BAGAIMANA BERINTERAKSI DENGAN NON MUSLIM DALAM KONTEKS MALAYSIA

dokumen-dokumen yang mirip
IKHTILAF (PERBEZAAN PENDAPAT) ULAMA DALAM MASALAH BABI ; HIKMAH DAN APLIKASINYA

"PEMIMPIN ADIL NEGARA MAKMUR"


Objektif. Topik yang akan dipelajari SIMPOSIUM 2015 METODOLOGI PENGELUARAN HUKUM DALAM ISLAM. Ciri-Ciri Syariat Islam Ustaz Sayid Sufyan b Jasin

Melahirkan Pendakwah Yang Berwibawa. Muhammad Haniff Hassan

PANDUAN AGAMA DALAM MENDOAKAN TERHADAP PENGANUT AGAMA LAIN

Berbeza Pendapat Tanpa Perlu Berbalah

DIPLOMA PENGAJIAN ISLAM. WD4013 USUL FIQH (Minggu 1)

KEPELBAGAIAN PERANAN MASJID

BAB LIMA: KESIMPULAN DAN PENUTUP. Bagi memanfaatkan hasil kajian ini, penulis dapat simpulkan beberapa perkara.

PENGLIBATAN ORANG BUKAN ISLAM DALAM SISTEM KEHAKIMAN SYARIAH: BUKAN ISLAM SEBAGAI SAKSI DI MAHKAMAH SYARIAH MALAYSIA

(a) Apakah tujuan Nabi Muhammad membuka semula kota Makkah? ( 4 markah ) (b) Jelaskan kepentingan pembukaan semula kota Makkah?

Kenapa kebencian? Apakah yang membuat seseorang itu membenci?

BAB 5 KESIMPULAN DAN SARANAN. Setelah kajian secara teliti dilakukan terhadap tajuk yang dipilih dan dipersetujui,

Menerangkan kepentingan akhlak dalam kehidupan. Menerangkan ciri-ciri akhlak Islam. Menjelaskan perbezaan antara akhlak, moral dan etika

Kemahiran : Nyatakan (Memberi jawapan yang specific tanpa memerlukan penerangan lanjut /huraian/sokongan)

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

ASAS-ASAS ISLAM. Agama Islam Iman & Taat Kenabian Pentafsiran Iman Ibadat-ibadat Agama & Syariah Hukum Syariah

19/03/ Digubal oleh Nabi Muhammad s.a.w pada tahun 622M

FIQH KEUTAMAAN FIQH AWLAWIYYAT (KARANGAN PROF. DR. YUSUF ABDULLAH AL-QARADAWI. Disediakan Oleh : Irny Suzila Ishak PENGENALAN PENGERTIAN FIQH

Pertama : Menghormati kedua ibu bapa. Firman Allah SWT dalam surah al-isra' ayat 23:

PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 1 PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 1

CONTOH SOALAN IDA 152

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

BAB 5 : PENUTUP. Al-Khatib al-shirbini adalah seorang yang faqih dalam mazhab al-shafi i dan

Menerangkan akhlak Nabi Muhammad SAW. Menjelaskan akhlak Nabi adalah akhlak al-quran

BAB I PENDAHULUAN. melampaui batasan Allah, berdakwah kepada Allah, serta melakukan amar makruf dan

Syariah (930) Pencapaian calon bagi mata pelajaran ini mengikut gred adalah seperti yang berikut:

EKSTREMISME AGAMA ANCAM KESATUAN UMMAH (06 Oktober 2017 / 15 Muharam 1439)

BAB 5 KESIMPULAN. kesimpulan akan dibuat terhadap kajian kitab Tafsir Quran Marbawi beserta ketokohan

