyediaan dan penyenggaraan laman web melalui penggunaan sumber yang optimum. (v) Merekayasa laman web sedia ada selari dengan amalan baik dan penandaarasan di peringkat antarabangsa. 5. KATEGORI RASIONALISASI LAMAN WEB SEKTOR AWAM Agensi hendaklah mengenalpasti laman web sedia ada dan mengkategorikan mengikut empat (4) kategori iaitu laman web dikekalkan, laman web ditutup, laman web dikonsolidasi dan laman web dikecualikan. 5.1. Laman Web Dikekalkan Laman web yang dikekalkan adalah laman web rasmi agensi dan agensi hanya dibenarkan mempunyai satu laman web rasmi sahaja. 5.2. Laman Web Ditutup Laman web hendaklah ditutup sekiranya laman web agensi tersebut memenuhi salah satu ciri-ciri berikut: (i) (ii) (iii) Mempunyai lebih daripada satu laman web. Laman web yang tidak diperlukan lagi. Laman web yang tidak diselenggara lebih dari 6 bulan. Agensi juga hendaklah menutup domain bagi laman web yang berkaitan. 4

5.3. Laman Web Dikonsolidasi Laman web agensi hendaklah dikonsolidasi atau digabung dengan laman web agensi pelaksana sekiranya memenuhi salah satu ciri-ciri berikut: (i) Laman web milik pejabat cawangan di bawah agensi pelaksana seperti pejabat atau jabatan di negeri, daerah dan sebagainya. (ii) Laman web milik unit, bahagian, sektor dan sebagainya di bawah agensi pelaksana. (iii) Agensi yang memiliki laman web tetapi tidak mempunyai pentadbir laman web untuk menyenggara laman web tersebut. (iv) Laman web yang statik dan tidak diselenggara secara berkala secara bulanan. Agensi boleh melaksanakan proses konsolidasi atau gabungan tersebut mengikut kesesuaian agensi menggunakan kaedah gabungan subdomain atau subdirektori. Agensi juga hendaklah menutup domain bagi laman web yang berkaitan. 5.4. Laman Web Dikecualikan Laman web selain daripada laman web rasmi agensi yang diwujudkan untuk kegunaan tertentu bagi meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan kepada rakyat adalah dikecualikan daripada pelaksanaan rasionalisasi sekiranya ia memenuhi salah satu ciri-ciri berikut: (i) Memenuhi keperluan dan piawaian dalam negara serta antarabangsa seperti Portal Data Terbuka Sektor Awam (www.data.gov.my). (ii) Laman web khusus dan memberi impak besar seperti Portal myidentity (www.myidentity.gov.my). 5

Laman web yang dicadang untuk dikecualikan hendaklah mendapat kelulusan daripada Jawatankuasa Induk Laman Web Kementerian/Kerajaan Negeri. 6. TADBIR URUS RASIONALISASI LAMAN WEB AGENSI Pelaksanaan rasionalisasi laman web agensi hendaklah menggunakan tadbir urus sedia ada iaitu Jawatankuasa Induk Pengurusan Laman Web Agensi. Agensi perlu mewujudkan satu pasukan kerja rasionalisasi laman web untuk melaksanakan aktviti-aktiviti berkaitan rasionalisasi laman web. Pasukan kerja ini bertanggungjawab kepada Jawatankuasa Induk Pengurusan Laman Web Agensi. 7. LANGKAH-LANGKAH PELAKSANAAN RASIONALISASI LAMAN WEB AGENSI 7.1. Rasionalisasi laman web merangkumi proses merancang, melaksana dan memantau aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan pengurusan laman web agensi. Langkah-langkah yang perlu diambil bagi melaksanakan rasionalisasi laman web mengikut agensi adalah seperti berikut: (i) Agensi Induk (a) (b) (c) (d) (e) Mengkaji dan membincangkan usul, cadangan dan pelan tindakan agensi pelaksana. Meluluskan cadangan rasionalisasi laman web agensi pelaksana. Mengemukakan cadangan rasionalisasi yang telah diluluskan kepada Agensi Pelaksana. Menyelaras dan memantau pelaksanaan rasionalisasi laman web agensi pelaksana serta mengemukakan pelan tindakan rasionalisasi laman web peringkat agensi Induk dan agensi pelaksana kepada MAMPU. Menyelaras dan mengemukakan senarai laman web terkini kepada MAMPU. 6

(ii) Agensi Pelaksana (a) Mengumpul maklumat laman web sedia ada di agensi mengikut format seperti di Lampiran A: Maklumat Rasionalisasi Laman Web Agensi. (b) Mengkaji peranan dan struktur organisasi agensi untuk memastikan kesesuaian pewujudan laman web agensi. (c) Menyediakan cadangan rasionalisasi laman web (senarai laman web yang dikekal / ditutup / dikonsolidasi / dikecualikan) serta pelan pelaksanaan. (d) Mendapatkan kelulusan cadangan rasionalisasi laman web daripada Jawatankuasa Induk Pengurusan Laman Web Agensi. (e) Mengemukakan cadangan rasionalisasi untuk persetujuan Jawatankuasa Induk Laman Web Kementerian/Kerajaan Negeri. (f) Melaksanakan rasionalisasi laman web. (g) Melaporkan pelaksanaan rasionalisasi laman web kepada Agensi Induk. 7.2. Carta alir bagi melaksanakan rasionalisasi laman web adalah seperti di Lampiran B : Carta Alir Pelaksanaan Rasionalisasi Laman Web Agensi. 7.3. Senarai semak pelaksanaan rasionalisasi laman web peringkat agensi induk adalah seperti di Lampiran C: Senarai Semak Pelaksanaan Rasionalisasi Laman Web Agensi Induk. 7.4. Senarai semak pelaksanaan rasionalisasi laman web peringkat agensi pelaksana adalah seperti di Lampiran D: Senarai Semak Pelaksanaan Rasionalisasi Laman Web Agensi Pelaksana. 7

8. PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB 8.1. Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) MAMPU adalah agensi yang bertanggungjawab untuk perkara-perkara berikut: (i) (ii) Memberi khidmat nasihat kepada agensi bagi pelaksanaan rasionalisasi laman web. Memantau kemajuan pelaksanaan pelan tindakan rasionalisasi sektor awam oleh agensi. (iii) Melaporkan status kemajuan pelaksanaan rasionalisasi laman web kepada Jawatankuasa IT dan Internet Kerajaan (JITIK). 8.2. Agensi Pelaksana Semua agensi pelaksana adalah dikehendaki melaksanakan rasionalisasi laman web di agensi masing-masing. Untuk maksud ini, semua Ketua Jabatan adalah diminta untuk mengambil tindakan-tindakan berikut: (i) Mewujudkan pasukan kerja rasionalisasi laman web di agensi. (ii) Menyedia dan melaksanakan pelan tindakan rasionalisasi laman web agensi. (iii) Meluluskan cadangan rasionalisasi laman web agensi. (iv) Melaksanakan rasionalisasi laman web agensi. (v) Memantau pelaksanaan rasionalisasi laman web agensi. 8

9. PENUTUP Agensi hendaklah mematuhi garis panduan ini bagi melaksanakan rasionalisasi laman web di agensi masing-masing. Pelaksanaan rasionalisasi laman web yang berkesan di agensi sektor awam akan dapat meningkatkan keberkesanan sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan dalam talian yang berpaksikan rakyat (citizen-centric). 10. MAKLUMAT LANJUT Sebarang pertanyaan mengenai kandungan panduan ini atau permohonan untuk keterangan lanjut, boleh ditujukan kepada: Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) Jabatan Perdana Menteri Aras 6, Blok B2, Kompleks Jabatan Perdana Menteri Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62502 PUTRAJAYA No. Telefon : 03-8000 8000 No. Faksimili : 03 8000 8001 E-mel : 80008000@1mocc.gov.my 9

Maklumat Rasionalisasi Laman Web Agensi LAMPIRAN A Kementerian/SUK : Pegawai Perhubungan : Contoh : Laman Web Kategori Laman Web Cadangan Rasionalisasi Bil Domain SubDomain Sub Direktori/ Web pages Keterangan Laman Web Agensi Pelaksana Laman Web Agensi Pejabat Cawangan/ Bahagian / Seksyen Projek/ Kegunaan khusus 1 mampu.gov.my MAMPU / 1 2 mampu.gov.my sddsa.mampu.gov. my 3 mampu.gov.my mampu.gov.my/ mampu_sbh DDSA MAMPU Sabah 4 data.gov.my Data Terbuka Sektor Awam 5 ekl.gov.my Bahagian ekl, MAMPU 6 mampu.gov.my aseancioforum2014. mampu.gov. my Persidangan Asean CIO 2014 MAMPU MAMPU MAMPU MAMPU MAMPU Kekal / 1 Tutup / 1 / 1 / 1 / 1 Catatan Konsolidasi Pengecualian Diarkibkan Jumlah Laman Web 2 0 2 2 10

LAMPIRAN B Carta Alir Pelaksanaan Rasionalisasi Laman Web Agensi 11

Senarai Semak Pelaksanaan Rasionalisasi Laman Web Agensi Induk LAMPIRAN C Tugas 1. Mengkaji dan membincangkan usul, cadangan dan pelan tindakan agensi pelaksana 2. Meluluskan cadangan rasionalisasi laman web agensi pelaksana 3. Mengemukakan cadangan rasionalisasi yang telah diluluskan kepada agensi pelaksana 4. Menyelaras, memantau dan mengemukakan cadangan rasionalisasi laman web peringkat agensi induk dan agensi pelaksana kepada MAMPU 5. Menyelaras dan mengemukakan senarai laman web yang terkini kepada MAMPU Status ( ) Tarikh & Tempoh Pelaksanaan 12

Senarai Semak Pelaksanaan Rasionalisasi Laman Web Agensi Pelaksana LAMPIRAN D Tugas 1. Mewujudkan Pasukan Kerja Rasionalisasi Laman Web Agensi untuk melaksanakan rasionalisasi laman web di agensi 2. Mengumpulkan maklumat laman web sedia ada 3. Mengkaji peranan dan struktur organisasi agensi 4. Menyediakan cadangan rasionalisasi laman web serta pelan pelaksanaan untuk kelulusan Jawatankuasa Induk Pengurusan Laman Web Agensi 5. Mengemukakan cadangan rasionalisasi laman web untuk kelulusan Jawatankuasa Induk Laman Web Kementerian/Kerajaan Negeri 6. Melaksanakan rasionalisasi laman web 7. Melaporkan pelaksanaan rasionalisasi laman web kepada agensi induk Status ( ) Tarikh & Tempoh Pelaksanaan 13