BUKU PANDUAN AKADEMIK SISWA SESI 2011/2012

dokumen-dokumen yang mirip
PERATURAN AKADEMIK BUKU PERATURAN AKADEMIK PROGRAM DIPLOMA DAN IJAZAH SARJANA MUDA SEPARUH MASA UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG

PERATURAN AKADEMIK: AMALAN DAN PEMATUHAN

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA UPM EDUCATION & TRAINING SDN. BHD. (UPM ET)

PERATURAN-PERATURAN AKADEMIK AHMAD NAZRI DAGANG

PROGRAM PENGAJIAN SEPARUH MASA SOALAN-SOALAN LAZIM. ~ Setiap program dan pusat ditawarkan adalah berbeza bagi setiap pengambilan

PERATURAN AKADEMIK PROGRAM SARJANA MUDA PENGAJIAN SEPENUH MASA

PINDAH KREDIT DAN PENGECUALIAN KURSUS PROGRAM PENGAJIAN UPNM

PROGRAM PENGAJIAN SEPARUH MASA SOALAN-SOALAN LAZIM

KAPS 19 KOD AMALAN PELAKSANAAN PROGRAM SARJANA DAN DOKTOR FALSAFAH SECARA CAMPURAN SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH (SPS)

UPM EDUCATION & TRAINING SDN. BHD. (UPM ET) UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

PERATURAN AKADEMIK PERATURAN AKADEMIK BAGI PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA DAN DIPLOMA UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA KANDUNGAN

PERATURAN AKADEMIK UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN (PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA SEPENUH MASA)

TAKLIMAT PEPERIKSAAN. i. Purata Nilaian Mata (PNM) atau Grade Point Average (GPA) ii. Himpunan Purata Nilaian Mata (HPNM) atau Cumulative Grade Point

PERATURAN PEPERIKSAAN

BAHAGIAN A DASAR PENGAMBILAN PELAJAR

ISI KANDUNGAN. BAHAGIAN 2 KEMASUKAN KE UNIVERSITI 2.1 Syarat Kemasukan Ijazah Sarjana Muda Status Pelajar... 4

GARIS PANDUAN PINDAHAN KREDIT & PENGECUALIAN KURSUS PROGRAM PENGAJIAN POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

ISI KANDUNGAN. BAHAGIAN 2 KEMASUKAN KE UNIVERSITI 2.1 Syarat Kemasukan Ijazah Sarjana Muda Status Pelajar... 4

PANDUAN SISTEM PERATURAN AKADEMIK

SEKSYEN 1 PERATURAN AKADEMIK PROGRAM SARJANA MUDA

PERATURAN AKADEMIK (SARJANA MUDA DAN DIPLOMA)

BAHAGIAN I PERMULAAN. 1. (1) Peraturan ini bolehlah dinamakan Peraturan-Peraturan Universiti Kebangsaan Malaysia (Pengajian Siswazah) 2015.

KANDUNGAN. 1. Nama Dan Tarikh Berkuatkuasa Tujuan Tafsiran Penggubalan Item 3

PERATURAN PRAKTIKUM UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

AKTA UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI 1971 PERLEMBAGAAN UNIVERSITI MALAYA 1997 KAEDAH-KAEDAH UNIVERSITI MALAYA (IJAZAH DOKTOR FALSAFAH) 2007

BAB 12 BIASISWA & AKAUN PELAJAR

GARIS PANDUAN PASCA-KEDOKTORAN

POLISI, DASAR DAN PERATURAN-PERATURAN AKADEMIK

PINDAHAN KREDIT PROGRAM PENGAJIAN

AKTA UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI 1971 PERLEMBAGAAN UNIVERSITI MALAYA 1997 PERATURAN-PERATURAN UNIVERSITI MALAYA (IJAZAH DOKTOR FALSAFAH) 2007

ARAHAN-ARAHAN PEPERIKSAAN DAN KAEDAH PENILAIAN

BUKU PERATURAN AKADEMIK PROGRAM ASAS, DIPLOMA DAN SARJANA MUDA (PINDAAN PERTAMA)

KEMENTERIAN MALAYSIA. Ruj. Kami: KPT.JPP(0) 601-1/2/14 ( ) Tarikh : L\Disember Semua Pengarah Politeknik, Kementerian Pendidikan Malaysia.

KOLEJ UNIVERSITI TEKNOLOGI TUN HUSSEIN ONN PEKELILING BENDAHARI BIL. 7 / 2003 PERATURAN PEMBAYARAN PELAJAR. KUiTTHO.(PB) 10.12/04 (14) 15 Oktober 2003

Pindaan 2013 (Bilangan 1)

PERATURAN-PERATURAN UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (PENGAJIAN SISWAZAH) Pusat Siswazah. Universiti Kebangsaan Malaysia

PERATURAN UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS PROGRAM PENGAJIAN IJAZAH SARJANA SECARA PENYELIDIKAN

ISI KANDUNGAN. 1.0 Peruntukan-Peruntukan Am Takrif Sesi Akademik Pendaftaran Pelajar Sistem Kredit 8. 6.

Peraturan Akademik Program Sarjana Muda Universiti Pertahanan Nasional Malaysia Tahun 2014

4. PRAKTIKUM mengaplikasikan pelbagai strategi dan kemahiran P&P mengaplikasi kemahiran mentaksir dan menilai.

Akta dan Peraturan-peraturan Universiti Kebangsaan Malaysia (Pengajian Sarjanamuda) 1990

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA PENAMBAHBAIKAN DASAR DAN GARIS PANDUAN INSENTIF BAGI STAF PENTADBIRAN YANG MELANJUTKAN PENGAJIAN

BAB IV KERTAS KERJA SEMAKAN KURIKULUM

PINDAH KREDIT DAN PENGECUALIAN KURSUS. a) Gred Lulus minimum adalah Gred C bagi pra siswazah dan Gred B bagi pasca siswazah.