Ditulis oleh : Hajar Abdullah

UNSUR KESANTUNAN DALAM TAFSIR PIMPINAN AR-RAHMAN

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

BAHAGIAN AYAT BACAAN SURAH ALI IMRAN BAHAGIAN AYAT BACAAN SURAH ALI IMRAN 1-200

ANJURAN PERSIDANGAN KEBANGSAAN PENGETUA-PENGETUA SEKOLAH MENENGAH MALAYSIA CAWANGAN PERLIS

KONSEP KEKELUARGAAN DAN KEMASYARAKATAN ISLAM

SUMBER HUKUM ISLAM 1

RUMAHKU SYURGAKU Majalah Sinar Rohani, Mac 2002

MAJLIS PELANCARAN LOGO DAN PELAN STRATEGIK MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT MELAYU PERAK

AL-AQSA, PALESTIN DAN KITA Muhammad Haniff Hassan

MAJLIS PENGETUA SEKOLAH MALAYSIA CAWANGAN PULAU PINANG

KELAS BIMBINGAN MENENGAH PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2015 SEJARAH ISLAM KBM 2

PERASMIAN KURSUS PERDANA HAJI PERINGKAT NEGERI PERAK MUSIM HAJI 1437 HIJRAH

ilmu dan amalan dengannya. Untuk memahami pengertian dan

BAB 6 PENUTUP. juga, ia akan menjawab beberapa persoalan yang timbul daripada objektif kajian. Oleh

Majlis Ugama Islam Singapura Khutbah Jumaat 17 April 2015 / 27 Jamadilakhir 1436 Memahami Hikmah Dalam Pengamalan Agama

BAB LIMA KESIMPULAN. perbahasan dan laporan analisis kajian yang telah dijalankan daripada bab-bab sebelum ini.

PENDAHULUAN IDA102 MANUSIA DAN AGAMA 21/02/2013 BAB 4 KONSEP AKHLAK II. Maruwiah Ahmat Peranan Akhlak dalam Kehidupan

HALAL, HARAM & SYUBHAT

Nag2oO9. Item Objektif. M.S Rajah berikut menunjukkan suasana di Madinah sebelum hijrah Nabi Muhammad s.a.w. ke Madinah.

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA FAKULTI PENGAJIAN ISLAM

1- Metode qawl qadim sedikit sebanyak masih dipengaruhi oleh metode ahli Hijaz

Hukum Puasa Tetapi Tidak Solat

a) Adakah manusia biasa dapat mencapai tahap ihsan sepertimana para Nabi dan Rasul? Kemukakan pendapat anda.

MAJLIS PENGETUA SEKOLAH MALAYSIA CAWANGAN PULAU PINANG MODUL LATIHAN BERFOKUS SPM 2015

DALIL2 SYARA TENTANG KECINTAAN HAMBA KEPADA ALLAH TA ALA. Umumnya kenal itu pelajaran tauhid, cinta itu pelajaran tasawuf.

Nama Pelajar : Tingkatan : PEPERIKSAA PERCUBAA SPM Kertas 1 Satu jam lima belas minit

//Perbicangan kita ditumpukan pada perkara-perkara berikut: //Pentingnya Pendidikan untuk kemajuan masyarakat Islam

Ulasan makalah. Wan Suhaimi Wan Abdullah

KERANGKA ASAS DALAM PEMBINAAN HUKUM FIQH MASYARAKAT BUKAN ISLAM MASA KINI

1223/2 LATIH TUBI PENDIDIKAN ISLAM 2004 SET 3

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN

PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 3 PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 3

"SABAR ANUGERAH TERINDAH"

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2015 TASAWWUR ISLAM

PROGRAM PEMANTAPAN PRESTASI TINGKATAN 5 TAHUN 2017 MAJLIS PENGETUA SEKOLAH MALAYSIA ( KEDAH )

BAB LIMA KESIMPULAN DAN SARANAN. Berdasarkan kepada keseluruhan hasil kajian yang diperolehi, bab ini akan

AKTA KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 1997 (AKTA 561)

PENGERTIAN DAN KONSEP FARDU AIN DAN FARDU KIFAYAH

(a) Nyatakan bentuk penentangan yang dilakukan oleh orang Arab Quraisy terhadap dakwah Islamiyah di Makkah.

Islam Ajak Berfikir, Bukan Jadi Pak Torot. Muhammad Haniff Hassan

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA STATUS DAN TANGGUNGJAWAB MANUSIA

TINGKATAN : Disediakan oleh : Ust Safaee Zakaria GC Tasawwur Islam SMK Jelawat, Bachok, Kelantan

RASM UTHMANI; HUBUNGANNYA DALAM BIDANG ILMU QIRAAT Oleh: Norazman bin Alias Abdul Muhaimin bin Ahmad Muhammad Hafiz bin Saleh

Usuluddin (931) Pencapaian calon bagi mata pelajaran ini mengikut gred adalah seperti yang berikut:

