PENGISYTIHARAN PEMILIHAN MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA (MPPUTM) BAGI SESI 2016/2017

dokumen-dokumen yang mirip
BUKU PANDUAN DAN KOD ETIKA PEMILIHAN MPP SESI 2016/2017 ISI KANDUNGAN

NOTIS PENGISYTIHARAN PEMILIHAN MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG SESI 2011/2012

AKTA UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI SUSUNAN PERATURAN

TATACARA DAN PANDUAN PEMILIHAN Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Teknikal Malaysia Melaka

2017/2018 [ BUKU PERATURAN DAN TATACARA PEMILIHAN MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR UNIVERSITI MALAYA SESI 2017/2018]

BUKU PERATURAN DAN TATACARA PEMILIHAN MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR UNIVERSITI MALAYA

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH. PEJABAT TIMBALAN NAIB CANSELOR (AKADEMIK & ANTARABANGSA) Kod Dokumen: PU/PS/GP001

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH. PEJABAT TIMBALAN NAIB CANSELOR (AKADEMIK & ANTARABANGSA) Kod Dokumen: PU/PS/GP001

PERATURAN PEPERIKSAAN

PEKELILING BENDAHARI BIL.2/2009 PERATURAN PEMBAYARAN PELAJAR

Polisi dan Prosedur. Nama Polisi: Polisi dan Prosedur Pengurusan Senat. Nombor Polisi: UTM P.A. 01

PEKELILING BENDAHARI BIL.2/2009 PERATURAN PEMBAYARAN PELAJAR

KUASA PENGUATKUASA. Pekeliling Pentadbiran bil 22/2014. Pekeliling Pentadbiran bil 30/2015

dikeluarkan oleh Jawatankuasa Induk Pencalonan Universiti Sains Malaysia

UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

AKTA UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI 1971 PERLEMBAGAAN UNIVERSITI MALAYA 1997 KAEDAH-KAEDAH UNIVERSITI MALAYA (IJAZAH DOKTOR FALSAFAH) 2007

TATACARA PEMILIHAN PROFESOR SEBAGAI AHLI SENAT USM

PEKELILING KEPADA MAHASISWA DIPLOMA BIL.18/2017

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PEKELILING KEPADA PELAJAR BIL. 12/2009

UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA KEWAJIPAN MARUAH INTEGRITI

KEJOHANAN BOLA SEPAK BAWAH 11TAHUN DAERAH JOHOR BAHRU TAHUN 2012 PEMBANGUNAN SUKAN

FAKULTI KOMPUTERAN PANDUAN PEPERIKSAAN AKHIR

KOLEJ UNIVERSITI ISLAM MELAKA

BAB 12 BIASISWA & AKAUN PELAJAR

BUKU PANDUAN KEWANGAN PROGRAM DIPLOMA SEPENUH MASA UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

KRITERIA ANUGERAH KECEMERLANGAN PELAJAR 2014 UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (KATEGORI KEPIMPINAN)

PERMOHONANPENUBUHAN PERSATUAN/KELAB PELAJAR

PERJANJIAN PENYELIDIKAN

TATACARA PEMILIHAN PROFESOR SEBAGAI AHLI SENAT UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

TATACARA PEMILIHAN PROFESOR SEBAGAI AHLI SENAT USM

PEKELILING BENDAHARI BIL. 3 TAHUN 2013 TATACARA PERMOHONAN DAN PELARASAN WANG PENDAHULUAN

SUKAN INSTITUSI PENDIDIKAN TINGGI

Peraturan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Pengurusan Keselamatan Pekerja Luar 2016

MUKA SURAT BAHAGIAN A - PERMULAAN

UTHM.PB/100.6/4 Jld. 2 ( 13 ) Tarikh: 22 Julai 2014 PEKELILING BENDAHARI BIL. 3/2014

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

PERATURAN AM KEJOHANAN SUKAN KOLEJ KOMUNITI

UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN BOLA SEPAK PIALA MASUM 2014

AKTA PILIHAN RAYA 1958

Pindaan 2013 (Bilangan 1)

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN AWAM UPSI

KRITERIA ANUGERAH KECEMERLANGAN PELAJAR 2014 UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (KATEGORI KESUKARELAWANAN)

Tatacara Pencalonan Dekan/Pengarah & Timbalan Dekan/Timbalan Pengarah Pusat Tanggungjawab Sesi Tahun

URUSETIA PENGURUSAN GRADUAN ISTIADAT KONVOKESYEN UTHM KE-17 PEJABAT PENGURUSAN AKADEMIK MAKLUMAN

RUJUKAN: UKM 3.6/224/3 Jld Oktober 2003 PEKELILING PENDAFTAR BIL. 9/2003

PERATURAN PRAKTIKUM UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

Polisi Dan Prosedur Penubuhan, Atribut dan Pembubaran Entiti Akademik. Senat UTM Bil.12/2010/2011 : 8 Ogos 2011

UNINERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA SKUDAI, JOHOR TATACARA PERMOHONAN TUKAR PROGRAM DAN PERINGKAT PENGAJIAN DARI IJAZAH KE DIPLOMA

RANG UNDANG-UNDANG. bernama. .Suatu Akta untuk meminda Akta Institut Teknologi MARA 1976.

