Notis Privasi. Komitmen kami dalam memelihara privasi anda

dokumen-dokumen yang mirip
Polisi Privasi. Pengenalan

Notis Privasi. Komitmen Kami Terhadap Privasi Anda

NOTIS PRIVASI. Untuk tujuan Notis ini:

Polisi Perlindungan Data Peribadi (Semakan 1 Jun 2017)

Bagi tujuan Notis Privasi ini, sila ambil perhatian bahawa:

Polisi Privasi Data Peribadi (September 2016) 1

1. Di Kumpulan AFFINBANK, kami menghargai privasi anda dan berusaha untuk melindungi maklumat peribadi anda selaras dengan undang undang Malaysia.

Di Kumpulan CIMB, kami menghargai privasi anda dan berusaha untuk melindungi maklumat peribadi anda selaras dengan undang-undang Malaysia.

Notis Data Peribadi dan Maklumat kepada individu

NOTIS PRIVASI. informasi yang didapati secara bebas oleh Kumpulan dari sumber-sumber yang sah;

NOTIS PRIVASI PERUNDING UNIT AMANAH/PERUNDING PRS

NOTIS PRIVASI. Di bawah PDPA, AmFIRST Real Estate Investment Trust ( AmFIRST REIT ) dikehendaki untuk memaklumkan kepada anda seperti yang berikut:

NOTIS PRIVASI. Di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 ( APDP ), kami dikehendaki untuk memaklumkan kepada anda:

NOTIS PERLINDUNGAN DATA PERIBADI DAN SENARAI PRINSIP NOTIS. Merujuk kepada seksyen 7 dan 6 Akta Perlindungan Data Peribadi 2010

Notis Perlindungan Data Peribadi Menurut Seksyen 7 Akta Perlindungan Data Peribadi 2010

NOTIS PRIVASI. Di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 ( APDP ), kami dikehendaki untuk memaklumkan anda:

1 of 5 PENYATAAN PRIVASI EDUCATE TO LEARN SDN BHD

NOTIS & PILIHAN PENYATA PRINSIPAL AKTA PERLINDUNGAN DATA PERIBADI 2010

Notis Laman Web Berkenaan Dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010

DASAR PRIVASI NOTIS PERLINDUNGAN DATA PERIBADI

POLISI PERLINDUNGAN DATA PERIBADI

National Bank of Abu Dhabi Menghormati Hak Maklumat Peribadi Anda (Notis menurut seksyen 7 Akta Perlindungan Data Peribadi 2010)

POS MALAYSIA NOTIS PERLINDUNGAN DATA PERIBADI

NOTIS PRIVASI. Di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 ( APDP ), kami dikehendaki untuk memaklumkan kepada anda:

Polisi Privasi UNTUK PENGETAHUAN PENGGUNA PENERANGAN DATA PERIBADI

Jenis maklumat peribadi yang kami kumpulkan. Cara kami mengumpul maklumat peribadi anda. Cara kami menggunakan maklumat peribadi anda

Notis Privasi Adient. Notis Privasi Adient ini merangkumi topik berikut: Skop Notis Privasi ini. Apakah maklumat peribadi yang kami boleh kumpul

Ranhill Holdings Berhad KENYATAAN PRIVASI

AKTA PERLINDUNGAN DATA PERIBADI 2010 NOTIS DAN PILIHAN

1. Data Peribadi mengenai anda yang dikumpul oleh kami atau Laman Web Kumpulan ini termasuk:

Notis Privasi Dan Perlindungan Data Peribadi Bagi Kumpulan Kobay

syarikat-syarikat bersekutunya, entiti-entiti yang dikawal bersamanya dan gabungangabungannya

NOTIS PRIVASI. Maklumat Peribadi Sensitif merujuk kepada maklumat yang berkatian dengan kesihatan anda, pendapat politik, kepercayaan agama dll.

POLISI PERLINDUNGAN DATA PERIBADI

PERNYATAAN PRIVASI INREACH

AKTA PERLINDUNGAN PERIBADI 2010 NOTIS DAN PILIHAN

NOTIS PRIVASI. 1.4 Untuk tujuan-tujuan Notis Privasi ini, sila ambil perhatian bahawa:

HO HUP CONSTRUCTION COMPANY BERHAD (No. Syarikat W) NOTIS DAN DASAR PERLINDUNGAN DATA PERIBADI

Sila harap maklum bahawa perubahan berikut (perkataan digelapkan) telah dibuat ke atas Terma & Syarat AFFINBANK Debit MasterCard anda.