JENIS HAJI DAN PERMASALAHANNYA

Modul Pengajian Pemikiran Islam Di Singapura 2

BAB LIMA RUMUSAN DAN CADANGAN. zakat pendapatan di Aceh maka dapat dirumuskan beberapa isu penting sebagaimana

Ashabul kahfi (penghuni-penguni gua) yang dimaksudkan dalam ayat di atas, menurut para ulama - terdiri dari tujuh orang pemuda iaitu;

PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 2 PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 2

SEJARAH PENDIDIKAN ISLAM 1 INSTITUT PENGAJIAN TINGGI AL-ZUHRI

BAB SATU PENGENALAN. Hikmat terbesar daripada penurunan al-qur an al-karim dengan tujuh

PENGENALAN KANDUNGAN HASIL PEMBELAJARAN CTU263 9/11/2013 CTU 263 ISLAM DAN PENGURUSAN. Maruwiah Ahmat 1

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

IRSYAD AL-FATWA SIRI KE-208: HUKUM WANITA MEMBUKA SYARIKAT SENDIRI

Pensyarah: Ustazah Nek Mah Bte Batri Master in Islamic Studies Calon PhD- Fiqh Sains & Teknologi Calon PhD -Pendidikan Agama Islam

SMK TAMAN TUN DR ISMAIL RANCANGAN TAHUNAN PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 2 / 2013

buatwasiat.com WASIAT DAN PELAKSANAANNYA KE ATAS SAUDARA BARU SEMINAR PERANCANGAN HARTA SECARA SYARIAH

BAB V PENUTUP. pertolongan sehingga berjaya menyelesaikan disertasi ini. Disertasi ini akan ditutup

1. PENGERTIAN. a. Islam b. Iman c. Ihsan - Hubungan antara Iman, Islam dan Ihsan

BAB 6: ETIKA KRISTIAN

5226/1&2 SEKTOR PENDIDIKAN ISLAM JABATAN PELAJARAN KELANTAN TASAWWUR ISLAM KERTAS 1 DAN 2 SET 3 PERATURAN PEMARKAHAN

Marilah sama-sama kita bersatupadu dan mengetepikan apa jua fahaman politik demi mempertahankan kesucian dan keagungan Agama Islam.

PANDANGAN ULAMAK KONTEMPORARI TERHADAP STATUS NEGARA ISLAM DAN NEGARA KAFIR.

:

PEPERIKSAAN PERTENGAHAN SEMESTER

TASAWWUR ISLAM. Kertas 1. Satu jam lima belas minit

SEKTOR PENDIDIKAN ISLAM JABATAN PELAJARAN KELANTAN JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DI BERITAHU

Tidaklah itu menjadi asas untuk mewajibkan keatasnya haji dengan merentas lautan jika ia mampu melakukannya.

PERSPEKTIF KOMUNITI LESBIAN, GAY DAN TRANSGENDER MUSLIM DI MALAYSIA TERHADAP PERLAKUAN HOMOSEKSUAL DAN KONSEP PERKAHWINAN DI DALAM AL-QUR AN

Transkripsi:

Tarikh : 23 24 Disember 2009 / 6-7 Muharram 1431 Tempat : Dewan Annex, SUK Shah Alam, Selangor Darul Ehsan BAGAIMANA BERINTERAKSI DENGAN NON MUSLIM DALAM KONTEKS MALAYSIA OLEH: MOHAMMAD NIDZAM BIN ABDUL KADIR UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA MALAYSIA Persatuan Ulama Malaysia Cawangan Selangor Dengan Kerjasama Jabatan Agama Islam Selangor dan Majlis Agama Islam Selangor

