Jilid 13 Bil. 2 Disember 2013 ISSN: KK:

dokumen-dokumen yang mirip
ULASAN BUKU. Hasmidar Hassan, 2011, Kata Hubung Dan dan Tetapi dari Sudut Pragmatik, 201 halaman, ISBN

Penggunaan Kata Hubung dalam Penulisan Melalui Pengajaran secara Eksplisit. Abstrak

TEORI DAN PRINSIP PERKAMUSAN

JUL 401 BAHASA MALAYSIA

Abstrak. Penerapan Penanda Wacana dalam Pengajaran dan Pembelajaran Kemahiran Menulis. Muhammad Faizrin Hashim

PROGRAM PPISMP GWP 1092 WACANA PENULISAN Topik 1: Pengenalan kepada Wacana

BAB 1 PENGENALAN. terjemahan, seseorang dapat menyebar ilmu terkini untuk manfaat masyarakat.

Perluasan Kosa Kata Melalui Penggunaan Gaya Bahasa Perbandingan dalam Penulisan Deskriptif. Abstrak

PERKAMUSAN DEFINISI MINGGU 9

KOLEKSI BAHAN BACAAN BUKU FIKSYEN

UNSUR KESANTUNAN DALAM TAFSIR PIMPINAN AR-RAHMAN

Ulasan Buku/Book Review

Sejarah Perkembangan Ilmu Linguistik

PENGGUNAAN DAN FUNGSI BAHASA

BAB V DAPATAN DAN IMPLIKASI KAJIAN

Penyelidikan Pelajar Sarjana Pendidikan Islam UKM: Fokus Dan Hala Tuju. oleh. Shahrin Awaludin Fakulti Pendidikan UKM

1.3 STATUS & FUNGSI BAHASA MELAYU

SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU. Tajuk 2: Teori Semantik

Isu-Isu Terpilih Dalam Sejarah Politik Dan Perjuangan

UNIT 6 SINTAKSIS: AYAT

BAB 7 KESIMPULAN. dibincangkan, iaitu data korpus, dapatan kajian dan kajian hadapan.

lik Satiah Karim Farid M. Onn Hashim Hj. Musa Abdul Hamid Mahmood Tatabahasa Pewan JILID1: AYAT

Abstrak. Penerapan Pantun dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Fauziah Muhamad Fadzillah Sekolah Rendah Fengshan

Abstrak. Penggunaan S 2 TAMP 2 D dalam Pengajaran dan Pembelajaran Kepelbagaian Ayat. Zaetun Abbas

Peluasan Ayat Melalui Strategi Penggunaan Pelbagai Keterangan. Abstrak

BANGI, 15 Mac 2013 Sebarang usaha untuk menghuraikan nahu yang hendak dijadikan pegangan Bahasa Melayu mestilah yang mudah difahami masyarakat.

BAB LIMA DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN. Bab ini menghuraikan dan merumuskan dapatan-dapatan daripada kajian

BAHASA MELAYU 910/1. BAHASA MELAYU MODEN PASCAMERDEKA (Akta-Akta Pelaksanaan Bahasa Melayu) Disediakan oleh, Yillson Yanggun

2/27/2017. Kemunculan AK; Kuliah 1 Sejarah Perkembangan, Konsep dan Teori Analisis Bezaan

PANDUAN PEMOHONAN PENERBITAN BUKU

BAB 1 PENDAHULUAN. Sesungguhnya, pemilihan bahasa Arab sebagai bahasa al-quran semestinya mempunyai

BAB I PENGENALAN. Sejarah pendidikan bahasa Arab di Malaysia telah mula semenjak awal abad ke-19

PENENTUAN TEMPOH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU KLASIK: SATU KAJIAN TINJAUAN

BAB I PENDAHULUAN. Arab. Tiada sesiapapun yang menyangkal bahawa bahasa Arab dan al-qur an al-karim

ULASAN BUKU. Asmah Haji Omar, Carik-Carik Bulu Ayam: Kisah Runding Bahasa Dunia Melayu, 153 halaman, ISBN

DASAR PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

BAB SATU PENGENALAN 1.0 PENDAHULUAN: Bab ini mengandungi perkara-perkara asas yang perlu ada dalam setiap kajian yang