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA PEJABAT BENDAHARI

UTHM.PB/100-6/4( 20) 11 November 2008 PEKELILING BENDAHARI BIL. 14/2008 GARIS PANDUAN KEWANGAN BAGI MELAKSANAKAN PROGRAM / AKTIVITI PELAJAR

PEKELILING BENDAHARI BIL. 3 Tahun 2014 GARIS PANDUAN KEMUDAHAN KAD KORPORAT

PERATURAN AM SUKAN MASUM

PEJABAT PENDAFTAR BAHAGIAN PENGURUSAN MODAL INSAN SINERGI TERAS KUALITI

PERATURAN AM KEJOHANAN SUKAN MAJLIS SUKAN KOLEJ KOMUNITI MALAYSIA (MASKOM) KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA (USIM) PERATURAN-PERATURAN LALU LINTAS JALAN USIM 2007

UTHM.PB/100.6/4 Jld. 3 ( 2 ) Tarikh: 7 Januari 2016 PEKELILING BENDAHARI BIL. 2/2016

PERATURAN PERTANDINGAN SUKAN BOLA JARING

AKTA UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI 1971

PEJABAT PENDAFTAR BAHAGIAN PENGURUSAN MODAL INSAN SINERGI TERAS KUALITI

Kejohanan Bola Sepak Piala Timbalan Naib Canselor HEP dan Piala Pengarah Pembangunan Pelajar HEP

Pada tahun 2005 nama Anugerah ini telah ditukarkan kepada Anugerah Pendidik Sanjungan (APS). Tahun ini merupakan tahun kelapan pelaksanaan APS USM.

KEJOHANAN PIALA MENTERI PENDIDIKAN 1MURID 1SUKAN 2017 FUTSAL BAHAGIAN SUKAN, KPM PERINGKAT KEBANGSAAN

GARIS PANDUAN PELANTIKAN PENTADBIR AKADEMIK

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA PEJABAT BENDAHARI. UTHM.PB/100-6/4/ 1( 19 ) 06 Oktober 2008 PEKELILING BENDAHARI BIL. 13 /2008

PERLEMBAGAAN BADAN KHAIRAT KELANA JAYA, SELANGOR

KEJOHANAN RAGBI MSSM 2018

PEKELILING BENDAHARI BIL : 5/2008 PEKELILING PEJABAT BENDAHARI

JABATAN HAL EHWAL PELAJAR POLITEKNIK SULTAN AZLAN SHAH

JADUAL AKTIVITI PENDAFTARAN KURSUS

GARIS PADUAN PELAKSANAAN POLISI PENAWARAN KERJA SAMBILAN KEPADA PELAJAR UniMAP MENGGUNAKAN PERUNTUKAN TABUNG DEDIKASI DIRI.

BORANG PERMOHONAN PENGANUGERAHAN

PERATURAN PERTANDINGAN PERMAINAN BOLA JARING

ANUGERAH PENGAJARAN UiTM 2014 KRITERIA, SYARAT & PERATURAN

Deskripsi Polisi Pengurusan Perhubungan Media Di Dalam Universiti Putra Malaysia. Naib Canselor

GARIS PANDUAN PASCA-KEDOKTORAN

PEJABAT BENDAHARI. Dekan Fakulti/ Ketua Bahagian/ Pusat/ Akademi UiTM Shah Alam. Ketua Bahagian / Unit Kewangan Zon Pejabat Bendahari UiTM Shah Alam

PEJABAT BENDAHARI. Dekan Fakulti/ Ketua Bahagian/ Pusat/ Akademi UiTM Shah Alam. Ketua Bahagian / Unit Kewangan Zon Pejabat Bendahari UiTM Shah Alam

PERATURAN PERTANDINGAN LIGA BOLA SEPAK PANTAI UiTM 2018 PIALA PENGARAH PUSAT SUKAN. Liga Bola Sepak Pantai UiTM 2018 Piala Pengarah Pusat Sukan