BAGAIMANA BERINTERAKSI DENGAN NON MUSLIM DALAM KONTEKS MALAYSIA 1 Oleh: Mohammad Nidzam Bin Abdul Kadir Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Muqaddimah Dalam suasana Malaysia yang terdiri daripada masyarakat majmuk berbilang bangsa dan agama, maka fiqah Islam perlu kepada suatu dimensi tafsiran yang baru agar ia selari dengan suasana dan zaman. Nas-nas Quran biasanya datang dalam bentuk gambaran umum. Ini dilanjutkan lagi oleh huraian dalam sunnah Nabi s.a.w. Namun kefahaman terhadap dua sumber ini terikat dengan pelbagai perkara. Antaranya sebab nuzul bagi sesuatu nas Quran dan sebab wurud bagi sesuatu nas hadis. Riwayat-riwayat hadis ada menunjukkan bahawa Nabi s.a.w. berinteraksi dengan manusia berdasarkan tahap pemikiran dan suasana. Ada masanya dalam suasana berjenaka, ada masanya tegas dan sebagainya. Riwayat juga mencatatkan bahawa wujud golongan bukan muslim yang hidup dalam masyarakat muslim di Madinah. Riwayat-riwayat yang pelbagai ini memberikan suatu konsep bagaimana untuk berinteraksi dengan masyarakat bukan muslim. 1 Kertas ini dibentangkan dalam Simposium Fiqh Masyarakat Bukan Islam anjuran Persatuan Ulama Malaysia Cawangan Selangor dengan Jabatan Agama Islam Selangor dan Majlis Agama Islam Selangor, pada 23-24 Disember 2009 bersamaan 6-7 Muharram 1431 bertempat di Dewan Annex, SUK Selangor 1

PRINSIP-PRINSIP DALAM BERINTERAKSI DENGAN NON MUSLIM Syariah Islam adalah sesuatu yang dinamik dan berdaya saing. Syariah Islam adalah sesuai sepanjang zaman dan sesuai mengikut mana-mana tempat. Manakala fiqah Islam adalah suatu usaha ijtihad dalam mentafsirkan nas syarak. Dalam berinteraksi dengan bukan muslim, ada beberapa prinsip yang wajar diberi perhatian. Antaranya : 1. Toleransi dan tasamuh 2. Tidak terikat dengan kefahaman sesuatu mazhab sahaja 3. Mengutamakan perkara yang lebih utama 4. Tidak membawa isu-isu khilaf 5. Memberi contoh imej muslim yang baik TOLERANSI DAN TASAMUH Islam adalah agama yang cukup bertoleransi. Toleransi ini zahir dalam interaksi dengan masyarakat bukan muslim. Ia sampai ke tahap toleransi dalam persoalan aqidah di mana Islam tidak memaksa masyarakat bukan muslim untuk beriman dengan Islam. Mereka bebas beramal dengan fahaman dan amalan mereka. Islam cuma menyuruh agar seruan dakwah dilaksanakan. Contohnya, al-quran menerangkan keperluan untuk berdialog dengan golongan ahli kitab dalam persoalan aqidah. Firman Allah mafhumnya : Serulah ke jalan Tuhan kamu dengan hikmah, nasihat yang baik dan berdebatlah dengan mereka dengan cara yang lebih baik. (Surah an-nahl : 125). 2

Dalam riwayat sunnah juga didapati bagaimana Nabi s.a.w. memberi ancaman terhadap mana-mana muslim yang menzalimi golongan bukan muslim yang disebut sebagai mua had ( ). Namun ada masanya sikap toleransi ini dianggap sebagai suatu tanda kelemahan umat muslim. Maka ada segelintir umat muslim yang bertindak kasar, biadap dan sombong dengan golongan bukan muslim. Kalau diteliti riwayat sejarah, Nabi s.a.w. pernah mengadakan suatu perjanjian dengan kabilah Taghlab pada tahun 9 hijrah. Tahun 9 hijrah adalah suatu tahun di mana kekuatan umat Islam berada di puncaknya dengan pimpinan Nabi s.a.w. Ini terbukti dengan pembukaan kota Makkah. Antara butiran perjanjian tersebut ialah toleransi dalam agama di mana mereka boleh terus kekal dalam agama asal mereka. Toleransi Islam juga dapat dilihat dalam keberkekalan rumah ibadat bukan muslim dalam negara yang ditadbir oleh umat muslim. Kesan-kesan sejarah masih wujud walaupun sudah ratusan tahun Islam bertapak kukuh dalam sesebuah negara. Persoalannya, bagaimana dengan bumi Andalusia atau Sepanyol? Apa yang terjadi kepada masjidmasjid di sana? Oleh itu, hakikat toleransi ini perlu difahami dan diamalkan dengan sebaik mungkin. Dalam riwayat lipatan sejarah umat Islam, pembukaan negara Mesir oleh A mru ibn al- A ss, seorang sahabat Nabi s.a.w. dialu-alukan oleh masyarakat Mesir walaupun mereka golongan bukan muslim. Ini kerana sikap toleransi yang diamalkan oleh generasi awal Islam. Malahan Umar al-khattab sering mewasiatkan gabenor dan panglima perangnya agar menjaga golongan bukan muslim. Antaranya tidak boleh dipaksa menerima Islam, gereja tidak boleh dimusnahkan, mengembalikan jawatan keagamaan kepada paderi mereka dan sebagainya. Semua riwayat sejarah ini dan yang lainnya satu bukti toleransi Islam. 3