PENGARUH KELANCARAN MEMBACA AL-QURAN TERHADAP KELANCARAN MEMBACA TEKS ARAB: KAJIAN KES DI KUIM. Mohd Zahimie Mohd Dzahid 1, Hakim Zainal 2

Memorandum Pertubuhan-Pertubuhan Cina. Y. A. B. Dato Sri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak Perdana Menteri Malaysia

BAB TIGA METODOLOGI KAJIAN

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN

LINGUISTIK UNTUK GURU BAHASA

Katakunci : masalah pelajar perdana, latihan industri

ASPEK TATABAHASA DALAM KURIKULUM STANDARD BAHASA MALAYSIA SEKOLAH RENDAH TAHUN SATU KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

TAKLIMAT STANDARD KURIKULUM

BAB SATU PENGENALAN. 1.0 Pendahuluan. Istilah merupakan perkataan atau paduan perkataan-perkataan yang

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (KEMAHIRAN MENULIS)

Unit-unit Bahasa dalam Analisis Tatabahasa

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA SEMESTER MEI / 2012 HBML1203 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

Beberapa aspek tamadun Melayu, India, China dan Jepun. Sinopsis:

KURSUS ORIENTASI UNTUK JURULATIH UTAMA BAHASA MALAYSIA TAHUN SATU

BAB SATU PENGENALAN. topik perbincangan dalam kajian morfologi ( ) perlu diketengahkan. fonologi yang berlaku dalam pembentukan kata bahasa Arab.

BAB VI RUMUSAN DAN CADANGAN. Dalam bab ini penulis akan merumuskan hasil dapatan kajian yang dilakukan sepanjang

BAB 7 PENYEDIAAN TEKS: KATA ALU-ALUAN, PRAKATA DAN TEKS UCAPAN

SIKAP GENERASI MUDA TERHADAP BAHASA MELAYU: SENARIO DI MALAYSIA, NEGARA BRUNEI DARUSSALAM DAN INDONESIA. Aminah Awang Basar

BAB TIGA : KAEDAH PENYELIDIKAN

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

ANALISIS KONTEKS WACANA DALAM NOVEL CONTENGAN JALANAN MUHAMMAD FAIZUDDIN BIN HASHIM

vvvvvvvvvv MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA PEPANDU SISTEM PENGURUSAN ALAM SEKITAR (EMS) MS ISO KALI PERTAMA UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

menggunakannya dengan lebih tepat dan berkesan dalam proses pengajaran dan

BAB SATU PENGENALAN. Bab pertama mengandungi perkara-perkara asas yang perlu ada dalam setiap kajian

BAB 5 PENUTUP. objektif kajian yang telah dikemukakan dalam Bab 1 pada awal kajian. Pertama;

Pengenalan kepada penulisan ilmiah. Sinopsis:

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

ULASAN BUKU. Hasan Alwi, Perbandingan Tatabahasa Dewan dengan Tatabahasa Baku Bahasa Indonesia, 648 halaman, ISBN

GE 1155 KOMPUTER DALAM PENDIDIKAN SEMESTER 1, SESI 2015/2016

BAB KEENAM RUMUSAN, CADANGAN DAN PENUTUP

SEMINAR PASCA SISWAZAH DALAM PENDIDIKAN (GREDUC 2013)

MASALAH PEMBELAJARAN MATEMATIK TAHUN LIMA DALAM BAHASA INGGERIS

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA DOKUMEN STANDARD PRESTASI BAHASA MELAYU TINGKATAN 1

FAKULTI PENGURUSAN DAN PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA Pindaan Terakhir :

Pelajar-pelajar lembam dalam kajian ini masih lagi mengalami proses. pembelajaran dan penguasaan bahasa yang tidak sempurna seperti pelajarpelajar

TEKS UCAPAN YAB DATO SERI AHMAD ZAHID HAMIDI TIMBALAN PERDANA MENTERI. Sempena

SEJARAH PENUBUHAN UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA OLEH ENCIK ZAHARI DAUD

BAB PERTAMA PENGENALAN. Pembinaan ayat dalam bahasa Arab terdiri daripada tiga bentuk : Jumlat ismiyyat,

BAB 1 PENDAHULUAN. adanya bahasa, barulah sesebuah komunikasi itu dapat berjalan dengan lancar.