JABATAN HAL EHWAL PELAJAR POLITEKNIK SULTAN AZLAN SHAH

MAJLIS SUKAN POLITEKNIK MALAYSIA PERATURAN AM KARNIVAL SUKAN atau KEJOHANAN

GARIS PANDUAN PENGGUNAAN SISTEM PERAKAM WAKTU ELEKTRONIK (SISTEM myakrab) UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA

PERATURAN AM MAJLIS SUKAN SEKOLAH DAERAH MUAR

PELAN AUDIT PEMANTAUAN

Perlembagaan Badan Pelajar Berdaftar. Nama badan pelajar : Persatuan Pelajar Sains Sukan Universiti Malaya. 1. Tujuan atau kepentingan badan pelajar :

ANUGERAH AHLI AKADEMIK HARAPAN UiTM 2016 KRITERIA, SYARAT & PERATURAN

PEMILIKAN DAN PERISYTIHARAN HARTA OLEH PEKERJA UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

STATUT UNIVERSITI STATUT XXIII (SIRI BAHARU) STATUT UNIVERSITI MALAYA (BADAN-BADAN PELAJAR) 1979 BAHAGIAN I: PERMULAAN

UTHM.PB/100-6/4 ( 21 ) 22 Januari 2009 PEKELILING BENDAHARI BIL. 1 / 2009

PEKELILING BENDAHARI BIL. 1 TAHUN 2013 TATACARA PEROLEHAN PERKHIDMATAN KEMUDAHAN LATIHAN SECARA PAKEJ

PEKELILING JABATAN PENDAFTAR PEKELILING JABATAN PENDAFTAR BILANGAN 2 TAHUN 2011

PUSAT PENGETAHUAN, KOMUNIKASI & TEKNOLOGI (PPKT) KAMPUS PULAU PINANG UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

PERATURAN PERTANDINGAN CATUR JABATAN PERDANA MENTERI 2012

UNIVERSITI UTARA MALAYSIA PANDUAN PERMOHONAN MENGIKUTI PROGRAM IJAZAH PERTAMA MELALUI SALURAN KEDUA KEMASUKAN SEPTEMBER SESI 2011/2012

PERLEMBAGAAN PERSATUAN/ KELAB: 1.1 Nama pertubuhan ini ialah *Persatuan/Kelab. 1.2 Nama ringkas persatuan/kelab ini ialah UPM

PERLEMBAGAAN UNIVERSITI MALAYSIA SABAH PERATURAN NO. I PERATURAN UNIVERSITI MALAYSIA SABAH (PERATURAN-PERATURAN MESYUARAT SENAT) 1998

ISI KANDUNGAN SYARAT-SYARAT DAN PERATURAN CUTI SANGKUTAN INDUSTRI (CSI) UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA 1. TUJUAN 1 2.

KONTRAK BERPUSAT BAGI BEKALAN AM PEJABAT UNTUK KEGUNAAN SEMUA PUSAT TANGGUNGJAWAB (PTj) DI UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

GARIS PANDUAN PELANTIKAN PEMBANTU PENYELIDIK SISWAZAH, PEMBANTU PENYELIDIK, FELO PENYELIDIK DAN PASCA DOKTORAL

Transkripsi:

UTM.J.06.02.00/13.16/1/6 ( ) 19 September 2016 Kepada Semua Mahasiswa/i Universiti Teknologi Malaysia Saudara/i PENGISYTIHARAN PEMILIHAN MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA (MPPUTM) BAGI SESI 2016/2017 1.0 PENGISYTIHARAN HARI PEMILIHAN MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR Pada hari ini, 19 SEPTEMBER 2016 (ISNIN) dan dengan peruntukan yang diberikan di bawah Subseksyen 57(2) Perlembagaan Universiti Teknologi Malaysia 2010, maka dengan ini diisytiharkan bahawa pemilihan untuk memilih ahli-ahli Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Teknologi Malaysia bagi Sesi 2016/2017 akan diadakan pada hari KHAMIS, 29 SEPTEMBER 2016. 2.0 JUMLAH KERUSI Jumlah kerusi yang ditetapkan untuk dipertandingkan ialah 45 kerusi mengikut pecahan kawasan seperti berikut: BIL KAWASAN UMUM JUMLAH KERUSI 1 Kampus UTM Johor Bahru 10 JUMLAH 10 BIL KAWASAN FAKULTI JUMLAH KERUSI 1 Fakulti Alam Bina 3 2 Fakulti Kejuruteraan Awam 3 3 Fakulti Kejuruteraan Elektrik 3 4 Fakulti Kejuruteraan Mekanikal 3 5 Fakulti Kejuruteraan Kimia dan Kejuruteraan Tenaga 3 BIL KAWASAN FAKULTI JUMLAH 1