Fasal-fasal yang dipinda bagi Terma & Syarat Kad AFFINBANK World MasterCard

1.1 Dalam menyediakan perkhidmatan, kami akan mengumpulkan data daripada sumber-sumber berikut:-

Polisi Privasi Smiggle

DASAR PRIVASI DAN PERLINDUNGAN DATA PERIBADI

NOTIS PRIVASI. Di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 ( APDP ), kami dikehendaki untuk memaklumkan kepada anda:

VERSI-1/04/01/2017/CIP/T&C/BM. Terma dan Syarat Pelan Ansuran Tunai Melalui Panggilan Telefon ( CIP ) AFFINBANK

NOTIS PERLINDUNGAN DATA PEREKRUTAN

Dasar Privasi. Data Peribadi anda adalah dikumpul, diguna dan diproses oleh Kumpulan Hunza untuk, di kalangan lain, tujuan-tujuan berikutnya :-

Dasar Perlindungan Data Peribadi LTAT

Terma dan Syarat, Kempen AFFINBANK BHPetrol Touch & Fuel MasterCard Contactless

jika Bank mengetahui atau mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa permintaan, arahan atau perintah tersebut akan menjejaskan Bank,

Dasar Privasi kami. Terakhir diubah suai: 12 Dis Ringkasan perubahan boleh dirujuk di bahagian bawah Dasar Privasi ini.

jika Bank mengetahui atau mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa permintaan, arahan atau perintah tersebut akan menjejaskan Bank,

Berurusan dengan Pengantara Takaful

NOTIS PENTING: INI ADALAH PRODUK AKAUN PELABURAN YANG TERIKAT KEPADA PRESTASI ASET, DAN BUKAN PRODUK DEPOSIT.

Dasar Privasi. Skop. Jenis Data dan Kaedah Pengumpulan

Kempen esaver Affin. Hak Cipta 2014 Affin Bank Berhad (25046-T)

(iv) Pemegang kad kredit utama kad kredit CIMB Tesco Platinum sedia ada; dan/atau

Borang Cadangan Insurans Semua Risiko Peralatan Mesin

Dasar Privasi Herbert Smith Freehills Muka surat 1 daripada 10

NOTIS PERLINDUNGAN DATA PERIBADI

TERMA DAN SYARAT KEMPEN THE WOW SMART PHONE PELAN BAYARAN MUDAH 0% (EPP)

TERMA DAN SYARAT PELAN PEMBAYARAN MUDAH ( EPP ) AFFINBANK

TERMA-TERMA & SYARAT-SYARAT KEMPEN SAMBUTAN HARI GURU & JURURAWAT 2017

Fasal-fasal yang dipinda bagi Terma & Syarat Pelan Ansuran Tunai Melalui Panggilan Telefon ( CIP ) AFFIN

TERMA & SYARAT ( T&S ) Berikut adalah terma dan syarat yang berkuat kuasa ke atas Kempen:- KELAYAKAN

Produk Kekayaan OCBC Al-Amin Lembaran Maklumat Produk Deposit

KENYATAAN PRIVASI (BAHASA MALAYSIA)

Hubungi institusi anda terlebih dahulu. Mendapatkan bantuan daripada BPK. Bagaimana saya dapat menghubungi BPK?

NOTIS PRIVASI MAKLUMAT PERIBADI UNTUK KAKITANGAN DAN CALON

Borang Cadangan Insurans Peralatan Elektronik

AKAUN MATAWANG ASING TERMA DAN SYARAT

VERSI-1/11/2016/EPP/T&C/BM

TAMBAHAN KEPADA BLACKBERRY PERJANJIAN PENYELESAIAN LESEN UNTUK BLACKBERRY ENTERPRISE PERKHIDMATAN 12 CLOUD ("TAMBAHAN itu")