TIDAK TERIKAT DENGAN KEFAHAMAN SESUATU MAZHAB SAHAJA Di Malaysia, mazhab yang rasmi dan utama adalah mazhab Syafii. Mazhab bukanlah sesuatu yang asing dalam fiqah Islam dan masyarakat muslim. Mazhab adalah suatu aliran pemikiran dan ijtihad dalam memahami nas syarak. Oleh itu, bermazhab tidak salah bahkan merupakan suatu kewajaran. Ini kerana bermazhab bermakna mengikut al- Quran dan as-sunnah. Kalau disebut mazhab Syafii, ia bermakna mengikut al-quran dan as-sunnah berdasarkan kefahaman Imam as-syafii r.h. Begitu juga jika bermazhab Maliki maka ia bermakna mengikut al-quran dan as-sunnah berdasarkan corak kefahaman ulama muktabar yang diiktiraf iaitu Imam Malik r.h. Kefahaman sesuatu mazhab penting demi menjaga keharmonian dalam masyarakat. Walau bagaimanapun, bermazhab akan menimbulkan masalah apabila wujud sikap fanatik kepada mazhab. Fanatik dalam erti kata hanya mazhabnya sahaja yang betul dan mengikut al-quran dan as-sunnah manakala mazhab lain adalah silap, sesat dan menyeleweng. Fanatik mazhab sebegini akan menimbulkan suasana fitnah, perkelahian, perdebatan yang tidak sihat dan meruntuhkan ukhuwwah Islam. Perkara ini hendaklah diubati dengan ilmu yang matang dan hati yang bersih untuk berlapang dada. Dalam berinteraksi dengan bukan muslim, adalah tidak wajar jika suatu fahaman mazhab sahaja dipasarkan dan disyorkan kepada masyarakat bukan muslim. Ini kerana : 1. Kadang-kadang, ada tafsiran dan kefahaman sesuatu mazhab agak sempit dan ketat. Sempitnya sesuatu kefahaman mazhab dipengaruhi oleh pelbagai faktor. Dikhuatiri masyarakat bukan muslim akan melihat Islam sebagai suatu agama yang sukar diamalkan. 2. Ijtihad para ulama silam walaupun berdasarkan nas syarak, namun ia tetap juga dipengaruhi oleh faktor-faktor lain seperti u ruf, suasana masyarakat dan sebagainya. Oleh yang demikian, sewajarnya pemilihan dan pentarjihan hukum hendaklah diambil daripada kepelbagaian fahaman demi kebaikan dakwah Islam. Ada kefahaman yang 4

berbeza walaupun masih dalam satu aliran kefahaman mazhab. Namun ada juga keadaan di mana kefahaman mazhab yang lain terpaksa ditimbangkan. Ada beberapa contoh-contoh kefahaman hukum dalam mazhab Syafii yang mungkin agak sukar diamalkan dalam suasana Malaysia. CONTOH 1 : 1. Hukum kenajisan anjing. Dalam kefahaman mazhab Syafii, anjing adalah najis 1. Hujahnya berdasarkan hadis jilatan anjing. Bagi masyarakat bukan muslim yang terdiri daripada bangsa Cina, India, orang asli dan sebagainya, anjing adalah haiwan yang hidup sebati dengan mereka. Kefahaman bahawa anjing adalah najis akan sedikit-sebanyak menjejaskan kehidupan mereka. 2. Hukum kenajisan babi atau khinzir. Dalam kefahaman mazhab Syafii, khinzir keseluruhannya adalah termasuk dalam najis mughallazoh. Hujahnya berdasarkan qiyas terhadap anjing. 3. Hasil daripada kefahaman bahawa anjing dan khinzir adalah najis, ia membawa kepada persoalan penyucian yang memerlukan samak. Ia juga satu perkara yang agak menyulitkan untuk diamalkan jika keperluan menyamak sering berlaku. Maka di sini, dalam usaha berinteraksi dengan masyarakat bukan muslim, kefahaman mazhab yang lain perlu dikaji. Antaranya kefahaman mazhab Maliki yang berpendapat bahawa anjing tidak najis, bahkan anjing adalah suci. Penyucian jilatan anjing hanya terhad kepada jilatan anjing sahaja. Ia bukan kerana kenajisan anjing tetapi kerana ta abbudi (menurut perintah syarak) sahaja. Jika anjing tidak menjilat tetapi hanya memasukkan kakinya ke dalam bekas, ia tidak perlu kepada samak menurut kefahaman mazhab Maliki 2. Dalam kefahaman mazhab Hanafi, anjing dihukum sebagai najis. Namun penyuciannya tidak perlu kepada proses samak. Cukup sekadar basuhan biasa sahaja. Jika sekali sudah 5

