KRITERIA ANUGERAH KECEMERLANGAN PELAJAR 2014 ANUGERAH YANG DIPERTANDINGKAN 21 anugerah akan dipertandingkan dengan 11 di bawah kategori kepimpinan, 9 anugerah di bawah kategori kesukarelawanan dan 1 anugerah utama. Anugerah utama ini akan direbut oleh penerima anugerah tokoh dari kedua-dua kategori tersebut. Anugerah Utama Anugerah Timbalan Naib Canselor (Hal-ehwal Pelajar dan Alumni) Hadiah RM1,000.00 dan Sijil Anugerah Kategori Kepimpinan Anugerah Kategori Kesukarelawanan (a) Anugerah Tokoh Pemimpin Siswa (Pascasiswazah) (a) Anugerah Tokoh Sukarelawan Siswa (Pascasiswazah) (b) Anugerah Tokoh Pemimpin Siswa (Prasiswazah) (b) Anugerah Tokoh Sukarelawan Siswa (Prasiswazah) (c) Anugerah Pemimpin Kolej Kediaman Terbaik (c) Anugerah Sukarelawan Kesejahteraan Komuniti Terbaik (d) Anugerah Pemimpin Kelab/Persatuan Terbaik (d) Anugerah Sukarelawan Pembangunan Belia Terbaik (e) Anugerah Pemimpin Program Inovasi Terbaik (e) Anugerah Sukarelawan Alam Sekitar Terbaik (f) Anugerah Pemimpin Program Keusahawanan Terbaik (f) Anugerah Sukarelawan (Terbuka) Terbaik (g) Anugerah Pemimpin Badan Beruniform Terbaik (g) Anugerah Pemimpin Sukarelawan Terbaik (h) Anugerah Pemimpin Program Kebudayaan Terbaik (h) Anugerah Pasukan Sukarelawan Terbaik (i) Anugerah Pemimpin Program Pengucapan Awam Terbaik (i) Anugerah Sukarelawan Harapan (j) Anugerah Pemimpin Program Kepimpinan Terbaik (Terbuka) (k) Anugerah Pemimpin Harapan Maklumat Annugerah Kategori Kesukarelawanan adalah seperti berikut: 1) Anugerah Tokoh Sukarelawan Siswa (Pascasiswazah) dibuka kepada pelajar pascasiswazah (individu) yang terlibat dengan program kesukarelawan sama ada diperingkat Kelab/Persatuan, Fakulti, Kolej Kediaman, Universiti, Negeri, Kebangsaan atau Antarabangsa. 2) Anugerah Sukarelawan Kesejahteraan Komuniti Terbaik dibuka kepada pelajar prasiswazah (individu) yang terlibat dengan program kesukarelawanan sama ada diperingkat Kelab/Persatuan, Fakulti, Kolej Kediaman, Universiti, Negeri, Kebangsaan atau Antarabangsa yang menjurus kepada kesejahteraan komuniti. Program kesejahteraan komuniti adalah program-program yang dapat meningkatkan kesedaran atau taraf ekonomi dan sosial masyarakat tersebut. Diantara contoh program kesukarelawanan kesejahteraan komuniti adalah program pertanian bandar yang dianjurkan oleh Institusi Pengajian Tinggi (IPT) bagi mengurangkan kos sara hidup penduduk flat Projek Perumahan Rakyat dengan penanaman sayur-sayuran diruang terhad. 1
3) Anugerah Sukarelawan Pembangunan Belia Terbaik dibuka kepada pelajar prasiswazah (individu) yang terlibat dengan program kesukarelawan sama ada diperingkat Kelab/Persatuan, Fakulti, Kolej Kediaman, Universiti, Negeri, Kebangsaan atau Antarabangsa yang memberi manfaat kepada para belia sama ada dalam bidang pendidikan, ekonomi atau sosial melalui program seperti program kesukarelawanan seperti kelas tuition kepada anak-anak orang asli, kursus membaiki motosikal kepada belia kampung atau kursus motivasi kepada para pelajar tingkatan 5. 4) Anugerah Sukarelawan Alam Sekitar Terbaik dibuka kepada pelajar prasiswazah (individu) yang terlibat dengan program kesukarelawan sama ada diperingkat Kelab/Persatuan, Fakulti, Kolej Kediaman, Universiti, Negeri, Kebangsaan atau Antarabangsa yang memberi manfaat kepada alam sekitar melalui program kesedaran, pemeliharaan dan pemuliharaan bagi menjamin kelestarian alam sekitar. Diantara contoh program alam sekitar adalah misi penanaman 1000 pokok, penanaman semula pokok paya bakau dan sebagainya. 5) Anugerah Sukarelawan (Terbuka) Terbaik dibuka kepada pelajar prasiswazah (individu) yang terlibat dengan program kesukarelawan sama ada diperingkat Kelab/Persatuan, Fakulti, Kolej Kediaman, Universiti, Negeri, Kebangsaan atau Antarabangsa selain daripada program kesukarelawan di bawah kategori (c), (d) dan (e). Diantara contoh program adalah misi menyelamat Mangsa Banjir di Changlun, Kedah. 