KERUSI 6 Fakulti Pengurusan 3 7 Fakulti Sains 3 8 Fakulti Komputeran 3 9 Fakulti Geoinformasi dan Harta Tanah 3 10 Fakulti Pendidikan 3 11 Fakulti Biosains dan Kejuruteraan Perubatan 3 JUMLAH 33 BIL KAWASAN UTM KUALA LUMPUR JUMLAH KERUSI 1 UTM Kampus Kuala Lumpur 2 2 Program Pengajian Diploma UTMSpace Kuala Lumpur 3* *Untuk Sesi 2016/2017 proses ini dibuat secara lantikan kerana calon tidak memenuhi syarat umum. BIL KAWASAN PASCA SISWAZAH LANTIKAN JUMLAH KERUSI 1 Sekolah Pengajian Siswazah UTM Johor Bahru 1 2 Sekolah Pengajian Siswazah UTM Kuala Lumpur 1 3 Pusat Pelajar Antarabangsa 1 JUMLAH 3 3.0 HARI PENAMAAN CALON 3.1 Hari penamaan calon untuk Kerusi Umum dan Kerusi Fakulti ditetapkan pada hari ISNIN, 26 SEPTEMBER 2016 jam 8.30 pagi hingga 11.30 pagi di tempat seperti berikut: A. KAMPUS UTM JOHOR BAHRU (i) Tempat Penamaan Calon Kerusi Umum Penamaan calon Kerusi Umum adalah melalui Pengurus Pemilihan Kawasan Umum bertempat di Dewan Bankuet, Bangunan Canseleri Sultan Ibrahim, Universiti Teknologi Malaysia, Johor Bahru dengan menggunakan borang U-PMPP2016/2017. (ii) Tempat Penamaan Calon Kerusi Fakulti Penamaan calon untuk Kerusi Fakulti adalah melalui Pengurus Pemilihan Kawasan Fakulti bertempat di Dewan Bankuet, Bangunan Canseleri Sultan Ibrahim, Universiti Teknologi Malaysia, Johor Bahru dengan menggunakan borang F-PMPP2016/2017. 2

B. KAMPUS UTM KUALA LUMPUR (i) Tempat Penamaan Calon UTM Kuala Lumpur Penamaan calon Kerusi Umum adalah melalui Pengurus Pemilihan Kawasan Umum bertempat di Dewan Bankuet, UTM Kuala Lumpur dengan menggunakan borang U-PMPP2016/2017. 3.2 Calon hendaklah mematuhi segala syarat dan peraturan pendaftaran menjadi calon seperti yang dinyatakan dalam Buku Panduan dan Kod Etika Pemilihan MPPUTM Sesi 2016/2017. 3.3 Borang pencalonan untuk Calon UTM Kuala Lumpur serta Buku Panduan dan Kod Etika Pemilihan MPPUTM Sesi 2016/2017 boleh dibeli secara tunai RM 30.00 (Ringgit Malaysia: Tiga Puluh Sahaja) untuk setiap set dari Urusetia Pemilihan MPPUTM pada 21 SEPTEMBER HINGGA 22 SEPTEMBER 2016. Tarikh Masa Tempat 9.00 pagi hingga 12.00 tengahari dan 2.00 petang hingga 4.00 petang 21 September 2016 (Rabu) hingga 22 September 2016 (Khamis) Khamis 9.00 pagi - 12.00 tengahari Kaunter, Pejabat Hal Ehwal Mahasiswa dan Alumni (HEMA), Bangunan SUB (untuk calon UTM Johor Bahru) Pejabat Hal Ehwal Mahasiswa dan Alumni (HEMA), UTM KL (untuk calon UTM Kuala Lumpur) 4.0 URUSETIA PEMILIHAN MPP 4.1 Merujuk Subseksyen 57(2) Perlembagaan Universiti Teknologi Malaysia, 2010 pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar dinyatakan seperti berikut: Seksyen 57(2)(a) Pelajar berdaftar setiap Kampus Cawangan, Fakulti, Sekolah, Pusat, Akademi dan Institut hendaklah memilih melalui undi rahsia yang dijalankan oleh Ketua Kampus Cawangan atau Dekan Fakulti atau Ketua Sekolah, Pusat, Akademi atau Institut, mengikut manamana yang berkenaan, sebilangan pelajar berdaftar yang sama bilangannya daripada Kampus Cawangan, Fakulti, Sekolah, Pusat, Akademi dan Institut itu untuk menjadi wakil dalam MPP, sebagaimana yang ditentukan oleh Naib Canselor; Seksyen 57(2(b) Pelajar berdaftar sebagai keseluruhan hendaklah memilih dengan undi rahsia yang dijalankan oleh mana- 3