BIL PERKARA TEMPOH (MASA) TARIKH TINDAKAN

ARAHAN-ARAHAN PEPERIKSAAN DAN DAN KAEDAH

PANDUAN DAN PERATURAN PEPERIKSAAN CALON PEPERIKSAAN

POLISI PENYELIAAN PELAJAR IJAZAH TINGGI DI UNIVERSITI MALAYA

1/6 RASMI (MASA) 2 hari September 2016 Fakulti / Bendahari / PPS / PTM / Pelajar

3. PRAKTIKUM menyepadukan teori dengan amali PdP mengaplikasikan pelbagai strategi dan kemahiran PdP.

BUKU PERATURAN AKADEMIK PROGRAM ASAS, DIPLOMA DAN SARJANA MUDA

1 Soal Jawab ini telah dikemaskini pada 5 May 2014 SOAL JAWAB. Kategori Soalan : Umum Bil. Soalan Jawapan

The National University of Malaysia PERATURAN-PERATURAN UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (PENGAJIAN SISWAZAH) Program Sarjana dan Kedoktoran

PEKELILING BENDAHARI BIL.2/2009 PERATURAN PEMBAYARAN PELAJAR

PERLEMBAGAAN UNIVERSITI MALAYA 2010

DASAR DAN GARIS PANDUAN INSENTIF BAGI STAF PENTADBIRAN YANG MELANJUTKAN PENGAJIAN

BIL PERKARA TEMPOH (MASA) TARIKH TINDAKAN

GARIS PANDUAN LATIHAN INDUSTRI

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH PEJABAT TIMBALAN NAIB CANSELOR (AKADEMIK & ANTARABANGSA) Kod Dokumen: UPM/PU/PS/P011

JADUAL AKTIVITI PENDAFTARAN KURSUS

BAB III KERTAS KERJA PROGRAM AKADEMIK BAHARU

1 Pentaksiran Pra-Diploma ( semester 1 hingga semester 4) adalah tertakluk kepada Buku Panduan Pentaksiran yang dikeluarkan oleh LP.

PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM PENYELIDIKAN (PENYELIAAN) (P )

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA PEJABAT BENDAHARI

ISI KANDUNGAN SYARAT SYARAT DAN PERATURAN CUTI SABATIKAL UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA 1. PENDAHULUAN 1 2. TAFSIRAN 1-2

BUKU PANDUAN KEWANGAN PROGRAM DIPLOMA SEPENUH MASA UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PERATURAN AKADEMIK PROGRAM ASASI UiTM

PERATURAN- PERATURAN UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

(Bilangan 1) Diterbitkan oleh : BAHAGIAN HAL EHWAL AKADEMIK Universiti Teknologi MARA Shah Alam, Selangor D.E

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH

INSTITUSI LATIHAN JABATAN TENAGA MANUSIA KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK TAHUN AKHIR

(MASA) Hari terakhir bekerja sebelum semester bermula

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH

SYARAT PERMOHONAN BANTUAN KEWANGAN UNTUK MENGHADIRI KONFERENSI/WOKSYOP LUAR NEGARA

MUKA SURAT BAHAGIAN A PERMULAAN

BAHAGIAN 1 PERMULAAN 1.1 Nama, Mula Berkuatkuasa dan Pemakaian Pemansuhan Tafsiran

PEKELILING BENDAHARI BIL.2/2009 PERATURAN PEMBAYARAN PELAJAR

ARAHAN-ARAHAN PEPERIKSAAN DAN KAEDAH PENILAIAN LEMBAGA PEPERIKSAAN DAN PENGANUGERAHAN SIJIL/DIPLOMA POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI

2.1 Penuntut Baru ( Freshies ) Yuran Pendaftaran Yuran Berulang (Setiap Semester)

1. SYARAT-SYARAT, MAKLUMAT AM DAN TATACARA PENDAFTARAN KURSUS SECARA E-DAFTAR SEMESTER 1, SIDANG AKADEMIK 2017/2018

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN

ROHANA TAN BAHAGIAN PENGURUSAN AKADEMIK

FAKULTI KOMPUTERAN PANDUAN PEPERIKSAAN AKHIR

GARIS PANDUAN LATIHAN INDUSTRI Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)

MUKA SURAT BAHAGIAN A - PERMULAAN

BORANG PERMOHONAN INSENTIF DAN YURAN PENGAJIAN STAF PENTADBIRAN Dihantar melalui PTj / Fakulti kepada Unit Kemudahan Pengajian Staf, Pejabat Pendaftar

POLISI, DASAR DAN PERATURAN-PERATURAN AKADEMIK

UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN TANGGUNGJAWAB PENYELIA-CALON

PERATURAN PEMBAYARAN YURAN PELAJAR SISWAZAH UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG

PUSAT KEMBANGAN PENDIDIKAN (PKP) UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA PERATURAN AM KEWANGAN PELAJAR

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

Peraturan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Pengurusan Keselamatan Pekerja Luar 2016

3. PRAKTIKUM mengaplikasikan pelbagai strategi dan kemahiran P&P mengaplikasi kemahiran mentaksir dan menilai.

Kategori Soalan : Umum Bil. Soalan Jawapan IPTS yang menawarkan mata pelajaran ODL ataupun pembelajaran secara jarak jauh

GARIS PANDUAN LATIHAN PROFESIONAL/INDUSTRI

BAHAGIAN 1 PERMULAAN 1.1 Nama, Mula Berkuatkuasa dan Pemakaian Pemansuhan Tafsiran

MAKTAB KERJASAMA MALAYSIA

FASAL III CUTI HARI REHAT Hari Ahad atau hari Jumaat di mana berkenaan dan hari Sabtu akan dianggap sebagai Hari Rehat Mingguan yang biasa.