6) Anugerah Pemimpin Program Sukarelawan Terbaik dibuka kepada pelajar prasiswazah (individu) yang terlibat dengan program kesukarelawan sama ada diperingkat Kelab/Persatuan, Fakulti, Kolej Kediaman, Universiti, Negeri, Kebangsaan atau Antarabangsa. Sebagai contoh, seperti pertanian bandar, Kelas Tuition Kepada Anak-Anak Orang Asli, Misi Penanaman 1000 Pokok, Misi Menyelamat Mangsa Banjir di Changlun, Kedah. 7) Anugerah Pasukan Sukarelawan Terbaik dibuka kepada mana-mana pasukan dari kalangan pelajar prasiswazah yang menganjurkan program-program kesukarelawan sama ada diperingkat Kelab/Persatuan, Fakulti, Kolej Kediaman, Universiti, Negeri, Kebangsaan atau Antarabangsa. Contohnya Pasukan Excellent menganjurkan Program Celik IT di Kampung Teknologi dan Pasukan PBSM Universiti XY terlibat dengan Misi Pasca Banjir di Changlun, Kedah. 8) Anugerah Sukarelawan Harapan dibuka kepada pelajar prasiswazah (individu) yang terlibat dengan program kesukarelawan sama ada diperingkat Kelab/Persatuan, Fakulti, Kolej Kediaman, Universiti, Negeri, Kebangsaan atau Antarabangsa. 9) Pemenang anugerah (c), (d), (e), (f), (g) dan (i) secara automatik layak bertanding untuk mendapat Anugerah Tokoh Sukarelawan Siswa (Prasiswazah). 10) Rumusan pemarkahan bagi setiap anugerah adalah seperti berikut : - Anugerah Tokoh Sukarelawan Siswa (Pascasiswazah) Penglibatan pelajar 80% Sahsiah diri 20% - Anugerah Sukarelawan Kesejahteraan Komuniti Terbaik - Anugerah Sukarelawan Pembangunan Belia Terbaik - Anugerah Sukarelawan Alam Sekitar Terbaik - Anugerah Sukarelawan (Terbuka) Terbaik - Anugerah Pemimpin Sukarelawan Terbaik - Anugerah Sukarelawan Harapan Penglibatan pelajar 70% Akademik 20% Sahsiah diri 10% - Anugerah Pasukan Sukarelawan Terbaik Penglibatan pelajar 80% Sahsiah kumpulan 20% 2
11) Calon utama yang dicalonkan bagi merebut Anugerah Tokoh Sukarelawan Siswa (Prasiswazah) akan ditemuduga oleh Panel Penemuduga. Pecahan markah bagi anugerah ini adalah seperti berikut: Perkara Pecahan markah Jumlah markah berdasarkan Borang Pemarkahan 80% Temuduga 20% 12) Pemenang Anugerah Tokoh Pemimpin Siswa (Prasiswazah) dan Tokoh Sukarelawan Siswa (Prasiswazah) akan secara automatik bertanding untuk anugerah utama dan salah seorang daripada tokoh tersebut yang menunjukkan prestasi terbaik akan dipilih untuk mendapat Anugerah Timbalan Naib Canselor (Hal-ehwal Pelajar dan Alumni). 3
SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN ANUGERAH KECEMERLANGAN PELAJAR 2014 ANUGERAH TOKOH SUKARELAWAN SISWA (PASCASISWAZAH) 1) Penyertaan adalah terbuka kepada semua pelajar pascasiswazah warganegara Malaysia. 2) Penilaian adalah bagi program yang dianjurkan bagi sesi 2013/2014 (1 September 2013 hingga 27 Jun 2014) sahaja. 3) Calon mestilah dicalonkan oleh Penasihat Kelab/Persatuan/ Dekan/ Pegawai Jabatan Perkhidmatan Pelajar/ Pensyarah/ Pengetua Kolej Kediaman/ Pengarah Institut/ Ketua PTJ sahaja (BUKAN PELAJAR). 4) Calon akan dinilai berdasarkan 2 projek (Projek Utama dan Projek Kedua) yang dilaksanakan pada sesi 2013/2014 (1 September 2013 hingga 27 Jun 2014). 5) Borang yang telah dilengkapkan perlu dikemukakan kepada Urusetia Anugerah Kecemerlangan Pelajar 2014 selewatlewatnya 30 Jun 2014 jam 4.00 petang melalui serahan tangan ke alamat berikut : Urusetia Anugerah Kecemerlangan Pelajar 2014 Unit Pembangunan Sahsiah Pelajar Jabatan Perkhidmatan Pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia 43600 UKM Bangi Selangor Darul Ehsan 6) Borang yang Tidak Lengkap atau Lewat Diterima TIDAK akan diproses. 7) Keputusan Jawatankuasa Penilai Anugerah Kecemerlangan Pelajar 2014 adalah MUKTAMAD. 4
SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN ANUGERAH KECEMERLANGAN PELAJAR 2014 ANUGERAH SUKARELAWAN KESEJAHTERAAN KOMUNITI TERBAIK ANUGERAH SUKARELAWAN PEMBANGUNAN BELIA TERBAIK ANUGERAH SUKARELAWAN ALAM SEKITAR TERBAIK ANUGERAH SUKARELAWAN (TERBUKA) TERBAIK ANUGERAH PEMIMPIN SUKARELAWAN TERBAIK ANUGERAH PASUKAN SUKARELAWAN TERBAIK ANUGERAH SUKARELAWAN HARAPAN 1) Penyertaan adalah terbuka kepada semua pelajar warganegara Malaysia yang belajar secara sepenuh masa di peringkat Ijazah Sarjana Muda. 2) Penilaian adalah bagi program yang dianjurkan bagi sesi 2013/2014 (1 September 2013 hingga 27 Jun 2014) sahaja. 3) Calon mestilah memiliki PNGK sekurang-kurangnya 3.00 pada Semester 1 Sesi 2013/2014. 4) Calon mestilah dicalonkan oleh Penasihat Kelab/Persatuan/ Dekan/ Pegawai Jabatan Perkhidmatan Pelajar/ Pensyarah/ Pengetua Kolej Kediaman/ Pengarah Institut/ Ketua PTJ sahaja (BUKAN PELAJAR). 5) Calon bagi kategori (c), (d), (e), (f), (h) dan (i) akan dinilai berdasarkan 2 projek (Projek Utama dan Projek Kedua) yang dilaksanakan pada sesi 2013/2014 (1 September 2013 hingga 27 Jun 2014). 6) Bagi kategori (g) calon akan dinilai berdasarkan 2 Projek dimana Projek Utama mesti dilaksanakan pada sesi 2012/2013 (1 September 2013 hingga 27 Jun 2014) manakala Projek Kedua pula boleh dilaksanakan pada atau sebelum sesi 2013/2014 (1 September 2013 hingga 27 Jun 2014). 7) Pasukan yang dicalonkan menyertai kategori (h) perlu terdiri daripada sekurang-kurangnya 5 orang ahli yang terdiri daripada pelajar UKM tersebut. Pasukan perlu menyenaraikan semua nama ahli pasukan yang terlibat. 8) Borang yang telah dilengkapkan perlu dikemukakan kepada Urusetia Anugerah Kecemerlangan Pelajar 2014 selewatlewatnya 30 Jun 2014 jam 4.00 petang melalui serahan tangan ke alamat berikut : Urusetia Anugerah Kecemerlangan Pelajar 2014 Unit Pembangunan Sahsiah Pelajar Jabatan Perkhidmatan Pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia 43600 UKM Bangi Selangor Darul Ehsan 9) Borang yang Tidak Lengkap atau Lewat Diterima TIDAK akan diproses. 10) Keputusan Jawatankuasa Penilai Anugerah Kecemerlangan Pelajar 2014 adalah MUKTAMAD. 5
PANDUAN MENGISI BORANG PENCALONAN ANUGERAH KECEMERLANGAN PELAJAR 2014 1. Calon dikehendaki melengkapkan borang pencalonan dengan jelas menggunakan Huruf Besar dan Bold Pen 2. Bahagian yang perlu dilengkapi oleh pelajar adalah seperti berikut : a) A Maklumat calon b) B Maklumat pencapaian program/aktiviti (Rujuk LAMPIRAN B) 3. Bahagian yang perlu dilengkapkan oleh pencadang adalah seperti berikut : a) C Penialaian oleh pencadang b) D Maklumat pencadang 4. Calon dikehendaki menyertakan semua salinan dokumen yang telah disahkan seperti berikut : a) Salinan Kad Pengenalan b) Salinan Kad Pelajar c) Salinan Slip Keputusan peperiksaan Semester 1 Sesi 2013/2014 [tidak perlu bagi kategori (a) dan (h)] d) 1 keping gambar berukuran pasport terkini e) Salinan kertas kerja program f) Salinan laporan program g) Salinan sijil pengiktirafan/penghargaan h) Salinan laporan keratan akhbar/majalah/media baharu/video i) Salinan surat sokongan (jika ada) j) Gambar-gambar semasa program dijalankan 6
LAMPIRAN B PANDUAN MENGISI BORANG PENCALONAN MAKLUMAT PENCAPAIAN PROGRAM/AKTIVITI BIL. NAMA PROGRAM TARIKH & TEMPAT PERINGKAT PENGIKTIRAFAN BILANGAN PENYERTAAN KUMPULAN SASARAN NAMA AGENSI KOLABORASI ELEMEN nama program yang dicalonkan tarikh & tempat pelaksanaan peringkat aktiviti sama ada : Antarabangsa Kebangsaan Universiti Kolej Kediaman/ Fakulti/ Persatuan / pencapaian aktiviti sama ada mendapat pengiktirafan anugerah, penghargaan & seumpamanya. bilangan sasaran terlibat : Contoh : 20 orang pelajar Tahun 3 terlibat dengan tuisyen Matematik yang dianjurkan nama Kementerian/ Jabatan/ Agensi/Badan Berkanun/Badan Swasta/NGO yang terlibat dalam program tersebut kategori samaada : Misi kemanusiaan, knowledge transfer, Pembangunan Masyarakat, Khidmat masyarakat/ gotong-royong 7