mana pegawai yang dilantik oleh Naib Canselor bagi maksud itu, beberapa orang pelajar berdaftar, mengikut sebagaimana yang ditentukan oleh Naib Canselor, untuk menjadi wakil dalam MPP, dan bilangan pelajar itu hendaklah, walau bagaimanapun, tidak lebih daripada setengah daripada bilangan wakil yang dipilih di bawah perenggan (a). 4.2 Walau bagaimanapun, sesuai dengan fungsi dan tugasnya, Pejabat Hal Ehwal Mahasiswa & Alumni akan menjadi Urusetia kepada Pemilihan MPPUTM. Urusetia ini dipengerusikan oleh Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Mahasiswa dan Alumni) dan dibantu oleh pegawai-pegawai Pejabat Hal Ehwal Mahasiswa dan Alumni, Pengetua-Pengetua Kolej Kediaman dan pegawai-pegawai Universiti yang dilantik oleh Naib Canselor. 5.0 PENGUMUMAN CALON YANG BERTANDING Nama-nama calon yang disahkan bertanding akan diumumkan oleh Urusetia Pemilihan MPP pada hari ISNIN, 26 SEPTEMBER 2016 jam 4.00 petang bertempat di Papan Kenyataan, Bangunan Persatuan Pelajar (SUB) bagi Kampus Johor Bahru manakala bagi Kampus Kuala Lumpur bertempat di Foyer Dewan Tan Sri Ainuddin Wahid. Apabila nama-nama telah diumumkan, calon boleh menarik diri dari bertanding dalam pemilihan dengan mengisi Borang Penarikan Diri Sebagai Calon (PMPP2015/2016.B3) dan menyerahkan sendiri borang berkenaan kepada Pengerusi, Urusetia Pemilihan MPP di Pejabat Hal Ehwal Mahasiswa & Alumni. Tempoh menarik diri sebagai calon bermula dari jam 4.00 petang hingga 5.00 petang pada hari penamaan calon iaitu pada hari ISNIN, 26 SEPTEMBER 2016. 6.0 BANTAHAN PENGUMUMAN CALON Bantahan mengenai pencalonan mestilah dikemukakan bersama wang tunai RM150.00 (Ringgit Malaysia: Satu Ratus Lima Puluh Sahaja) kepada Urusetia Pemilihan MPP pada hari ISNIN, 26 SEPTEMBER 2016 antara jam 4.00 petang hingga 5.00 petang dengan menggunakan borang PMPP2016/2017.B1 yang ditetapkan dan Wang Bantahan akan dikembalikan jika Keputusan Jawatankuasa Penyiasatan Pemilihan MPP memihak kepada pembantah. 7.0 KEPUTUSAN MENANG TANPA BERTANDING 7.1 Sekiranya jumlah calon yang merebut kerusi bagi sesuatu Kawasan Fakulti tidak melebihi 3 orang calon dan kerusi Kawasan Umum bagi UTM Johor Bahru tidak melebihi 10 orang calon maka keputusan menang tanpa bertanding akan diisytiharkan bagi UTM Johor Bahru. 7.2 Sekiranya jumlah calon yang merebut kerusi di UTM Kuala Lumpur masingmasing tidak melebihi 2 orang calon, maka keputusan menang tanpa bertanding akan diisytiharkan bagi UTM Kuala Lumpur. 7.3 Urusetia Pemilihan MPP akan mengumumkan calon yang menang tanpa bertanding pada hari ISNIN, 26 SEPTEMBER 2016 mulai jam 5.00 petang 4