GARIS PANDUAN KOD KURSUS DAN PARAMETER KURSUS

AKTA UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI SUSUNAN PERATURAN

Transkripsi:

BUKU PANDUAN AKADEMIK SISWA SESI 2011/2012 1. PENGENALAN Buku panduan pelajar (Panduan Akademik) ini diterbitkan untuk memberikan penerangan, panduan dan rujukan kepada pelajar. 2. VISI Menjadi institusi pendidikan pilihan dalam pengasuhan minda dan pembangunan kemahiran dalam memenuhi cabaran ekonomi kreativif dan innovatif. 3. MISI Membangunkan modal insan yang dinamik seiring dengan keperluan gunatenaga negara. Membangunkan kemahiran, menyediakan peluang pembelajaran sepanjang hayat dan menanam nilai-nilai murni dalam mengejar aspirasi individu. Menjalinkan kerjasama strategik melalui institusi berdasarkan industri (industry driven institution). 4. TAKRIF Kerja Kursus merujuk kepada penilaian yang melibatkan aspek ujian, tugasan, kuiz, amali, kerja lapangan, latihan mengajar, pembentangan kertas kerja atau lain-lain yang ditetapkan oleh pemeriksa selain daripada peperiksaan akhir semester. Kolej merujuk kepada Kolej Multimedia atau Multimedia College (MMC). Kredit merujuk kepada jumlah jam pembelajaran yang diperlukan pelajar untuk mencapai hasil pembelajaran kursus atau program yang meliputi interaksi dalam kelas, latihan praktikal dan makmal atau kerja lapangan serta pembelajaran kendiri dan persiapan untuk peperiksaan dan sebagainya. Satu kredit bersamaan dengan 40 Jam Pembelajaran Pelajar. Kursus merujuk kepada matapelajaran yang ditawarkan oleh Kolej dan boleh terdiri daripada satu atau lebih modul serta mempunyai kod tersendiri yang telah ditetapkan. LPP (Lembaga Pengajian Program) merujuk kepada badan eksekutif tertinggi dan boleh melaksanakan kesemua kuasa yang diberikan oleh MMC. Pelajar merujuk kepada individu yang telah mendaftar untuk mengikuti program pengajian diplommengikut tempoh pengajian yang telah ditetapkan. Penganugerahan merujuk kepada pengesahan Lembaga Pengajian Program (LPP) ke atas pelajar yang layak menerima diploma. 1

Penilaian Berterusan merujuk kepada penilaian yang melibatkan aspek penilaian seperti ujian, tugasan, kuiz, amali, kerja lapangan, pembentangan kertas kerja dan lain-lain yang ditetapkan oleh pemeriksa selain daripada peperiksaan akhir semester. Peperiksaan Akhir merujuk kepada penilaian bertulis yang diadakan selepas minggu ke empat belas dalam sesuatu semester. Plagiat merujuk kepada penggunaan idea, perkataan kerja orang lain tanpa mengiktiraf sumber asal. Program merujuk kepada bidang pengkhususan yang diikuti oleh pelajar. Purata Nilai Gred (PNG) ialah ukuran pencapaian akademik seseorang pelajar dalam sesuatu semester. Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) ialah ukuran pencapaian akademik seseorang pelajar bagi keseluruhan masa berada di program yang berkenaan di Kolej. Semester ialah tempoh pembelajaran selama enam belas (16) minggu yang terdiri daripada empat belas (14) minggu kuliah, satu (1) minggu ulangkaji dan satu (1) minggu peperiksaan. TM merujuk kepada Telekom Malaysia. Yuran Pengajian merujuk kepada jumlah yuran pengajian program/kursus sahaja Yuran Kolej merujuk kepada jumlah yuran yang dikenakan selain daripada yuran pengajian 2

PANDUAN AKADEMIK 1. TEMPOH LAZIM PENGAJIAN 1.1 Tempoh Lazim Pengajian dibahagikan kepada 7 semester iaitu: Empat semester panjang dan tiga semester pendek untuk ambilan pertama. ATAU Lima semester panjang dan dua semester pendek untuk ambilan kedua. 1.2 Pelajar hendaklah menamatkan pengajian dalam tempoh yang ditetapkan seperti dalam Jadual di bawah: Sepenuh Masa Separuh Masa Program Min Max Min Max Diploma 2.5 5.0 3.0 6.0 2. PERATURAN PENGAMBILAN PELAJAR Dasar pengambilan pelajar adalah ditetapkan oleh LPP Kolej. Pengambilan pelajar ke Kolej adalah terbuka kepada calon yang memenuhi syarat kemasukan sebagaimana yang ditetapkan oleh LPP Kolej. 3. PENDAFTARAN PROGRAM 3.1 Calon pelajar dimestikan mendaftar program pengajian dan memenuhi syarat-syarat yang dinyatakan dalan surat tawaran. 3.2 Calon pelajar boleh memohon untuk mengangguhkan pendaftaran pengajiannya selama tidak melebihi empat semester bermula dari tarikh penawaran pertama tertakluk kepada kelulusan Kolej. 3.3 Sekiranya pelajar gagal mendaftar pada tarikh yang ditetapkan tanpa sebab-sebab yang boleh diterima oleh Kolej, maka tawaran program terhadapnya adalah terbatal atau pelajar dikenakan bayaran pendaftaran lewat. 3.4 Semua pelajar hendaklah terus menerus mendaftar sebagai pelajar dan membayar yuran sepanjang pengajian mengikut syarat-syarat dan tarikh yang ditetapkan oleh Kolej sehingga keputusan peperiksaan akhir pengajian pelajar diumumkan. 4. PENDAFTARAN KURSUS 3