Haji Sulaiman bin Kaiat, Ketua Bahagian Sistem Maklumat dan Puan Kamariah binti Abu Samah, Ketua Pusat Dokumentasi Melayu Dewan Bahasa dan Pustaka

SEJARAH & PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU BAHASA MELAYU MODEN (Soalan Sebenar STPM: )

Pengajaran Kata Nama dengan Menggunakan Konsep MBBT. Abstrak

Kursus Bahasa Melayu Berakreditasi Sektor Perkhidmatan Kewangan

PERSEPSI DAN SIKAP PELAJAR MELAYU TERHADAP MODUL BAHASA KEBANGSAAN A DI KUIS

PERMASALAHAN KEMAHIRAN LISAN PRASEKOLAH SJK (TAMIL) Aisyah Amin & Abdul Rasid Jamian Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia.

SOSIOLOGI DAN ANTROPOLOGI FEM3313

BAB SATU PENGENALAN. Hikmat terbesar daripada penurunan al-qur an al-karim dengan tujuh

Kandungan. Pendahuluan. Proses Fonologi. Pengajaran Sebutan Kesimpulan. Sebutan Baku Sebutan Standard (ala Johor-Riau) Fonologi Generatif

Di dalam bab ini, pengkaji akan membincangkan mengenai kerangka teori, kaedah-kaedah yang digunakan, di mana pengkaji juga turut meninjau kerangka dan

KEFAHAMAN DAN AMALAN DALAM BERAGAMA: KAJIAN TERHADAP PELAJAR BARU UiTM PAHANG DAN PELAJAR BARU UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG

berimbuhan berdasarkan frasa / ayat dan juga rangkap ayat.

NAMA PELAJAR : SITI NUR HASINAH BINTI HUSSIAN NO MATRIK : P79063 TAJUK: STRATEGI PEMBELAJARAN BAHASA OLEH PELAJAR CEMERLANG PENSYARAH:

PENERAPAN SASTERA DALAM PENGAJARAN BAHASA DI SEKOLAH RENDAH

Pengajian Am (900) Pencapaian calon bagi mata pelajaran ini mengikut gred adalah seperti yang berikut:

BLHL 1012 : BAHASA MELAYU I

3/1/2017. Semantik struktural didefinisikan sebagai salah satu daripada komponen tatabahasa yang mengkhususkan representasi semantik kepada ayat.

Penyunting Ramli Dollah

Sejarah Perkembangan Ilmu Semantik

Pihak Penerbit UniMAP sentiasa mengalu-alukan cadangan manuskrip buku dan berbesar hati untuk menilai cadangan-cadangan penerbitan yang dihantar.

Kursus Bahasa Melayu Berakreditasi Sektor Perkhidmatan Kewangan

BAB 1 PENDAHULUAN. bahasa Arab, supaya kamu (menggunakan akal) memahaminya. ( Al-Zukhruf 43:3)

Transkripsi:

Jilid 13 Bil. 2 Disember 2013 ISSN: 1511-9084 KK:499-91413-1213 KANDUNGAN Kata Kerja Bersiri dalam Bahasa Melayu Rogayah A. Razak Norizan Rajak Klasifikasi Aktionsart Predikat Keadaan Bahasa Melayu Noraini Salleh Maslida Yusof Karim Harun Analisis Fonologi Autosegmental dalam Proses Penyebaran Fitur Geluncuran Dialek Melayu Saribas Noor Azureen Hamid @ Ahmed Tajul Aripin Kassin Penanda Wacana dalam Teks Melayu Lama Berunsur Sejarah Mohammad Fadzeli Jaafar Ucap Selamat, Ungkapan Anomali namun Dimengerti dalam Komunikasi: Penjelasan dari Perspektif Pragmatik Hasmidar Hassan Strategi Penterjemahan Nilai dan Kepercayaan dalam Novel Sungai Mengalir Lesu Nur Hafeza Ahmad Marekan Goh Sang Seong Pelaksanaan Elemen Sastera dalam Pengajaran dan Pembelajaran Seni Bahasa Kurikulum Standard Sekolah Rendah Shamsudin Othman Abdul Rasid Jamian Ulasan Buku Struktur dan Makna dalam Bahasa Idris Aman 179 192 217 243 259 273 292 313