Terms & Conditions NOTIS UNDANG-UNDANG PENTING. Pendahuluan

Borang Cadangan Insurans Mesin

TERMA-TERMA & SYARAT-SYARAT KEMPEN SAMBUTAN HARI GURU & JURURAWAT 2017

Pengurusan Kekayaan OCBC Al-Amin Lembaran Maklumat Produk Deposit

Tarikh: Jenis instrumen yang boleh disediakan kepada anda di bawah SBLC diringkaskan seperti berikut:

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT ( TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT ) KEMPEN ICM-UT KFH MALAYSIA ( KEMPEN )

Istilah dan ungkapan yang digunakan dalam Terma dan Syarat ini mempunyai makna seperti berikut:-

Peraduan Menangi Percutian Ke Disneyland TOKYO bersama NESTLÉ BLISS GO Syarat dan Peraturan Peraduan

Penghantaran Penyertaan & Kriteria Kelayakan 1. Untuk menyertai Peraduan ini, peserta mesti mengikuti kriteria-kriteria berikut:

B. KEPENTINGAN DOKUMEN

Kenapa membeli insurans atau menyertai skim takaful? Apakah jenis produk insurans/ takaful yang saya perlukan?

NTPM HOLDINGS BERHAD ( U) POLISI DATA MAKLUMAT PERIBADI

Akaun Perniagaan-i Terma & Syarat (Berkuatkuasa: 5 Disember 2016)

NOTIS KERAHSIAAN. 1.2 Data peribadi ialah maklumat yang dipetik daripada urus niaga perdagangan yang boleh mengenal pasti anda semunasabah mungkin.

Bayar dengan UOBM Mighty. Terma & Syarat

Terma-terma dan Syarat-syarat 0% Easy Pay CIMB

TERMA DAN SYARAT AKAUN EMAS BIBDS

Bank Islam Malaysia Berhad (98127-X) BICTH/03/2015

Terma & Syarat Kempen MyDebit dengan agensi agensi Kerajaan Negeri Sabah

PROGRAM KEAHLIAN KESETIAAN BIG TERMA DAN SYARAT. Perjanjian Keahlian

Bagaimana saya dapat menghubungi BPK? Membuat aduan kepada Bank Negara Malaysia. Bagaimana saya dapat menghubungi BNMTELELINK dan BNMLINK?

Fasal-fasal yang dipinda

Tarikh: Surat aku janji bertulis oleh UOB atas permintaan pemohon (anda), berpihak kepada pihak ketiga (penerima) yang menjamin pembayaran.

Sila harap maklum bahawa perubahan berikut (perkataan digelapkan) telah dibuat ke atas Terma & Syarat Kad AFFINBANK World MasterCard.

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT SAHABAT AGRO REWARD CAMPAIGN BANK PERTANIAN MALAYSIA BERHAD ( AGROBANK ) ( U)

Terma dan Syarat Kempen Berbelanja Kad-i Bank Islam Visa (Debit & Kredit) Wow! Senangnya nak menang wang tunai.

TERMA PENGGUNAAN. Skop

Transkripsi:

Notis Privasi Komitmen kami dalam memelihara privasi anda Langkah-langkah dalam memastikan data peribadi pelanggan disimpan dengan selamat menjadi keutamaan bagi kami di Malaysia Building Society Berhad ("MBSB"). Kami berharap Notis Privasi ini akan membolehkan anda memahami cara kami mengumpul, menggunakan, mengekalkan, mendedahkan dan melindungi data peribadi anda berkenaan dengan transaksi komersil dan bagaimana anda sebagai subjek data boleh mengawal pendedahan dan penggunaan data tersebut sepertimana yang tertakluk di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 ( Akta ) "MBSB" atau "Kami" dalam notis ini merujuk kepada MBSB termasuk cawangannya di Malaysia dan juga anak-anak syarikat, syarikat-syarikat bersekutu, ejen-ejen yang diberi kuasa, mana-mana pihak ketiga yang diberi kuasa oleh MBSB atau, mengikut kehendak konteks, atau mana-mana seperti di atas. Pengesahan anda adalah penting Apabila anda memohon maklumat atau mendaftar untuk melanggan produk dan perkhidmatan kami atau apabila anda melakukan urus niaga komersial dengan MBSB, anda mungkin diminta untuk memberikan data peribadi anda kepada MBSB. Dengan berbuat demikian, anda bersetuju dengan penggunaan atau penggunaannya oleh MBSB mengikut Notis Privasi ini. Maklumat peribadi anda mungkin diberikan kepada MBSB oleh pihak ketiga (contohnya pasangan anda, sebuah syarikat di mana anda merupakan seorang pengarah, pegawai atau pemegang saham, atau perkongsian di mana anda adalah rakan kongsi) untuk produk atau perkhidmatan dimana pihak ketiga yang diperolehi dari MBSB. Dalam konteks ini, istilah "anda" atau dalam Notis Privasi ini "anda" meliputi mana-mana individu yang data peribadinya telah diberikan kepada MBSB dan / atau telah dikumpulkan dalam perihal seperti yang dinyatakan dalam perkara 3 di bawah. Kami mungkin perlu mengumpul maklumat peribadi anda yang sensitif (seperti, data yang berkaitan dengan kesihatan fizikal atau mental anda, atau pensabitan kesalahan dll) jika anda membuat permohonan produk-produk tertentu seperti insurans kesihatan dan / atau / insurans hayat dan / atau takaful atau pembiayaan rumah yang memerlukan pendedahan data peribadi sensitif tersebut kepada kami. Kami hanya akan menggunakan data sensitif peribadi anda untuk memberikan perkhidmatan yang telah didaftarkan oleh anda. Sekiranya kami mengumpul, menggunakan, mengekalkan atau mendedahkan data peribadi sensitif anda, kami akan memohon persetujuan yang nyata daripada anda. Anda mempunyai pilihan untuk tidak memberikan data peribadi / data peribadi sensitif anda atau untuk menarik balik kebenaran daripada MBSB bagi pemprosesan data peribadi/data peribadi sensitif pada bila-bila masa. Walau bagaimanapun, kegagalan untuk memberi data peribadi/ data peribadi sensitif atau pembatalan persetujuan anda untuk memproses data

peribadi/ data peribadi sensitif yang diberikan boleh menyebabkan MBSB tidak dapat menyediakan anda dengan produk-produk dan perkhidmatan yang efektif dan berterusan. Apakah jenis-jenis data peribadi yang kami kumpul? Data peribadi merujuk kepada sebarang maklumat yang berkaitan secara langsung atau tidak langsung kepada seseorang individu yang dikenal pasti atau boleh dikenal pasti melalui maklumat tersebut atau maklumat lain milik MBSB, termasuk data peribadi sensitif dan penyataan pendapat tentang individu. Jenis-jenis data peribadi yang mungkin dikumpul oleh kami termasuk, tetapi tidak terhad kepada nama, alamat, butiran perhubungan yang lain, umur, pekerjaan, status perkahwinan, maklumat kewangan seperti pendapatan anda, atau butir-butir cukai pendapatan, kad pengenalan atau pasport, tempat lahir, sejarah kredit dan sejarah transaksi anda. Bagaimana kami mengumpul data peribadi anda? Kami mendapatkan data peribadi anda dalam pelbagai cara, seperti: Apabila anda mendaftar untuk atau melanggan salah satu perkhidmatan kami atau apabila anda membuka akaun di mana-mana cawangan MBSB. Apabila anda menghubungi MBSB melalui kaedah-kaedah seperti borang permohonan, e-mel dan surat, panggilan telefon dan perbualan anda dengan kakitangan di cawangan kami. Jika anda menghubungi kami atau kami menghubungi melalui telefon, kami boleh memantau panggilan telefon bagi tujuan jaminan kualiti, latihan dan keselamatan. Daripada analisis transaksi anda (contohnya sejarah pembayaran, pinjaman, atau baki deposit, kad kredit atau kad debit pembelian). Kami juga boleh mendapatkan data peribadi anda apabila anda mengambil bahagian dalam kaji selidik pelanggan atau apabila anda mendaftar untuk mana-mana pertandingan atau promosi. Apabila kami mendapatkan data dan maklumat daripada pihak ketiga (contohnya, agensi rujukan kredit, agensi pengawalseliaan dan penguatkuasaan, majikan, pemegang akaun bersama, penjamin, wakil sah, pasangan, ibu bapa, penjaga, tanggungan dan / atau syarikat-syarikat / perkongsian yang anda memegang jawatan pengarah, pemegang saham atau perkongsian dalam). Apabila anda membuat apa-apa urus niaga komersial dengan MBSB, termasuk tetapi tidak terhad kepada barangan dan / atau perkhidmatan atau perkhidmatan profesional yang diberikan oleh anda; Daripada sumber-sumber am Data peribadi yang kami kumpul daripada laman web kami www.mbsb.com.my