4.1 Pelajar diwajibkan mendaftar kursus pada setiap semester dalam tempoh yang ditetapkan oleh kolej. Pelajar yang gagal berbuat demikian tanpa sebab yang munasabah akan digantung pengajian pada semester berkenaan. 4.2 Pelajar adalah layak untuk mendaftar kursus-kursus seperti di bawah: Semester Status Jam Kredit (JK) Semester Panjang Lulus Maksima : 21 Minimum: 8 LB / GB Maksima : 12 Semester Pendek Minimum: 2 Lulus Maksima : 12 Minimum: 2 LB/GB Maksima : 9 Minimum: 2 4.3 Bagi semester panjang, pelajar dibenarkan menambah dan menggugurkan kursus dari minggu pertama hingga minggu ke 4 semester. Tiada sebarang catitan dalam transkrip pelajar sekiranya pengguguran kursus dibuat dalam tempoh berkenaan. Pengguguran kursus boleh dilakukan dengan mengisi borang yang disediakan di Unit Peperiksaan dan Rekod Pelajar. 4.4 Bagi semester pendek, pelajar dibenarkan menambah dan menggugurkan kursus dari minggu pertama hingga minggu ke 2 semester. Tiada sebarang catitan dalam transkrip pelajar sekiranya pengguguran kursus dibuat dalam tempoh berkenaan. Pengguguran kursus boleh dilakukan dengan mengisi borang yang disediakan di Unit Peperiksaan dan Rekod Pelajar. 4.5 Penarikan balik kursus ( subject withdrawal ) adalah dalam tempoh selepas tempoh penambahan dan pengguguran kursus sehingga dua minggu sebelum minggu peperiksaan. 4.6 Pelajar tidak dibenarkan mendaftar semester sekiranya: (i). Pelajar tidak menjelaskan tunggakan yuran pengajian, asrama, dan/atau denda semester sebelumnya. (ii). Pelajar yang mendapat status GB pada semester sebelumnya. (iii). Pelajar yang telah digantung pengajiannya. 4.7 Pendaftaran pelajar dianggap sempurna setelah pelajar menjelaskan segala hutang dengan Kolej bagi semester sebelumnya. 4.8 Pendaftaran kursus lewat daripada tempoh yang ditetapkan akan dikenakan bayaran pendaftaran lewat sebanyak RM50.00 sehingga maksimum RM150.00. 4

5. YURAN 5.1 Yuran pendaftaran subjek dikenakan untuk pendaftaran subjek tambahan dan ulangan dan yuran pendaftaran semester tambahan dikenakan untuk semester tambahan. 5.2 Pemulangan yuran pengajian kepada pelajar dibenarkan sekiranya: (i). (ii). pelajar telah berhenti daripada pengajian pada semester berkenaan. terdapat lebihan bayaran yuran. 5.3 Peratusan pembayaran yuran kepada pelajar yang telah berhenti daripada pengajian adalah seperti berikut: (i). 100% daripada pembayaran penuh yuran pada minggu pertama semester (ii). 50% daripada pembayaran penuh yuran pada minggu kedua semester (iii). 25% daripada pembayaran penuh yuran pada minggu ketiga semester (iv). Tiada pembayaran balik pada minggu keempat dan seterusnya Pemulangan ini akan terpakai sekiranya pelajar telah menjelaskan yuran sepenuhnya pada hari pertama pendaftaran pada semester tersebut. 5.4 Wang pemprosesan yang dikenakan pada hari pertama pendaftaran di Kolej tidak akan dikembalikan kepada pelajar. 5.5 Pemulangan lebihan bayaran yuran 5.5.1 Bagi pelajar yang berstatus aktif, samaada yuran adalah tanggungan sendiri atau dibiayai oleh mana-mana badan, lebihan yuran (baki) tidak akan dilakukan kerana lebihan ini akan dibawa ke semester berikutnya. 5.5.2 Hanya pelajar yang mempunyai alasan yang kukuh dan munasabah sahaja yang boleh memohon lebihan yuran ini dengan mendapat kelulusan daripada Ketua Eksekutif kolej. 5.5.3 Pelajar di bawah status tidak aktif seperti telah menamatkan pengajian, telah berhenti daripada pengajian atau telah diberhentikan daripada pengajian layak untuk memohon lebihan yuran atau deposit. Walaubagaimanapun pemulangan akan dibuat setelah ditolak dengan hutang kepada kolej. 5.6 Pelajar berhutang Pelajar yang masih berhutang, atau tidak mempunyai jaminan pembiayaan boleh ditahan keputusan peperiksaan semester, ditangguhkan daripada meneruskan pengajiannya, digugurkan nama atau tidak dibenarkan bergraduat sehingga hutang tersebut dijelaskan. 5

6. SISTEM KREDIT 6.1 Setiap kursus mempunyai nilai kredit melainkan yang dikecualikan oleh Kolej. 6.2 Nilai kredit bagi setiap kursus adalah berasaskan jam pembelajaran. 6.3 Satu jam kredit adalah bersamaan dengan 40 jam Masa Pembelajaran Pelajar (Student Learning Time SLT). Pembelajaran termasuklah pertemuan formal seperti kuliah, tutorial, amali, projek dan ujian dan aktiviti bukan formal seperti tugasan, membaca, menelaah, berbincang dan lain-lain lagi. 6.4 Setiap program akademik hendaklah mengandungi jumlah jam kredit mengikut kategorinya, Jumlah Kredit Minimum bagi peringkat Diploma ialah 90 jam kredit. 7. SYARAT-SYARAT LAYAK MENDUDUKI PEPERIKSAAN 7.1 Yuran pengajian dan/atau Kolej perlu dijelaskan oleh pelajar sebelum minggu peperiksaan. Jika gagal berbuat demikian, maka pelajar tidak akan dibenarkan menduduki peperiksaan akhir semester berkenaan. 7.2 Pelajar perlu menghadiri sekurang-kurangnya 80% kehadiran waktu belajar untuk setiap subjek. Pelajar tidak akan dibenarkan menduduki peperiksaan akhir berkenaan sekiranya gagal memperolehi peratusan kehadiran yang ditetapkan dan subjek tersebut akan diberikan Gred F (Gagal). Pelajar akan dibenarkan menduduki peperiksaan walaupun kehadirannya kurang daripada 80% daripada kehadiran waktu belajar untuk setiap subjek, sekiranya pelajar tersebut mendapat kebenaran bertulis dari Pihak Akademik ataupun disahkan tidak sihat dari aspek perubatan (berasaskan laporan perubatan yang diiktiraf oleh Kolej). 8. KEHADIRAN KULIAH 8.1 Kehadiran kuliah 8.1.1 Pensyarah bertanggungjawab merekodkan kehadiran pelajar dalam sesi pembelajaran dan menyimpan rekod kehadiran tersebut. 8.1.2 Pelajar pula bertanggugjawab memaklumkan kepada pensyarah ketidakhadiranya dalam sesi pembelajaran jika mempunyai alasan yang boleh diterima, misalnya sakit (sijil sakit). 9. KETIDAKHADIRAN PEPERIKSAAN 9.1 Mana-mana pelajar yang mencapai ketidakhadiran sebanyak 10% atau lebih tanpa sebab yang boleh diterima atau tanpa terlebih dahulu mendapat kebenaran pensyarah berkenaan, akan diberi 6