bertempat di Papan Kenyataan, Bangunan Persatuan Pelajar bagi UTM Johor Bahru manakala bagi UTM Kuala Lumpur bertempat di Foyer Dewan Tan Sri Ainuddin Wahid. 8.0 PERATURAN KEMPEN PEMILIHAN 8.1 Kod Etika Berkempen: 8.1.1 Calon tidak dibenarkan menggunakan logo, simbol atau motto atau cogankata. 8.1.2 Berkempen menggunakan surat layang adalah dilarang. Penggunaan risalah mestilah mendapat kelulusan Urusetia Pemilihan MPP. 8.1.3 Berkempen hanya dibenarkan di tempat-tempat yang telah ditetapkan oleh Urusetia Pemilihan MPP (Rujuk kepada perkara 8.2.3.1). 8.1.4 Calon dilarang berkempen melalui atau menggunakan persatuan yang di bawah penyeliaan Pejabat Hal Ehwal Mahasiswa & Alumni atau persatuan luar. 8.1.5 Calon tidak dibenarkan berkempen secara berkumpulan. 8.1.6 Calon dilarang membuat tohmahan, fitnah, menghasut atau menyerang peribadi mana-mana individu atau yang menyentuh sensitiviti kaum. 8.1.7 Calon dilarang memancing undi dalam kawasan pembuangan undi. 8.1.8 Kempen pemilihan ini tertakluk kepada segala had dan sekatan berhubung dengan peraturan dan tatatertib sebagai pelajar Universiti seperti yang diperuntukkan dalam Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 sehingga pindaan pada 2012, Kaedah-Kaedah Universiti Teknologi Malaysia (Tatatertib Pelajar-Pelajar) 1999 dan lain-lain peraturan untuk pelajar Universiti dan apa-apa had, sekatan dan peraturan yang dikeluarkan dari semasa ke semasa oleh Urusetia Pemilihan MPP. 8.2 Peraturan Poster Pemilihan MPP 8.2.1 Peraturan Penyediaan Poster 8.2.1.1 Setiap poster hanya dibenarkan mengandungi nama dan gambar calon, tahun serta kursus calon, tanda X di mana-mana bahagian poster dan pengesahan pegawai yang ditugaskan oleh Urusetia Pemilihan MPP (Rujuk Buku Panduan dan Kod Etika Pemilihan MPPUTM sesi 2016/2017). 8.2.1.2 Ukuran poster hendaklah tidak melebihi ukuran saiz kertas A3 (30 sentimeter x 42 sentimeter). 8.2.1.3 Hanya poster berwarna hitam dan putih sahaja yang dibenarkan. 5

8.2.1.4 Calon dilarang menukar atau mengubah poster-poster yang telah dicetak dan disahkan oleh pihak Urusetia Pemilihan MPP. 8.2.2 Penggunaan Poster Dalam Pemilihan MPP 8.2.2.1 Calon DILARANG SAMA SEKALI menampal poster sama ada di dinding, tiang dan di tempat-tempat kemudahan awam seperti perhentian bas. Poster hendaklah DIGANTUNG sahaja. Urusetia Pemilihan MPP atau Pengurus Pemilihan Kawasan atau pihak Bahagian Keselamatan atau mana-mana pihak yang dilantik oleh Urusetia Pemilihan MPP berhak menurunkan mana-mana poster yang tidak mematuhi peraturan yang ditetapkan. 8.2.2.2 Calon dilarang menggantung poster secara berkumpulan. 8.2.2.3 Poster hendaklah digantung dari jarak 10 meter dari kawasan pintu tempat mengundi. 8.2.2.4 Calon bertanggungjawab menanggalkan dan menurunkan poster yang digantung serta memastikan kawasan tersebut bersih dalam tempoh tiga (3) hari selepas pengundian pemilihan MPP selesai. Calon yang gagal mematuhi semua peraturan di atas akan kehilangan wang cagaran mereka. 8.2.2.5 Calon yang gagal menurunkan poster dan gagal memastikan kawasan berkenaan bersih akan kehilangan wang cagaran malah akan didenda RM150.00 (Ringgit Malaysia: Satu Ratus Lima Puluh sahaja) untuk calon kawasan umum dan RM100.00 (Ringgit Malaysia: Satu Ratus sahaja) untuk calon kawasan fakulti. 8.2.2.6 Calon dan penyokong hendaklah mematuhi apa-apa had dan sekatan lain mengenai peraturan semasa berada di dalam kampus. 8.2.2.7 Tindakan tatatertib akan diambil ke atas mana-mana pelajar atau orang perseorangan yang menanggal, menurun atau merosakkan poster semasa tempoh pemilihan MPP. 8.2.3 Berkempen Melalui Sudut Pidato 8.2.3.1 Calon dibenarkan berkempen melalui sudut-sudut pidato yang telah ditetapkan oleh Urusetia Pemilihan MPP. Sudut pidato adalah di Arked Meranti, Arked Cengal, Arked Lestari, The Sino Kolej Perdana, Dataran Agora, semua Kolej Kediaman bagi kampus UTM Johor Bahru manakala bagi UTM Kuala Lumpur di Dataran Ilmu. Calon hendaklah mendapatkan 6