Alamat IP adalah nombor yang secara automatiknya diberikan kepada komputer anda apabila anda mendaftar dengan Pembekal Perkhidmatan Internet. Apabila anda melawat laman web kami, alamat IP anda akan di log secara automatik dalam rangkaian kami. Kami menggunakan alamat IP anda untuk membantu mendiagnosis masalah dengan rangkaian kami, dan bagi mentadbir laman web kami. Dari alamat IP anda, kami dapat mengenal pasti lokasi geografi umum dimana anda mengakses laman web kami. Secara umumnya kami tidak akan menghubungkan alamat IP anda kepada sesuatu yang membolehkan anda di kenal pasti melainkan kehendak undang-undang dan peraturan. Maklumat tentang Cookies Cookies merupakan satu elemen data dimana sesuatu laman web boleh dihantar ke pelayar anda, yang kemudiannya disimpan dalam sistem anda. Kami menggunakan cookies di beberapa halaman kami untuk menyimpan pilihan pelawat dan maklumat sesi rekod. Maklumat yang kami kumpulkan kemudiannya digunakan untuk memastikan tahap perkhidmatan yang lebih peribadi bagi pengguna kami. Anda boleh melaraskan tetapan pada pelayar anda supaya anda akan diberi notis apabila anda menerima cookies. Sila rujuk kepada dokumentasi pelayar anda untuk menyemak jika cookies telah digiatkan pada komputer anda atau memohon untuk tidak menerima sebarang cookies. Apakah tujuan memproses data peribadi anda? Kami mungkin memproses data peribadi anda atas sebab-sebab berikut: Untuk menilai permohonan anda bagi mana-mana produk dan perkhidmatan kami. Untuk mengesahkan kedudukan kewangan anda melalui cek rujukan kredit. Mengurus dan menyelenggara akaun dan kemudahan anda. Untuk menilai keperluan kewangan anda dan terus melaksanakan obligasi kontrak yang dibuat antara MBSB dan anda. Untuk memberi respons kepada pertanyaan dan aduan anda serta untuk menyelesaikan sebarang pertikaian. Untuk fungsi dalaman seperti menilai keberkesanan pemasaran, penyelidikan pasaran, analisis statistik dan pemodelan, laporan, audit dan pengurusan risiko dan untuk mengelakkan penipuan. Untuk mewujudkan hubungan yang strategik di antara anda dan kami dan / atau syarikat gabungan kami Untuk menilai dan memantau kredit Untuk tujuan penilaian dan usaha yang wajar Bagi tujuan pemprosesan data Untuk memberi perkhidmatan kepada pelanggan dan penyediaan produk dan perkhidmatan kepada pelanggan Untuk menilai dan memantau penyediaan perkhidmatan Untuk membolehkan kami, ejen-ejen kami, ahli bersekutu kami dan pihak-pihak terpilih untuk mempromosikan produk dan perkhidmatan Untuk tujuan kutipan hutang