notis amaran oleh pensyarah berkenaan. Satu salinan notis tersebut akan dihantar kepada Bahagian Akademik, Penasihat Akademik dan Penjaga Pelajar. 9.2 Mana-mana pelajar yang mencapai ketidakhadiran sebanyak 15% atau lebih, tanpa sebab yang boleh diterima atau tanpa terlebih dahulu mendapat persetujuan pensyarah berkenaan akan diberi notis dihalang daripada menduduki peperiksaan akhir. Satu salinan notis tersebut akan dihantar kepada Bahagian Akademik, Penasihat Akademik dan Penjaga Pelajar. (a). Pelajar akan diberitahu oleh Pengarah Akademik secara bertulis selewat-lewatnya satu (1) minggu sebelum peperiksaan semester bermula sekiranya ia dihalang daripada mengambil peperiksaan akhir semester sesuatu kursus. (b). Mana-mana pelajar yang dihalang daripada menduduki sebarang peperiksaan, melainkan dengan alasan-alasan yang boleh diterima, akan secara automatik menerima gred X yang setara dengan gred F dalam sesuatu kursus tanpa mengambil kira pencapaian dalam kerja-kerja kursus. 9.3 Mana-mana pelajar yang tidak mengambil peperiksaan akhir semester berkenaan untuk sesuatu kursus akan dianggap gagal keseluruhan kursus berkenaan dan akan diberi gred F untuk kursus itu. 10. PEPERIKSAAN ULANGAN 10.1 Pihak Kolej boleh membenarkan Peperiksaan Ulangan bagi kes-kes berikut :- (a). (b). (c). (d). Pelajar yang tidak dapat hadir peperiksaan dengan alasan yang kukuh dan diluluskan oleh Unit Peperiksaan. Pelajar semester akhir yang gagal kursus pada semester berkenaan untuk tujuan bergraduat. Peperiksaan Ulangan hanya boleh diduduki sekali sahaja. Sekiranya masih gagal, pelajar wajib mengulang kursus tersebut. Markah Peperiksaan Ulangan hanya menggantikan komponen peperiksaan akhir sahaja., keputusan selainnya adalah berdasarkan kepada kes-kes tertentu 11. KLASIFIKASI GRED 11.1 Skema Pemarkahan, Gred, dan Nilai Gred yang dberi pada sesuatu subjek adalah seperti di dalam jadual berikut: 7

Markah Gred Nilai Gred Taraf Pencapaian 90-100 80-89 75-79 70-74 65-69 60-64 55 59 50-54 47 49 44 46 40-43 A+ A A- B+ B B- C+ C C- D+ D 4.00 4.00 Lulus Cemerlang 3.67 3.33 Lulus Kepujian 3.00 2.67 2.33 2.00 Lulus Baik 1.67 1.33 1.00 Lulus Lemah 0-39 F 0.00 Gagal 11.2 Subjek juga boleh diberi simbol tanpa gred seperti berikut: 11.2.1 Lulus / Gagal Diberikan bagi subjek tertentu yang keputusannya tidak digredkan tetapi hanya catatan Lulus atau Gagal sahaja. 11.2.2 Tidak Lengkap Diberi dengan kebenaran Kolej kepada pelajar-pelajar yang tidak dapat menyelesaikan sekurang- kurangnya 70% daripada keperluan subjek kerana alasan yang munasabah. Pelajar perlu melengkapkan tugasan tersebut selewat-lewatnya pada akhir minggu ke 2 pada semester berikutnya untuk mendapatkan penilaian penuh dan gred. Diberi kepada pelajar yang tidak dapat hadir peperiksaan atas alasan yang munasabah dan dapat diterima oleh Lembaga Peperiksaan (Board of Examinations). 11.2.3 Kes Gangguan Kesihatan Diberi kepada pelajar yang terhenti pengajiannya bagi sesuatu semester atas sebab gangguan kesihatan berasakan laporan perubatan yang diiktiraf oleh Kolej, tidak termasuk kes bersalin atau apa juga gangguan kesihatan yang disengajakan. 11.2.4 Mengulang Kursus Simbol ini dicatatkan dalam slip keputusan semester bagi kursus yang telah diulang kerana gagal dalam pengambilan sebelum ini. Hanya kredit dan nilai gred terkini kursus yang diulangi akan diambilkira dalam pengiraan PNG dan PNGK. Abjad i menunjukkan bilangan kursus berkenaan telah diulang. 11.2.5 Kursus Baiki Simbol ini dicatatkan bagi kursus yang diambl untuk memperbaiki gred bagi subjek sama yang pernah diambil sebelumnya. Gred terkini akan diambilkira 8