kebenaran daripada Urusetia Pemilihan MPP untuk berkempen melalui sudut pidato. 8.2.3.2 Calon hendaklah mendaftar dengan Urusetia Jawatankuasa Induk Pemantau/Kempen Pemilihan MPP untuk memilih tempat sudut pidato. 8.2.3.3 Calon hendaklah mematuhi segala arahan, peraturan dan masa yang ditetapkan oleh Urusetia Pemilihan MPP. 8.3 Mana-mana calon yang melanggar perkara 8.1 dan 8.2 adalah tertakluk kepada peraturan untuk pelajar Universiti dan juga apa-apa had, sekatan dan peraturan yang dikeluarkan dari masa ke semasa oleh Urusetia Pemilihan MPP dan segala had dan sekatan berhubung dengan peraturan dan tatatertib sebagai pelajar Universiti seperti yang diperuntukan dalam Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 dan Kaedah-Kaedah Universiti Teknologi Malaysia (Tatatertib Pelajar-Pelajar) 1999. 9.0 HARI PEMBUANGAN UNDI 9.1 Hari Pembuangan Undi ialah pada hari KHAMIS, 29 SEPTEMBER 2016. 9.2 Masa Mengundi Jam 9.00 pagi hingga jam 3.00 petang. 9.3 Tempat Mengundi Tempat pembuangan undi bagi pelajar sesuatu Fakulti sama ada untuk kerusi Umum dan Fakulti adalah seperti berikut: i) UTM Johor Bahru - Tempat-tempat yang ditetapkan oleh Fakulti ii) UTM - Kolej Kediaman Siswa Jaya atau Dewan Kuala Lumpur Tan Sri Ainuddin Wahid 9.4 Peraturan Mengundi 9.4.1 Peraturan mengundi 9.4.1.1 Setiap pengundi hendaklah membawa bersama kad matrik pelajar atau kad pengenalan. 9.4.1.2 Bagi UTM Johor Bahru, setiap pengundi akan diberikan dua (2) jenis kertas undian. Satu kertas undian memilih tiga (3) orang calon bagi mewakili Fakulti dan satu lagi kertas undian untuk memilih 10 orang calon untuk mewakili Kerusi Umum UTM Johor Bahru sahaja. 7

9.4.1.3 Bagi UTM Kuala Lumpur, setiap pengundi akan diberikan dua (2) jenis kertas undian untuk : Satu kertas undian memilih 2 orang calon UTM Kuala Lumpur; dan Satu kertas undian memilih 10 orang calon untuk Kerusi Umum UTM Johor Bahru. 9.4.1.4 Pengundi UTM Johor Bahru adalah diingatkan bahawa undian lebih atau kurang daripada tiga (3) calon bagi kerusi fakulti dan lebih atau kurang daripada 10 calon bagi kerusi Umum adalah dikira undi rosak. 9.4.1.5 Pengundi UTM Kuala Lumpur adalah diingatkan bahawa undian adalah dikira rosak JIKA undian lebih atau kurang daripada : 2 orang calon UTM Kuala Lumpur; dan 10 orang calon untuk Kerusi Umum UTM Johor Bahru. 9.5 Kelayakan Pengundi 9.4.1.6 Pengundi tidak dibenarkan membawa masuk sebarang dokumen bertulis khususnya yang berkaitan dengan pembuangan undi Pemilihan MPP. 9.4.1.7 Pengundi tidak dibenarkan merakam mana-mana kertas undi semasa proses pembuangan undi. 9.4.1.8 Pengundi hendaklah mematuhi segala tatacara dan prosedur pembuangan undi yang ditetapkan. Merujuk Perenggan 57(14)(a) Perlembagaan Universiti Teknologi Malaysia, 2010 : Bagi maksud seksyen ini pelajar berdaftar ertinya seseorang pelajar yang mengikuti kursus pengajian di Universiti untuk suatu ijazah atau diploma termasuk diploma lepas ijazah, tetapi tidak termasuk seorang pelajar luar : pelajar luar ertinya seseorang pelajar berdaftar di Kampus di luar Malaysia atau seseorang pelajar yang mengikuti suatu program jangka pendek, sambilan, pembelajaran jarak jauh, program pertukaran atau bersekutu, sama ada di dalam atau di luar Malaysia ; Dengan syarat bahawa seseorang pelajar adalah terhenti menjadi seorang pelajar berdaftar mengikut pengertian seksyen ini: (i) Apabila disiarkan keputusan peperiksaan akhir bagi kursus pengajian itu, jika dia lulus peperiksaan itu; atau (ii) Apabila disiarkan keputusan mana-mana peperiksaan bagi kursus 8