Bagi penguatkuasaan hak-hak dan obligasi pihak-pihak lain kepada kami dan / atau syarikat gabungan kami Untuk menilai, memproses dan menyiasat risiko dan tuntutan insurans Bagi membolehkan pihak lain untuk menilai apa-apa tugasan, penyertaan, subpenyertaan yang sebenar atau yang dicadangkan, dan / atau novasi hak-hak dan / atau obligasi kami Untuk memenuhi keperluan undang-undang dan peraturan Untuk memelihara dan melindungi pejabat kami dan mesin juruwang automatik (jika ada) Untuk pengurusan risiko Untuk mengemaskini dan meningkatkan pangkalan data pelanggan; Untuk menyediakan anda komunikasi yang kerap bagi produk MBSB Untuk apa-apa maksud lain sebagaimana yang dibenarkan oleh undang-undang atau dengan kebenaran anda Bagi segala maksud berkaitan yang bersampingan dan berkaitan dengan mana-mana perkara di atas. Dari masa ke semasa, kami mungkin berkongsi data peribadi anda dengan entiti dalaman MBSB, ejen-ejen kami atau rakan kongsi strategik dan pihak ketiga lain ("entiti lain") sebagaimana yang diperlukan MBSB dan anda boleh menerima komunikasi pemasaran daripada kami atau daripada entiti lain mengenai produk dan perkhidmatan yang menarik minat anda. Sekiranya anda tidak mahu menerima sebarang komunikasi pemasaran, sila maklumkan kepada kami untuk menarik balik kebenaran anda dan segala pemprosesan dan perkongsian data peribadi dengan entiti lain bagi tujuan penghantaran komunikasi pemasaran akan kami hentikan. Anda mempunyai pilihan untuk menarik balik persetujuan anda bagi penerimaan bahan pemasaran atau promosi dan / atau / komunikasi, anda boleh menghubungi kami melalui maklumat hubungan yang terdapat di bawah. Sila ambil maklum, sebaik sahaja kami menerima pengesahan penarikan balik kebenaran anda bagi tujuan pemasaran atau bahan promosi dan / atau / komunikasi, ia mungkin akan mengambil masa sehingga empat belas (14) hari bekerja bagi proses pengeluaran data sebelum ia tertera dalam sistem kami. Oleh itu, anda masih boleh menerima bahan pemasaran atau promosi dan / atau / komunikasi dalam tempoh masa ini. Sila ambil perhatian bahawa jika anda memilih untuk tidak menerima sebarang komunikasi pemasaran dan / atau bahan promosi, MBSB masih boleh menghubungi anda bagi tujuan lain yang berhubungan dengan akaun, kemudahan atau perkhidmatan yang dipegang atau dilanggan oleh anda dengan MBSB. Kepada siapa data peribadi anda didedahkan? Maklumat peribadi anda yang diperolehi kami, segalanya adalah sulit. Walau bagaimanapun, untuk menyediakan anda dengan produk-produk dan perkhidmatan yang berterusan dan mematuhi kehendak undang-undang dan peraturan, data peribadi anda mungkin perlu didedahkan oleh kami kepada :

Entiti dalaman MBSB. Agensi rujukan kredit apabila anda memohon untuk mana-mana produk berasaskan kredit kami seperti pembiayaan peribadi, pembiayaan perumahan dan lain-lain Agen kami dan pembekal perkhidmatan yang mempunyai perjanjian kontrak dengan kami bagi fungsi, perkhidmatan dan aktiviti lain. Penyedia perkhidmatan kewangan (contoh broker pembiayaan perumahan, syarikatsyarikat insurans) Rakan dagangan dan rakan strategik Pihak yang dibenarkan oleh anda Penguatkuasaan peraturan dan agensi-agensi kerajaan seperti yang dibenarkan atau dikehendaki oleh undang-undang yang diberi kuasa oleh mana-mana perintah mahkamah atau untuk memenuhi obligasi kepada pihak berkuasa. Bagaimana data anda dilindungi? Keselamatan data peribadi anda adalah keutamaan kami. MBSB telah mengambil semua langkah-langkah fizikal, teknikal dan organisasi yang diperlukan untuk memastikan data peribadi anda selamat dan dirahsiakan. Jika kami mendedahkan apa-apa data peribadi anda kepada ejen-ejen yang diberi kuasa kami atau pembekal perkhidmatan, mereka perlu melindungi data peribadi yang diberikan kepada mereka dengan sewajarnya. Berapa lama data peribadi anda boleh disimpan? Maklumat peribadi anda diproses bagi apa-apa maksud tidak boleh disimpan lebih daripada tempoh masa yang diperlukan bagi memenuhi tujuan atau yang dikehendaki oleh undangundang semasa, peraturan dan keperluan dalaman. Seterusnya, data anda akan dipadam dan dimusnahkan secara kekal. Notis Perubahan kepada Kenyataan Privasi ini Kami boleh mengkaji semula dan mengemas kini Notis Perlindungan Data Peribadi ini dari semasa ke semasa untuk mencerminkan perubahan dalam undang-undang, perubahan dalam amalan perniagaan kami, prosedur dan struktur, dan perubahan keperluan privasi masyarakat. Jika terdapat perubahan ketara kepada Notis Privasi ini, kami akan memaklumkan kepada anda dengan menyiarkan notis mengenai perubahan tersebut di laman web kami atau menghantar pemberitahuan terus. Anda boleh mengkaji semula Notis Privasi ini untuk makluman bagaimana kami melindungi maklumat anda. Bagaimana anda boleh mengakses / memperbetul / kemaskini data peribadi anda? Kami komited dalam memastikan bahawa data peribadi anda yang disimpan oleh kami adalah tepat, lengkap, tidak mengelirukan dan dikemaskini. Jika terdapat sebarang perubahan