untuk pengiraan PNG dan PNGK. berkenaan telah diulang. Abjad i menunjukkan bilangan kursus 11.2.6 Gugur Kursus Diberi kepada pelajar yang menarik balik ( withdraw ) sesuatu kursus dengan kebenaran pensyarah. 11.2.7 Tarik diri Simbol ini diberikan kepada pelajar yang telah menyempurnakan pendaftaran sesuatu semester dan telah dibenarkan menarik diri dari pengajiannyan. 11.3 Gred C- dan ke bawah dianggap gagal bagi semua subjek MQA (Malaysian Qualifications Agency). Kursus-kursus MQA adalah: (i). Bahasa Kebangsaan (A) (MPW1113) (ii). Pengajian Malaysia (MPW1133) (iii). Pengajian Islam (MPW1143) (iv). Pendidikan Moral (MPW1153) 12. KOMPONEN PENILAIAN 12.1 Kaedah Penilaian Prestasi sesuatu kursus, 12.2 Kaedah penilaian sesuatu kursus bergantung kepada hasil pembelajaran kursus. Nisbah sumbangan atau pemberatan sesuatu kaedah penilaian dalam jumlah markah akhir akan ditentukana oleh Fakulti seperti: (a). Penilaian Berterusan 40% - 60%. (b). Peperiksaan Akhir 40% -60%. 13. SISTEM PENILAIAN 13.1 Keputusan Penilaian Pencapaian seseorang pelajar bagi sesuatu semester ditunjukkan dengan purata Nilai Gred (PNG) (Grade Point Average GPA). Pencapaiannya bagi keseluruhan tempoh pelajar berada dalam sesuatu program ditunjukkan dengan Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) (Cummulative Grade Point Average CGPA). 13.1.1 Pengiraan PNG dan PNGK dimulakan dengan mengira jumlah nilai gred bagi sesuatu subjek. Ini dibuat dengan mendarab bilangan kredit dengan nilai gred subjek berkenaan. 13.1.2 PNG dikira dengan membahagi jumlah nilai gred semua subjek dalam sesuatu semester dengan jumlah jam kredit bagi semua subjek yang telah diambil pada semester berkenaan. 9

Purata Nilai Gred (PNG) PNG = Jumlah Nilai Gred semua kursus Dalam sesuatu semester Jumlah Jam Kredit semua kursus untuk semester tersebut Di mana : Jumlah Nilai Gred = Nilai Gred x Jam Kredit Kursus 13.1.3 PNGK dikira dengan membahagi jumlah nilai gred semua kursus yang diperolehihingga kini dengan jumlah jam kredit bagi semua kursus yang telah diambil oleh seseorang pelajar hingga kini, iaitu sejak memulakan pengajian program. Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) PNGK Jumlah Semua Nilai Gred yang diperolehi hingga kini Jumlah Semua Jam Kredit yang diambil hingga kini 13.1.4 Semua subjek termasuk subjek tambahan diambilkira dalam pengiraan PNG dan PNGK kecuali kursus yang tidak diberi gred. 13.1.5 Penilaian muktamad bagi setiap kursus pada setiap semester yang diperolehi oleh seseorang pelajar akan dicatatkan dalam rekod akademiknya. Walaubagaimanapun, jumlah minimum pengambilan kredit oleh pelajar pada semester berkenaan mestilah sekurang-kurangnya 8 kredit dan bergred. 13.2 Mod Penilaian 13.2.1 Gred bagi sesuatu kursu diberi berdasarkan pencapaian pelajar dalam penilaian berterusan sepanjang semester melalui kerja kursus dan peperiksaan akhir. 13.2.2 Markah yang boleh diperuntukan bagi peperiksaan akhir bagi sesuatu kursus adalah diantara 40 hingga 50%. Markah bagi kerja kursus adalah di antara 60 hingga 50%. 10

13.3 Etika Akademik 13.3.1 Pelajar yang meniru hasil kerja orang lain atau tidak mengiktiraf kerja orang lain (plagiat) untuk tujuan tugasan atau ujian akan dikenakan tindakan tatatertib. 13.3.2 Pelajar juga tidak dibenarkan bersubahat dalam peniruan dan penipuan yang dinyatakan dalam para 13.3.1. 13.3.3 Pelajar perlu mematuhi peraturan lain mengenai penilaian yang dinyatakan secara lisan atau bertulis. 13.4 Penangguhan Penilaian 13.4.1 Pelajar yang sakit atau menghadapi gangguan lain sewaktu penilaian diadakan, boleh memohon kepada Kolej untuk menangguhkan pengambilan penilaian berkenaan dan permohonan hendaklan dibuat tidak lewat dari 48 jam selepas penilaian itu diadakan. 13.4.2 Permohonan untuk menangguhkan pengambilan penilaian semester atas sebab kesihatan hendaklah disertakan dengan pengesahan doktor yang merawat pelajar berkenaan yang terdiri daripada doktor kerajaan atau doktor panel Kolej sahaja. Permohonan atas sebab lain boleh dipertimbangkan atas budi bicara Kolej. 14. PENGUMUMAN KEPUTUSAN SEMESTER 14.1 Keputusan pencapaian akademik pelajar bagi setiap semester hendaklah diumumkan dalamtempoh yang ditetapkan oleh Kolej. 14.2 Slip keputusan penilaian akan diedarkan kepada pelajar oleh Unit Peperiksaan. 14.3 Cetakan semula slip keputusan penilaian boleh dibuat dengan mengemukakan bayaran ke Unit Kewangan dan resit bayaran hendaklah dihantar ke Unit Peperiksaan. 15. RAYUAN MENYEMAK SEMULA KEPUTUSAN PENILAIAN KURSUS 15.1 Rayuan untuk menyemak semula keputusan penilaian sesuatu subjek hendaklah disampaikan secara bertulis kepada Unit Peperiksaan dalam masa 2 minggu selepas keputusan semester diumumkan dengan mengemukakan Borang Permohonan. Menyemak Semula keputusan Penilaian ke Unit Peperiksaan beserta bayaran yang telah ditetapkan oleh Kolej. Bayaran ini tidak akan dikembalikan. Penilaian kursus adalah termasuk kerja kursus dan peperiksaan akhir. 11