mencukupi, maka ia sudah dikira suci. Kalau perlu kepada lebihan basuhan, maka ia hendaklah dibasuh hingga suci. Dalam masalah khinzir, masih wujud khilaf para ulama hatta dalam mazhab Syafii. Walaupun khinzir dihukum najis sebagaimana anjing, namun khilaf tetap wujud. CONTOH 2 : Dalam persoalan pengagihan zakat, al-quran menyebut tentang asnaf yang lapan. Salah satu daripada asnaf tersebut ialah golongan al-muallaf hatinya. Siapakah mereka ini? Dalam huraian Fiqh az-zakat3f3, disebutkan sekitar tujuh golongan yang dikira dalam asnaf ini. Dalam kitab rujukan masyarakat Nusantara iaitu kitab Sabil al-muhtadin4f4, golongan muallaf ialah golongan yang dijinaki hati kerana baru masuk Islam atau kerana lainnya. Maka dibahagikan golongan muallaf kepada lima pecahan. Dalam kefahaman sebahagian ulama, golongan bukan muslim sama sekali tidak termasuk dalam golongan ini. Ini membawa kepada suatu hukum bahawa haram diberi zakat kepada individu bukan muslim. Antaranya dalam matan Fath al-mu in5f5 iaitu suatu karya rujukan asas dalam mazhab Syafii di Nusantara : Dan jika dia memberinya (zakat) kepada orang kafir,... maka tidak memadai. Namun kefahaman ini bukanlah suatu ijmak para ulama. Ia adalah kefahaman sebahagian besar para ulama. Jika pandangan mereka ditolak, bukan bermakna tiada perasaan hormat kepada mereka tetapi sekadar memilih pandangan yang lebih sesuai untuk diamalkan pada zaman ini. Dikhuatiri jika pandangan ini dikekalkan, dihebahkan dan dikeluarkan maka ia seolah-olah Islam suatu agama yang hanya menjaga masyarakat muslim sahaja. Tidak dinafikan bahawa sedekah biasa atau sedekah sunat boleh diberikan kepada masyarakat bukan muslim, namun musuh-musuh Islam sentiasa mencari ruang untuk 6

menyerang Islam. Dengan ini, apalah salahnya jika pandangan sebahagian para ulama yang lain yang mengharuskan pemberian zakat kepada masyarakat bukan muslim diterima pakai. Ini bukan bermakna ia diberi begitu sahaja. Pemberian zakat kepada bukan muslim hendaklah dibincangkan dengan baik. Apakah pula syarat-syaratnya. Yang penting, pemberian zakat adalah aset dan wasilah untuk menerima Islam. Dalam kitab Nail al-author6f6, dibincangkan masalah golongan muallaf. Perbincangan menjurus kepada hakikat bahawa golongan muallaf adalah golongan bukan muslim. Imam Syafii berpendapat bahawa kita tidak wajar lagi memberi kepada golongan ini. Namun Imam as-syaukani berkata : Dan zahirnya adalah harus melembutkan hati ketika ada hajat keperluan kepadanya. Perbincangan lebar ada dibincangkan dalam kitab Fiqh az-zakat pada dua tempat. Pertama tentang golongan muallaf dan kedua tentang golongan yang tidak layak menerima zakat7f7. Hasilnya walaupun dikatakan wujud ijmak bahawa tidak harus zakat diberikan kepada bukan muslim, namun ia tidaklah kuat. Masih wujud lagi khilaf. MENGUTAMAKAN PERKARA YANG LEBIH UTAMA Kewajipan dalam Islam agak banyak. Kewajipan ini tidak mampu diamalkan tanpa iman yang kuat. Oleh itu, konsep tadarruj dalam erti bertakah dan sedikit demi sedikit amat diperlukan. Maka keutamaan wajarlah diberi perhatian wajar. Al-Quran menekankan konsep hirarki amalan yang lebih utama. Keutamaan ini menjadi neraca untuk ia diutamakan. Contohnya dalam masalah iman dan menjaga keperluan minuman jemaah haji, manakah yang lebih utama? Al-Quran menjelaskan bahawa keimanan dan jihad lebih utama. 7