kepada data peribadi anda atau jika anda percaya bahawa data peribadi anda yang disimpan oleh kami tidak tepat, tidak lengkap, mengelirukan atau tidak dikemaskini, sila hubungi kami bagi langkah-langkah mengemaskini. Anda mempunyai hak untuk mengakses data peribadi anda. Sila hubungi kami sekiranya anda ingin memohon akses kepada data peribadi anda. Sila ambil maklum, anda akan dikenakan bayaran dan tertakluk kepada syarat-syarat di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010, bergantung kepada permohonan data yang anda mohon. Kami juga boleh mengambil langkahlangkah pengesahan identiti sebelum memenuhi permohonan anda untuk akses kepada data peribadi anda. Kebenaran selanjutnya menurut Akta Agensi Pelaporan Kredit 2010 Menurut Kredit Akta Agensi Pelaporan 2010 ("CRA"), kami dan saya / kami, individu-individu berikut sama ada sebagai individu atau sebagai pengarah /pemegang saham / pikak urusan berkepentingan dengan ini memberi kebenaran kepada anda untuk mendapatkan dan / atau mendedahkan sebarang maklumat kredit (sebagaimana yang ditakrifkan dalam Akta) yang berkaitan dengan syarikat saya / kami daripada dan / atau kepada RAM Credit Information Sdn Bhd, CTOS Business Systems Sdn Bhd, CCRIS, Biro kredit Malaysia Sdn Bhd atau manamana sumber yang dianggap sesuai untuk mengesahkan kredit saya / kami sejarah sebagai anda dan / atau RAM Credit Information Sdn Bhd, CTOS Perniagaan Systems Sdn Bhd, CCRIS, Biro Kredit Malaysia Sdn Bhd atau mana-mana sumber yang dianggap sesuai di bawah mana-mana undang-undang, peraturan, garis panduan, keperluan peraturan atau arahan berhubung dengan saya / permohonan syarikat kami kredit atau transaksi dengan anda untuk tujuan berikut (tetapi tidak terhad kepada) pembukaan akaun, penilaian kredit, kredit / semakan akaun, kredit / pemantauan akaun, tujuan pemulihan hutang, penyelesaian pemarkahan, dokumentasi undang-undang dan / atau tindakan yang dibenarkan bagi kontrak atau kemudahan yang diberi. Kebenaran itu harus diguna pakai selagi kami/ syarikat kami mengekalkan akaun / pinjaman / kredit / sebarang urus niaga dengan anda. Bagaimana anda boleh menghubungi kami? Jika anda ingin menghubungi kami, anda boleh melawat mana-mana cawangan kami, hubungi talian Khidmat Pelanggan kami 1-800-88-4000, atau kunjungi laman web kami di www.mbsb.com.my. Bagi pelanggan korporat, anda boleh terus menghubungi pegawai pemasaran kami. Kami menyediakan Notis Privasi ini di dalam dua versi; Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu. Sekiranya terdapat sebarang percanggahan di antara kedua-dua versi ini, maka versi Bahasa Melayu adalah terguna pakai. Sekiranya terdapat percanggahan tentang bagaimana cara kami mengumpul atau menggunakan data peribadi anda antara Notis Privasi ini dengan termaterma dan syarat-syarat khusus produk atau perkhidmatan atau dokumen kontrak anda yang lain, terma-terma dan syarat-syarat khusus produk atau perkhidmatan atau dokumen kontrak anda yang lain adalah terguna pakai.

Jika anda telah memberikan data peribadi tentang pihak ketiga kepada MBSB, sila pastikan bahawa anda telah mendapat kebenaran daripada pihak ketiga berhubung dengan pemprosesan dan pendedahan data peribadi mereka dan Notis Privasi ini telah diambil maklum oleh mana-mana pihak ketiga.