ULASAN BUKU ULASAN BUKU Mukhlis Abu Bakar 2010. Struktur dan Makna dalam Bahasa, 216 halaman, ISBN 978-983-46-1232-6. Pengulas: Idris Aman idrisa@ukm.my Program Bahasa dan Linguistik Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan Universiti Kebangsaan Malaysia PENDAHULUAN Linguistik ialah ilmu yang digunakan untuk memahami dan menghuraikan bahasa secara saintifik. Pemahaman akan gelagat bahasa menjadikan manusia mengetahui cara bahasa berfungsi dan dalam masa yang sama memahami cara manusia memanfaatkan bahasa, di samping memahami tentang manusia itu sendiri. Usaha memahami dan menghuraikan bahasa tidak pernah berkesudahan dan penghuraian yang lebih baik sentiasa dituntut. Usaha memahami dan menghuraikan bahasa sentiasa perlu dilakukan kerana sifat bahasa yang dinamik dengan peredaran zaman, tamadun, dan peradaban penuturnya. Apabila menelaah buku Struktur dan Makna dalam Bahasa pengulas berasa sungguh teruja kerana di Kota Singa yang serba maju dan kosmopolitan itu, serta yang mengutamakan bahasa Inggeris, masih ada sarjana linguistiknya yang gigih menulis dan menerbitkan buku ilmiah dalam bidang tersebut dalam bahasa Melayu. Usaha sedemikian sangat murni, sekali gus membantu meningkatkan pemahaman dalam bidang linguistik kepada penuntut dan pembaca lain yang mengkaji bahasa sebagai subjek penelaahan dalam bahasa yang difahami oleh lebih 200 juta manusia itu. Yang lebih menarik lagi ialah data huraiannya juga dalam bahasa Melayu. Penghasilan buku ini merupakan refleksi daripada pengalaman panjang pengarang memberi kuliah di Institut Pendidikan Nasional 313

JURNAL BAHASA Singapura, di samping jalinan pencerapannya terhadap buku nahu yang ada. Daripada pengamatannya yang tajam terhadap dua sumber tersebut, beberapa penjelasan alternatif, baharu, dan rapi diutarakannya, misalnya tentang morfem dan pola ayat. Struktur dan makna dalam bahasa membicarakan secara jelas serta eklektik akan hakikat dan selok bahasa dari dua dimensi utama, iaitu bentuk dan maknanya. Dalam linguistik, dimensi pembicaraan yang dilakukan itu boleh dikategorikan kepada subbidang sintaksis dan semantik. Dengan menjadikan bahasa Melayu sebagai data bagi penghuraian dan penjelasannya, cara ilmu linguistik memahami bahasa bekerja atau beroperasi mampu dikendalikannya dengan baik. Pendekatannya cenderung kepada berhujah dan menjawab secara penerangan berserta dengan contoh bagi hujah yang diutarakan. Sepanjang diketahui, tidak ada lagi buku ilmiah yang membicarakan subbidang sintaksis dan semantik secara lengkap dan bergandingan sebegini dalam bahasa Melayu. Jika ada pun buku yang menerangkan sistem ayat atau nahu, khususnya nahu bahasa Melayu yang lebih merupakan buku teks pegangan, seperti Tatabahasa Dewan oleh Nik Safiah et al. (2009) atau Nahu Melayu Mutakhir oleh Asmah (1993); atau pembahasan aspek nahuan tertentu sahaja, seperti Hashim (1990) dan Ramli (1995). Buku ini dapat digolongkan dalam kajian struktur yang menganggap bahasa sebagai suatu sistem mujarad, iaitu suatu pendekatan terhadap pengajian bahasa yang masih dominan di universiti. Pendekatan sebegini mungkin tidak disenangi oleh mereka yang lebih selesa dengan pendekatan sosial atau yang mengambil kira aspek fungsional. Perbincangan diorganisasikan kepada tiga bahagian. Pada Bahagian 1 diperkenalkan ilmu linguistik secara am, meliputi cara mempelajari gelagat bahasa dari segi bentuk atau strukturnya. Bahagian 2 berkaitan dengan sintaksis yang disusun kepada 5 bab, iaitu Bab 2-6. Seperti kelaziman dalam huraian nahu secara struktur, penerangan dan penjelasan tentang struktur nahu turut dimulakan dengan beberapa kategori nahuan asas secara menaik, iaitu golongan kata, morfem dan struktur kata, konstituen dan struktur frasa, dan klausa dan struktur ayat. Yang menjadikan buku ini agak istimewa ialah kewujudan Bab 6 yang berjudul Hubungan Tatabahasa. Dalam bab ini digandingkan penjelasan tentang fungsi sintaksis dengan fungsi semantik ayat. Asas penjelasannya ialah fungsi sintaksis dan peranan semantik merupakan dua hubungan tatabahasa yang bebas dan tidak boleh disamakan. Kriteria semantik berupaya menghasilkan pemerihalan lebih 314