Dalam berinteraksi dengan bukan muslim, didapati ada perkara yang tidak asas dibincangkan dan dipromosi sebagai asas ajaran Islam. Contohnya berkhatan sebagai syarat untuk menjadi seorang muslim. Maka apabila ada individu bukan muslim bertanya tentang Islam, persoalan khatan ini dibangkitkan. Soalnya sanggupkah dipotong kulup kemaluan sedangkan usia sudah 40 tahun. Beberapa persoalan yang perlu diutamakan : 1. Aqidah yang mudah dan sejahtera. Adapun manhaj dan method aqidah, ia tidak berapa penting. Kedapatan hari ini, wujud golongan muslim yang memperjuangkan manhaj aqidah, bukannya aqidah. Perjuangan memartabatkan manhaj/metod adalah baik, namun sikap menghentam manhaj yang tidak sealiran dikhuatiri membawa keburukan kepada Islam. Dalam hal ini, Islam dilihat seolah-olah tidak mempunyai manhaj yang jelas. Hakikatnya tidak begitu, tetapi kerana sikap dan ilmu yang kurang matang, ia membawa kepada interaksi yang tidak baik dengan masyarakat bukan muslim. 2. Solat sekadar kemampuan terlebih dahulu. Dalam berinteraksi, ruh ibadat yang utama bukanlah pergerakan solat dan bacaannya tetapi bagaimana konsep ibadat dalam Islam. Penekanan kepada soal luaran tanpa aspek dalaman menyebabkan masyarakat bukan muslim memandang rendah kepada ibadat dalam Islam. 8

TIDAK MEMBAWA ISU-ISU KHILAF Isu-isu khilaf adalah isu yang telah lama menjadi perselisihan para ulama. Antara dua amalan, manakah yang lebih baik? Isunya manakah yang lebih baik. Ini bermakna keduaduanya adalah baik. Begitu juga dalam isu ranting. Wujud perselisihan antara bida ah dan bida ah hasanah. Persoalan ini membawa kepada perpecahan kepada umat Islam. Dalam interaksi dengan bukan muslim, asasnya mereka ingin mengenal Islam. Bagaimanakah rupa bentuk Islam? Adakah Islam agama yang baik? Adakah Islam menjaga kepentingan dunia? Adakah Islam agama yang menjaga keharmonian masyarakat dan sebagainya. Isu-isu khilaf memberikan suatu gambaran yang tidak baik tentang Islam. Ini kerana : 1. Umat muslim dilihat sebagai masyarakat yang tidak maju kerana terlalu asyik membincangkan perkara kecil. 2. Umat muslim dilihat sebagai masyarakat yang suka kepada permusuhan dan label-melabel. 3. Umat muslim dilihat masih terkongkong dengan perkara yang sudah lama dan lapuk. Sepatutnya masa, tenaga dan apa yang ada digunakan untuk membincangkan persoalan yang lebih penting dan amat penting. Masih banyak lagi persoalan yang mewujudkan keraguan masyarakat bukan muslim terhadap Islam. Contohnya isu serangan terhadap al- Quran dan peribadi Nabi Muhammad s.a.w. Serangan ini jika tidak dijawab dengan baik dan mantap akan menjadikan Islam sebagai satu agama yang tidak benar. Runtuhnya al-quran akan membawa kepada keruntuhan Islam. 9