15.2 Keputusan penilaian semula hendaklah diperakukan oleh Lembaga Peperiksaan (BOE) sebelum dikemukakan untuk pengesahan LPP, sebelum disampaikan kepada pelajar berkenaan. 16. KEDUDUKAN AKADEMIK 16.1 Kelayakan Meneruskan Pengajian Keputusan semester akan menetukan kelayakan seseorang pelajar untuk meneruskan pengajian. Seseorang pelajar boleh diberi kedudukan Lulus, Lulus Bersyarat atau Gagal dan Diberhentikan. 16.1.1 Lulus Seseorang pelajar dianggap Lulus dan dibenarkan meneruskan pengajian jika mendapat PNG 2.00 atau lebih. 16.1.2 Lulus Bersyarat Pelajar dianggap Lulus Bersyarat jika mendapat PNG kurang dari 2.00 dan PNGK lebih atau sama dengan 2.00. Pelajar sedemikian akan diberi amaran untuk meningkatkan PNG ke paras 2.00 atau lebih pada semester berikutnya. Jika ia mencapai PNG 2.00 atau lebih, ia akan diberi status Lulus. Pelajar juga dianggap Lulus Bersyarat jika mendapat PNG kurang dari 2.00 untuk dua semester berturut-turut dan PNGKnya 2.00 atau lebih. 16.1.3 Gagal dan Diberhentikan Pelajar dianggap Gagal dan diberhentikan jika mendapat PNG kurang dari 2.00 untuk dua semester berturut-turut dan PNGKnya kurang dari 2.00. 16.2 Anugerah Dekan Pelajar yang mencapai PNG 3.50 dan kea atas bagi mana-mana semester biasa akan dicatat sebagai Lulus Cemerlang bagi semester berkenaan dan namanya akan dimasukkan dalam Senarai Dekan jika memenuhi syarat-syarat berikut: (a). (b). (c). mengambil dan menduduki peperiksaan untuk kursus yang berjumlah sekurangkurangnya dua belas (12) jam kredit dalam semester panjang berkenaan yang mengandungi minimum empat (4) subjek. Pengajian di dalam semester pendek tidak termasuk dengan anugerah ini. mendapat tidak kurang daripada gred C bagi mana-mana kursus yang telah diambil dalam semester berkenaan. tidak mengulang mana-mana kursus dalam semester berkenaan. 12

16.3 Mengulang untuk Menebus Kursus Gagal 16.3.1 Pelajar yang gagal dalam sesuatu subjek hendaklah mengulangi kursus tersebut sehingga lulus.hanya gred yang terkini diambil kira dalam pengiraan PNG dan PNGK gred lain dicatat sebagai rekod sahaja. 16.3.2 Pelajar juga boleh mengambil kursus lain yang diiktiraf setara dengan subjek yang hendak diulangi, sekiranya kursus tersebut tidak lagi ditawarkan oleh Kolej. Gred bagi kursus berkenaan diambilkira seperti gred bagi kursus ulangan. 16.4 Mengulang untuk Memperbaiki Gred/PNGK 16.4.1 Pelajar boleh mengulang sesuatu kursus untuk memperbaiki gred kursus berkenaan tertakluk kepada kelulusan Kolej. 16.4.2 Pelajar boleh berbuat demikian bagi kursus yang sebelumnya gred C- ke bawah 16.4.3 Hanya gred yang terkini diambil kira diambilkira dalam pengiraan PNG dan PNGK. Membaiki gred untuk mana-mana kursus hanya dibenarkan sekali sahaja. 16.5 Mengulang untuk Kursus yang Ditarik Balik (Withdraw) 16.5.1 Pelajar yang menarik balik kursus pada semester sebelumnya hendaklah mengulangi kursus tersebut sehingga lulus. 16.5.2 Yuran tambahan dikenakan. 17. PENGANUGERAHAN DIPLOMA 17.1 Seseorang pelajar hanya layak dianugerahkan diploma setelah memenuhi syarat-syarat berikut: (a). Lulus semua kursus yang disyaratkan bagi program berkenaan dalam tempoh yangditetapkan. (b). Mencapai PNGK tidak kurang daripada 2.00 (c). Mengumpul sekurang-kurangnya Sembilan puluh (90) kredit atau sejumlah kredit lainyang ditetapkan oleh Kolej. (d). Menjelaskan segala yuran dan hutang kepada Kolej. (e). Syarat-syarat lain yang ditetapkan oleh LPP dari masa ke semasa. 18. PENANGGUHAN PENGAJIAN 18.1 Pelajar baru tidak dibenarkan unutk mengangguh pengajian kecuali atas kes perubatan. 13

18.2 Seseorang pelajar kecuali pelajar baru boleh dibenarkan menangguhkan pengajian dengan persetujuan Pengarah Akademik bagi sesuatu semester dengan alasan yang munasabah. Permohonan hendaklah dikemukakan kepada Bahagian Akademik dalam tempoh empat minggu pertama semester. 18.3 Selepas tempoh empat minggu, permohonan dibolehkan atas alasan perubatan. Kes perubatan tidak termasuk kes bersalin (keadaan normal) atau apa jua sakit berpanjangan, penyakit kecederaan atau ketidakupayaan yang disengajakan oleh si pesakit. Pelajar hendaklah mengemukakan surat sokongan/akuan daripada Pegawai Perubatan yang diiktiraf oleh Kolej, Doktor Pakar atau Pegawai Perubatan Hospital Kerajaan. Penangguhan pengajian adalah untuk satu semester dan atas keadaan khas, Pengarah Akademik boleh menyokong penagguhan sehingga dua semester bagi setiap kelulusan. 18.4 Seorang pelajar hanya dibenarkan membuat dua kali penagguhan sepanjang pengajian kecuali atas kes perubatan. 19. PENGGANTUNGAN PENGAJIAN 19.1 Pelajar yang mempunyai masalah kesihatan boleh memohon untuk penangguhan pengajiandengan mengemukakan perakuan perubatan Pegawai Perubatan yang diiktiraf oleh Kolej.Penangguhan ini tidak diambilkira dalam kiraan tempoh pengajian. Status penangguhan yang serupa boleh diberi kepada pelajar yang memohon penangguhan pengajian atas sebabsebab kepentingan Kolej atau Negara. 19.2 Pelajar juga boleh memohon pengangguhan selain daripada alasan di Perkara 19.1. Penangguhan ini akan diambilkira dalam pengiraan tempoh pengajian. Pelajar tidak dibenarkan membuat penangguhan pengajian melebihi dua (2) semester berturut-turut. Pelajar yang gagal mendaftar selepas penangguhan dua (2) semester berturut-turut boleh diberhentikan. 19.3 Pelajar yang diluluskan penangguhan pengajian tidak layak menggunakan sebarang kemudahan yang disediakan untuk pelajar oleh pihak Kolej. 19.4 Pelajar yang mengikuti sesuatu program pengajianboleh diberhenttikan atau digantung pengajian untuk satu tempoh tertentu atas sebab melanggar peraturan Kolej. Sekiranya digantung pengajian, tempoh penggantungan adalah diambilkira sebagai telah digunakan, kecuali atas pertimbangan khas Kolej. 20. RAYUAN MENERUSKAN PENGAJIAN 20.1 Seseorang pelajar mendapat keputusan Gagal dan Diberhentikan (GB) bagi sesuatu semester boleh mengemukakan rayuan kepada unit Registrar terhadap keputusan tersebut. 20.2 Rayuan untuk meneruskan pengajian hanya akan dipertimbangkan sekiranya: (i). (ii). PNGK > 0.99 (jika GB untuk kali pertama) PNGK > 1.59 (jika GB untuk kali kedua) 14