ULASAN BUKU kemas tentang ayat. Pengarang memanfaatkan kaedah struktur argumen untuk menerangkan perantara dua hubungan tersebut. Bahagian 3 khusus mengenai aspek semantik. Dalam linguistik, cabang pengkajian tentang makna yang dinamakan semantik merupakan salah satu cabang yang rumit dipelajari. Hal ini demikian kerana konsep makna begitu luas dan meliputi pelbagai aspek. Untuk itu, bahagian ini dipecahkan kepada tiga bab, iaitu Makna Ungkapan Bahasa, Analisis Semantik, dan Perlakuan Pertuturan yang merupakan antara beberapa aspek yang menarik minat ahli bahasa dan falsafah sekian lama. Dalam Bab 7 dihuraikan beberapa konsep aspek pemaknaan, seperti pertalian makna, perkaitan kebenaran, bahasa, situasi dan dunia, dan bahasa dan komunikasi. Dalam Bab 8, dijelaskan hubungan makna dengan unit kata. Secara biasa, makna ungkapan difahami melalui intuisi. Walau bagaimanapun pengarang menegaskan bahawa intuisi tidak memadai untuk meleraikan soal makna. Faktor situasi, perselangan makna, dan kekomposisian turut berperanan untuk meleraikan soal makna ungkapan. Pengarang menjelaskan cara makna dileraikan melalui analisis makna leksikal dan tatabahasa dengan contoh analisis terhadap kata kerja. Pada bab akhir, perbincangan dilanjutkan dengan membawa dimensi analisis pemahaman makna melalui ilmu pragmatik. Pragmatik merupakan kajian tentang tafsiran ujaran dan cara pengetahuan bukan linguistik dimanfaatkan sewaktu berkomunikasi. Walau bagaimanapun, sebagai pengantar, hanya dua aspek penting makna ujaran dijelaskan, iaitu perlakuan pertuturan dan implikatur. Selain indeks, buku ini turut menyertakan glosari yang sangat berguna kepada pembaca untuk mengetahui maksud sesuatu konsep linguistik dengan segera. Beberapa kelemahan pengeditan turut dikesani dalam buku ini iaitu kesalahan ejaan. Selaras dengan skop dan aras pembicaraannya, buku ini bermanfaat dan sangat sesuai untuk penuntut linguistik atau pengajian bahasa di institusi pengajian tinggi yang ingin mengetahui dan memahami asas dan kerangka bahasan ilmu sintaksis dan semantik. Aspek asas pengajian struktur bahasa sebegini merupakan landasan penting dan berguna kepada penuntut apabila ingin meneroka dengan lanjut tentang bahasa melalui pendekatan lain, seperti fungsional, sosial, dan pascamoden mengikut silibus pengajian bahasa atau linguistik. 315

JURNAL BAHASA RUJUKAN Nik Safiah Karim, Fard M. Onn, Hashim Hj. Musa & Abdul Hamid Mahmood, 2009. Tatabahasa Dewan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Asmah Haji Omar, 1993. Nahu Melayu Mutakhir. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hashim Haji Musa, 1990. Sintaksis Bahasa Melayu: Suatu Huraian Berdasarkan Rumus Struktur Frasa. Kuala Lumpur: Agensi Penerbitan Nusantara. Ramli Md Salleh, 1995. Sintaksis Bahasa Melayu: Penerapan Teori Kuasaan dan Tambatan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 316