MEMBERI CONTOH IMEJ MUSLIM YANG BAIK Masyarakat bukan muslim biasanya tidak akan melihat Islam melalui sumbernya yang asal iaitu al-quran dan riwayat sunnah. Gambaran Islam akan dinilai melalui individu muslim dan masyarakat muslim. Sayangnya gambaran kebanyakan individu muslim tidak mencerminkan Islam yang sebenar. Laporan tentang penagihan dadah menunjukkan bahawa individu muslim adalah penagih terbesar. Kes curi, ragut, penipuan dan sebagainya banyak juga melibatkan individu muslim. Masyarakat muslim yang sepatutnya menjadi khair ummah iaitu umat yang terbaik juga tidak berjaya. Kebanyakan negara umat Islam adalah negara miskin dan mundur. Kekayaannya mungkin hanya sementara hasil anugerah alam. Namun negara yang mana majoriti rakyatnya bukan muslim menunjukkan kekuatan dalam soal ekonomi walaupun sumber kekayaanya mungkin terhad. Melayu selalu di kaitkan dengan Islam. Asal Melayu, maka mestilah Islam. Jika Melayu lemah, bodoh, miskin dan sebagainya sifat negatif maka ia akan tempias kepada Islam. Kalau dikaji riwayat-riwayat sunnah, Nabi s.a.w. amat menjaga hubungan dengan masyarakat bukan muslim. Akhirnya dengan imej akhlak yang murni, mereka rela menjadi muslim. Syair ada berkata : Berbuatlah ihsan kepada insan nescaya engkau memperhambakan hati mereka, Maka sentiasalah ihsan akan memperhambakan insan manusia. 10

Dakwah dengan memaparkan akhlak mulia, sopan-santun, sikap yang baik dan sebagainya termasuk dalam kategori dakwah. Ia disebut sebagai dakwah bil hal. Dakwah ini sama penting dengan dakwah lisan. Satu contoh menarik ialah bagaimana keperluan untuk melaksanakan janji yang dipersetujui. Dalam Perjanjian Hudaibiyyah, Nabi s.a.w. menerima syarat daripada Arab Quraish agar mana-mana insan yang lari dari Makkah ke Madinah hendaklah tidak diterima oleh umat Islam. Sebaliknya sesiapa yang lari dari Madinah ke Makkah tidak perlu dikembalikan. Jelas bahawa ia perjanjian berat sebelah. Namun Nabi s.a.w. bersetuju dengan syarat ini. Selepas perjanjian, datanglah seorang insan bernama Abu Jandal untuk menyelamatkan dirinya dan aqidahnya. Walaupun mungkin dakwat perjanjian belum kering lagi, namun Nabi s.a.w. tidak menerima lelaki tersebut kerana terikat dengan perjanjian Hudaibiyyah. Nabi s.a.w. diriwayatkan bersabda8f8 : Bersabarlah dan haraplah pahala. Maka Allah akan menjadikan bagi engkau dan sesiapa yang bersama dengan engkau daripada golongan yang lemah akan jalan keluar. Sesungguhnya kami telah membuat perjanjian damai dengan mereka. Dan kami telah memberi mereka janji tersebut dan mereka memberi kepada kami akan janji Allah. Dan kami tidak akan memungkiri akan mereka. 11

KESIMPULAN Hasil kertas kerja ini, didapati bahawa interaksi dengan masyarakat bukan muslim perlu kepada suatu kefahaman yang lebih luas. Dalam hal ini, sikap berlapang dada dan menerima perbezaan pandangan adalah amat baik. Matlamat utama adalah dakwah dan menyebarkan Islam sebagai suatu rahmat daripada Allah. 2 Rahmat al-ummah Fi alikhtilaf al-aimmah, Abu Abdullah Muhammad ibn Abd Rahman as-syafii, Mustafa al-halabi, 1986 M, hal. 7. 2 Al-Fiqh al-islami wa Adillatuhu, Dr. Wahbah az-zuhaili, Dar al-fikr, Syria, 1997 M, juz 1, hal. 305. 3 Fiqh az-zakat, Dr. Yusuf al-qaradhawi, Muassasah ar-risalah, Beirut, 1999 M, juzuk 2, hal 595-597. 4 Sabil al-muhtadin, Syeikh Muhammad Arsyad bin Abdullah al-banjari, Maktabah an-nahhdi, Thailand, t.t, juz 2, hal 116. 5 Tarsyih al-mustafidin Hasyiah Fath al-mui in, Dar al-fikr,t.t., juz 2, hal. 155-156. 6 Nail al-author, Muhammad ibn Ali as-syaukani, Dar al-hadis, Kaherah, 1998 M, juz 4, hal. 198. 7 Fiqh az-zakat, op.cit, hal. 702-708. 8 Sirah Ibn Hisyam, Abu Muhammad Abdul Malik ibn Hisyam, Dar al-manar, Kaherah, t.t., edit oleh Muhammad Syahatah Ibrahim, juz 3, hal. 148. 12