pengajian itu, jika dia gagal dalam peperiksaan itu, sehingga dia, kemudiannya, didaftarkan sekali lagi bagi kursus pengajian itu atau kursus pengajian lain yang berkenaan dengan seseorang pelajar berdaftar di bawah subseksyen ini. Perlaksanaan pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) adalah dikhaskan hanya untuk pelajar pra siswazah warganegara Malaysia sepenuh masa yang mengikuti program pengajian diploma dan ijazah sarjana muda sepenuh masa sahaja tidak termasuk pelajar antarabangsa dan pelajar luar. Program ini merupakan sebahagian daripada program pelan pembangunan pelajar UTM dan memberi pendedahan kepada pelajar UTM memupuk ciri-ciri kepimpinan. Pada menjalankan kuasa di bawah Seksyen 57, Perlembagaan Universiti Teknologi Malaysia, menerangkan subseksyen 57 (1A) Lembaga boleh membuat Peraturan-Peraturan bagi perjalanan Majlis Perwakilan Pelajar dan bagi segala perkara yang berhubungan dengannya 10.0 PENGIRAAN KERTAS UNDI DAN KEPUTUSAN PEMILIHAN MPP 10.1 Pengiraan kertas undi akan dibuat mulai 3.30 petang pada KHAMIS, 29 SEPTEMBER 2016 di tempat seperti berikut: i) UTM Johor Bahru: a. Kertas Undi Fakulti - Fakulti masing-masing b. Kertas Undi Umum - Dewan Sultan Iskandar ii) UTM Kuala Lumpur - Dewan Tan Sri Ainuddin Wahid 10.2 Keputusan pemilihan akan diumumkan sebaik sahaja pengiraan undi selesai dan keputusan diterima bagi kedua-dua kampus dan disahkan oleh Urusetia Pemilihan MPP di tempat yang sama. 10.3 Ulangkira mungkin diadakan dan Urusetia Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar hendaklah menggunakan budi bicaranya sama ada untuk membenarkan atau tidak ulangkira yang kedua kalinya atau ulangkira berikutnya. Jika Urusetia berpuashati dengan keputusan-keputusan itu mungkin ia tidak akan membenarkan ulangkira diulangi dan dengan demikian akan terus mengumumkan keputusannya serta mengisytiharkan calon yang menang. 9

11.0 BANTAHAN KEPUTUSAN PEMILIHAN MPP 11.1 Tempoh Bantahan Bantahan mengenai keputusan hendaklah dikemukakan kepada Urusetia Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (PMPP) sebaik sahaja selepas pengumuman keputusan pemilihan dibuat seperti yang dinyatakan di dalam Buku Panduan dan Kod Etika Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar, Universiti Teknologi Malaysia pada JUMAAT, 30 SEPTEMBER 2016 mulai jam 9.00 pagi hingga 11.00 pagi. 11.2 Cara Bantahan Sekian,terima kasih. Bantahan mestilah menggunakan Borang Bantahan Keputusan Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (PMPP2016/2017.B2). Borang Bantahan Keputusan Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar boleh diperolehi daripada Urusetia Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP). Borang tersebut hendaklah dikemukakan/diserahkan bersama wang tunai RM150.00 (Ringgit Malaysia: Satu Ratus Lima Puluh Sahaja) kepada Urusetia Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar dan Wang Bantahan akan dikembalikan jika keputusan Jawatankuasa Rayuan Pemilihan MPP memihak kepada pembantah. Keputusan adalah muktamad. BERKHIDMAT UNTUK NEGARA KERANA ALLAH Yang benar, PROF. DATO DR. MOHD. ISMAIL BIN ABD. AZIZ Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Mahasiswa dan Alumni) Universiti Teknologi Malaysia, s.k - Yang Berbahagia Naib Canselor - Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) - Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) - Timbalan Naib Canselor (Pembangunan) - Pendaftar - Ketua Pustakawan - Bendahari - Pengarah Kerja - Semua Dekan Fakulti & Sekolah Pengajian Siswazah - Semua Timbalan Pendaftar/Penolong Pendaftar Fakulti & Sekolah Pengajian Siswazah - Semua Pengetua Kolej Kediaman - Pengarah Keselamatan UTM JOHOR BAHRU 10

- Pengarah Kampus - Semua Dekan Fakulti & Sekolah Pengajian Siswazah - Pengarah Pembangunan Mahasiswa - Timbalan Pendaftar Hal Ehwal Mahasiswa & Alumni - Pengetua Kediaman Siswa Jaya UTM KUALA LUMPUR Pengisytiharaan Pemilihan 2016/2017 11