21. PERMOHONAN PENDAFTARAN SEMULA PROGRAM 21.1 Pelajar yang mendapat keputusan Gagal Dan Diberhentikan boleh memohon semula untuk meneruskan pengajiannya mengikut saluran yang ditetapkan oleh pihak kolej. 21.2 Calon yang diterima masuk semula adalah dianggap sebagai pelajar baru. Segala keputusan dan Purata Nilaian Gred Kumulatif (PNGK) yang diperolehi sebelumnya tidak boleh dibawa atau dikira. Calon juga tidak akan diberi pengecualian kursus. 21.3 Pelajar boleh mendaftar program yang sama atau program yang lain. 22. PERTUKARAN PROGRAM PENGAJIAN 22.1 Pelajar di dalam semester 1 dibenarkan untuk menukar program pengajian di dalam tempoh penambahan dan pengguguran kursus dengan syarat: 22.1.1 Pelajar memenuhi syarat kemasukan ke program yang dipohon. Program yang dipohon ada ditawarkan pada ambilan yang berkenaan. Pemohonan pertukaran program hendaklah dikemukakan kepada Pejabat Pendaftar. Pertukaran program pada semester ke 2 dan seterusnya tidak dibenarkan bagi program yang berbeza bidang pengajian. Sekiranya pelajar ingin berbuat demikian, beliau perlu menghantar surat untuk berhenti pengajian dan mendaftar semula sebagai pelajar baru pada ambilan berikutnya. 22.1.2 Pertukaran program bagi program yang sama bidang pengajiannya dibenarkan sehingga semester ke 3. Pelajar dibenarkan untuk membuat pindahan kredit bagi kursus yang sama dengan syarat lulus kursus tersebut. 22.1.3 Pelajar yang sedang mengikuti pengajian, mestilah sekurang-kurangnya berstatus baik dalam semester yang sedang diikuti dan memiliki Purata Nilaian Gred Kumulatif (PNGK) 2.00 dan ke atas. 23. MENARIK DIRI ATAU BERHENTI TANPA MUDARAT 23.1 Seseorang pelajar boleh menarik diri daripada mengikuti program pengajiannya dengan membuat permohonan secara bertulis kepada pihak Kolej. 23.2 Kolej boleh meluluskan permohonan di atas setelah memastikan pelajar telah menjelaskan semua hutang. Bagi penarikan diri yang sedemikian, gred TD (Tarik Diri) hendaklah diberi untuk semua kursus yang didaftar pelajar pada semester yang berkenaan. 15

24. PELAJAR BERHUTANG Pelajar yang masih berhutang atau yang tidak mempunyai jaminan pembiayaan boleh ditahan keputusan peperiksaan semester, ditangguhkan dari meneruskan pengajiannya, digugurkan nama atau tidak dibenarkan bergraduat sehingga hutang tersebut dijelaskan. 25. KEMASKINI MAKLUMAT Semua pelajar bertanggungjawab mengemaskinikan maklumat peribadi dari masa ke masa dan memaklumkan kepada Unit Peperiksaan & Rekod Pelajar untuk tujuan rekod. 26. PERUNTUKAN AM 26.1 Kolej berhak mengambil sesuatu tindakan yang wajar jika seseorang pelajar didapati memberi maklumat palsu. 26.2 Kolej mempunyai hak membuat sebarang pindaan terhadap keperluan bagi penganugerahan diploma pada bila-bila masa sahaja. Setiap pelajar bagi sesuatu program dikehendaki mematuhiperubahan berkaitan dengan bahagian kerja kursus yang belum disempurnakan. 26.3 Semua pelajar dikehendakimengetahui dan memahami keperluan penganugerahan diploma kolej. 26.4 Skrol diploma, keputusan peperiksaan dan salinan rekod akademik atau maklumat yang berkaitan tidak akan dikeluarkan sekiranya pelajar masih mempunyai hutang dengan pihak kolej. 26.5 Kolej berhak memberitahu pihak penaja pelajar mengenai keputusan peperiksaan yang dicapai tanpa merujuk kepada pelajar berkenaan. 26.6 Rayuan pelajar yang berkenaan dengan Peraturan ini hendaklah dikemukan kepada Pejabat Pendaftar. Jika perlu rayuan akan dikemukakan untuk pertimbangan dan kelulusan LPP. 26.7 Sebarang kaedah pelaksanaan selanjutnya boleh dibuat di bawah mana-mana peruntukan Peraturan ini. Semua kaedah pelaksanaanyang dibuat mestilah dipatuhi. Walau bagaimanapun, LPP berhak untuk mengubahnya dari masa ke semasa apabila keadaan memerlukannya. 26.8 Dalam keadaan di mana berlaku sebarang percanggahan, peraturan yang terkandung dalam buku Panduan akademik siswa ini adalah digunapakai. 26.9 LPP berhak membuat sebarang keputusan yang tidak semestinya tertakluk kepada keputusan ini. 16

KADAR DENDA DAN BAYARAN BERKAITAN Pelajar boleh dikenakan denda sekiranya gagal mematuhi mana-mana peraturan yang telah ditetapkan dalam Peraturan Kolej. Kadar denda adalah tertakluk kepada keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Lembaga Pengajian Program (LPP) seperti berikut:- Bil Jenis Bayaran Kadar 17